INTISARI RANCANGAN ASTRO PRIMA 20 – 26 JUN 2022

Friday, 17 June 2022


 INTISARI RANCANGAN ASTRO PRIMA 20 – 26 JUN 2022


Monday, Jun 20

00:00 Cinta Gerai 

02:00 Rumah Horey Horey 

04:00 Hero Remaja 2020 0007

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0006

06:00 Lelaki Kiriman Tuhan 0018

07:00 Carta 10 (HD) 0004

07:30 Jejak Jepun Jihan S2 0011

08:00 Siti Ooo Som 0006

09:00 Anne 0027

10:00 HD GoShop Royal Field Women Cardigan (SEG) 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0065

12:00 My Doctors 0037

13:00 RAI 0011

13:30 Tak Kot 0011

14:00 HD GoShop Aurasia Calla Cookware v2 (SEG) 

15:00 Curi Curi Cinta 0013

16:00 Debat Lebat 0003

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0001

17:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0025

17:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0026

17:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0027

17:30 Upin & Ipin Season 14 0001

17:40 Upin & Ipin Season 14 0002

17:50 Upin & Ipin Season 14 0003

18:00 Dendam Seorang Isteri 0066

19:00 Anne 0028

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf S2 0009

20:30 Mind Your Loghat 0001

21:00 Siti Zubaidah 

23:30 Rahsia Tersembunyi 0002


Tuesday, Jun 21

00:00 Kembara Chef Wan Musim 3 (HD) 0009

00:30 Diari Fakir 0002

01:00 Komediri S2 (HD) 0005

01:30 Dream Catchers 0019

02:00 56 titles by Madness Film 0001

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0001

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0007

06:00 Projek Memikat Suami 0001

07:00 Carta 10 (HD) 0005

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0001

08:00 Siti Ooo Som 0007

09:00 Anne 0028

10:00 HD GoShop TP - Sothys Noctuelle Renovative Micro-Ampoules Serum (SEG) 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0066

12:00 Hello (HD) 

14:00 HD GoShop British Polo Eliza Handbag v2 (SEG) rev2 

15:00 Curi Curi Cinta 0014

16:00 Debat Lebat 0004

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0002

17:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0028

17:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0029

17:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0030

17:30 Upin & Ipin Season 14 0008

17:40 Upin & Ipin Season 14 0009

17:50 Upin & Ipin Season 14 0010

18:00 Dendam Seorang Isteri 0067

19:00 Anne 0029

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf S2 0010

20:30 Mind Your Loghat 0002

21:00 Bayangan Emilia 

23:00 Hit List 0006

23:30 Harta Dalam Stor S2 0010



Wednesday, Jun 22

00:00 Kembara Chef Wan Musim 3 (HD) 0010

00:30 Diari Fakir 0003

01:00 Komediri S2 (HD) 0006

01:30 Dream Catchers 0020

02:00 56 titles by Madness Film 0003

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0003

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0008

06:00 Projek Memikat Suami 0003

07:00 Carta 10 (HD) 0006

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0002

08:00 Siti Ooo Som 0008

09:00 Anne 0029

10:00 HD GoShop FG Walet Bird's Nest v12 (HP) (SEG) 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0067

12:00 Dua 

14:00 HD GoShop Zero Yoyo Bike v4 (SEG) 

15:00 Curi Curi Cinta 0015

16:00 Debat Lebat 0005

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0003

17:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0031

17:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0032

17:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0033

17:30 Upin & Ipin Season 14 0011

17:40 Upin & Ipin Season 14 0012

17:50 Upin & Ipin Season 14 0013

18:00 Dendam Seorang Isteri 0068

19:00 Anne 0030

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf S2 0011

20:30 Mind Your Loghat 0003

21:00 Ini Malam Kita Punya (HD) 0006

22:00 Jangan Tinggal Daku (HD) 


Thursday, Jun 23

00:00 Kembara Chef Wan Musim 3 (HD) 0011

00:30 Diari Fakir 0004

01:00 Komediri S2 (HD) 0007

01:30 Dream Catchers 0021

02:00 Mingguan Wanita S3 0037

03:00 Raja Pantun 0003

03:30 RASA Ketuhar Kuali 0008

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0004

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0009

06:00 Projek Memikat Suami 0004

07:00 Carta 10 (HD) 0007

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0003

08:00 Siti Ooo Som 0009

09:00 Anne 0030

10:00 HD GoShop La Vinnce S/steel Cookware v2 (HP) (SEG) 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0068

12:00 Terima Kasih Ibu 0011

13:00 Lesung Pipit (HD) 0003

13:30 Sketso S2 0001

14:00 HD GoShop HV - Bees Talk Propolis (SEG) 

15:00 Curi Curi Cinta 0016

16:00 Debat Lebat 0006

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0004

17:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0034

17:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0035

17:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0036

17:30 Upin & Ipin Season 14 0014

17:40 Upin & Ipin Season 14 0015

17:50 Upin & Ipin Season 14 0016

18:00 Dendam Seorang Isteri 0069

19:00 Anne 0031

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf S2 0012

20:30 Mind Your Loghat 0004

21:00 Hantu Kubur 

23:00 Currhat 0006


Friday, Jun 24

00:00 Kembara Chef Wan Musim 3 (HD) 0012

00:30 Diari Fakir 0005

01:00 Komediri S2 (HD) 0008

01:30 Dream Catchers 0022

02:00 Mingguan Wanita S3 0038

03:00 Raja Pantun 0004

03:30 RASA Ketuhar Kuali 0009

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0005

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0010

06:00 Projek Memikat Suami 0006

07:00 Carta 10 (HD) 0008

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0004

08:00 Siti Ooo Som 0010

09:00 Perang Jantina 0007

10:00 HD GoShop Ai by Akemi Colour Gem Quilt Cover 2.0 v2 (SEG) 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0069

12:00 Dia Di Mana? 0001

12:30 Majlis 0001

13:00 Lesung Pipit (HD) 0004

13:30 Sketso S2 0002

14:00 HD GoShop Primada Pressure Cooker 4L Sweetheart Pink v2 (HP) (SEG) 

15:00 Curi Curi Cinta 0017

16:00 Debat Lebat 0007

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0005

17:00 Pada Zaman Dahulu S5 0001

17:10 Pada Zaman Dahulu S5 0002

17:20 Pada Zaman Dahulu S5 0003

17:30 Upin & Ipin Season 14 0017

17:40 Upin & Ipin Season 14 0018

17:50 Upin & Ipin Season 14 0019

18:00 Dendam Seorang Isteri 0070

19:00 Temasya Sukan Kelaut 0007

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf S2 0013

20:30 Mind Your Loghat 0005

21:00 Oh Speak English Please 

23:00 Mat Dan Kaki Jalan 0012

23:30 Seram Selebriti 0006


Saturday, Jun 25

00:00 Kembara Chef Wan Musim 3 (HD) 0013

00:30 Diari Fakir 0006

01:00 Komediri S2 (HD) 0009

01:30 Dream Catchers 0023

02:00 Mingguan Wanita S3 0039

03:00 Raja Pantun 0005

03:30 RASA Ketuhar Kuali 0010

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0006

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0011

06:00 Projek Memikat Suami 0007

07:00 Carta 10 (HD) 0009

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0005

08:00 Kau Rasa? 0002

08:30 Sunnah Home 0001

09:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0025

09:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0026

09:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0027

09:30 Pada Zaman Dahulu S4. 0028

09:40 Pada Zaman Dahulu S4. 0029

09:50 Pada Zaman Dahulu S4. 0030

10:00 HD GoShop Karcher K2 Winner High Pressure Cleaner (SEG) 

11:00 Keluarga Karaoke 0055

11:30 Keluarga Karaoke 0056

12:00 Dua Takdir Cinta 0061

13:00 Dua Takdir Cinta 0062

14:00 HD GoShop Ogawa iFit Treadmill v2 (HP) (SEG) 

15:00 Siti Zubaidah 

17:00 Upin & Ipin Season 14 0001

17:10 Upin & Ipin Season 14 0002

17:20 Upin & Ipin Season 14 0003

17:30 Upin & Ipin Season 14 0008

17:40 Upin & Ipin Season 14 0009

17:50 Upin & Ipin Season 14 0010

18:00 Sebuah Pangkin Kayu 

20:00 Extreme Roadtrip 0001

20:30 Mind Your Loghat 0006

21:00 Mana Bro? 0001

21:30 Hello Banjaran! 

22:00 Suka Lattew 0001


Sunday, Jun 26

00:00 Hantu Kubur 

02:00 56 titles by Madness Film 0001

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0007

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0012

06:00 Projek Memikat Suami 0008

07:00 Carta 10 (HD) 0010

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0006

08:00 Kau Rasa? 0003

08:30 Sunnah Home 0002

09:00 Pada Zaman Dahulu S4. 0031

09:10 Pada Zaman Dahulu S4. 0032

09:20 Pada Zaman Dahulu S4. 0033

09:30 Pada Zaman Dahulu S4. 0034

09:40 Pada Zaman Dahulu S4. 0035

09:50 Pada Zaman Dahulu S4. 0036

10:00 HD GoShop Travel - Urbanlite Nova PRO Luggage 2.0 v2 (SEG) 

11:00 Akak Akak Sangat (HD) 0012

11:30 Jaguh Kampung 3 0007

12:00 Dua Takdir Cinta 0063

13:00 Dua Takdir Cinta 0064

14:00 HD GoShop DeRoyal Portable Electric Lunch Box v4 (HP) (SEG) 

15:00 Nur Hikmah 

17:00 Upin & Ipin Season 14 0011

17:10 Upin & Ipin Season 14 0012

17:20 Upin & Ipin Season 14 0013

17:30 Upin & Ipin Season 14 0014

17:40 Upin & Ipin Season 14 0015

17:50 Upin & Ipin Season 14 0016

18:00 HD GoShop Larah Opalglass Dinner Set Plano Series (SEG) rev2 

19:00 Tanya Doktor Imelda 0006

20:00 Extreme Roadtrip 0002

20:30 Mind Your Loghat 0007

21:00 Hey Orang Kita 

23:00 Jejak Jepun 0001


 INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 20 – 26 JUN 2022


Monday, Jun 20

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0030

06:45 Indahnya Tarannum 0004

07:00 Mengaji Musim 2 0034

07:30 Nasihat 0010

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0019

10:00 Ala Kazim Musim 3 0012

10:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0020

11:30 Nasihat 0013

12:00 Salamun Alaik 0012

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S11 (HD) 0009

14:00 UAS Tour 2.0 0018

14:30 Trek Asatizah 0013

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0099

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0004

18:00 Atlas Masjid Nusantara 0004

18:30 Done Ibadah 0001

19:00 Indahnya Iman 

19:30 UAS Tour 2.0 0019

20:00 Nasihat 0012

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Siti Aware 0007

21:30 Imam Mudaku Romantik (HD) 0004

22:00 Kejar Pahala 0013

22:30 UAS Tour 2.0 0015

23:00 Rockstar Ke Masjid 0001

23:30 Nasihat 0022

00:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0020

01:00 Kejar Pahala 0013

01:30 Hadith Open Mic (HD) 0001

02:00 Tanah Kubur S10 (HD) 0005

02:30 Nasihat 0019

03:00 UAS Tour 2.0 0012

03:30 Perempuan Paling Bahagia 0007

04:00 Pejuang Agama 0004

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0018

05:30 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0036

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0106

05:40 Indahnya Iman 


Tuesday, Jun 21

06:25 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0001

07:30 Gelombang Positif 0002

08:00 Moslem, Lifestyle & Art 0008

10:00 Ala Kazim Musim 3 0013

10:30 Imaan 0007

11:30 Nasihat 0014

12:00 Salamun Alaik 0013

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S11 (HD) 0010

14:00 No Filter: Hal Agama 0003

14:30 Trek Asatizah 0014

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0100

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0005

18:00 Atlas Masjid Nusantara 0005

18:30 Nasihat 0003

19:00 Indahnya Iman 

19:30 No Filter: Hal Agama 0004

20:00 Nasihat 0013

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Kejar Pahala 0013

21:30 Imam Mudaku Romantik (HD) 0005

22:00 No Filter: Hal Agama 0004

22:30 UAS Tour 2.0 0016

23:00 Rockstar Ke Masjid 0002

23:30 Nasihat 0023

00:00 Salamun Alaik 0012

01:00 No Filter: Hal Agama 0004

01:30 Hadith Open Mic (HD) 0002

02:00 Tanah Kubur S10 (HD) 0006

02:30 Nasihat 0020

03:00 UAS Tour 2.0 0013

03:30 Perempuan Paling Bahagia 0008

04:00 Siti Aware 0006

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0019

05:30 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0037

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0107

05:40 Indahnya Iman 

Wednesday, Jun 22

06:25 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0002

07:30 No Filter: Hal Agama 0004

08:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0003

08:30 Kejar Pahala 0008

10:00 Tanya Cik Man 0001

10:30 Ala Kazim Musim 3 0009

11:00 UAS Tour 2.0 0019

11:30 UAS Tour 2.0 0001

12:00 Minda Positif 0005

12:30 Ala Kazim Musim 3 0001

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S11 (HD) 0011

14:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0003

14:30 Menjejak Hamka 0007

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0101

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0006

18:00 Atlas Masjid Nusantara 0006

18:30 Nasihat 0004

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

20:00 No Filter: Hal Agama 0004

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Azan 0003

21:30 Imam Mudaku Romantik (HD) 0006

22:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

22:30 UAS Tour 2.0 0017

23:00 Rockstar Ke Masjid 0003

23:30 Nasihat 0024

00:00 Salamun Alaik 0013

01:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

01:30 Hadith Open Mic (HD) 0003

02:00 Tanah Kubur S10 (HD) 0007

02:30 Nasihat 0021

03:00 UAS Tour 2.0 0014

03:30 Perempuan Paling Bahagia 0009

04:00 Kejar Pahala 0013

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0020

05:30 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0038

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0108

05:40 Indahnya Iman 


Thursday, Jun 23

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0003

07:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

08:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0004

08:30 Kejar Pahala 0009

10:00 Tanya Cik Man 0002

10:30 Ala Kazim Musim 3 0010

11:00 No Filter: Hal Agama 0003

11:30 UAS Tour 2.0 0002

12:00 Minda Positif 0006

12:30 Ala Kazim Musim 3 0002

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S11 (HD) 0012

14:00 Done Ibadah 0001

14:30 Menjejak Hamka 0008

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0102

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0013

18:00 Salamun Alaik 0007

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Alif Ba Ta 0004

19:45 Satu Juz Sehari 0004

20:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0021

22:00 Alif Ba Ta 0004

22:15 Satu Juz Sehari 0004

22:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

23:00 Kejar Pahala 0013

23:30 Presint Iman 0001

00:00 Berbicara Tentang Bidadari 0009

00:30 Mak Muda 0012

01:00 Alif Ba Ta 0004

01:15 Satu Juz Sehari 0004

01:30 Hadith Open Mic (HD) 0004

02:00 Tanah Kubur S10 (HD) 0008

02:30 No Filter: Hal Agama 0004

03:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

03:30 Al Quran Dan Sains 2016 0005

04:00 Jabatan Netizen 0006

04:30 Fiqh Wanita 0001

05:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0018

05:30 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0039

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0109

05:40 Indahnya Iman 

Friday, Jun 24

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0004

07:30 Alif Ba Ta 0004

07:45 Satu Juz Sehari 0004

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0021

10:00 Moslem, Lifestyle & Art 0003

11:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

11:30 Fiqh Wanita 0001

12:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0001

12:30 Azan 0002

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S11 (HD) 0013

14:00 No Filter: Hal Agama 0004

14:30 Menjejak Hamka 0009

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0103

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0014

18:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0001

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Done Ibadah 0003

20:00 Alif Ba Ta 0004

20:15 Satu Juz Sehari 0004

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0020

21:30 No Filter: Hal Agama 0004

22:00 Done Ibadah 0003

22:30 UAS Tour 2.0 0019

23:00 No Filter: Hal Agama 0004

23:30 Kejar Pahala 0001

00:00 Berbicara Tentang Bidadari 0010

00:30 Mak Muda 0013

01:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0021

02:00 Perempuan Paling Bahagia 0016

02:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

03:00 Alif Ba Ta 0004

03:15 Satu Juz Sehari 0004

03:30 Al Quran Dan Sains 2016 0006

04:00 Jejak Adam: Sri Lanka 0007

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0019

05:30 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0040

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0110

05:40 Indahnya Iman 

Saturday, Jun 25

06:25 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0005

07:30 Done Ibadah 0003

08:00 Minda Positif 0003

08:30 Mengaji: Back To Basics 0039

10:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0021

11:00 Alif Ba Ta 0004

11:15 Satu Juz Sehari 0004

11:30 Fiqh Wanita 0002

12:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0002

12:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Moslem, Lifestyle & Art 0008

14:30 Jabatan Netizen 0012

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0104

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Salamun Alaik 0012

18:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0002

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Jabatan Netizen 0007

20:00 Siti Aware 0007

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0021

21:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

22:00 Jabatan Netizen 0007

22:30 Kejar Pahala 0007

00:00 Salamun Alaik 0013

01:00 Sah X Sah 0003

01:30 Alif Ba Ta 0004

01:45 Satu Juz Sehari 0004

02:00 Perempuan Paling Bahagia 0017

02:30 Alif Ba Ta 0004

02:45 Satu Juz Sehari 0004

03:00 Kejar Pahala 0006

03:30 Salamun Alaik 0012

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0020

05:30 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0041

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0111

05:40 Indahnya Iman 


Sunday, Jun 26

06:20 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0006

07:30 Kejar Pahala 0004

08:00 Minda Positif 0004

08:30 Mengaji: Back To Basics 0040

10:00 Tanah Kubur S11 (HD) 0006

10:30 Tanah Kubur S11 (HD) 0007

11:00 Tanah Kubur S11 (HD) 0008

11:30 Tanah Kubur S11 (HD) 0009

12:00 Imaan 0008

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0021

14:30 Jabatan Netizen 0013

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0105

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Salamun Alaik 0013

18:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0003

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Jejak Adam: Sri Lanka 0008

20:00 Kejar Pahala 0013

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0021

22:00 Jejak Adam : India 0008

22:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

00:00 Atlas Masjid Nusantara 0004

00:30 Kejar Pahala 0013

01:00 Sah X Sah 0004

01:30 Siti Aware 0007

02:00 Perempuan Paling Bahagia 0018

02:30 Kejar Pahala 0004

03:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0004

03:30 Salamun Alaik 0013

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0021

05:30 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0042

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0112

05:40 Indahnya Iman 

Excited Tengok Trailer Filem BRAHMĀSTRA, Tahniah Ayan Mukherji!

Thursday, 16 June 2022


Semalam Sony Music India release trailer movie Brahmastra yang akan ditayangkan pada 9 September 2022 nanti. Ramai yang puji kehebatan movie fantasy action hasil karya Ayan Mukherji yang pernah hasilkan movie Wake Up Sid (2009) dan Yeh Jawani Hai Deewani (2013). Kedua-dua movie tersebut mempunyai Ranbir Kapoor sebagai pelakon utama. Sama juga dengan Brahmastra, Ayan sekali lagi bekerja dengan Ranbir selepas mengambil masa selama 9 tahun pembikinan.

Sepatutnya Ranbir dah start prep role sejak tahun 2014 lagi sebaik saja selesai berlakon dalam movie Yeh Jawani Hai Deewani tapi Ranbir dapat offer untuk berlakon dalam Sanju (2018). Brahmastra juga perlu olahan dari segi vfx dan faktor lain. Masa tengok motion poster dengan teaser pun dah kagum dengan visual yang ditayangkan. 


Selain Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt sebagai watak utama iaitu Shiva dan Isha, pelakon terkenal Amitabh Bachchan, Nagarjuna dan Mouni Roy juga memegang watak penting. Tapi bila tengok trailer macam ada hint ramai pelakon lain. Tak percaya? Cuba tengok trailer Brahmastra dekat bawah ni. 


Mungkin kalau tengok sekali je tak perasan ada pelakon lain sebab banyak watak sengaja disorok untuk kekalkan misteri pada jalan cerita. Selain pelakon, kecoh juga semalam cuba untuk teka jalan cerita Brahmastra. Of course it is so obvious kumpulan pelindung yang diketuai oleh Amitabh Bachchan akan berjumpa dengan Shiva yang mempunyai kuasa api supaya dapat kalahkan raksasa atau kejahatan yang dikumpulkan oleh Mouni Roy. Tapi kenapa dan bagaimana tu yang belum tahu. 

1. Jal Devi (Dewi Air)


Dekat awal trailer pengarah sorok siapa yang pegang watak Jal Devi sebab tu ramai yang tertanya-tanya siapa pelakon tersebut. Ada yang kata Deepika sebab ada khabar angin bahawa Deepika ada cameo dalam Brahmastra. Tapi watak tu macam Isha (Alia Bhatt) sebab watak air antara elemen kuasa yang kuat juga selepas api. 

Mungkin sari merah yang dipakai tak lah sama dengan watak Isha di kuil tapi dalam teaser yang Sony Music release masa birthday Alia ada setitik air jatuh dekat muka dia. Dalam trailer pun Shiva ada tanya Isha 'What are you?' lepastu Shiva peluk Isha masa dia keluarkan kuasa api. Hanya air yang boleh bertahan dengan panasnya api. It's a great chemistry between these elements/astra. 


Dalam trailer juga watak Isha pakai jam tangan berwarna hitam dan jam tu lebih kurang sama dengan gelang emas yang Nagarjuna pakai. Boleh jadi Isha yang tarik Shiva untuk pergi jumpa kumpulan pelindung. 

2. Sanjay Dutt

Dekat minit 1:36 ada watak villain sama macam Sanjay Dutt. For sure team Mouni Roy

3. SRK 

Antara watak yang menjadi persoalan juga semalam sebab pengarah dedahkan watak ni melalui effect CGI tapi senang sangat nak cam tu Shah Rukh Khan sebab hidung dia. Ada satu je hidung macam tu dalam dunia ni. Cara dia depa tangan tu pun sama. Karan Johar pun pernah bagitahu dalam interview dengan Film Companion yang SRK ada massive cameo dalam movie Brahmastra. 



Tengok pada trailer watak dia agak confusing sebab dia ada kuasa Dewa Hanuman tapi dekat hujung macam jahat sebab warna merah sama dengan Mouni Roy. 

4. Burung

Dekat babak Shiva di gunung bersalji tu ada imej burung terbentuk dari api yang Shiva hasilkan. Tak sabar nak tahu sejauh mana kuatnya Shiva. 

Mungkin ada banyak lagi eaaster eggs yang Ayan sorok dalam movie tapi belum dapat jumpa. Sebagai orang luar dan tak tahu sangat pasal Indian mythology, tak banyak lah yang boleh jumpa dalam trailer atau teaser. Ayan kata untuk part dua dan tiga akan ditayangkan selepas part one. Entah berapa lama untuk Ayan develop franchise ni tak pasti lah but hopefully tak lah lama sampai nak sedekad. Anyway I will watch Brahmastra for sure!

Tomok Kekal Padu dan Hebat, Menggenggam Trofi Karaoke Superstar Minggu Kedua!

Wednesday, 15 June 2022

Minggu kedua program realiti pertandingan nyanyian berkaraoke ‘Karaoke Superstar’ menunjukkan persaingan yang sengit antara dua selebriti dalam persembahan mereka. Dengan jumlah kemenangan sebanyak 3 kali daripada lima segmennya, penyanyi Tomok dan geng kelab peminatnya berjaya menjadi juara untuk minggu kedua, mengalahkan Adira Suhaimi yang mendapat jumlah kemenangan sebanyak 2 kali.

“Terima kasih kepada peminat saya. Saya rasa sudah nak dekat dua tahun saya tidak mempunyai show yang ada peminat, jadi terima kasih semua kerana datang,” kata Tomok sebagai penghargaan kepada peminatnya yang tetap menyokongnya setelah negara beralih ke fasa endemik.

Pengadilan kedua-dua selebriti untuk minggu kedua ini dilakukan oleh penyanyi legend dan juga juri tetap ‘Karaoke Superstar’ yang dikenali dengan komen-komen pedasnya, Mummy Mas Idayu dan disertai dengan pelakon dan penyanyi yang hebat, Zul Huzaimy.

Persaingan ini dimulakan dengan segmen pertamanya iaitu Superfans di mana wakil daripada geng peminat masing-masing membuat persembahan yang memukau untuk menang. Kemenangan pusingan pertama ini diberikan kepada peminat daripada geng kelab peminat Adira bernama Khairul Faiz dengan lagunya “Kesempatan Bagimu”. Persembahan Khairul yang juga merupakan seorang guru dan fasih berbahasa mandarin menarik perhatian Mummy Mas Idayu yang telah memberi komen yang mengejutkan dirinya sendiri.

“Saya pun tidak sangka. Ini merupakan kali pertama saya menyertai program sebesar ini dan mendapat pujian daripada juri yang memang sangat terkenal dalam Malaysia jadi saya memang bersyukur,” katanya selepas mendapat pujian daripada Mummy Mas Idayu.

Beralih ke segmen kedua yang dipanggi Karok Uji, persembahan Adira bersama wakil daripada kelab peminatnya sekali lagi berjaya meraih kemenangan dengan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ nyanyian Anita Sarawak. Kekurangan markah daripada persembahan Tomok bersama peminatnya dengan lagu ‘Kenanganku’ nyanyian Jeffry Din adalah oleh kerana kesalahan lupa lirik yang dilakukan oleh peminatnya secara tidak sengaja.

Pusingan ketiga iaitu Kuiz Karok Star menampilkan artis dan peminatnya yang perlu memilih jawapan paling tepat dalam kuiz-kuiz yang diberikan untuk menjadi pemenang dalam segmen ini. Geng kelab peminat Tomok akhirnya meraih kemenangan dalam pusingan ini dengan mendapat jumlah markah sebanyak 17 markah, mengalahkan geng kelab peminat Adira yang mendapat jumlah sebanyak 9 markah.

Tomok sekali lagi meraih satu markah tambahan dalam pusingan keempat yang dipanggil Mikrofon Misteri kerana dapat meneka persona selebriti rapatnya yang berada di sebalik tabir dengan betul. Ketepatan ini meletakkan markah yang seri kepada kedua-dua selebriti.

Penilaian terakhir pertandingan nyanyian ala berkaraoke antara mereka bergantung kepada persembahan mesh up mereka dalam segmen Messy Up Star, yang juga merupakan segmen penentuan juara pada minggu kedua ini. Lagu yang dinyanyikan oleh Tomok adalah ‘Ku Ada Kamu’, manakala Adira Suhaimi pula menyanyikan lagu ‘Bagaikan Bidadari’. Walaupun lambat mengumpul markah, Tomok berjaya memukau para juri dan penonton dengan persembahannya yang meletakkan dia sebagai pemenang segmen terakhir sekaligus menjadi juara untuk minggu kedua Karaoke Superstar. Pentas ini ditutup dengan persembahan Tomok dan Mikrofon Misterinya, Naqiu.

Siapakah yang akan bersaing bersama pada episod seterusnya? Nantikan episod ketiga program pertandingan berkaraoke ini di saluran Astro Ria (Saluran 104) pada setiap Ahad, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Kecewa Dengan Servis Cuci Gambar Termurah

Tuesday, 14 June 2022

Dah lama tak cuci gambar sampai dia punya lama tu nak mencecah 10 tahun dah. Tahun lepas nak cuci gambar tapi malas nak download gambar dari link google drive yang kawan bagi sebab banyak sangat. Tengah semangat nak download mula lah kerja datang melambak, tak pun laptop ambil masa nak loading. 

Lepas beberapa kali pergi ke IKEA baru perasan rumah macaam kosong tak banyak gambar. Dah jumpa frame untuk deko tapi gambar pulak tak ada so belek lah Instagram untuk cari servis cuci gambar. Jumpa lah acc cuci gambar termurah. Awal tu macam takut jugak tak cantik tapi sebab ramai yang guna service dia termasuklah kawan-kawan dekat IG, so terus berurusan dengan dia. 


Awal tu macam nak ambil pakej raya - RM35 untuk 100pcs tapi takut pulak dia print tak cantik so ambil pakej biasa je - RM20 untuk 50pcs gambar bersaiz 4R. Seller ni dah bagitahu no fussy buyer dan servis dia ambil masa selama 2 minggu hingga 3 minggu. I pun okay je lah sebab bukan jenis nak hadap benda tu je. 

Selalu seller ambil masa paling cepat lah dari estimation time dia tapi seller ni dia memang ambil yang paling hujung which is 3 minggu haha. Takpe lah, I okay je sebab yakin gambar cantik. Masa parcel tu sampai macam gerak jugak lah sebab dia letak dalam envelope lepastu pack semua gambar sekali. Masa nak buka salotep ungu tu susah jugak lah sebab tak ada space nak gunting. Dah tak memasal gambar paling atas ada calar tapi okay lah sebab tak ketara sangat. 

Lagi frust bila tengok gambar tak cantik sebab dia potong tak kemas. Ada gambar siap ada garisan putih. Bila belek lagi jadi geram pulak sebab ada gambar yang berkedut macam ni




Yang berkedut macam tu semua gambar I pulak tu, entah dengki apa entah. Nak kata I dok whatsapp tanya bila nak siap tu takde pulak. Memang tak kacau langsung tapi tak cantik pun hasilnya. Kalau bagitahu seller pun, dia nak refund berapa sen lah sangat. Yang pastinya lepas ni memang tak guna dah servis dia. Nak marah sangat pun tak boleh sebab murah kan, so faham je lah level dia takat mana je. 


I tak tahu kenapa gambar dia jadi kelabu sebab kalau nak kata gambar I bad quality, gambar DK tu pakai camera high reso kot tapi nampak gak kelabu. Anyway, I happy dah ada gambar DK dengan Treasure yang besar gedabak dekat office. Rasa macam nak alih stationery storage ni untuk letak gambar lain sebab CPU ni kecil je. Tak banyak space sangat hihu

Beli Photocard Hyunsuk di Pasar Treasure

Setiap minggu mesti pasar Treasure akan trending dekat Twitter maknanya kena pergi menjengah lah kalau ada photocard ataupun merchandise baru. Kadang bukan yang baru pun tapi sebab certain seller nak let go collection dia. 

Mungkin sebab dia dapat double photocard masa beli merchandise lain dari YG Entertainment ataupun dah bertukar bias. Bertukar bias tu perkara normal lah dalam fandom. Masa promo suka tengok Haruto sebab dia terpaling kacak tapi bila layan Treasure Map suka Hyunsuk pulak sebab personaliti dan interest dia match dengan kita. Esok lusa suka Jihoon pulak. Ada 12 orang kan, boleh lah bertukar bias setiap bulan dalam setahun. Tak ada masalah. 


Masa menjengah ke pasar Treasure tu ternampak photocard Hyunsuk. Selalunya photocard Hyunsuk melonjak harga sampai RM50 ke atas sebab demand tinggi. Tapi kebetulan seller ni jual murah je, RM15 tak silap. Haaa memang sambar lah sebab comel. Dah membeli tu takkan lah nak beli satu je sebab harga postage kan mahal so kita tambah lah poskad Asahi, Haruto dengan Jeongwoo sebab tak ada lagi dalam koleksi. 


Selalunya kalau beli photocard ni seller akan bagitahu awal-awal no fussy buyer ataupun no rushing sebab kebanyakan Teume ni college students. Weekend je ada masa nak berurusan untuk pos atau jual beli item ni. I pun jenis tak menggelupur, hari ni book, hari ni nak so rules dia tu easy to follow lah. 

Masa sampai semalam dah happy dah bila tengok sweet notes dari seller. Comel betul dia wrap semua item yang I beli. Doodles dia pun cantik. Punya lah baik seller ni sampai bagi freebies - satu polaroid Treasure dengan jajan. 


Berbaloi lah beli poskad tu sebab besar, seler pun wrap setiap item dalam case dengan plastik supaya tak tercalar. Lepas ni kalau @softyjaehyuk jual lagi, memang I akan beli dengan dia lah. Mudah sangat berurusan dengan dia. 

Lirik Lagu | Sama Seperti Dulu - Hael Husaini

Monday, 13 June 2022


Lagu balada karya terbaru Hael mungkin tak lah menyengat macam single Hari Ini, Haram, Hujan dan yang lain tapi chorus dia melekat juga lah dalam kepala. Lirik lagu dia simple dan berulang tanpa high note pun kecuali pada bahagian chorus sebelum outro tu untuk tambahkan mood dramatik. 

Suka tengok music video lagu Sama Seperti Dulu. Chemistry dia dengan Amelia antara kekuatan utama selain visual yang menggunakan filter vintage dan berkonsepkan aesthetic. Hael kata senang sangat nak bekerja dengan Amelia masa shooting music video ni. Amelia pun have fun, tak rasa macam tengah bekerja pun so no wonder lah music video dia terhasil cantik sebab cast masing-masing selesa dengan watak masing-masing. 


LIRIK LAGU SAMA SEPERTI DULU

Penyanyi: Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Iqie Hugh
Lirik: Hael Husaini
Studio: Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.


(Verse 1)
Pernah tak jauh berfikir
Berarah tak tahu mana
Yang benar ataupun salah

Mungkin kita terlalu muda
Bersama melawan dunia
Bodohnya

(Pre-Chorus)
Dan kini engkau tahu
Tiada yang lebih mengerti lelah mu
Selain diriku

(Chorus)
Temani diri mu
Selagi ku mampu
Temani mu sampai ke hujung waktu
Temani diri mu
Hingga kelabu mata ku

Tetap aku kan setia bersama mu
Masih ku cinta kau sama seperti dulu

(Verse2)
Sayang seharus kau tahu
Tak salah merasa salah
Kita manusia

(Bridge)
Temani, temani temani mu
Temani, selamanya

 

Khamis lepas ajak family pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 sebab tengah cuti sekolah so kalau pergi weekdays tak lah ramai sangat orang. Dari rumah naik MRT tukar tren LRT dekat stesen Pasar Seni lepastu tukar lagi dekat Kelana Jaya line lepastu berjalan kaki dari stesen PWTC sampai lah ke PWTC. 


Jauh ye berjalan untuk datang ke PBAKL ni sampai rasa nak patah balik rumah je. Masa pergi tu tak lah ramai orang, even ada yang dah menghala balik ke rumah. Masa kitorang sampai tu baru pukul 12 tengahari takkan dah ada yang nak balik kot? Risau juga tak banyak yang best sebab yang dah bergerak balik tu beli sikit je. Kitorang bawak bagpack sebab nak memborong. Ramai juga yang bawa luggage masa tu. 

Bila sampai dekat pesta buku memang ramai sangat orang walaupun hari bekerja sebab tengah cuti sekolah lepastu buat comeback lepas 2 tahun, memang sakan lah orang serbu. 


Nak makan pun susah sebab ramai sangat. Penganjur sediakan ruang untuk makan pun kecil je. Kalau main teka je, ada lah dalam 5,000 yang datang tapi meja disediakan ada 20 buah meja saja, mana nak cukup ye dak? Haruslah makan bersila dekat lantai. Kitorang bersila dekat belah dalam lah sebab sejuk sikit. 


Tandas dekat PWTC ni tak best sebab tak ada hand bidet lepastu bila ramai yang guna haruslah bersepah najis di lantai. Horror. Lama juga kitorang spent time dekat tingkat 1 sebab my mom nak jumpa penceramah favorite dia lepastu adik pulak nak borong komik baru dekat Gempak Starz. 


Sementara tunggu urusan diorang sempat lah I dengar penerangan dari pegawai Kementerian Dalam Negeri sebab ada display beza naskhah Al-Quran yang dilarang terbitannya dengan yang dapat kelulusan KDN. Banyak juga lah benda belajar dekat situ. Dari tak tahu jadi tahu lepastu boleh buat aduan dekat KDN kalau nampak. Kadang tu kita selalu je nampak bahan terlarang yang orang selalu guna tapi kita tak tahu pun bahan tu melanggar undang-undang. 






Masa berjalan tu adik ternampak novel dengan cover page berkonsepkan minimalis. Style gak lah sebab tajuk dia unik, cover page pun unik. Seller tu kata novel dekat sini kalau habis tu habis lah. Tak ada dekat tempat lain dah. Tapi tu lah, tak ada pun novel dari publisher ni yang famous so kalau dia habis pun, siapa yang ambil peduli?

Me : Kenapa novel ni letak tajuk xxxx Sayap Jibril (I dah lupa apa tajuk penuh dia)
Seller : Itu simbolik lah kepada cerita ni
Me : Tapi siapa je pernah nampak sayap Jibril?

Dan seller tu berlalu pergi biarkan soalan tak berjawab sampailah ke saat korang baca entry ni. 




Dekat bahagian tepi ada Jualan Garaj ITBM dengan harga yang agak murah sebab kebanyakannya 5 buah buku RM20. Yang tak bestnya, tak banyak bahan bacaan menarik. Masa datang tu ada ceramah tengah berlangsung dekat pentas dalam dewan tu. Menarik juga la nak dengar sebab dia cerita pengalaman sebagai penterjemah. Tapi sebab datang dengar masa dah dekat tengah dah so agak lost lah apa dia sembang. 




Masa pergi ke booth Prolog Media, happy betul jumpa Kanvas 2.0 sebab I baru je habis baca novel Kanvas, malam Rabu tu. Kira cerita dia masih segar dalam kepala. Tak tahu langsung penulis Ayumi nak keluarkan sekuel kisah cinta Ed dengan Kara. 


Book cover novel Kanvas agak berseni tapi yang sekuel ni macam tak menarik sangat lepastu curious Ed ni lelaki ke perempuan? Jangan dia buat plot twist yang Ed ni perempuan pulak. Kalau tengok dekat cover tu ada dua orang perempuan dekat atas katil kan?


Dekat booth Prolog Media ni kebanyakannya novel karya penulisan Anna Lee je banyak. Even seller tu pun suggest I baca novel dia tapi sinopsis novel Anna Lee ni mostly tak kena dengan selera I sebab tu tak pandang haha. 


Sementara tunggu my mom solat dekat Surau Ar-Rahman Putra, kitorang bergerak ke tingkat 2 lepastu jumpa booth Dubook - Liar & Angkuh. Tak tahu pulak Syed Saddiq dah terbitkan buku untuk bagi tips jadi debater. Memandangkan I tak ada cita-cita ke arah tu jadi I ambil lah buku Membedah Wayang Gambar dekat shelf atas tu sebab niat datang ke PBAKL ni sebab nak cari buku tentang filem atau dunia seni. Nak perluaskan lagi ilmu bila buat review. Mesti korang bosan kalau sembang ikut ilmu yang cenggitu je 5, 6 tahun tak berubah hshs


Terkejut masa nak bayar tu bila seller kata buku tu harga RM35 tapi kalau tambah buku lain, dia jadi RM10. I macam hmm marketing sangat. So I ambik lah buku diskusi tentang P.Ramlee. 


Malas nak cetak semula ke tak laku?


Kecewa jugak lah booth FINAS tak ada buku yang dicari. FINAS kotttttt





Naik tingkat 3 meriah lah sebab ada booth Karangkraf lepastu ada para penulis sekali. Memandangkan dah lama tak baca buku Karangkraf, kitorang skip je lah booth ni. Lagipun ramai sangat orang dekat sini. 




Naik tingkat 4 ada booth PTS Media paling besar tapi booth yang dituju haruslah booth Kembara FIXI sebab nak cari novel Musketeers. Lepastu nampak novel Galat dengan Not A Monster terus sambar sebab sinopsis dia menarik. Lagipun blogger Kak Sha pernah update dekat blog dia bulan ni. Beli laju ye, nak baca entah bila hshshs


Dekat level ni pun sesak juga sebab ada Ustaz Adnin dekat booth Tarbiah Sentap. First time la jumpa depan mata, selama ni tengok dekat social media je. Ambik gambar curi cenggini je lah, kang kalau pergi bergambar dia tak masal kena tarbiah sekali


Dekat luar dewan ada ruang Rehat dan Baca untuk pengunjung PBAKL yang datang  lepastu ada sesi berbual tapi tengok dari jauh je lah. Kitorang lebih tertarik nak bergambar dekat photobooth PBAKL. Masa kitorang bergambar tu tak ada orang pun, bila dah posing tetiba ramai pulak nak bergambar jugak T.T


Layannnnn

Habis je bergambar terus turun dekat tingkat 1 sebab ada persembahan tarian untuk pengunjung. Terhibur betul tengok persembahan Nasi Ambeng sebab lagu dia menarik. Selama ni tahu lagu Nasi Padang je rupanya ada lagu Nasi Ambeng jugak. 




Sebelum balik kitorang menyinggah ke booth Karya Seni sebab adik I nak beli novel Dheos karya penulisan Anjell. Ada lagi satu novel dalam list tapi dah habis stok. Takpe lah, sebab dia nak Dheos dari awal lagi. Kalau Dheos tak ada dah satu hal kena pujuk T.T


Banyak juga buku dah habis stok especially dekat booth yang popular macam FIXI. Pelik jugak kenapa FIXI tak buka booth besar untuk PBAKL 2022 ni. Kalau ikutkan nak jumpa Kak Neddo hari Sabtu tapi malas lah nak merasa lagi pengalaman bersesak dengan orang. Tahun 2018 I dah jumpa dah Kak Neddo dengan Ikmal Amry so kita bagi can dekat orang lain pulak. 


Punya lah sesak dan panas dekat PBAKL tu sampaikan kena migraine. Tak tahu lah nak pergi lagi ke tak tahun depan sebab tak lah menarik sangat seleksi buku yang ada. Harga pun dah naik, promo pun tak banyak. Better beli dekat Shopee atau beli dari penulis je terus.