Movie Review | Finding Srimulat (2013)

Sunday 17 January 2021

Pengarah :  Charles Gozali

Penulis Skrip :  Charles Gozali

Pelakon :  Reza Rahadian, Rianti Cartwright, Fauzi Baadilla, Nadila Ernesta, Kabul Basuki, Kadir, Mamiek Prakoso, Djudjuk Djuariah, Gogon Srimulat, Fauzi Baadilla

Syarikat Produksi : Magma Entertainment

Pengedar :  Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan :  104 minit

Tarikh Tayangan : 11 April 2013

Trailer :

Kisah bermula dengan naratif dari watak Adika Fajar (Reza Rahadian) yang bekerja bersama isteri dia, Astrid Lyanna (Rianti Cartwright) yang nak buktikan boleh hidup berdikari tanpa bantuan dari keluarga mertua yang kaya-raya. 

Syarikat Adi hampir gulung tikar selepas idea dia dicuri oleh Jolin (Fauzi Baadilla) kemudiannya dijual kepada syarikat besar. Pinjaman dia dibatalkan. Astrid pula makin sarat dan perlu lakukan pembedahan Caesarean kerana keadaan bayi mereka yang sonsang dalam kandungan. Adi dah mula runsing mana nak cari duit. 

Masa kereta dia kehabisan minyak, kebetulan dia ternampak mural Srimulat di dinding kedai Soto Pak Kadir (Kadir Mubarak). Tertarik dengan mural tersebut, Adi cuba approach Pak Kadir untuk buat lawak tapi ditolak mentah-mentah kerana usianya yang tua. Bagi Adi, karya tu tak terbatas dengan usia. Bila dipujuk, Pak Kadir makin bersemangat bila nampak Adi yang menghargai karya dia. 

Kemudian dia bawa Adi berjumpa dengan Tessy (Kabul Basuki) yang memegang watak shemale di dalam Srimulat. Mereka kemudiannya ingin berjumpa dengan Nunung Srimulat tapi disebabkan dia ahli Srimulat yang famous dalam bidang lakonan, mereka terpaksa balik sebab tiada temujanji. Setelah dikumpulkan beberapa ahli Srimulat yang masih hidup, Adi bagi cadangan supaya Srimulat perform di stesen keretapi untuk tarik perhatian dan free marketing juga untuk persembahan di pentas nanti. 

Tanpa pengetahuan Astrid, Adi guna duit simpanan mereka berdua untuk bayar deposit pentas, peralatan, kostum dan banyak lagi. Kerana performance di stesen keretapi tersebut, Pak Hasmi ingin biaya semua perbelanjaan untuk pementasan nanti. Malangnya beberapa hari kemudian Pak Hasmi meninggal dan Adi dah kehabisan duit untuk bayar upah dan baki selebihnya. 

Movie Finding Srimulat ni adalah movie untuk memperkenalkan Srimulat kepada generasi belia dan yang akan datang tentang salah satu tradisi Indonesia yang makin hilang ditelan zaman. Bukan setakat ahli Srimulat sebenar turut berlakon dalam movie arahan dan penulisan Charles Gozali ni malah Pak Jokowi pun buat cameo sekali tau! 

Bagi yang tak tahu Srimulat tu apa, kumpulan Srimulat ni adalah sekumpulan pelawak yang berlakon, menyanyi dan menari. Nama Srimulat ni diambil oleh isteri kepada pengasas kumpulan pelawak. Kalau di Indonesia ada Srimulat, di Malaysia terkenal dengan Senario lah kalau ikutkan. Senario pun pelawak, pelakon dan menyanyi jugak. 

Disebabkan genre movie ni komedi jadi dialog pun penuh dengan dialog kelakar sampai sakit perut gelak tengok keletah masing-masing. Scene Gogon (Gogon Srimulat) bergaduh dengan isteri dia tu kelakar sebab perangai memasing lebih kurang je masuk air. Lakonan Reza pula cuma watak yang sweet, penuh dengan ambisi yang besar. Walaupun dia suka dengan Srimulat tapi watak Adika tak pandai buat kelakar. Sweet je tengok scene dia minta kebenaran Astrid untuk pergi ke Solo dengan scene dia menyembang dengan Mbak Djujuk (Djudjuk Djuariah).

Jalan cerita Finding Srimulat dari awal sampai habis memang best ditonton dengan pace yang laju dan mesej sosial yang mantap. Menyampah dengan watak Icha (Nadila Ernesta) sebab ambil kesempatan dekat Adi masa di Solo lepastu minta tolong dengan Jolin padahal dah tahu dia tu watak jahat dalam hidup Adi. Kalau suka dengan Adi, kenapa nak buat macam tu? 

Visual dari lensa Rollie Markiano memaparkan suasana kota Solo dengan menarik. Suka tengok performance Srimulat di stesen keretapi dengan koreografi cantik memaparkan budaya dan keharmonian orang Indonesia. Meriah! 

Memang patut sangat Magma entertainment tayang movie yang mengangkat tradisi negara ni di Netflix, tambah pula sekarang ramai yang tengah mencari movie-movie lakonan Reza Rahadian. Hopefully tercapai impian dan objektif pembikinan filem Finding Srimulat ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Movie Review | U-Turn (2020)

Saturday 16 January 2021

Director : Roderick Cabrido

Writer : Cenon Obispo Palomares

Cast : Kim Chiu, JM de Guzman, Tony Labrusca, Martin del Rosario

Production Company : ABS-CBN Film Productions, Clever Minds, Suraya Film Productions

Distributor : Netflix

Genre : Horror / Thriller

Running Time : 98 minutes

Release Date : 30 October 2020 (USA)

Trailer :

Tahun lepas ternampak Kak Sha buat review pasal movie U-Turn (2016) genre seram misteri  yang berkisarkan tentang illegal u-turn. Dan setiap kali ada yang buat illegal u-turn pasti ada yang mati gara-gara bunuh diri. 

Kejadian misteri ni berlaku bila terjadinya kemalangan antara si ibu dan anak yang menaiki motosikal dan kemalangan akibat terlanggar barrier di jalan. Si anak tercampak jauh dan meninggal manakala si ibu pula terseret dan patah beberapa tulang. Dia masih lagi hidup tapi malangnya meninggal beberapa jam kemudian disebabkan jalan tersebut sunyi. 

Keesokannya, Donna Suarez (Kim Chiu) ditugaskan ke kawasan kemalangan sebagai wakil dari Daily Journal. Disebabkan dia nak video hits sekaligus menaikkan nama dia setelah 7 tahun jadi wartawan hambar, Donna bertindak untuk rakam muka mangsa dan sensasikan cerita. Tak cukup dengan tu, dia curi rantai leher kepunyaan anak mangsa. Dia diganggu tapi tak seteruk sesiapa yang buat U-turn di kawasan tersebut. 

Satu demi satu kes kematian muncul dan diklasifikasikan sebagai mangsa bunuh diri dan pastinya Donna akan berada di tempat kejadian untuk shoot video yang ngeri dan menggerunkan untuk penonton. Kevin (JM de Guzman), pegawai polis trafik syak Donna pasti ada kaitan sebab dia akan sampai terlebih dahulu. Donna mula dapat kesedaran yang perbuatannya salah bila adik dia, Eric (Martin del Rosario) meninggal selepas buat u-turn di jalan tersebut. 

Dengan bantuan Kevin, Donna dapat salinan rakaman CCTV kemudiannya nampak Eric menjerit ketakutan walhal tak ada sesiapa pun pada masa tu. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu tapi kenapa? 

Movie U-Turn Filipina ni adalah remake kepada movie U-Turn tahun 2016 tapi tak pasti kalau jalan cerita masih sama. Movie ni mungkin seram for some people la kot sebab template dia sama je cuma misteri tu yang berbeza. 

Tak puas hati dengan hantu anak-beranak yang bunuh semua orang yang buat illegal u-turn dekat situ. Sedangkan anak-beranak tu accident sebab salah sendiri bila bawa laju dengan lampu motor tak berfungsi di jalan yang gelap. Menyampah juga dengan ending bila Donna yang kena cari pembunuh sebenar siap ada deadline lagi. Selalunya movie genre seram ni hantu dah memang tahu siapa pembunuh tinggal watak utama nak tahu dari hantu je. Tapi jalan cerita movie ni terbalik pulak siap salah suspek orang pulak tu. 

First half tu not bad lah nak layan tapi bila makin ramai yang tak bersalah kena bunuh just because buat u-turn haram, terus rasa macam overnya korang ni. Dah la perangai Donna pun tak semenggah, hantu pun sama naik je. Tunggu je lah ending sampai habis sebab dah halfway kan. Scene Robin (Tony Labrusca) kena marah dengan Donna sebab mention pasal townhouse tu macam merepek je. Daripada stay dengan manusia toxic, baik dia pergi ke Canada mulakan hidup baru. Tapi tu lah, kalau sembang pasal cinta ni. 

By the way, visual mesti lah gelap untuk impak seram tapi ada satu family yang terpaksa bergelap sebab suami dia tak bayar bil elektrik. Dah la tak ada duit nak bayar bil, balik rumah pulak bawak hantu. Overall one time watch je lah sebab jalan cerita tak logik dengan suntingan yang kurang kemas. Make-up hantu Elsa tu pun kelakar. Dekat awal movie nampak lah seram dia, bila dah hujung tu macam malas nak makeup pun ada sebab muka dia bengkak gila dah macam kena sengat tebuan. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

Bila adik selalu pasang jadi suka pula dengan lagu ni sebab gabungan suara merdu dari dua penyanyi balada terkenal - Khai Bahar dengan Aina Abdul. Dah lama lagu ni siap 6 bulan sebelum official release, 18 Disember 2020. 

Rasanya disebabkan PKP, masing-masing decide untuk buat animation video je untuk soft ballad Nafas Cinta ni tapi sama comel je dengan lagu. Melodi lagu ni sweet sangat, bila dengar tu rasa macam dibuai perasaan sesuai dengan lirik yang dikarang sendiri oleh Aina Abdul dan dibantu oleh Wan Zakaria. 

Nak tengok official music video Nafas Cinta boleh tengok dekat bawah ni :

 


LIRIK LAGU NAFAS CINTA

Penyanyi : Khai Bahar ft Aina Abdul

Komposer : Khai Bahar, Aina Abdul

Lirik : Aina Abdul, Wan Zakaria

Studio : Wonder Music Records


 Bagaikan bidadari

Kau menjelma di depanku

Bagai ilusi


Tak pernahku menduga melihatmu

Ku terpaku ku membisu

Berdetak jantungku

Kamu… hooo


Rasa yang membara

Menusuk terus ke jiwa

Rasa yang ku ada

Setiap nafasku hanya kamu

Rasa yang mendalam

Sungguh kucinta padamu

Hanya kau sayangku

Kau tercipta hanyalah untukku


Huuh…


Tak pernah ku menduga melihatkmu

Ku terpaku ku membisu

Berdetak jantungku

Kamu ooo


Rasa yang membara

Menusuk terus ke jiwa

Rasa yang ku ada

Setiap nafasku hanya kamu

Rasa yang mendalam

Sungguh kucinta padamu

Hanya kau sayangku

Kau tercipta hanyalah untukku


Kita kan bersatu

Percaya lah oh sayangku

Yang kuingin hanya kamu ooo


Rasa yang membara

Menusuk terus ke jiwa

Rasa yang ku ada

Setiap nafasku hanya kamu

Rasa yang mendalam

Sungguh kucinta padamu

Hanya kau sayangku

Kau tercipta hanyalah untukku

Ooo…


Huuh...