KEMPEN “GOLDEN TICKET” MENAWARKAN BAUCAR BELI-BELAH BERNILAI LEBIH RM600,000 UNTUK DIMENANGI | Tiket “Super Golden” Yang Terbaru Menawarkan Ganjaran Sehingga RM10,000!

Bermula dari 2 sehingga 25 Jun 2023, Kumpulan Suria KLCC yang merupakan destinasi utama untuk membeli belah, kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang bakal menawarkan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik. Kempen ‘The Golden Ticket’ kini muncul untuk kali yang keempat lanjutan dari sambutan hebat yang diperkenalkan kepada para pengunjung pada tahun 2020.

Kempen yang sememangnya dinanti-nantikan ini akan berlangsung menerusi tiga peringkat yang bermula dengan Majlis Media pada 2 Jun diikuti oleh Tebusan ‘Golden Ticket’ yang akan bermula pada 3 sehingga 24 Jun dan akan berakhir dengan Majlis Pengharagaan Pembeli yang akan diadakan pada 25 Jun.

Acara tebusan ‘Golden Ticket’ akan berlangsung di Suria KLCC ‘Centre Court’ yang mana 100 kotak misteri akan tersedia untuk aktiviti cabutan bertuah buat para pelanggan. Setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM5,000 atau sekeping ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50. Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini dan dapat menikmati ganjaran melalui tebusan e-Baucar yang dimenangi. Pentas utama kempen ini akan mempersembahkan sambutan yang meriah diiringi musik kemenangan yang membangkitkan semangat untuk tontonan para pengunjung bagi setiap cabutan ‘Golden Ticket’ yang berjaya ditebus.

Para pemenang ‘Golden Ticket’ bakal dirai apabila setiap dari mereka berpeluang untuk menyertai sesi fotografi dan setiap dari gambar para pemenang akan dilayarkan di skrin digital berputar yang bertempat di ‘Centre Court’ dan juga di setiap skrin digital yang tersedia di sekitar pusat beli-belah.

Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari minggu akan diadakan di antara jam 12pm sehingga jam 8pm, manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan untuk setiap hujung minggu yang mana sesi pertama akan diadakan di antara jam 10am sehingga jam 2pm dan sesi kedua di antara jam 5pm sehingga jam 9pm. 100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi manakala lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya.

Tidak kurang dari ganjaran tebusan tiket, 50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun. Majlis sambutan ini akan dilengkapi dengan jamuan koktel yang akan menghidangkan pelbagai juadah ‘canapés’ tidak ketinggalan penampilan DJ yang akan membuat persembahan secara langsung. Bagi memeriahkan tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC juga, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan.

Sementara itu, pelanggan terhormat yang lain akan menerima sekeping e-Baucar yang bernilai RM50 sebagai token penghargaan. “Kempen ‘The Golden Ticket’ adalah upacara tradisi tahunan yang amat berprestij dan sentiasa menantikan kehadiran pelanggan terhormat. Sepanjang keberlangsungan kempen sejak tiga tahun lepas, kempen yang sangat bermakna ini telah memberi ganjaran hebat kepada pelanggan setia dan telah mencatat nilai melebihi RM1 juta untuk baucar beli-belah yang berjaya diberikan. Melihat dari sasaran impak ekonomi, kebanyakkan rakan perniagaan Suria KLCC telah mencatat peningkatan dari sudut jumlah pelanggan dan jualan terus,” ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

Alamanda Shopping Centre

Bertempat di Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya, kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung dari 26 Mei sehingga 18 Jun menjanjikan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik buat para pelanggan. Seiringan degan Kempen ‘Golden Ticket’ di Suria KLCC, pelanggan yang berbelanja berbelanja RM500 dan keatas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi baucar beli-belah Alamanda.

Sebanyak 101 tiket akan dicabut untuk setiap hari yang mana setiap cabutan akan membawa cabutan ‘Golden Ticket’ yang utama dan bernilai RM1,000 bersama 100 cabutan ‘White Ticket’ yang bernilai RM50. Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain untuk cabutan keesokan harinya bagi meningkatkan jumlah tiket yang tersedia. Setiap pelanggan hanya berpeluang memenangi sebuah hadiah untuk setiap hari, selagi stok masih ada.

Mesra Mall

Pusat Beli-Belah Mesra di Kemaman, Terengganu akan menjayakan Kempen ‘Golden Ticket’ untuk 30 hari bermula dari 2 sehingga 31 Julai 2023. Melihat kepada sambutan yang amat memberangsangkan pada kempen tahun lepas, konsep yang sama masih dikekalkan. Para pelanggan yang berbelanja RM300 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen cabutan bertuah untuk memenangi baucar Beli-Belah yang bernilai RM1,000 atau RM30. Resit tulen daripada mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli-Belah Mesra perlu disertakan semasa pendaftaran penyertaan kempen.

Untuk info lanjut, sila layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

**********************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

AEDY ASHRAF LEBIH FOKUS DALAM PERNIAGAAN 'KENTANG GORENG'| Penjenamaan semula Fam Fries, menepati citarasa para pelanggan dan Aedy mengajak ramai anak muda untuk membuka perniagaan!

Industri makanan segera Malaysia semakin mendapat perhatian apabila perniagaan sebegini diterajui oleh pelakon muda Aedy Ashraf iaitu Fam Fries. Makanan segera enak ini adalah sebuah jenama 'kentang goreng' popular yang telah disajikan buat seluruh rakyat Malaysia selama tujuh tahun. Wajah dan rasa Fam Fries terkini diubah adalah mengikut perkembangan semasa serta pemilihan warna, logo, tulisan juga adalah ke arah yang lebih santai dan lepak supaya sesuai dengan jiwa usahawan belia masa kini. 

Sebagai Pengarah Pemasaran Fam Fries, Aedy Ashraf juga sentiasa bersemangat untuk meningkatkan lagi mutu undustri makanan segera Malaysia. Aedy yang sangat teruja untuk menjadi sebahagian dari jenama Fam Fries kekal serius meneruskan minatnya dalam perniagaan dan berpendapat tidak ada rahsia besar untuk berjaya melainkan diri sendiri perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh. Bukan itu sahaja, malah untuk membuka perniagaan yang besar dan stabil. Hakikatnya, memulakan perniagaan sendiri bukanlah perkara mudah, malah proses yang dilalui perlulah dimulakan dengan ilmu pengetahuan mengenai bidang perniagaan yang anda jalankan. 

Kata Aedy, "Makanan segera adalah salah satu habit dan rutin masyarakat Malaysia. Dalam keadaan sebegini saya benar-benar percaya bahawa Fam Fries boleh menjadi peneraju dalam industri. Dengan penampilan dan rasa kami yang diubah suai, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada usahawan muda dan merevolusikan cara rakyat Malaysia menikmati makanan segera mereka. Apa yang saya boleh katakan, kentang goreng Fam Fries adalah antara yang terbaik di rantau ini. Tetapi apa yang paling menggembirakan saya tentang penjenamaan semula ini adalah memberi tumpuan pada logo, wajah dan rasa baharu yang lebih mesra dan diingati!"

Malaysia mempunyai begitu banyak potensi dan Fam Fries sedang menjalankan peranan untuk memperkasakan anak muda Malaysia untuk memastikan masa depan mereka lebih terjamin dengan mencuba perniagaan secara kecil-kecilan. 

Hari ini, Fam Fries mendedahkan pengumuman wajah dan rasa baharu bersama media dan rakan kongsi serta rakan selebriti. Penjenamaan semula itu ditetapkan untuk membantu rakyat Malaysia menemui semula tarikan makanan segera 'kentang goreng' istimewa ini dan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia boleh bersaing di peringkat global setaraf dengan jenama kentang goreng terkemuka. Harapan Aedy adalah agar look & feel dan logo terbaharu Fam Fries yang dilancarkan pada harini memberikan mood yang lebih fresh kepada pelanggan dan juga peminatnya. 

Untuk maklumat lanjut tentang Fam Fries dan pengumuman penjenamaan semula mereka yang akan datang, sila hubungi Bahagian Publisiti dan Pemasaran Fam Fries redbeetleidea@gmail.com. Selain itu, boleh juga layari laman sosial media kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Website. 

********************

MENGENAI FAM FRIES

Fam Fries merupakan sebuah perniagaan kentang goreng yang diasaskan oleh pengarah dan pengasas bernama Encik Brown. Kisah Fam Fries bermula dengan sebuah mimpi. Pengasas Fam Fries pada mulanya juga langsung tidakmempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, selepas berani untuk meredah liku-liku perjalanan perniagaan ini, Brown sangat berbangga untuk mengatakan bahawa Fam' Fries kini telah berkembang seiring dengan jenama makanan segera yang popular. Misi dan objektif Fam Fries juga adalah untuk berkembang lebih maju dan melebarkan sayap ke banyak lagi lokasi di Malaysia dan jika diizinkan bakal melebarkan sayap ke luar negara. Kini, Fam' Fries mempunyai hampir 9 outlet terletak di seluruh Kuala Lumpur, Selangor & Johor. 

 

Majlis sambutan Hari Raya tahun ni berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya sebab pecah tradisi, tak buat dekat HQ. Masa General Assembly Ram Reza & Muhammad bulan Mac lepas, telah diputuskan yang RRM akan bersatu di Ara Damansara jadi pejabat HQ dekat Setapak tu tengah sibuk berkemas untuk tutup. Sebab tu juga tak buat di HQ, nak buat di Oasis pun tak seronok sebab ruang kecil. Sepatutnya buat dekat pejabat baru tapi ada masalah dengan kunci. 

Sudahnya En. Hisham buka ruang di rumah dia sebab niat nak buat open house tapi tak sempat. Kebetulan RRM nak buat majlis Hari Raya, sekalikan je lah dengan niat dia tu. Walaupun majlis mula lepas Solat Jumaat, tapi kitorang yang staff ni dah sibuk buat kerja dari pagi. Kak Nurul dengan Kak Ida dari HQ datang pindahkan semua makanan dalam bekas makanan yang cantik. 

Setengah bekas makanan tu dari Ms Aida, setengah lagi sewa dari Restoran Dapur DD sebab ada khidmat katering jadi semua perkakas tu memang sedia ada. Tinggal nak book dan bagitahu bila nak hantar je. Untuk meja makan dengan meja buffet, tempah dekat Sungai Buloh, semalamnya dah siap set up dekat laman rumah En. Hisham. Rezeki kitorang jugak lah sebab cuaca elok je tak hujan. 


Makanan untuk tahun ni tak lah meriah sangat sebab buat lepas Zohor tapi meriah dengan desserts. Main dish ada Ketupat Palas, Nasi Impit Kuah Kacang, Nasi Minyak, Ayam Bawang, Daging Masak Kicap, Dalca, Rendang Daging, Satay Ayam dan Daging. 




Pencuci mulut pula Victoria Cake, Cream Puff, Risole, Tart Buah, Brownies, Burnt Cheesecake, Puding Koktel dan buah-buahan. Untuk air pula ada teh tarik sebagai mnuman panas dan air oren untuk minuman sejuk. Air mineral pun ada untuk hilangkan manis gula di tekak. 









Geng rokiah discuss macam mana nak posing



Nothing much pun untuk sambutan raya tahun ni sebab panas jadi make it simple and short. Sebab panas sangat, kipas dengan aircond pun tak mampu nak kurangkan rasa panas, terpaksa lah berkumpul dekat dalam di ruang tamu rumah En. Hisham. 



Sambutan Hari Raya 2023 bukan setakat RRM Lembah Klang je sebab RRM Penang dengan RRM Kuala Terengganu pun buat hari yang sama jugak. 





I update gambar je lah untuk belah sana sebab diorang pun tak sembang apa aktiviti sepanjang sambutan tu. Lepas dah habis berkumpul dekat dalam, kitorang sambung bergambar dekat luar pulak sebab awan pun dah start warna hitam. Takut pulak hujan lebat sebab bahang lain macam. 







RRM HQ & PJ Branch

RRM Kuala Terengganu

RRM Penang

Terima kasih Ram Reza & Muhammad terutamanya En. Hisham buat open house tahun ni. Seronok kalau ada majlis macam ni walaupun datang menyembang dan makan je sebab kalau masa kerja semua busy, nak menyembang pun tak lah beria sangat. Bila ada aktiviti macam ni baru dapat menyembang beria. Tahun depan agaknya boleh buat warna tema macam RRM Penang dengan RRM Kuala Terengganu buat kot. Cantik je memasing sedondon. 

Book Review | Missing Pages (2018)

Penulis : Jun, Farrah Izzlorna, Pasha, Ema Deestiaqis, Anna Lee, Ayumi

Penerbit : Prolog Media

Helaian : 437 mukasurat / 6 cerpen

Genre : Misteri / Time Travel

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2018

Harga : RM 40.00 (Semenanjung Malaysia), RM 45.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Setiap dari mereka… ada kisah yang perlu dilengkapkan

Anya Dahlia – Benjy…. Di mana pun awak ketika ini, saya harap kesedihan itu tak akan wujud lagi dalam diri awak. Andai takdir menemukan kita kembali, moga saya dapat melihat sinar yang berbeza dalam mata awak. Live well, Nik Benjamin. 

Surat Cinta Untuk Lela – “Lela kata dia mengembara ke masa silam. Apa yang terjadi sekarang tak sepatutnya berlaku.”

Astra – apa yang dilihat dengan mata kasar bukanlah cerita yang sebenarnya dan keajaiban itu sentiasa ada. 

Duniabaru – Setiap cerita perlu ada kesudahannya. Dan ini adalah pengakhiran Two Soul. 

Nota Yang Hilang – Fear is boring. Kemunculan sehelai nota akhirnya membawa dia keluar daripada ketakutannya. 

Noah (Permulaan) – Sebuah pengakhiran bermula daripada satu permulaan. Dan ini adalah permulaan seorang Noah. 

Review: 

Memandangkan ada 6 cerpen pendek jadi I akan buat review untuk setiap cerpen so please bear with me. Cerpen pertama antara cerpen favorite sebab jalan cerita yang mempunyai elemen misteri yang kuat selain dari bertemakan time-travel. Menarik bila baca tentang misteri sekolah yang mempunyai pelajar pelik kemudiannya meninggal kerana bunuh diri. 

Dari perbualan Had84 dan AstraAdry, sedikit demi sedikit rahsia terbongkar dan keadilan terbela. Tapi keadilan tetap keadilan walaupun cuma seorang saja yang tahu kebenarannya. Nak bagitahu macam mana kalau Adry berkawan dengan manusia dari zaman dahulu? Disebabkan kisah pendek ni, I makin tertarik dengan kreativti dan penulisan Ayumi lepas Kanvas (2017) yang juga mempunyai elemen supernatural. 

Tak puas bila baca cerpen Astra tapi kena terima fakta yang kisah Had dan Adry dah pun berakhir. Sedih setiap kali teringat nasib Had tapi takdir manusia bukannya kita yang tulis. 

"Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Perkara ajaib sentiasa ada. Antara kita sedar atau tidak".

Cerpen kedua, Dunia baru dari penulis Ema Deestiaqis adalah kesinambungan dari novel Two Souls jadi masa baca cerpen ni kebanyakan masanya terpinga-pinga sebab tak tahu mana hujung mana pangkal. Kalau yang pernah baca Dua mungkin seronok lah baca sekuel atau prekuel cerita ni. Personally for me tak best sebab confusing dengan watak dan bahasa yang diorang guna. 

But that’s totally on me lah satu, sebab cerpen ni adalah bingkisan cerita yang I tak pernah baca sebelum ni. Satu lagi sebab I malas nak berimaginasi seperti mana yang penulis mahukan masa baca kisah Vesa dan Noura. 

Kisah Noah (Permulaan) karya Farrah Izzlorna membuka kisah Noah yang mempunyai kelebihan dan Yasmin yang menjengkelkan. Kalau Dunia Baru membosankan, Noah pula annoying kisahnya sebab tak suka dengan watak Yasmin yang gedik. Mungkin bukan taste I lah kisah cinta yang bersepah dengan red flag macam tu. Remaja mungkin suka la kot. Ending pun tergantung rupanya kisah Noah adalah prolog kepada novel Infiniti. 

Kisah Anya Dahlia dalam cerpen keempat novel Missing Pages hasil nukilan Pasha membuka kisah Anya yang sering didera fizikal dan mental oleh tunangnya, Naufal. Bila Anya perlukan pertolongan, Nik Benjamin datang membantu.

‘Saya sumpah, Anya. Saya tak akan izinkan dia sakitkan awak lagi!’ – Nik Benjamin

Menarik sebenarnya kisah Nik Benjamin ni cuma bunga bahasa penulis tak berapa kemas. Kalau jadi full novel pun seronok juga sebab elemen romantik antara Nik Benjamin dan Anya tu sweet. Tak lah cheesy sebab dalam masa yang singkat Anya kena cari tahu siapa Nik tapi kehadiran Nik tu macam knight in armour untuk mana-mana wanita pun. Bila baca ending kemain senyum sendiri. 

Cerpen kelima, Alumni Alpha (Surat Cinta Untuk Lela) karya penulisan Jun betul-betul apply konsep time travel sampai kena fokus baca kisah Lela, Baiti, Sid dan Jerry. Kenangan masa sekolah dulu yang mencorakkan masa depan mereka berempat. Pengajaran dari penulis sangat kuat dalam kisah ni sebab manusia selalu bermain dengan kalau untuk masa lalu sedangkan apa yang berlaku dah tertulis. Menghargai dan bersyukur tu yang lebih penting. 

Yang terakhir, kisah Nota Yang Hilang dari ketua penulis, Anna Lee. To be frank, ini pertama kali I baca kisah nukilan Anna Lee and I must say, she is something. I suka baca kisah Bhinda yang semangat perjuangkan hak yang dirampas. Keluh kesah Bhinda rasa dekat sangat di hati. Bila dia usaha nak cari kerja part-time, dia sendiri pun tak mampu sebab kerja utama tu dah makan masa dan tenaga yang banyak. Orang mudah sangat sarankan buat 2 kerja tapi orang tak tahu keupayaan kita ada hadnya. 

Kisah cinta dia dengan Fendi pun menarik sebab bukan mendadak tapi slowly they gained trust and helped each other. Walaupun Bhinda dengan Fendi tak pernah ngam sebelum kejadian terkunci dalam cafe tu tapi dalam satu malam masing-masing jadi partner in crime yang bagus. Ending dia mengejutkan lah sebab tak sangka langsung pemilik nota itu siapa. Patutnya cerpen ni jadi full novel sebab watak Bhinda, kisah hidup dia bersama Amri layak diberikan perhatian. Watak Fendi pun tak dikembangkan sangat sebab tersekat pada format cerpen. 

Overall, ada kisah yang menarik dan ada juga kisah yang buatkan I berhenti baca sampai sebulan lebih sebelum sambung kembali bacaan. Was it worth it? Yupp sebab I dapat kenal setiap penulis yang terlibat. I dah tahu lah penulis mana yang perlu avoid dan penulis mana yang ngam dengan selera bacaan. 

1. Author +0.7, 2.Plot +0.6, 3. Genre +1, 4. Social Message +0.6, 5. Personal Thought +0.6 = 3.5/5

Movie Review | Bhediya (2022)

Saturday 3 June 2023


Director: Amar Kaushik
Writer: Niren Bhatt
Cast : Varun Dhawan, Kriti Sanon, Abhishek Banerjee, Deepak Dobriyal, Paalin Kabak
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributor: Jio Studios
Genre: Horror / Comedy
Running Time : 156 minutes
Release Date : 25 November 2022
Trailer :


Installment terbaru untuk horror comedy universe kepunyaan Maddock Films membuka kisah Bhediya (Serigala Jadian) yang wujud di bahagian utara India di kawasan Arunachal Pradesh. Bhaskar Sharma (Varun Dhawan) ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan kesemua penduduk di kawasan tersebut untuk projek pembinaan lebuh raya. 

Kerana trip tersebut memakan masa berbulan lamanya, dia ajak Janardhan a.k.a JD (Abhishek Banerjee), sepupunya ikut bersama. Di sana mereka berjumpa dengan Jomin (Paalin Kabak) yang juga merupakan kawan baik Bhaskar. 


Bukan sesuatu yang sukar pun untuk Bhaskar yakinkan penduduk kampung di situ kerana dia memilih untuk approach generasi muda yang inginkan kemodenan. Generasi lama pula lebih berpegang kepada amanat generasi sebelumnya untuk menjaga kelestarian hutan.

'They don't even know what this generation wants. You want Netflix, not nature. You want i-Pads, not trees. You want Starbucks, not black-bucks. You prefer Jungle Books over jungle and Tiger Shroff not the real tiger!' – Bhaskar


Kerana projek tersebut Bhaskar digigit oleh serigala jadian di bahagian punggung. Jomin cadangkan supaya Bhaskar dirawat oleh veterinar, Dr. Anika (Kriti Sanon) kerana tak mahu khabar angin virus Yapum menyerang pekerja pembinaan. Luka Bhaskar dalam namun anehnya luka dia sembuh serta-merta. Deria baru dan pendengaran dia juga meningkat. Fizikal badannya pula semakin tegap. Setiap kali bulan mengambang, Bhaskar berubah menjadi Bhediya.

Lepas kecewa dengan spin-off Roohi (2021), tak letak expectation tinggi untuk instalment terbaru dalam universe mitos Maddock Films ni. Surprisingly filem Bhediya menarik untuk ditonton walaupun plotnya ringkas sahaja. Skrip yang kemas ditambah dengan dialog kelakar yang menghiburkan antara kekuatan Bhediya. Bonus lah sebab naskhah arahan Amar Kaushik adalah original story. 


Kalau Stree (2018) mengangkat tema feminism di mana Vicky si tukang jahit ukur badan wanita tanpa menyentuh pun, filem Bhediya pula lebih kepada diskriminasi kaum. Watak JD sentiasa cari peluang untuk ejek Jomin yang berfizikal seperti orang Cina. 

‘JD discriminates against me casually over every little thing! Even you laugh at his jokes. Do you think I don’t feel bad? He’s been pestering me to show him Kung-Fu. Want to see some Kung-Fu? I don’t know any Kung-Fu. For you folks, all of North East is a Shaolin temple and we are Jackie Chan’s and Bruce Lee’s children! When people call us Chinese in our own country, it sounds like cursing words. It really hurts. And JD, if one’s Hindi is weak, it doesn’t make him any less Indian!’- Jomin


Nikita Grover pandai cari pelakon yang sesuai untuk watak Jomin, kelakar bukan saja pada dialog dia tapi juga pada ekspresi. Sama level dengan Abhishek sebab tak terlampau guna ekspresi sampai nampak over. Chemistry antara Kriti Sanon dengan Varun Dhawan tak perlu dipertikaikan lah sebab dah pernah tengok diorang berdua dalam Dilwale (2014) sebelum ni. Comel tengok diorang spend time dalam lagu romantik Aapna Bana Le. 

Masa tengok watak JD macam pelik juga lah kenapa Abhishek Banerjee berlakon lagi dalam filem Bhediya sebab nanti ada crossover dengan kisah Stree 2. Rupanya JD adalah Janaa yang diculik oleh Stree dan penulis explain di hujung cerita Bhediya. Ni bukan spoiler sebab dalam lagu Thumkeshwari, Shraddha Kapoor ada buat kemunculan istimewa. 



Pengarah pun dah umumkan Bhediya 2 (2025) akan ditayangkan selepas Stree 2 (2024) dan kedua-dua filem berkait cuma macam mana perjalanannya tu tak pasti. Pelakon filem Roohi pun akan muncul juga dalam Stree 2 nanti cuma macam mana diorang nak olah watak Vicky dan Bhawra juga menjadi tanda tanya. 

Dalam Bhediya juga, ada babak kelawar yang masuk ke rumah Jomin. Di second half pula Bhediya panggil kelawar untuk bantu dia. Boleh jadi produser bagi hint untuk Vampire? Possible juga kalau Tiger Shroff jadi Vampire sebab Bhaskar menyebut nama dia dekat first half. Kalau ikutkan serigala jadian dengan Vampire tak geng sebab gigitan serigala berbahaya untuk Vampire tapi tak ada masalah untuk bekerjasama. Fakta yang I belajar dari The Vampire Diaries, tak penting tapi wajib tahu. 


Walaupun filem Bhediya menang Best Special Effects dekat Filmfare Awards tapi I lebih seronok tengok hasil VFX dalam filem Brahmastra (2022) sebab penggunaan kesan khas dalam filem ni nampak tak kemas sangat. Ular nak melintas pun pakai vfx padahal boleh guna ular betul untuk nampak natural. Ular dekat atas badan Bhaskar pun sama. Katak melompat pun nak pakai VFX padahal katak melompat je pun dalam babak tu. 

Surprisingly penggunaan VFX masa Bhaskar bertukar menjadi serigala tu tak lah nampak sangat kartun dia macam babak Zafar Chaudhary lawan lembu dalam filem Kalank (2019). Teruk Varun kena bash sebab babak tu. Babak akhir bila Bhaskar seru semangat alam tu pun nampak cantik. Keindahan alam semulajadi di kawasan pergunungan pun terjejas lah dengan penggunaan VFX sebab lagi cantik touch up tone grading saja. Music album Bhediya semuanya mengasyikkan. Apna Bana Le Female version sedap sangat sampai terbuai dengan suara lunak dia. 


Kalau tengok pada prolog filem Bhediya dah boleh nampak siapa Bhediya Alpha yang gigit punggung Bhaskar cuma kita tak dihidangkan sehingga lah pengarah tunjuk pertemuan Beta dengan Alpha. Transition VFX Bhediya Alpha pun terlihat cantik dan mudah, jauh berbeza dengan Bhediya Beta yang menyakitkan. Bila tengok perubahan tu baru tahu siapa yang diceritakan oleh Panda (Deepak Dobriyal). 

Suka tengok serigala jadian dalam filem Bhediya sebab comel macam anjing husky cuma saiz dia tak lah besar sangat macam serigala jadian dalam Teen Wolf ataupun The Vampire Diaries dan Twillight. Comel tengok Bhediya senyum bila Janaa sebut pasal Mithun sebab dia kenyang sangat makan lembu tu. 


Dah selesai layan Bhediya ni semangat balik nak tunggu kemunculan Stree 2 tapi harapnya tak banyak penggunaan VFX lah macam Bhediya ni. Sayang sangat Bhediya terkena tempias Boycott Bollywood sebab filem ni ada potensi kutip pulangan yang lebih tinggi. Kalau kutipan tinggi, produser boleh guna khidmat VFX yang lebih mantap.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

Director : Anurag Kashyap
Writer : Anurag Kashyap
Cast : Karan Mehta, Alaya F, Amber Arya, Vicky Kaushal
Production Companies: Good Bad Films, Zee Studios 
Distributor: Netflix
Genre: Drama
Running Time : minutes
Release Date : 3 February 2023
Trailer :


‘Once upon a time, a Lover stood on Love’s door. He stood knocking on the door, ringing the bell. A voice rang out, “Who is it?” The Lover said, “it’s me”, but Love didn’t answer. The Lover stood, persistent. The door didn’t open, no voice beckoned. Bereft of hope, he walked out of the alley of Love and reached the bazaar. It was chock-a-block with lovers till his eyes could see. And each of them was drunk in love. But love eluded them. The bazaar offers all forms of relief. Balms and medicine for all grief. Distraction to your heart’s desire! But the Lover was seeking something else. He was a true lover. So he treads up that door again knocking gently. And a voice said, “Who is it?” and this time he said, “It is you. Just you”Because friends, love starts with “you”. What am I? Because “I” is the dead-end of every road, where everything comes to a halt. So it is love when it is you!’- DJ Mohabbat

Naskhah terbaru Anurag Kashyap bertemakan kisah cinta dua dunia berbeza menyingkap dua kisah cinta di dua kawasan yang berbeza. Di Dalhousie, Yakub (Karan Mehta) dan Amrita (Alaya F) melarikan diri bersama ke Goa untuk menghadiri konsert DJ Mohabbat sementara di London, Harmeet (Karan Mehta) dan Ayesha (Alaya F) bertemu di sebuah kelab malam. Penghubung mereka adalah DJ Mohabbat (Vicky Kaushal) yang aktif beri nasihat tentang cinta. 

Filem Almost Pyaar with DJ Mohabbat mempunyai elemen politik dan perbezaan agama dalam kisah Yakub dan Amrita. Perbezaan agama yang menyebabkan keluarga mereka salah sangka dengan tindakan melarikan diri kerana jihad cinta sedangkan mereka berdua cuma nak have fun dekat Goa. Bila sembang pasal tindakan remaja sahih lah pendek akal, tak ada plan, tak ada duit, sembrono saja asalkan dapat apa yang mereka nak. 

Sama juga kisahnya dengan perangai obses Ayesha terhadap Harmeet Singh yang bekerja sebagai DJ di kelab malam. Setiap malam ada saja helah dia untuk masuk ke dunia Harmeet tanpa segan silu. Tapi disebabkan status ayah dia yang kaya, Harmeet disumbat masuk ke dalam penjara. Habis hancur semua usaha keras dia untuk jadi penyanyi. 

Tak pasti lah Anurag malas nak sembang secara mendalam dua masalah besar dalam masyarakat India yang dah berlaku sejak dulu ataupun tak cukup masa. Baik kisah cinta Yakub-Amrita mahupun Harmeet-Ayesha, kedua-duanya diceritakan dengan lemah. Mungkin sebab pemilihan pelakon juga sebab Karan Mehta nampak jelik sebagai Yakub but okayish as Harmeet. Alaya pula ada masa okay, ada masa mehhh. Chemistry pula tak pasti lah perlu ada atau tidak sebab kedua-duanya lebih selesa sebagai kawan. Questionable lah bila kedua-dua pelakon boleh dapat watak double role sedangkan lakonan lemah. 

Kalau boleh pilih, perjalanan kisah Ayesha dengan Harmeet lagi seronok. Macam mana Ayesha nak redeem balik cinta dia dari Harmeet lepas 3 tahun tu yang perlu dijadikan kisah. Asyik cerita pasal jatuh cinta dan kejar cinta, kenapa Anurag Kashyap tak explore pula kisah peluang kedua. Senang sangat Ayesha keluar dari kemelut masalah cinta dia walhal dah rosakkan masa depan lelaki tak berdosa. Jangan kata jatuh cinta, pandang pun tak tup tup masa depan gelap gelita. 

Plot cerita antara kelemahan besar dalam naskhah romantic drama ni sebab tak faham pertalian keempat-empat watak. Tak sama pun macam Love Aaj Kal (2009) atau Love Aaj Kal (2020) sebab dua pasangan ni wujud pada waktu yang sama. Filem ni lebih kurang vibe Kaho Na... Pyar Hai (2000) sebab Raj dengan Rohit wujud pada waktu yang sama tapi berbeza lokasi. Ada babak Yakub berjumpa dengan nenek dan datuk Harmeet tapi description macam tak sama. 

Filem Almost Pyaar with DJ Mohabbat ni ada mixed reviews, ada yang suka dan ada pula yang keliru dan menyampah. Tapi yang pastinya, semua setuju yang Vicky Kaushal cemerlang sebagai DJ Mohabbat. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10