Bergambar Atau Cari Buku Di Book Xcess MyTown?

Monday 16 May 2022


Bergambar atau cari buku di Book Xcess MyTown ni? Jawapannya bergambar lah sebab kedai buku ni bergabung dengan rekaan senibina yang menarik dan kreatif. Selain rak buku yang tinggi, Book Xcess yang berkeluasan 31,200 square feet ni juga ada laluan berbatu sebagai tarikan dan interior menarik. Kena berhati-hati masa guna laluan berbatu sebab ada batu yang tajam juga. Risiko terpeleot juga tinggi.

Mesti dah ramai yang datang berkunjung dekat Book Xcess MyTown ni sebab dah lama pun wujud sebagai kedai buku ataupun sebagai port OOTD dan Instagram. Dari luar Book Xcess ni nampak kecil je tapi bila masuk boleh sesat jadinya sebab ada banyak lapisan di belakang. Cahaya pun agak malap dan susunan setiap rak lebih kurang sama jadi susah nak cari highlight point setiap ruang. 








Mungkin juga sebab I masuk dalam masa yang singkat jadi tengok macam tu je sebab tu senang keliru dengan semua bahagian. Katanya dalam Book Xcess ni ada 17,000 buah bahan bacaan atau mungkin dah makin bertambah bilangannya. 


Masa tengah ralit bergambar tu terdengar alunan piano dekat sebelah. Bila keluar tengok ada free show. Tak pasti Book Xcess memang invite pemain piano ataupun dia saja test skills dekat situ. Tak kisah yang mana satu, dia main piano sedap sangat, sesuai dengan suasana dekat situ. Nak stay lama lagi tapi tengah kejar masa :(




Kesemua buku dalam Book Xcess ni adalah bahan bacaan English dalam kategori fiksyen ataupun bukan fiksyen. Buku Khloe Kardashian pun ada dekat sini. Nak belek satu persatu setiap buku memang tak sempat tambah pula ada buku yang diletakkan tinggi. Boleh jadi satu hari duduk dekat sini sebab ada banyak buku boleh dibaca sinopsisnya dan bangku untuk berehat dengan selesa. 

Uniknya dalam Book Xcess ni ada galeri seni Papu Art Gallery dengan beberapa jenis lukisan dari pelbagai artis. Rasanya lukisan dekat sini akan sentiasa bertukar sebab tengok dekat Google ada lukisan lain, masa pergi Book Xcess ni lukisan lain. Masa tu banyak lukisan yang lebih dark dan bertemakan perasaan. As you guys can see in my pictures ada bentuk hati, ada manusia yang lost, ada yang kusut, ada juga yang tenggelam dalam kegelapan. 



Dekat dalam Book Xcess ni ada dua tempat makan, satu di cafe hipstur Whisk Cafe yang menghidangkan kopi dan kek. Satu lagi restoran Ume Tei yang menawarkan hidangan makanan asli Jepun. Interior restoran ni pun cantik sebab ala Jepun tapi tu lah tak boleh makan dekat situ.  





Tertarik sangat dengan koleksi lukisan karakter dan figura Marvel yang tengah popular dan jadi kegilaan ramai. Nak bergambar dekat bahagian ni kena ada bakat seni dan kreativiti yang tinggi. I ambik 10 gambar pun tak ada satu yang menjadi. Mungkin juga kerana faktor obesiti T.T




Sebelum keluar dari Book Xcess ada cashier counter dan pelbagai jenis ala tulis di bahagian ni. Memandangkan datang untuk bergambar, maka tak ada lah sesi jual beli berlaku di ruang ni. Mungkin lain kali. Mungkin. 


Masa jalan dekat bahagian bawah MyTown Shopping Centre ternampak logo Goobne dekat board senarai restoran yang ada dekat sini. Sha ajak makan dekat sini sebab belum pernah cuba lagi restoran baru yang dipromosikan dalam drama Korea Business Proposal (2022). Nampak macam sedap tengok diorang makan dalam drama tu. 

Goobne terletak dekat Tingkat 3 di MyTown Shopping Centre ni, bersebelahan dengan GSC. Nasib baik lah kitorang awal sikit je sampai dekat sini walaupun kena tunggu selama 40 minit untuk makanan siap sebab terlampau ramai orang Sabtu lepas. Masa tengah tunggu tu barisan jadi makin panjang walaupun kena tunggu lama. 


Nasib baik lah staff Goobne sediakan kerusi untuk pelanggan duduk sebab ada juga ibu mengandung yang datang beratur walaupun ramai. 

Goobne mula beroperasi sejak tahun 2005 dan tampil dengan cara penyiapan yang berbeza dari restoran franchise ayam goreng yang lain. Kalau KFry dengan Kyochon hidangkan ayam goreng, restoran Goobne bakar ayam dalam oven selama 13 minit dengan suhu 195 darjah. Tapi tu lah, kalau bakar selama 13 minit, kenapa kena tunggu lama sampai 40 minit? Mungkin kitorang batch ketiga untuk staff hidangkan ayam tu. 


Memandangkan Goobne hidangkan ayam yang dibakar dalam oven, jadi minyak yang digunakan tak sebanyak franchise restaurant yang lain lah. Dalam drama Business Proposal tu Shin Ha Ri tunjuk perapan ayam menggunakan beras perang supaya ayam dia lebih rangup. Betul ke tak tu tak pasti lah pulak sbab tak ada rasa serdak beras pun masa makan tu. 



Goobne wujud dengan soalan macam mana nak provide makanan yang sihat untuk anak-anak owner. Jadi menu yang dihidangkan lebih berkonsepkan makanan yang sihat lah. I tak pasti kenapa Goobne ketengahkan makanan sihat sedangkan menu dia lebih kurang sama je dengan restoran lain. Sayur pun tak banyak dekat dalam menu dia. 

Kitorang setuju untuk order UFO Chicken - Spicy Galbi dan Cheese, Spicy jjampong ramen dengan nasi goreng. Drinks pula Cola, Sprite dan Ice Lemon Tea sebab drinks dia tak banyak pilihan. Cocktails pun not available masa tu. Tak lama lepas tu, order pun sampai. 


Terliur tengok spicy seafood jjampong ramen dia sebab warna tu menggoda sangat. Nampak pekat dan bau sedap. Seafood yang dia guna pun banyak juga walaupun banyak seafood bercengkerang. Untuk UFO Chicken, kena tunggu staff balutkan ayam macam dekat KFry tu tapi sebab ramai orang jadi balutan dia asal boleh je. 



Ayam dia sedap lah untuk ayam bakar dibalut dengan cheese. Personally I lagi suka Spicy Galbi dari cheese sebab serbuk ditabur je dekat atas ayam tu. Kalau makan dekat sini elakkan order nasi goreng sebab tak berbaloi dengan harga. Spicy Seafood Jjampong dia sedap walaupun tekak I tak suka makan kimchi. Menu ni sama dengan Seafood ramen Kfry dan dua-dua pun sedap. 


Vibe dekat Goobne ni macam restoran biasa je sebab tak ada lagu Korea ataupun interior menarik. Tempat dia agak sempit kalau datang 4 orang ke atas. 


Special service dekat Goobne ni bila pelanggan boleh charge handphone dekat charging station. Agak bateri nak habis boleh charge sementara habis makan. Payment method pula macam biasa lah lebih terarah pada cashless dengan kad debit atau kredit, QRpay ataupun GrabPay. 

Overall not bad lah makan dekat Goobne ni. Bab rasa tu pada tekak masing-masing tapi kalau nak sembang pasal healthy, I rasa tak lah healthy mana pun haha


Lepas habis cupsleeve event #BerayaWithYoshi di Nu Sentral, Sya dengan Tira ajak pergi ke MyTown Shopping Centre dekat Cheras. Memandangkan tak pernah lagi pergi ke mall ni kitorang angguk je lah dan biarkan diorang guide. Selama ni tak pernah tahu langsung tentang kewujudan MyTown sebab tak pernah pergi Cheras. 

Pergi lah tapi bukan dekat area sini. Pergi pun semata lintas Cheras lepastu masuk ke Hulu Langat. Bila Tira bagitahu boleh naik MRT Muzium Negara lepastu turun dekat stesen Cochrane macam oooohhhh je. Kalau ikutkan boleh pergi ke MyTown dari rumah lah tanpa perlu tukar platform pun. Memang lepas ni jalan-jalan dekat sini sebab dah bosan dengan OU. 


Dari MRT Cochrane tu berjalan je masuk ke MyTown so tak perlu risau panas atau hujan kecuali ada zombie datang serang. Agak jauh jugak lah kalau berjalan so advisable untuk pakai sneakers atau selipar. Kalau heels confirm murung melainkan ruang bawah ni adalah fashion runway rekaan. Shoot video TikTok dekat bawah ni pun syok jugak. 

Ruang paling bawah adalah ruang makanan. Macam-macam jenis bau makanan ada dekat LG sampai tak boleh buat keputusan nak makan mana. Cantik jugak lah susunan setiap restoran kecuali Family Mart yang sentiasa tak cukup staff. Masa naik eskalator terdengar bunyi kompang dekat ruang tengah. Rupanya ada geng kompang mengalukan kedatangan pelanggan yang beraya dekat mall. Which is us hshshs


MyTown Shopping Centre ni memang besar sbab keluasan dia seluas 20 padang bola. Satu hari berjalan mana cukup nak usha semua kedai dan tempat menarik. Yang I sempat tengok pun ada panggung wayang GSC dan seharusnya lah penuh dengan manusia dekat dalam tu layan Dr. Stranger dengan KKN Desa Penari. Tealive pun taknak kalah sampai ada dua outlet dekat LG satu booth, dekat Tingkat 3 ada lagi satu. Dua-dua penuh dengan orang sebab dekat MyTown ni ramai budak OOD dan keluarga. 


Tingkat 3 banyak attractions macam Parentland untuk hantar anak-anak main playground dekat situ. Untuk remaja dan dewasa boleh main dekat tempat ala Skytrex. Macam tertarik jugak dengan yang ni sebab 2 jam RM48 je. Dah lama tak buat outdoor activities macam ni tapi kira outdoor ke sebab dia indoor tapi ada sukan separa lasak. Ada Escape Room jugak dekat Tingkat 2 tapi adik I refuse untuk pergi sebab dia kata takut stuck lama tak boleh nak keluar sebab dia jarang makan kismis minda pfftttt


Food court dekat Tingkat 3 ni pun penuh dengan orang so tengok dari jauh je lah kemeriahan dia. Tak tahu pun makanan apa ada jual dekat situ. Nampak tak maknanya apa? Yes, maknanya kena pergi lagi untuk explore. 

Semalam nak masuk kedai deko rumah lepas pergi Book Xcess tapi itu lah, masuk Book Xcess pun dah makan masa satu jam setengah dan tak habis explore lagi, memang tak sempat lah nak jengah kedai lain. Panda Eyes dekat sebelah tu pun tak sempat nak pergi. 


Dekat Tingkat 3 ni ada pusat kiropraktik tapi bila tanya pasal rawatan dia, kot celah mana pun kena pergi refer hospital dulu walaupun dah ada simptom sakit yang ketara. Macam sakit belakang, sakit bahu ataupun sakit sendi. 

IKEA yang bersambung dengan MyTown Shopping Centre ni adalah IKEA yang terbesar di Malaysia buat masa ni. Memandangkan masa dah suntuk, maka terpaksa lah pandang sipi je IKEA tu. Next time lah pergi sana sebab ada barang yang dicari tapi bukan sekarang. Syok jugak ek pergi MyTown kalau ada perayaan besar datang sebab Padini, Brands Outlet dengan Uniqlo dia besar. Asyukkkk nak shopping ni!

Sebelum balik nak pergi ke Madam Croffle sebab viral dekat TikTok tapi line dia memang zahabedah panjang. Memang tak lah nak beratur dekat situ. Again, next timeeeeee!  

#BerayaWithYoshi Di Chizu Nu Sentral

 
Dah lama nak merasa pengalaman join cupsleeve event either under iKONIC ataupun Teume dan 14 Mei lepas dapat merasa pengalaman tu. Excited and nervous at the same time sebab I baru je stan Treasure bulan Mac lepas gara-gara kuarantin seminggu sebab Covid. 

First step nak join haruslah isi google Form untuk dapatkan ID untuk event tersebut. Awal jugak lah admin keluarkan pengesahan untuk cupsleeve event ni. Sebulan sebelum tu dah kena decide nak pergi tarikh yang mana. Hari Sabtu Open House Treasure dan Yoshi Day manakala hari Ahad untuk Hyunsuk Day dan Hauto Day. 

Kalau ikutkan nak pergi hari Ahad sebab bias I Hyunsuk dengan Haruto so boleh lah jumpa geng yang sama dan dapat photocard atau freebies related with both rappers. Tapi memandangkan I takut something happened on that weekend, Sabtu adalah hari yang selamat supaya Ahad boleh rehat. Faham tak cara I berfikir? Hshshs 

Lagipun hari Sabtu tu Open House Treasure so semua member ada lah kan, kira fair and square lah. Pelik lah jugak kenapa Haruto dengan Hyunsuk hari Ahad sedangkan birthday Yoshi jatuh hari Ahad. Anyway I memang book hari Sabtu untuk slot pukul 12pm hingga 1pm sebab yang ni je available. 

Walaupun slot I start pukul 12pm tapi terlambat sikit lah sebab Grab driver ataupun bas tak ada. Memang tak lah nak masuk KL drive sendiri. Parking dekat Nu Sentral pun mengundang jugak rate dia per hour. Dalam 12.15 macam tu baru kitorang sampai. By kitorang, I mean me and my sister lah walaupun dia MOA tapi dia casual listener Treasure jugak. 



Dari jauh lagi dah nampak bunting Yoshi ni terus mood fangirling sampai. Registration counter agak tersorok dekat dalam. Admin bagitahu kena purchase 1 drink dan 1 croissant untuk join the event. Nasib baik lah kitorang memang layan Chizu. Bila tunjuk ID yang I dapat via email, admin sahkan ada lepastu bagi freebies. Malangnya I tak dapat seat pun. Then what's the point of having ID if you're not eligible for any seat? I tak tahu lah cupsleeve events yang lain macam mana but for this one I'm quite disappointed. 

Admin pun tak ramah untuk mengalu-alukan Teumes yang datang sebab most of them cuma berkumpul dekat dalam. Dekat registration counter tu ada ruang duduk so diorang berkumpul dekat situ je tanpa beramah mesra dengan Teume yang datang. I dah lah tak kenal siapa. Nasib baik datang dengan adik. Kalau datang sorang memang blur teruk. Bukan ke open house tuan rumah kena sambut tetamu? Then kenapa tuan rumah menyorok dekat dalam? 

For the decoration memang penuh lah dengan gambar Yoshi tapi ada yang senang tercabut sebab admin tampal dekat bahagian tengah je. Not secure enough lah for the rest of the day. Patutnya tampal 4 penjuru, tak payah tebal pun tak apa. 






Lepas setengah jam dekat event ni, ambil gambar sana sini baru lah dapat meja untuk duduk. Boleh lah bagi hilang dahaga kejap. Meja sebelah pun kosong then ada yang tanya seat sebelah ni kosong ke tidak. Tanya itu ini tup tup follow Twitter account lepastu buat plan lepak sekali dekat MyTown. Pergghhh that's soooo easy to make friends huh? 

Dalam 10 gambar ini yang terbaik hshshs


Photocard dari Blooming Treasure

Thank you for the freebies! 

I tak tahu peraturan untuk event ni macam mana tapi kalau boleh admin letak la banyak sikit tempat untuk bergambar kalau tak ada aktiviti dari pihak admin sebab ruang dekat Chizu tu pun luas lagi. Dan admin pun sejenis nak menyorok dekat dalam biarkan je tetamu datang layan diri sendiri. Event ni tak kira percuma lah sebab wajib beli makanan dekat Chizu untuk join. 

Masa tengah bergambar tu pun admin kira rude jugak dengan kutuk belakang bila ada Teumes yang bergambar lama dekat satu tempat. Suka hati lah nak bergambar 50 keping pun unless pihak Chizu atau admin dah letak limit masa untuk satu section berapa lama saja seorang boleh bergambar. Masa I bergambar pun ada admin yang kacau bila diorang setup kerusi. I mean boleh je kan tegur elok-elok nak buat kerja kejap. 

Walaupun pengalaman pertama ni buruk tapi I tetap bersyukur dapat join dan jumpa kawan-kawan baru. Not sure if I will join another cupsleeve events under Teume MY but I will seek another experience from other fandom like MOA, Carats, Atiny or maybe Jebbies lol.