LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!

Wednesday 18 May 2022


LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!
| ‘AME 2021’ bakal memperkenalkan anugerah dan persembahan baharu untuk menyemarakkan lagi suasana industri hiburan negara.

Acara yang dinanti-nantikan, Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan atau ‘AME 2021’ yang bertemakan busana Glam Legend dengan tagline #YangFreshYangLegend bakal menemui para penonton pada 29 Mei secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), eksklusif di platform Astro Ria (104), Astro GO, On Demand dan sooka. Pada kali ini, ‘AME 2021’ menjanjikan lebih banyak kemeriahan dan kejutan kerana dalam fasa endemik, penganjuran anugerah ini mampu dilakukan dengan lebih sempurna dari segi persembahan, kehadiran para penonton mahupun selebriti dan gimik. Acara ‘AME2021’ juga diaktifkan oleh penaja utama, 100PLUS. 

Edisi kali ini turut memperkenalkan tagline tambahan #TetibaAME2021 yang bersesuaian dengan pengumuman Hari Raya secara mengejut yang meriuhkan satu negara sehinggakan impaknya masih dirasai sehingga ke hari ini. Buat julung kalinya, AME2021 dianjurkan pada bulan Syawal dan akan membariskan persembahan berkonsepkan Hari Raya, khas untuk semua peminat. 

Selain daripada itu, ‘AME 2021’ akan membawa pelbagai pembaharuan yang bakal menggamat suasana industri hiburan negara. Terdapat kemungkinan acara kali ini bakal menampilkan lebih daripada 3 pengacara asal, iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad. 

Pengelolaan kali ini turut memperkenalkan anugerah baharu yang pastinya menyemarakkan lagi acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan. Buat julung kalinya juga, anugerah ‘Top Top MeleTOP’ akan ditentukan oleh barisan juri profesional.

Acara kemuncak ‘AME 2021’ bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh angkatan penyanyi tersohor yang mewakili generasi legend dan ‘BBNU’ seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Search, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Dolla, Wany Hasrita, Han Byul, Yonnyboii, Zynakal, MK K-Clique, De Fam, Bunga, Amir Masdi, Usop, Tajul, Afieq Shazwan, Asyraf Nasir serta ramai lagi. Selain itu, barisan penyampai anugerah terdiri daripada Kamal Adli, Uqasha Senrose, Faizal Hussein, Rozita Che Wan, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan lain-lain.  

AME2021 akan dibuka dengan ‘Konsert Tirai AME 2021’ yang dihoskan oleh personaliti ERA; Danial Zaini dan Isha Norsham yang ditayangkan pada jam 8.30 malam. Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Isaac Voo IN2IT, Ara Johari, Wany Kayrie, Aisya Retno, Aweera, Fieya Julia serta Yazid Izaham dan ramai lagi.

Manakala stesen radio ERA bakal mengadakan ‘Showcase AME 2021’ yang akan dihoskan oleh Munabella dan Zahier Yusoff, serta melibatkan barisan artis hebat seperti Imsoniacks, ChronicalZ, Daniel Chuer dan Irfan Haris. 'Showcase' ini akan diadakan di perkarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei bermula jam 4.00 hingga 5.00 petang. Para penonton turut boleh strim showcase ini menerusi platform-platform digital Era yakni SYOK, Facebook, YouTube dan TikTok.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, "Kami amat berbesar hati akhirnya dapat menganjurkan ‘AME2021’ dalam fasa endemik setelah penantian selama 4 bulan. Kembalinya ‘AME 2021’ merupakan tanda penghargaan dan terima kasih pihak Astro terhadap para peminat, barisan artis, rakan-rakan media serta penaja utama 100PLUS atas kesabaran dan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada ‘AME2021’ dan industri hiburan tanah air walaupun ditunda secara mengejut pada bulan Januari yang lalu."

‘AME 2021’ ialah kemuncak anugerah pertama dalam fasa endemik yang bakal menobatkan pemenang anugerah pilihan peminat serta menyajikan persembahan hebat dan kejutan yang menggemparkan. Jangan lupa janji temu bersama ‘AME 2021’ pada 9 Malam, 29 Mei ini. Yang pasti, #TetibaAME2021 kembali!

100PLUS merupakan minuman isotonik pertama di Malaysia yang dilancarkan pada tahun 1983. Ianya bebas kafein dan bertujuan untuk menghilangkan dahaga serta dirumus khas untuk membantu memulihkan apa yang telah hilang dalam tubuh ketika melakukan aktiviti fizikal dan menyegarkan tubuh badan menerusi keseimbangan penghidratan secara optimum. Rumusan uniknya menggabungkan cecair, karbohidrat dan elektrolit untuk penyerapan cecair dengan lebih cepat dan cekap ke dalam badan. 

Hari ini, 100PLUS merupakan jenama utama dibawah pengurusan F&N di Malaysia. Ia dikeluarkan dan dipasarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pengeluar minuman ringan terbesar di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai 100PLUS, layari laman rasmi di https://100plus.com.my/ atau saluran sosial media @my100plus di Facebook, Instagram & Twitter. 

Jenama 100PLUS mengakui semangat dalam bentuk dan skala yang berbeza. 100PLUS hadir menemani supaya menjadi lebih baik dalam perkara yang digemari. Penganjuran ‘AME 2021’ disokong dengan kehadiran 100PLUS selaku Penaja Utama. Dua buah kategori utama yang turut dipertandingkan iaitu ‘Influencer MeleTOP’ dan ‘Artis Versatil MeleTOP’ diaktifkan oleh 100PLUS.

MALAYSIA, JAUHI PRASANGKA PASTI ADA JAWAPANNYA | ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ bakal membuat para penonton berdebat serta meneka tanpa henti bersama panel selebriti setiap minggu.

Sudah pastinya satu Malaysia gamat dengan rancangan game show  terkini yang bakal mewarnai setiap Jumaat dengan adaptasi rancangan popular dari Korea Selatan yang berjudul ‘Mystery Ranking Show Malaysia’. 

‘Mystery Ranking Show Malaysia’ bakal menyajikan kelainan daripada program-program tersedia ada dengan pembabitan artis-artis terkemuka serta peserta-peserta dengan pelbagai aksi yang pasti mencuit hati. ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ akan bermula siaran pada 20 Mei 2022 pada jam 9 malam di Astro Warna (107) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

FORMAT DAN KONSEP ‘Mystery Ranking Show Malaysia’

Rancangan ini berasal dari Korea Selatan dan telah diadaptasi di beberapa buah negara termasuk Vietnam dan Thailand. Malaysia merupakan negara ketiga yang melakukannya. Rancangan game show ini membabitkan lima orang peserta bersaing setiap minggu berdasarkan tema yang ditetapkan. Kesemua mereka mempunyai bakat atau elemen yang serupa namun mempunyai kedudukan berbeza berdasarkan kemampuan mereka. 

Keunikan rancangan ini turut melihat variasi kebolehan atau skil yang tidak semestinya tertumpu terhadap bidang hiburan. Kelima-lima peserta akan menunjukkan pelbagai jenis kebolehan mereka di hadapan panel pembongkar. Para pembongkar atau panelis kemudiannya akan bertanyakan soalan untuk mendapatkan jawapan atau petunjuk berdasarkan tema mingguan demi menetapkan kedudukan mereka. Panel pembongkar hanya diberi dua peluang untuk meneka kedudukan mereka. Jika tekaan salah, ketua mingguan panelis akan didenda. 

Panel Pembongkar

Setiap panel pembongkar misteri mempunyai kemampuan mental untuk bermain serta mempunyai personaliti berbeza. Kepelbagaian dalam personaliti mereka akan mencetus sesi debat yang menarik. Oleh itu, empat selebriti tanah air telah dipilih dan mereka terdiri daripada: 


Adlin Aman Ramlie- Dikenali dengan mulut lasernya dan lawak pedas, Adlin mempunyai keyakinan yang tinggi namun seringkali kekurangan maklumat untuk menilai dan meneka para peserta. 


Catriona Ross- Bakal membawa personaliti Kak Kek, Catriona pasti akan menggorek segala informasi daripada para pencabar dengan pesona Kelantannya. 


Azad Jasmin- Membawa elemen Mamaknya dengan penuh bergaya, Azad sudah semestinya tidak takut untuk mencabar para pencabar misteri demi mendapatkan kebenaran. 


Zulin Aziz - Panelis yang paling cool dan santai dalam soal siasatnya, Zulin akan memastikan semua data atau maklumat dicatat untuk digunakan dalam penilaian pada penghujung episod. 

Untuk setiap episod, ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ akan memaparkan panelis kelima. Para selebriti yang dipilih adalah berdasarkan tema mingguan. Mereka terdiri daripada: 

1. Mawi
2. Shila Amzah
3. Mimi Fly & Sophia Liana
4. Dato’ AC Mizal
5. Ella
6. Shiha Zikir
7. Atu Zero
8. Norman Hakim
9. Didie Alias
10. Ieda Moin
11. Norreen Iman

Pencabar Misteri

Pencabar misteri digunakan untuk melabel para peserta yang akan dinilai kedudukan mereka. Mereka akan mencabar para panelis dan para penonton untuk meneka kedudukan mereka berdasarkan soal jawab serta persembahan yang diberikan. Identiti mereka dirahsiakan untuk mengelak para penonton di rumah mencari informasi di Internet ketika episod-episod bersiaran. 

Episod-Episod ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ 

Ep. 1 - Penyanyi Paling Banyak Menang Pertandingan 
Ep. 2 - Siapa Paling Banyak Bertutur Pelbagai Bahasa
Ep. 3 - Penari Paling Banyak Menang Pertandingan
Ep. 4 - Pasangan Paling Lama Berkahwin
Ep. 5 - Siapa Paling Ramai Bekas Teman Wanita
Ep. 6 - Siapa Paling Banyak Sertai Ujibakat 
Ep. 7 - Siapa Paling Banyak Menang Pertandingan Seni Bela Diri
Ep. 8 - Siapa Paling Kuat
Ep. 9 - Siapa Paling Banyak Mampu Meniru Suara 
Ep. 10 - Siapa Paling Banyak Turun Berat Badan 
Ep. 11 - Tangan Siapa Paling Tangkas


KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO

Norzeha Mohd Salleh - Pengurus Saluran Astro Warna

“Melihat kepada sukses program seperti ‘The Masked Singer Malaysia’, kami telah mengenal pasti terdapat satu elemen yang signifikan di kalangan penonton di Malaysia. Mereka menggemari rancangan yang interaktif atau mempunyai elemen permainan yang membolehkan mereka bermain atau meneka bersama para juri. Lantas kami membuat keputusan untuk meneruskan genre rancangan seperti ini ke udara yang mampu menarik minat para penonton untuk bermain. 

Menerusi rancangan ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, formatnya kena dengan apa yang kami mahukan. Rancangan yang menonjolkan bakat-bakat berbeza juga sudah lama tidak bersiaran. Kami rasakan masanya telah tiba untuk memaparkan genre rancangan seperti ini kembali. 

Format rancangan ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ membenarkan kami untuk menonjol pelbagai jenis bakat daripada setiap lapisan masyarakat. Diversiti inilah yang kami mahukan. Peserta-peserta kami ada yang boleh menyanyi, menari, membaca sajak, melakukan persembahan silap mata dan macam-macam lagi. Para peserta kami tetap bersemangat untuk membuat persembahan demi menghiburkan para penonton di Astro walaupun ada di antara persembahan yang dilakukan bukanlah kebolehan sebenar mereka. 

Melihat kepada kandungan-kandungan yang tersedia ada, Astro Warna amat dikenali dengan komedi berbentuk sketsa seperti ‘Sepahtu Reunion Live’ dan ‘Maharaja Lawak Mega’. Untuk membawa pengalaman tontonan baharu kepada para penonton, kami memperkasakan lagi kandungan dengan membawa pelbagai variasi program berunsurkan komedi. ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ membuka peluang tersebut. Para penonton pasti tercuit hati dengan ragam dan telatah barisan panel kami serta para peserta pula pasti akan mengagumkan mahupun membawa gelak ketawa menerusi persembahan mereka. Jika anda suka Masked Singer Malaysia, anda pasti akan suka juga Mystery Ranking Show Malaysia!

Kami berharap agar para penonton di platform Astro akan terhibur bersama keluarga pada setiap hari Jumaat di saluran Astro Warna. Masa bersama keluarga pasti lebih menyeronokkan dengan ‘Mystery Ranking Show Malaysia’!” 

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial Instagram dan Facebook Astro.

Tak sangka langsung B-side track dari album Treasure - The Second Step: Chapter One ni jadi viral sampai YG Entertainment keluarkan statement nak release official music video. Setakat hari ini, lagu Darari di Spotify dah mencecah 70 juta pendengar dan audio Darari di Youtube dah mencecah 46 juta views sekaligus menjadikan Darari sebagai B-side terpaling pantas meroket ke carta. 


Untuk konsert Treasure, TRACE masa bulan April tu Treasure buat choreography contest dekat TikTok. Selain menang hadiah, koreografi ni juga akan digunakan secara tetap. Makin melonjak lah penggunaan lagu Darari dekat social media. 

Selain lagu Darari yang dipersembahkan dengan koreografi ciptaan Teume, Treasure juga perform lagu Darari rock version dekat encore stage. Baik original version mahupun rock version kedua-duanya mencuri perhatian dan syok nak layan dua puluh kali sehari. 

Rock version sarat dengan energy dari awal hingga penghujung lagu dengan iringan instrument gitar. Bahagian rap juga berikan impak pada lagu yang bertemakan cinta zaman remaja. Lontaran vokal juga berbeza untuk kedua-dua versi. Paling ketara bila Yedam guna tona suara lembut dan santai membuai untuk original version manakala vokal lebih padu digunakan untuk intro Darari remix version. Intro je dah gempak sampai meninggalkan kesan mendalam. 

13 Mei lepas YG release Darari remix version di mana Treasure menggunakan konsep rock dan lagu Darari hasil gubahan Bang Yedam juga ditukar kepada rock. Baru 5 hari release dah boleh cecah sampai 10 juta walaupun YG batalkan promo events di saat akhir. 


Nasib baik Treasure bagitahu diorang penat sampai tak cukup rehat sebab banyak sangat aktiviti masa Jikjin. Lepastu terus practice untuk konsert sedangkan dalam masa yang sama pergi sekolah dan kolej. So tak lah rasa nak marah sangat dengan YG bila top management putuskan untuk batalkan promo Darari. 

Happy tengok MV Darari Remix Version ni sebab director tak kisah Treasure nak buat apa sampaikan Asahi keluar 3% extrovert dia. Jeongwoo dengan suki suki dance, Haruto head banging, Jihoon pecahkan gitar. Jatuh cinta 100 kali bila tengok MV ni. Thank you rockstar Treasure! 



LIRIK LAGU DARARI - TREASURE

Artist : Treasure
Composer :Amanda A.G.S,CHOICE37, HAE, jaguaa, Yedam, Hyunsuk, Yoshi, Sonny, LP, Lil G, Haruto
Lyrics : jaguaa, Bang Yedam, AMANDA A.G.S, CHOICE37, Lil G, Hyunsuk, LP, Yoshi, Sonny, HAE, Se.A, Haruto
Label : YG Entertainment

Darararararari
Neol bogo isseum eumagi Babe
When I look at you, the music is babe
Neoreul wihan mellodi mellodi Yeah
A melody melody for you, yeah
Nega myujeunikka jal deureobwa Play it
You are my muse, so listen carefully play it

Sasil mariji since seventeen yeah
It’s true, since seventeen yeah
Neol jikyeobwatji mareul mot haesseul ppun
I've been watching you, but I couldn’t say anything
Yeojeonhi ne juwil maemdora
Still hovering around you
Du nuneul ttel suga eopjana
Can't take my eyes off you
Hoksi neodo gateun mamiljineun
If you feel the same way
Nan an gunggeumhae Yeah
I’m not curious yeah
Nan nega joeunikka
Because I like you

Ne nunbichi heundeullyeo You already know
Your eyes are trembling, you already know
Neodo wonhandaneun geol ne ipga misoga beonjinikka
Because the smile on your lips spreads that you want it too
Geugeol bonikka Bonita-nita nega
Seeing that, Bonita-nita, you are
Naega malhaesseotjana You already know
I told you, you already know
Nega mame deundan geol ne gin meori nallinikka
I like you because I blow your long hair
Geugeol bonikka Bonita-nita nega
Seeing that, Bonita-nita, you are

Darararararari
Neol bogo isseum eumagi Babe
When I look at you, the music is babe
Neoreul wihan mellodi mellodi Yeah
A melody melody for you, yeah
Nega myujeunikka jal deureobwa Play it
You are my muse, so listen carefully play it

Baby ne deokbune ssodajineun aidieo
Baby, because of you I’m full of ideas
Gamume bi odeut nega naege isseo Pressure
Like a rain in the drought, you are with me, pressure
Jogeum seotun nae pyohyeon
My expressions are a little clumsy
Norael billyeo I give u love
Through this song, I give u love
Modu neol hyanghae heulleo
Everything flows towards you
Ttatteuthameul neukkyeo ne yeopeseo nan
I feel the warmth, beside you
Hoppang gateun ttakkeunhan sarangi chajawasseo
Love that is like a steamed bun came to me
Uh ummm, Excuse me Miss
I L.O.V.E Y.O.U ♡

Ne nunbichi heundeullyeo You already know
Your eyes are trembling, you already know
Neodo wonhandaneun geol ne ipga misoga beonjinikka
Because the smile on your lips spreads that you want it too
Geugeol bonikka Bonita-nita nega
Seeing that, Bonita-nita, you are
Naega malhaesseotjana You already know
I told you, you already know
Nega mame deundan geol ne gin meori nallinikka
I like you because I blow your long hair
Geugeol bonikka Bonita-nita nega
Seeing that, Bonita-nita, you are

Darararararari
Neol bogo isseum eumagi Babe
When I look at you, the music is babe
Neoreul wihan mellodi mellodi Yeah
A melody melody for you, yeah
Nega myujeunikka jal deureobwa Play it
You are my muse, so listen carefully, Play it

Cheoeum neukkyeoboneun Love like this
First time feeling love like this
Give me love like this
Show you love like this yeah
Ttara bulleojullae Sing like this
Would you sing along with me, Sing like this
Oh sing with me

Han beon deo Ayo
One more time, Ayo
♪ Boom chicky boom ♪
Can you feel my heartbeat
♪ Boom chicky boom ♪
Gidarigo itjana
I’m waiting for you
♪ Boom chicky boom ♪
Doo doo doo doo

Neoege dakil bara all for you
 hope this can reach you, all for you

Darararararari
Neol bogo isseum eumagi Babe
When I look at you, the music is babe
Neoreul wihan mellodi mellodi Yeah
A melody melody for you, yeah
Nega myujeunikka jal deureobwa Play it
You are my muse, so listen carefully play it

So, la, mi, fa, sol
Neol daleun mellodi
Melody that resembles you
So, la, mi, fa, sol
Oh fall in love with me
So, la, mi, fa, sol
Neol daleun mellodi
Melody that resembles you
So, la, mi, fa, sol
Oh fall in love with me


By the way tahniah Treasure untuk pencapaian dan recognition yang diorang dapat kerana Darari dan achievement ni tak ada gaya nak surut pun buat masa ni. YG keluarkan official statement kemungkinan Treasure akan buat comeback kedua untuk tahun 2022 lepas penerimaan yang memberansangkan. Congratssss!

Lepas setahun iKON muncul dengan mini album Flashback dan title track berjudul But You. Jay kata dia memang suka title track sampai request dengan pihak atasan untuk buat lagu yang menggunakan vibe retro sebagai lagu utama. Intro lagu But You pun dimulakan dengan rentak retro 80-an sesuai dengan tema lagu juga album yang berkisarkan nostalgia.


Sebenarnya ambil masa yang lama juga untuk suka lagu baru iKON ni walaupun setahun lebih tunggu kemunculan album comeback. Lebih kepada kecewa sebab DK bagitau ada hip-hop tapi But You guna genre synth pop dan retro. For me, tak cukup kuat untuk tarik minat pendengar. Konsep MV terarah pada rock hip hop macam style iKON tapi lagu retro, kombinasi yang menarik untuk ketengahkan visual iKON. 

But slowly this song grew in me dan seharusnya lah suara DK yang main peranan bila dia jadi introduction fairy dalam But You. Just like Adore You, this song is meant to stay. But You juga ketengahkan suara manly Chan pada pre chorus diselang-selikan dengan vokal tajam Yunhyeong. 

Walaupun rap part dari Bobby agak pendek namun melekat di hati bila lirik dia berbaur affirmation. Bobby bermain dengan tona suara bila dia guna emosi yang sama dalam lagu Lilac dari album Lucky Man.

Chorus juga ada perkataan yang diulang dengan runut melodi yang lembut. Lebih kepada nada memujuk, sesuai lah dengan lirik pada rangkap bridge dan chorus. Untuk yang tak boleh move on, lagu ni memang sesuai lah untuk get back together. 


LIRIK LAGU BUT YOU (너라는 이유)
Artist : iKON (아이콘)
Composer : Kang Uk Jin, Diggy, Maribelle Anes
Lyricist : Maribelle Anes, Kang Uk Jin, Diggy, AiRPLAY, KidWine, Bobby iKON
Label : YG Entertainment (YG엔터테인먼트)


[Verse 1]
I'm in love again
jigeum yeope geu sarameun eottae?
How's the person beside you?
Seoroga joeun saram
Saying that
mannal georan maldo
"We're going to meet the right one"
Deo isang naegen uimi eomne
Doesn't mean anything to me anymore
Ijen nado
Now, I will

[Pre-Chorus]
Nugungal mannaseo
Meet someone
Dasi seollego
And get excited
Ijeuryeo hae bwado
Then try to forget
Heojeonhagin machangaji
But feeling empty regardless
Miryeonilkka iksukaejin geolkka
Am I lingering or am I just used to it
Chaewojiji anneungeol
I don't feel complete

[Chorus]
Natseon sarameul mannago
Even if I meet someone new
Da ijeun deusi pume angyeo bwado
And fall into her arms as if I forgot everything
Wae ireolkka nan wae
Why am I like this why
Neoraneun iyu
You're the reason
I need you baby
Hoksina uriga ttodasi
If, by chance, we
Sijakandamyeon saranghandamyeon
Start over and fall in love
Oroji nan You, you-ooh
You'rе the only one, you, you-ooh

[Verse 2]
I'm in love again
Chingudeureun ireon naega cheoreopdae
My friеnds say that I'm naïve
Amureochi aneun cheok
Pretending to be fine
Jal jinaendaneun maldo
And saying that I'm doing well
Gamjeong eomneun saramcheoreom boindae
They say I look emotionless
Sanggwaneopji mwo
Well it doesn't matter

[Rap]
I'm in love with you
Neoege nan maeilmaeil doraga
I go back to you everyday
Know you need me too
Nuguboda seororeul jal aljana
We know each other better than anyone else
Baby neowaui sigandeuri gyesok
Baby time with you keeps
Obeoraepdwae museun jiseul haedo
Overlapping no matter what I do
Nobody but you
I want nobody but you

[Chorus]
Natseon sarameul mannago
Even if I meet someone new
Da ijeun deusi pume angyeo bwado
And fall into her arms as if I forgot everything
Wae ireolkka nan wae
Why am I like this why
Neoraneun iyu
You're the reason
I need you baby
Hoksina uriga ttodasi
If, by chance, we
Sijakandamyeon saranghandamyeon
Start over and fall in love
Oroji nan You, you-ooh
You'rе the only one, you, you-ooh

[Bridge]
Sigani galsurok
As time goes by
Geuriwojin mankeum nae nunape
As much as I miss you
Seonmyeonghage
The clearer
Ne moseubi tteooreugo
Your image appears
Yeojeonhi neol wonhae
I still want you
Eodie isseodo nae mamsoge
Wherever we were, in my heart
Hamkkehaetdeon
We were together
Areumdaun sungandeureul Ooh
The beautiful moments ooh
Don't want no one but you, you

[Chorus]
Natseon sarameul mannago
Even if I meet someone new
Da ijeun deusi pume angyeo bwado
And fall into her arms as if I forgot everything
Wae ireolkka nan wae
Why am I like this why
Neoraneun iyu
You're the reason
I need you baby
Hoksina uriga ttodasi
If, by chance, we
Sijakandamyeon saranghandamyeon
Start over and fall in love
Oroji nan You, you-ooh
You'rе the only one, you, you-ooh

20 Movie Bollywood Bertemakan Ejen Perisik

Tuesday 17 May 2022


Tengok upcoming list movie Hindi ada banyak genre yang bertemakan ejen perisik dan ejen penyiasat sama ada dalam negara India mahupun beraksi di luar negara. Antaranya movie dari franchise popular di bawah produksi YRF, Tiger 3 kemudian movie Pathan lakonan Shah Rukh Khan, Deepika Padukone dan juga John Abraham. Sid Malhotra juga akan muncul dengan Mission Majnu sementara Kangana dan Arjun Rampal bakal beraksi dalam movie Dhakaad. 

Sebelum kesemua movie ni ditayaangkan, jom tengok senarai movie Bollywood yang pernah ditayangkan saama ada fiksyen ataupun diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku di negara India. Untuk review, klik pada tajuk movie. 

1. Baadshah (1999)


Director : Abbas-Mustan
Writer : Neeraj Vora, Shyam Goel
Stars : Shah Rukh Khan, Twinkle Khanna, Rakhee Gulzar, Amrish Puri, Johnny Lever

Movie Baadshah mungkin bukan pilihan semua bila dibikin dalam template komedi musikal tapi plot dan misteri yang diketengahkan masih lagi besar sehingga menggugat ketenteraman Perdana Menteri. Cara penyiasatan dan cool stuff yang dimiliki Baadshah antara kekuatan naskhah yang pernah popular di penghujung zaman 90-an ni. 

2. Agent Vinod (2012)


Director : Sriram Raghavan
Writer : Sriram Raghavan, Arijit Biswas
Stars : Saif Ali Khan, Kareena Kapoor, Prem Chopra, Adil Hussain, Ram Kapoor

Ejen Vinod merupakan ejen RAW yang ditugaskan untuk mencari kod 242 setelah rakan setugas dia dibunuh oleh puak Taliban di Afghanistan. Di Morocco dia berjumpa dengan Dr. Ruby, doktor peribadi salah seorang target dalam operasi tersebut. Identiti Ejen Vinod terbongkar kerana truth serum yang dihasilkan oleh Dr. Ruby. 

3. Kahaani (2012)


Director : Sujoy Ghosh
Writer : Sujoy Ghosh
Cast : Vidya Balan, Parambrata Chatterjee, Nawazuddin Siddiqui, Indraneil Sengupta, Saswata Chatterjee, Colleen Blanche

Mengisahkan Vidya yang pergi ke Kolkata untuk mencari suaminya yang hilang setelah insiden gas beracun meletup dalam gerabak metro. Vidya dibantu oleh seorang konstabel biasa kerana bimbang dengan keselamatannya. Makin banyak Vidya gali, semakin dekat diri dia dengan bahaya. 

4. Ek Tha Tiger (2012)


Director : Kabir Khan
Writer : Kabir Khan, Neelesh Misra
Cast : Salman Khan, Katrina Kaif, Ranvir Shorey, Girish Karnad, Roshan Seth, Gavie Chahal

Tiger merupakan perisik terbaik India di bawah Research and Analysis Wing (RAW) diarahkan untuk mengintip profesor universiti yang disyaki menjual formula bom nuklear kepada Pakistan. Dalam misi tersebut dia jatuh cinta dengan Zoya, perisik Inter-Services Intelligence (ISI) untuk negara Pakistan.

5. D-Day (2013)


Director : Nikkhil Advani
Writer : Nikkhil Advani (screenplay), Ritesh Shah (dialogue), Suresh Nair
Stars : Irrfan Khan, Rishi Kapoor, Arjun Rampal, Huma Qureshi, Shruti Hassan

Movie yang mengisahkan tentang sekumpulan ejen RAW dan Indian Armed Forces ditugaskan untuk menangkap penjenayah paling dikehendaki di India setelah menjadi dalang utama dalam beberapa kes serangan pengganas. Semuanya dirancang dengan rapi dalam Operation Goldman. Movie D-Day antara naskhah spy thriller yang menarik pernah dihasilkan. 

6. Madras Cafe (2013)


Director : Shoojit Sircar
Writer : Somnath Dey, Shubendu Bhattacharya, Juhi Chaturvedi, Tushar Jain
Stars : John Abraham, Nargis Fakhri, Raashi Khanna, Siddharth Basu, Prakash Belawadi

Berlatarkan Sri Lankan Civil War pada tahun 2003, Major Vikram Singh dilantik oleh pihak RAW untuk mengetuai operasi khas di Jaffna. Di sana dia berjumpa dengan journalist Jaya Sahni yang ingin dedahkan kebenaran tentang civil war dan konspirasi jahat untuk bunuh Perdana Menteri. 

7. Bang Bang! (2014)
 

Director : Siddharth Anand
Writer : Siddharth Anand, Abbas Tyrewala
Stars : Hrithik Roshan, Katrina Kaif

Kohinoor, berlian berharga milik Kerajaan India hilang dicuri oleh Rajveer Nanda. Di Simla dia berjumpa dengan Harleen yang cantik dan tanpa sengaja jadikan dia sebagai partner in crime. Ejen kerajaan cuba untuk dapatkan maklumat mengenai Rajveer dan Kohinoor dari Harleen malangnya tak berjaya. Mereka berdua larikan diri ke Greece.

8. Baby (2015)


Director : Neeraj Pandey
Writer : Neeraj Pandey
Stars : Akshay Kumar, Anupam Kher, Danny Denzongpa, Rana Daggubati, Madhurima Tuli, Taapsee Pannu, Rasheed Naz

Rentetan dari serangan pengganas di Mumbai pada 26/11, Perdana Menteri tubuhkan task force sementara yang digelar sebagai Baby untuk memburu dalang dan gagalkan serangan pengganas susulan. Salah satu target mereka dedahkan letupan bom di pusat membeli-belah di bandar Delhi hanya salah satu dari letupan besar-besaran yang dirancang oleh Bilal Khan.

9. Phantom (2015)


Director : Kabir Khan
Writer : Kabir Khan, Kausar Munir
Star : Saif Ali Khan, Katrina Kaif

Kapten Daniyal Khan bekerjasama dengan Nawaz Mistry untuk menjejak dan balas dendam terhadap Hafiz Said, dalang kepada serangan 26/11 di Mumbai. Movie Phantom diadaptasikan dari sebuah novel yang bertemakan serangan pengganas berjudul Mumbai Avengers. Beberapa scenes diambil dari misi Assassination of Mahmoud Al-Mabhouh dan Boston Marathon bombing.

10. Force 2 (2016)


Director : Abhinay Deo
Writer : Parveez Shaikh, Jasmeet K. Reen
Star : John Abraham, Sonakshi Sinha, Tahir Raj Bhasin

ACP Yashwardhan Singh (John Abraham) bekerjasama dengan ejen RAW, KK untuk menjejak pembunuh misteri yang berada di Kedutaan India di Budapest. Pembunuh tersebut merupakan hacker yang merancang untuk buat satu serangan pengganas berskala besar di India. Bukan saja perlu menjejak keberadaan pembunuh tersebut, untuk bekerjaasama dengan KK juga dirasakan mustahil kerana cara kerja yang berbeza. 

11. Rocky Handsome (2016)


Director : Abhinay Deo
Writer : Parveez Shaikh, Jasmeet K. Reen
Star : John Abraham, Shruti Haasan, Nathalia Kaur, Diya Chalwad, Nishikant Kamat, Sharad Kelkar

Remake kepada movie Korea Selatan, The Man from Nowhere (2010) yang mengisahkan kehidupan bekas ejen RAW, Kabir Ahlawat yang bekerja di kedai pajak. Kabir terperangkap dalam pergelutan antara pihak polis dan penjual organ juga pengedar dadah. 

12. A Gentleman (2017)


Director : Raj & D.K.
Writer : Raj & D.K., Sita Menon, Sumit Batheja
Star : Sidharth Malhotra, Jacqueline Fernandez, Darshan Kumaar, Suniel Shetty, Hussain Dalal

Gaurav Kapoor ingin bersara awal dari menjadi ejen perisik namun Kolonel Vijay Kumar Saxena hantar dia untuk satu tugas terakhir di Miami untuk dapatkan data tentang menteri. Data tersebut penting untuk Unit X jadi Kolonel kena hantar ejen terbaik dia untuk misi ni. 

13. Naam Shabana (2017)


Director : Shivam Nair
Writer : Neeraj Pandey
Star : Taapsee Pannu, Akshay Kumar, Prithviraj Sukumaran, Manoj Bajpayee, Anupam Kher, Taher Shabbir

Prekuel kepada movie Baby (2015) memaparkan kisah ejen Shabana yang direkrut dalam organisasi Baby sebagai pertukaran untuk balas dendam atas kematian kekasih dia, Jai setelah pihak polis sengaja lambatkan kes tersebut kerana dalangnya adalah anak menteri. Movie Naam Shabanaa menggunakan Malaysia sebagai salah satu shooting location. 

14. Tiger Zinda Hai (2017)


Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Neelesh Misra, Ali Abbas Zafar
Star : Salman Khan, Katrina Kaif

Sekuel kepada movie Ek Tha Tiger (2012) di mana Tiger dan Zoya ditugaskan untuk misi menyelamatkan sekumpulan jururawat India dan Pakistan yang dijadikan tebusan di Ikrit. Di sana Tiger dan Zoya lantik sendiri ejen-ejen lain baik RAW mahupun ISI untuk tumpaskan misi Abu Usman.



Director : Abhishek Sharma
Writer : Saiwyn Quadras, Abhishek Sharma, Sanyuktha Chawla Shaikh
Star : John Abraham, Diana Penty, Boman Irani

Pada tahun 1995, Ashwat Raina dari RAW ditugaskan untuk mengetuai sepasukan intelek yang diambil dari BARC (Bhabha Atomic Research Centre), DRDO (Defence Research and Development Organisation), Indian Army, ISA (Indian Space Agency) dan IB (Intelligence Bureau (India) untuk Operation Shakti. Mereka semua menyamar sebagai pihak arkeologi yang menetap sementara di Kubu Pokhran untuk kerja-kerja membaikpulih bangunan bersejarah di sana.



Director : Meghna Gulzar
Writer :  Bhavani Iyer‎, Meghna Gulzar
Star : Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Rajit Kapur, Shishir Sharma, Jaideep Ahlawat

Movie yang bertemakan patriotism ni diambil dari karya Harinder Sikka, Calling Sehmat yang berlatarkan perang India-Pakistan pada tahun 1971. Sebelum ni dah tengok movie The Ghazi Attack dimana mengisahkan bagaimana tentera India menyelamatkan negara dari serangan tentera dalam kapal selam Pakistan. Sebelum Ghazi Attack, kisah perisik India dalam Raazi bongkarkan bagaimana India mematahkan serangan Pakistan dan terpaksa berundur dari India.



Director : Robbie Grewal
Writer : Robbie Grewal, Ishraq Eba, Shreyansh Pandey
Star : John Abraham, Mouni Roy, Jackie Shroff

Berlatarbelakangkan Indo-Pakistani War pada tahun 1971, Romeo Akbar Walter adalah nama kepada seorang RAW agent yang dihantar oleh Chief Srikanth Rai ke Pakistan untuk mengintip nama-nama besar dan plan mereka. Movie ni diinspirasikan dari kisah benar perisik India, Ravinder Kaushik. 



Director : Raj Kumar Gupta
Writer : Raj Kumar Gupta
Star : Arjun Kapoor, Sudev Nair, Rajesh Sharma

Inspired by true events bila banyak letupan berlaku di tempat awam dan mengorbankan ramai orang. Dalang dalam letupan ni ialah Ghost dan semua unit khas anti-terrorist tak ada klu siapa yang terlibat. Prabhat Kumar diberi tanggungjawab untuk mencari Ghost bersama pasukan dia dan juga informer di Pakistan. 



Third installments di bawah YRF Spy Universe menampilkan ejen Kabir yang bertukar status sebagai pengkhianat setelah ingkar dengan arahan Menteri Pertahanan. Kabir adalah ejen terbaik RAW maka RAW arahkan ejen terbaik mereka, Khalid yang merupakan protege Kabir untuk mengetuai misi tangkapan tersebut. 

20. Bell Bottom (2021)


Director : Ranjit M Tewari
Writer : Aseem Arrora, Parveez Shaikh
Star: Akshay Kumar, Lara Dutta, Vaani Kapoor, Adil Hussain, Huma Qureshi

Diinspirasikan dari kes hijack yang berlaku pada 24 Ogos 1984 bila pesawat IC 691, Indian Airlines dengan 210 orang penumpang termasuk juruterbang dan pramugari dijadikan tebusan untuk 4 orang pengganas dari kumpulan Azaadi supaya Perdana Menteri Indira Gandhi bebaskan 7 orang yang telah ditahan di penjara negara India. 

Founder RAW propose supaya Perdana Menteri berhenti ikut kehendak Presiden Ke-6 Pakistan, Muhammad Zia-ul-Haq setelah 4 kali hijack berlaku semasa pemerintahannya. Ini cuma taktik kotor negara Pakistan menerusi Operasi Topaz untuk tawan beberapa kawasan di negara India. 

Okay done with the list! Kalau perasan kebanyakannya pelakon yang sama je sebab pegang watak spy ni kena undergo intensive training. For those yang berminat dengan movie yang bertemakan spy tapi tak tahu nak cari movie apa boleh lah belek dekat sini. Have fun watching!

Malaysia Thailand Halal Food Festival MATHAF 2022, Star Avenue Shah Alam

Monday 16 May 2022

'Alaaaa tak sempat nak beli xxxx tadi'

'Takpa, MATHAF tiap-tiap tahun ada' 

Conversation tu masa kitorang pergi MATHAF tahun 2019 tau. Bila masuk tahun 2020 terus pandemik sampai 2 tahun maka tahun 2022 Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF) pun datang balik ke Star Avenue. Memandangkan teringat balik conversation ni bila nampak deretan khemah putih dekat Star Avenue, terus masuk planner untuk pergi. 

Malangnya tak ingat dah makanan apa yang dicari masa tu sebab pending 2 tahun dah. Siapa je ingat kalau dah bertarung dengan pandemik kan? MATHAF tahun ni agak kurang meriah sebab tak banyak pun gerai dibuka. Mungkin sebab MATHAF berlangsung pada bulan Syawal, minggu orang tengah sakan beraya. 


Masa pergi ni dah lewat petang sebab tak ada mood nak makan berat so kitorang pergi MATHAF pukul 6 macam tu untuk mencari makan malam. Bad luck sikit lah sebab masa sampai tu hujan baru turun jadi tak ada tempat makan sangat. Tak tahu kenapa Star Avenue tak buka meja makan dekat ruang tengah tu padahal kosong je. 

Sudahnya tapau je bawa balik sebab ternampak tomyam ketam. Kalau makan dekat MATHAF ni tak boleh makan beria lepastu mesti segan belemoih. Bau asap dengan bau hujan sama naik je. Baik makan dekat rumah untuk ketenangan dan kepuasan maksima. 



Boleh nampak lah harga makanan dekat MATHAF ni dah meningkat dengan jayanya. Kebanyakannya berharga RM10 ke atas. Baby crab 100gram pun RM10. Makanan pun tak banyak pilihan sebab pusing-pusing gerai jual menu yang lebih kurang sama je. Menu baru untuk tahun ni pun Thai Spring Roll dengan Oyster Cheese. Boleh tahan mahal jugak lah oyster cheese dekat sini padahal boleh dapat osyter cheese dekat Restoran Nusantara RM10 je. Saiz pun besar. 








Lepas berjalan 2 pusingan buat keputusan untuk makan apa, maka ini lah hasil tangkapan dekat MATHAF. Tahun ni dah boleh buat pembayaran melalui Touch N Go ataupun QRpay tapi haihhh line slow jadi nak tak nak kena guna cash jugak. 


Ada lagi satu kitorang beli, Matcha Green Tea dengan Teh Ais dekat Baby Bangkok Tea tapi haihhh menyesal betul. Harga satu cup tu RM8 tapi dia guna susu tin so air dia manis yakmat! Tambah dua cawan air masak baru bearable untuk diminum. Dah la air ni tak boleh simpan lama sebab dia jadi sticky cenggini. Entah apa benda lah dia letak sampai jadi macam slime. Bazir RM17 hihu


Macam tahun sebelumnya tomyam yang paling berbaloi dibeli tapi harga dia dah mahal tahun ni sebab harga untuk semangkuk Kueytiaw Tomyam Seafood ni RM15. For me tetap berbaloi sebab seafood dia banyak. Ada ketam, udang galah, sotong dan clams. Sengkak terus perut lepas makan semangkuk tu. 

Thai Spring Roll is a scam. I tak rasa seller keluarkan modal yang banyak sampai dia kena jual RM10 satu set. Dia letak udang seekor je dekat depan tu. Ingatkan dekat bahagian dalam ada lagi rupanya timun dengan lobak merah je. Dah la gulung tak cantik sebab dia sengaja gulung besar untuk nampak banyak isi dekat dalam. Bila makan memang berterabur lah cerita dia. 

Pulut mangga tu so so je lah. Pulut dia warna hijau sedap tapi yang putih tu hmmmm. Kitorang habiskan RM62 dekat MATHAF untuk makanan yang menyedihkan. Kalau ada lagi MATHAF dekat Star Avenue mungkin akan pergi makan tomyam je haha