New Flower Market, Lotus Mutiara Damansara

Thursday 19 January 2023


Sebelum ni kalau nak beli fresh flowers mesti menapak ke Pasar Seni tapi sekarang macam ada port baru untuk beli bunga segar dan cantik. New Flower Market baru je lagi buka kedai bunga di Lotus Mutiara Damansara. 

Awal tu ingatkan Lotus bawa masuk stok indoor plants sempena Raya Cina sebab ada banyak indoor plants disusun dekat luar rupanya ada kedai baru buka. Masuk tengok dekat dalam, ada pelbagai jenis bunga antaranya rose, baby breath, carnation, bunga matahari, eustoma, ping pong, lily, matthiola, tulip, orkid, gerbera dan banyak lagi jenis bunga lain. 


Cantik tengok diorang susun rose ikut warna. Harga untuk setangkai bunga ros berbeza. Dekat tier bawah sekali RM3 dan di bahagian tengah pula RM4. Bunga kekwa pula setangkai dijual dengan harga RM4. Bahagian kanan berdekatan dengan pintu ada banyak jenis daun termasuklah Eucalyptus yang digunakan untuk buat jambangan bunga. 


Baby breath ada di bahagian tengah kedai bunga ni tapi tak lah sebanyak stok di Lee Wah. Banyak juga la pilihan warna yang New Flower Market sediakan. Baby breath ni boleh kata bunga wajib ada dekat kedai bunga selain bunga rose. Tak rugi langsung beli sebab boleh tahan lama walaupun dah kering. 

Ikutkan hati macam nak beli tulips sebab first time tengok kedai bunga jual tulip tapi seller kata tulip ni renyah sikit nak jaga. Mahal tapi renyah. Terus cancel lah sebab dia tak lah wangi sangat. Takut jugak kalau beli nanti dia tak tahan dengan temperature rumah lepastu dah rosak. 





Sudahnya mencari carnation tapi bukan rezeki agaknya sebab tak berkenan tengok carnation dah berkembang mekar semuanya. Masa tu nak cari bunga carnation half kembang, half lagi masih kuncup. Macam tak cantik kalau semua dah kembang mekar. Tiba-tiba ternampak pula bunga eustoma dekat sebelah. 

Seller tu kata, bunga eustoma ni macam ros tapi bukan bunga ros. Bunga dia cantik tapi tak ada bau kuat macam ros. Warna pun cantik sebab soft lepastu bila kembang ada nampak iras macam peony. Fikir punya fikir, ambik lah eustoma ni sebab tak pernah try lagi beli. Nak tengok berapa lama dia boleh tahan sebagai hiasan dalam rumah. 


Untuk jambangan bunga pula harga pun murah je sebab boleh beli dengan harga serendah RM25. Last minute order pun diorang accept sebab senang cuma delivery lah tak pasti macam mana. I lah antara orang yang suka google fresh flowers bouquet near me lepastu check boleh buat last minute delivery ke tak. 

Kadang tu hujung waktu baru tahu ada event for this and that, nak kena ada bunga lah tak pun nak kena hantar dekat client lah. So far baru jumpa 2 tempat tapi nak la juga meluaskan pilihan sebab ada masanya sold out. Sekarang ada option baru, lega sikit rasa sebab dekat je dengan area office. 









Settle beli eustoma, a,bil kad seller sebab New Flower Market ni belum ada instagram ataupun website lagi makanya kena la ambil contact number seller. Senang kalau nak order untuk fresh bouquets. Nak buat personal bouquet pun senang juga sebab boleh sembang direct dengan seller. 

Bab harga memang tak lari jauh dengan Lee Wah Florist dekat Pasar Seni tapi ikutkan a bit pricey lah sebab dalam satu jambak tu tak banyak pun tangkainya. Tapi nak sembang jarak, dekat lagi New Flower Market. So tak ada isu bunga patah dalam perjalanan bawa balik. Nak bergambar dengan bunga pun senang sebab The Curve dengan IKEA banyak tempat cantik atau kosong. So tak ada isu netizen perli bila bergambar dengan bunga. 


Ni setangkai eustoma I bawak pergi ke office sebab pasu kecil je tapi cukup la nak buat ghaso ghaso. Suka tengok bunga dengan daun dia sebab cantik. Batang dia pun tak berduri macam bunga ros. Yang dekat rumah lupa nak ambil gambar, letak dalam pasu besar pun tetap cantik. Happy betul setiap kali lalu dekat bunga eustoma ni sebab cantik, sesuai lah dengan kegunaan bunga ni untuk beri ketenangan sebab tu zaman dulu orang ada-ada suka buat hiasan dalam rumah. 

Bagus juga dia tak ada bau sebab bila nak menuju hujung hayat tu pun dia tak berbau, tak macam matthiola. Berbaloi juga beli eustoma ni sebab boleh tahan lebih dari seminggu. Mungkin juga sebab minggu ni cuaca agak sejuk sebab setiap hari hujan. 

Hopefully ada tulip warna ungu ataupun eustoma warna ungu pula lepas ni, boleh feeling berjalan dengan bunga sambil minum iced hazelnut latte dekat Starbucks depan tu. Lepas tu join piano show dekat The Curve. Sounds like a perfect plan to me ;P


Tak pasti lah sejak bila restoran Santai Kitchen ni wujud di Lotus Mutiara Damansara sebab tengok dekat Google, dari tahun 2006 dah wujud tapi pada tahun 2023 baru tergerak hati nak merasa masakan dekat sini. 

Itupun kebetulan je masuk sebab restoran lain nampak macam tak menarik. Dekat restoran Santai ni nampak macam meriah. Bila tanya waiter, lama tak masa menunggu untuk order siap, dia kata sekejap je. Tak rushing nak ke mana pun tapi saja tanya macam tu takut nanti order kena tunggu lama sebab ramai. 

Sekarang ni kalau pergi makan memang cari kedai yang ada waiter untuk ambil order. Stress kalau pergi restoran yang kena order guna QR code sebab dah beberapa kali order tertinggal ataupun tak boleh nak request itu ini. Kalau waiter yang ambil order, boleh cakap nak pedas sikit ataupun nak kurang manis haa macam tu lah. 

Tengok menu dia macam menarik lah sebab ada makanan bergoreng dan makanan berlauk. Rasa teringin pula nak makan kerabu mangga sebab dah order tomyam campur. Masa tu order nasi putih 2, tomyam campur semangkuk, ikan kembung kerabu mangga, mini kailan goreng udang dan sepinggan telur dadar. 


Masa tunggu order siap tu dah nampak macam mana portion kerabu mangga dia sebab meja belakang order menu yang sama. Bila meja belakang rasa sampai terangguk-angguk sedap macam happy lah sebab buat keputusan tepat. Tapi itu lah, tekak orang mana sama dengan tekak kita kan. Kerabu mangga ni tak syok kalau terlebih cuka. Ada orang suka je cuka banyak. 


Bila rasa sendiri memang sedap, happy teruk dapat makan kerabu mangga sedap. Tapi tak syok sangat sebab ikan kembung dia garing sangat sampai keras nak makan. Kalau ikan kembung tu rebus memang cun teruk sebab air rebusan ikan bercampur dengan manis kerabu mangga. Fuhhhh. But no worries, garing macam tu pun habis licin jugak kitorang makan. 

Menu kerabu mangga ni boleh pilih sama ada nak guna ikan kembung, ikan bawal ataupun ikan siakap. Saja ambik ikan kembung sebab makan berdua je. Kalau makan ramai-ramai dah angkut ikan siakap dah. Tapi kalau nak order kerabu mangga kosong pun boleh je sebab yang kitorang order ni menu ikan sebenarnya. Ikan ada pilihan untuk masak pedas, kerabu mangga dengan apa entah lagi satu. 

Masa makan ni tengah hujan lebat dekat luar, so bila makan nasi panas dengan tomyam panas memang layan. Suka jenis tomyam dekat restoran Santai Kitchen ni sebab tak ada santan dan pekat kuahnya. Portion pun banyak untuk semangkuk tu. Banyak sebab ada lauk banyak bukan sebab bawang atau serai untuk penuhkan mangkuk. Berbaloi lah beli. 


Sembang pasal restoran Santai Kitchen ni, ruang agak selesa lah walaupun sempit laluannya. Makan berdua tak terasa sangat lah. Nak bayar pun mudah sebab ada option untuk cashless payment. Line dekat sini laju so tak ada masalah pun nak go cashless. Scan QR terus detect, masuk amaun tekan done, settle. Lepas ni memang akan repeat makan heavy dekat sini lagi. 

Brunch di IKEA Mutiara Damansara

 

Kalau pergi IKEA memang suka amalkan konsep brunch sebab dah tahu dah mesti tak boleh decide nak makan apa lepastu pulun ambik sampai 3 tray. Masa bayar tu dah siap beli bekas untuk tapau sebab dah tahu dah makan tak pernah habis pun. Self-reminder, lepas ni kena bawak bekas tapau dari rumah sebab bazir betul beli RM3 untuk pack leftover. 

Berbalik kepada tujuan asal entri, nak sembang pasal raw salmon salad sebenarnya sebab tak pernah lagi nampak menu ni. Mungkin ada la before this tapi bukan menu tetap pun sebab baru kali ni nampak menu ni. 


'Amboi ana, sejak dapat bonus ni kemain pandai makan salmon' 

Correction, correction, correction.... I dah pernah try makan raw salmon dekat outlet sushi terkenal tu tapi salmon dia hanyir so I assume semua salmon macam tu. Try dekat Seoul Garden pun tak berjaya menaikkan selera. So macam mana boleh suka makan salmon? Masa pergi event tahun lepas ada salmon tartare. Saja try makan satu je tup tup jatuh cinta sebab salmon dia segar. Bila makan tu mencair dalam mulut. Pergi event lain, dapat breakfast dan lunch dengan raw salmon jugak. It's like destiny because the universe wants you to love salmon gituhhhhhh. 


Sama juga dengan raw salmon salad di IKEA ni. Dalam menu ni ada raw salmon, salad segar, potongan lemon dan juga sos mustard. Dekat salmon tu ada rosemary but for me kalau tak ada sos mustard dengan rosemary lagi sedap. Lepas perah limau tu makan dengan salad dah ngam dah rasa dia. Happy betul dapat makan menu ni di IKEA sebelum shopping. It just perfect for brunch. Pastu minum kopi o ahhhh screams perfection! 

Harga sepinggan, RM12 kalau tak silap. Tapi kalau silap pun, harga dia dekat range situ lah. Menu yang I rasa rugi bayar, croissant sebab tak crispy macam dekat Starbucks. Rasa croissant IKEA sama dengan croissant LOTUS, macam makan bun kosong. Sosej IKEA nampak cantik tapi outer layer dia macam rasa plastik sebab tebal sangat. Almond chocolate cake pun a big no. Rasa dia macam roti hancur ada badam bersalut coklat tawar. Seksa jugak lah nak habiskan. Patutnya finishing kena makan menu yang sedap tapi mehhhh. But that's just me, untuk orang lain mungkin happy. 

Astro Ria membawa pergolakan kisah cinta yang mengharungi pelbagai dugaan mendatang menerusi slot MegaDrama yang bertajuk ‘Akira Khan’. Drama adaptasi novel terlaris karya Ammara Ayyash ini menampilkan percintaan sejauh 4, 518 kilometer di antara dua keturunan dan budaya yang berbeza yakni Melayu dan Pakistan yang bakal menjadi keterujaan ramai peminat.

Penceritaan menerusi 26 episod ini berkisarkan seorang gadis berdarah Pakistani-Melayu bernama Akira Khan yang telah bertemu dan jatuh cinta kepada seorang jejaka Melayu bernama Radin. Walau bagaimanapun, percintaan mereka dihalang kerana perbezaan keturunan dan bangsa. Kisah cinta mereka menjadi lebih rumit dengan perkahwinan rahsia mereka kerana sebuah insiden yang berlaku di antara mereka. Sayang sekali, perkahwinan ini hancur apabila Radin ditimpa kemalangan dan hilang ingatan ketika Akira pulang ke Pakistan. Ujian demi ujian menimpa Akira dalam mendapatkan suaminya kembali tetapi hanya takdir yang mampu menyatukan cinta mereka semula.

‘Akira Khan’ merupakan terbitan penerbit drama terkenal iaitu SR One Sdn Bhd yang membawa kembali lakonan hebat pasangan suami isteri, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai Akira Khan dan Radin. Dengan berlatarbelakangkan dua negara, penggambaran drama ini turut dilakukan di Pakistan dengan menampilkan lokasi-lokasi yang cantik serta sarat dengan sinematografi indah.

Barisan pelakon yang terlibat turut mempelajari bahasa Pakistan untuk menguasai watak masing-masing. Selain daripada barisan pelakon utama kami, MegaDrama kali ini turut memperkenalkan pelakon baharu Irfan Zaini yang amat dikenali di kalangan penonton yang berbahasa tamil. Memegang watak sebagai Zafar dalam drama ini, Irfan merupakan pelakon yang aktif dalam drama-drama berbahasa tamil dan kini mengorak langkah ke drama melayu.

Drama hasil pengarahan sutradara Jamal Khan ini turut dibintangi Julia Farhana Marin sebagai Liyana, Esma Daniel sebagai Kamarul, Datin Maria Farida sebagai Fareedah, Idzham Ismail sebagai Joe dan Saidah Kamarudin sebagai Faten, sepupu kepada Akira. Saksikan ‘Akira Khan’ bermula 18 Januari ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama Astro Ria (saluran 104). Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria “Kisah cinta merupakan antara genre yang evergreen, sentiasa digemari ramai, tidak kira muda atau pun tua.

Namun, kisah seperti ini juga mampu dikembangkan dalam pelbagai naratif dengan memaparkan sisi-sisi emosi yang relevan kepada para penonton. Untuk memastikan penceritaan berkesan, kreativiti dan daya imaginasi haruslah tegar dan konsisten. ‘Akira Khan’ merupakan hasil buah tangan terkini pihak Astro yang mengolah dan menggabungkan kedua-dua elemen penceritaan ini.

‘Akira Khan’ merupakan sebuah drama yang menceritakan hubungan cinta antara dua orang insan yang berasal daripada dua bangsa dan budaya berbeza. Dari Pakistan ke Malaysia, ceritanya berpaksikan dugaan dalam hubungan yang terjalin atas perbezaan ini serta keupayaan untuk membina semula mahligai yang retak dan berhancuran.

Kami amat berbangga dan teruja dengan kerjasama yang sekali lagi terjalin dengan Siti Rosmizah. Drama-drama terbitannya sememangnya sangat menarik dan sering terpaut di hati para penonton. ‘Akira Khan’ juga mendapat sentuhan unik daripada sutradara berbakat besar, Jamal Khan yang membuatkan kami teruja dengan hasil arahannya.

Bukan itu sahaja, kembalinya pasangan yang tidak lekang daripada mulut para peminat turut menjayakan drama ini sebagai watak utama selepas penampilan mereka dalam siri Setelah Terlafaznya Akad 1 & 2. Kami masih berasa sangat kagum dengan profesionalisme Uqasha Senrose dan Kamal Adli dalam karakter masing-masing sebagai Akira dan Radin walaupun pada hakikatnya mereka merupakan suami isteri sebenar. Kedua-duanya wajar dipuji oleh semua pihak atas dedikasi mereka.

‘Akira Khan’ memberi nafas baharu kepada penceritaan berkisahkan cinta menerusi slot kami. Gabungan budaya serta adegan-adegan yang berlatarbelakangkan negara kita dan Pakistan turut akan mempesonakan ramai yang menonton. Pihak Astro berharap agar semua terhibur dan semestinya kagum dengan ‘Akira Khan’. 

Jamal Khan - Pengarah drama ‘Akira Khan’

“Seperti naratif drama ini, ‘Akira Khan’ memang sudah lama ada dalam keturunan Pakistan iaitu keluarga yang menentukan jodoh. Sehingga ke hari ini, tradisi ini masih wujud di negaranya.

Drama ini membawa keistimewaan di mana ia turut berlatarbelakangkan budaya orang Pakistan. Sebagai seorang gadis yang berasal daripada Pakistan, Akira mempunyai keluarga dengan pegangan yang ketat terhadap tradisinya. Oleh itu, kami terbang ke sana untuk meneruskan penggambaran.

Pada mulanya saya ingin ke Turki untuk lokasi-lokasi penggambaran yang berbeza dan selesa. Namun saya ingin membawa budaya Pakistan ini dengan lebih natural ke dalam penceritaannya. Mereka mempunyai lokasi dan budaya yang berbeza, itulah yang istimewanya selain daripada kisah cinta.

Namun, ia juga memberi cabaran kepada kami kerana sewaktu perjalanan pulang ke hotel dari lokasi, kami menghadapi kejadian tanah runtuh. Jadi sebarang kenderaan tidak dibenarkan untuk lalu. Kami terpaksa bermalam di hotel yang berlainan tanpa membawa sebarang persalinan. 

Saya ingin berterima kasih kepada Kak Siti Rosmizah yang sudah lama menawarkan naskhah ini kepada saya. Jalan penceritaannya sangat menarik, memang rezeki buat saya. Kisah cinta Akira dan Radin ini sangat bermakna kerana ia juga dilakonkan oleh pasangan sebenar Uqasha dan Kamal berbanding drama-drama romantik yang lain, jadi saya berharap para peminat novel Kak Siti Rosmizah akan sentiasa memberi sokongan terhadap drama ini.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘AKIRA KHAN’

Uqasha Senrose sbg Akira Khan

Kamal Adli sbg Radin

Julia Farhana sbg  Marin Liyana

Esma Daniel sbg Kamarul

Datin Maria Farida sbg Fareedah

Idzham Ismail sbg Joe

Irfan Zaini sbg Zafar

Saidah Kamarudin sbg Faten

SINOPSIS DRAMA ‘AKIRA KHAN’

Akira merupakan seorang gadis berkacukan Pakistan-Melayu. Pada suatu hari, dia dan keluarganya datang ke Terengganu untuk meraikan majlis pertunangan sepupunya. Di majlis itu, Akira berkenalan dengan seorang lelaki bernama Radin dan jatuh cinta kepadanya walaupun sudah mempunyai calon yang dipilih oleh ibunya iaitu Zafar. Akira menganggap Zafar sebagai abangnya, namun dia akur dengan arahan ibunya kerana dia tahu bahawa Radin juga sudah mempunyai kekasih bernama Liyana.

Ketika Radin berasa kecewa kerana cintanya didustakan, Akira mengajak Radin bersiar-siar di pantai. Apabila cuaca berubah menjadi buruk, mereka lari berteduh dan terperangkap di sebuah rumah usang. Akibat terpedaya dengan bisikan syaitan, mereka tewas dengan nafsu sehingga mereka terlanjur. Atas rasa bertanggungjawab, Radin ingin menikahi Akira kerana tidak mahu perkara yang buruk berlaku. Akira bersetuju untuk berkahwin tetapi dengan syarat perkahwinan itu dirahsiakan daripada keluarga masing-masing.

Liyana yang masih sayangkan Radin datang kembali untuk meraih cintanya. Namun Radin hanya mencintai Akira. Ketika perasaan cinta itu baru sahaja berputik, Akira perlu pulang ke Hunza, Pakistan kerana datuknya meninggal dunia. Radin berjanji kepada Akira untuk datang ke Hunza dan berterus-terang kepada keluarganya. Namun sebelum dia pergi ke Hunza, Radin ditimpa kemalangan dan hilang ingatan. Akira yang menanti suaminya di Hunza, Pakistan tidak dapat menghubungi Radin dan sangka Radin sudah melupakan hubungan mereka dan kembali kepada Liyana. 

Akira kembali ke Malaysia untuk mencari Radin, namun mendapat tahu bahawa Radin sudah tidak mengenalinya. Pelbagai dugaan terpaksa dilalui oleh mereka dalam hubungan ini. Namun dengan kesabaran Akira, akhirnya ingatan Radin pulih kembali. Tetapi adakah mereka akan tetap bersama? Dan bolehkah mereka bersatu demi cinta mereka?

#TREASURE X WONDERWALL EDITION

Wednesday 18 January 2023