Kandungan Selamat dan Seronok Untuk Kanak-Kanak dengan Astro Baharu

Wednesday 22 March 2023

Kandungan Selamat dan Seronok Untuk Kanak-Kanak dengan Astro Baharu | Si Celik tidak akan bosan di rumah dengan kartun-kartun kegemaran mereka di Astro Ramadan ini 

Astro menyediakan rancangan-rancangan hebat untuk kanak-kanak dengan kandungan yang selamat dan seronok untuk menjadikan harian mereka lebih ceria dan bermakna. Dengan Astro Baharu, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan kandungan-kandungan yang ditonton oleh anak-anak mereka ketika mereka di rumah terutamanya bila tiba musim cuti sekolah. 

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka dari segi fizikal dan mental, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil yang berumur bawah 10 tahun. Dengan teknologi yang canggih, anak-anak kini boleh menonton pelbagai rancangan dalam talian dengan hanya satu klik sahaja. Namun tontonan tanpa pengawalan ibu bapa ketika mereka sibuk dengan kerja dapat mendedahkan anak-anak dengan kandungan yang tidak bermanfaat dan bahaya. Oleh itu, Astro menyajikan seleksi kandungan kanak-kanak dengan intipati yang selamat dan memberi pelajaran untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa serta membuatkan anak-anak mereka gembira.  

Dengan Astro Baharu, Astro ingin memberikan pengalaman tontonan baharu yang mudah dan lancar kepada pelanggan termasuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil dengan memperkenalkan Profil Multipengguna yang membenarkan sehingga 5 profil berbeza untuk satu isi rumah mengikut kandungan yang diperibadikan berdasarkan cita rasa unik dan pilihan setiap pengguna. Dengan pengenalan Profil Kanak-Kanak, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan pilihan rancangan anak-anak mereka yang boleh diterokai daripada pelbagai seleksi kegemaran kanak-kanak termasuk Omar & Hana, Mechamato, Didi & Friends, Upin & Ipin dan Cocomelon dalam persekitaran yang dikhususkan.

Tambahan, kanak-kanak sering terpengaruh dengan kandungan-kandungan yang mereka lihat yang turut memberi kesan kepada perkembangan mental dan emosi mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak mereka hanya terdedah dengan rancangan-rancangan yang selamat serta padat dengan intipati berguna yang boleh membentuk akhlak mereka. 

Dengan menggunakan perkhidmatan internet Astro Fibre, kanak-kanak juga dapat menonton rancangan kegemaran mereka tanpa sebarang gangguan. Untuk ibu bapa yang ingin memantau masa tontonan anak-anak, mereka kini dapat mengawal akses anak-anak mereka dengan mengehadkan masa penggunaan internet mereka menerusi talian. Dengan cara ini, ibu bapa dapat meluangkan masa bersama mereka serta merapatkan hubungan kekeluargaan. 

Dengan ketibaan bulan Ramadan, ibu bapa dapat memberikan hiburan berterusan kepada anak-anak mereka sambil mengajar tentang kemuliaan bulan tersebut menerusi pelbagai kandungan baharu di Astro. Antara rancangan yang kanak-kanak boleh nantikan menjelang Ramadan ini adalah seperti:

  • Salam Famili

Kisah komedi tentang seorang Muallaf yang belajar menghadapi Ramadan pertamanya di Malaysia dan jatuh cinta dengan seorang ibu tunggal. Untuk mengahwini cintanya, dia mestilah mendapat restu ayah ibunya dengan menunjukkan bahawa beliau boleh menjadi imam yang baik.

  • Si Manis Bulan Ramadan

Kisah anak-anak kepada para selebriti seperti Dato’ Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Nadiya Nisaa yang memasak untuk ibu bapa mereka.

  • Geng Ngaji Junior

Belajar rukun solat bersama Ustaz Don Daniyal dan jom mengaji surah-surah lazim bersama Qari Ustaz Fakhrul UNIC & Qariah Nor Farhatul Fairuzah.

  • Mechamato The Movie

Kisah Amato yang menemui kapal angkasa penjara mengandungi robot jahat terhempas ke bumi. Salah satunya MechaBot, berupaya untuk mekanisasi objek harian menjadi peranti berteknologi tinggi. Amato berjaya mengakali MechaBot dan sejak itu mereka bekerjasama untuk mencari dan menangkap robot jahat itu.

  • Famili Yang Popular

Sebuah keluarga influencer yang mementingkan dunia media sosial terkejut apabila mendapat tahu salah seorang ahli keluarga menghidap penyakit kanser. Adakah mereka akan mengharungi dugaan ini bersama? Famili Yang Popular merupakan siri yang dibintangi oleh Ziana Zain, Sherry Alhadad dan Rashidi Ishak dan bakal ditayangkan pada minggu hari raya.

Selain daripada itu, kanak-kanak turut boleh menyaksikan kartun-kartun komedi antarabangsa yang boleh memenuhi harian mereka sambil menunggu waktu berbuka seperti Kung Fu Panda dan Go Jetters menerusi dua saluran antarabangsa baharu di Astro iaitu Dreamworks dan Cbeebies serta rancangan-rancangan berbentuk pendidikan seperti Hero Squad dan Mythbusters Junior. 

Astro juga memperkenalkan sebuah iklan kanak-kanak yang bertemakan ‘Kanak-Kanak Ceria, Ibu Bapa Gembira’ bagi menekankan kepentingan memberikan kandungan yang selamat dan menarik buat kanak-kanak. Astro bertekad untuk menjadi platform pilihan utama ibu bapa untuk mendapatkan hiburan terbaik untuk anak-anak mereka.

Untuk menonton iklan kanak-kanak Astro, sila klik pautan di bawah :

https://drive.google.com/file/d/1L2rr0K7JIHBQ96PK9qZWqeolZBhYqTCe/view

Peminat SYOK Podcast boleh menikmati siri drama audio baharu, Malam Pengantin yang berkisarkan pengorbanan cinta seorang isteri dalam menempuh dugaan berkeluarga. Konsep persembahan dan jalan cerita siri drama audio ini adalah berdasarkan buku berjudul ‘Pulang Gadisku Pulang’, karya penulis buku dan lirik tersohor tanah air, Datuk Hajah Habsah Hassan. Peminat boleh mula strim siri SYOK Podcast Malam Pengantin pada 29 Mac, jam 10 pagi, secara eksklusif di aplikasi dan lawan web SYOK. 

Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio dan Rocketfuel Entertaiment, berkata, “Kami teruja mempersembahkan siri drama audio Malam Pengantin yang akan menyertai koleksi drama audio dan podcast kami di SYOK. Tambahan kepada siri drama audio ini, aplikasi SYOK turut memaparkan seleksi hiburan audio tempatan yang pelbagai untuk pilihan ramai. Melalui kerjasama kami dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi, kami turut memberi peluang kepada pengkarya tempatan untuk terus hidup di medium digital dan elektronik, selain halaman buku, serta peluang untuk artis-artis tempatan memperkembangkan bakat mereka di platform SYOK. Kami berharap semua dapat menikmati siri drama audio baharu ini dan terus menyokong pembangunan landskap audio tempatan.”

YBhg. Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah DBP, berkata, “DBP dalam landasan yang tepat dalam menjalankan satu daripada fungsi terasnya, iaitu penyebaran bahasa dan sastera dengan mengorak langkah pelaksanaan program dan penghasilan produk digital. Dengan bersumberkan kandungan bahan terbitan dalam bidang Bahasa dan sastera, SYOK merupakan rakan sinergi strategik yang mempunyai "jiwa dan sejalan” dengan kandungan DBP selain terbukti mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam penghasilan produk digital”

Siri drama audio Malam Pengantin terdiri daripada lima episod yang disuarakan oleh bakat-bakat tempatan termasuk Hafreez Adam, Syainie Shuhaimi, Alyssa Azmi, Rosie Haslinda dan Syazwan Shuhaimi. Skrip drama audio ini pula ditulis oleh Datuk Hajah Habsah Hassan, dengan nasihat bahasa serta penceritaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malam Pengantin juga adalah drama audio tempatan pertama yang dilengkapi runut bunyi asal bertajuk ‘Cinta Tak Mengerti’, nyanyian Syazwan Shuhaimi, pelantun baharu industri muzik tempatan di bawah label Rocketfuel Entertainment.

Peminat boleh menyelami kisah Faridah (Syainie) dan Bahrin (Hafreez), merupakan pasangan bercinta yang ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga bersama. Namun pasangan ini dilanda dugaan apabila keduanya terlibat dalam kemalangan, di hari pertama percutian bulan madu. Natijah daripada kemalangan itu, Faridah perlu menerima takdir apabila kehilangan anggota kaki dan merasakan dirinya beban kepada Bahrin. Demi mencari kebahagiaan buat sang suami, Faridah mendesak Bahrin untuk mengahwini rakan karibnya Rokiah (Alyssa) agar kebahagiaan Bahrin dapat dikecapi sungguhpun Faridah perlu mengorbankan perasaan dan cintanya. 

Episod-episod baharu Malam Pengantin akan disediakan setiap Rabu, jam 10 pagi pada minggu seterusnya menerusi aplikasi dan laman web SYOK. Untuk maklumat lanjut, lawati syok.my atau platform media sosial SYOK. 

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan | Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery.

With Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasa meals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. With discounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour. 

Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order from ShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’t know where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your meals from:

1. Tiga Budak Gemok: This restaurant serves generous portions of Malaysian comfort food that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include Nasi Ayam Kicap Biasa + Telur + Tempe and Siput Masak Lemak Cilipadi.

2. Pasta Panas: This popular pasta joint offers a unique and exciting dining experience with their spicy twist on classic pasta dishes. Try out their bestselling pasta dishes like Spicy Chili Mac and Salted Egg Pasta.

3. 4Fingers: This restaurant serves mouthwatering Korean-style fried chicken that is crispy, juicy, and addictive.Offering singular combos and family sets, 4Fingers is perfect whether you’re dining alone or with your loved ones.

4. Tealive: Tealive is a popular chain of bubble tea shops in Malaysia, known for their diverse range of delicious drinks made with fresh ingredients.

5. Sushi King: For sushi lovers, Sushi king provides a wide selection of fresh and delicious sushi, sashimi, and other Japanese dishes at affordable prices, making it a go-to spot for sushi lovers.

Don’t forget to checkout these special discount days as well and make the most of your fasting month food orders:

ShopeeFood Day: LINK

From 20 Mar - 22 Mar, kickstart the holy month of Ramadan right and enjoy great discounts and free delivery for buka puasa meals.

● Up To RM30 OFF (no minimum spend)

● Super Deals up to RM21 OFF

● Free Delivery

ShopeeFood PayDay Sale : LINK

From 25 Mar - 28 Mar, treat yourself and your loved ones to yummy meals without breaking the bank.

● Up To RM30 OFF (no minimum spend)

● Super Deals up to RM21 OFF

● Free Delivery

About ShopeeFood

ShopeeFood connects Shopee users to various eateries, from popular joints to local street food stalls, at the best value. Launched in 2021, ShopeeFood offers users a convenient and seamless food delivery experience while helping merchants digitalise and widen their reach.

Integrated into Shopee's ecosystem, which includes the mobile wallet, ShopeePay, ShopeeFood provides users with a seamless, secure, and rewarding payment and delivery experience.

Shopee is a part of Sea Limited (NYSE:SE), a leading global consumer internet company. In addition to Shopee, Sea’s other core businesses include its digital entertainment arm, Garena, and digital financial services arm, SeaMoney. Sea’s mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology.

Starbucks | Strawberry Pie Cream Frappucino

Tuesday 21 March 2023

 

Ngam betul mood happy kena belanja Starbucks dengan partner bila Starbucks keluarkan edisi Strawberry Hap-pie-ness, gabungan strawberry dan juga matcha. Since I tak berapa gemar jus strawberry jadi tak pernah rasa nak try pun drinks dari edisi ni. Yang ni Husna punya tapi sama-sama pakat rasa sorang sikit sebab nak tahu ngam tak ngam. 

Dalam Strawberry Pie Cream Frappucino ni ada sirap strawberry  digabungkan dengan susu dan ais kisar. It just a simple ingredients in one drink. Yang buat minuman ni jadi comel bila barista tabur Strawberry Cookie Crumble dekat whipping cream di bahagian atas tu. 


Finishing looks dia cantik, sama macam dalam poster sebab ada sprinkles warna pink dengan kuning lembut. Rasa dia pun comel macam makan kek strawberry ataupun Strawberry Sando. Manis tu confirm lah tapi tak lah over sangat. Kalau nak belanja orang, try la bagi Strawberry Pie Cream Frappucino  sebab cantik dan sedap. Kalau beli minuman ni dan bayar guna kad boleh dapat extra 50 Bonus Stars so it's a double happiness. Eikkssss!


Btw I'm a bit disappointed lah dengan Iced Matcha Latte sebab rasa rumput. Tersilap sebenarnya, patutnya ambik Iced Green Tea Latte sebab green tea yang sedap bukannya matcha. Lepas ni nak order Iced Jasmine Clementine Pure Green Tea Latte sebab air Ayuni beli tu sedap. Bau jasmin tak kuat tapi kalau kuat pun I suka je sebab wangi. 

Selalunya kalau pergi Starbucks boleh je request nak paperbag sebab kitorang suka beli banyak tapi this time pilih holder biasa ni je bila barista bagitahu paper bag dah kena charge RM1.50. We're like mehhhh itu pun nak charge T.T

Anyway thanks to Ms Hanim sebab belanja kitorang Starbucks! 

Dookki, One Utama Tak Berbaloi

Monday 20 March 2023


Tak pernah pula tahu dekat bahagian bawah di bangunan PJ PAC tu ada banyak lagi Korean restaurants. Excited lah nak try sebab dah lama tak layan makanan Korea. Sebulan kira lama lah kan? Jadi kitorang pilih untuk makan di Dookki sebab BBQ dekat sebelah tu tak halal. Asalnya nak pergi ke Seoul Garden tapi naik harga lagi. Entah lah labu, asyik naik harga je padahal apa yang dihidangkan tu tak setara pun. 

Balik kepada Dookki ni, dekat sini satu kepala kena caj RM39.90 untuk dewasa dan RM19.80 untuk kanak-kanak. Kalau membazir, kena charge lagi RM20. Ada had masa juga supaya customer tak melepak lama dekat dalam tu. Lepas satu jam setengah, dah boleh lah angkat punggung keluar dari restoran. Mungkin sebab tu jugak kot ruang dekat dalam ni kecil. 



Dekat Dookki ni ada pilihan untuk double ring cheese tapi kena tambah duit lagi lah. Tengok meja yang order ring cheese tu macam tak banyak pun jadi malas lah nak bazir duit walaupun hakikatnya kitorang dah bazir untuk main dish. 

Konsep dekat sini rebus je dalam kuah kimchi atau tomyam, tak ada istilah grill langsung so auto tak best kat situ. Masa check sebelum duduk tu tak tahu lah pulak tak boleh grill sebab meja orang lain dah penuh dengan pinggan mangkuk. Takkan nak pergi tengok beria kan. 




Nak makan boleh pilih jenis ramyeon, jenis sayur, tteokbokki, frozen ingredients dengan fishcakes. Kelainan pada Dookki mungkin pada tteokbokki lah sebab boleh pilih nak bentuk apa tapi tak banyak pun pilihannya. 

I rasa selection dekat sini sikit je nak bandingkan dengan BBQ local yang boleh mencecah sampai 60 pilihan bahan. Ada seafood pulak tu walaupun tak fresh mana tapi sekurangnya ada. Dekat Dookki ni ada juga ready to eat menu macam sushi, ayam goreng, wantan dengan dumpling tapi entah lah sedih tengok. 


Sushi dia tak banyak pilihan pun, ada kimchi, tuna dengan telur ikan tu je. Mungkin beras dia guna tu premium sebab tu lah sikit je topping. Tengok lah tuna tu, sejemput je. Lepastu dia cover mayonis banyak-banyak. Nasib baik kimchi dia sedap, tak banyak cuka macam kimchi lain. 

Makanan bergoreng tu, ayam dia a huge letdown lah sebab dah on the way nak rosak. Dekat luar nampak perang cantik je tapi dekat dalam dah nak hitam. 


Fishcake dia pun tak banyak pilihan walaupun ada sampai 6 box dekat situ. Nak tak nak, fishcake berlipat tu je lah boleh pulun pun. 


Pilih punya pilih, satu pot ni lah yang jadi menu utama. Merah menyala kan, tapi sebab kimchi je tu. Tak pedas pun sebab perut memasing tengah berehat. Lagi satu benda best dekat Dookki, ada free flow seaweed. Setiap kali nak suap, setiap kali tu lah tabur seaweed. Seaweed dia pun I rasa mahal gak sebab tak masin dan hanyir. 

Yang timbul besar dan banyak tu tauhu goreng, kalau tak ada tauhu tu memang nampak macam satu periuk maggi biasa je. Baik makan maggi letak ketam dengan telur dan cendawan enoki. Lagi sedap layan. 


Ada pros and cons lah makan dekat sini tapi I tak rasa satu jam setengah tu sesuai jadi had masa untuk seorang yang slow eater macam I. Dah la makan tteokbokki yang berkanji, nak makan panas-panas memang idak ler. Melecur mulut tak ke naya? Dah la tekan plain water keluar air bergas yang masam. Tak pernah ada yang makan dekat sini ke sampai plain water pun jadi macam ni?

Lepas ni memang tak repeat dah makan dekat sini sebab kalau setakat nak makan tteokbokki, I boleh pergi ke KFry, kalau nak seaweed sedap, I cari dekat K-Plus Food Market. Rasa rugi sangat spend sampai RM80 tapi tak syok makan. Staff pasang lagu K-pop tapi video dengan audio tak match pun. Tibehhh time lagu Treasure elok pulak haha. Still doesn't change anything, not coming back for sure. 

ZUS Coffee Sungai Besar


Dah lama tak balik Sabak Bernam sebab selalu sibuk setiap minggu so minggu lepas dapat balik nak singgah beli kopi dekat Tealive tapi ternampak Zus Coffee dekat sebelah. Laju je lah tolak pintu kemudian menuju ke kaunter untuk order. 

'Dah lama ke ZUS bukak dekat Sungai Besar ni?'
'Boleh lah around November tahun lepas macam tu.'


No wonder lah tak pernah nampak sebab last balik Sabak bulan Oktober macam tu tak silap. Dekat Sekinchan ada Starbucks, dekat sungai Besar ada ZUS Coffee. Balik Sabak boleh lah menyinggah kasi hilang sendu. Tibehhhh!






Kalau singgah ZUS, berani minum Iced Hazelnut Latte je sebab biji kopi dia pekat. Nasib baik lah masa pergi ni tak ramai orang. Lepas 10 minit macamtu dah dapat paper bag biru putih ni untuk bawa balik. 

Outlet ZUS Coffee dekat Sungai Besar ni kecil je, maybe sebab buka dekat kawasan perumahan kot. Kalau dekat Subang Bestari meriah lah dekat dalam tu sebab jadi port untuk orang buat kerja sambil layan kopi. 

ZUS COFFEE 

No 33, Ground Floor, Jalan Panchang Bandena, 

 45300 Sungai Besar, Selangor

High Council, drama siri premium terbitan Astro Shaw di bawah jenama Astro Originals yang mendapat pujian ramai telah berjaya mencetuskan impak baru buat landskap industri seni tempatan dan sekali gus menyaksikan anjakan paradigma buat Astro untuk terus menyajikan kandungan terbaik dan menawarkan pengalaman tontonan yang cukup optimum buat semua pelanggannya. 

High Council menjadi drama paling popular di platform medium digital dan platform Astro Go dan On Demand, di samping mencatat kadar statistik tertinggi dengan menjadi konten No. 1 pilihan penonton sepanjang Januari hingga kini. Lebih membanggakan, High Council turut memecah rekod drama premium Astro Originals terdahulu dab merekodkan kesan yang positif. Hasil perkongsian video di TikTok melalui #ProjekHighCouncil mencatatkan 100 ribu hanya dalam tempoh lima hari dan keseluruhan mencatat 1 billion views sejak Januari. High Council bukan sahaja cetus fenomena dalam kalangan penonton Malaysia tetapi juga menarik peminat di Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. 

High council mula temui penonton sejak 14 Januari setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro GO dan Astro On Demand. Mempunyai sebanyak 10 episod kesemuanya di mana setiap episod menampilkan konflik, saspens dan keterujaannya yang tersendiri. Selain mempersembahkan jalan cerita yang keluar dari kebiasaan, High Council berjaya mengetengahkan sisi berbeza bakat-bakat baru dan sekali gus menjadi kegilaan ramai. Ini membuktikan sesebuah karya mampu memikat hati penonton melalui bakat dan bukan jumlah 'followers' semata-mata. 

Sementara itu, penampilan barisan pelakon High Council di satu acara sesi bertemu peminat anjuran Astro di ikon Kuala Lumpur iaitu pusat membeli belah terkemuka Suria KLCC, Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh ribuan peminat, lalu mencuri perhatian ramai terhadap sambutan luar biasa buat sesebuah karya tempatan. Selain itu, watak Kahar menjadi topik 'trending' selama dua hari selepas kemunculan istimewanya di Gempak Most Wanted Awards. 

Impak besar daripada fenomena hebat tersebut telah menjadi salah satu kunci kejayaan besar buat drama premium ini. Lanjutan daripada kejayaan itu, High Council mengukuhkan lagi jenama Astro Originals dalam menampilkan drama-drama premium berkualiti tinggi dengan jalan cerita segar. 

Terdahulu, Astro Originals menampilkan 'One Cent Thief' yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan siri ini tampil di empat saluran berbeza seperti Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil; 'Projek: Anchor SPM' iaitu pemenang Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021 telah mengangkat genre baharu 'coming-of-age' dan menjadi pilihan nombor 1 penonton (unique viewers) di platform On Demand dan Astro Go; 'Dukun Diva' mengangkat tema anti-heroes telah memenangi 'Best comedy Programme' di Asian Academy Creative Award dan juga dinobatkan dalam Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2022; 'Histeria The Series' kesinambungan filem box office Histeria yang lebih berani dan 'gore'; 'Murder By Moonlight' drama premium berkonsepkan 'whodunnit'; 'Kuasa' yang mengetengahkan buat pertama kali kisah fiksyen sebuah keluarga dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor dan kemasyhuran; 'i-Tanggang' drama pertama Malaysia angkat isu mental Munchausen Syndrome By Proxy; dan 'Kampung Pisang Bersiri-Siri' iaitu francais filem komedi no 1 Malaysia dan berjaya diangkat sebagai pemenang Drama Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2021. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, "Di samping mencipta penanda aras baru buat kualiti drama Malaysia, impak gelombang High Council membuktikan karya tempatan mampu merapatkan jurang kualiti dengan naskhah global. Kejayaan ini mendorong kepada lebih banyak kerjasama strategik dengan pelbagai pihak tempatan mahupun luar negara. Jadi nantikan deretan drama premium terbaik Astro Originals yang mampu memberi pengalaman berbeza kepada penonton. Menyusul selepas High Council adalah LIAR iaitu drama adaptasi daripada drama siri British yang tercalon di BAFTA Awards dan British Screenwriters' Awards.

TREASURE Sembang Pasal MALAYSIA

Sunday 19 March 2023

9 Mac 2023, TREASURE dah sampai ke Malaysia tapi tak ramai yang dapat pergi ke KLIA untuk sambut kedatangan diorang sebab TREASURE sampai pun on weekdays. Ramai yang tengah kerja, ada yang busy dengan exam dan kelas. Yang kelapangan je dapat jumpa TREASURE dekat sana itupun sampai 4 hingga 5 jam juga lah. 

10 Mac pula TREASURE jala-jalan dekat KLCC sebab Dek Wawan nak makan donut. Letops dek, makan donat nak dekat KLCC je tapi sepanjang diorang dekat KLCC tu tak nampak pulak tangan masing-masing pegang donat. Pegang kopi Starbucks ada lah. Makan pula dekat Madam Kwan. 

Kecoh masa TREASURE jalan-jalan dekat KL tapi kecoh dekat Twitter je lah sebab tak nak kacau privasi diorang, lagipun diorang busy buat content TREASURE MAP World. Masa tu ada Hyunsuk, Haruto, Jeongwoo dan Junghwan. The rest tak tahu pergi ke mana. 








Dalam vlive, Hyunsuk bagitahu yang Malaysia ni panas sangat! Hyunsuk tak suka musim panas tapi disebabkan Korea dah terlampau lama sangat sejuk jadi dia suka dengan cuaca panas. Hyunsuk kata sebab cuaca panas, dia boleh pack baju yang nipis je untuk jalan-jalan di Malaysia. 

Sesampai je di Kuala Lumpur, Hyunsuk tertidur sebab tu dia tak sempat nak join live Jihoon, Junkyu, Yoshi dengan Haruto waktu malam di hotel tu. 

Keesokan harinya Hyunsuk jalan-jalan di Kuala Lumpur tapi tak boleh cerita banyak sebab nanti akan terkeluar spoiler untuk content T-Map World. 

Yang pastinya masa jalan-jalan tu dia pergi ke KLCC sebab ramai fans yang cadangkan. Hyunsuk kagum dengan keindahan alam semulajadi dekat kawasan KLCC sebab cantik dan cool! Hyunsuk suka sangat sebab dia suka gabungan nature dan bandar yang ada di situ. Hyunsuk kata dia tak beli apa-apa dekat KLCC.

Untuk Hello Asia Tour Kuala Lumpur, Hyunsuk tertanya-tanya tentang Malaysian Teumes! Semua orang pakai baju dengan warna tema yang sama, baby blue dan putih. Ada dress code sesama fans ke untuk hari konsert tersebut? Dia bersyukur sangat dengan semangat Malaysian Teumes. 

Masa konsert pula Hyunsuk terkejut dengan energy Teumes sebab suara kuat sangat sampai tembus masuk dalam in-ear diorang! Hyunsuk kata TREASURE ada mindset 'buat yang terbaik walaupun rasa nak mati' tapi masa konsert tu diorang tak nak tunjuk keadaan penat sangat atas stage kepada peminat tapi TREASURE minta maaf sangat sebab tak dapat buat yang terbaik. TREASURE minta maaf sangat untuk perkara ni. 

Kalau boleh memang nak buat yang terbaik tapi Stadium Malawati tu panas sangat even masa rehearsal pun semua member berpeluh teruk sangat. Hyunsuk kata lepas konsert tamat, nanti akan nampak dalam T-Map pasal tu jadi dia minta maaf sebab TREASURE tak mampu buat sehabis baik sebab panas. 

'why are you guys sorry? we’re the one who should be sorry, we should have been more professional about this;; the members felt really sorry to the fans because of this too, so if they talk about it, please comfort them~🥺' - Hyunsuk

Anyway Hyunsuk bagitahu masa dia perform lagu Boy di Hello Asia Tour Kuala Lumpur, dia sengaja naikkan key untuk part ' Da piryo eobseo nawa soneul jabgo ruuuun!' sama-sama dengan Jeongwoo. Kalau keadaan tekak Hyunsuk okay sepanjang tour, dia plan nak maintain guna key tu sepanjang tour sampai habis. 

Proud to know Malaysia unlock new Hyunsuk's ability in performing on stage. 

Yoshi pula bagitahu dalam live yang Malaysia tersangatlah panas. Dia ingat nanti okay lah tu sebab ada angin juga tapi lepas perform lagu Jikjin (which is still the opening song), dia berpeluh banyak sangat. Kalau ikutkan Yoshi bukan jenis yang kuat berpeluh tapi dekat Malaysia dia kena touch up make-up dia sampai stylist diorang terkejut. Makin bertambah panas masa persembahan VolKno sebab ada api... Yoshi nak tanggalkan sebelah je jaket yang dia pakai untuk persembahan tu tapi disebabkan terlalu panas dia macam 'ah lantaklah' dan campak jaket tu ðŸ˜‚

‘I’m leaving after receiving much energy from Malaysia too🔥 teumes and us give positivity and energy to each other, and I think (our relationship) is going to stay strongly like this for a long time. I’m always thankful and since I’m receiving this much love every time, I won’t take it for granted and will do my very best while being grateful ♥️ thank you.’’ - Doyoung




Thank you Kuala Lumpur - Jeongwoo

Movie Review | Chhatriwali (2023)


Director : Tejas Prabha Vijay Deoskar
Writer : Sanchit Gupta, Priyadarshee Srivastava   
Cast : Rakul Preet Singh, Sumeet Vyas, Satish Kaushik, Dolly Ahluwalia, Rajesh Tailang. 
Production Companies : RSVP Movies 
Distributors : ZEE5
Genre : Social Comedy 
Running Time : 116 minutes
Release Date : 20 January 2023 
Trailer :


Tahun lepas filem Janhit Mein Jaari (2022) menggunakan tema safe sex education iaitu kondom menerusi lakonan Nushrratt Bharuccha yang bekerja sebagai salesman di Little Umbrella. Tahun ni pula, tak jauh jarak dengan filem tersebut, naskhah dengan tema yang sama, Chhatriwali pula ditayangkan di ZEE5. 

Plot utama Chhatriwali lebih kurang sama atau boleh kata seakan sama dengan filem Janhit Mein Jaari kerana Sanya Dhingra (Rakul Preet Singh) juga terpaksa bekerja di kilang kondom kerana desakan hidup. Kalau Manu nak lari dari berkahwin, Sanya lebih terdesak sebab keluarga dia perlukan duit untuk biaya pendidikan adiknya, baiki rumah dan juga tampung keperluan seharian. 


Awalnya Sanya bekerja sebagai tutor subjek Sains tapia nak muridnya tak lah ramai mana pun sedangkan bil sedia ada juga yang tertunggak semakin menimbun. Nak tak nak terpaksa juga dia terima tawaran Ratan Lamba (Satish Kaushik) untuk bekerja sebagai Ketua Quality Control kerana kelulusan Sanya dalam bidang kimia. 

Dengan syarat, Sanya dibayar sebanyak Rs50,000 sebulan dan tiada siapa yang boleh tahu dia bekerja di kilang tersebut. Mr Lamba juga kemukakan syarat bahawa Sanya tidak boleh berhenti selagi belum cukup setahun tempoh bekerja di situ. 


Tak lama pun untuk hidup Sanya mula berubah sedikit demi sedikit, sama ada keadaan rumahnya, masa depan adiknya mahupun status diri dia yang bakal menjadi isteri kepada Rishi Kalra (Sumeet Vyas). Mr. Lamba bahagia dengan perubahan hidup Sanya tapi dia cuba nasihatkan supaya berterus-terang kepada Rishi tentang kerja sebenar Sanya. Tak mungkin lah Sanya berani nak bagitahu sebab dia tak nak hilang lamaran hanya kerana kerja. Bila tiba masanya, Sanya akan berterus-terang juga. 

Perbezaan antara filem Janhit Mein Jaari dengan Chhatriwali adalah cara kedua-dua watak wanita ni bekerja. Manu dari awal lagi memang dah tebalkan muka keluar bekerja sebagai salesperson dan yakinkan ramai pelanggan lelaki untuk beli kondom. Sementara Sanya pula menggunakan ilmu kimia untuk ubah kualiti produk yang dijual. Kedua-duanya menarik untuk ditonton. 


Bila tengok macam mana Rishi, Rajan Kalra (Rajesh Tailang) dan ramai lagi lelaki lain yang berkeras menolak penggunaan kondom dan paksa supaya isteri telan pil perancang, boleh faham lah kenapa filem edutainment sebegini wujud. Kesian tengok Nisha (Prachee Shah Paandya) sampai masuk hospital sebab terpaksa gugurkan anak gara-gara suami tak nak guna kondom tapi tak mahu juga untuk tambah ahli keluarga sebab kewangan sempit. 

No wonder lah populasi di India boleh mencecah sehingga 1 billion kalau kondom pun dianggap memalukan masyarakat. Baru belajar tentang kondom, belum lagi buka bab tentang period dan dua organ yang dianggap sensitif. Dia punya tahap malu tu sampai tak nak ajar anak murid di sekolah sampai paksa pelajar jawab soalan lain untuk kumpul markah dalam subjek sains atau biologi. 


Bukan masyarakat di kampung seperti Karnal, India saja malah diMalaysia pun masih lagi menjadi sesuatu yang sensitif di beberapa tempat. Bak kata adik Sanya, jauh lagi perjalanan untuk ubah pemikiran orang di situ tapi sedikit sebanyak dapat ubah dan selamatkan beberapa nyawa di sekeliling. Hopefully di Malaysia juga akan wujudkan naskhah edutainment seperti dua naskhah ni. 

Sinematografi dari Siddharth Vasani paparkan suasana di Karnal yang terhad namun berjaya dihidupkan melalui lagu-lagu yang digubah oleh Akhil Sachdeva dan ramai lagi. Lagu Main Teri Hi Rahoon sweet sebab paparkan chemistry yang kuat antara Rakul dengan Sumeet. Masa Rishi pergi minta maaf dengan Sanya tu comel sangat. Bukti cinta tu boleh ubah seseorang secara lembut dan drastik. Tertarik dengan tema pelamin dengan wedding lehenga Sanya sebab guna corak poligon, sesuatu yang segar dan unik dari stylist. Mungkin nak match dengan konsep kimia kot sebab Rishi bagi hadiah simbol serotonin kepada Sanya. 



Ending Chhatriwali tak preachy macam filem Jaanhit Mein Jaari tapi macam awkward juga lah sebab satu kelas tahu masalah keluarga Kalra. Padahal satu soalan dari Mini (Riva Arora) pun dah cukup sebenarnya. Anyway I had fun watching this movie dan bak kata Rakul, kalau filem cinta boleh diterbitkan 10 filem dengan jalan cerita yang sama dalam masa setahun jadi kenapa dua cerita dengan tema yang sama tak boleh? Do watch this movie if you have time 😊

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10