Finale THSS : Juara THSS Milik Aepul Roza!

Monday, 15 July 2024

Minggu akhir menyaksikan Aepul Roza sebagai Juara pertama The Hardest Singing Show. Dengan markah keseluruhan sebanyak 82.30%, Aepul menunjukkan persembahan yang berani dan bertenaga menerusi lagu It’s My Life nyanyian asal Bon Jovi sambil bermain alat muzik seperti gitar elektrik dan drum, diikuti oleh Ayda Jebat di tempat kedua yang mendapat markah keseluruhan sebanyak 80.81%, dan Stacy di tempat ketiga dengan markah keseluruhan sebanyak 75.09%. 


Segmen kedua juga telah menyaksikan para peserta berkola-berdua termasuk persembahan duet Aisha Retno & Ayda Jebat, Stacy & Zizi Kirana, serta Aepul Roza & Putera Muhammad. Minggu akhir ini juga dikejutkan dengan kehadiran Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai juri, serta kemenangan akhir Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa oleh Stacy. Saksikan episod-episod THSS menerusi On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam (Undur diri) yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Aisha Retno - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
Zizi Kirana - Atouna El Toufule (Remi Bendali)

Ayda Jebat - Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
Putera Muhammad - Jeritan Batinku (Tan Sri P. Ramlee)

Stacy - Erti Hidup (Dayang Nurfaizah)

Aepul Roza - It's My Life (Bon Jovi)

Aisha Retno x Ayda Jebat - Penasaran (Krisdayanti)
Aepul x Putera - Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)
Stacy x Zizi Kirana - Tak Ada Logika (Agnes Monica)

• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Senarai hadiah untuk finalis ‘The Hardest Singing Show’

  • Juara : RM 150,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro. 
  • Naib Juara : RM 20,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.
  • Tempat Ketiga : RM 10,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.
  • Tempat Keempat : RM 5,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.
  • Tempat Kelima : RM 5,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.
  • Tempat Keenam : RM 5,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

Aidilfitri 2024 | Tokwan Meninggal


Seminggu lepas balik dari beraya di kampung, I dapat call Tokwan accident dekat area kampung lain. Dia nak pergi hantar air tebu dekat rumah kawan dia tapi belok mengejut kemudian kena langgar dengan kereta belakang. Orang kampung situ tolong panggilkan ambulans kemudian hantar ke hospital. 




Mak I balik kampung dengan adik untuk tengok Tokwan dekat hospital. Cousin dari Penang pun balik ke Baling ambil Tok bawa ke hospital. Injury dekat kepala yang teruk sekali sebab dia tak pakai helmet masa tu. Bila doktor tanya Tokwan kata dia okay je, dia nak balik rumah, tak suka duduk hospital. Dua hari lepas tu doktor bagi discharge tapi Tokwan tak boleh berjalan lepas accident tu.


My mom stay dekat Kedah jaga Tokwan sampai dia okay balik tapi makin lama makin teruk. Dia dah mula meracau bercakap dengan orang tapi tak ada siapa pun. Sebelum dia nazak tu, dia ada bercakap dengan 'orang' yang dia nak mesin air tebu untuk cucu-cucu dia. Lepastu kalau nak ambik dia ambik lah tapi 'orang' tu tak bagi then Tokwan kata tak apa lah kalau tak boleh. 

Bila dapat call dengar cerita macam tu kita dah tahu lah masa dia dah dekat sangat. I apply emergency leave dua hari lepastu balik ke Baling tengahari Ahad. Singgah dekat Tanjung Malim ambil adik lelaki dekat sana lepastu gerak. 

Maghrib tu kitorang dah dekat Gerik tapi sebab hujan lebat terpaksa bawa perlahan. Masa solat Maghrib dekat surau Petronas I doa supaya sempat balik sebelum Tokwan meninggal tapi habis je solat dapat call yang Tokwan dah meninggal. 


Kitorang sampai lepas Isyak macam tu lah, masa tu dah ramai dekat rumah Tokwan. Mintak tumpang park kereta dekat rumah jiran sebab ruang sana dah penuh. Lepas mandikan Tokwan malam tu, semua orang balik sebab kebumi esok pagi. Tengah tunggu Pak Lang dengan Maksu dari Melaka sampai juga sebab diorang baru gerak.


Subuh tu dah ramai mula datang ziarah sebelum kebumi sementara yang dekat rumah baca yasiin. Habis baca tu kena cari daun bidara dengan daun pandan, nak racik letak dalam kain kapan. 



Sementara yang perempuan sibuk dekat dapur, yang lelaki mandikan arwah Tokwan kemudian kapankan. Imam minta waris lelaki yang mandikan Tokwan. Nasib baik air laju masa mandikan sebab air putus-putus masa raya. 

Sebelum dibawa ke masjid untuk solat jenazah, semua anak cucu boleh cium Tokwan untuk kali terakhir. Masa ni ramai yang dah bengkak mata, mana yang rapat dengan Tokwan tu tak boleh nak berdiri pun. 










Jenazah Tokwan kebumi dekat Tanah Perkuburan Parit Panjang, Baling. Dari masjid kitorang berjalan kaki ke perkuburan sebab berhadapan je dengan masjid. 









Lepas bacaan talkin, semua beransur balik ke rumah. Ada saudara-mara minta untuk balik ke rumah masing-masing, masa tu bertegur sapa macam tu je lah sebab tak sempat pun nak sembang banyak. Ada yang kena ambil anak dari sekolah. Bersyukur juga lah ramai yang datang tolong sampai selesai pengkebumian. Semua berjalan lancar tanpa masalah pun. 

Malam tu buat tahlil dekat masjid dengan dekat rumah Tokwan, termenung lah juga sebelum tidur sebab ada beberapa benda perlu fikirkan. Siapa yang nak jaga Tok, siapa yang nak ambik alih kebun tebu Tokwan dekat belakang tu. Rezeki kitorang lah satu keluarga dapat balik beraya dengan Tokwan tahun ni. Dapat merasa air tebu terakhir dia lepastu dapat tengok dia senyum dapat duit raya. 

Semoga roh Tokwan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 

Aidilfitri 2024 | Open House Ain & Aiman

Walaupun namanya open house Raya Aidilfitri tapi kejadian open house ni bukan pada sebulan raya ye. Dah habis raya baru tuan rumah dapat buka rumah sebab ada waktu senggang. Ni semua bermula dari Atie dengan Rina yang nak sangat pergi rumah baru Ain. Kira 2 in 1 lah ni, sambil beraya sambil housewarming party. 

Selalunya housewarming party tetamu yang bawa makanan kan tapi yang ni semua Ain yang masak dari pukul 6 pagi sampai tengahari. Ain dah whatsapp pepagi suruh datang lepas pukul 12 tengahari sebab takut lauk tak sempat hidang lagi. I okay je kalau sampai awal pun boleh tolong-tolong sekali tapi kita hormat lah permintaan tuan rumah, mesti lah tak nak tunjuk rumah bersepah. Lagipun adik-adik-adik Ain ada juga nak tolong prepare semua. 

Pukul 1 baru kitorang gerak keluar rumah sebab terlajak layan drama China sampai tak sedar dah rembang. Zohor siap-siap dekat rumah lepastu baru gerak. I redho je sampai lambat sebab jarak rumah kitorang jauh jugak. Nasib baik lah tak sesak sangat jalan. Bila sampai rupanya kitorang group pertama yang sampai. I macam ehhhhh? 

Seronok jadi yang awal sebab boleh rasmikan menu yang kita suka dulu. Ain masak daging asam pedas, siput sedut masak lemak, rendang ayam, ayam bakar dan bihun sup. Roti jala, brownies chocolate, cream puff dengan aiskrim Malaysia dia tempah dekat orang. Meriah eh makanan. 

I dah selesai makan baru sampai group kedua - Yun, Teha dan Syu. Tak lama lepas tu Atie, Rina dan En. Fendy. Wife En. Fendy bawa kek coklat sempena Mother's Day. Makin banyak makanan atas meja padahal yang dtaang semuanya tong kecik. Syu bawak buah harum manis sebab keluarga marka dia bawak dari Sungai Petani. 

Practice makes perfect...

Tak ada aktiviti apa sangat pun lepas makan sebab ramai budak kecik dekat rumah, sibuk melayan kerenah masing-masing je. Teman Aqil makan harum manis pun sampai setengah jam. Nak masuk buah dalam mulut pun kemain sengih tayang gusi. 






Lepas makan-makan kat dalam dah start aktiviti bergambar sebab tak pernah lagi berkumpul ramai-ramai makan-makan macam ni. Ini pun ada yang tak dapat datang sebab ada hal lain. Lighting dekat laman rumah Ain ni cantik jugak walaupun panas terik. Lepastu kitorang sambung bergambar dekat dalam pulak. 

I really should stop doing that heart pose. Jinjja...




Kindly take note yang gambar ni ada berkati lagi tapi ditapis supaya tak jadi lambakan storage. Anyway we had fun that day. Terima kasih Ain jemput kitorang datang rumah, masakkan menu yang sedap untuk kitorang semua. Rasa nak makan semua tapi perut tak mampu.