Movie Review | Anak Rimau The Movie (2022)

Wednesday 8 February 2023


Pengarah : Areel Abu Bakar 
Penulis Skrip :  Maizura Ederis, Sham Hashim, Nik Naemah Nik Mahir  
Pelakon : Beto Kusyairy, Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi, Hanz Daniel Skelchy, Adam Corrie, Megat Sharizal, Azhan Rani, Wan Omar Daanyal, Joel Timothy Low, Mustaqim Bahadon
Syarikat Produksi : Keeklr Entertainment  
Pengedar : Astro First 
Genre : Sukan / Drama
Durasi Tayangan :143 minit
Tarikh Tayangan : 01 September 2022
Trailer :


Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Entertainment mengisahkan sekumpulan anak muda yang berbakat dalam sukan bola sepak dikumpulkan di bawah kelolaan Coach Zainal Abidin (Beto Kusyairy) di Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). 

Dari awal lagi Coach Zainal diganggu oleh CEO Ridhuan (Megat Sharizal) yang inginkan pemain Danish (Hanz Daniel Skelchy) dapat position striker supaya Wilson terus jadi penaja di akademi tersebut. Tapi Coach Zainal tetap dengan pendirian untuk latih satu pasukan supaya boleh harumkan nama negara dan akademi. 


Banyak masalah yang dihadapi oleh team Anak Rimau kerana datang dari latar belakang yang berbeza dan umum tahu untuk mencapai perpaduan dan kerjasama bukanlah perkara mudah bagi sesiapa pun atau golongan mana pun. Kebanyakan pemain juga mempunyai masalah peribadi yang tersendiri hingga menyentuh perasaan Coach Zainal untuk bantu mereka hadapi masalah di atas padan dan juga di luar padang. 

Filem bertemakan sukan semakin banyak dalam industri perfileman negara dan usaha dari Areel Abu Bakar haruslah diberi pujian kerana genre dan tema ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau dilihat dalam naskhah ini ada banyak tempat yang menjadi latar utama kepada penceritaan yang tertumpu pada pasukan bawah 14 tahun di akademi ni. 


Tak hairanlah kenapa semua pelakon kanak-kanak yang turut serta dalam pasukan Anak Rimau terutamanya Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi, Hanz Daniel Skelchy, Wan Omar Daanyal, Joel Timothy Low dan Redzwan Adha tak nampak kekok depan kamera sebab mereka semua masuk kelas lakonan oleh Fatimah Abu Bakar. Kelincahan di atas padang pula kerana mereka semua berlatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD). 

Sayangnya kelemahan pada Anak Rimau The Movie terlihat jelas kerana kelemahan skrip dan juga editing. Setiap plot nampak tergesa-gesa untuk habis dan juga masuk secara paksa. Macam babak Coach Zainal bawa pasukan Anak Rimau masuk hutan untuk berkhemah selepas kalah dalam perlawanan tapi bertukar masalah kerana beberapa orang pemain hilang dan sesat. Tak dijelaskan kenapa Coach Zainal bawa mereka masuk hutan dan kenapa tiada pengawasan yang ketat bila bawa ramai orang sedangkan setiap kali training ada dua orang coach untuk assist Coach Zainal. Banyak pulak tu dialog nasihat yang masuk padahal terang-terang salah coach. 


Terlampau banyak sub-plot diwujudkan untuk menceritakan masalah pemain-pemain utama hingga masalah utama tak dikembangkan dengan baik. Macam Babak Maro (Ahmad Daniel Hakimi) yang dilanda musibah sebelum final ataupun watak Ariff yang tak ada keyakinan diri sebagai kapten pasukan walaupun bakat dia bagus. 

Penulis nak tunjuk yang satu pasukan boleh menang tanpa bergantung dengan pemain-pemain hebat macam Danish ataupun Maro tapi bila Maro balik, semua happy sampai lupa dengan pesanan tadi. Watak Tuck (Joel Timothy Low) pun kasihan sebab Coach Zainal dah tahu kaki dia sakit tapi paksa juga pergi ke kampung Maro. Tak boleh nak fokus babak Coach Zainal pujuk Maro sebab Tuck dekat belakang tu macam terseksa kena catch up pace diorang. Boleh faham lah kenapa CEO beria nak jaga hati Wilson sebab nak bawa Tuck pergi hospital pun susah. Kesian budak tu, rawat kecederaan guna minyak angin je. 


Anak Rimau The Movie ni patutnya jadi drama sebab ada banyak sub-plot yang penulis nak cramp dalam satu cerita berdurasi 143 minit. Mungkin kalau dalam format drama, kita boleh kenal dengan lebih mendalam lagi semua watak dan rasa gembira dengan kejayaan mereka pada hujung cerita. Watak Danish dengan Ariff boleh jadi salah satu kekuatan naskhah Anak Rimau The Movie tapi tu lah, tenggelam dalam sub-plot yang lain. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10

Movie Review | Thai Massage (2022)


Director : Mangesh Hadawale
Writer : Mangesh Hadawale  
Cast : Gajraj Rao, Divyendu Sharma, Alina Zasobina, Sunny Hinduja, Rajpal Yadav, Anurita Jha, Vibha Chhibber
Production Companies : Reliance Entertainment, T-Series, Window Seat Films  
Distributors : Reliance Entertainment, Netflix 
Genre : Comedy / Drama 
Running Time : 122 minutes
Release Date : 11 November 2022 
Trailer :


Filem yang bertemakan masalah seksual iaitu mati pucuk mengisahkan tentang kehidupan Atmaram Dubey (Gajraj Rao) yang kesunyian setelah isterinya meninggal dunia. Atmaram mempunyai hajat untuk boom boom sekali saja lagi sebelum sakitnya makin serius. Bagi masyarakat yang konservatif di situ, hubungan kelamin untuk usia 70-an adalah sesuatu yang kotor untuk dibayangkan apatah lagi untuk dilakukan. 

Kerana sunyi yang teramat sangat, dia bertindak untuk bunuh diri dengan terjun di jambatan namun sempat dihalang oleh Santulan Kumar (Divyendu Sharma) yang kebetulan berada di kuil berdekatan. Nak diceritakan masalahnya pun dia malu tapi melihatkan peribadi Santulan dan semangat untuk membantu, dia akhirnya dapat jalan penyelesaian. 

“I’ve lived 22 years without the slightest of pleasure. My wife was bedridden for 21 years. Paralysis. She was my best friend. She died last year. If that grief wasn’t enough, I was faced with this problem.’ – Atmaram Dubey

Awalnya Santulan bawa pekerja seks untuk Atmaram tapi disebabkan usia perempuan tersebut yang masih muda buatkan dia terfikir kenapa gadis tersebut pilih jalan sebegitu. Sama lah juga dengan beberapa percubaan yang gagal sampailah Santulan terjumpa pelanggan yang bercerita tentang Thai Massage. Di sana mereka berikan perkhidmatan terbaik sehingga pelanggan puas hati. Maka Santulan cari alasan untuk hantar Atmaram ke Thailand untuk capai impiannya. 

Naskhah Mangesh Hadawale yang bersifat sensitive ini menampilkan Gajraj Rao di mana dia pernah berlakon dalam Badhaai Ho (2018), mengisahkan tentang pasangan berusia masih lagi aktif di kelamin. Jadi tak hairan lah kalau Gajraj mampu hidupkan naskhah hasil tulisan Mangesh ni dengan baik. 

Bukan saja segan nak bagitahu pada jiran yang menyibuk malah pada anak-anak sendiri juga terpaksa disorok tentang masalah tersebut sehabis baik. Semua orang pada tinggi pada Atmaram kerana karakternya yang baik dan sentiasa melawat rumah ibadat. Tapi manusia tetap manusia, ada nafsunya sendiri. 

Dekat first half nampak menarik lah naskhah komedi drama ni tapi bila masuk second half macam tak faham kenapa watak Santulan berubah. Sama ada sebagai plot twist ataupun saja tambah perasa supaya penonton berminat sehingga ke hujungnya, susah untuk diteka motifnya. Patutnya biarkan saja watak Santulan tersebut sama seperti di awal cerita sebab kisah Atmaram di Thailand pun dah cukup terhibur. Cameo dari Rajpal Yadav pun tampak tersia sebab tak menambahkan elemen komedi. 

Sinematografi yang berlatarkan masyarakat di pekan kecil bernama Ujjain tersebut lebih terarah pada mayarakat konservatif yang sentiasa beribadat. Sementara di Thailand pula banyak lokasi cantik dimuatkan dalam filem Thai Massage untuk paparkan keindahan di sana. Tasik Khao Sok yang Rita (Alina Zasobina) nak tengok sangat tu memang cantik. Duduk sehari dekat situ pun tak puas sebab cantik sangat. 



Filem ni tak ada masalah pun untuk ditonton bersama keluarga sebab tak ada babak yang melibatkan hubungan kelamin walaupun membincangkan hal tersebut. Niat penulis cuma nak bagitahu masyarakat supaya tak terlampau menghakimi nafsu orang yang sudah pun berusia. Sebab tu pengarah letak banyak babak anak sulung, Mukesh Dubey (Sunny Hinduja) dan pandangan dia terhadap hajat Atmaram. 

Terfikir juga kenapa penulis tak biarkan watak Atmaram join Rita pergi travel merata tempat dari biarkan dia hidup dalam judgement orang. I mean semua orang pun layak hidup bahagia dalam definisi sendiri. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Movie Review | Vadh (2022)


Director : Jaspal Singh Sandhu, Rajiv Barnwal 
Writer : Jaspal Singh Sandhu, Rajiv Barnwal  
Cast : Sanjay Mishra, Neena Gupta, Manav Vij, Saurabh Sachdeva 
Production Companies : Luv Films, J Studio, Next Level Productions
Distributors : Yash Raj Films, Netflix
Genre : Thriller
Running Time : 110 minutes
Release Date : 9 December 2022  
Trailer :


Tayangan filem baru berjudul Vadh (perlaksanaan) mengisahkan sepasang suami isteri yang sudah berusia, Shambhunath Mishra (Sanjay Mishra) dan Majnu (Neena Gupta) mengalami masalah kewangan. Duit mereka sudah habis dilaburkan untuk anak tunggal mereka, Diwakar Mishra (Diwakar Kumar) untuk belajar di US. 

Malah lebih parah bila orang tuanya meminjam duit pada ceti haram untuk bayar kos pengajian. Semua permintaan Diwakar diturutkan kerana kelak akan datang mereka akan hidup mewah kerana anaknya bakal mempunyai masa depan yang cerah. Malangnya harapan hanya tinggal harapan bila Diwakar bertindak mengabaikan permintaan ayahnya untuk bantu mereka lunaskan hutang terhadap ceti tersebut walhal anaknya sudah bekerja dan hidup selesa di US. Bermacam alasan Diwakar bagi supaya dapat mengelak. 

Prajapati Pandey (Saurabh Sachdeva) setiap bulan datang ke rumah untuk mengugut Mishra dan Majnu supaya bayar hutang beserta bunga atau mereka akan hidup merempat di jalan. Ikutkan hutang sudah pun habis tapi bunga yang dikenakan membuatkan mereka hidup terdesak. Kerana sakit hati dengan perangai Pandey, Mishra bertindak di luar jangkaan. 

Penceritaan Vadh yang berlatarkan kehidupan dua orang warga emas untuk bertahan dalam hidup agak menyayat hati. Sudahlah hidup berdua, tak dijenguk anak malah diganggu pula oleh ceti haram. Kalau dekat first half kesian tengok mereka berdua cari jalan untuk bayar duit bersama flashback kenapa mereka pilih jalan untuk pinjam duit sampai cagarkan rumah, pada second half pula mereka berdua cari jalan untuk sorokkan mayat Pandey. 

Membunuh memang senang tapi nak lari dari undang-undang dan akibat setelah membunuh tu yang susah. Nak fikir mana nak sorokkan mayat, apa nak jawab dengan pihak polis bila lokasi terakhir Pandey adalah rumah mereka, nak sorokkan bahan bukti dan banyak lagi. Semua jawapan tu ada pada second half Vadh di Nerflix. 

Naskhah thriller Vadh hasil arahan dan penulisan Jaspal Singh Sandhu dan Rajiv Barnwal memaparkan realiti kehidupan pasangan tua yang hidup menanggung beban. Bukan saja makan nak bercatu, api dengan air juga perlu dikawal penggunaannya sedangkan anak hidup mewah dan selesa di US. Memang dasar anak tak kenang budi langsung, nak buat video call pun kena bayar. Sedih masa Manju tanya suami dia kenapa Tuhan tak bagi Naina jadi anak diorang. Lakonan Sanjay Mishra dengan Neena Gupta menghidupkan screenplay dengan cemerlang, antara punca utama kenapa pilih untuk layan movie ni. 

Kelemahan pada Vadh ialah pace yang terlampau perlahan sebab I ubah speed 1.5x pun terasa macam normal. Banyak juga plot boleh dikembangkan macam babak pertemuan antara Shambunath Mishra dan Pandey. Macam mana Manju boleh setuju suaminya buat keputusan macam tu sampai sanggup gadaikan rumah untuk hal yang belum tentu pasti. Babak mereka berdua ambil keputusan untuk pindah keluar juga tak diceritakan. Nampak tak syok lah dekat situ sebab perangai gangster ni memang jenis cari sampai ke lubang cacing. Dosa Inspektor Shakti Singh (Manav Vij) pun macam merepek sebab buat kerja tak clean. Takut dengan MLA tapi biar orang luar nampak. Nak cerita lebih sangat tak boleh, takut jadi spoiler. 

Vadh boleh jadi lebih menarik kalau ada banyak lagi babak genting macam mana pasangan berusia ni melarikan diri dari Inspektor Shakti Singh  ataupun MLA Dada. Trailer Vadh nampak lebih menarik dari cerita sebenar, mungkin sebab fast paced. Audio pun ada kekurangannya juga kerana pemilihan music score yang kuat ataupun dubbing yang tak tepat. Overall, one time watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

Drama Review | Hilang (2022)

Monday 6 February 2023


Pengarah : Ghaz Abu Bakar, Sein Qudsi
Penulis Skrip : Qamarul Hassan, Arshad Adam, Farah Alya As'ari, Rahim Ramli, Omar Yunus, Taqim Zaki, Hariry Jalil, Bainun Waheeda
Pelakon : Khir Rahman, Siti Saleha, Aqasha, Jasmine Suraya Chin, Azhar Sulaiman, Farah Ahmad, Radhi Khalid, Rosdeen Suboh, Farid Amirul, Taqim Zaki, Mimi Ernida, Akmal Ahmad
Syarikat Produksi : The Media Hustler
Penyiaran : Viu
Genre : Seram / Thriller
Jumlah Episod : 10 Episod (50–60 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 17 November 2022
Trailer : 


Selepas 10 tahun bawa diri ke Mesir, Yusof (Aqasha) pulang ke Kampung Seri Daik untuk jaga ayahnya Pak Akob (Rosdeen Suboh) selepas dapat bayangan ayahnya dalam bahaya. Pak Akob merupakan seorang bomoh di kampung tersebut dan kerana perbuatan ayahnya yang sering bakar kemenyan di hadapan busut besar buatkan Yusof merajuk dan tenangkan diri di Mesir. 

Tapi Yusof balik untuk halang perkara bahaya terhadap ayahnya dan juga menyunting Wangi (Siti Saleha) yang tinggal dengan mereka sejak kecil. Wangi ditemui cedera kedua belah matanya sehingga buta. Sejak tinggal dengan Pak Akob, semua ilmu diturunkan kepada Wangi. Bertambah kerja Yusof untuk tegur perbuatan mereka berdua yang menyimpang dari ajaran agama. 


Dalam masa yang sama Inspektor Munir (Khir Rahman) pulang ke Kampung Seri Daik setelah 17 tahun menetap di bandar kerana tragedy pembunuhan kanak-kanak perempuan di tanah kubur. Inspektor Munir yakin Inspektor Cay (Jasmine Suraya Chin) terlepas pandang banyak perkara ketika menyiasat kes pembunuhan tersebut. 

Inspektor Munir syak Dato’ Jamil (Azhar Sulaiman) dan Dato’ Steven (Farid Amirul) terlibat dalam kes pembunuhan tersebut kerana berkait rapat dengan projek lebuh raya yang bakal dibina oleh mereka berdua. Satu demi satu pembunuhan membuatkan Inspektor Munir terpaksa percayakan Yusof kerana kelebihannya tapi dendam dan rasa marah atas kehilangan Maira menghalang dia. Berjaya tak mereka mencari pembuhuh yang terlibat, kena tengok lah di Viu.


Kali kedua pengarah Ghaz Abu Bakar bekerja dengan Sein Qudsi selepas drama Black musim 2 (2021) dan naskhah kedua juga mempunyai tema yang sama iaitu alam ghaib dan thriller. Cuma bezanya kali ni tak banyak aksi yang dipaparkan tapi lebih kepada aktiviti penyiasatan. 

Dekat awal cerita tak banyak sangat screentime untuk watak Pak Akob tapi bila Yusof mula buka hati untuk berkongsi masalah dengan ayahnya baru nampak orangnya bijak dan berpengalaman. Setiap kali dia bagi nasihat sama ada untuk Yusof ataupun Wangi, dialog dia penuh dengan isi dan nasihat. 


‘Kita ini manusia dikurniakan dengan akal fikiran dan anugerah untuk memilih. Dan pilihan kita itu ada baik buruknya. Macam berdendam. Dendam itu akan makan diri kita lebih daripada orang yang kita berdendam.’ – Pak Akob

'Kita ini manusia tak boleh hadam semua ilmu dalam dunia ini. Ayah pegang tauhid yang sama dengan kamu cuma cara ayah berbeza dengan apa yang kamu belajar.' - Pak Akob

Pak Akob: Kita ni hamba, Yusof. Kita kena redho. Redho dengan apa yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta Alam.
Yusof: Tapi kalau saya ditakdirkan untuk bantu orang yang saya nampak dalam mimpi tu?
Pak Akob: Kau yakin ke ajal semua orang di tangan kau?


Seronok tengok lakonan Azhar Sulaiman sebagai Dato’ Jamil yang dikategorikan sebagai antagonis dalam drama ni. Masa dia tampar Kamil (Taqim Zaki) yang lagi besar dari dia pun sampai jatuh terlentang. Belum lagi masuk part dia marah anak dia sampai kita terasa pedih di hati. Bertepek-tepek dia bagi kalau dah mula membebel. 

Walaupun bergenre seram tapi tak ada pun babak makhluk halus sampai takut nak tengok cuma ada la part jump scare sikit. Sinematografi yang berlatarkan Sungai Lembing juga nampak menarik, babak waktu malam pun tak dibiarkan gelap. Lagu tema, "Rasa Yang Hilang" oleh Heidimoru menaikkan impak pada jalan cerita yang bersifat misteri. 



Jalan cerita pada awal drama menarik dengan misteri busut yang dipuja, misteri pembunuhan dan penculikan yang berlaku juga jenayah gelap orang-orang besar di kampung tersebut tapi bila masuk ke penghujung drama dah mula longgar. 

Stress dengan cara penyiasatan Inspektor Munir dengan Inspektor Cay juga sebab buang masa berdua ke sana sini sedangkan suspek ramai untuk disiasat. Bila banyak klu diorang tak jumpa sampai watak antagonis berlangkah-langkah di hadapan, mula rasa geram sebab dekat Episod 1 kemain Inspektor Munir tempelak Cay yang tak menepati piawaian dia. Masa Munir, Cay dengan Yusof pergi ke busut selepas jumpa mayat korban, tiba-tiba tapak tu kemas walhal ramai lagi team forensik dekat situ sebelum diorang cari Husna. 


Pelik jugak kenapa team production letak tajuk Hilang, kenapa tak letak Bayangan. Bila tengok sampai hujung baru nampak yang drama ni bukan sembang tentang orang hilang macam Cikgu Laila (Mimi Ernida) yang hilang keluarga tapi juga Munir yang hilang kepercayaan pada Tuhan dan Yusof yang hilang rasa sayang pada ayahnya kerana salah faham. 

Apa pun, drama Hilang antara naskhah tempatan yang bagus untuk tahun 2022 walaupun jalan cerita dapat ditebak plot twistnya. Recommended to watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Gagal Di Final Famili Duo


Semalam beria lah pergi ke final Famili Duo sebab dah reserve seat sejak hari Rabu lagi. Awal tu macam tak nak pergi sebab dah boleh agak mesti ramai yang datang malam final. Dengan geng sponsors lagi, kawan-kawan staff TV3 dan jemputan artis dan media. Tapi sebab dah ada reserved seats, pergi je lah walaupun nampak samar-samar je stage tu. 

Awal jugak kitorang gerak ke Plaza Alam Sentral sebab malam final ramai orang yang datang jadi kena berebut parking. Sebelum masuk studio tu lepak dulu dekat KFC sebab malas nak beratur lama depan pintu studio. Bila naik atas terus beratur sebab orang dah mula ramai. Panas dekat luar studio tu sebab tak ada kipas atau air-cond pun. Usaha sendiri lah kalau nak bawak kipas tangan. Saja mention panas sebab nak orang tau tak best pun datang studio ni. 

Bila jam dah tunjuk jam 8 malam, kaki pun dah lenguh berdiri, pelik juga kenapa tak dipanggil masuk dalam lagi. Ikut hati nak balik je masa tu sebab rasa buang masa sangat beratur lama. Dekat monitor tu nampak semua seat dekat dalam studio dah penuh. Hmmm takkan lahh.... 

Selalunya 8.30 malam dah start rehearse tepuk tangan tapi sampai waktu ni pun tak dapat masuk lagi.  Tiba-tiba dengar announcement 'kerusi dekat dalam dah penuh! You guys boleh masuk tapi kena berdiri sampai habis? Okay ke?' Tak sempat nak berfikir orang belakang dah berpusu-pusu nak masuk. Staff TV3 suruh masuk dan penuhkan bahagian belakang. 

Masa ni ada fans Yamani Abdillah-Zaki Yamani, Bella Astilah-Wani Kyrie dengan fans Ayda Jebat dengan Fyna Jebat. Maksudnya satu fan club je berjaya masuk dan penuhkan seat, fans Naim Daniel-Sissy Iman. Bukan nak buat kontroversi tapi nak bagitahu macam mana TV3 arrange seat sampaikan 3 fanclub kena berdiri dekat belakang studio. 

Berdiri satu jam dekat luar studio pun dah penat, bayangkan kena berdiri lagi dua jam semata nak tengok persembahan yang nampak tak nampak. Of course stage jauh lepastu kitorang ni rendah je, sah-sah la tak nampak langsung. Nampak ketiak orang je buat apa? Sudahnya kitorang balik. Merepek sangat TV3 buat kerja macam ni. 

Bila tanya macam mana boleh tak ada seats sedangkan dah reserve untuk setiap fan clubs rupanya diorang tak expect akan ramai macam tu. Kalau tak cukup satu fan club je boleh terima lah tapi sampai 3 fan clubs kot. 

Anyway, congrats Yamani Abdillah dengan Zaki Yamani dapat jadi juara. Berjaya jugak Kak Liya buat surprise minta Dato' Jamal datang tengok persembahan akhir dari anak-anak dia. 

 

Dah lama dah Bubblebee buka dekat Subang Bestari tapi sebab tak makan madu jadi tak pernah lah nak menapak ke sini. Disebabkan adik-adik excited nak try menu dekat sini, kita layan je lah. Kedai Bubblebee ni agak tersorok dari kedai yang lain tapi sebab signboard besar berwarna kuning, tak ada masalah pun untuk orang nampak. 


Kedai dia tak luas mana pun, mungkin sebab menu utama pun makanan ringan dan lebih ramai yang pilih untuk take away jadi tak banyak lah meja makan available dalam kedai Bubblebee ni. Warna tema haruslah kuning dan coklat gelap. 



Selain menu Bubblebee, ada juga pastries dan kek untuk pelanggan. Memandangkan dah malam, tak rasa nak try pun kek dekat sini sebab takut tembun pula muka esok pagi. Hajat asal datang nak beli Toffee Golden Ice Cream dengan topping madu dan cornflake. Tambah juga Hazelnut Chocolate Croffle. 

Harga untuk satu cup Toffee Golden Ice Cream Series tu mahal juga lah sebab aiskrim campur madu je pun tapi sebab guna madu asli, mencecah sampai RM18.20 satu cawan. Nasib baik lah ada harga promosi tahun baru, jadi dapat lah diskaun setiap menu.  



Sempena tahun baru juga, Bubblebee sediakan belon percuma untuk pelanggan yang datang. Happy lah adik I dapat belon Bubblebee walaupun dia dapat pegang kejap je lepastu entah ke mana dicampaknya. 




Kalau beli ais krim madu ni tak boleh biar lama, kena terus makan dan cepat habiskan sebab ais krim cepat cair. Satu cup tu tak besar pun tapi ambil masa lah mengunyah madu asli dalam tu. Macam tak bijak juga letak cornflakes sebab bahan tu mudah kembang. Berbaloi tak dengan harga? For me, tak pun. Kalau jenis tak suka manis sangat, this one is not for you.


Hazelnut Chocolate Croffle Bubblebee ni pun biasa je sebab tak terasa sangat hazelnut tu. Harga croffle dia pun mahal lah, RM18 lebih sedangkan croffle dekat luar paling murah pun RM6 dengan saiz yang sama. No wonder lah owner dia ada kereta bumblebee. 


 Penulis : Fiy Suri

Penerbit : Iman Publication

Helaian : 422 mukasurat / 38 bab

Genre : Drama

Tarikh Cetakan : Mac 2021 (Cetakan Pertama)

Harga : RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM33.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

"...I'm sorry, but I'm afraid you can never do snowboarding again."

Hud terduduk.

Akibat kemalangan yang menimpa, minat dan kecintaannya pada meluncur salji - bahkan seluruh hidupnya, punah! Tak pernah dia sangka, atlet Olimpik sepertinya terpaksa bersara seawal usia 25 tahun.

Sikap Hud terus berubah menjadi dingin, sehinggalah pertemuannya dengan keluarga Our time memberikan cahaya yang baharu dalam hidupnya. Terutamanya kehadiran Inara, barista girang yang juga menghidap 'invisible illness' sepertinya. 

Namun ketika Hud mula sedia berdepan dengan kenyataan, dia sekali lagi diuji hebat dengan kehilangan. Kali ini jiwanya langsung mati. 

Review: 

Lepas 3 buah buku baca dari publication Iman ni terus rasa tertarik untuk baca karya yang lain pula. Kali ni tentang kisah kehidupan Hud, seorang snowboarder muda yang mengalami ujian berat dalam hidupnya. Hud menetap di Kanada sejak kecil lantas menjadikan minat dia sebagai kerjaya dan mewakili negara Malaysia. 

Hidup Hud cuma ada keluarga, kawan baiknya, Ben dan juga snowboarding. Selain itu, dia tak pernah ambil peduli. Namun bila kemalangan sehingga doktor sarankan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam snowboarding, Hud hilang arah tuju. Dia jauhkan diri dari Ben dan juga keluarganya. Entah berapa kali Puan Mardhiah menangis dalam pelukan Encik Azad kerana perubahan mendadak anak sulungnya. 

Akhirnya Hud bawa diri ke Malaysia dan habiskan masa di café Our Time sampai dia tergerak hati untuk bekerja di sana hanya kerana Inara yang berjay curi hati dia dalam diam. Dekat Our Time Hud banyak belajar tentang ujian tuhan dan juga kehidupan. Banyak lah kata semangat dan nasihat buat Hud dan juga yang membaca ni. 

"You're not alone, Hud. Because Allah is always with you even when no one else is. The only thing you must have in Him is faith. The question is, 'do you trust Him?' Place your hand on your heart and ask yourself, 'do you'?" - Inara

Karya penulisan Fiy Suri lebih kurang sama dengan Hlovate. Dulu masa zaman sekolah I selalu baca novel Hlovate jadi tak hairan lah sekarang dah mula muncul penulis yang mengikut rentak penulis terkenal tersebut. 

Boleh nampak Fiy Suri buat kajian mendalam tentang sukan snowboarder sampai kita rasa seronok baca tentang pertandingan atau ulasan dari pengulas sukan yang sedia maklum tentang teknik snowboarding. Sama juga dengan invisible illness yang jarang diceritakan oleh pesakit. Mungkin ada tapi I belum come across dengan golongan tersebut. 

'Ada hal yang akan buat kita jatuh dulu, supaya kita dapat belajar untuk bangkit semula dan jadi tabah. That's how we learn how to live in this dunya.'

Tapi bila masuk dekat Bahagian 2 novel ni mula meleret lah dengan ujian berat sekali lagi. It is predictable and typical drama genre lah. Mungkin sebab dah happy Hud dapat hidup dia balik tapi ujian datang lagi seolah-olah dunia ni tak nak Hud main snowboard dah. Memandangkan cerita ini fiksyen, rasa lemas baca drama seperti sinetron. 

Perkembangan watak untuk Hud diberikan tumpuan yang lebih sementara Inara pula masih ada yang tak terjawab. Kyle pun ada lagi rahsia dia yang belum diceritakan habis. Mungkin Fiy nak buat spin-off tentang Kyle pula sebab dia pun ada kisah hidup yang menarik dan menjadi inspirasi buat keluarga Our Time dan Hud. 

Perbualan Inara dengan Hud pun kadang terasa seperti copy paste ayat Google sebab lenggok dia tak macam cara kita menyembang seharian. Mungkin I dah selesa dengan Manglish but this is just my personal opinion. I still enjoy reading this book. 

Satu lagi novel di bawah Iman Publication yang masuk dalam koleksi bacaan. Kalau auni Zainal suka letak lagu BTOB dalam playlist, Fiy Suri pula banyak lagu Yuna yang soft dan bersifat healing. Thank you Fiy for this story. 

1. Author +1, 2. Plot +0.5, 3. Genre +0.6, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 3.5/5

Starbucks Mocha Double Shot Espresso


Baru tahu mocha dalam bahasa melayu ialah moka. Masa belek minuman dekat 7E terpandang bahagian kopi lepastu ternampaak Starbucks dah ada minuman tin. Sebelum ni kopi Starbucks dijual dalam botol kaca. 

Sebab tertarik dengan tin dia yang cantik memandangkan gabungan warna hijau pekat dengan ungu nampak cantik, I pun beli lah satu buat ghaso ghaso. Jarang minum mocha kalau pergi Starbucks sebab latte dia lagi sedap. Dulu kalau drive selalu beli nescafe mocha sebab tak mampu nak minum kopi tapi nak jugak minum kopi. Sekarang takde kopi jadi masalah. 


Ingredients:

3% Fat Milk (75%), Starbucks® Arabica Coffee (Water, Coffee Extract) (20%), Sugar (4.7%), Natural Coffee Flavouring, Acidity Regulator (Potassium Carbonate)

Masa beli tak perasan dia tulis double shot, nak minum macam cuak gak takut dia pahit tapi rasa dia okay je. Tak pahit sangat, tak manis sangat. Minum masa sejuk memang best. Lepas ni kalau driving boleh la ambil yang ni. Harga untuk satu tin mocha ni RM7.90 tapi kalau dekat Lazada RM6 lebih macam tu. 

Finally Lawyered, Congrats Mia!


Rasa macam sekejap je Mia masuk Ram Reza & Muhammad untuk chambering 9 bulan under department conveyancing tup tup dah long call dah. Kalau ikutkan tarikh long call Mia lambat sebulan dari apa yang dia plan. Pulun buat legal aid sampai 3 kali seminggu sudahnya tak dapat jugak long call bulan 12 sebab semua tarikh dan sesi dah penuh. 

Nak tak nak kena juga long call bulan Januari 2023 tapi okay je kot sebab Mia busy jual durian jugak dekat Ipoh tu. Family Mia ni ada dusun durian 14 ekar dekat Beruas, Perak so kalau weekend atau public holiday, dia balik sana tengok-tengokkan dusun. Kelakar masa dia datang office dengan badan bintik merah sana sini sebab kena attack dengan pepijat. Dugaan jadi peladang ye dak? 


Last day Mia dekat RRM, kitorang beli brownies untuk farewell Mia. Nak buat majlis pun tak sempat sebab ramai yang tak ada. Muka kitorang lah yang bergambar dengan Mia sebelum dia balik ke Perak. Anyway, terima kasih Mia berkhidmat selama 9 bulan dekat RRM. Semoga maju jaya sebagai peguam dan penjual durian. Take care Mia :)

Movie Review | Pathaan (2023)

Sunday 5 February 2023


Director : Siddharth Anand
Writer : Shridhar Raghavan, Abbas Tyrewala
Cast : Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, John Abraham, Dimple Kapadia, Ashutosh Rana, Salman Khan, Prakash Belawadi, Manish Wadhwa 
Production Companies : Yash Raj Films
Distributors : Yash Raj Films
Genre : Action / Thriller
Running Time : 146 minutes
Release Date : 25 January 2023 
Trailer :


Lepas kejayaan filem WAR (2019) yang menampilkan ejen Kabir (Hrithik Roshan) dan Khalid (Tiger Shroff), YRF buat perangkaan baru untuk menampilkan YRF Spy Universe kerana franchise Tiger dan Zoya juga mempunyai peminatnya sejak tahun 2012 hingga sekarang. Pada ulangtahun ke-50 Yash Raj Films, Aditya Chopra bersama Siddharth Anand secara rasminya menghidupkan YRF Spy Universe dengan filem Pathaan menjadi installment keempat dan diterbitkan pada awal tahun 2023. 

Pathaan (Shah Rukh Khan) yang baru sahaja sembuh dari kecederaannya sebaik sahaja pulang dari Afghanistan, propose idea kepada Nandini Grewal (Dimple Kapadia) untuk kumpulkan semua anggota Research and Analysis Wing (RAW) India yang cedera atau mengalami trauma tapi masih ingin berbakti kepada negara di bawah satu jabatan baru iaitu Joint Operation and Covert Research (JOCR).

 
Operasi pertama JOCR ialah menjaga Presiden India di Dubai ketika menghadiri majlis perasmian bersama dua orang lagi saintis hebat negara. Di sana mereka dapat tahu Jim (John Abraham) akan menculik atau mencederakan Presiden. Jim adalah bekas ejen RAW yang sama hebatnya dengan Kabir tapi kerana Kerajaan membiarkan isterinya dibunuh oleh terrorist, Jim berpaling tadah dan menggunakan skills serta networking untuk meraih keuntungan.
 
Bersama Jim adalah Rubai (Deepika Padukone) yang pernah bekerja dengan Inter-Services Intelligence (ISI), Pakistan. Strategi Pathaan mudah, hanya perlukan sedikit waktu untuk pecah masuk ke bilik Rubai dan cari maklumat tentang Outfit X. Tak lama kemudian, Pathaan dapat tahu Rubai hanya menyamar untuk dapatkan maklumat tentang kegiatan Jim. 


Sebagaimana hasil kerja Siddharth Anand dalam filem Bang Bang (2014) dan WAR (2019), Pathaan juga tak terlepas dengan olahan yang cemerlang. Apa yang filem aksi perlukan semuanya pengarah bagi. Pilihan yang tepat lah untuk King Khan mengaum di Bollywood selepas flop demi flop dan berhenti berlakon pada tahun 2018. Dalam filem Pathaan juga ada banyak dialog atau babak tribute kepada filem-filem SRK macam dialog K..K..K..Karen untuk filem Darr (1993) ataupun dialog Tiger tentang safety pin yang refer kepada filem Main Hoon Na (2004).

Selain SRK, YRF buat pilihan bijak dengan panggil John Abraham pulang sebagai villain yang hot seperti dalam filem Dhoom 1 (2004). I suka dengan karya Siddharth Anand walaupun storyline dia tipikal tapi olahannya menarik. Dia kenal pelakon supaya watak yang dikarang kelihatan cantik onscreen. Musik tema untuk Jim sesuai sangat dengan John Abraham yang sexy dan macho. Perfect BGM I must say. Setiap kali Jim muncul mesti berdoa supaya YRF terbitkan movie solo Jim semasa dia berkhidmat dalam RAW. 


Kalau first half pengarah kenalkan watak Pathaan dan Jim, masuk second half pula pengarah tampilkan Tiger (Salman Khan) datang membantu. Siapa tak excited bila dua superstars kick some ass together on a big screen?! Menjerit bila nampak scarf Tiger buat cameo. Kelakar masa Tiger dengan Pathaan share pain killer sebab energy dah tak macam zaman muda dulu. 

Dialog Pathaan dengan Tiger dekat credit scene pun menarik sebab diorang berbincang siapa yang nak ganti tempat diorang nanti. Ranveer Singh anak emas YRF tak boleh pergi sebab tahun lepas flop semedang, Ranbir Kapoor pun tak berjaya tawan dengan filem Shamshera (2022). Nampaknya the OGs jugak lah kena bekerja lagi. Even Siddharth Anand pun dah confirmkan yang ada solo movie untuk Jim, Pathaan buat cameo dalam Tiger 3, WAR 2 dan filem eksklusif Zoya & Rubai. I cakap eksklusif sebab belum pernah lagi Katrina Kaif dengan Deepika Padukone berlakon bersama sebab sejarah diorang tapi YRF berjaya sign contract. Two top heroines in 1 film, say whatttt! 


Berbalik kepada Pathaan, action stunt yang dipaparkan datang dari beberapa filem Hollywood yang terkenal macam Mad Max, Fast & Furious dan banyak lagi. Boleh nampak lah Siddharth ambil idea dari sana but I don’t really cares as long as the execution is perfect and entertaining. 

Sama seperti Kabir Khan atau Ali Abbas Zafar yang bagi peluang pada Katrina untuk beraksi dalam franchise Tiger, Siddharth Anand juga buka peluang tersebut untuk Deepika Padukone sebagai ejen ISI. Walaupun Dimple Kapadia tak beraksi namun dia menyerlah dalam screentime sebagai boss kepada Pathaan. Nampak lah perubahan yang Sid buat lepas tampilkan pasu bunga dalam WAR sebelum ni. 



Sinematografi memukau dengan keindahan beberapa tempat popular di Dubai, Russia, India, Spain dan banyak lagi. Music album Pathaan hanya menampilkan dua lagu – Besharam Rang dan Jhoome Jo Pathaan hasil gubahan Vishal–Shekhar. Sama seperti WAR (2019), kedua-dua lagu membantu promosi filem Pathaan walaupun ada kontroversi pada koreografi Besharam Rang. 

I tak pasti art and wardrobe team tak dapat bajet yang cukup ataupun ejen RAW memang suka rambut panjang ala bercuti di Hawaii sebab Kabir dengan Pathaan sama sangat style diorang. But I appreciate what they did to SRK. Hottie!


Kelemahan filem Pathaan pada durasi yang agak panjang terutamanya dekat hujung cerita masa Pathaan berlawan dengan Jim. Masa tu tunjuk babak diorang berlawan patutnya, tak perlu tunjuk reaksi Rubai pun sebab dia cuma berdoa untuk Pathaan je. Ada juga beberapa babak yang tak masuk akal macam flight menuju ke Delhi dan babak lain. 

Penggunaan VFX juga ada masanya tak berapa menjadi terutamanya pada babak berlawan dalam keretapi dan jet yang bawa Rubai dengan Pathaan ke Menara. Tak pasti lah I seorang je ke yang rasa bila SRK tak mampu nak emote untuk babak dramatik. Masa dalam filem Brahmastra: Part One (2022), elok je bila mata dia bergenang I tersentuh tapi masa Pathaan ni rasa kosong pula. 


But all in all it’s a great redemption movie. Berbaloi duit tiket pergi tengok dekat cinema, berbaloi juga tunggu buah tangan dari YRF. Tak sabar nak tengok Tiger 3 nanti! 

p/s : Kalau belum tengok Pathaan, go watch it at your nearest cinema. Movie macam ni tak syok tengok dekat streaming platform. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10