Telemovie Review | Obses (2022)

Tuesday 24 January 2023


Pengarah : Helmi Yusof 
Penulis Skrip : Pouvin, Tommy Loh
Pelakon : Hun Haqeem, Adriana Adnan, Razman Mahayuddin, Irsyadi, Hariz Hamdan, Maya Jaafar
Syarikat Produksi : Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd.
Pengedar : Citra Exclusive, Astro Citra 108
Genre :  Psikologi / Thriller
Durasi Tayangan : 97 minit
Tarikh Tayangan : 12 November 2022, Sabtu, jam 10.00 malam
Trailer :


Obses berkisarkan kehidupan Mira (Adriana Adnan) yang bekerja sebagai akauntan di syarikat kejuruteraan di bandar Kuala Lumpur. Di rumah, Mira selalu merasakan dirinya diperhatikan, apatah lagi di pejabat kerana sering saja mendapat bunga ataupun belon. 

Walaupun rakan sekerjanya, Nurin (Maya Jaafar) mengganggap Mira sebagai beruntung kerana selalu mendapat perhatian ramai jejaka dan peroleh banyak hadiah namun Mira rasa seram dan rimas dengan tingkah laku tersebut. Bila dapat tahu Yusof (Irsyadi) antara pengirim rahsia, Mira tegah dari menghantar dan berpesan supaya berjimat. Ehsan (Razman Mahayuddin), sepupu Mira yang baru datang dari kampung juga perasan ada lelaki yang selalu mengekori Mira di pejabat. 


Dalam masa yang sama, Yusof sengaja cucuk jarum supaya Lokman (Hun Haqeem) sakit hati kerana dia tahu Lokman juga tergilakan Mira. Lokman dan Yusof ada sejarah lama bila mereka berdua mempunyai pertalian dengan gadis bernama Linda. Yusof menyampah dengan Lokman yang selalu berbual mesra dengan Linda sampai lah satu hari Linda hilang dan ditemui meninggal dunia. 

Tanpa mereka sedar, pengurus baru, En. Firash (Hariz Hamdan) juga jatuh cinta pandang pertama terhadap Mira. Mudah saja untuk Firash masuk ke dalam dunia Mira kerana mereka selalu mempunyai urusan bersama. Tapi Firash juga ada sejarah lama bila Aireen (Melissa Aurellia Quek) obses hingga Firash bertindak untuk putuskan hubungan. 


Naskhah Obses arahan Helmi Yusof yang menggunakan tema masalah psikologi mempamerkan bahaya stalking dan juga perasaan suka yang melampau. Macam Mira yang tak mahu perbesarkan perkara bila dapat tahu Yusof atau Lokman simpan gambarnya kerana semua gambar tersebut diambil dari media sosial miliknya. 

Dialog dalam telefilem Obses agak terhad tentang tema yang dibawa sebab tak banyak penjelasan mengenai impak atau bahaya kepada mangsa. Langkah yang disarankan pun cuma terletak pada polis semata ataupun berpindah dari tempat kerja tersebut. Betul lah apa Mira kata, kenapa dia pula perlu pindah sedangkan Yusof, Lokman dan lelaki-lelaki lain yang kacau. Kalau pindah tempat lain tapi Lokman ikut juga macam Aireen yang beria kejar Firash tu macam mana? 


Tengok pada gaya penceritaan Obses ni macam tak berapa nak logik pun ye jugak sebab terlampau mudah untuk pekerja bercerita dengan pegawai atasan macam Yusof bagitahu tentang kunci pendua rumah Lokman. Kenapa Firash tak seram bila tahu Yusof tahu pasal tu sedangkan Yusof ada sejarah sakit mental dan bermusuh dengan Lokman? I dah 3 tahun kerja pun tak pernah pergi rumah kawan sekerja kalau tak berjanji atau ada majlis apatah lagi tahu dekat mana dia letak kunci pendua. Mungkin ada la kalau yang betul-betul rapat tapi sampai tahu kunci pendua dekat mana ni a bit scary lah. Nurin dengan Mira yang rapat tu pun tak sampai terjah masuk rumah. 

Babak lain yang diragui logiknya bila bercinta tapi senang betul lepak dekat rumah kekasih atau tunang macam Firash dengan Aireen. Sama juga dengan Linda dan Yusof masa diorang try baju nikah tu. Selalunya orang fitting dekat butik tapi diorang fitting dekat rumah Yusof. Dekat bandar memang la ramai yang buat macam tu tapi telefilem ni kan tayangan umum, macam tak berapa nak kena lah babak-babak macam tu. 


Babak dekat pejabat macam tak nampak sangat diorang betul-betul bekerja walaupun ada timbunan dokumen dengan layout plan. Masa Lokman minta borang OT dekat Mira pun nampak yang Mira tak buat kerja sebab PC dia tak on pun tapi tangan busy menaip. Mungkin dia berlakon depan Lokman tapi kelakar lah sebab dah pukul berapa dah tapi tak start kerja lagi. 

Masa Lokman hentam kepala Yusof dengan safety hat pun macam over sampai Yusof pengsan berdarah bagai sebab safety hat tu ringan je.  Ada banyak lagi lah babak yang menangkan watak utama supaya kerja dia nampak smooth je walhal kalau execute dalam dunia realiti, tak lah semudah tu. 


Lakonan Hun Haqeem sebagai lelaki yang sakit mental tu menjadi ditambah pula dengan tease dari penulis yang menggunakan kreativiti untuk sorok siapa pembunuh sebenar sampai ke hujung cerita. Cuma geram lah sebab ada banyak benda yang dipandang ringan sampai babak tersebut nampak tak menjadi. Tikam perut banyak kali pun baju tak carik, darah pun tak keluar. Genre thriller tapi tak seram atau mendebarkan pun. Sayang lah dekat situ sebab story boleh tahan okay dah, lakonan pun bagus. Execution je lemah. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 5.8/10

Drama Review | Birthcare Center (2020)

Monday 23 January 2023


Director: Park Su-won
Writer: Kim Ji-soo, Choi Yoon-hee, Yoon Su-min
Cast:  Uhm Ji-won, Park Ha-sun, Jang Hye-jin, Yoon Park, Choi Ri
Production Companies: tvN, RaemongRaein Co., Ltd.
Distributor : tvN, Netflix, iQiyi
Genre : Comedy / Drama
Running Episodes : 8 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 2 November 2020 – 24 November 2020
Trailer :


‘Pregnancy, giving birth, it can be like that. People blabber that it’s a beautiful and joy process. But it’s not always like that for women who actually go through it. Pregnancy is exhausting, delivery is cruel and recovery is miserable.’ - Choi Hye-suk (Jang Hye-jin)

Watak utama, Oh Hyun-jin (Uhm Ji-won) melahirkan anak sulungnya walaupun sibuk bekerja sebagai pengurus jualan di sebuah syarikat. Dia ambil cuti selama 3 bulan untuk berpantang secara eksklusif di Birthcare Center yang diselia oleh Choi Hye-suk.


Di situ, semua ibu dipanggil menggunakan nama samaran anak mereka kerana semua para ibu dilayan sama rata tanpa mengira latar belakang dan status kehidupan masing-masing. Yang penting di pusat tersebut hanya dua golongan, breastfeed mom ataupun formula milk mom. 

Cho Eun-jeong (Park Ha-sun) paling popular di pusat jagaan tersebut kerana dia mempunyai ilmu parenting yang tinggi kerana dia seorang suri rumah. Sementara suaminya mengharumkan nama negara dengan sukan golf, Eun-jeong pula menjaga anak-anak dan menguruskan rumah mereka. Eun-jeong juga mempunyai banyak tips untuk breastfeed mom dan ramai para ibu yang cuba untuk membodek supaya dapat korek rahsia tersebut. 


Sementara Hyun-jin pula masih struggle untuk adapt bila dia terpaksa berpantang makan untuk banyakkan lagi susu supaya Glue Stick kenyang. Kembang tekak dia terpaksa makan sup rumpai laut setiap pagi dan sentiasa pumping untuk dihantar ke bilik menyusu. Hyun-jin rasa diri dia tak ubah seperti lembu. Sudahlah suami makin kurang romantik sejak bersalin, di pejabat pula kerja dia kena sailang dengan pengurus baru, Alex Choi (So Joo-yeon) yang datang dari Amerika. 

Kalau sebelum ni Korea Selatan muncul dengan drama Sky Castle (2018), 2 tahun kemudiannya muncul pula Birthcare Center di mana setiap parents bersaing untuk jadi yang terbaik untuk perkembangan anak-anak. Bezanya drama Birthcare Center yang diterbitkan oleh tvN dan RaemongRaein Co., Ltd. Menggunakan template komedi supaya kelihatan lebih santai dan menghiburkan. 


Boleh kata drama arahan Park Su-won cuba untuk ketengahkan betapa pentingnya menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun. Cuma a bit unfair lah kepada ibu yang tak mampu untuk breastfeed macam Hyun-jin tu. Bukan semua orang mampu hasilkan susu yang banyak disebabkan masalah kesihatan atau kekangan peribadi. Kalau tengok episod awal memang stress lah sebab sepatutnya Hyun-jin tu berpantang dekat rumah je daripada bayar mahal tapi kena hadap segala tekanan dekat situ. Nasib baik ada watak baru yang penulis masukkan untuk seimbangkan balik hingga hujung cerita. 


Bukan setakat mesej tentang berpantang saja yang penulis masukkan tapi sub-plot juga ceritakan tentang parenting, realiti alam perkahwinan dengan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan ibu bapa, pilihan tentang kerjaya dan personal life dan sebagainya. Malah Hyun-jin mempunyai suami, Kim Do-yoon (Yoon Park) yang jauh lebih muda dan melahirkan pada umur 40-an. Ada beberapa tips dan nasihat yang diberikan dalam drama sebab proses dan tenaga tak sama seperti ibu-ibu yang melahirkan pada usia 20-an atau 30-an. 


Walaupun berkisarkan alam berpantang namun sinematografi yang dipamerkan buatkan naskhah ni tampak cantik. Pakai uniform dress pun masih tampak elegan seperti Eun-jeong. Bukan sahaja bilik para ibu, dining room, taman dan juga visitor area juga cantik supaya para ibu dapat berpantang secara tenang walaupun hakikatnya banyak drama. 

Drama Birthcare Center ni tak lah terhad hanya pada para ibu saja sebab banyak benda boleh belajar sepanjang 8 episod tu. Baik perempuan mahupun lelaki, yang bujang atau dah berkahwin boleh sangat nak layan drama ni. Pretty sure, one of the best edutainment drama. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Drishyam 2 (2022)

Sunday 22 January 2023


Director : Abhishek Pathak
Writer :  Aamil Keeyan Khan, Abhishek Pathak
Cast : Ajay Devgn, Akshaye Khanna, Tabu, Shriya Saran, Ishita Dutta, Rajat Kapoor, Mrunal Jadhav, Saurabh Shukla, Kamlesh Sawant  
Production Companies : Panorama Studios, Viacom18 Studios, T-Series Films 
Distributors : Panorama Studios, Yash Raj Films 
Genre : Crime / Thriller  
Running Time : 140 minutes
Release Date : 18 November 2022
Trailer :


Bila baca news yang pengarah dah siapkan skrip untuk sekuel Drishyam (2015) yang pernah menggegarkan industri filem pada tahun 2015 dulu, dah boleh agak yang semuanya berpunca dari watak Meera Deshmukh (Tabu). Mak mana yang tak rindukan anak tambah pula bila sami berulang kali bagitahu abu mayat Sam perlu dialirkan ke sungai untuk dapat ketenangan abadi. 

Selepas 7 tahun kejadian tersebut berlaku, sekali lagi Mahesh Deshmukh (Rajat Kapoor) berjumpa dengan Vijay Salgaonkar (Ajay Devgn) untuk cari tahu lokasi mayat anak lelaki tunggalnya. Dia nak isterinya move on dan lepaskan semua yang berlaku. Sebagai manusia dia faham anak tunggalnya buat kesilapan dengan mengganggu keluarga Vijay. Tapi sebagai ayah dia juga perlu pastikan anaknya tenang di alam sana. 


Vijay masih lagi mendiamkan diri kerana dia tahu selagi mereka tidak tahu di mana dia sorokkan mayat Sam, selagi itulah Nandini (Shriya Saran), Anju (Ishita Dutta) dan Anu (Mrunal Jadhav) selamat. Selama 7 tahun hal tersebut tak pernah dibincangkan langsung oleh keluarga mereka sebagai langkah berjaga-jaga. 

Tapi kerana rasa takut dan risau Nandini buatkan mereka sekeluarga terpalit dalam musibah bila Inspektor Tarun (Akshaye Khanna) dapat petunjuk Sam telah dibunuh oleh keluarga tersebut. Persoalan yang masih belum diketahui jawapannya ialah di mana Vijay tanam mayat tersebut. Kehadiran David Braganza (Siddharth Bodke) setelah keluar dari penjara menguatkan lagi semangat Meera untuk mencari mayat anaknya. 


Sama macam yang pertama, Drishyam 2 juga mempunyai kekuatan pada jalan cerita dengan idea licik Vijay. Sebagai penonton mesti lah kita dah tahu dekat mana Vijay tanam mayat tersebut dan saksi utama juga mengesahkan lagi lokasi tersebut. Bertahan sampai ke hujung cerita sebab nak tahu macam mana Vijay nak keluar dari tuduhan bunuh seperti yang didakwa oleh pihak polis. 

Kalau dalam Drishyam (2015), Nandini selalu mengeluh Vijay tak suka guna smartphone sebab line tak bagus di area pejabat dia, kali ni dah nampak Vijay lebih bagus mengendalikan alat teknologi. Bukan saja ada smartphone, dia juga pasang CCTV untuk perhatikan gerak-geri polis di balai yang terletak tidak jauh dari Mirage Cable. 


7 tahun lepas Vijay cuma ada business cable tapi dia luaskan passion dengan menjadi tuan punya panggung wayang di Pondolem, Goa. Nak travel pun guna kereta SUV berbanding sebelum ni hanya travel dengan bas. Sinematografi dari Sudhir K. Chaudhary mempamerkan keindahan Goa dan juga setiap sudut rumah keluarga Vijay. Ada beberapa interior yang berubah mengikut status kekayaan mereka. 

Namun kelemahan tetap muncul dalam naskhah olahan Abhishek Pathak kerana penulis tak kembangkan watak Inspektor Tarun yang lebih menggerunkan dari Meera walaupun di awal cerita, pegawai polis bercerita tentang kebijaksanaan dan kelicikan Inspektor Tarun dalam menyelesaikan setiap tugasan. 


Dari awal lagi penulis dah build up expectation yang tinggi namun sayangnya dia cuma blackmail keluarga Vijay kemudian Inspektor Gaitonde (Kamlesh Sawant) pula guna kekerasan yang sama seperti sebelum ni. Ingatkan ada babak-babak tegang antara Tarun dan Vijay yang berbalah tentang hidup dan undang-undang. Nevertheless, lakonan Akshaye Khanna padu walaupun screentime dia tak panjang mana. Seram bila dia usha tempat kompos di taman rumah Vijay. 

Elemen dramatik juga tak ditimbulkan langsung dari keluarga Deshmukh sampai kita tak ada rasa simpati langsung bila Mahesh merayu untuk bagi ketenangan pada Sam di alam sana. Tak ada langsung flashback antara Sam dengan Meera ataupun Mahesh sebagai keluarga. Betul, Sam tak layak dapat penghujung yang baik sebab watak dia jahat tapi dekat mata orang tua dia mesti ada kesempurnaan yang Sam tonjolkan sampai Meera tak boleh move on. 


But that’s just my 2 cents lah. Anyone yang belum tengok lagi boleh tengok masa cuti ni dengan keluarga. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

GILIRAN ANIMASI POPULAR, DIDI & FRIENDS THE MOVIE BERI KEJUTAN DI PAWAGAM 23 FEBRUARI INI

Saturday 21 January 2023

GILIRAN ANIMASI POPULAR, DIDI & FRIENDS THE MOVIE BERI KEJUTAN DI PAWAGAM 23 FEBRUARI INI | Bukan sekadar nyanyian, Didi, Nana dan Jojo tampil dengan aksi penggembaraan buat pertama kali.

Setelah 12 tahun, sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia, Didi & Friends kini mengorak langkah kehadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini.

Filem pengembaraan animasi muzikal ini diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC ) tampil berbeza dan menjanjikan animasi yang bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi juga penonton dewasa.

Didi & Friends The Movie juga mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini. Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise termasuk Hora Horey Instrumental yang menjanjikan kepuasan halwa telinga buat penonton nanti.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata “Melihat kejayaan dan sambutan luar biasa terhadap filem animasi tahun lalu, kami bersedia untuk mempersembahkan sebuah lagi filem animasi terbaru Didi & Friends The Movie dari jenama animasi popular Malaysia pada penggal pertama tahun ini. Kami juga amat berbesar hati buat julung kali berpeluang bekerjasama dengan nama besar dalam industri animasi negara iaitu Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam menerbitkan filem tempatan. 

Kami tidak teragak-agak untuk terlibat dalam usaha sama ini kerana percaya ia mampu menghasilkan sebuah lagi karya terbaik serta memberi sokongan padu pada industri animasi tempatan. Di samping itu, turut mengujakan, filem ini juga memperlihatkan kerjasama pertama kali dengan organisasi bertaraf antarabangsa, Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) & Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP). Kami yakin filem Didi & Friends The Movie bakal menambat hati penonton dengan kualiti produksinya serta kandungan yang dipersembahkan berbeza dengan filem Didi & Friends terdahulu yang hanya tertumpu pada lagu. Kami harap kehadiran filem ini dapat menimbulkan rasa keterujaan buat penonton seperti mana pihak kami teruja untuk mempersembahkannya di layar perak bermula bulan hadapan.”

Video teaser yang menampilkan kemunculan Didi berdurasi 30 saat telah dikongsikan pada 28 Disember lalu telah menerima reaksi positif daripada peminat dan penonton. Sesuai dengan ayat di pengakhiran video tersebut ‘Melangkah ke dunia baru’ yang memberikan gambaran bahawa Didi & Friends The Movie adalah berbeza dari siri Didi & Friends sebelum ini. Antara komen-komen di media sosial adalah seperti:

1) Aduh aku yang berumur 15 nih tiba-tiba excited pula - @dhia.0708

2) Cutisekolah lagi ni masa ni. Mesti kena bawa kids ni...baru tengok iklan dah ajak skang pegi wayang

- @nor_azrin

3) Next level betul ea @didiandfriends - @faridahidrish

4) Best gila tengok detail topi ngan bulu dia x sabar nak tengok - @daniff_aliff

5) Lain mcm quality gambar didi n friends the movie... tahniah @warnakala_studios

6) Aku baru je borak dgn husband semalam Didi& friendstak nak buatmovie ke? Nak bawa anak tgk wyg. Ya Allah, Kau dengar isi hati aku - @dyra_noor

7) The animated feathers on Didi are of higher quality. Looks more detailed. A lot of work and time must have gone into making the movie. Good luck guys! - @luxent_X

8) WAH!!!!! YES!!!! finally my favourite musical cartoon getting their own movie!!!! - @mumtzis

Menurut Hairul Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, beliau meletakkan produksi Didi & Friends The Movie ini sebagai sangat LUAR BIASA.

“Kami percaya, kerja kolaborasi merupakan faktor yang sangat penting dalam penghasilan karya yang terbaik. Astro Shaw, antara perintis dalam industri perfileman, menjadi rakan strategik Warnakala Studios dalam penerbitan filem Didi & Friends ini. Selain itu, MDEC dan Digital Durian juga memberi sokongan sejak dari hari pertama Didi & Friends bermula. Saya juga amat berbangga dengan hasil sentuhan Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin sebagai Pengarah filem ini. Mereka berdua mempunyai kepakaran dan banyak idea kreatif dan saling membantu. Kami juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) / Dewan Philharmonic PETRONAS (DFP) dalam pembikan lagu-lagu untuk filem ini, yang dipimpin oleh Saiful Ridzuan (Duan) sebagai Pengarah Muzik yang berbakat besar serta berpengalaman luas. Lagu-lagu ‘catchy’ dalam filem ini saya pasti bakal menjadi tular. Terakhir sekali, saya amat berterima kasih kepada WAU Animation dan FINAS atas komitmen mereka sepanjang pembikinan filem ini”.

Bertambah menarik, beberapa watak baru telah diperkenalkan yang penampilkan pelakon suara daripada selebriti terkemuka tanah air seperti Dato’ Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson sebagai Kapten Zoey, Waris sebagai Torra dan Ruminah Sidek sebagai Nek Kura di samping barisan pelakon suara watak asal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Pak Beruang dan lain-lain.

Didi & Friends The Movie juga mendapat sentuhan hebat daripada Saiful Ridzuan atau Duan selaku Pengarah Muzik, yang terdahulunya menjadi Pengarah Muzik Olabola dan Puteri Gunung Ledang Muzikal telah menerajui rakaman tersebut termasuk dua lagu lain iaitu Irama dan Lagu dan Kapten Zee & Crew.

Sebanyak 11 lagu telah dimuatkan dalam filem ini, termasuk sebuah lagu yang bertajuk Luar Biasa dinyanyikan dan digubah oleh penyanyi terkemuka Hael Husaini. Turut dimuatkan lagu Kembali Bersama yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.”

Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam Dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra. Siapakah Torra? Apakah penyakit yang dihadapi oleh Pak Beruang? Dapatkah Didi, Nana dan Jojo mendapatkan penawar tersebut? Jawapannya di pawagam pada 23 Februari 2023.

Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Dibawakan khas untuk semua, Didi & Friends The Movie! Sama-sama kita melangkah ke dunia baharu, di pawagam 23 Februari 2023 ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak dan Didi& Friends.

*************************************

PRODUCTION NOTES

Tajuk : Didi & Friends The Movie

Genre : Flem Musikal 3D Animasi Pengembaraan

Pengarah : Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal Ariffin

Penerbit : Raja Jastina Raja Arshad | Hairul Sofian

Terbitan : Warnakala Studios | Astro Shaw | Digital Durian | MDeC

Syarikat Penerbitan : Warnakala Studios | Astro Shaw | Digital Durian | MDeC

Bahasa : Bahasa Melayu

Durasi Filem : 104 minit

Tarikh Tayangan di Pawagam : 23 Februari 2023


PELAKON SUARA

Nur Insyeerah sbg Didi

Adilia Myra sbg Nana

Adam Muqri sbg Jojo

Dato’ Awie sbgTok Chip

W.A.R.I.S sbg Torra

Amelia Henderson sbg Kapten Zee

Ruminah Sidek sbg Nek Kura

Khairul Ammar Jamal sbg Pak Atan

Akmal Aziz Asmawi sbg Pak Beruang

TUNGGAK UTAMA

Dipersembahkan oleh : Astro Shaw | Warnakala Studios

Syarikat Penerbitan : Astro Shaw | Warnakala Studios | Digital Durian

Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad | Hairul Sofian | Lily Yusof | Akmal Aziz Asmaw | Khairul Ammar Jamal | Sinan Ismail | Chedd Eddie Yusof

Penerbit Bersekutu : Shemad Al-Jufri | Nadim Hisham

Penerbit : Raja Jastina Raja Arshad | Hairul Sofian

Penerbit Penyelaras : Sheikh Fadhil Sheikh Ishak

Pengarah : Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal Ariffin

Skrip : Sumie Azil | Roshfaizal Ariffin | Akmal Aziz

Cerita Asal : Khairul Ammar Jamal

Lakon Layar : Sumie Azil I Roshfaizal Ariffin

Pengurus Produksi : Hariz Aizuddin Adnan

Pengarah Fotografi : Roshfaizal Ariffin

Penyunting : Helmi Syafiq I Sheikh Fadhil Sh Ishak

Pereka Produksi : Adifitri Ahmad

Pengarah Seni : Azlin ‘Aura’ Zabery

Pengarah Audio & Muzik : Saiful Ridzuan Sharafuddin

Penata Bunyi : Hafiz Ahmad

Pereka Watak : Ruzaini Kamarudin

Jurugambar Di Sebalik Tabir : Rasyiqah Fauzi | Amirul Arshad Abdullah

Penyelaras Produksi : Sheikh Fadhil Sheikh Ishak

Penyunting: Helmi Syafiq I Sheikh Fadhil Sh Ishak

Pengarah Teknikal : Aditia Amukti Pratama

Ketua Animasi : Arsyad Adnan

Ketua Pencahayaan : Faizal Ramli

Ketua Render : Dianah Rosli

Kesan Simulasi : Fakhri Muzaki Ramadhan

Ketua Audio : Saiful Ridzuan Sharafuddin

Ketua Aset : Muhammad Rahmat Mohd Shabri

Ketua Kompositor & Visual Khas : Firdaus Radzi


OFFICIAL SOUNDTRACK

Lagu : Hora Horey

Artis : Nur Insyeerah | AdamMuqri | Adilia Myra | Voice Actors Didi & Friends

Durasi : 2:53 minit

Komposer : Yuri Wong / Saiful Ridzuan


OFFICIAL SOUNDTRACK

Lagu : Luar Biasa

Artis : Hael Husaini

Durasi : 3:28 minit

Komposer : Hael Husaini


OFFICIAL SOUNDTRACK

Lagu : Kembali Bersama

Artis : Modescape

Durasi : 3:22 minit

Komposer : Shah Modescape


Sinopsis

(Versi Pendek)

Tahun ini, Pak Atan melantik Didi, Nana dan Jojo untuk mengelolakan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar, menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda yang jauh di Muzika untuk membetulkan keadaan. Bahaya menanti mereka apabila Torra - lanun langit yang misteri, menjejaki mereka demi mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Mampukah Didi & FriendsTM menghadapi ancaman Torra?

(Versi Panjang)

Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan.

Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. Nana dan Jojo turut serta.

Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu?

HOP INTO THE NEW YEAR WITH YOUR FAMILY AND FRIENDS THIS CHINESE NEW YEAR

Friday 20 January 2023

Nothing beats good food, family gossip and dazzling fireworks during a celebration, but sometimes it’s nice to gather your loved ones to watch a couple shows amidst all the festivities. Here are five shows from Disney+ Hotstar to stream with your friends and family to kick off the Year of the Rabbit.

SUPER JUNIOR: THE LAST MAN STANDING

There’s more than one reason to celebrate the New Year with SUPER JUNIOR: THE LAST MAN STANDING. Follow along with your favourite idols as you watch their journey to stardom. Get a peek into a one-of-a-kind exploration of SUPER JUNIOR and its members and what it takes to navigate the modern K-Pop industry.

THE FIRST RESPONDERS

If you’re looking for a stirring and heart-warming show, The First Responders is the show for you. The series follows Jin Hogae, a talented detective, Bong Dojin, an enthusiastic firefighter, and Song Seol, a paramedic with a warm heart. Watch as fate and tragedy brings them all together to save lives.


THE MENU

This highly anticipated and critically acclaimed film is finally available to stream and you don’t want to miss it! Starring Ralph Fiennes and Anya Taylor-Joy, this dark comedy film is not for the faint of heart. Get ready to feast your eyes as a young couple travels to a destination restaurant only to be met with unwelcomed surprises.


SPECIAL FORCE: ANARCHY

A local film with strong female leads? Yes, please! Special Force: Anarchy is directed by Malaysia’s own Syafiq Yusof. Starring M.Nasir, Puteri Aishah, Elizabeth Tan and other homegrown talent, the action packed series follows Iman, a courageous young police officer whose investigation into a planned robbery leads her to a dangerous underground group. There she stumbles upon a secret that could change everything.


BIG BET

Nothing gets the family going like a game of cards and Big Bet is sure to inspire the competitive spirit in everyone. Being a legend in the casino world doesn’t come easy. Murder, crime and mayhem follow Cha Moo-Sik as he gets involved in a situation that leads to his life teetering on the brink of collapse. With only one card left to play, Cha Moo-Sik makes the bet of his life.

Need more shows to get you through the long holiday period? Check out these latest releases and more this Chinese New Year here on Disney+ Hotstar. 

********************************

ABOUT DISNEY+ HOTSTAR
Disney+ Hotstar is the dedicated streaming home for movies and shows from Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, and National Geographic, along with The Simpsons and much more. The flagship direct-to-consumer streaming service from The Walt Disney Company, Disney+ Hotstar is part of the Disney Media & Entertainment Distribution segment. The service offers an ever-growing collection of exclusive originals, including feature-length films, documentaries, live-action and animated series, and short-form content. With unprecedented access to Disney’s long history of incredible film and television entertainment, Disney+ Hotstar is also the exclusive streaming home for the newest releases from The Walt Disney Studios. For more, visit hotstar.com, or find the Disney+ Hotstar app on most mobile and connected TV devices.

New Flower Market, Lotus Mutiara Damansara

Thursday 19 January 2023


Sebelum ni kalau nak beli fresh flowers mesti menapak ke Pasar Seni tapi sekarang macam ada port baru untuk beli bunga segar dan cantik. New Flower Market baru je lagi buka kedai bunga di Lotus Mutiara Damansara. 

Awal tu ingatkan Lotus bawa masuk stok indoor plants sempena Raya Cina sebab ada banyak indoor plants disusun dekat luar rupanya ada kedai baru buka. Masuk tengok dekat dalam, ada pelbagai jenis bunga antaranya rose, baby breath, carnation, bunga matahari, eustoma, ping pong, lily, matthiola, tulip, orkid, gerbera dan banyak lagi jenis bunga lain. 


Cantik tengok diorang susun rose ikut warna. Harga untuk setangkai bunga ros berbeza. Dekat tier bawah sekali RM3 dan di bahagian tengah pula RM4. Bunga kekwa pula setangkai dijual dengan harga RM4. Bahagian kanan berdekatan dengan pintu ada banyak jenis daun termasuklah Eucalyptus yang digunakan untuk buat jambangan bunga. 


Baby breath ada di bahagian tengah kedai bunga ni tapi tak lah sebanyak stok di Lee Wah. Banyak juga la pilihan warna yang New Flower Market sediakan. Baby breath ni boleh kata bunga wajib ada dekat kedai bunga selain bunga rose. Tak rugi langsung beli sebab boleh tahan lama walaupun dah kering. 

Ikutkan hati macam nak beli tulips sebab first time tengok kedai bunga jual tulip tapi seller kata tulip ni renyah sikit nak jaga. Mahal tapi renyah. Terus cancel lah sebab dia tak lah wangi sangat. Takut jugak kalau beli nanti dia tak tahan dengan temperature rumah lepastu dah rosak. 





Sudahnya mencari carnation tapi bukan rezeki agaknya sebab tak berkenan tengok carnation dah berkembang mekar semuanya. Masa tu nak cari bunga carnation half kembang, half lagi masih kuncup. Macam tak cantik kalau semua dah kembang mekar. Tiba-tiba ternampak pula bunga eustoma dekat sebelah. 

Seller tu kata, bunga eustoma ni macam ros tapi bukan bunga ros. Bunga dia cantik tapi tak ada bau kuat macam ros. Warna pun cantik sebab soft lepastu bila kembang ada nampak iras macam peony. Fikir punya fikir, ambik lah eustoma ni sebab tak pernah try lagi beli. Nak tengok berapa lama dia boleh tahan sebagai hiasan dalam rumah. 


Untuk jambangan bunga pula harga pun murah je sebab boleh beli dengan harga serendah RM25. Last minute order pun diorang accept sebab senang cuma delivery lah tak pasti macam mana. I lah antara orang yang suka google fresh flowers bouquet near me lepastu check boleh buat last minute delivery ke tak. 

Kadang tu hujung waktu baru tahu ada event for this and that, nak kena ada bunga lah tak pun nak kena hantar dekat client lah. So far baru jumpa 2 tempat tapi nak la juga meluaskan pilihan sebab ada masanya sold out. Sekarang ada option baru, lega sikit rasa sebab dekat je dengan area office. 









Settle beli eustoma, a,bil kad seller sebab New Flower Market ni belum ada instagram ataupun website lagi makanya kena la ambil contact number seller. Senang kalau nak order untuk fresh bouquets. Nak buat personal bouquet pun senang juga sebab boleh sembang direct dengan seller. 

Bab harga memang tak lari jauh dengan Lee Wah Florist dekat Pasar Seni tapi ikutkan a bit pricey lah sebab dalam satu jambak tu tak banyak pun tangkainya. Tapi nak sembang jarak, dekat lagi New Flower Market. So tak ada isu bunga patah dalam perjalanan bawa balik. Nak bergambar dengan bunga pun senang sebab The Curve dengan IKEA banyak tempat cantik atau kosong. So tak ada isu netizen perli bila bergambar dengan bunga. 


Ni setangkai eustoma I bawak pergi ke office sebab pasu kecil je tapi cukup la nak buat ghaso ghaso. Suka tengok bunga dengan daun dia sebab cantik. Batang dia pun tak berduri macam bunga ros. Yang dekat rumah lupa nak ambil gambar, letak dalam pasu besar pun tetap cantik. Happy betul setiap kali lalu dekat bunga eustoma ni sebab cantik, sesuai lah dengan kegunaan bunga ni untuk beri ketenangan sebab tu zaman dulu orang ada-ada suka buat hiasan dalam rumah. 

Bagus juga dia tak ada bau sebab bila nak menuju hujung hayat tu pun dia tak berbau, tak macam matthiola. Berbaloi juga beli eustoma ni sebab boleh tahan lebih dari seminggu. Mungkin juga sebab minggu ni cuaca agak sejuk sebab setiap hari hujan. 

Hopefully ada tulip warna ungu ataupun eustoma warna ungu pula lepas ni, boleh feeling berjalan dengan bunga sambil minum iced hazelnut latte dekat Starbucks depan tu. Lepas tu join piano show dekat The Curve. Sounds like a perfect plan to me ;P