Program baharu ‘The Hardest Singing Show’ cabar vokal dan kreativiti penyanyi hebat tempatan di Astro | Bermula 12 Mei, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO & sooka

Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, ‘The Hardest Singing Show’, sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Program ‘The Hardest Singing Show’ berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’, dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka. Peserta juga dikehendaki memberikan satu ‘Wow Moment’ dalam ‘showmanship’ bergantung pada idea dan kreativiti para peserta. Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan akhir mereka serta kedudukan dalam pertandingan sehingga ke minggu akhir.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Kami amat teruja untuk memperkenalkan program realiti terbaharu Astro, ‘The Hardest Singing Show’ kepada para penonton. Konsep ini buat pertama kalinya mempertaruhkan kehebatan dan keunikan ‘showmanship’ dalam persembahan sebagai elemen utama, selain kemantapan vokal yang bakal menjadi tarikan penonton untuk menyaksikan program ini. Para penonton juga bakal menyaksikan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka melakukan persembahan yang luar biasa mengikut kreativiti dan pada masa yang sama, peserta perlu mengawal kestabilan vokal nyanyian.

Sebagai salah satu program ‘signature’ terbesar kami pada tahun ini, kami ingin memastikan ia kekal berdaya saing dan relevan di dalam industri nyanyian yang kian berubah. Oleh itu, pembaharuan format ini ditambah untuk memberi keunikan kepada rancangan-rancangan nyanyian kami yang sering mendapat sokongan padu daripada para penonton dan peminat. Kami yakin ‘The Hardest Singing Show’ bakal memberi pengalaman baharu kepada semua termasuk barisan peserta ternama yang akan bersaing dalam rancangan ini serta barisan juri dan hos yang juga mempunyai peranan hebat dalam dunia hiburan.

Jutaan terima kasih turut diucapkan kepada pihak penaja, Alha Alfa Cosmetics yang sudi menaja rancangan terbaharu kami pada kali ini. Kami berharap penganjuran ‘The Hardest Singing Show’ bersama Alha Alfa Cosmetics dapat menambat hati para penonton daripada setiap pelosok dunia dengan keistimewaannya tersendiri serta menyerlahkan bakat-bakat tempatan yang ada di negara kita,” tambah Norzeha.

Barisan peserta yang bakal bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Manakala pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose yang akan menggemudi rancangan ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Penerbitan ‘The Hardest Singing Show’ diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, serta turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak selaku rakan digital dan ERA sebagai rakan radio rasmi.

PENJURIAN & TRIVIA ‘THE HARDEST SINGING SHOW’

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu “The Hardest Gempak Meter” pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi www.gempak.com/thehardestsingingshow.

• Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul ‘I’m The Best’ dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.

INFO SIARAN ‘THE HARDEST SINGING SHOW’

‘The Hardest Singing Show’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

PENAJA UTAMA : ALHA ALFA COSMETICS

MENGENAI ALHA ALFA COSMETICS

Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd diasaskan oleh jurumekap profesional tanahair dan kini selaku Ketua Pengawai Eksekutif iaitu Dato’ Sri Abdul Al Halim Bin Mohd AlFadzil. Beliau menggalas empayar ini bersama-sama tulang belakang 2 figura penting iaitu Encik Mohd AlFareed Bin Mohd AlFadzil selaku Pengarah Urusan di dalam Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd dan Dato’ Syamsul Amry Bin Hussin selaku

Ketua Pegawai Kewangan. Dato’ Sri Alha Alfa telah meletakkan satu fenomena yang berbeza di dalam dunia pemasaran produk kosmetik. Berbekalkan tagline pemasaran iaitu Perbezaan Itu Keunikan Kita, produk Alha Alfa Cosmetics sekaligus membawa mesej penting tentang kelebihan setiap produk Alha Alfa Cosmetics, dan ia berjaya menembusi pasaran di serata tempat di Malaysia dengan sekaligus membina jenama yang cukup disegani dan dipercayai.

Bermula sekitar 6 tahun sebelumnya, Alha Alfa Cosmetic telah memasarkan beberapa jenis produk asas solekan yang telah menambat hati pengguna di Malaysia sehingga melahirkan pelbagai jenis produk solekan yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Selain daripada itu produk penjagaan kulit juga kini telah dipasarkan. Kewujudan produk Alha Alfa Cosmetics di pasaran bukan lagi asing apabila ramai di kalangan selebriti, jurumekap professional tanahair, dan mereka yang gemar bersolek sering meletakkan produk Alha Alfa Cosmetics adalah pilihan utama di dalam rangkaian koleksi peribadi masing-masing.

Sepanjang penglibatan dan penubuhan jenama Alha Alfa Cosmetics di Malaysia, pelbagai pencapaian telah diraih. Dato’ Sri Alha Alfa Cosmetics telah berjaya menerbitkan sebuah program realiti yang berkonsepkan solekan dan tatarias. Malaysia Top MUA adalah program yang berdurasi 30 minit, 10 episod dan ia telah disiarkan di Stesen TV Astro pada tahun 2020. Lanjutan dari pencapaian dan pengalaman ini, sekali lagi jenama ini tampil untuk mencipta fenomena bersama program realiti TV, siaran TV Astro ‘The Hardest Singing Show’ yang meletekan nama Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama di program yang dinantikan ini. Bukan itu sahaja, pencapaian jenama Alha Alfa Cosmetics juga menjadi bualan media di kalangan usahawan sehingga mengangkat produk ini antara yang berjaya di arena kecantikan & solekan. Malaysia Prestigious Industry 2019 mengangkat nama Alha Alfa Cosmetics sebagai produk yang diyakini di dalam 3 kategori pencapaian yang berbeza iaitu [Most Trusted Cosmetic Brand], [Young Intrapreneur Of The Year 2019] & [Prestigious Entrepreneur Of The Year 2019] dan yang terbaru, Leading Entrepreneur Beauty and Cosmetic Award 2022.

Jika di lihat dalam tempoh 6 tahun pembabitan Alha Alfa Cosmetics di dalam dunia perniagaan solekan dan kecantikan, ia mampu membawa jenama ini berkolaborasi dengan lebih maju dan melahirkan ramai anak didik yang berkemahiran di dalam dunia solekan. Dato’ Sri Alha Alfa juga telah berpengalaman lebih dari 10 tahun mengendalikan bengkel solekan secara peribadi dan juga dibawah anjuran Alha Alfa Cosmetics. Bengkel solekan ini juga telah mendapat tempat di luar Malaysia seperti Indonesia, Brunei & Singapura. Kemahiran beliau selaku jurusolek profesional mampu memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna untuk mereka yang ingin menjadikan kemahiran solekan sebagai profesion di masa hadapan.

Filem SHERIFF terus mencatat kejayaan cemerlang apabila bejaya meraih kutipan RM16.3 juta selepas empat hari tayangan dan satu hari tayangan awal sejak 18 April lalu. Sheriff arahan Syafiq Yusof, membariskan pelakon hebat Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi serta membabitkan dua penerbit terkemuka iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw. 

Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam berkata, “Syukur Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan filem Sheriff. Pihak kami bersama barisan pelakon ada mengunjungi pawagam-pawagam di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu lalu, dan rasa amat teruja serta terharu melihat reaksi luar jangkaan penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang. Meskipun rakan-rakan media serta peminat mula berteka-teki mengenai sejauh mana kutipan Sheriff, namun masih terlalu awal untuk meletak harapan tinggi dan kami sentiasa bersyukur dengan momentum positif ini. Terima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini.” 

Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff.

Para pelanggan Astro dijemput hadir untuk memeriahkan ‘HELLO Nu Sentral’, program eksklusif kesetiaan pelanggan yang dibawakan oleh Astro Rewards and NU Sentral, menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pra-tonton drama-drama terbaik, sesi beramah mesra bersama bintang-bintang tanah air serta persembahan daripada penyanyi tempatan, pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Para pengunjung berpeluang untuk menikmati pra-tayangan promosi drama-drama terbaharu yang mengujakan terbitan Astro Originals termasuk ‘Framed’, dibintangi Meerqeen dan Mimi Lana, bermula 3 Mei, 9 malam, di Astro Premier (Saluran 410); slot Megadrama ‘Cinta Untuk Sekali’, lakonan Meerqeen dan Erysha Emyra; ‘Bunga Salju’, lakonan Hisham Hamid, Amyra Rosli dan Hariz Hamdan, bermula 20 Mei, 6 petang serta drama-drama terbaik yang bersiaran di Astro seperti karya terbaik Siti Rosmizah, ‘Takdir Itu Milik Aku’ dan ‘Malang Si Puteri’.

‘HELLO NU Sentral’ juga bakal menampilkan kehadiran bintang-bintang terhebat tanah air untuk sesi beramah mesra bersama pelanggan termasuk Meerqeen, Mierul Aiman, Fasha Sandha, Malek McCrone, Qasrina Karim, Emma Maembong, Shaheizy Sam, Mimi Lana, Erysha Emyra, Hisham Hamid, Amyra Rosli dan ramai lagi.

Selain itu, pengunjung yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini dan ramai lagi yang akan membuat persembahan dengan lagu-lagu yang menjadi runut bunyi bagi drama-drama terbaik di Astro.

Pelanggan Astro boleh membuat tempatan ‘Meet & Greet’ untuk bertemu selebriti kegemaran bermula 9 hingga 24 April, di aplikasi My Astro. Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘HELLO NU Sentral’, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.

Ramadhan 2024 | Majlis Berbuka Puasa The Experts, Glenmarie Hotel & Golf Resort

Sunday 21 April 2024


30 Mac lepas dapat jemputan dari Astro untuk join Majlis Berbuka Puasa The Experts di Glenmarie Hotel & Golf Resort. Seronok bila Astro buat event dekat dengan rumah, weekend pulak tu. Tak payah ambil cuti satu hal, tak payah penat meredah jam satu hal lagi. 

Event start jam 5.30 petang tapi kitorang gerak pukul 4.30 lepastu Asar dekat sana sebab takut hujan lepastu sangkut dalam jam (if any). Weekend pun kena hadap jam memang nangis lah kan. Untuk event ni I bawa adik yang lain sebab Fariha ada CSR event dekat Kota Kemuning. Sepatutnya RSVP 3 orang tapi jadi 2 je. 

Walaupun sampai awal dekat Glenmarie Hotel ni tapi dah buang masa cari surau untuk solat Asar. Patutnya pergi terus je dekat Cenderawasih Ballroom tu sebab tak memasal naik buggy dalam hujan. Sampai dekat event hall pun tak boleh masuk lagi sebab media registration tak buka lagi jadi kitorang pergi solat Asar dulu. Dekat ballroom ni lagi dekat suraunya. Tak jauh pun dari event hall. 


Selesai solat, register, dapat press release, kitorang pergi cari meja. Dekat tiket event The Experts tu ada nombor cabutan bertuah. Kalau hilang memang rugi lah. Memandangkan team The Experts buat majlis berbuka puasa dengan ibu tunggal dan anak yatim, I dapat meja paling belakang sekali. Jauh teruk dari pentas tapi dekat dengan makanan. 

Event ni bukan trailer launching pun cuma nak launch iklan raya The Experts bersama Mirinda je so I tak join Q&A session masa press conference nanti. Apa yang pentinggggg? Ya, benar. Makan. 


I nak join event ni sebab nak tengok Mimi Lana sebab dia girl crush hihu, dapat tengok dari jauh pun tak apa. Sebelum ni pernah jumpa Mimi Lana masa malam gala Polis Evo 3 sebab dia temankan Syafiq Kyle. Patutnya Isnin tu join event drama baru Mimi Lana tapi sebab jauh sangat sampai ke Putrajaya, I tak ada energy nak pergi. 


Sebab kitorang datang awal, meja ni memang kosong lah. Nasib baik line internet kuat, boleh la main phone sampai tetamu lain datang. To my surprise I duduk sebelah Zhafvlog. Banyak kali dah pun jumpa Zhaf dekat event Astro tapi tak pernah bertegur pun. Bila dah duduk sebelah ni baru berkenalan. Tapi tak banyak pun kitorang sembang sebab dia banyak menyembang dengan plus one dia, Tiktokers Sabrina. 


I tak bergurau bila I cakap dapat tengok Mimi Lana dari jauh pun takpe sebab malas nak pergi depan ambil gambar dari jarak dekat. Ni pun zoom 10x dari seat. I ambil video actually so dalam video nampak full lah muka dia berbanding dalam gambar ni. Lepas habis sesi perkenalan barisan pelakon The Experts, semua dah boleh ambil makanan sebelum masuk waktu Maghrib. Dah ambil semua makanan yang sedap, ternampak Remy Ishak datang melawat setiap meja sambil buat video untuk vlog dia. 


Nasib baik lah kitorang bersabar tunggu turn sebab Nurin kena interview dengan Remy Ishak. Video tu tak masuk pun dalam vlog dia sebab Nurin has zero knowledge pasal The Experts. Buat perabih storage handphone dia je rakam video dengan adik I haha

Remy: Event ni untuk apa? 
Nurin: Majlis berbuka puasa The Experts
Remy: Apa watak saya dalam movie tu
Nurin: errr......aaaa...
Remy: Haaaa tak fokus la ni masa saya bercakap kat depan tadi

Not much happened pun masa berbuka sebab semua pun fokus makan lepastu I pergi solat Maghrib. Habis solat tu ramai dah buat interview session dengan pelakon The Experts tapi tak semua lah sebab main cast dah balik. I lepak dekat meja je sembang dengan siapa yang ada. 

Masa tu macam bingung juga lah sebab tak pasti ada ke tidak cabutan bertuahnya. Nak kata ada macam separuh dari tetamu dah balik. Nak kata tak ada pun macam tak jugak sebab tak ada siapa pun yang cakap batal. Walaupun I tak pernah bertuah tapi kalau separuh dewan dah balik, ada can lah kan nak menang? Nak balik pun hujan lebat sangat masa tu, kereta pulak park jauh so tunggu je lah sampai habis majlis.



Selesai sesi interview, pelakon semua dah balik baru lah team Astro buat cabutan bertuah. Pusing punya pusing, tikam punya tikam, nombor kitorang tak kena jugak. Dangggg betul-betul takdak luck. Sudahnya balik dengan air botol Mirinda atas meja tu je. Kira hadiah jugak lah tu sebab yang menang cabutan bertuah pun dapat air botol Mirinda jugak hshshs


Masa balik tu hujan dah renyai-renyai, tunggu kejap sampai buggy datang pastu balik ke kereta. Masa on the way balik rumah dapat tahu Fariha dekat Hospital UiTM Puncak Alam sebab tulang lutut dia meletup, tak boleh gerak. Tapi baru dekat pintu kecemasan je lah sebab kes tak kritikal so diorang tak nak ambik. 


Dari situ bawak pergi ke klinik area rumah untuk jumpa doktor. Banyak betul benda jadi dalam satu hari kan? Ingatkan all well ends well rupanya ada twist jugak dekat hujung. Nasib baik tak teruk, kalau tak memang tak beraya lah cerita dia. 

Ramadhan 2024 | Projek Hias Office

 

5 tahun kerja dekat Ram Reza & Muhammad tak pernah hias office beria bila Hari Raya. Alasannya sebab lampu ketupat tak boleh pasang. Dah beli props pun tak ada mood nak hias sebab lampu ketupat tak menyala. Ada je hias guna sampul duit raya tapi buat syarat je. I boleh je nak hias tapi Ain asyik cakap lampu ketupat takde je, kita pun jadi tak ada mood lah nak beria. 

Tahun ni bila Ain, Nurin dengan Luqman berjaya pasang lampu ketupat, terus beli props raya yang lain untuk hias office. Mr. DIY dekat je dengan Oasis Square Ara Damansara ni so kalau tak cukup barang boleh la ke sana. Itupun masa pasang lampu ketupat tu boleh blackout pulak satu office sebab overload. Lepas kurangkan mana yang tak perlu baru boleh pasang balik lampu ketupat tu. 

Sebab ada ramai budak intern masa ni, I panggil je semua tolong hias area depan office. Lagipun Haziq dengan Fhirhad dah last day, makanya kena lah tinggalkan memori sikit sama-sama. Selalunya kitorang borak tak lama sebab sibuk dengan kerja. Bila ada aktiviti sama-sama baru lah boleh sembang panjang dengan junior KUIS ni.





Sementara diorang sibuk dengan props gantung-gantung Selamat Hari Raya tu, I letak props pelita buluh dekat beberapa tempat. Masa ni beli tak banyak sebab nak test je dulu position apa yang sesuai. Tapi sampai entry ni ditulis tak ada pun pergi menambah pelita tu. Tunggu lah masa nak buat open house nanti. 



Dah siap gantung dekat dinding utama, tampal pula dekat dinding partition kemudian tampal koleksi sampul duit raya. Sampul duit raya ni semua I bawak dari rumah sebab I suka menyimpan sampul yang orang bagi. Satu, sebab cantik, dua sebab sayang nak buang. Bila dah tampal sampul terpaksa adjust yang bergantung tu supaya naik atas lagi. 


Dekat bahagian pintu pun letak gantungan Selamat Hari Raya jugak lepastu tampal sampul duit raya dekat frame pintu bilik meeting sebab ada banyak lagi lebihan sampul. Lepas dah habis menghias kitorang test je lah ambil gambar. 



Bila dah test ambil gambar baru perasan yang gantungan dekat atas tu tak masuk dalam gambar pun so kitorang alih pergi tempat lain. Letak banyak sangat pun nampak sarat jugak. Bila dah selesai hias tu nampak seronok la sikit nak pasang lagu raya sebab mood dah ada walaupun hiasan simple je tak macam pejabat orang lain. Nak beria hias pun malas jugak sebab nanti ambil gambar dekat unit sebelah. Sini optional je hshshs


Anyway, thanks Haziq dengan Fhirhad tolong I hias ruangan depan office ni. Thanks jugak sebab selalu join aktiviti Ram Reza & Muhammad walaupun intern sekejap je dekat sini. First time jumpa pun terus boleh geng sebab kitorang study dekat tempat sama. 


Dari menyembang pasal KUIS / UIS terus masuk ke music taste, rekomen filem, K-pop, K-drama, anime, port hiking haaa banyak lah topik kitorang borak bila duduk sekali. 3 bulan serious rasa sekejap sangat sebab know know finished. 

All the best untuk future career korang berdua dalam undang-undang Shariah. Hopefully Ram Reza & Muhammad bagi pengalaman dan ilmu yang berguna sebelum korang masuk ke alam pekerjaan sebenar. Ada rezeki kita jumpa lagi! Take care till then!

Ramadhan 2024 | Program Raya Astro 2024

Tahun ni dapat jemputan ke Program Raya Astro sama macam tahun lepas. Bezanya tahun ni pengumuman buat lebih awal jadi senang lah untuk minta half day tapi I tak apply sebab nak gerak lepas office hour. Tapi silap besar buat macam tu sebab jam 4 dah sesak teruk. Grab pun tak ada sebab semua stuck dalam jam gara-gara hujan. Menyesal lah sebab tak dapat interview ramai artis dan join Q&A session untuk program-program raya Astro untuk tahun 2024. 


Venue masih lagi sama macam tahun lepas, di Le Meridien Petaling Jaya. Sebelum ke Ballroom, ada press conference di Tingkat 3. Masa registration pun dapat meja sama macam tahun lepas tapi okay je lah sebab dekat dengan makanan. Sebelum berbuka tak payah bergerak jauh untuk ambil menu yang kita nak. 




Masa nak ambil makanan ni adik I hampir belanggar dengan Dina Nadzir sebab meja kitorang dekat. Nasib lah tak accident, Dina pun chill je cakap it's okay its' okay. 



Menu wajib ambil - Kambing Golek. Tahun ni tak ada Sup tulang jadi kita makan ala kadar je. Lasagna dekat sini sedap. Mi kari pun sama. Tak lama pun makan sebab rushing pergi solat Maghrib lepastu datang balik untuk join interview artis lain. I sempat join Naim Daniel dengan Zul Ariffin je sebab dah ramai artis lain nak balik. 





Toleh sebelah nampak Blimey terus ajak bergambar sekali tapi lupa nak tanya diorang pergi konsert TREASURE jugak tak tahun ni. A bit shy shy cat nak sembang Korea dengan Blimey sampai annyeong pun tak tersebut. 


Jalan depan sikit ternampak Shila Amzah dengan Ubai tengah bergambar dengan wartawan. At first tak sempat nak bergambar dengan Shila sebab lepas bergambar dekat sini terus diorang bergerak ke kawasan escalator. Sedih lah sebab nak jumpa Shila rupanya diorang u-turn masuk dewan balik. 


Terus panggil Shila ajak bergambar. I tak menyembang banyak pun dengan Shila sebab dia tengah sarat, takut dia penat berdiri. Masa nak bergambar tu terjoin sekali drama suami isteri ni. 


Shila: Betulkan la rambut u terkeluar dari songkok tu


Dah segak balik Ubai hshshs

Ingatkan Ubai ni sejenis extrovert, tak segan berjumpa orang sebab dia content creator rupanya dia sejenis shy shy cat jugak. Masa Shila bergambar dengan media pun dia tunggu belakang sebab tak biasa tengok kamera banyak sangat. 



Duta untuk Program Raya Astro 2024 ramai tahun ni. Tahun lepas Nadhir Nasar dengan Qasrina je tapi tahun ni ada Hun Haqeem, Mierul Aiman, Merqeen dan Erysha. Handsome teruk Hun Haqeem dekat event ni. Tahun lepas dah bergambar dengan dia, tahun ni pun nak lagi. 




Dah habis bergambar dekat luar, kitorang masuk dalam balik sebab nak jumpa Mierul Aiman. Tahun lepas tak sempat jumpa dia pun sebab busy nau lepas berbuka. Tahun ni dia jadi duta so kena layan sampai tetamu balik. Itupun masa kitorang nak ajak bergambar, lama nau dia berborak dengan Merqeen. 


Tahun ni tak ramai pun artis atau selebriti yang datang Program Raya Astro ni. Kalau datang pun ramai yang dah balik. Masa dekat majlis ni nampak Faizal Hussein, Noreen, Amir Ahnaf, Hael Husaini tapi tak sempat approach pun. Tahun ni ramai content creator sebab jarak dekat dengan Gempak Most Wanted Award tapi tak kenal so segan nak tegur. 

Tahun depan kalau dapat jemputan lagi kena datang awal supaya tak rushing macam tahun ni. Menyesal teruk buat plan cenggitu. Anyway, I had fun dekat sini. Thanks Astro.