Beto Kusyairi kembali menggalas watak Cikgu Meor, simbol kekuatan, prinsip dan maruah dalam dunia persilatan. Dengan aura kepimpinan yang lebih matang dan penghayatan yang lebih mendalam, watak ini terus berdiri mempertahankan warisan dan segala pegangan hidupnya.
Beto yang membawakan Cikgu Meor, pengamal Silat dari Taiping, Perak yang berhijrah ke Singapura dan berkhidmat sebagai pegawai di Pasukan Polis Singapura, terus menghidupkan naratif penuh keteguhan dan prinsip. Memperkuatkan lagi nadi penceritaan, Gayong 2 turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda dan Syafiq Naswip. Nabila Huda hadir dengan emosi yang lebih berlapis dan intens, membawakan konflik yang tajam dan menyentuh jiwa, manakala Syafiq Naswip memberikan keseimbangan melalui watak yang jujur dan penuh keteguhan, menjadikan perjalanan cerita lebih dekat dan realistik kepada penonton.
Dalam masa yang sama, Gayong 2 turut membuka lembaran baharu dengan kehadiran wajah wajah segar seperti Sandra Lim, Fauzi Laily dan Bobby Tonelli. Setiap daripada mereka hadir bukan sekadar sebagai pelengkap, malah membawa tenaga, dinamika dan warna baharu yang memperkayakan penceritaan. Gabungan lama dan baharu ini menjadikan keseluruhan naratif lebih hidup, lebih besar serta sarat dengan momen yang mendebarkan.
Filem ini hadir dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran dan diterajui pengarah Faisal Ishak, membawakan penceritaan penuh emosi, aksi dan warisan budaya. Lebih daripada sekadar filem aksi, Gayong 2 menyorot perjuangan, maruah dan warisan yang terus dipertahankan, dengan setiap watak membawa cerita tersendiri yang menjadikan setiap detik di layar bermakna.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Gayong 2 di pawagam bermula 9 April ini. Sebuah naskhah yang bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan kesan mendalam, sebuah pengalaman yang wajib dirasai di layar perak, lebih lebih lagi di musim perayaan ini.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti kami di media sosial melalui Facebook, X, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios.



Filem 1 pun tak tengok lagi.. huhuhu..
ReplyDelete