Bila Pintu Kaca Bunyi Kraak Kraak Kraaakkk

Friday 20 August 2021

Seriau sangat bila glass door berbunyi kraak kraak kraak macam tu. Gaya macam nak pecah pun ye jugak. Dia akan berbunyi setiap kali orang buka pintu. Selalunya yang suka buka pintu ganas ni courier service lah sebab diorang nak cepat so bukak dengan sepenuh hati. 

Awalnya tu perlahan je bunyi dia tapi makin lama makin kuat. Petanda lah tu dah makin teruk. Masa dia berbunyi perlahan tu bukannya taknak pergi repair tapi PKP kan, siapa je buka kedai. Bila dah masuk fasa PKPB, baru lah dapat repair. Kebanyakan yang kitoang call charge sampai RM800 tapi nasib baik jumpa uncle ni harga RM250 je include checking sebab kitorang hantar video dekat Whatsapp so dia dah tahu dekat mana punca masalah dia. 


Tapi apa-apa pun punca dia dekat bahagian bawah ni je haha


Lama juga dia nak repair pintu ni pun sebab nak angkat pintu tu keluar dari bracket dia. Pintu kaca ni berat jugak lah. Nak adjust tu pun kemain lama sebab kalau salah measure ketinggian dia, boleh makan border bahagian atas. 

Lega sangat bila pintu kaca dah hilang bunyi kraak kraak tu. Lepas dah jadi macam ni kitorang minta courier service drop parcel dekat luar je lagipun tengah Fasa 1 so better elakkan diorang masuk. Dah sanitize parcel dekat luar baru ambil bawa masuk dalam. 

iKON iDecide Album & Buah Tangan Sulung DK

Thursday 19 August 2021

Bulan ni dapat payment dari client terus pergi Shopee order album iDecide dari iKON ni. Album iDecide ni ada dua version, satu dengan cover hijau macam yang I beli. Lagi satu dengan version merah. Tak tahu kenapa iKON decide untuk guna warna hijau neon pada album cover padahal warna tema diorang merah dan putih. 


The reason I pilih album cover warna hijau sebab ada perbezaan pada photocard berkumpulan bila version yang ni ada photocard berlipat tu. Dekat vlive JuNe dia ada tunjuk photocard tu ada gambar B.I sekali lepastu dia cakap iKON akan sentiasa bertujuh. Forever and always. 


Tapi bila album ni sampai memang kecewa lah jadinya sebab diorang dah koyak gambar B.I :( Boleh nampak konsep dan style iKON berbeza sangat dengan konsep dalam album photobook. Sedih benar rasanya kena game dengan YG. Kejam betul buang padahal main producer untuk album ni still lagi B.I untuk 5 buah lagu. Dah la remuk hati ni tengok album cover tu kemek dekat bahagian atas. Redho je lah kan kalau dapat courier service macam J&T. 


Dalam mini album iDecide yang berharga RM70 tanpa poster besar ni ada CD iDecide, album photobook iDecide, photocard berkumpulan, sticker iDecide, buku lirik, photocard Jay dengan signature dan photocard June. Berharap jugak lah dapat photocard DK tapi okay lah sebab JuNe is my first bias kemudian Jay sebelum takhta tu dicantas oleh DK haha. 

Sembang pasal lagu, punca sampingan beli album iDecide ni sebab lagu Flower tu DK yang composed. Dia dapat inspirasi untuk buat lagu Flower bila terkenangkan ramai iKONic yang pergi tinggalkan iKON. DK guna analogi bunga dengan angin dalam lagu genre balada ni sebab bunga tetap kuat walaupun ditiup oleh angin. Sebelum ni ramai yang assume lagu Flower ni DK gubah untuk B.I yang terpaksa keluar dari iKON gara-gara skandal dadah. Lirik lagu melankolik Flower menguatkan lagi assumption tu. 



"Following the path of clouds, 
on the other side, will our old selves still be there? 
And I know that I can't turn back time 
or hold onto you and bring you back...." - Flower, 2020

Untuk mini album iDecide ni iKON cuma dapat buat satu sahaja MV untuk main track Dive yang merangkul carta di kebanyakan negara Asia seperti Jepun, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain. Alunan harmonika pada intro antara elemen kreatif untuk lagu genre hip-hop yang rancak dengan koreografi menarik dari iKON. Lirik lagu Dive menggambarkan perasaan dilamun cinta yang mendalam. 

"I was blinded just because of love 
I’ll dive into your world 
You light me up I can’t focus 
You can make me fly without wings 
If you’re the fire I’ll dive into it 
I’ll say it’s warm and flare up 
If you’re a thorny path I’ll dive onto it 
I’ll say it’s soft and throw myself against it... " - Dive, 2020

Best tengok MV Dive sebab colourful dan konsep yang menarik dekat set yang berbeza bagi setiap member iKON. Dekat Youtube channel iKON ada behind the scenes video sepanjang iKON shooting MV ni. Jay shoot selama 6 jam untuk part dia padahal dekat dalam MV keluar tak lama mana pun tapi puas hati lah tengok. Lepas habis part dia, Jay sambung pulak untuk personal photoshoot. Dekat photoshoot ni diorang kena lompat atas trampoline. 

Photoshoot kemain banyak dan lama tapi tak tahu lah mana YG simpan gambar tu semua. Letak dalam warehouse building tu gamaknya. Baik selit sekali dalam album tu haa. Tak tahu la apa perasaan iKON bila penat bekerja siang sampai ke malam tapi tak ada hasil. Entah apa benda YG fikir entah. 

Btw, part JuNe cool jugak sebab dia lompat rentas api dan tu scene paling berbahaya dia pernah buat sampai baju terbakar. 

Track ketiga, Ah Yeah dengan rentak upbeat pop yang sesuai dengan imej iKON. Intro lagu rancak ni menggunakan marching band dengan verse dari Bobby kemudian bertukar melodious dengan suara DK. Chorus dari JuNe dengan suara serak dan genre yang terarah kepada rock. Surprisingly lagu Ah Yeah iKON ni digunakan oleh atlet Korea dekat Olimpik Tokyo 2020 tempoh hari. Excited lah sebabtak ramai yang tahu pasal lagu ni. Trending terus dekat Twitter. 

My body’s drenched in sweat; 
I swallow hard on my saliva 
My heart is expanding like a balloon right before it’s about to burst 
Ah yeah, ah yeah—Adrenaline, adrenaline, adrenaline is exploding 
Ah yeah, ah yeah Through the roof and over the clouds, 
into the galaxy we run Ah yeah... - Ah Yeah, 2020


Menggunakan melodi yang sarat dengan vibe 90-an, track Around The World menghadirkan suasana yang ceria dan fun. Harmoni dan lontaran suara vokal lebih lembut dengan rap yang sederhana santai tapi energetik dari Bobby. Suara DK lebih jelas di bahagian chorus track yang sesuai menggambarkan perasaan angau dilamun cinta. 

The whole world is tainted by you, 
365 days, all four seasons remain as spring 
The whole world changed into a fairy tale 
A lifetime contract the whole world is only signed to you...
The whole, whole, whole world is completely filled with you 
The whole, whole, whole world is completely filled with you 
The whole world...  - Around The World, 2020


Sesuai dengan imej iKON yang terkenal dengan King of Breakup Songs, lagu Holding On juga diadun menggunakan konsep dan genre pop yang rancak selepas lagu Love Scenario yang pernah menjadi national anthem. Tak rasa nak bersedih pun bila putus cinta gara-gara lagu yang digubah liriknya untuk pendengar rasa bersemangat untuk jalani hari tanpa cinta. 

It turns out that there isn’t much to a break up 
After I bawled my eyes out, I felt so relieved 
It turns out that there isn’t much to holding onto regrets 
I finally understood what they meant when they say, “time heals all wounds” 
I’m holding on, it’s a bearable loneliness 
I’m holding on, it’s a bearable yearning 
It doesn’t hurt as much as I expected 
I just miss you a little bit from time to time, but I’m holding on...
- Holding On, 2020


Personally for me semua lagu dalam mini album iDecide ni best mengikut genre masing-masing, ada perjalanan cerita yang tersendiri dan berpaksikan konsep dan imej iKON sejak dulu. Bila dengar je boleh nampak imej iKON pada lagu tu. Sepatutnya album iDecide ni release pada tahun 2019 sebagai comeback album tapi malangnya terpaksa ditangguh sebab B.I dan iKON kena record balik semua lagu. 

Dalam vlive JuNe ada bagitahu pasal cerita kelakar yang jadi masa diorang semua rakam lagu tapi dia nak B.I yang cerita masa launching event album iDecide. Malangnya sampai sekarang tak dapat tahu apa cerita kelakar tu. Kalau suruh dia cerita balik mesti dia mengelak sebab cerita kelakar dah jadi kenangan sedih. 


Anyway, on positive note selain DK gubah sebuah lagu balada untuk iKONic, I jatuh cinta dengan hairstyle dia. He looks breathtakingly handsome ISTG! 

Shopee | Pampas

Bila dah ramai sangat yang beli Pampas, kita pun mula lah terjebak sekali kan? Bila ambil gambar macam kosong je tak ada props, boleh dah start beli sikit-sikit props aesthetic yang murah dekat Shopee. 

Pampas grass ni sebenarnya lalang setinggi 3 meter je pun kalau dekat negara Amerika Selatan tapi sejak lockdown ni mula jadi kegilaan di Malaysia untuk deko rumah. Kreatif lah lalang dekat belakang rumah orang Amerika tapi jadi deko hiasan dekat rumah Asia. Sama lah dengan daun semalu, semak dekat lama kita tapi comel sebagai hiasan di rumah westeners sana. 


Kebanyakan pampas grass yang dijual secara kering di Shopee berwarna coklat dan yang Pana beli pun warna yang sama jugak. Kalau dekat Amerika ada warna putih, kuning cair, ungu dan juga pink. Masa belek Shopee tak jumpa lagi yang berwarna selain coklat ni. 

Sebenarnya dari tahun 2017 dah mula jadi kegilaan dekat Instagram tapi bila dikorek-korek balik makna di sebalik tanaman pampas di laman rumah ni, jualan pampas menurun. Di UK pada zaman 1970s, mana-mana rumah yang ada tanaman pampas ni adalah jemputan untuk bertukar isteri. Tak boleh imagine kalau lahir zaman dulu, hidup jadi hamba lelaki semata. 

Nasib lah new generation buat pampas ni sebagai hiasan elegan tanpa sebarang makna dan cuma berniat untuk cantikkan rumah. T.T

Kebanyakan seller dekat Shopee akan jual dua jenis Pampas grass sama ada tinggi yang berukuran 50cm hingga 70cm, yang rendah pula berukuran 35cm hingga 49cm. Yang dalam gambar ni saiz pendek je sebab nak try dulu. Pampas ni dari kedai Azmall.my sebab penghantaran dia cepat dan pampas dibungkus dengan baik. Baca review semuanya happy dengan service seller. 

Masa tu beli 5 batang je sebab pasu kecil je nanti tak cantik pulak kalau mampat sangat sebab pampas ni suka mengembang. Dah sampai terus jemur sebab sekarang dah nak masuk musim tengkujuh so hujan lebih banyak dari matahari. Dua hari jugak lah menjemurnya sebelum letak dalam pasu. Tips nak jaga pampas grass kering ni jangan letak dekat kawasan berangin sebab nanti tertanggal, tak kembang ataupun patah. 

Bila dah guna sebagai props gambar ni memang berpuas hati lah sebab cantik. Lepas ni nak beli yang tinggi pulak letak sebelah cermin panjang. Heeee~!

Movie Review | Tokan (2013)

Wednesday 18 August 2021

Pengarah :  Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip :  Ghaz Abu Bakar, Helmi Jamil, Fadzil Zahari

Pelakon : Zizan Razak, Johan As'ari, Liyana Jasmay, Sofi Jikan, Wan Hanafi Su, Pekin Ibrahim, Wanna Ali, Ajai

Syarikat Produksi : Pencil Pictures, MIG Pictures Sdn Bhd

Pengedar : Metrowealth Pictures, Netflix, MUBI

Genre :  Aksi / Komedi Gelap

Durasi Tayangan : 93 minit

Tarikh Tayangan : 26 Disember 2013

Trailer :


Tokan seperti tajuknya mengisahkan mengenai aktiviti perniagaan terlarang yang menghasilkan dadah dan diedarkan ke beberapa tempat di dalam negara dan juga luar negara. Tuan Kamil (Wan Hanafi Su) adalah tokan terbesar di negeri Melaka dan mempunyai pengawal peribadi yang setia selama 10 tahun melindungi tanpa persoalkan perniagaan haram majikannya. Yusof (Pekin Ibrahim) tahu tuan dia terhutang budi dengan tokan lama yang dibunuh secara kejam lantas mengambil alih perniagaannya. 

Dek kerana sibuk dengan perniagaannya, jarang dia dapat luangkan masa bersama kedua-dua orang anak perempuannya. Tuan Kamil tahu anak bongsu dia, Wana (Wanna Ali) hanyut dalam dunia dadah tambah pula bila Mat Lobe (Zizan Razak) yang menjadi pengaruh utama. Harapkan pegar, pegar makan padi. Sementara Suri (Liyana Jasmay) pula hampir dicederakan oleh mat gian di Kampung Periuk kerana orang suruhan Mat Lobe cadangkan tempat tersebut untuk buat kajian. 

Mat Lobe mengadu nasib dengan Solihin (Sofi Jikan), pencipta dadah yang kreatif dan banyak menghabiskan masa dalam kontena yang terletak di tapak pembinaan. Tak banyak Solihin dapat bantu melainkan bagi ciptaan terbaru dia pada Mat Lobe supaya dapat push sales lebih banyak. Mungkin juga Solihin boleh slow talk dengan Yusof bila mereka berdua lebih rapat. 

‘Gua tak tahu lah kenapa gua lepak dengan lu. Sebab lu rasa diri lu teruk. Jadi lu kena jumpa orang macam gua yang lebih teruk daripada lu. Supaya lu rasa feel good pasal diri lu kan?’ – Solihin

Serabut dengan masalah Mat Lobe tak lah seserabut masalah pemburu misteri yang ingin semua yang bekerja di bawah Tuan Kamil mati. Macam mana Yusof nak selamatkan Tuan Kamil daripada pemburu tersebut, kena tengok sendiri lah di Netflix. 

Memandangkan genre movie Tokan di bawah terbitan Pencil Pictures dan MIG Pictures Sdn Bhd ni black comedy dalam dunia jenayah, tak boleh lah nak mengharapkan watak hero adalah baik walaupun pengarah Ghaz Abu Bakar cuba olah watak Yusof sebagai karakter yang tersepit dalam keadaan. Plot twist ada pada ending cerita and for me macam menarik jugak lah sebab pengarah sengaja tease pada beberapa babak. 

Awalnya macam malas lah nak tengok movie ni tapi saja layan sebab Netflix recommend but turns out jalan cerita dia menarik dengan cerita yang dipaparkan secara realistik mengenai realiti masalah dadah dalam kalangan anak muda di negara ni. Pada awal movie agak perlahan dan berat tapi bila masuk second half dengan kemunculan pemburu misteri dan beberapa babak aksi buatkan momentum penceritaan meningkat. 

Sinematografi dari Wan Chun Hung menampilkan sisi gelap Bandaraya Melaka yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Visual mungkin tak lah cantik mana tapi okay lah untuk pembikinan movie pada tahun 2013. Tona gelap lebih banyak digunakan untuk disesuaikan dengan genre dan mood penceritaan juga screenplay. Lagu Tokan oleh W.A.R.I.S dan Fiq sesuai dengan tema movie. 

Antara kekuatan movie Tokan adalah pada lakonan barisan utama pelakonnya dengan cara lakonan yang tersendiri terutamanya Pekin dan Sofi Jikan. Menarik kalau penulis kembangkan lagi persahabatan dua watak yang berbeza karakternya tapi energetik dalam profesion mereka. Sayangnya Zizan agak try hard dengan babak kelakar dan sometimes nampak cetek bila dalam situasi genting macam babak kejar-mengejar dengan Rano (Johan Asari). Apapun karya tempatan ni selayaknya diberikan perhatian walaupun dah terlambat selama 8 tahun.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 8.3/10

Movie Review | Shershaah (2021)

Tuesday 17 August 2021

 

Director : Vishnuvardhan

Writer : Sandeep Srivastava

Cast : Sidharth Malhotra, Kiara Advani, Shiv Panditt, Sahil Vaid, Nikitin Dheer

Production Company : Dharma Productions, Kaash Entertainment

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : War / Drama / Romance

Running Time : 135 minutes

Release Date : 12 August 2021

Trailer :



Setahun tunggu movie ni keluar and finally dapat juga tengok kisah keberanian Kapten Vikram Batra yang berjuang melawan tentera Pakistan dan juga pengganas untuk merampas kembali kawasan Kashmir dalam perang Kargil tahun 1999. 

Antara sebab utama nak tengok movie ni haruslah kerana Sid Malhotra berlakon dalam genre perang. Sebelum ni Sid pernah berlakon dalam movie Aiyaary (2018) tapi watak dan skrip cerita tak ditulis dengan bagus. 



Sejak kecil lagi Kapten Vikram Batra (Sidharth Malhotra) bercita-cita untuk menjadi askar supaya dapat berbakti kepada negara. Pernah sekali impian dia terkeluar dari landasan bila dia jatuh cinta dengan Dimple Cheema (Kiara Advani). Nak kahwin dan impressed mertua punya pasal dia sanggup masuk tentera laut sebab bergaji lebih tinggi dari tentera. Tapi kawan dia tegur supaya ingat balik kenapa dia pilih tentera. 

‘‘When some other person comes along and shatters your dreams you can somehow pick up the pieces and move on. When you’re the one who shatters your own dreams with your own hands you end up dead inside. And a dead person can’t keep themselves happy much less make anyone else happy.’’ – Sunny (Sahil Vaid)


Pengarah Vishnuvardhan tak fokus sangat dengan perjalanan Kapten Vikram training kemudiannya dihantar ke Kashmir. Pace cerita ni agak laju kemudiannya bergerak ke konflik utama bila unit 13 JAK yang diketuai oleh Kapten Vikram ambush safe house Haider, salah seorang terrorist yang mengumpulkan ‘mujahideen’ untuk letupkan beberapa kawasan di sana. 

Tak dinafikan kelebihan production house Dharma Productions bila visual yang dipaparkan di medan perang tampak real dan menakutkan. Bila-bila masa sahaja akan dibom oleh pihak musuh. Makeup effects pun cemerlang. Panorama kehidupan masyarakat di sempadan Kashmir disetkan pada tona yang lebih malap. Kamaljeet Negi lebih banyak menggunakan teknik close-up untuk elemen drama dan romantik. 

Music score dari John Stewart Eduri menambahkan lagi elemen dramatik dengan musik latar yang menggerunkan di medan perang. Himpunan lagu yang berunsur patriotism juga diletakkan lebih banyak kerana karakter dan semangat Vikram sememangnya tinggi sejak kecil lagi. Lagu Raataan Lambiyan sweet dengan visual, melodi, lirik oleh Tanishk Bagchi juga dendangan suara lunak gabungan Jubin Nautiyal dan Asees Kaur. 



Bab chemistry antara Sid dengan Kiara pun tak perlu dipertikaikan bila mereka berdua memang bercinta sejak 2018 lagi. Walaupun screentime Kiara agak terhad tapi tak bermakna dia tenggelam dengan watak-watak lain. Dia ada ruang dia tersendiri dan impak kepada watak Vikram. Cinta Vikram-Cheema sampai sekarang tak terganggu oleh sesiapa pun. 

Walaupun banyak kematian yang menyedihkan dalam movie Shershaah tapi kesetiaan, semangat patriotik, kekeluargaan, persahabatan malah percintaan buatkan perjalanan cerita jadi lebih bermakna. Dialog yang ampuh dari penulis Sandeep Srivastava yang terkenal dengan karya New York (2009), Kabul Express (2006) ataupun Kahaani (2012) menjadi salah satu penyumbang kekuatan movie ni. 


Kalau pada tahun 2019 laungan ‘How’s your Josh?! High sir, high sir!’ gara-gara penangan filem Uri (2019), tahun ni semangat tu lebih dramatis dengan ayat ‘Yeh Dil Maange More, sir’ bila watak Kapten Vikram Batra gembira dengan kemenangan unit dia bertempur dengan pihak pengganas. 

‘If you’re a soldier then you live by chance, love by choice and fight by profession.’ – Captain Vikram Batra


Dekat hujung movie Shershaah ni ada ditayangkan klip asal Kapten Vikram Batra buat interview ceritakan pengalaman dia dan macam mana karakter yang dipaparkan oleh Sid, macam tu lah juga karakter sebenar hero yang mengharumkan nama negara India. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

TV Show Review | ILOGU iKON (2020)

Sunday 15 August 2021

Director : N/A

Writer : N/A

Cast :  iKON (Jay, Bobby, Yunhyeong, Donghyuk, Junhoe, Chanwoo)

Production Company : iLOGu

Distributor : Youtube Idol Live / U+ Idol Apps

Genre : Variety Show

Running Episodes : 8 episodes (15 minutes per episode) + 3 episodes special clips (5 minutes per episode) + 3 episodes unedited clips

Release Date : 30 July 2020 – 29 September 2020


Tak pasti program iLOGu ni under siapa tapi kesemua idol group yang join show ni dapat pergi bercuti dan shoot ikut kreativiti masing-masing tanpa rules ataupun challenge. Mungkin bebas buat apa saja dengan syarat tarik viewers sebanyak mungkin dekat apps dan Youtube account Idol Live. 

iKON dijemput khas untuk bercuti di Namhae dalam Season 2 sebanyak 8 episod dengan pelbagai jenis aktiviti yang semua member plan nak buat dekat sana. Dalam Episod 1 ada perbincangan antara iKON bersama manager dan staff untuk pilih beberapa aktiviti yang dicadangkan. Dah 2 tahun iKON tak dapat pergi bercuti so diorang nak guna peluang ni untuk rest, enjoy dan celebrate anniversary ke-5. 

Jay nak hiking, DK dengan Bobby nak buat outdoor activities – paragliding dan main air, Yunhyeong nak food hunting dan upload gambar dekat social media, JuNe nak workout dan makan seafood dekat sana sebab Namhae ada laut so seafood mesti fresh. Chanwoo pula nak have fun dengan iKON member. 

Walaupun diorang dah plan macam-macam tapi kebanyakan masanya diorang terpaksa stay dekat dalam guesthouse sebab cuaca tak elok sepanjang iKON shoot dekat sana. Yunhyeong dengan Bobby teringin nak buat paragliding bila hujan dah berhenti tapi owner business tak bagi sebab dekat kawasan lain tetap hujan. Agak bahaya kalau proceed. 

Nasib baik diorang dapat main air dekat kawasan pinggir laut dalam Episod 6. Yunhyeong cool gila main wake board tapi lepas 2 jam dia berjalan dah macam harabuji sebab kaki dia lenguh. DK, Bobby dengan Chanwoo have fun main air sepanjang 2 jam dekat situ. JuNe dengan Jay je duduk dekat jeti tengok diorang have fun sebab JuNe still lagi trauma dengan air sejak Summertime Saipan (2016). Jay temankan JuNe sambil rehat sebab diorang baru je lepas accident sehari sebelum shoot show ni. Scene ni sepatutnya nampak tenang tapi jadi kelakar angkara editing team. 

Dalam Episod 5 iLOGu sewa satu dewan untuk bagi iKON main Foot Volleyball. Tak tahu lah sports ni betul-betul wujud ataupun iKON suka hati buat game macam ni sebab diorang terpaling lemah bab sukan. Masa main foot volleyball ni pun tak ada rules kecuali sentuh bola dua kali je masa dapat bola. Walaupun diorang lemah dalam sukan tapi tetap kelakar tengok diorang main sampai juri pun pening kepala nak kira skor. 

Aktiviti food hunting tak banyak sangat dekat dalam show ni mungkin sebab hujan jadi iKON spend time dekat guesthouse je. Diorang buat BBQ pun hujan kejap turun kejap berhenti. Scene Yunhyeong dengan DK makan Leaf Bun dekat café. Dah la roti tu cantik, tengok diorang makan macam sedap pulak tu. Masa episod 8 sebelum iKON habis shooting dekat Tresure Island, Namhae ni diorang makan Schweinshaxe. Daging dia nampak juicy sangat, besar pulak tu. Memang puas hati lah dapat makan panas-panas masa musim hujan. 

Bestnya dalam iLOGu iKON edition ni dapat tengok Chanwoo dengan JuNe makin rapat sebab sebelum ni diorang awkward kalau berdua. Dari zaman Mix & Match (2014) diorang dua ni awkward. Mungkin sebab reaction JuNe masa Chanwoo datang join Team B. Nak ambil hati JuNe punya pasal, Chanwoo belikan nutcracker sebagai hadiah. 

Kelakar tengok perangai Twin Monster dalam show ni masa diorang merungut. Chanwoo dengan perangai malasnya tak nak basuh pinggan, Yunhyeong pun sama mengelak tak nak basuh pinggan bila dia guna alasan dia dah masak bawang padahal takde siapa yang suruh pun. 

iLOGu show ni macam bersepah sikit dekat Youtube account Idol Live sebab dia asingkan show sebenar, special clips dengan unreleased clips padahal boleh je sekalikan. Lagu latar yang diorang guna pun bukan lagu asal iKON tapi re-recording tanpa suara Hanbin. Dah la show pertama tanpa ketua diorang lepas tragedi tu, lagu pun guna yang baru. 

Bobby dengan Jay banyak healing daripada have fun dekat Namhae. Tak macam masa diorang pergi Summertime dulu betul-betul have fun lepas penat bekerja. But anyway thanks iLOGu sebab bagi content untuk iKONics dan bagi vacation untuk iKON berehat dan have fun. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10

Pengalaman Akaun Instagram Disekat

 

Sebelum ni baca pengalaman orang lain bila akaun Instagram diorang kena sekat sampai terpaksa buat akaun baru. Kali ni bila terkena dekat diri sendiri memang terciduk lah sebab mengganggu kerja-kerja yang berkaitan dengan paid content. Garu kepala juga masa kena tu sebab tak tahu apa punca, macam mana nak selesaikan dan berapa lama ambil masa untuk pulih balik. 

Cari jawapan dekat Google pun ada banyak kemungkinan antaranya beli followers, spam komen, spam like ataupun update status yang melanggar komuniti. Teringat lah masa tu I pergi stalk account Jackson Wang lepastu spam like dari recent post membawa ke tahun 2018. Ye lah, mana kau nak sedar kalau terpana dengan keindahan ciptaan Tuhan. Sedar-sedar dah berjam habiskan masa dekat situ. 


Tak ingat dah bila dikenakan tindakan dari pihak Instagram sebab bukannya aktif sangat pun dekat platform tu. Dalam seminggu tu buka dalam sekali dua macam tu je. Buka pun untuk stalk account artis favorite je. Sedar notis ni keluar pun sebab nak drop comment dekat post kawan. 

Seksanya kena sekat dengan Instagram ni bila nak drop comment tak boleh, nak like pun tak boleh, apatah lagi nak follow account lain. Bila update IGstory atau update post tak boleh mention account user lain. At first macam okay lah takpe biar je dulu, hantar report panjang berjela explain kenapa perlu sangat account ni pulih balik. Dari sehari membawa ke seminggu tapi tak okay jugak padahal hari-hari hantar report. 

Nak tak nak terpaksa lah buat akaun baru sebab dapat job yang perlu publish dekat Instagram dan mention account penaja. Memang rajin lah update IGstory dekat akaun baru sebab nak cari balik followers ramai bukannya senang. Dalam masa yang sama hantar juga report dekat Instagram sampai satu tahap tu dah putus asa dah. Punca utamanya, tak tahu pihak Instagram dapat ataupun tak report tu sebenarnya. Walaupun dia cakap dah terima tapi belum tentu dia betul-betul terima. Boleh jadi tu cuma auto-reply lepastu masuk dekat bahagian spam. 

Bila dah shift sepenuhnya ke akaun baru, tiba-tiba hari Jumaat lepas dah boleh guna macam biasa tapi tak boleh paste link blog dekat situ. Perasan dah boleh guna pun sebab ada DM masuk. Pulun lah like post orang lain siap komen sebab nak test betul ke dah boleh guna balik. Memang betul dah boleh dan sampai ke hari ni boleh guna lagi. 

Kalau akaun lama dah boleh guna, akaun baru tu macam mana? Pening kepala fikir sama ada nak biar ataupun buang sebab tak suka handle banyak akaun ni. Renyah. Tapi buat sementara waktu ni biarkan je dulu akaun baru tu sebab in case akaun lama ni kena sekat lagi, ada backup ye dak? Memandangkan Instagram dengan Facebook di bawah management yang sama jadi rules dan perangai pun sama jugak lah. Apa-apa pun bersyukur dah dapat balik akaun lama sebab ada platform sebagai micro influencer :')

Gagal Menang Olimpik? Try Catlympic!

Dari Khamis lepas nampak kawan dekat Twitter retweet updates dari account Popcat pasal kedudukan Malaysia dekat website tu. Curious betul apa yang netizen Malaysia dok berlumba sakan sangat dari siang membawa ke malam. Masa tu nampak ranking Malaysia dekat nombor ke-14 tup tup esoknya dah naik ke tangga kedua! Ramai jugak yang celebrate dapat silver medal katanya. 

Sebelum tidur saja lah gatal tangan buka website Popcat ni. Cara nak join mudah je klik je dekat kucing tu. Bila mulut dia ternganga dan keluar bunyi pop maka satu klik dikira. Tak perlu daftar ataupun log in. Setiap klik akan dikira mengikut vpn masing-masing. Kalau buka melalui vpn Malaysia maka klik akan dikira di bawah negara Malaysia lah. Kalau ada yang rajin pergi tolong negara lain, dipersilakan juga. 

Website Popcat ni dibina oleh saintis komputer dari University of Sheffield - Joshua Rainbow, Edward Halls dan juga Freddy Heppell. Tak pasti projek yang bermula pada Disember 2020 ni untuk apa tujuannya. Yang pastinya website ni viral sejak April 2021 kemudiannya makin menggila minggu ni. 

Masa first time main Popcat tu saja nak try best ke tak, dapat kumpul 1,001 terus tidur sebab bosan lagipun Malaysia dah di tangga kedua. Harini bangun sementara tunggu breakfast siap saja main lagi sebab nak achieve 10,000 pulak. Bila dah dapat terus gian nak klik sampai 50,000 pulak. 

Macam mana nak klik dengan pantas? Klik guna 5 jari dekat skrin tapi legit kalau guna handphone lah sebab dekat desktop kena klik dengan spacebar. Kang tercabut kang satu hal kena bawa ke kedai untuk repair. Lagi satu cara ialah guna auto-clicker hahahaha


Masa dapat 50,000 tu nampak negara Thailand dah menggila sebab 1 juta orang tengah main Popcat ni sedangkan Malaysia cuma 80 ribu orang. Memang jatuh lah cerita dia. Dari tempat kedua terus Thailand kalahkan Taiwan kemudian cecah 19 billion klik. 


Bila dah cecah 100,000 kira personal achievement lah bantu nama Malaysia tersenarai dalam carta walaupun jatuh ke pingat gangsa. Geram je tengok Thailand menang sampai 26 billion dalam masa singkat. Kalau tengok dekat Leaderboard di bahagian bawah tu, boleh nampak betapa pantasnya netizen Thailand klik dalam masa sesaat. 


I dah cakap dengan adik diorang ni power betul, mentang-mentang tengah lawan monarki dengan askar, dekat sini pun nak perform teruk. Bila baca tweet ni rasa macam hmm alaaa ambik lah pingat emas tu. 

Apa ganjaran yang netizen Malaysia akan dapat kalau menang tempat pertama/kedua/ketiga? Tak tahu. Tapi kalau saja-saja main nanti jadi gian lepastu tangan lenguh hahaha. I main benda ni masa tengok movie so tak terasa la bila klik tu. Popcat ni untuk hiburan di kala lemau dikurung terlalu lama je, jangan ada yang sakit hati ataupun jadi terpaling berguna pulak bila tengok orang lain update pasal benda viral ni. I dah berjaya pengaruh orang lain, so good luck lah siapa yang terjebak hahaha kbai. 

6 Perisa Baru Dimsum Dollu

Minggu lepas Ms Fisah belanja satu office makan dimsum sebab ada flavor baru katanya. Kalau bab dimsum memang diorang selalu order dekat sini. Sebelum ni kalau buat jamuan ke celebrate birthday ataupun saja nak minum petang memang order dimsum dua tiga kotak dari Dimsum Dollu ni. 


So far ada 8 pilihan kalau tak silap, ada perisa ayam seaweed, ayam cheese, ayam blackpepper, ayam original, ketam, udang, salted egg, chicken button mushroom. Minggu lepas Dimsum Dollu launch lagi 6 perisa baru untuk pilihan pelanggan. Masa Ms Fisah beli 3 set ni, Dimsum Dollu bagi satu box free untuk dia try. 


Cantik dimsum dalam box ni sebab meriah warna-warni. 6 perisa baru tu perisa Tomyam, Mozarella Cheese, Spicy Sausage, Sotong, Black Fungus dengan Kuchai Fungus. Haritu sempat rasa Tomyam je, sedap tapi tak lah strong sangat rasa tomyam dia. Yang Spicy Sausage tu memang pedas tapi jenis pedas dekat tekak dan pedas dia lambat terasa. Dah telan baru membara dekat tekak. Yang suka spicy boleh la order. 

Dimsum Dollu ni makan dalam 6 ketul pun dah kenyang. Kalau buat minum petang pun 4 kali ngap dah khalas dah lepastu tunggu dinner pulak. Ms Fisah order 3 box pun luak sikit je lah sebab minum petang je. Kalau masa jamuan memang dimsum ni habis dulu. Bab harga satu box ada yang RM16, ada yang RM20 tak termasuk delivery charge. Banyak lagi pilihan dekat Dimsum Dollu ni, yang duduk area Subang, Shah Alam , USJ, Puchong, Gombak, Melaka dan Port Dickson, try lah usha IG diorang. 

Iced Cafe Mocha Zus Coffee

Sebelum ni nafkah bulanan dekat office ialah drinks dari Starbucks tapi kali ni beralih angin kepada Zus Coffee pulak sebab ramai yang request nak minum jenama kopi lokal ni. At first nak beli sendiri dengan Kak Nora tapi ramai pulak nak menyelit lepastu En. Kai belanja. Heh rezekiiiii. Bulan depan Pana belanja pulak hahaha *kalau budak office baca sila screenshot untuk claim Zus Coffee anda*

Disebabkan ni kali kedua minum Zus Coffee so tak nak lah order flavor yang sama. Semedang Iced Roasted Hazelnut Latte macam bosan jugak kan? Scroll punya scroll dapat lah buat pilihan, ambil Iced Cafe Mocha pulak sebab dah lama tak minum Mocha. As for now tak pandai lagi nak olah sendiri drinks tu sampai kena dengan tekak sendiri macam selalu buat dekat Starbucks. 


Rasa original dia pun dah sedap dah so tak perlu nak sesak kepala fikir nak adjust itu ini. Tapi kalau dia chocolate chips ataupun cookies sedap jugak muehehehehe. Kalau order Zus Coffee ni memang dalam Grab apps tu ada pilihan dekat Atria Shopping Gallery je. Dua kali kitorang order dekat sini rasa dia tak pernah lah mengecewakan lagi. Tekak I lah, tekak Kak Nora yang order Australian Chocolate tu dia kata tak sedap. 

Cafe Mocha ni mahal sikit dari Roasted Hazelnut Latte, harga dia RM11.90 satu cup. Mungkin mahal sebab gabungan kopi dan coklat premium dari Zus Coffee. Sedap je rasa dia tak lah pahit sangat sebab both ingredients strong. Lepas ni macam nak order Spanish Latte pulak sebab kopi dari Spain. Jangan tanya kenapa sebab saja nak merasa je hahaha kbai.