Drama Review | The Golden Spoon (2022)

Wednesday, 16 November 2022


Director: Song Hyun-wook
Writer : Kim Eun-hee, Yoon Eun-kyung
Cast : Yook Sung-jae, Lee Jong-won, Jung Chae-yeon, Yeonwoo
Production Companies: Samhwa Networks, Studio N
Distributor : MBC
Genre : Drama
Running Episodes : episodes (minutes per episode)
Release Date : 23 September 2022 – 12 November 2022
Trailer :


Diadaptasikan dari webtoon, The Golden Spoon dibikin naskhah drama di bawah arahan Song Hyun-wook yang mengisahkan tentang Lee Seungcheon (Yook Sung-jae) menggunakan sudu emas ajaib untuk mengubah nasib hidupnya. Kehidupan Seungcheon ibarat kais pagi, makan pagi kerana kemiskinan yang diwarisi oleh orang tuanya. 

Pagi bersekolah seperti biasa, di sebelah malam pula bekerja di mini mart untuk sara hidup dan bantu keluarga. Dek kerana kepintarannya, Seungcheon guna dengan ambil upah buat kerja sekolah atau extra assignments anak orang kaya di Seoul Jeil High School. 


Sebab tertekan dengan keadaan keluarga, dibuli oleh kumpulan anak orang kaya dan juga kerana kematian kawan baiknya, Park Jin-seok (Shin Joo-Hyup), Seungcheon tekad untuk makan sebanyak 3 kali di rumah Hwang Tae-yong (Lee Jong-won), pewaris tunggal Hwang Group. 

Happy bila tengok drama The Golden Spoon paparkan reality kehidupan antara orang kaya dengan orang miskin walaupun jurang jauh berbeza. Macam keluarga Lee Seungcheon tu miskin melarat dan keluarga Hwang Tae-yong pula keluarga chaebol yang menguasai ekonomi Korea Selatan. 


Mungkin ramai yang menyampah bila tengok Seungcheon pilih jalan mudah dengan hidup dalam identiti Hwang Tae-yong sampai sanggup korbankan keluarga sendiri tapi siapa yang tak nak? Bukan dia tak berusaha untuk ubah status hidup dia tapi kemiskinan tu menghantui dia. Kalaupun dia berusaha, ayah dia buat something yang tutup jalan untuk dia berjaya. Tak adil juga untuk Seungcheon berdiam diri dan terima takdir hidup sedangkan dia dapat peluang untuk guna sudu emas. 

Dari awal sampai pertengahan cerita, plot twist demi plot twist muncul dan menjadikan momentum penceritaan menarik ditambah pula dengan lakonan Sungjae yang mantap dalam watak Seungcheon. Di sebalik senyuman manis dia, ada beban yang berat dia perlu tanggung. Sama juga dengan watak Tae-yong yang hidup dalam anxiety melampau kerana Hwang Hyeon-do (Choi Won-young). Setiap kali dia menggigil sebab takut, setiap kali tu lah rasa kesian sangat dengan dia. Sudah lah tak ada mak, kawan pun dekat disebabkan status dan harta sahaja. 


Memang patut sangat Tae-yong bertukar status dengan Seungcheon dan penulis keluar dari cliché plot kacang lupakan kulit sebab watak Seungcheon memang guna peluang yang dia ada untuk tolong keluarga, balas dendam pada pembuli dan wujudkan peluang untuk diri dia bila dia hidup sebagai pewaris syarikat Hwang. 

Sebab tu rasa geram bila dekat hujung penulis cuba wujudkan naratif negatif untuk pilihan  Seungcheon. Betul Tae-yong dapat ujian yang sama dan peluang untuk guna sudu emas tapi tak sama langsung dengan apa yang Seungcheon kena hadap sebelum dia jumpa nenek yang jual sudu emas tu. 


Sama juga dengan watak Ju-hee (Jung Chae-yeon) yang hidup selesa sebagai anak orang kaya. Even lepas dia hilang semuanya pun dia sukar untuk faham pilihan Seungcheon sebab perjalanan dan ujian tak sama. No wonder lah Seungcheon pilih untuk berdiam diri dan biarkan Ju-hee cari dia dan bukan sebaliknya. For me, watak Seungcheon tu sempurna dan Sungjae berjaya hidupkan watak Seungcheon. I’m a fannnnn!!!

Happy jugak bila tengok Sungjae berlakon dengan Choi Won-young lepas drama Mystic Pop-up Bar (2020) sebagai ayah dan anak sebab dalam drama sebelum tu pun watak diorang lebih kurang sama dinamiknya. Nampak muka bangga Hyeon-do setiap kali Seungcheon berjaya capai apa dia nak, masa dia belasah Seo Joon-tae (Chang Ryul) sebab kacau anak dia. Kalau tak ada sudu emas pun dekat episod awal pun dah boleh nampak hint dia nak ambik Seungcheon tu jadi anak angkat atau pewaris harta dia.  


Sinematografi The Golden Spoon menambahkan impak pada penceritaan dengan makna tersirat di sebalik permandangan, penggunaan lighting yang mengetengahkan suasana pada babak tersebut. Masa Ju-hee datang rumah Seungcheon pun ada dialog dia bagitahu bilik Seungcheon sama seperti apa yang dia bayangkan. 

Mesej sosial yang dimasukkan dalam drama The Golden Spoon pun meruntun hati juga bila tengok babak keluarga miskin terpaksa bergadai nyawa halang developer dari bina bangunan baru. Masa Seungcheon tanya Ju-hee entah apa yang jadi kepada keluarga yang tinggal di rumah semi-basement macam keluarga dia di kawasan tu. Entah berapa orang Jin-seok yang perlu mati dek kerana pembangunan rakus golongan T20. 


Pendek kata, drama The Golden Spoon adalah drama terbaik untuk tahun 2022 tanpa perlu guna template melodramatic pun untuk deliver mesej sosial tentang kehidupan. Kalau sebelum ni cerita yang berlatarkan pelajar sekolah susah untuk diambil peduli kerana tak matang buat pilihan tapi watak Seungcheon sajikan kisah yang berbeza. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.2/10

Minum Petang di Molten Chocolate Cafe, MyTown Cheras

Monday, 14 November 2022

 

Bila keluar lepak reunion mesti lah nak cari port lepak yang best tapi Mytown ni tak syok sangat sebab tak ada Starbucks padahal mall kemain besar gedabak. Disebabkan Syiqah baru balik dari kenduri dan masa tu pun dah petang tapi terlalu awal untuk dinner jadi kitorang pergi Molten sebab Syiqah kata sedap. 

Selalu je nampak Molten ni bila menuju ke IKEA Cheras tapi tak pernah nak menyinggah sebab tak gemar sangat dengan chocolate. So tagline dia a piece of happiness tu doesn't suit me very well gituhhhh. 


Cafe Molten ni nampak eksklusif lah dari luar sebab warna tema dengan lighting dan seating menggunakan kerusi bersarung kulit. Masuk dalam cafe ni dah boleh bau wangi coklat. Petang tu memang ramai sangat orang sebab hari Sabtu mungkin. Banyak yang bawa family datang sekali. 


Kitorang duduk dekat dengan bahagian dapur sebab nak tengok chocolate fountain ni. K tipu, sebab itu je meja yang kosong. Seating dia terlampau rapat with each other jadi nak gosip pun tak puas sebab tak boleh cakap kuat nanti orang dengar. Kitorang kena lepak dekat rumah lah senang nak sembang gossip benda lagha tanpa dipandang orang. 



I order churros sementara Syiqah nak makan molten digestive crepe. Macam tu lah rupa dia, lebih kurang Dip & Dip jenis coklat melimpah dekat pinggan, sesuai lah dengan nama cafe. Untuk crepe tu ada vanilla ice cream sekali. Pilihan agak terhad dekat Molten ni dan side dishes tak banyak pun disediakan. Nasib baik ada Churos dengan coklat yang behave dalam mangkuk kecil. 

Rasa dia sedap je lah, churos kan nak beza macam mana lah sangat. Rangup sebab makan masa panas lepastu dip dalam coklat. Tapi kalau diberi pilihan, I prefer Street Churos sebab murah :')

Molten Digestive Crepes tu kureng sikit sebab biskut digestive dia bersepah nak makan. Tak pasti dia guna biskut buatan sendiri ataupun beli dari luar, yang pastinya tak dap. Aiskrim dia rasa kosong. Spoil mood nak gossip lama sebab main dish macam tu. Coklat dia okay okay je lah, tak setara dengan harga. Mungkin silap kitorang jugak tak order Molten Nuts Crepe. 

Another disappointment was my Iced Hazelnut Latte sebab kopi dia tak pekat sangat. Mungkin taste bud dah rosak lepas makan coklat banyak sangat. Idk lah yang penting taknak repeat dah Molten ni. 

 

Awal bulan November tiba-tiba ada rezeki terpijak dapat jumpa dengan geng sekolah BTS. Masa sekolah menengah dulu, masuk asrama harian dekat SMK Bandar Tasik Selatan. Dekat asrama ni semua pelajar perempuan je dan setiap batch ada satu kelas sahaja. Kira macam satu intake dalam 35 orang pelajar je. Dalam 35 orang tu terwujudlah geng SAF 7 yang diambil dari pangkal nama panggilan. 

S- Syiqah
A - Ain, Alyani, Aima, Ainatul, Anis, Ayat, Amirah
F - Fatin

Nombor 7 tu pulak sebab ada 7 orang guna pangkal huruf A. Kreatif bukan? Actually ada lagi geng lain macam WATINZA, 6 Jahanam dengan apa tah lagi. Maaf lah dah tak ingat sebab semua ni wujud zaman 2005 dulu. Tak pasti kalau ada group yang berpecah sebab I pun keluar dari BTS masa Tingkatan 2 untuk pindah ke Sabah. Ni ingat pun sebab kitorang sembang balik. Ye lah alang-alang dah gosip pasal crush zaman sekolah, recall lah balik kawan-kawan sekelas. 

Lepas habis jalan-jalan dengan family dekat IKEA, dapat whatsapp dari Syiqah dia dah sampai ke Mytown. Tak lama lepas tu Ayat pulak sampai. Reunion ni kitorang bertiga je sebab kebetulan Syiqah datang Cheras. I pulak memang nak pergi IKEA Mytown. Sekejap je pun dapat jumpa sebab last minute plan. Ayat pula kerja half day. 



Dah ukur saiz lemak badan, kitorang pergi release stress dekat Molten sebab Syiqah teringin. Saja letak nama Syiqah dekat sini sebab senang nak blame kalau lemak menternak. I dengan Ayat first time makan Molten sebab ikutkan hati nak lepak Starbucks tapi MyTown tak ada Starbucks haihhhhh...

Lepas berborak sakan dekat Molten, kitorang pergi parking tingkat 5 sebab nak ambil telekung dekat kereta Ayat. Tapi sesattttt! Ayat kata dia park kereta dekat F tapi jenuh mencari tak ada pun kereta dia. So kitorang decide pergi ke kereta Syiqah je lah ambik telekung tup tup terjumpa kereta Ayat dekat H jugak. Rupanya Ayat park kereta sama tempat je dengan Syiqah T.T


Sebelum pergi Molten tu Ayat dah sesat keluar dari toilet, sekarang sesat dekar tempat parking pulak. Lepas ni kalau ada trip kitorang buat kesimpulan tak boleh letak Ayat sebagai tour guide. Mudah betul terpesong. I pesan dekat Syiqah balik nanti kena jalan samaa-sama dengan Ayat kalau tak, mesti hilang. 

Lepas settle Maghrib dekat surau MyTown, Syiqah ajak makan roti pelangi dekat Chizu. Sebelum ni tak pernah try pun tapi sebab kawan Syiqah kata sedap, so kitorang layan je. Bukannya makan sangat pun tapi bergambar lepastu buat Boomerang. Roti pelangi tu tak la sedap sangat, macam makan gula-gula Sugus. 



I happy ye dengaan gambar ni sebab muka nampak cantik

Habis makan roti, Ayat nak pergi cari pouch bag dekat concourse lepastu nak beli lipstick dekat Watson. Sebagai empunya lipstick Matte Silkygirl, I suggest code 05 tapi dah habis pulakkkkk. 


Habis 45 minit jugak lah dekat sini because it turns out semua code warna bagi effect berbeza ikut warna kulit. Kulit I cerah so code 05 nampak naik lah tapi bila dekat skin tone Ayat nampak malap. Nak cari shade seakan-akan dengan warna kesukaan Ayat pun tak jumpa jugak. Nak pergi Guardian malas lepastu main tester dekat situ sampai berjaya buat keputusan nak ambil yang mana. 

Basically reunion kitorang bukan sembang apa sangat pun tapi lebih kepada spend time together jahhhh. Covid punya pasal kitorang terperap dekat rumah, dapat jumpa 5 jam lebih pun dah cukup happy dah. Semoga ada rezeki lebih sikit, mana tahu lepas ni boleh pergi travel sama-sama pulak. Aminnnn!

Famous Fries Kitchen

 

Masa pergi WebTVAsia join event dekat sana, ternampak Beef Cheese Fries dari Famous Fries Kitchen. Sebelum ni pernah nampak ada youtuber promote tapi tak pernah lah try beli. Sebab masa tu belek dekat Grab atau Foodpanda tak ada lagi. Lepastu lupa macam tu je lah. 

Ada 4 menu berasaskan kentang goreng di Famous Fries Kitchen ni - Cheddar Cheese Fries, Chili Cheese Fries, Melted Cheese Fries dan Beef Bacon Cheese Fries. Kentang juga ada dua jenis sama ada straight cut ataupun jenis kerinting. Masa makan ni tuan rumah hidangkan straight cut melted cheese fries. 

Kalau tengok dalam gambar tu ada fries, beef gravy dan lambakan cheese. Bila buka kotak tu semerbak bau wangi cheese masuk ke hidung. Rasa dia sedap lah, jarang kentang goreng tak sedap melainkan kentang frozen masak sekali dengan ais beku. Beef gravy tu pun pekat, owner tak kedekut daging sebab masa makan tu terasa ketulan daging lembu. 

Harga untuk setiap jenis menu berbeza sekitar RM11 hingga RM14 macam tu. Portion dia banyak kalau ikutkan sampai boleh kongsi makan berdua. Kentang tu carbs lepastu ada cheese yang senang buat perut rasa kenyang maka cepatlah perut rasa penuh bila makan. 

Ada 7 cawangan Famous Fries Kitchen ni - 
i. Mamamia Kitchen, Wangsa Maju
ii. Prinze Corner, Shah Alam
iii. Kilang Kitchen 2, Petaling Jaya
iv. The Podium, Penchala Link
v. Bukit Bintang
vi. Platinum Walk, Setapak
vii. Bangi Square

Next time pergi Bukit Bintang nak cari kiosk Famous Fries Kitchen ni sebab I nak makan Curly Chili Cheese Fries pulak. Makan panas-panas mesti syok sebab cheese boleh tarik panjanggggggg. 

Starbucks Reserve Bukit Bintang Junction


Entry dah lama baru nak update sini sebab baru teringat tak berupdate lagi lepastu nak clear storage handphone. Bulan lepas menapak ke Starbucks Reserve di Bukit Bintang sebab ada event dekat area situ. Sebelum balik singgah lah kejap sebab tak pernah masuk lagi sini. 

Starbucks Reserrve ni sama je dengan Starbucks biasa cuma interior dia berwarna hitam dan emas. Dari segi menu pula drinks dekat sini guna biji kopi lebih bermutu dari Starbucks biasa. Even cara brew coffee pun teknik dia lain sikit. Bab harga of course ada penambahan sikit dari Starbucks biasa sebab biji kopi premium. Tu yang Starbucks kabo le, lain macam mana tu kena tanya sendiri barista dekat situ. I pergi order pastu bayar then blah. 


Pardon my appearance lah dah selebet sebab berjalan jauh dari event ke Starbucks ni. Dari heels I tukar selipar je sebab hujan masa tu. Masa pergi ni I malas nak try menu baru ataupun keluar dari zon selesa sebab I nak berselesa je lepas penat cover dua event dari awal pagi. So I order Iced Hazelnut Latte macam biasa. 

Sementara tunggu order siap, belek lah apa ada dekat sini. Memandangkan bulan lepas bulan Halloween jadi ada merchandise edisi Halloween. Menarik tengok merchandise kolaborasi DUCK dengan Starbucks tapi corak dia tak cantik walaupun I suka dengan warna ungu. 



Logo Starbucks Reserve - bintang emas dengan capital R



Bila order dah siap, kitorang naik tingkat atas sebab ruang minum dekat beranda luar tu dah basah kena hujan. Dekat situ cantik sebab ada banyak bunga tapi bukan rezeki lah masa tu nak lepak dekat situ. Sebelum naik tingkat atas ada board untuk penubuhan Starbucks yang ke-300 di Malaysia. Agak baru jugak lah sebab jumlah semua unit Starbucks dekat Malaysia ni ada 387. 

View dari tingkat atas.


Setiap kali purchase drinks dekat sini customer akan dapat coklat Starbucks Reserve dengan wrap berwarna hitam bersama tulisan berangkai Starbucks. Coklat tu jenama Beryl's so tahu la kan rasa dia macam mana. Kalau tak tahu pergi makan sekarang. Dekat Starbucks Reserve boleh dapat cup sleeve berwarna hitam. Bab exclusive ambience tu hmmm sama je macam Starbucks biasa. Disebabkan I pergi masa hujan so ramai lah lepak dekat situ. Itu je lah yang I boleh share pergi minum dekat Starbucks Reserve.


Astro mempersembahkan sajian kandungan-kandungan terbaharu sepanjang hujung tahun 2022 sehingga awal 2023 di acara Astro Showcase Party baru-baru ini. Langkah tersebut bertujuan untuk memperkasakan kualiti, kuantiti serta variasi koleksi kandungan-kandungan tempatan demi memperkukuhkan kedudukan Astro sebagai penyiar dan penghasil kandungan tempatan utama di negara ini. 

Antara kandungan-kandungan yang dipaparkan adalah rancangan variasi popular seperti ‘All Together Now Malaysia 2’, ‘The Masked Singer 3’; drama rantaian terkini termasuk ‘Jesnita’; drama Tamil tempatan ‘Vengaiyan Magan’; produksi Astro Originals seperti ‘One Cent Thief’ dan siri berbahasa Cina, ‘Lost & Found’ serta filem-filem terbitan Astro Shaw seperti animasi adiwira popular, ‘Mechamato The Movie’, ‘Didi & Friends The Movie’ dan ‘Polis Evo 3’

Astro Showcase Party turut menyaksikan buat julung kalinya gimik pantulan Drama premium bersiri, ‘One Cent Thief’ yang berdurasi selama 5 minit di Menara Kuala Lumpur telah mencuri tumpuan warga ibu kota. 

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, “Dengan berbangganya, kami memaparkan kandungan-kandungan baharu yang bakal menemui penonton-penonton Astro serta yang kini bersiaran di Astro. Kami teruja untuk mengumumkan kembalinya dua rancangan variasi gergasi di Astro, ‘All Together Now Malaysia 2’ dan ‘The Masked Singer Malaysia 3’. Kedua-dua rancangan realiti ini ternyata mempunyai kekuatan masing-masing dalam membawa peminat-peminat hiburan ke platform kami.”

‘All Together Now Malaysia 2’ membuktikan bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang mempunyai bakat terpendam dan rancangan ini memberikan mereka peluang untuk mengecapi impian mereka. ‘All Together Now Malaysia 2’ yang bakal disiarkan pada 11 Disember pada setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria turut mempunyai 50 selebriti-selebriti hebat serta bakal diterajui Datuk Syafinaz Selamat sebagai Kapten baharu. 

‘The Masked Singer Malaysia 3’ pula bakal menyerikan malam Jumaat bermula pada 23 Disember di Astro Warna dengan konsep yang sudahpun memukau ramai penonton dalam meneka penyanyi di sebalik topeng. Malah konsep family viewing atau tontonan seisi keluarga yang diketengahkan rancangan ini sesuai dalam menyemarakkan lagi semangat kekitaan dan kekeluargaan di kalangan para penonton Astro.

Manakala drama rantaian yang bersiaran di Astro Prima turut menampilkan kekuatan penceritaan serta casting yang hebat menerusi ‘Jesnita’. Pastinya, setiap epsiod drama rantaian ini akan membuahkan perbualan di alam maya dan bakal trending di kalangan peminat-peminat drama tempatan. 

Drama premium bersiri Astro Originals ‘One Cent Thief’ mencipta rekod menjadi drama no. 1 pilihan penonton di platform On Demand dengan jumlah unique viewers 159 ribu sehingga episod empat. 

“Kami berasa amat gembira, ternyata dengan mempersembahkan penceritaan yang segar dapat memberikan pengalaman berbeza kepada penonton sehingga mampu menarik penonton Astro untuk strim tanpa henti pada bila-bila masa.  Berdasarkan jumlah unique viewers dan sambutan hangat di sosial media, telah membuktikan ‘One Cent Thief’ sebuah karya berkelas internasional mampu menyaingi kandungan-kandungan antarabangsa di On Demand,” kata Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad. 

Astro juga memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam industri perfileman dengan dua buah filem yang bakal menemui para penggemar filem iaitu ‘Mechamato The Movie’ yang akan ditayangkan di pawagam pada 8 Disember. Manakala ‘Didi & Friends The Movie’ dan ‘Polis Evo 3’ bakal menemui penonton di pawagam pada 2023.

Acara Astro Showcase Party ini dikuasakan oleh Astro Fibre sebagai penaja utama. Dengan proposisi ‘Satu Rumah Satu Internet’, Astro Fibre bukan sahaja mahu memberikan rangkaian internet pantas tetapi kandungan-kandungan hiburan yang hebat tanpa henti dengan Astro + 50Mbps WiFi  Kencang  dengan hanya RM129 sebulan.

Drama Review | Blind (2022)

Saturday, 12 November 2022


Director : Shin Yong-hwi, Jang Jeong-do
Writer : Kwon Ki-kyung 
Cast : Ok Taec-yeon, Ha Seok-jin, Jeong Eun-ji 
Production Companies: Fantagio, Studio Dragon
Distributor : Netflix
Genre : Mystery / Thriller / Crime
Running Episodes : 16 episodes ( 60 minutes per episode)
Release Date : 16 September 2022 – 5 November 2022  
Trailer :


Studio Dragon tampil dengan drama terbaru bertemakan pembunuh bersiri dengan pembunuhan yang digelar ‘The Joker’ di mana mulut mangsa akan dikelar seperti Joker. Modus operandi yang sama iaitu dengan abuse mangsa semasa diculik dan mati kerana sesak nafas. 

Ryu Sung-joon (TaecYeon) ditugaskan untuk menangkap pembunuh tersebut namun dituduh sebagai pembunuh bila Jung Man-chun (Jeon Jin-woo) dakwa dia nampak Inspektor Ryu dalam kereta bersama mangsa. Perbicaraan yang dikendalikan oleh Hakim Ryu Sung-Hoon (Ha Seok-jin) memutuskan Mang-chun adalah pembunuh sebenar. 


Kes tidak berhenti di situ kerana barisan juri awam yang menghadiri perbicaraan tersebut pula diserang bermula dengan Jo Eun-ki (Jung Eun-ji) yang berkhidmat sebagai kaunselor dan aktivis. Nasib dia baik selepas diselamatkan oleh Sung-joon tapi serangan tersebut berterusan kepada juri yang lain. 

Inspektor Ryu masuk dalam perangkap Baek Moon-Kang (Kim Pub-lae) bila dapat tahu Inspektor Ryu adalah anak angkat dan pernah dihantar ke Hope Welfare Centre. Di situ lah di mana bermulanya semua permasalahan dan tragedi dalam naskhah crime thriller arahan Shin Yong-hwi dan Jang Jeong-do. 


Pengarah menggunakan dua latar masa yang berbeza di mana penceritaan 20 tahun lepas yang berlatarkan Hope Welfare Centre bersilih ganti dengan penceritaan sekarang ketika pembunuhan The Joker berlaku. Setiap kali ada sesuatu yang berlaku baik pada watak utama mahupun watak sampingan, pengarah akan singkap sedikit demi sedikit tentang rumah kebajikan yang menjadi tempat kebobrokan wang dan penindasan kanak-kanak berlaku. 

Tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan semua kanak-kanak dan remaja yang terperangkap di situ. Tak hairanlah semua mangsa yang berjaya keluar mengalami trauma, kemurungan dan ketakutan yang melampau. 


"Even when the kids were starving to death they didnt look at them even when they himself were parents and families on their own" – Ryu Sung Hoon

Walaupun ada banyak hint yang diberikan oleh pengarah tapi mengelirukan juga sebab setiap kali dapat teka siapa pembunuh misteri tu mesti ada sesuatu yang divert attention sampai patah balik ke titik awal. Bila pengarah putuskan untuk bagitahu siapa pembunuhnya baru lah tahu jawapannya siapa. Boleh tahan hebat jugak lah penulis ni. Level misteri dia sama macam drama Big Mouth (2022). 

Rasanya pertama kali tengok lakonan Taecyeon so tak expect tinggi sangat lah. Sesuai lah fizikal dia sebagai detektif walaupun family dia selalu marah sebab belajar tak tinggi mana. Okay lah tu dia bijak selesaikan misteri daripada detektif dalam drama Chimera tu. Dekat awal lagi penulis dah tekankan yang dia cuma fit tapi tak bijak sangat jadi tak la baran sangat kalau dia tak boleh solve. 


Berbeza pula dengan watak Ryu Sung-hoon yang mencuri perhatian dari awal cerita lagi. Nampak menjadi lah Ha Seok-jin lakonkan watak anak sulung kebanggaan keluarga dan hakim yang dipandang tinggi oleh semua orang. Dekat episod pertama pun dah nampak sesuatu sangat dia tu dan boleh teka status dia dalam keluarga. Comel masa Inspector Ryu dengan Jung In-sung (Park Ji-bin) bergaduh berebut perhatian Ryu Sung-hoon. 

Nasib baik lah penulis tak buat love angle antara Inspector Ryu dengan Jo Eun-ki walaupun Eun-ki percaya sepenuhnya dengan Inspector Ryu padahal baru saja kenal. Lakonan Jung Eun-ji agak lemah walhal watak dia bawa masuk elemen drama pada sub-plot kisah dia dan Yuna (Kang Na-eon). Masa dia bagitahu juri lain yang dia rasa Jung Man-chun tak bersalah pun macam tak convincing lansung. Tak pasti lah penulis sengaja pay tribute untuk filem Juror 8 (2019) melalui watak Eun-ji ni bila dia juri no. 8 yang cuba berfikir jauh walaupun ada bukti kes. 


Selain dari penceritaan yang menarik dan mesej sosial yang disampaikan dengan kemas dan menusuk, kreatifnya team production bila wujudkan beberapa parallel dalam drama Blind antaranya babak prologue dengan epilog yang berkisarkan 5 orang kanak-kanak di Hope Welfare Centre. Kalau di prologue mereka berlima lari dari Crazy Dog, di penghujung mereka lari ke arah cahaya. Sama juga dengan watak No. 13 (Kim Geon-U) bila mulut dia penuh dengan darah di awal dan penuh darah juga di penghujung cerita. These parallels add volumes. 

Sedih bila tengok sampai hujung sebab semua mangsa dekat situ tak dapat permohonan maaf ataupun rasa bersalah langsung dengan dosa diorang. Dunia perlukan lebih ramai Jo Eun-ki sebab dah makin ramai Crazy Dog. Tak faham macam mana Crazy Dog tergamak nak seksa semua budak dekat situ padahal bila anak dia mati, dia punya meroyan tak ingat dunia. 


Drama Blind ni bukan setakat serlahkan bakat Ha Seok-jin, malah buka mata kepada bakat lakonan Park Ji-bin yang comel dan Kim Geon-U. Bila tengok No. 13 tu mencerun mata dia pandang orang, rasa seram sejuk. Bila dia buka mulut pun pandai sangat menghasut orang padahal muka innocent je. 

Nak kata Blind ni naskhah perfect serba-serbi tu tak juga lah sebab ada kekurangan juga pada beberapa babak dan sub-plot tapi tak lah sampai mencacatkan penceritaan. Dekat hujung nanti macam okay lah, boleh dimaafkan lah scene tu. Recommended untuk yang suka crime thriller tapi tak disarankan tengok lah kalau lemah semangat sebab cara dia bunuh tu kejam. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Drama Review | Rampas Cintaku (2022)



Pengarah : Ejump Mohd
Penulis Skrip : Puteri Jacaranda
Pelakon : Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin
Syarikat Produksi : MIG Productions 
Penyiaran : iQIYI
Genre : Drama
Jumlah Episod : 14 Episod (60 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 23 September 2022


Drama Kerjasama iQIYI Originals dan Grab Malaysia mengisahkan tentang Rizal (Afieq Shazwan) yang mencari jalan untuk selesaikan hutang Mak Ngah Ila (Zarynn Min) sebanyak RM30 ribu. Sementara adiknya Rina (Puteri Balqis) memerlukan duit untuk tampung pembelajaran tambahan menghadapi peperiksaan SPM. 

Bukan amaun kecil yang Rizal perlu cari sebab gaji dia tak pernah cukup pun untuk buat simpanan. Nasib baik Ashraf (Ady Mohammad), kawan baiknya yang bekerja di Kuala Lumpur datang menjenguk. Ashraf ajak Rizal bekerja di KL untuk langsaikan hutang tersebut. Kerana kerja yang dimaksudkan Ashraf tu lah, Rizal berjumpa dengan Datin Safieya (Fasha Sandha) yang patah hati kerana kecurangan Dato Jeffri (Zarul Husin). 

Kontrak sugar baby dari Datin Safieya mudah saja bila Rizal perlu temankan Datin seorang saja tanpa cinta atau tanpa hubungan intim. Semua keperluan Rizal akan ditanggung sepenuhnya oleh Datin Safieya termasuklah yuran pengajiannya di universiti. Setiap bulan Rizal akan masukkan duit kepada Mak Ngah Ila untuk perbelanjaan rumah dan adiknya. 

Hubungan Datin Safieya dengan Dato Jeffri mula rengga hingga menimbulkan kerisauan kerana Dato Jeffri bersubahat dengan Hajah Salmi (Datin Fadhilah Mansor) untuk bolot semua harta Datin Safieya. Dalam masa yang sama, Sharul (Aidil Aziz) rasa cemburu dengan Rizal kerana berjaya dapatkan Datin Safieya. 

Tertarik untuk tengok drama arahan Ejump Mohd sebab fresh pairing – Afieq Shazwan dengan Fasha Sandha yang berbeza jarak umur. Tema yang dibawakan juga menarik sebab tak pernah ada lagi drama yang berkisar dunia kehidupan sugar baby untuk datin. Selalu nampak sugar baby untuk Dato’ sahaja. I memang minat kalau Fasha berlakon jadi tak ambil masa yang lama lah untuk tekan play dekat iQIYI tu nak pula bila episod dia tak sebanyak drama Melayu yang lain. Standard web series drama. 

Kalau bukan sebab tengok masa drama tengah running, rasanya boleh habis drama ni dalam satu hari sebab jalan cerita dia best jugak walaupun ada beberapa part yang perlu dikembangkan lagi. Watak antagonis dalam drama ni semuanya dari keluarga sendiri jadi konflik dan drama dia tu lagi terasa lah. 

Chemistry antara Afieq dengan Fasha pun sweet jugak walaupun nampak perbezaan umur tu. Mungkin sebab Rizal sejenis yang dominan jadi tak nampak hubungan diorang tu lemah. Masa Rizal bertentang mata dengan Dato Jeffri tu boleh nampak dia yang conquer suasana dekat situ. Kenapa pengarah tak masuk scene Rizal tumbuk muka Dato Jeffri sebab sakitkan hati Datin entah. Geram je tengok perangai Dato tak sedar diri hidup dengan duit isteri. 

Selain barisan watak utama, suka dengan watak Ashraf sebab sejenis yang cool je. Dah lah segak orangnya, lakonan pun tampak bersahaja. Kalau dapat banyak offer boleh jadi top actor saing Zul Ariffin. Berdekah masa tengok dia kena tampar dengan Mak Ngah Ila tak memasal tu. Muka terkejut dia memang tak buat-buat. 

Drama Rampas cintaku berlatarkan Kuala Lumpur dan daerah Sabak Bernam. Tak pasti rumah Mak Ngah Ila tu dekat area mana tapi memang cantik lah rumahnya. Yang nampak merepeknya, orang kampung boleh pulak nampak Rizal keluar dating dengan Datin padahal tak pernah ada scene terserempak pun. Masa Cik Jue tanya pasal Datin mengandung tu pun pelik macam mana dia tahu sedangkan ayah budak tu pun tak tahu. Dekat hujung cerita dah mula nampak lah longgar plotnya. Belum masuk kejutan yang dibawa dekat hujung drama. 

Kelakar masa tengok scene Dato Jeffri berasmaradana dengan Ayuni (Erynn Abdullah) sebab suara dia macam terpaksa betul keluar. Kalau pelakon tak selesa, kenapa lah nak jugak sumbat scene macam tu. Kalau buat Zarul senyum tengok Ayuni atas katil pun dah boleh faham dah apa dia nak. Kalau setakat nak buat scene kantoi dengan Datin, Ayuni memang ada gambar dengan Dato pun so guna je lah bahan tu. 

Dalam drama ni tak berkenan betul dengan pakaian Puteri Balqis sebab seksi kemain. Kata duduk kampung tapi pakaian dia macam orang KL. Terkejut tengok dia pakai skirt atas peha tapi pergi sekolah pakai tudung. Entah, tak faham langsung. Patutlah ramai yang tegur cara dia pakai sebelum ni. 

Walaupun drama terbitan kerjasama Grab Malaysia tapi tak ada pun mana-mana watak yang guna e-hailing Grab. Rizal balik kampung pun naik teksi. Macam eh jugak lah sebab Grab kira dah sinonim dengan kehidupan kita nak pula berlatarkan Kuala Lumpur, lagi banyak lah penggunaan Grab dekat situ. Mungkin CEO Grab humble orangnya. 

Overall drama Rampas Cintaku menarik untuk dilayan walaupun ada kekurangannya. Tak sabar nak tengok sekuel nanti. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7 , 7. Themes +0.5 , 8. Editing +0.6 , 9. Social Message +0.4 , 10. Personal Thought +0.6 =  7/10

TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 14

Wednesday, 9 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Park Jin-joo, Arin (Oh My Girl)

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Happy Mijoo bila peminat dia hantar coffee truck dekat set The sixth Sense untuk meraikan episod terakhir musim ketiga. Geram tengok coffe truck tu sebab cantik sangat deco guna bunga ros mekar berwarna pink. Peminat The Sixth Sense dari Filipina pun hantar coffee truck untuk semua panel. Jae-seok bising bila Sang-yeob dah habiskan semua hotdog dekat truck tu. 

 Comel tetamu jemputan untuk episod akhir ni bila Jin Joo dengan Arin (Oh My Girl) datang ke set. Baru je tengok Arin dalam drama Alchemy of Soul Part 1 (2022). Sementara Arin happy dapat jumpa dengan Na Ra sebab diorang berdua berlakon dalam drama yang sama, Jae-seok syok membahan Mijoo yang beria make-up sebab dia ingat tetamu jemputan lelaki yang datang. 

Garang betul Na Ra bila Arin menari main-main untuk lagu Ah Choo! Terus teringat dalam The Sixth Sense Musim 2 bila ada pelakon junior yang takut dengan Na Ra sebab dia memang garang. Tak nampak langsung karakter garang tu dekat The Sixth Sense sebab dia sama masuk air dengan Somin dan Mijoo. 

Menggunakan topik ‘Let's get oil in the era of high oil prices, through taste’, team production bawa tiga restoran yang menggunakan minyak. Restoran pertama ialah restoran yang masak daging selama 12 jam. Daging tersebut akan diperap dengan minyak itik dan divakuum kemudian dimasak dalam masa 12 jam pada suhu 82 darjah celcius. Bau wangi dari minyak itik akan diserap ke dalam daging serta melembutkan daging. 

Sang-yeob dengan Jae-seok puji daging tu sedap sebab lembut. Na Ra kata daging tu mencair dalam mulut. No wonder lah restoran tu boleh cecah 30,000 dollars sebulan. Perfect kalau nak makan malam yang ringan lepastu minum wain merah. 

Jessi sakit hati bila Sang-yeob tanya siapa yang dia patut bawa kalau restoran ni wujud padahal Jessi ada dekat sebelah dia je. Jessi kata Sang-yeob selalu main tarik tali even dekat luar set pun. Sang-yeob defend dia cuma cakap je sebab nak respond untuk soalan Jae-seok. Tak sangka pulak Jessi terasa hati. 

‘Why do Jae-seok oppa always want to join? There are rumors going around. Everyone knows I have an older brother committee. No one even comes near me!’ – Mijoo

Restoran kedua ialah restoran Jepun yang menghidakan menu skewers tempura atau dinamakan Omakase. Na Ra kata apa jenis makanan kalau celup tepung bergoreng semuanya akan jadi sedap. Selipar celup tepung pun boleh jadi sedap. 

‘Kushiage is different to commonly known tempura. After being coated in batter, it’s also coated in breadcrumbs before being skewered. That is the process for this food.’ – Chef

Di Kushiage, ada 7 jenis menu makan tengahari dihidangkan dan 14 jenis skewers untuk menu makan malam. Makanan yang dihidangkan pun agak mahal hingga mencecah 100 dollars. Walaupun makanan ni bergoreng tapi tak akan rasa berminyak bila makan. Awal tu terkejut juga bila chef kata dia seorang sahaja yang akan sediakan makanan dekat restoran tu. Bila tengok portion menu yang dihidangkan tak hairan lah dia masak seorang sahaja.

Restoran ketiga ialah restoran yang menggunakan minyak bijan dalam masakan. Ada minyak bijan premium yang dijual berharga 100 dollars. Restoran yang dinamakan Atgan diusahakan oleh anak-beranak yang mempunyai ilmu dalam kejuruteraan. Tengok menu yang dijual rasa terliur sebab presentation cantik betul. 

Kembang tekak tengok panel makan nasi dengan minyak bijan sahaja tapi Mijoo kata sedap sampai rasa minyak bijan sesudu. Tapi Sang-yeob tak pasti sama ada rasa tu sedap sebab rasa kicap ataupun rasa minyak bijan tu sendiri. Mijoo kata kalau restoran ni dekat dengan rumah memang dia datang untuk makan sebab sesuai dijadikan menu diet. 

Untuk episod terakhir ni team production akan buat segmen khas untuk tentukan siapa yang berjaya menang hadiah lumayan yang diberikan oleh pihak penaja. Walaupun Jessi dapat banyak bola bertuah tapi tak semestinya dia akan dapat bawa balik kerusi urut bernilai 3,500 dollars? Yang pastinya The Sixth Sense Musim 4 akan bersiaran tahun depan! 

p/s : Cantik betul semua gambar candid yang photographer ambik dekat set The Sixth Sense Musim 3. Thank you for your effort and hardwork in making this variety show fun and entertaining!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10