
Filem romantik yang telah mencatat lebih 3 juta penonton di Indonesia tahun ini bakal menemui anda di pawagam seluruh
Malaysia pada
25 September 2025. Diadaptasi daripada siri web popular terbitan
Inhype Pictures, Sore: Istri Dari Masa Depan kini dibawa ke layar perak dengan skala yang lebih besar, emosi yang lebih mendalam dan jalan cerita yang pasti membuat penonton terus terpaku dari awal hingga ke akhir.
Filem ini mempersembahkan kisah baharu yang memperluas lagi jalan cerita asal dengan lapisan emosi yang lebih mendalam. Dengan penceritaan yang menyentuh jiwa serta visual sinematik yang memukau, ia menjanjikan pengalaman segar walaupun penonton sudah mengikuti siri web terdahulu. Dibintangi oleh
Dion Wiyoko dan
Sheila Dara Aisha, kisah cinta unik berunsur “dari masa depan” ini bukan sahaja mencetuskan fenomena di Indonesia, malah kini bersedia untuk menghangatkan layar perak di Malaysia.

Versi asal Sore menampilkan
Tika Bravani sebagai watak utama, namun dalam adaptasi filem ini, peranan tersebut digalas oleh Sheila Dara Aisha yang bergandingan dengan Dion Wiyoko sebagai
Jonathan. Sheila dikenali sebagai pelakon serba boleh yang mampu menghidupkan watak drama, komedi, mahupun romantik dengan sangat natural. Keserasian antara Sheila dan Dion dijangka menghadirkan chemistry yang memikat, menjadikan setiap babak terasa lebih hidup dan menyentuh hati penonton. Dengan lakonan yang segar dan bertenaga, mereka bakal memberikan dimensi baharu kepada karakter Sore dan Jonathan, sekali gus mencipta pengalaman menonton yang lebih hangat dan menghiburkan.

Kisah bermula dengan Jonathan, seorang lelaki yang menjalani hidup sepi dan tidak terurus, sehingga kedatangan seorang wanita misteri yang memperkenalkan dirinya sebagai Sore, isterinya dari masa depan. Kehadiran Sore bukan sahaja mengubah pandangan Jonathan tentang cinta, takdir dan makna kehidupan, malah membuka lembaran baharu yang penuh keajaiban. Namun, mampukah cinta mereka bertahan apabila rahsia masa depan mula terungkap?
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sore: Istri Dari Masa Depan di pawagam seluruh Malaysia bermula September ini. Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube
Primeworks Studios.
Saya malah belum nonton saat diputar di bioskop, padahal semua teman yg sudah menonton bilang bagus. Walaupun ada juga yg bilang biasa saja. Cuma itu Krn genre fav nya memang bukan romance begini.
ReplyDeleteSaya pula berharap nonton setelah masuk Netflix. Tapi nampaknya masih menunggu lama, Krn masih harus diputar di Malaysia 😅😅