INTISARI RANCANGAN ASTRO PRIMA 1 – 7 OGOS 2022

Sunday 31 July 2022

 INTISARI RANCANGAN ASTRO PRIMA 1 – 7 OGOS 2022


Monday, Aug 01

00:00 Dari Kerana Mata (HD) 

02:00 56 titles by Madness Film 0013

04:00 Suamiku Encik Sotong (HD) 0015

05:00 Selafaz Cinta 0029

06:00 Isteri VS. Tunang 0008

07:00 Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili (HD) 0011

07:30 Makan 0011

08:00 Redah Kasi Pecah 0002

09:00 Anne 0051

10:00 HD GoShop CK One Summer EDT v6 (SEG) 

11:00 Cinta Hilang Kata 0010

12:00 Liga Dangdut 2020 0017

14:00 HD GoShop Aurasia Gen2 Cookware v8 (SEG) 

15:00 Sweet Dreams 0011

16:00 Siapa Takut Jatuh Cinta 0008

17:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0001

17:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0002

17:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0003

17:30 Upin & Ipin S7. 0025

17:40 Upin & Ipin S7. 0026

17:50 Upin & Ipin S7. 0027

18:00 Cinta Hilang Kata 0011

19:00 Jejak 3 Xtra 0006

19:03 Anne 0052

20:00 Kuali Terbalik 0012

20:30 Interpretasi Rabak 1 0005

21:00 Jejak 3: #KitaJejakKitaBantu 0006

21:30 Batu Belah Batu Bertangkup 


Tuesday, Aug 02

00:00 Cerita Dari Mastika 0001

00:30 Change Makers 0002

01:00 Ten Ten Ten 0022

01:30 Impiana 0013

02:00 56 titles by Madness Film 0014

04:00 Suamiku Encik Sotong (HD) 0016

05:00 Selafaz Cinta 0030

06:00 Isteri VS. Tunang 0009

07:00 Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili (HD) 0012

07:30 Makan 0012

08:00 Redah Kasi Pecah 0007

09:00 Anne 0052

10:00 HD GoShop Primada Pressure Cooker 8L 2.0 v5 (HP) (SEG) rev2 

11:00 Cinta Hilang Kata 0011

12:00 Liga Dangdut 2020 0018

14:00 HD GoShop Celovis Arya Bangle & Bella Heart Bracelet (SEG) 

15:00 Sweet Dreams 0012

16:00 Siapa Takut Jatuh Cinta 0009

17:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0004

17:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0005

17:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0006

17:30 Upin & Ipin S7. 0028

17:40 Upin & Ipin S7. 0029

17:50 Upin & Ipin S7. 0030

18:00 Cinta Hilang Kata 0012

19:00 Anne 0053

20:00 Kuali Terbalik 0013

20:30 Interpretasi Rabak 1 0006

21:00 Kerana Anggun (HD) 

23:00 Hit List 0012

23:30 Deko Bersama Eric S2 0003


Wednesday, Aug 03

00:00 Cerita Dari Mastika 0002

00:30 Change Makers 0003

01:00 Ten Ten Ten 0023

01:30 Impiana S2 0001

02:00 56 titles by Madness Film 0015

04:00 Suamiku Encik Sotong (HD) 0017

05:00 Selafaz Cinta 0031

06:00 Isteri VS. Tunang 0010

07:00 Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili (HD) 0013

07:30 Makan 0013

08:00 Redah Kasi Pecah 0008

09:00 Anne 0053

10:00 HD GoShop British Polo Anna Handbag (SEG) 

11:00 Cinta Hilang Kata 0012

12:00 Liga Dangdut 2020 0019

14:00 HD GoShop HV - MMX Air Fryer Oven + Hand Blender (SEG) 

15:00 Sweet Dreams 0013

16:00 Siapa Takut Jatuh Cinta 0010

17:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0007

17:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0008

17:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0009

17:30 Upin & Ipin S7. 0031

17:40 Upin & Ipin S7. 0032

17:50 Upin & Ipin S7. 0033

18:00 Cinta Hilang Kata 0013

19:00 Anne 0054

20:00 Kuali Anak Felda (HD) 0001

20:30 Interpretasi Rabak 1 0007

21:00 Suara Viral 2.0 0013

22:00 Gemilang 1975 

Thursday, Aug 04

00:00 Cerita Dari Mastika 0003

00:30 Change Makers 0004

01:00 Ten Ten Ten 0024

01:30 Impiana S2 0002

02:00 Mingguan Wanita S3 0055

03:00 Expose Mistik: Kisah Seram 0009

03:30 RASA Projek Gerenti Jadi 0013

04:00 Suamiku Encik Sotong (HD) 0018

05:00 Selafaz Cinta 0032

06:00 Isteri VS. Tunang 0011

07:00 Pa & Ma S1 0001

07:30 Majlis 0001

08:00 Redah Kasi Pecah 0009

09:00 Anne 0054

10:00 HD GoShop HV - Haushalt Ceramic Cookware v5 (HP) (SEG) 

11:00 Cinta Hilang Kata 0013

12:00 Liga Dangdut 2020 0020

14:00 HD GoShop Kitsui Generation 3 Colla v7 (HP) (SEG) 

15:00 Sweet Dreams 0014

16:00 Siapa Takut Jatuh Cinta 0011

17:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0010

17:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0011

17:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0012

17:30 Upin & Ipin S7. 0034

17:40 Upin & Ipin S7. 0035

17:50 Upin & Ipin S7. 0036

18:00 Cinta Hilang Kata 0014

19:00 Anne 0055

20:00 Kuali Anak Felda (HD) 0002

20:30 Interpretasi Rabak 1 0008

21:00 Ghost Bride 

23:00 ThinkerRayap 0003

23:30 Travel Lawak 0002


Friday, Aug 05

00:00 Cerita Dari Mastika 0004

00:30 Change Makers 0005

01:00 Ten Ten Ten 0025

01:30 Impiana S2 0003

02:00 Mingguan Wanita S3 0056

03:00 Expose Mistik: Kisah Seram 0010

03:30 Rasa Halal Antarabangsa 0001

04:00 Suamiku Encik Sotong (HD) 0019

05:00 Selafaz Cinta 0033

06:00 Isteri VS Tunang 0013

07:00 Pa & Ma S1 0002

07:30 Majlis 0002

08:00 Redah Kasi Pecah 0010

09:00 Pesta Muda Mudi 0005

10:00 HD GoShop Primada Cordless Vacuum Cleaner v3 (HP) (SEG) 

11:00 Cinta Hilang Kata 0014

12:00 Liga Dangdut 2020 0021

14:00 HD GoShop HV - Muzy Modern Carpet (SEG) 

15:00 Sweet Dreams 0015

16:00 Siapa Takut Jatuh Cinta 0012

17:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0013

17:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0014

17:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0015

17:30 Upin & Ipin S7. 0037

17:40 Upin & Ipin S7. 0038

17:50 Upin & Ipin S7. 0039

18:00 Cinta Hilang Kata 0015

19:00 Juara Joran 0005

20:00 Kuali Anak Felda (HD) 0003

20:30 Interpretasi Rabak 1 0009

21:00 Dengan Nama Allah 

23:00 Pesona Pengantin S3 0004

23:30 Seram Selebriti 0008

Saturday, Aug 06

00:00 Cerita Dari Mastika 0005

00:30 Change Makers 0006

01:00 Ten Ten Ten 0026

01:30 Impiana S2 0004

02:00 Mingguan Wanita S3 0057

03:00 Expose Mistik: Kisah Seram 0011

03:30 Rasa Halal Antarabangsa 0002

04:00 Suamiku Encik Sotong (HD) 0020

05:00 Selafaz Cinta 0034

06:00 Isteri VS. Tunang 0014

07:00 Pa & Ma S1 0003

07:30 Majlis 0003

08:00 Mana Bro? 0001

08:30 Sunnah Home 0011

09:00 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0025

09:10 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0026

09:20 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0027

09:30 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0028

09:40 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0029

09:50 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0030

10:00 HD GoShop La Belle Camille Fitted Sheet 2.0 v3 (HP) (SEG) rev2 

11:00 Keluarga Iskandar 2 0007

11:30 Keluarga Iskandar 2 0008

12:00 Angkara Cinta 0016

13:00 Angkara Cinta 0017

14:00 HD GoShop Marbella RX2 Pro Car Recorder (SEG) rev2 

15:00 Batu Belah Batu Bertangkup 

17:00 Upin & Ipin S7. 0025

17:10 Upin & Ipin S7. 0026

17:20 Upin & Ipin S7. 0027

17:30 Upin & Ipin S7. 0028

17:40 Upin & Ipin S7. 0029

17:50 Upin & Ipin S7. 0030

18:00 JOZAN 0003

19:00 Mechamato The Animated Series 0007

19:30 Siapa Di Rumah 0005

20:00 Kuali Anak Felda (HD) 0004

20:30 Interpretasi Rabak 1 0010

21:00 Jejak 3: #KitaJejakKitaBantu 0006

21:30 Suara Viral 2.0 0013

22:30 Konsert Kilauan Emas Otai (HD) 0006

Sunday, Aug 07

00:30 Ghost Bride 

02:00 56 titles by Madness Film 0014

04:00 Mikrofon Impian 0001

05:00 Selafaz Cinta 0035

06:00 Isteri VS. Tunang 0015

07:00 Pa & Ma S1 0004

07:30 Majlis 0004

08:00 Mana Bro? 0002

08:30 Sunnah Home 0012

09:00 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0031

09:10 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0032

09:20 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0033

09:30 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0034

09:40 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0035

09:50 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0036

10:00 HD GoShop SEEPLUS Zoom Glasses v4 (HP) (SEG) rev2 

11:00 Akak Akak Sangat (HD) 0017

11:30 Jaguh Kampung 3 0012

12:00 Angkara Cinta 0018

13:00 Angkara Cinta 0019

14:00 Ghoomketu 

17:00 Upin & Ipin S7. 0031

17:10 Upin & Ipin S7. 0032

17:20 Upin & Ipin S7. 0033

17:30 Upin & Ipin S7. 0034

17:40 Upin & Ipin S7. 0035

17:50 Upin & Ipin S7. 0036

18:00 HD GoShop Travel Box Raline Luggage Set (SEG) 

19:00 Mechamato The Animated Series 0008

19:30 Siapa Di Rumah 0006

20:00 Kuali Anak Felda (HD) 0005

20:30 Interpretasi Rabak 1 0011

21:00 Siri Bercakap Dengan Jin 0003

22:00 HD GoShop Zero Yoyo Bike v4 (SEG) 

23:00 Jejak Jepun 0005


 INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 1 – 7 OGOS 2022


Monday, Aug 01

06:00 Indahnya Iman 

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0013

07:30 Nasihat 0016

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0025

09:00 (L) HD GoShop Dilmah Tea 

10:00 Halal Lah 0009

10:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0026

11:30 Nasihat 0023

12:00 Moslem, Lifestyle & Art 0009

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S12 (HD) 0009

14:00 Akhir Dunia 0005

14:30 Trek Asatizah 0017

15:00 HD GoShop Najjah Laila Tudung 2.0 v8 (HP) rev2 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0064

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0077

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Kembara Chef Wan 2022 0004

17:30 Kisah Dari Mekah 0004

18:00 Sunnah Home 0003

18:30 Done Ibadah 0008

19:00 Iman & Aman S4 0006

19:15 Indahnya Iman 

19:35 Akhir Dunia 0006

20:05 Nasihat 0016

20:35 Indahnya Iman 

21:00 Presint Iman 0003

21:30 Menjejak Hamka 0001

22:00 Akhir Dunia 0006

22:30 Atlas Masjid Nusantara 0001

23:00 Done Ibadah 0003

23:30 Iman & Aman S4 0006

23:45 Alif Ba Ta 0005

00:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0026

01:00 Famili Ohsem (HD) 0001

01:30 Hadith Open Mic S2 0002

02:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0001

02:30 Apa Itu Agama? 0008

03:00 Dikir Zikir S7 0002

04:00 Pejuang Agama 0009

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0037

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0125

05:40 Indahnya Iman 

Tuesday, Aug 02

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0014

07:30 Gelombang Positif 0008

08:00 Moslem, Lifestyle & Art 0014

09:00 (L) HD GoShop Cuisineur Granite Wok 

10:00 Halal Lah 0010

10:30 Imaan 0013

11:30 Nasihat 0024

12:00 Moslem, Lifestyle & Art 0010

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S12 (HD) 0010

14:00 No Filter: Hal Agama 0009

14:30 Trek Asatizah 0018

15:00 HD GoShop Zahraa Alora Tunic Shirt 2.0 v3 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0065

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0078

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Kembara Chef Wan 2022 0005

17:30 Kisah Dari Mekah 0005

18:00 Azan 0003

18:30 Nasihat 0013

19:00 Indahnya Iman 

19:35 No Filter: Hal Agama 0010

20:05 Nasihat 0017

20:35 Indahnya Iman 

21:00 Akhir Dunia 0006

21:30 Aku Bukan Malaikat. 0001

22:00 No Filter: Hal Agama 0010

22:30 Atlas Masjid Nusantara 0002

23:00 Done Ibadah 0004

23:30 Al Kisah Tok Bad 0009

00:00 Moslem, Lifestyle & Art 0009

01:00 Famili Ohsem (HD) 0002

01:30 Hadith Open Mic S2 0003

02:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0002

02:30 Apa Itu Agama? 0009

03:00 Dikir Zikir S7 0005

04:00 Akhir Dunia 0005

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0037

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0126

05:40 Indahnya Iman 


Wednesday, Aug 03

06:00 Indahnya Iman 

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0015

07:30 No Filter: Hal Agama 0010

08:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0014

08:30 Atlas Masjid Nusantara 0007

09:00 (L)GoShop 

10:00 Tanya Cik Man Musim 2 0003

10:30 Apa Itu Agama? 0007

11:00 Akhir Dunia 0006

11:30 UAS Tour 2.0 0013

12:00 Aura Wanita 0009

12:30 Ala Kazim Musim 3 0012

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S12 (HD) 0011

14:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0009

14:30 Demi Pengorbanan 0010

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0066

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0079

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Kembara Chef Wan 2022 0006

17:30 Kisah Dari Mekah 0006

18:00 Atlas Masjid Nusantara 0003

18:30 Nasihat 0014

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

20:05 Nasihat 0018

20:35 Indahnya Iman 

21:00 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0002

21:30 Azan 0001

22:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

22:30 Atlas Masjid Nusantara 0003

23:00 Akhir Dunia 0005

23:30 Al Kisah Tok Bad 0010

00:00 Moslem, Lifestyle & Art 0010

01:00 Famili Ohsem (HD) 0003

01:30 Hadith Open Mic S2 0004

02:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0003

02:30 Apa Itu Agama? 0010

03:00 Dikir Zikir S7 0006

04:00 Akhir Dunia 0006

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0037

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0122

05:40 Indahnya Iman 

Thursday, Aug 04

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0016

07:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

08:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0015

08:30 Atlas Masjid Nusantara 0008

09:00 (L) GoShop

10:00 Tanya Cik Man Musim 2 0004

10:30 Apa Itu Agama? 0008

11:00 No Filter: Hal Agama 0010

11:30 UAS Tour 2.0 0014

12:00 Aura Wanita 0010

12:30 Ala Kazim Musim 3 0013

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S12 (HD) 0012

14:00 Nasihat 0010

14:30 Demi Pengorbanan 0011

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0067

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0080

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0021

18:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0009

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Alif Ba Ta 0010

19:50 Satu Juz Sehari 0010

20:05 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

20:35 Indahnya Iman 

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0027

22:00 Alif Ba Ta 0010

22:15 Satu Juz Sehari 0010

22:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

23:00 Akhir Dunia 0006

23:30 Presint Iman 0007

00:00 Aura Wanita 0004

00:30 Al Kisah Tok Bad 0006

01:00 Alif Ba Ta 0010

01:15 Satu Juz Sehari 0010

01:30 Hadith Open Mic S2 0005

02:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0004

02:30 No Filter: Hal Agama 0010

03:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

03:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0003

04:00 Jabatan Netizen 0012

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0024

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0123

05:40 Indahnya Iman 

Friday, Aug 05

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0017

07:30 Alif Ba Ta 0010

07:45 Satu Juz Sehari 0010

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0027

09:00 (L) GoShop 

10:00 Moslem, Lifestyle & Art 0009

11:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

11:30 Fiqh Wanita 0010

12:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0007

12:30 No Filter: Hal Agama 0010

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S12 (HD) 0013

14:00 No Filter: Hal Agama 0010

14:30 Demi Pengorbanan 0012

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0068

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0081

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0022

18:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0010

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Done Ibadah 0009

20:05 Alif Ba Ta 0010

20:20 Satu Juz Sehari 0010

20:35 Indahnya Iman 

21:00 Kisah Dari Mekah 0001

21:30 No Filter: Hal Agama 0010

22:00 Done Ibadah 0009

22:30 Akhir Dunia 0006

23:00 Rockstar Ke Masjid 0001

23:30 Kejar Pahala 0007

00:00 Aura Wanita 0005

00:30 Al Kisah Tok Bad 0007

01:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0027

02:00 Imam Mudaku Romantik (HD) 0004

02:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

03:00 Alif Ba Ta 0010

03:15 Satu Juz Sehari 0010

03:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0004

04:00 Atlas Masjid Nusantara 0003

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0025

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0124

05:40 Indahnya Iman 



Saturday, Aug 06

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0018

07:30 Done Ibadah 0009

08:00 Rockstar Ke Masjid 0007

08:30 Al Kisah Tok Bad 0009

09:00 GoShop 

10:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0025

11:00 Alif Ba Ta 0010

11:15 Satu Juz Sehari 0010

11:30 Fiqh Wanita 0011

12:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0008

12:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Moslem, Lifestyle & Art 0013

14:30 UAS Tour 2.0 0007

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0062

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0082

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Kisah Dari Mekah 0001

17:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0001

18:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0011

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Jabatan Netizen 0012

20:05 Sunnah Home 0004

20:35 Indahnya Iman 

21:00 Kisah Dari Mekah 0002

21:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

22:00 Jabatan Netizen 0012

22:30 No Filter: Hal Agama 0010

23:00 GoShop 

00:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0027

01:00 Sah X Sah 0011

01:30 No Filter: Hal Agama 0010

02:00 Imam Mudaku Romantik (HD) 0005

02:30 Alif Ba Ta 0010

02:45 Satu Juz Sehari 0010

03:00 Kejar Pahala 0010

03:30 Moslem, Lifestyle & Art 0010

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0026

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0125

05:40 Indahnya Iman 


Sunday, Aug 07

06:15 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0019

07:35 Kejar Pahala 0010

08:05 Rockstar Ke Masjid 0008

08:30 Al Kisah Tok Bad 0010

09:00 (L) GoShop 

10:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0004

10:30 Tanah Kubur S12 (HD) 0005

11:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0006

11:30 Tanah Kubur S12 (HD) 0007

12:00 Imaan 0013

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0027

14:30 UAS Tour 2.0 0008

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0063

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0083

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Kisah Dari Mekah 0002

17:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0002

18:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0012

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Azan 0003

20:05 Akhir Dunia 0006

20:35 Indahnya Iman 

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0027

22:00 Azan 0003

22:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

23:00 GoShop 

00:00 Atlas Masjid Nusantara 0008

00:30 Akhir Dunia 0006

01:00 Sah X Sah 0012

01:30 Atlas Masjid Nusantara 0001

02:00 Imam Mudaku Romantik (HD) 0006

02:30 Kejar Pahala 0005

03:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0010

03:30 Moslem, Lifestyle & Art 0011

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0027

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0126

05:40 Indahnya Iman 

 

Semalam keluar jalan-jalan dekat MyTown, Cheras sebab nak mencari hadiah dan makan dekat 15 May cafe ni. Sebelum ni dah banyak kali nampak tapi tak pernah sempat nak menyinggah. Semalam memang dah masuk dalam schedule gituhhhh. 

15 May cafe ni berkonsepkan ala picnic di Seoul jadi cafe dia memang jenis santai macam kita tengok dalam K-drama. Dekat bahagian atas penuh dengan fairy lights dari sepan kaunter sampai lah ke bahagian belakang cafe. Patutnya minggu lepas pergi cafe ni sebab ada cupsleeve event untuk birthday Jaehyuk Treasure tapi minggu lepas ada hal lain. 






Dekat cafe ni boleh pilih seat yang mana jadi pilihan hati. Ada seat bawah kanopi dengan batu putih di lantai ataupun seat yang menghadap bahagian luar. Awalnya kitorang duduk bahagian belah kiri kedai sebab situ je yang kosong tapi sebab brother tu ambik space banyak sangat sampai nak bawak keluar kerusi pun susah, rezeki kitorang lah dapat pindah ke bahagian dalam. Selesa sikit lah sebab kerusi dia nampak kuat nak menampung lemak kitorang. 


Ni antara menu dekat 15 May cafe, semuanya nampak sedap tapi mulut ada 1 je yang nak makan so I beli mushroom chicken chop. Tajuk entry chicken grill kan? Sebab yang sampai chicken grill haha


Untuk drinks I order iced hazelnut latte and my sister ordered strawberry honey soda. I tak berapa gemar lah air strawberry so yang ni a big no for me. Iced Hazelnut Latte dia sedap, kena dengan tekak sebab tak pekat sangat dengan kopi dan tak banyak dengan susu. 

Mushroom Chicken Grill dia memang thumbs up tapi I rasa macam makan mash potato IKEA sebab cafe IKEA dekat sebelah je. Gravy mushroom tu sedap sebab pekat dengan isi cendawan. Dia bagi banyak jugak dalam mangkuk tu so tak dapat nak habiskan sebab masin. I pun tak suka makan kuah belemoih penuh dalam pinggan tu. Rasa sayang pulak tak habiskan. 



Dah habis makan boleh lah bergambar sebab cafe tu kosong terus. Props dekat dinding tu boleh guna untuk bergambar tapi kena simpan balik lepas habis guna. Next time kalau ada cupsleeve event lagi dekat sini I confirm join sebab dah tahu dah menu dia menarik dan sedap. 

PEMENANG BERTUAH MEMBAWA PULANG HADIAH UTAMA KERETA IDAMAN PROTON X50 FLAGSHIP MELALUI KEMPEN CABUTAN BERTUAH DI ALAMANDA YANG DISERTAI OLEH LEBIH 4000 PESERTA |  Kempen “Golden Ticket” kini kembali dengan baucar membeli-belah bernilai RM144,000 untuk dimenangi  

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa  yang  tahu”.  Berikutan  pepatah  melayu  yang  sinonim  dengan  tuah pemenang  hadiah  utama  kempen  cabutan  bertuah  “The  Big  Win”  yang berlangsung di Pusat Beli-Belah Alamanda. Majlis penyerahan hadiah  utama yang  merupakan  sebuah  “Proton  X50  Flagship”  kepada  pemenang  Rabiatul Afiqah  Mohd  Rahim  itu  disaksikan  oleh  para  media  serta  para  pengunjung lain yang menyambut kemenangan beliau dengan ucapan tahniah. 

“Saya  sangat  terkejut  dan  tidak  percaya  saya  menang  cabutan  bertuah  ini semasa  menerima  panggilan  dari  pihak  Alamanda.  Agak  kerap  juga  saya menyertai pertandingan cabutan bertuah sebelum ini tetapi “tuah” saya belum kunjung tiba sehingga saat ini,” ujar surirumah berusia 30 tahun tersebut.   

Rabiatul  Afiqah  yang  menetap  di  Seremban  turut  berkata  beliau  seringkali mengunjungi  Alamanda  memandangkan  ibu  dan  abang  beliau  tinggal berdekatan.  “Lokasi  Alamanda  yang  sangat  strategik  ini  amat  memudahkan perjalanan  dan  pengalaman  membeli-belah  saya  dan  keluarga  yang  mana kami boleh mendapatkan hampir apa sahaja yang kami cari, pastinya ada di Alamanda.”   

Kempen membeli-belah “The Big Win” tamat pada 26 Jun 2022 lalu. Dengan setiap  pembelian  bernilai  RM300  dimana-mana  kedai  terpilih  berserta maksimum  dua  resit  pembelian,  para  pembeli  layak  menerima  sekeping baucar  beli-belah  bernilai  RM30  dan  satu  penamaan  untuk  menyertai pertandingan  cabutan  bertuah.  Setiap  pembeli  yang  layak  dibenarkan membuat tiga penamaan maksimum untuk satu hari.   

Hadiah  utama  Proton  X50  yang  ditawarkan  adalah  varian  “Flagship”  yang dilengkapi  dengan  kepelbagaian  ciri  dan  spesifikasi  premium  dan  menarik. Harga  atas  jalan  bagi  Proton  X50  Flagship  adalah  RM103,300  (tidak termasuk  insuran)  yang  mana  ianya  adalah  satu-satunya  varian  yang dilengkapi  dengan  bumbung  panoramik,  1.5L  TGDi  Enjin  3-Silinder  turbo suntikan terus dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0.  

Kejayaan kempen ini adalah hasil usaha kolaborasi bersama pihak Alamanda dan pengedar  sah  Proton  Malaysia,  The  Apple  Auto  Services  &  Tyres  Sdn Bhd  yang  berlokasi  di  Bandar  Baru  Bangi.  Pusat  perkhidmatan  servis  ini adalah  antara  pusat  servis  ternama  Proton  4S  yang  bukan  sahaja menawarkan  perkhidmatan  servis  kereta,  penjualan  alat  ganti  dan pengedaran  kereta  proton  sah  malah  perkhidmatan  cat  kereta  juga  turut disertakan  bagi  memudahkan  para  pelanggan  mendapatkan  kepelbagaian perkhidmatan dibawah satu bumbung.   

Kempen “The Golden Ticket” Keriangan  di  Alamanda  diteruskan  dengan  pelancaran  kempen  ganjaran harian. Kempen yang akan berlangsung pada hari ini sehingga 21 Ogos 2022 mengundang  para  pengunjung  untuk  memenangi  cabutan  bertuah  segera apabila  pembelian  minimum  yang  bernilai  RM300  melalui  dua  bukti  resit daripada  mana-mana  kedai  terpilih  di  Alamanda  layak  menyertai  cabutan bertuah segera ini.

101  kotak  mini  yang  mengandungi  baucar  beli-belah  Alamanda  akan  dibuka setiap  hari,  yang  mana  salah  satu  daripadanya  mengandungi  sekeping “Golden  Ticket”  bernilai  RM1000  dan  sekeping  baucar  “White  Ticket”  yang bernilai  RM50  bagi  100  kotak  yang  lain.  

Pihak  pengurusan  Alamanda  ingin memastikan  tiada  pembeli  yang  akan  pulang  tanpa  sebarang  habuan!  Bagi meningkatkan  tahap  keterujaan,  setiap  lebihan  hadiah  akan  digabungkan dengan 101 hadiah untuk hari berikutnya.Para pembeli dikehendaki untuk membawa bukti resit ke kaunter pertanyaan pada  hari  pembelian.  Had  penyertaan  adalah  satu  hadiah  untuk  setiap pembeli untuk setiap hari selagi stok masih ada.   

“Kepelbagaian  tawaran  menarik  yang  diadakan  oleh  pihak  Alamanda  adalah  satu  daya  usaha  untuk  kami  terus  menghargai  para  pengunjung  setia. Dengan kadar pemulihan ekonomi yang kian meningkat, pihak kami berharap agar  inisiatif  ini  akan  mendorong  momentum  positif  yang  berterusan  untuk kita  menginjak  ke  fasa  hujung  tahun  yang  lebih  kukuh,”  kata  Andrew  Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd.   

Turut  hadir  di  sidang  penyerahan  hadiah  tersebut  adalah  Pengurus  Besar Alamanda,  Pang  Sook  Fong  juga  Ketua  Pegawai  Eksekutif  The  Apple  Auto Services & Tyres Sdn Bhd, Vincent Phang. 

Untuk sebarang maklumat mengenai Kempen “Golden Ticket” sila berhubung dengan  pegawai  pertanyaan  di  kaunter  pertanyaan  dan  sila  layari www.alamanda.com.my 

Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda

Alamanda  Putrajaya  dimiliki  Putrajaya  Holdings  Sdn  Bhd  dan  diuruskan  oleh  Suria KLCC  Sdn.  Bhd.  dengan  keluasan  yang  merangkumi  kawasan  membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk  membeli-belah  setiap  tahun,  pusat  membeli-belah  ini  dilengkapi  dengan  dua bangunan  tempat  letak  kereta  yang  terdiri  daripada  3,000  tempat  meletak  kereta, kemudahan  bagi  golongan  kurang  upaya,  dua  bilik  salinan  bayi  serta  bilik sembahyang.  

Konsep  di  sebalik  Alamanda  adalah  ‘syurga  pengunjung  membeli- belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.  Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat  membeli-belah  ini  dan  menarik  baik  pengunjung  mahupun  rakan  niaga  dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.  

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, pusat boling, medan  selera  dan  pawagam.  Alamanda  juga  mempunyai  ‘travelator’  yang menghubungkan  kedai-kedai  serta  laluan  terus  ke  tempat  letak  kereta.  Selain  itu, reka  bentuk  istimewa  bangunan  dua  tingkat  ini  membolehkan  para  pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

Movie Review | Footfairy (2020)

Thursday 28 July 2022


Director : Kanishk Varma
Writer : Kanishk Varma, Ashish P. Verma (dialogue)
Cast : Gulshan Devaiah, Sagarika Ghatge, Kunaal Roy Kapur, Ashish Pathode
Production Company : Jhakaas Oddball, Motion Pictures
Distributor : &pictures, Netflix
Genre : Crime / Thriller
Running Time : 110 minutes
Release Date : 24 October 2020
Trailer:


Footfairy mengisahkan tentang pembunuh bersiri yang mempunyai feet fetish di mana mangsanya dicekup dengan plastik sehingga mati lemas kemudiannya kedua belah kaki dipotong sehingga paras buku lali. Mayat mangsa akan ditinggalkan di dalam sebuah beg beroda di kawasan stesen keretapi. Pembunuh tersebut menggelarkan dirinya Footfairy. 

Pihak CBI yang diketuai oleh Inspektor Vivaan (Gulshan Devaiah) belum pernah jumpa sebarang kesan atau bukti DNA di kawasan kejadian mahupun pada mayat mangsa. Dari situ Vivaan tahu pembunuh bukan calang-calang orang kerana dia bijak mengatur langkah. Masa first half menarik bila tengok kes pembunuhan dan modus operandi yang digunakan. Curious nak tahu apa method Vivaan sebagai CBI untuk siasat kes jenayah tersebut. 


Vivaan tak bergerak seorang bila dia ada pembantu seperti Harsh dan Rishabh dalam kes tersebut. Dari Rishabh, dia dapat tahu persamaan antara kesemua mangsa yang dibunuh di Bandra bila mereka pernah makan di restoran Low & Stock Burgers. Restoran tersebut dimiliki oleh Joshua yang baru saja datang 6 bulan sebelumnya. Kebetulan timing dia sama dengan pembunuhan pertama oleh Footfairy. 

Vivaan dapat tahu dari komen Facebook ataupun pekerja berdekatan restoran tersebut yang Joshua seorang yang miang dan mempunyai obsesi terhadap kaki wanita. Perangai pelik Joshua dan kebetulan lain menguatkan lagi instinct Vivaan yang Joshua dan Footfairy adalah orang yang sama. Tapi instinct saja tak cukup untuk keluarkan waran tangkap atau geledah premis. 


Harsh dan Devika (Sagarika Ghatge) tegur Vivaan supaya jangan tumpu hanya pada satu suspek saja sebab instinct Vivaan mungkin salah. Joshua sendiri pertahankan diri dia bila disoal siasat melulu oleh Vivaan. Takkan lah dia obses dengan kaki boleh melayakkan dia menjadi seorang pembunuh? 

Kalau dekat first half Vivaan boleh bertenang mencari klu tapi tidak pada second half bila dia makin stress dan hanya tertumpu pada Joshua. Mungkin lebih menarik kalau Joshua ada buat something yang menguatkan firasat Vivaan tapi level suspense tu terlampau rendah. Fakta lebih kuat berbanding firasat sampai timbul pertikaian kredibiliti Vivaan sebagai Inspektor CBI. 


Love angle antara Vivaan dengan Devika pun macam tak perlu bila screentime mereka lebih banyak dari screentime Footfairy sedangkan genre movie ni crime thriller. Tengok sebab tertarik dengan pembunuh dan bukannya pada Devika walaupun chemistry lead pairing agak kuat dan nampak natural onscreen. Second half tu macam stress jugak sebab watak Vivaan makin lemah lepas jumpa Devika. Elok dah orang tu buat kerja based on facts tiba-tiba bertukar ikut emosi.
 
I tak kisah sangat dengan sinematografi ataupun editing movie Footfairy arahan Kanishk Varma ni sebab diterbitkan dengan bajet yang rendah. Lagu pun tak ada sebab tu pendek je durasinya. Masa Vivaan drive pun nampak betul guna green screen tapi disebabkan Gulshan pandai berlakon jadi nampak meyakinkan lah jugak babak tu. 


Gulshan kata movie ni as paying homage kepada movie Memoir of a Murderer (2017) tapi jalan cerita tak sama pun lah. Bezanya movie Footfairy ni lebih terarah pada perspektif Vivaan bukan pembunuh tersebut. Apa yang mangsa alami tu cuma dari imaginasi Vivaan yang menyiasat kes tersebut. Apa yang sebenarnya berlaku mungkin berbeza. 

Tak ramai yang boleh terima ending movie Footfairy dan jalan cerita tapi personally for me movie ni okay lah nak layan dekat Netflix. Siapa pembunuhnya pun director bagitahu dekat credit scene cuma I tak boleh hadam macam mana Footfairy tu kerat kaki mangsa. It requires a lot of work and consume a lot of time tapi dalam movie ni macam santai sangat. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 4.7/10

Drama Review | Histeria The Series (2022)


Pengarah : James Lee
Penulis Skrip : James Lee, Baizura Kahar, Sharmaine Othman
Pelakon : Mia Sara Shauki, Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Infinitus Gold
Penyiaran : Astro Citra
Genre : Seram / Drama / Thriller
Jumlah Episod : 8 Episod ( 40–45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 6 Jun 2022 – 25 Julai 2022
Trailer :


Setelah 10 tahun tragedi hitam berlaku di Sekolah Seri Fatimah, muncul kembali kisah seram bila roh Farah (Aznie Azmi) datang mengganggu para pelajar di sekolah berasrama tersebut. Diana (Sharifah Aryana), Puteri (Amelia Christie), Zee (Serra Kamal) dan pelajar baru, Alia (Mia Sara Shauki) cuba menyiasat kematian Farah dan menyeru roh Farah untuk muncul dan berkomunikasi dengan mereka.
 
Perkara tersebut menyebabkan Murni (Liyana Jasmay) yang terperangkap di hospital sakit jiwa di bawah jagaan Dr. Aishah (Ziha Salleh) mula meracau kerana ada roh yang mengganggu. Pelajar di Sekolah Seri Fatimah juga dirasuk sehingga pengetua sekolah, Puan Nora (Ziana Zain) arahkan supaya Pak Azman (Rosdeen Suboh) kuatkan pendinding sekolah. 


Hasil penyiasatan mereka berempat, kes pembunuhan ngeri Farah berpunca dari Cikgu Rayyan (Mathni Razak) yang miang. Ada rahsia yang Farah tahu dan bawa hingga ke mati. Sebab tu mereka buat keputusan untuk perangkap cikgu sains tersebut dan dalam masa yang sama Murni cuba untuk elak kejadian 2008 berlaku sekali lagi. 

Filem Histeria tahun 2008 merupakan salah sebuah filem tempatan yang berjaya mengangkat genre seram dan thriller namun berbeza pula dengan drama Histeria walaupun menggunakan khidmat pengarah yang sama. Penceritaan Histeria the series tampak lemah kerana tak dikembangkan dengan baik sedangkan diadun dalam durasi yang lebih panjang dari cerita asal. 


Watak Murni tak dikembangkan sangat pun selain dari menjerit dan meracau. Entah apa perlunya masukkan watak Alisa bila fizikal tak sama. Cukup Murni sebut nama kawan baik dia sudah lah kalau tak dapat jemput Scha Alyahya buat cameo. Kalau dulu ada watak ustazah dengan Cikgu Helmi, tapi barisan penulis tambahkan lagi watak Puan Nora, Prof Zainal (Tony Eusoff) dan Khairul (Fimie Don) untuk hadirkan elemen misteri. Sayangnya watak mereka tak dikembangkan dengan baik untuk hadirkan rasa saspen setiap kali tindakan mereka bertiga mencurigakan. 


Watak Dr. Aishah dengan Inspektor Ismail (Namron) tak perlu ada pun dalam drama ni sebab keduanya tak menambahkan apa-apa untuk penceritaan. Makin bertambah banyak kelemahan ada lah sebab kedua-duanya tak deliver watak dengan baik. Kenapa kakak Zeta perlu muncul tapi tak beria siasat Murni? 

Bab sinematografi tampak lebih cantik lah dengan kualiti video yang lebih canggih dan bagus dari zaman 2008 tapi ada masanya keterlaluan. Bagus lagi dalam movie 2008 sebab nampak real. Jembalang masih sama dengan yang lama tapi tak masuk akal level lapar dia sebab muncul kerana diseru tapi hilang selama 2 tahun sampai lah diseru balik oleh 4 sekawan. Murni kata jembalang tak boleh dikawal tapi dia tahu macam mana nak kawal dekat ending? Tup tup Khairul pula dikawal? Ending dah la lambak semua dekat Episod 8 tapi merepek. Ayah Vanidah tak bising pulak tu anak dia tak balik masa cuti semester. 


Props yang digunakan dalam drama Histeria ni pun merepek macam Khairul guna bunga kedai Eco masa menyembang dengan Alia. Masa Zee bagitahu dapatan kajian guna Google Maps untuk tunjuk lokasi pembunuhan Farah di kawasan ladang kelapa sawit tu pun merepek. Baik art team lukis je dekat kertas mahjong. 

Drama Histeria terbitan Astro Shaw dan Infinitus Unggul ni tak seram pun macam dalam trailer tapi lebih kepada misteri. Pengarah cakap ada banyak babak sebagai tribute kepada movie asal tapi rasanya tak perlu pun buat skrip seakan sama sebab penonton lebih kepada nak tahu tentang Murni, 4 sekawan dan jembalang. Penulis masukkan juga beberapa pengajaran tapi lemah sangat sebagai sebuah naskhah. Baik entertainment mahupun mesej sosial. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.3/10