Kini sedang hangat ditayangkan, drama Samarinda Seindah Hujan Cinta tampil dengan plot yang cukup berani apabila watak Zarita lakonan Nelydia Senrose digambarkan sebagai seorang isteri yang keterlaluan, hanya peduli kepentingan diri.
Glamor, cantik dan penuh perhatian, itulah imej Zarita sebagai seorang influencer yang sedang berada di puncak populariti. Tetapi di sebalik senyuman dan dunia mewahnya, tersimpan obsesi melampau terhadap penampilan. Demi memastikan tubuh kekal sempurna, Zarita sanggup menolak untuk hamil kerana bimbang kerjayanya musnah. Sikap dingin serta keengganannya itu mencetuskan kecaman kerana dianggap melawan fitrah dan naluri semula jadi seorang wanita.
Pada masa yang sama, sahabat baiknya Aneesa (lakonan Ezzanie Jazny) mencadangkan agar Zarita mencari calon isteri kedua daripada kalangan pengikut setia Zarita. Tanpa disangka, cadangan itu akhirnya berpatah balik kepadanya sendiri apabila Zarita sanggup menawarkan Aneesa sendiri sebagai isteri kedua suaminya (lakonan Yusuf Bahrin).
Tindakan Zarita mengejutkan ramai kerana dilihat sebagai pengkhianatan, seolah-olah sanggup “mempergunakan” persahabatan demi menjaga tubuh, imej dan kedudukan sendiri.
Adakah Aneesa benar-benar rela menerima nasib tersebut, atau hanya menjadi mangsa manipulasi Zarita? Sama-sama nantikan kesudahannya dalam Seindah Hujan Cinta, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.
Aiiiih sepertinya bakal seruuuu serial ini kak 😄😄. Tapi bisa jadi agak2 emosi nontonnya, tercium aroma poligami 😅😅.
ReplyDelete