Drama Review | Sekali Lagi Cinta Kembali (2022)

Friday 4 November 2022

Pengarah : Riza Baharudin

Penulis Skrip : Rehal Nuharis  

Pelakon : Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Zaki Azeman, Siti Hariesa, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar

Syarikat Produksi :  A. Aida Production Sdn Bhd

Penyiaran : TV3 & IQIYI

Genre : Drama / Cinta 

Jumlah Episod : 28 Episod (42 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 13 September 2022 – 20 Oktober 2022

Trailer : N/A

Selalu je nampak drama ni trending dekat Twitter tapi tak rasa nak layan pun sebab panjang sampai 28 episod tapi disebabkan video kompilasi Zafran dekat TikTok terus decide nak tengok dekat iQIYI. Tengok yang trending pun ramai kata syok macam drama Korea so layan je la kan walaupun Zafran (Zaki Azeman) tu watak abang hero. Pasrah je kalau screentime dia tak banyak. 

Drama arahan Riza Baharudin ini mengisahkan tentang Aira (Siti Khadijah) yang terpaksa bekerja sebagai penjaga Nek Som (Kismah Johar) bila dia melulu bagi saranan kepada bekas isteri Zafra, Alisa (Izzendra Ariffin). Nek Som menghidap dementia dan berperangai seperti kanak-kanak. Dah ramai penjaga yang lari sebab tak tahan dengan kerenah Nek Som. 

Awalnya susah juga untuk Aira menjaga Nek Som tapi memikirkan wang pampasan yang terpaksa dibayar akibat perbuatannya terpaksalah dia bertahan di situ. Malang juga untuk dia sebab pernah bergaduh dengan Hayyat (Aniq Suhair), adik Zafran di supermarket. Ada saja yang Aira buat nampak tak kena di mata Hayyat sampai lah mereka berdua jatuh cinta lalu mendirikan rumahtangga. 

Perkahwinan mereka tak direstui oleh ibu aira, Rozita (Kuza) sebab dia berniat untuk jodohkan Aira dengan Imran (Ellyas Abdullah). Sekurangnya tak lah hidup berjauhan dengan Aira dan ada juga yang boleh tolong jaga Imran. 

Kalau ikutkan kisah cinta Aira dengan Hayyat adalah cerita cinta klise drama maghrib TV3 tapi disebabkan ada watak Zafran yang buatkan cerita ni jadi kelakar dan bearable untuk ditonton. Sepanjang masa menyampah dengan watak Hayyat sebab lebih suka berdiam dan mengalah. Kononnya tak suka bergaduh atau lukakan hati orang lain tapi bila Hayyat buat macam tu lagi bertambah teruk masalah yang ada. 

Nasib baik lah watak Aira tak senang dipijak walaupun ada masanya dia pun kalah dengan serangan Tasha (Nina KSC) ataupun Heliza (Che’ Puan Syamim Farid). Walaupun Siti Khadijah baru pertama kali bekerja bersama dan masih baru lagi dalam dunia lakonan namun chemistry bersama Aniq nampak sepadan bersama. Mungkin jadi salah satu sebab kenapa cerita cinta ni mencecah 60 juta tontonan dan cipta fanbase tersendiri. 

28 episod agak panjang untuk ceritakan kisah cinta mereka berdua sebenarnya sebab ada part yang stretchy dan draggy sedangkan penulis boleh masukkan kisah cinta Zafran dengan Amirah (Siti Hariesa) yang lebih kelakar dan comel. Geram je tengok Zafran kacau Amirah masa sebelum kahwin. Bila dah kahwin dah tone down pulak sebab nak bagi laluan dekat Hayyat dengan konflik yang tak sudah dan berulang. 

Watak Umi tu pun macam merepek juga kadang sebab cara dia buat keputusan sama macam Hayyat. Ajak Heliza tidur rumah padahal dah tahu Aira tak berkenan dengan orang tu. Dia pun boleh nampak Heliza tu tak semenggah tapi tetap juga buat baik. Merepek juga bila dia suka marah anak dia pegang sana sini padahal sebelum dia tegur tu diorang dah lebih dari pegang pun. 

Sinematografi yang berlatarkan alam semulajadi di kawasan luar bandar antara tarikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali. Cantik sangat rumah keluarga Hayyat dekat atas bukit tu. Masa shooting mesti sejuk je dekat situ. Rumah keluarga Aira pun kaya dengan senibina orang Melayu. Lagu tema sesuai lah dengan perjalanan kisah cinta Hayyat dengan Aira tapi tak menambahkan impak sangat. Mungkin bukan taste I. 

Kalau ikutkan drama Sekali Lagi Cinta Kembali ni tak ada pun vibe drama Korea sangat cuma ada reference dari beberapa drakor famous. Masih lagi sendu sebabak meleweh pusing sana sini. Watak Heliza sakit kanser pun macam tak meyakinkan langsung dia tunggu masa je nak mati. Hati hitam serupa dah taknak masuk syurga. Masa Aira minta ruang dari Hayyat pun tulis nota guna kertas kajang padahal whatsapp ada. 

Selain Zafran, suka juga tengok Nina KSC dengan lidah pelat dia menjerit ‘Mummy!’ sebab comel. Watak dia ada character development menarik tapi sayanglah tak dapat tengok lebih banyak watak Sha yang berdikari lepas sedar hidup dia bukan berpaksikan Hayyat. I tak berkenan langsung Sha kahwin dengan watak si polan tapi tu lah dah penulis nak macam tu, kita layan je lah. 

I rasa A.Aida Productions kena tekankan mesej sosial ataupun letak banyak sikit edutainment scenes tak pun buat watak membina sikit sebab drama dia ramai yang tengok. Anyway I bersyukur team production tak proceed dengan pelakon utama asal. Orang kata ada hikmah atas semua yang terjadi cuma cara tu tak syok la. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5 , 4. Storyline +0.5 , 5. Casting +0.7 , 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4 , 10. Personal Thought +0.4  =  5.6/10

Movie Review | 20th Century Girl (2022)


Director : Bang Woo-Ri
Writer : Bang Woo-Ri
Cast : Kim You-Jung, Byeon Woo-Seok, Roh Yoon-Seo, Park Jung-Woo
Production Company : Yong Film
Distributor : Netflix
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 119 minutes
Release Date : 21 October 2022
Trailer:


Berlatarkan era 90-an di mana Bo-Ra (Kim You-Jung) berjanji untuk sentiasa update perkembangan dan maklumat tentang Hyun-jin (Park Jung-woo) kepada kawan baiknya, Yeon-doo (Roh Yoon-seo). Bo-ra berkomunikasi dengan Yeon-doo yang berada di Amerika untuk pembedahan jantungnya melalui emel. 

Setiap hari Bo-ra akan mencari jalan untuk korek maklumat tentang crush kawan baik dia dan secara tak langsung dia berkawan dengan Woon-ho (Byeon Woo-seok), kawan baik Hyun-jin. Mereka berdua sentiasa luangkan masa bersama di broadcasting club. Tanpa sedar Bo-ra mula jatuh cinta dengan Woon-ho dan buatkan Hyun-jin tersalah anggap. 


Hanya kerana permintaan Yeon-doo, hubungan Bo-ra, Woon-ho dengan Hyun-jin mula menjadi canggung kerana masing-masing ada perasaan pada orang yang sama. Makin bertambah konflik pada persahabatan mereka berempat bila Yeon-doo pulang ke Korea setelah selesai pembedahan jantung. 

Setiap kali ada movie atau drama Korea yang menarik di Netflix mesti trending di Twitter nak pula kalau movie yang mempunyai jalan cerita romantic dan comel macam 20th Century Girl arahan dan nukilan Bang Woo-Ri ni. Masa tengok ramai dok share dekat Twitter dengan IG terus bukak Netflix padahal malam cuti tu berbaki beberapa jam saja lagi sebelum masuk waktu tidur. 


Bukan setakat jalan cerita yang berlatarkan pelajar sekolah malah menambahkan impak bila diulit kenangan pada zaman 90-an. Pengarah masukkan penggunaan emel, pager, telefon awam, surat cinta, VHS tape, kedai sewa video dan banyak lagi props yang menguatkan suasana zaman tersebut. Movie cinta ini juga menggunakan filter vintage dan tona musim panas lantas buatkan penceritaan terasa dekat di hati. 

Kekuatan movie 20th Century Girl terletak pada lakonan Kim You-Jung sebagai watak utama yang menggalas amanat kawan baiknya. Anak perempuan sulung yang belajar dan bekerja pada masa yang sama. Gadis polos yang merasa pengalaman pertama kali jatuh cinta. Watak Bo-ra juga yang menghubungkan semua watak utama mahupun sampingan dalam movie ni. 


Chemistry yang kuat bersama Byeon Woo-seok menguatkan lagi perasaan cinta pertama. Menariknya kisah cinta Bo-ra dan Woon-ho bukan sebab rupa paras tapi masing-masing selesa bersama, dari kawan kemudian jatuh suka. Tersenyum sendiri masa tengok momen Bo-ra dan Woon-ho di pokok plum. 

Momen Bo-ra dengan ayah dia (Jung Suk-Yong) pun sweet juga sebab nampak bonding yang rapat dalam keluarga. Bila ayah dia tegur yang Bo-Ra pandai cari lelaki yang baik tu boleh nampak lah yang Bo-Ra dibesarkan dalam keluarga yang baik. Orang selalu kata anak perempuan akan cari life partner sama kualiti macam ayah dia ada sebab ayah adalah hero pertama anak perempuan. Walaupun Bo-Ra nakal tapi si ayah tetap percaya dan sayang dengan anak. 


Kelakar masa pengarah dedahkan muka Hyun-jin pada Bo-ra buat pertama kali di atas bas sebab tak sangka Yeon-doo sanggup tak nak jalankan pembedahan gara-gara lelaki tu. Cara dia terpesona tu over sangat. Tak faham kenapa pengarah tak cari idol atau pelakon yang lebih comel sebab watak Hyun-jin agak popular di sekolah. In a sense of comedy mungkin menjadi lah tapi kesian lah dia kena compare dengan ‘second lead’. 

Tak faham juga kenapa pengarah tega buat ending yang menghancurkan hati penonton sedangkan dia ada pilihan untuk gembirakan hati semua orang. I memang marah betul dengan template cliché melodrama pengarah Korea dan pengarah MV single track Hindustan. Apa agaknya diorang fikir bila berjaya murungkan hidup orang lain. 


Kalau ending dia bagus, mungkin ramai yang rajin ulang tapi sayangnya movie 20th Century Girl hanya layak ditonton sekali sahaja. Tak pasti kenapa watak Bo-ra bersendirian bila dah menginjak usia sedangkan penulis tonjolkan kekuatan persahabatan antara Bo-Ra dengan Yeon-doo. Sekurangnya bagi lah ending yang manis juga untuk dua sahabat akrab ni. Review I emosi sebab tidur dalam kesedihan berpanjangan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8.3/10


Pengarah : Joko Anwar 
Penulis Skrip : Joko Anwar
Pelakon :Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz, Bront Palarae, Muhammad Adhiyat, Ratu Felisha, Jourdy Pranata, Muzakki Ramdhan, Fatih Unru, Nafiza Fatia Rani, Iqbal Sulaiman, Kiki Narendra, Ayu Laksmi
Syarikat Produksi : Rapi Films, Sky Media, Brown Entertainment, Legacy Pictures, Come and See Pictures 
Pengedar : Disney+ Hotstar 
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 119 minit
Tarikh Tayangan : 4 Ogos 2022
Trailer :


Setelah berjaya lari dari rumah lama mereka, Bapak (Bront Palarae) bawa Rini (Tara Basro), Toni (Endy Arfian) dan Bondi (Nasar Anuz) tinggal di rumah pangsa kerajaan berhampiran dengan laut. Bapak percaya kalau ada apa-apa terjadi orang lain boleh bantu mereka sekeluarga, tak macam di rumah lama. 

Sementara Rini menguruskan rumah ketika Bapak keluar bekerja, Bondi dan teman-temannya bermain di luar. Di hadapan rumah pangsa tersebut ada dataran yang luas. Anehnya Bondi selalu terjumpa batu nisan tanpa nama yang ditanam di situ. 


Toni pula jatuh suka dengan Tari Daryati (Ratu Felisha) yang tinggal di tingkat 9 dan berusaha untuk ambil hati dengan membaiki barang kepunyaan Tari. Setelah membaiki radio Tari, suara aneh mula mengacau Tari. Sama juga dengan jiran lain yang mula mendapat gangguan seperti Wisnu Hendrawan yang tinggal selang tak jauh dari keluarga Bapak. 

Rini tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah pangsa tersebut tapi tak ambil pusing kerana jaminan Bapak. Dalam masa yang sama wartawan Budiman Syailendra (Egi Fedly) dipanggil oleh Inspektor Heru Kusuma (Rukman Rosadi) kerana terdapat kejadian aneh apabila semua mayat keluar dari tanah dan berkumpul di hadapan gambar Raminom (Ayu Laksmi). Kerana perkara itu, dia segera pergi ke rumah pangsa kerajaan namun dek kerana ribut, semua jalan sudah terputus sementara keluarga Bapak diganggu oleh pocong. 


Perceritaan sekuel Pengabdi Setan lebih menghiburkan dengan gangguan aneh di rumah pangsa walaupun pace agak perlahan. Tak puas hati dengan plot dalam sekuel sebab tak banyak yang Joko Anwar dedahkan sama ada dari keluarga Bapak ataupun tentang cult yang menculik Ian (Muhammad Adhiyat) dalam Pengabdi Setan (2017).

Cerita Pengabdi Setan 2 ni menggunakan susur masa bersejarah di Indonesia bila pernah terjadi kes pembunuhan misteri di mana individu bertatu ditembak sehingga mati. Jumlahnya seramai 2 ribu orang tapi dalam filem ni diolah kepada seribu orang atau mungkin seribu dibunuh oleh si polan dan seribu lagi oleh watak lain. Sama juga dengan peristiwa Konferensi Asia-Afrika. 

Lepas tengok babak Heru dengan Budiman rasa macam terpukul pula dengan saranan Heru sebab tak semua artikel konspirasi tu mengarut. 


‘Berita seperti ini tak akan diizin keluar. Perintah dari atasan untuk tutup mulut dan hilangkan semua bukti. Jangan beritakan di akhbar. Beritakan di media lain. Atau kau buat majalah baru atau akhbar baru. Buat seolah-olah ini adalah berita mengarut. Tapi aku yakin pasti ada yang akan percaya.’ – Heru Kusuma

Peran utama adalah watak Rini tapi yang meninggalkan impak adalah Endy Arfian bila dia deliver watak Toni dengan riak wajah maksimal. Berdekah tengok dia kena temankan Ustaz Mahmud (Kiki Narendra) tengok semua mayat di rumah masing-masing. Nak marah Toni kena guna mancis pun tak boleh sebab lampu suluh terhad zaman tu. 


Bondi dengan kawan-kawan dia pun kelakar bila masing-masing bercerita tentang keluarga. Kalau Bapak buat kerja banyak tapi gaji sikit, kawannya Ari (Fatih Unru) ada ayah yang kaki pukul. Rasa relate juga lah dengan perbualan mereka sebab sama-sama B40. Patutnya Joko Anwar lebihkan lagi babak mereka bertiga di rumah pangsa ataupun bergaul dengan jiran lain. 

Watak Dino (Jourdy Pranata) pun tak dikembangkan sangat sedangkan dinamik dia dengan Toni menjadi. Kelakar masa Dino minta tolong Toni ambilkan garfu dekat rumah sebelah. Tak faham kenapa Joko Anwar masukkan watak Dino dan Tari kalau tak nak kembangkan dengan banyak. Lama kot tunggu sekuel sudahnya sekejap sangat naskhah ni diceritakan. Sebagai fans Bront Palarae, rasa nak marah watak dia cuma tidur dekat dalam bilik!


Naskhah Pengabdi Setan 2 melahirkan lebih banyak soalan tentang misteri Raminom, Ibu, Bapak dan cult yang berpakaian serba hitam juga bawa payung hitam. Heru Kusuma dah bagitahu ada sesuatu yang lebih besar akan datang jadi kita tahu lah rumah pangsa tu bukanlah sesuatu yang teruk pun. Installment ketiga nanti tolonglah masukkan banyak sikit plot keluarga ni selain pocong. Rasa geram pulak pocong yang dapat screentime banyak padahal pocong ada cerita dia sendiri kot. 


Ramai yang tak suka dengan flashlight scene dengan teknik kamera yang digunakan tapi I okay je sebab teknik tu tambahkan lagi impak dan rasa ingin tahu tentang cult yang sadis ni. Masa kamera bersilih ganti antara Bapak dengan Tini tu rasa berdebar betul sebab macam tu lah kita kalau nak mencuri sesuatu tapi tuan punya ada berdekatan saja. 

Tak pasti bila Joko Anwar akan keluarkan installment ketiga, yang pastinya I nak tengok filem-filem Joko yang lain sebab ada yang kata mungkin ada jawapan di filem lain sebab beberapa watak tu sama. Kalau ada yang baru nak tengok, tolong tengok dengan teliti sebab ada details yang Joko sengaja letak antara nampak tak nampak. Have fun! 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 =  8.5/10

Movie Review | 48 Jam Untuk Indah (2022)

Thursday 3 November 2022


Pengarah : Jose Poernomo 
Penulis Skrip : Baskoro Adi Wuryanto, Amit Jethani
Pelakon : Fedi Nuril, Kirana Larasati, Raya Adena, Verdi Solaiman 
Syarikat Produksi : MVP Pictures
Pengedar : Prime Originals  
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 15 September 2022
Trailer :


48 Jam Untuk Indah arahan Jose Poernomo  mengisahkan tentang Jono (Fedi Nuril) yang bekerja di sebuah kilang besi untuk menyara hidup keluarga kecilnya sementara isterinya, Marni (Kirana Larasati) mengambil upah menjahit baju. Anaknya, Indah (Raya Adena) memiliki kepintaran luar biasa dan dia yakin dengan mendaftarkan Indah di sekolah swasta boleh buka lebih banyak peluang dan tukar status kehidupan mereka yang miskin melarat. 

Satu hari Jono dipanggil oleh pihak sekolah untuk langsaikan yuran sekolah yang tertunggak atau Indah terpaksa dikeluarkan. Walaupun Indah mempunyai biasiswa namun hanya untuk yuran persekolahan saja dan bukannya caj lain juga yuran tambahan. Sudahlah yuran sebelum ni Jono dapat dengan pinjam ah long, Pak Reynold (Teuku Rifnu) sebanyak Rp 10 juta. 


Makin bertambah beban di Pundak Jono bila Indah jatuh tak sedarkan diri semasa acara di sekolah. Kata doctor, Indah cuma ada 48 jam untuk diselamatkan melalui pembedahan kerana terdapat darah beku di dalam otaknya dan menyekat saluran darah. Kos pembedahan pula menelan belanja sebanyak Rp 150 juta. Mana dia nak cari wang sebanyak tu dalam masa yang singkat? 

Penceritaan 48 Jam untuk Indah dibikin dalam template drama yang sarat dengan nasib malang bertimpa akibat dari kebodohan Jono dalam membuat pilihan. Benarlah kata boss dia, Pak Ardi (Verdi Solaiman) kerana sekolah kerajaan percuma jadi kenapa Jono perlu masukkan Indah ke sekolah swasta. Jauh lagi perjalanan Indah untuk Jono habiskan duit bersusah-payah ikat perut bayar yuran sekolah swasta. 


Kenapa Indah kena pikul beban keluarga padahal dia kecil lagi? Walaupun dia genius, tak perlu sampai letak harapan tinggi sedangkan keperluan asas pun Jono tak mampu sediakan. Dalam filem ni tak nampak langsung apa beza sekolahkan Indah di sekolah swasta. Nak kata Indah dapat banyak duit hasil dari acara yang dia join pun tak ada. Sijil pun ada dua saja yang tergantung di dinding rumah. 

Tergelak tengok babak Reynold marah Jono sebab nak pinjam lagi Rp150 juta padahal Rp10 juta pun tak mampu bayar. Siapa tak kelakar, dah la masukkan Indah dalam sekolah swasta, bila Indah sakit, Jono hantar ke klinik swasta. Poket ah long pun boleh rabak kalau layan cara Jono berfikir. Masa dia bagitahu anak buah dia tak payah susah pergi kejar Jono tu kelakar sebab dia pun tahu Jono bukannya boleh tahan lama pun. 


Lepas gagal pinjam dengan ah long dia nak curi duit boss dia yang disimpan dalam peti besi di kilang. Dah dapat duit, tak boleh nak keluar pula sebab skuad khas dah kepung. Masa ni tunggu movie habis je sebab dah tak sanggup nak layan plot cerita makin merepek. Nak buat drama punya pasal sampai masukkan apa saja asal boleh sampai cukup 100 minit. 

Babak pembedahan Indah pun seram sebab doctor cacak gunting dekat kepala dah serupa batu nisan. Kalau budak tu tak mati sebab darah beku, high possibility untuk mati sebab cara doktor buat kerja. Lepastu doktor tepek kapas gedabak dekat tepi kononnya kesan pembedahan. Rasanya Marni yang tampal sebab rambut Indah elok je tersisir rapi untuk diikat ke belakang. Masa Aldo kena langgar pun kelakar sebab jeep tu dah langgar budak pun dia makin ke depan bukannya reverse ke belakang. Movie ni drama atau komedi? 


Boleh kata hidup Indah malang juga lah sebab berbapakan Jono bila Marni dengan doktor dah bagitahu yang Indah tak akan dapat guna kelebihan istimewa dia buat sementara waktu sebab dia perlu berehat. Jono tetap dengan cara Jono paksa anak dia jawab soalan matematik yang susah. Ya Rabbi!

Nasib baiklah 48 Jam Untuk Indah ni keluar dekat streaming platform, kalau dekat wayang memang kesian siapa yang laburkan duit untuk tengok movie ni. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3 , 5. Casting +0.5 , 6. Genre + 0.2, 7. Themes +0.6 , 8. Editing +0.2 , 9. Social Message +0.2 , 10. Personal Thought +0.3  =  4.7/10

Movie Review | Do Revenge (2022)


Director : Jennifer Kaytin Robinson
Writer : Celeste Ballard, Jennifer Kaytin Robinson
Cast : Camila Mendes, Maya Hawke, Austin Abrams, Talia Ryder, Rish Shah, Alisha Boe, Jonathan Daviss, Paris Berelc, Maia Reficco, Ava Capri, Sarah Michelle Gellar
Production Company : Likely Story
Distributor : Netflix
Genre : Teen / Black Comedy   
Running Time : 118 minutes
Release Date : 16 September 2022 
Trailer :


Berlatarkan Rosehill Country Day High School di Miami, Drea Torres (Camila Mendes) merupakan pelajar popular yang mendapat biasiswa pengajian, punyai teman lelaki kaya dan kacak, geng eksklusif dan juga recognition dari majalah Vogue. Dia antara calon pelajar yang akan lanjutkan pelajaran ke Yale namun semuanya berubah selepas video dia tersebar. Dalangnya tak lain tak bukan, kekasihnya sendiri, Max (Austin Abrams). 

Tahun akhir adalah tahun dia fokus untuk balas dendam bila dia berjumpa dengan Eleanor Levetan (Maya Hawke) di kelab tennis pada cuti musim panas. Eleanor juga ingin balas dendam pada Carissa Jones (Ava Capri) kerana buat tuduhan serangan seksual terhadapnya. 

Tak susah pun untuk buang Carissa sebab dia ada stor khas penuh dengan ganja di kebun komuniti. Plan untuk jatuhkan Max pula perlu dilaksanakan dengan penuh teliti sebab semua pelajar di Rosehill sokong Max kerana statusnya. Dalam masa yang sama Drea mula jatuh cinta dengan Russ (Rish Shah) sementara Eleanor pula bercinta dengan Gabbi Broussard (Talia Ryder). Berjaya atau tak rancangan Do Revenge oleh Drea dan Eelanor ni kena tengok sendiri lah dekat Netflix. 

Vibe filem Do Revenge yang berkonsepkan pelajar sekolah menengah ni sama macam vibe teen revenge yang pernah popular di Hollywood - 10 Things I Hate About You (1999), Mean Girls (2004) dan John Tucker Must Die (2006). Even soundtrack dia pun mengimbau kembali pada barisan movie ni. Watak Eleanor pun quote Taylor Swift bila dia kata “Look What You Made Me Do” dari album Reputation masa pengarah buka cerita tentang diri dia. 

‘My therapist, the beloved Dr. Gratch, says that hurt people hurt people, but I just don't think that applies to teenage girls. I think sometimes they're just evil.’ – Eleanor

Walaupun filem arahan Jennifer Kaytin Robinson ni bersifat selfish dan balas dendam tapi mesej yang dibawa tampak terang, jelas dan nyata bila nampak perubahan drastic pada Drea. Balas dendam bukan saja merosakkan individu malah merosakkan diri sendiri juga. Dekat second half boleh nampak hubungan Drea dan Eleanor rosak padahal takdir dah bagi peluang kedua pada Drea. 

Watak Tara (Alisha Boe) tak dapat banyak screentime dalam naskhah remaja ni tapi setiap kali dia muncul onscreen, watak dia tinggalkan impak bila dia refused to have sex dengan Max bila Max burukkan Drea. Dia in relationship dengan Max pun sebab nak tolong ayah dia bukan sebab dia hamak sangat dengan Max. Bila tahu Tara sengaja biarkan Drea guna tempat rahsia diorang, boleh nampak lah dia sayangkan Drea tapi terpaksa berkorban untuk karier politik ayah dia. 

Memandangkan filem ni berkisarkan dunia Gen Z jadi banyak lah perkara yang diorang sembang terarah pada isu woke liberal. Ada yang I faham ada yang I lost macam ucapan Max depan semua pelajar tu. Ada yang boleh gelak sekali, ada yang I tak setuju. Wardrobe memasing taknak kalah even pergi sekolah pun stylish from head to toe. Daisy tumbler yang Drea guna tu pun cantik sampai ramai yang tanya mana nak dapat tumbler tu. 

Maya Hawke sekali lagi bawa avatar lesbian dalam filem ni lepas berlakon dalam Stranger Things 3 (2022) sampai I google seksual dia. Straight tapi kenapa dia berlakon dalam avatar ni pun I tak pasti padahal dia starkid. Baru tahu dia anak Uma Thurman, no wonder lah muka dia macam familiar sebab muka saling tak tumpah macam mak dia. Lakonan Maya pun menjadi sampaikan Camila tenggelam sebagai heroin utama. 

Filem Do Revenge sesuai dijadikan filem pilihan untuk girl’s night out sebab fun dan santai tapi Hollywood tak mampu cari pelakon lelaki Gen Z yang kacak ke? Merepek je tengok satu sekolah tergilakan Max padahal tak lah handsome mana. 

1. Team Production +0.8 , 2. Visual +1, 3. Audio +1 , 4. Storyline +1 , 5. Casting +1 , 6. Genre +0.7, 7. Themes +1 , 8. Editing +0.8 , 9. Social Message +1 , 10. Personal Thought +0.7  =  9/10

Movie Review | Laal Singh Chaddha (2022)


Director : Advait Chandan
Writer : Eric Roth (original), Atul Kulkarni
Cast : Aamir Khan, Kareena Kapoor, Naga Chaitanya, Mona Singh 
Production Company : Aamir Khan Productions, Viacom18 Studios
Distributor : Paramount Pictures, Red Giant Movies (Tamil Nadu), Netflix
Genre :  Comedy / Drama
Running Time : 159 minutes
Release Date : 11 August 2022
Trailer :


“Life is like a ‘golgappa’ – your tummy might feel full, but your heart always craves more” 

Official remake Forrest Gump (1994) yang berlatarkan negara India membuka kisah tentang Laal Singh Chaddha (Aaamir Khan) yang terpaksa menggunakan pendakap kaki untuk berjalan disebabkan keadaan tulang kaki yang lemah. Kata doctor, Laal cuma mempunyai masalah di bahagian neuro bukannya kerana dia tidak boleh berjalan. 

Ibu Laal (Mona Singh) yang menjaga Laal dan menguruskan ladang mereka di Punjab kerana moyang, datuk dan juga ayahnya telah meninggal di medan perang. Meneruskan legasi turun-temurun, Laal juga akan dihantar menjadi askar. Sejak kecil Laal berkawan dengan Rupa D’Souza (Kareena Kapoor Khan) yang telah kehilangan ibu bapanya dalam tragedy dan tinggal bersama keluarga Laal. 

Bila besar masing-masing bawa haluan ke Delhi dan Rupa ingin menjadi bintang terkenal. Dalam penceritaan kisah hidup Laal, banyak juga berkaitan dengan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di India seperti rusuhan terhadap kaum Sikh selepas kematian Indira Gandhi, rusuhan di Masjid Babri dan Laal juga kononnya menjadi sumber ilham kepada pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan. 

Sama seperti cerita asal, Laal berjumpa dengan kawan baik di kem tentera cuma bezanya, Bala (Naga Chaitanya) mempunyai impian untuk menjual pakaian dalam. Laal Singh Chaddha juga mula berlari di penghujung cerita gara-gara buntu dengan hidup. 

14 tahun Aamir Khan ambil masa untuk siapkan naskhah Laal Singh Chaddha walaupun mempunyai naskhah asal. Dia tak ambil sepenuhnya dari Forrest Gump sebab nak sesuaikan dengan beberapa latar di India. Sama juga dengan religious angle yang dibawa masuk melalui watak Muhammad Paji (Manav Vij). 

To be honest, tak perlu pun Aamir bawa masuk watak Muhammad Paji sebab dia merupakan pengganas yang menyerang India. Tak semudah itu orang nak maafkan pembunuh atas alasan jihad. Sama juga dengan watak don (Harry Parmar) yang baran dan sentiasa pukul Rupa. Apa pun niat Aamir untuk Hindu dan Muslim, tak semudah yang digambarkan dalam naskhah Laal Singh Chaddha. Tak hairan juga kenapa filem ini diboikot teruk di India di saat pergolakan antara dua agama tengah berlaku. 

Sentuh bab lakonan Aamir Khan sebagai Laal yang autism, antara kelemahan ketara yang wujud sejak promo material ditayangkan kepada orang awam. Avatar Laal, sama saja seperti Secret Superstar (2019), PK (2015) dan 3 Idiots (2009), mata dibesarkan dengan riak muka seperti kartun. Walhal Tom Hanks tak lah try hard sangat menggambarkan watak autism, sama juga dengan Shah Rukh Khan dalam My Name Is Khan (2010). 

Watak Rupa juga mainkan peranan besar dalam hidup Laal dan gambaran watak yang dilakonkan oleh Kareena menjadi kekuatan utama filem komedi drama. Kalau Jenny dalam hidup Forrest lebih kepada love angle dan mencetus semangat, Rupa pula merupakan tunggak dan titik permulaan kepada sesuatu yang baru dalam hidup Laal. Mula berkawan, mula buang pendakap kaki, mulakan perniagaan dan banyak lagi. Chemistry Aamir dengan Kareena tak perlu disangkal lagi setelah mereka pernah bekerja bersama dalam 3 Idiots (2009) dan Talaash (2012). 

Sinematografi yang berlatarkan kehidupan di Punjab tampak menarik dalam naskhah Laal Singh Chaddha walaupun ada beberapa babak yang tercela kerana kelemahan VFX. Music album juga tak lah mendapat perhatian kerana lag uyang dimasukkan cuma sebagai hiasan untuk menaikkan mood dalam cerita.

Untuk mengatakan naskhah Laal Singh Chaddha layak diboikot tu agak kasar tapi penceritaannya juga tidaklah mempunyai sesuatu untuk dikagumkan. Just nice untuk tontonan santai bersama keluarga di Netflix.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6 , 7. Themes +1 , 8. Editing +0.6 , 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3  =  6/10

Lirik Lagu ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)

Wednesday 2 November 2022

Famous sangat lagu ni dekat TikTok, boleh kata scroll sikit keluar, refresh je keluar. Dekat Instagram Reel pun guna lagu Swipe juga. Bila tengok IGstory kawan baru tahu lagu Swipe ni hasil ciptaan Alyph ataupun Alif SLEEQ. 


Lepas sekian lama bergiat aktif dalam industri seni dengan bikin lagu untuk artis lain dengan signature magic potion, kali ni Alif datang dengan nama baru ALYPH dan release single sendiri dalam genre hip-hop. Bahagian chorus lagu SWIPE berulang-ulang sampai melekat dalam kepala antara daya penarik buah tangan Alyph.

Untuk lagu SWIPE yang menceritakan tentang minat pada individu tanpa pedulikan fikiran orang lain, Alyph menampilkan Dato' Seri Vida untuk lengkapkan lagu penuh yang asalnya hanya berdurasi selama 2 minit. Musik video rasmi SWIPE menggunakan set yang berkonsepkan minimalis dan gerak tari yang ringkas. 


LIRIK LAGU SWIPE
Penyanyi : Alyph
Komposer: Magic Potions
Lirik : Magic Potions
Studio: Def Jam Singapore and Def Jam Malaysia

[CHORUS]
Aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe
Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe

Tak nak jaga hati
Lebih baik aku jujur
Dah banyak situasi yang ku mengalami
Biar takde yang ku kesali
Dulu diorang beritahu kena buat macam ni
Kalau tak, confirm takle pergi
Bila aku tak dengar
Mereka kata ego tinggi
Tak pandai bawak diri
Korang boleh pergi m-

[CHORUS]
Baby, aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe
Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe

'Ngada-ngada
Bagi secubit nak segenggam'
Diam
Skarang aku nak segalanya
Amacam?
Cabaran
Buat kebaikan masa depan, kau kena letak jawatan
Amacam?
Aku nak susah kan hidup kau? Tak
Kau da terbiasa orang dengar cakap
Kau da leka, itu sebab kau stuck
Bagi otak, aku lap, aku wipe
Bagi lega, lega
Lega lega lega lega lega
Kau dibebas dera
Kau dapat nikmati warna Senja (Ooouuu)
Itu aku Like
Pada hujung hari
Aku susun sepuluh jari
Moga yang tak bersetuju akan buka hati
Psyche!
Korang boleh m-

[CHORUS]
Aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe
Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe


‘Adakah nilai cinta lebih besar daripada nilai wang?’ merupakan persoalan drama terkini Astro Ria yang memaparkan kisah seorang lelaki yang sanggup mencantumkan talian perkahwinannya semula selepas talak tiga dengan mengupah ‘Cina Buta’. Slot Mega Drama kali ini pasti akan menarik perhatian para penonton Astro dengan penceritaan perceraian dan masalah rumah tangga di kalangan masyarakat kini yang dianggap masih taboo di layar perak. 

‘Cina Buta’ mengisahkan pasangan suami isteri, Sharnaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi dan sering bergaduh sehingga mereka bercerai buat kali yang ketiga. Sharnaz yang masih sayangkan bekas isterinya itu ingin kembali bersamanya menerusi perkahwinan cina buta yang dibantah oleh Mia Sara sendiri kerana bertentangan dengan agama. Mia Sara kemudian bertemu dengan Aliff dan berkahwin dengannya untuk melupakan tentang Sharnaz tanpa menyedari bahawa kehadiran Aliff adalah sebahagian daripada helah Sharnaz untuk mendapatkannya semula. Namun dalam keinginan Aliff untuk menolong Sharnaz kembali bersama bekas isterinya, dia terjatuh cinta dengan Mia Sara. 

Penceritaan yang sarat dengan liku-liku kehidupan berumah tangga serta pengajaran tentang hukum-hukum perkahwinan ini menampilkan gandingan trio baharu iaitu Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz, Nad Zainal sebagai Mia Sara dan Aliff Aziz sebagai Aliff. 

Drama ini merupakan hasil karya daripada Shahrulezad Mohameddin selaku penerbit, penulis skrip serta pengarah. Para penonton juga turut dapat menyaksikan telatah-telatah yang mengujakan daripada watak Puteri Aishah, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Azhan Rani, Aman Aziz, Didie Alias serta Shamsul Ghau Ghau. 

‘Cina Buta’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 9 November 2022, jam 10.00 malam secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI 

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria



“Slot MegaDrama kami sentiasa mempunyai  pembaharuan yang dapat memberi para penonton sedikit kelainan. Kali ini kami mempersembahkan naratif yang berat dalam konsep dramedy menerusi ‘Cina Buta’.  

Penggunaan istilah ‘Cina Buta’ mungkin jarang diperdengarkan di kalangan masyarakat, namun ia membawa maksud yang sangat penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga. Ia bermaksud perkahwinan yang dirancang untuk mendapatkan semula bekas isteri setelah terjatuhnya talak tiga. 

‘Cina Buta’ juga turut menyelitkan banyak pengajaran dan fakta buat penonton yang kurang arif tentang istilah ini dimana pihak produksi turut mendapatkan khidmat pegawai-pegawai agama bertauliah dari pejabat agama untuk menasihati garis panduan isi kandungan, penceritaan serta apa yang betul dan salah sepanjang pengambaran dijalankan.


Drama ini boleh berkongsi serba sedikit mengenai hukum-hukum agama dalam perkahwinan serta pentingnya menjaga adab ketika berkahwin agar tidak menyesal kemudian hari. 

Bukan itu sahaja, ‘Cina Buta’ juga menyelitkan betapa beratnya perkataan cerai dalam hubungan suami isteri. Malangnya, jika disalah gunakan, ada yang akan terkesan dengan tindakan penggunaan perkataan cerai secara bersahaja. 

Kami berasa amat berbangga dengan hasil karya daripada Shahrulezad Mohameddin yang memang berbakat dalam memilih apa yang patut ditonjolkan dalam penceritaan drama ini selain menjadikan ia sebuah drama yang mampu menghiburkan para penonton sambil memberi penjelasan dan pengajaran.

Gandingan Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal pasti akan mengujakan semua yang belum pernah melihat chemistry mereka serta kehadiran watak persis cinta tiga segi oleh Aliff Aziz yang bakal menambah tegangan dalam hubungan antara kedua watak utama. Kami yakin lakonan trio berbakat ini pasti akan membuatkan para penonton tidak sabar untuk menunggu detik 10.00 malam pada setiap hari Isnin hingga Khamis.”

Shahrulezad Mohameddin - Pengarah Drama ‘Cina Buta’


“Sejujurnya tajuk ‘Cina Buta’ ini memang didengari seperti drama yang berat namun idea asal saya adalah untuk menghasilkan karya ini dalam situasi yang lebih santai dan selesa supaya para penonton dapat terima dengan baik. Barisan pelakon yang ada memang semuanya pilihan saya sendiri termasuk nama watak mereka dan saya amat berbangga kerana mereka berjaya ‘meringankan’ penceritaan drama ini mengikut apa yang saya inginkan. 

Bukan itu sahaja, mereka juga pandai menghidupkan watak masing-masing yang memang seiras dengan perwatakan mereka sendiri. Mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk membimbing mereka sepanjang penggambaran dan sentiasa bekerjasama. 

Ketika penggambaran drama ini, apa yang menjadi cabaran kepada saya adalah penghasilan skrip. Banyak skrip yang perlu diubah pada saat terakhir di set dan saya perlu tulis skrip sendiri sambil mengarah. Namun sebagai seorang pengarah, saya sudah terbiasa dengan segala perubahan yang bakal terjadi sepanjang penggambaran walaupun ia boleh membuat situasi menjadi huru-hara.

Saya berharap drama ini mampu meninggalkan kesan yang baik kepada orang ramai bukan sahaja daripada kandungannya tetapi juga daripada kelebihan dan bakat pelakon-pelakonnya yang hebat-hebat belaka.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘CINA BUTA’

Mia Sara - Nad Zainal
Sharnaz - Ungku Ismail Aziz
Aliff - Aliff Aziz
Habibah - Puteri Aishah
Norreen - Norreen Iman
Ajis - Anas Ridzuan
Umar - Aman Aziz
Puan Sri - Didie Alias 
Tan Sri - Azhan Rani
Ustaz Ahmad Tungkik - Shamsul Ghau Ghau


LOGLINE DRAMA ‘CINA BUTA’

Suami isteri yang selalu bergaduh tetapi saling menyayangi. Sukar untuk mereka berkahwin semula kerana sudah tiga kali bercerai. Apa yang membolehkan mereka berkahwin semula adalah di 'Cina Buta'.

SINOPSIS DRAMA ‘CINA BUTA’

Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun. Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga. 

Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama. 

Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali tetapi dalam masa yang sama, Aliff telah jatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah dia sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz?

Book Review | Mawaddah Ilmi Ingin Pulang (2021)

Tuesday 1 November 2022

Penulis : Auni Zainal

Penerbit : Iman Publication

Helaian : 513 mukasurat / 44 bab

Genre : Drama

Tarikh Cetakan : Mac 2021 (Cetakan Pertama)

Harga : RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM33.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Dia diam apabila marah

Dia diam apabila sedih 

Dia diam apabila kecewa

Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga. 

“Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik.”

Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia diamlukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi. 

Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang dapat diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri. 

Review: 

Novel ketiga nukilan Auni Zainal I baca tahun ni dan tak sangka langsung berjaya habiskan novel tebal yang diterbitkan oleh Iman Publication. Walaupun 513 mukasurat sahaja tapi tulisan dia kecil jadi ambil masa selama seminggu untuk habiskan. 

Novel Mawaddah Ilmi bertemakan kesihatan mental yang dialami Mawaddah bila dia menjerumuskan diri dalam kemurungan hinggakan dia perlukan bantuan Dr. Afnani untuk kembali sihat. Sakinah, adiknya sentiasa pujuk Mawaddah untuk pulang jenguk mak di kampung. Lepas apa yang berlaku di zaman persekolahannya, Mawaddah rasa sukar untuk buka hati untuk bercakap dengan mak. 

Tambah pula selepas dia bercerai dengan Najwan dan tidak mampu untuk menjaga anak perempuannya, Najah. Dia perlu dirawat jika dia ingin masuk syurga yang diidamkan tapi layak kah Mawaddah yang penuh dosa pergi ke sana? 

Mawaddah adalah seorang penulis freelance di Tapir House yang ditadbir oleh Iffat Rusyaidi, juga salah seorang penulis di syarikat penerbitan tersebut. Semakin kerap Mawaddah berjumpa Iffat, semakin banyak dia belajar untuk buka hati dengan memafkan. Senang untuk relate dengan Mawaddah kerana sudut mental health dan pemikiran Mawaddah tu sama. Dia rasa dia kena seksa diri dia dan rasa worthless walaupun di mata Iffat, Mawaddah adalah segalanya. 

Suka semua sesi Mawaddah dengan Dr. Afnani sebab I pun boleh belajar benda yang sama walaupun sesi ni tak banyak memandangkan Mawaddah takut untuk berjumpa. Sungguhpun begitu, sesi mereka padat dengan jawapan yang dicari. 

“Kita selalu terjemah apa yang ada dalam jiwa kita kepada bentuk fizikal, untuk kita faham apa yang berlaku. Sebab ia boleh dilihat dengan jelas, boleh dibetulkan, boleh nampak solusi. Kadang-kadang kita tak pasti apa perasaan kita, jadi kita pantulkan perasaan tu pada benda fizikal. Pada gambar, rumah, sofa… Cuma mungkin kita terlalu pantul semuanya pada perkara fizikal sampai kita lupa benda yang paling utama, asasnya, akarnya, ada di sini… (jantungnya) dan di sini…. (kepalanya)’ – Dr. Afnani

Penulisan Auni Zainal tidak lah terarah pada cinta Islamik, biasa saja namun berjaya bawa kita sentiasa muhasabah diri dan tingkatkan iman dengan percaya pada keesaan Allah. Kisah cinta Mawaddah dengan Iffat pun tidaklah mendalam kerana mereka cuma berkawan dan banyak simpan dalam hati tanpa meluahkan. 

Ada kejutan yang boleh ditebak dan ada juga kejutan yang berjaya buat I terkejut. Kisah Mawaddah ni tak ada banyak watak walaupun tebal sebab tu boleh baca sikit-sikit. Banyak stop bukan sebab tak best tapi sebab tak ada banyak masa untuk baca. I baca sebelum tidur so kalau terlajak baca walaupun ada benda syok menunggu di bab sebelah tetap terpaksa juga berhenti untuk tidur. 

To be honest dekat belakang memang banyak drag dengan monolog dan drama cliché dari Mawaddah dan banyak skip sebab malas nak baca benda meleweh. Ada juga momen yang I rasa Mawaddah terlampau berlembut sampaikan orang pijak kepala, mungkin sebab nak highlight persona Iffat sebagai hero di mata Mawaddah. Tapi nak salahkan Mawaddah pun tak boleh juga sebab dia dah bagitahu awal-awal yang dia memang lebih senang untuk berdiam diri dan bersembunyi.

'Dan begitulah tabiat harapan. Harapan tidak pernah mati. Harapan mampu memberikan kekuatan kepada manusia sepanjang hayat mereka. Disebabkan itu ada manusia yang tidak sanggup merealisasikan harapan kerana realiti meletakkan harapan kepada risiko. Realiti hanyalah untuk orang-orang yang berani.' - Auni Zainal

Anyway, I syak Auni Zainal adalah Melody sebab playlist Bora Café Saturday Playlist ada banyak lagu BTOB hshshs. I enjoy the playlist so much 😊

1. Author +1, 2.Plot +0.6, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 4/5

Blog Performance Oktober 2022

 

Just a quick update for today sebab minggu ni macam busy betul. Tak terkejar nak buat semua benda. Masuk bulan November ni memang rancak awan melimpahkan hujan. Siang malam hujan, kalau tak lebat pun renyai-renyai. Kejap lagi ada la tempat yang naik air. 

1. PV


Kalau bulan September, PV tak cecah 100k pun, bulan Oktober dapat dua kali ganda dari angka tu. Sebab bulan lepas dah kata nak tengok betul ke bilangan hari mainkan peranan tu kira betul lah jugak sebab bulan Oktober ada 31 hari so boleh cecah sampai beratus ribu. Lagipun bulan ni ada banyak filem baru jadi tarik ramai pembaca juga walaupun ada dua kali cuti besar. 

2. Posts


Tengok dekat bahagian Popular Post ni kebanyakannya movie dan series baru yang naik macam Talbis Iblis dengan The Midnight Club. Boleh kata jadi reference untuk yang nak layan lah sebab benda baru. List movie macam PR Disney hantar pun masuk dalam PP ek, so I bila entah nak buat senarai movie yang katanya nak buat tu. Masuk dalam azam tahun depan la kot ek? 

3. Audience


Bab audience tak banyak beza pun dengan bulan September 2022, masih Malaysia dengan Indonesia mendominasi. I ada banyak draft movie Indonesia so hopefully semangat untuk buat review tak masuk ke laut dalam bulan November ni. Tak tahu lah kenapa malaaaaaaas sangat nak update review padahal orang dok refer dekat sini. Mungkin sebab penat lepastu gedik berjalan sana-sini. 

Rasanaya bulan November ni duduk rumah je kot sebab ada varian baru muncul pula. Mask pun dah kena pakai kalau ada event besar dan mass gathering. Memandangkan dah masuk November yang terkenal dengan ribut dan musim tengkujuh, semoga semua jaga diri dan tingkatkan imun diri ye. Selamat mengundi kepada yang layak dan kepada pengundi baru :)