Buko Pandan | Pemanis Mulut Dari Filipina

Tuesday 22 December 2020

'Ana, jom try makan buko nak? Haritu kawan I yang pregnant tu craving nak makan buko pastu I tengok dekat sini ada jual. Kita share nak?' - Ms Fisah


Kalau Ms Fisah tak mention minggu lepas, entah bila baru tahu kewujudan pemanis mulut dari negara Filipina ni. Kalau dekat sana kena panggil Buko Salad. Selalunya diorang akan hidang masa perayaan besar ataupun musim cuti panjang. 

Dalam Buko Pandan ni ada air susu, hirisan tebal kelapa muda, gelatin atau sumi berwarna hijau dengan sagu berwarna hijau. Kalau Google tak semua rupa Buko Pandan ni macam yang kitorang beli. Ada yang hirisan kelapa tu banyak menimbun, ada yang air susu dia berwarna putih tapi sedikit sahaja, ada yang penuh dengan gelatin hijau, ada yang letak nata de coco. Rasanya ikut citarasa masing-masing lah kot. Best dimakan bila sejuk!


Buko Pandan ni kalau makan sesudu air susu dengan bahan berasingan, dia rasa kurang sedap. Sebab lain bahan, lain rasa dia. Sumi paling tawar tapi paling lembut, sagu terasa manis pandan sikit mungkin sebab dimasak bersama pewarna pandan dengan tekstur dia yang tebal melekat. Yang paling manis haruslah hirisan kelapa muda dan rangup dimakan. 

Bila makan Buko Pandan ni kena makan kesemua tiga-tiga bahan baru terasa sedapnya tapi yang tak syoknya terpaksa fokus food hunting masa makan. Bila makan desert ni kita nak makanan yang fun sambil menyembang. I makan Buko Pandan dengan Ms Fisah memang fokus gila, kalah fokus buat cosec file di hari Jumaat. 

Kalau ikutkan resipi Buko Pandan dari Google senang je nak buat tapi renyah sikit lah sebab main dengan sagu. Ada resipi yang buat gelatin tu sendiri dan rebus guna air kelapa supaya bau wangi dan rasa manis kelapa. Kalau nak beli tu tak pasti lah pulak ramai dah jual Buko Pandan ni. Kitorang beli pun harga RM5 satu bekas. Berbaloi ke tak? Hmmmm tak kot haha kbai

Movie Review : Pekak

Pengarah :  Mohd Khairul Azri Md Noor

Penulis Skrip :  Khairul Azri, Azril Hamzah & Alfie Palemo

Pelakon : Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Zaidi Omar, Joe Flizzow, Kin Wah Chew

Genre :  Drama

Durasi Tayangan :  96 minit

Tarikh Tayangan : 30 June 2015 (World Premieres Film Festival), 1 September 2016 (Malaysia)

Syarikat Produksi :  Grand Brilliance, Lightbulb Pictures

Pengedar :  Primeworks Studio

Trailer :

Filem yang ditayangkan di Marché du Film di Cannes dan World Premiere Film Festival Philippines pada tahun 2016 merupakan debut filem untuk pengarah dan penulis, Mohd Khairul Azri Md Noor. Mengisahkan tentang Uda (Zahiril Adzim) pemegang kad OKU kerana cacat pendengaran. Untuk dapatkan dana RM60,000 supaya dapat buat pembedahan cochlea, Uda bekerja di bawah pusher (Joe Flizzow) sebagai penjual dadah. 

Uda akan faham apa yang orang cakap melalui pergerakan mulut mereka. Dia akan pergi ke stesen keretapi untuk merasa sendiri gegaran dan angin yang terhasil oleh pergerakan keretapi. Lepas serbuan pihak polis, pusher pindahkan Uda ke sebuah flat. Di situ dia ternampak Dara (Sharifah Amani) di dalam lif lantas jatuh cinta selepas ternampak MP3 Dara dengan lagu favorite dia, Rintihan Hati dendangan Uthman Hamzah. 

Dek kerana tersalah pilih kawan, Dara belajar mencuri, ponteng sekolah dan berparti setiap malam bersama Melor (Sharifah Sakinah). Bapa Dara (Zaidi Omar) pula sibuk bekerja sebagai security guard selepas bersara dari askar. Sikap dia yang baran menyukarkan Dara untuk mendengar kata malah menjadi lebih liar. 

Melor pula selalu berlakon baik depan bapa Dara padahal berpakat dengan teman lelaki dia, Azman Stoner (Amerul Affendi) supaya Kamil (Iedil Putra) dapat tidur dengan Dara. Plan mereka gagal bila Dara muntah selepas hisap ganja kemudiannya balik bersama Uda. Dari situ Uda dan Dara mula rapat kemudiannya bercinta. 

Duit simpanan Uda pun dah mula cukup untuk buat pembedahan tapi hari tak selamanya cerah bila Melor, Azman dan Kamil ada rencana lain terhadap Dara. Movie genre drama di bawah production house Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures ni boleh ditonton di Netflix. 

Masa movie Pekak keluar memang banyak pihak yang berbunyi sebab dikatakan mengguris perasaan OKU dan tak sesuai ditonton oleh anak muda. Tapi kalau ini lah realiti sebenar kehidupan, kenapa pihak-pihak tersebut nak terasa? Keadaan hidup watak-watak utama dalam Pekak adalah keadaan yang tersepit dengan kemiskinan lantas membuat pilihan yang salah untuk survive. 

Pengarah pun dah terangkan yang movie ni lebih kepada hukum karma pada perbuatan masing-masing. Kenapa guna OKU mungkin untuk highlight yang orang pekak boleh dengar peritnya kehidupan tapi orang normal tak mampu nak faham macam scene ayah Dara tunjuk surat curhat kepada Uda di hospital. 

Skrip Pekak diolah cantik bilamana diinspirasikan oleh konsep cinta Romeo dan Juliet. Diadun dengan kreatif untuk memaparkan realiti kehidupan dengan masalah sosial yang mendalam. Dari lensa S’ham Mokhtar, visual Pekak nampak menarik dengan cerita berlatarbelakangkan bandaraya Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar, Perak. Music score dari Monoloque sesuai dengan mood penceritaan dan senario kehidupan orang kota. 

Usaha Zahiril Adzim untuk mendalami karakter watak Uda dengan minta tunjuk ajar ayah dia yang bekerja sebagai guru pendidikan khas membuahkan hasil pada lakonan yang punya jiwa terutamanya scene dia berdiri di tepi stesen keretapi ataupun pada scene dia bersama Dara. Zahiril dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di International Motivational Film Festival dan Festival Filem Malaysia (FFM) 2016. 

Sama juga dengan pelakon-pelakon yang lain deliver watak masing-masing dengan bersahaja dan nampak meyakinkan. Movie Pekak mungkin bukan untuk semua orang tapi sebuah filem yang berani dari industri filem tempatan yang mampu bersaing hingga mendapat pengiktirafan negara luar. Tahniah team Pekak!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi

Monday 21 December 2020

Pengarah :  Lasja Fauzia

Penulis Skrip :  Upi Avianto 

Pelakon :   Jefri Nichol, Aurora Ribero, Axel Matthew Thomas, Nadya Arina, Karina Suwandhi, Rebecca Klopper, Aida Nurmala, Pascal Azhar, Tina Astari, Indra Aksa

Syarikat Produksi :  IFI Sinema, Screenplay Films

Pengedar :  Netflix

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  86 minit

Tarikh Tayangan : 15 Oktober 2020

Trailer :

Movie di bawah syarikat produksi IFI Sinema dan Screenplay Films arahan Lasja Fauzia ni diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama, Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi karya Boy Candra. Mengisahkan kehidupan Kevin (Jefri Nichol yang jatuh cinta dengan kawan sejak kecilnya, Nara (Aurora Ribero) tapi cuma dipendamkan sahaja sebab Nara hanya anggap dia sebagai kawan baik. 

Kevin lah tempat Nara mengadu kisah cinta yang tak kesampaian dia dan Kevin juga penyelesai segala masalah Nara. Tanpa balasan apa pun. Tak ada apa-apa yang unik pun dalam kisah hidup mereka berdua ni sebab template kisah cinta terpendam dah memang klise sangat. 

Nara kemudiannya jatuh cinta dengan Juned (Axel Matthew Thomas) dan ternyata dial ah lelaki idaman yang selama ni dicari. Tak pernah sekali pun Juned melukakan hati Nara dan begitu juga lah Nara menceriakan hari-hari Juned setelah ditinggalkan patah hati. Sayangnya penulis Upi Avianto tak kembangkan pun kenapa Nara boleh jatuh cinta dengan Juned ataupun kenapa Juned boleh buka hati kepada Nara. 

Genre romantik drama tapi sayangnya tak ada depth pada mana-mana watak supaya kita feel connected dengan penderitaan Kevin memendam cinta ataupun rasa bahagia dengan kisah cinta Juned dan Nara. Konflik terlampau cepat dan tiba-tiba sampai jadi bingung kenapa Juned bertindak sedemikian. Dia sendiri yakin dengan relationship dia dengan Nara so kenapa tiba-tiba moody dan gloomy? Yang paling kesian haruslah Tiara (Nadya Arina) jadi mangsa bila Kevin jadikan dia sebagai pengganti Nara tapi layan nak tak nak je. 

Berbeza sangat dengan movie Surat Cinta Untuk Starla (2017) bila watak utama guna alam semulajadi untuk gambarkan perasaan cinta dia dan mudah untuk difahami. Tapi dalam movie Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi ni sampai ke hujung tak faham apa kaitannya walaupun Nara menari dalam hujan. Watak Jefri Nichol lebih kurang sama bila dia cintakan alam sekitar dan hairstyle dengan cara berpakaian dia macam tribute untuk movie Surat Cinta Untuk Starla. Except dia tak bawa mesin taip legend haha. The ultimate reason I watch this movie solely because of Jefri Nichol. 

Bukan setakat perasaan dan jalan cerita je tak dikembangkan dengan baik malah latar masa macam tak sesuai untuk Nara lontarkan dialog berbaur simpati kepada Kevin. Masa SMA dia lebih takut hal cinta dari pelajaran. Bila masuk kolej dia kesian dengan Kevin takut bersendirian sampai ke tua kalau tak terima cinta Tiara. Come on, Kevin tu lelaki lah! Umur 40 pun tetap keren! 

Lagi merepek bila Nara paksa Kevin dating dengan Tiara sebab nak double date. Hek elehhhhh pasal Tiara pun dia tak pernah ambik port. Ada juga dialog puitis dari Kevin dan Nara tapi peliknya dialog berbahasa baku, tak boleh nak relate langsung. Siapa yang menyembang macam tu? Kalau watak-watak utama suka karang puisi tu boleh faham lah tapi masa menyembang cakap macam tu agak janggal juga lah. 

Mungkin dalam novel diceritakan dengan jelas semua momen dramatic ataupun romantic antara watak-watak utama so since I tak baca novel Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi, tak boleh la nak feel sangat. Pace movie ni pun perlahan sampaikan 1.5x pun rasa slow. Better kalau penulis dengan pengarah tambah lagi banyak scene dengan pace laju memandangkan cerita diorang bukannya fresh dan original. Ada bahan rujukan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.2/10

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar

Genre : Sitcom

Running Episodes : 17 episodes

Release Date : September 24, 2007 – May 19, 2008

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Dulu masa series ni keluar tak sempat nak layan pun sebab masa tu dah season 5 rasanya so malas nak patah balik untuk catch up. Lagipun tengah penuh schedule untuk The Vampire Diaries, The Originals, The Scorpion, Satisfaction, Ghost Whisperer and so on. Banyak gila dulu American series sebelum Kdrama jadi kegilaan macam sekarang ni. 

Sekarang ni dah habis 12 season tiba-tiba masuk dekat Netflix lepastu nampak adik dok syok layan setiap hari, jadi penasaran jugak nak tengok. Baru tengok satu episod dah gelak terbahak lepas tu tekan next episode then other episode and next then next sampai lah habis satu season. 

Di bawah penerbitan house production CBS, The Big Bang Theory arahan Mark Cendrowski mengisahkan tentang 4 sekawan - Leonard Hofstadter (Johnny Galecki), Sheldon Cooper (Jim Parsons), Howard Wolowitz (Simon Helberg) dan Raj Koothrapali (Kunal Nayyar) which are scientist nerd and love comic superheroes.  Sheldon dan Leonard adalah housemate, Howard tinggal dengan mak dia dan Raj tinggal sendiri di apartment dia. 

Mereka berempat selalunya akan lepak makan malam bersama, main video game, main card ataupun conduct science experiment di rumah Sheldon dan Leonard. Sheldon adalah watak utama dengan perangai narsistik, cerewet dan introvert. Sejak berkawan dengan Leonard dia mula pandai bergaul dengan orang walaupun masih banyak lagi yang dia kena ubah. 

Sebab perangai dia banyak scene jadi kelakar. Dengan facial expression dia lagi. Tak tahu macam mana Leonard boleh tahan dengan perangai Sheldon tambah pula untuk jadi housemate ada agreement kena sign dekat setiap page. Kalau bergaduh bab sains pun satu hal juga sampai masuk dalam Youtube - "Physicists Gone Wild". Sheldon ada tempat tersendiri macam dekat sofa, dia cuma selesa duduk dekat seat paling tepi dekat dengan meja. 

‘It's the perfect spot in the house to sit or lounge because of its proximity to the TV, to others, and to the cross-breeze.’ – Dr. Sheldon Cooper

Leonard pula jatuh hati dengan si cantik Penny (Kaley Cuoco) yang tinggal di hadapan rumah. Hari pertama Penny pindah ke situ pun Leonard dah hulurkan bantuan untuk minta balik TV dekat ex dia yang berbadan sasa. Penny bekerja sebagai waitress di Cheesecake Factory sementara menunggu peluang untuk audition supaya dia boleh jadi actress dekat Hollywood. Dekat hujung Season 1, Penny setuju nak keluar dating dengan Leonard. 

Sheldon tak suka dengan Penny sebab IQ dia rendah so bila dia bercakap dengan term atau jargon physics, Penny tak mampu nak catch up langsung. Tapi disebabkan Penny pandai jaga Sheldon especially masa dia sakit, Penny dapat approval untuk jadi kawan Sheldon. Melekat terus lagu 'Soft Kitty' yang mak Sheldon selalu nyanyi bila anak dia sakit. 

Soft kitty, warm kitty

Little ball of fur

Happy kitty, sleepy kitty 

Purr, purr, purr

Walaupun watak Howard tinggal dengan mak dia tapi dia adalah watak pervert dalam The Big Bang Theory. Tak kisah dengan apa jenis perempuan pun semua dia angkut naik katil. Fashion sense dia terarah pada zaman 1960-an dengan turtleneck dan kemeja plaid sepadan dengan warna seluar. 

Watak Raj agak unik bila dia saintis yang explore angkasa lepas dan jarang diperlekehkan oleh Sheldon sebab ada pangkat Dr. sama seperti Sheldon. Raj anak orang kaya di India tapi migrate ke US untuk bekerja. Even datang dari keluarga berada tapi fashion sense dia agak kolot dan Raj tak mampu nak bercakap dengan perempuan cantik sebab sifat pemalu yang melampau. 

Dalam Season 1 director baru nak warm up nak kenalkan watak-watak utama kepada audience dan apa lifestyle diorang walaupun most of the time memasing nampak lifeless je lepas habis kerja dan weekend. But since 2020 ada covid-19 dan lockdown, I think their life is our life as well lol

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Talak 3 (2016)

Pengarah :  Hanung Bramantyo, Ismail Basbeth

Penulis Skrip : Salman Aristo, Bagus Bramanti, Wahana Penulis

Pelakon :   Laudya Cynthia Bella, Vino G Bastian, Reza Rahadian, Tika Panggabean, Dodit Mulyanto, Ray Sitoresmi, Mozza Kirana

Syarikat Produksi : MD Pictures, Dapur Film

Pengedar :  MD Pictures, Netflix

Genre : Romantik / Komedi  

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 4 Februari 2016

Trailer :

Padah bila bercerai ikut emosi ni sebab terlajak kata tak boleh diundur balik dah. Sama juga dengan apa yang terjadi pada Bagas (Vino G Bastian) dan Risa (Laudya Cynthia Bella) yang tak mahu lagi bersama. Mereka berdua mula bergaduh bila Bagas curang dengan penyanyi dangdut, Siska Gotik (Mozza Kirana) akibat mabuk. Nah, siapa yang boleh maafkan kecurangan kan? 

Bila Inggrid (Tika Panggabean) bagitahu Bagas tentang idea ekspo wedding besar-besaran sudah ada sponsor dari Malaysia, Risa nak join sekali sebab bagus untuk profil karier dia. Tambah pula Risa dengan Bagas perlukan duit untuk lunaskan hutang yang diambil untuk berkahwin. Sayangnya disebabkan Bagas teragak-agak bagi jawapan, Inggrid bagi tender tu kepada photographer lain. 

Bagas bagitahu dia dan Risa akan berkahwin balik dan di ekspo tu nanti akan diadakan majlis perkahwinan mereka berdua. Dek kerana Inggrid takut mereka berdua cuma nak kejar duit, dia suruh Bagas dan Risa tunjuk sijil kahwin dulu sebelum proceed dengan job ekspo tu. 

Masa sembang memang semua pun boleh tapi dah cerai talak 3 kan, mana boleh nak rujuk balik kecuali Risa berkahwin dengan muhallil kemudiannya bercerai. Kalau dekat sini, muhallil tu cina buta. Dulu TV3 pernah buat telemovie pasal cina buta ni. Tapi lepas mufti tegur konsep pak sanggup ni haram, dah tak nampak dah filem atau telemovie dengan tema macam tu. 

Dalam movie Talak 3 ni, penulis trio Salman Aristo, Bagus Bramanti, Wahana Penulis  terangkan kenapa Islam letak had pada talak dan siapa muhallil juga hukumnya. Selain dari isu pak sanggup, diselitkan juga isu rasuah yang berlaku di pejabat agama melalui watak-watak Jonur (Gareng Rakasiwi) dan Hasmi (Hasmi Gundala) yang diperhatikan oleh Basuki (Dodit Mulyanto). 

Disebabkan Bagas dan Risa busy cari siapa yang nak jadi muhallil, semua kerja-kerja proposal ditolak kepada Bimo (Reza Rahadian). Dah la buat kerja tanpa bayaran, kena buat pulak tu semua dari A sampai Z. Sayang betul Bimo dekat Bagas tapi hilang rasa hormat bila Bagas nak Bimo jadi pak sanggup sedangkan dalam diam Bimo ada hati dengan Risa sejak SMA. Siapa pilihan Risa sudahnya, kena tengok sendiri lah. 

Nama pengarah Hanung Bramantyo bukan calang-calang orang sebab dia pengarah yang terkenal dengan karya Ayat-Ayat Cinta (2008),  Rudy Habibie (2016), Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017), Bumi Manusia (2019), Habibie & Ainun 3 (2019). Dah banyak kali dia bekerja dengan Reza juga so dia dah kenal macam mana nak olah watak Bimo. Walaupun screentime dia tak banyak mana dan dia bukanlah hero utama tapi dia tetap menyerlah antara mereka bertiga. 

Sinematografi dari Dimaz Amanta Pratama nampak cantik dengan memaparkan keindahan kawasan luar bandar Indonesia. Makan dekat warung pun nampak cantik dan Insta-worthy. Geram betul tengok diorang buat close-up shot satay, nasi ayam penyet dengan tempe. Dari kenyang terus rasa nak order satay! Music score dari Pelangi Studio Yogyakarta dengan seleksi lagu-lagu romantik terutamanya scene Risa dan Bimo.

 

Masa tengok Vino ni teringat pulak dekat Dazrin. Muka diorang sama sangat kecuali suara Vino serak basah. Dazrin pulak lembut je bila bercakap. By the way, movie Talak 3 ni menang Best Original Film dekat Piala Citra so make sure you guys pun tengok movie romantic komedi ni dekat Netflix okay? 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Movie Review : NH10 (2015)

Director : Navdeep Singh

Writer : Sudip Sharma

Cast : Anushka Sharma, Neil Bhoopalam, Darshan Kumar, Deepti Naval, Kanchan Sharma, Ravi Jhankal, Sushil Tyagi, Ravi Beniwal

Production Company : Phantom Films, Clean Slate Filmz

Distributor : Eros International

Genre : Horror / Thriller

Running Time : 115 minutes

Release Date : 13 March 2015

Trailer :

Perkahwinan terhalang disebabkan berbeza kasta ni bukan sesuatu yang baru di India dan isu ni masih lagi menebal di kawasan luar bandar sehingga sanggup membunuh untuk jaga nama sepertimana yang ditonjolkan dalam movie NH10 di bawah production house Phantom Films dan Clean Slate Filmz. NH10 ditayangkan di Beijing International Film Festival. 

Clean Slate Filmz adalah production house milik Anushka Sharma sendiri dan debut dengan movie horror thriller, NH10. Bukan sahaja production house yang dapat perhatian ramai tapi watak Anushka sebagai Meera juga mencuri tumpuan sebab sebelum ni Anushka cuma berlakon sebagai bubbly girl. Tapi di bawah production house sendiri dia dapat bereksperimentasi dengan bakat lakonan dia. Sama seperti yang John Abraham buat bila geram asyik dapat watak biasa. 

Bekerjasama dengan Anurag Kashyap sebagai producer yang memang terkenal dengan movie indie dan thriller seperti franchise gempak Gang Of Wasseypur dan juga pengarah Navdeep Singh yang keluar dari template tipikal Bollywood selepas kejayaan Manorama Six Feet Under (2007). Awalnya Anushka busy dengan movie lain tapi lepas bekerja dengan Anurag untuk movie Bombay Velvet, dia setuju dan jadi producer terus memandangkan movie ni belum dapat dana. 

Kisah bermula bila Meera dan suami dia, Arjun (Neil Bhoopalam) jadi saksi kepada pergaduhan bila Satbir (Darshan Kumar) dan kawan-kawan dia seret Pinky (Kanchan Sharma) dan kekasih dia, Mukesh ke dalam jeep kemudiannya pergi ke hutan. Ego Arjun tercalar bila ditampar oleh Satbir kemudiannya tunjuk hero untuk kacau kerja pembunuhan mereka. Sudahnya dia yang menggigil ketakutan bila nampak Pinky dan Mukesh dibunuh dengan kejam. 

Dalam pergelutan untuk cuba selamatkan diri, Arjun tertembak Chote (Ravi Beniwal) lantas menaikkan kemarahan Omi dan yang lain. Kemudian Meera pula terpaksa tembak salah seorang dari mereka bila Arjun ditikam di kaki. Sementara Arjun menyorok di bawah rel keretapi, Meera pergi ke kampung terdekat untuk cari bantuan. 

First half memang geram dengan tindakan bodoh Arjun acah berani sangat nak masuk campur hal orang. Just because dia ada berkawan dengan IGP Delhi dan ada pistol dalam kereta, tak semestinya dia boleh tunjuk hebat. Dia masuk tempat orang kot. Well the least he can do is call the police. Tapi kalau bukan sebab kebodohan dia, tak jadi la cerita kan? Of course movie ni saspen tapi bila director letak keputusan di tangan Arjun je jadi menyampah sebab suka buat keputusan bodoh macam tembak kereta. Siapa yang bazirkan peluru dengan tembak kereta? Tembak la orang! 

Tahun 2014 Darshan Kumar debut dengan movie Mary Kom dan memegang watak suami kepada Mary yang sweet, supportive dan penyayang tapi dalam movie NH10 berubah sebaliknya. Ngeri sangat bila dia pukul adik dia separuh mati dan bagi makan racun hanya semata bercinta dengan lelaki berbeza kasta. Sampai menang award dekat IIFA untuk kategori Best Performance in a Negative Role. 

‘Sometimes you just do what you have to do...’ – Ammaji (Deepti Naval)

Music score dari komposer duo, Sanjeev-Darshan menghidupkan elemen dark, gloomy, saspen dan thriller. Kebanyakan lagu diletak seiring dengan cerita tapi lagu Chhil Gaye Naina nyanyian Kanika Kapoor hanya untuk promo events. Sepatutnya letak lagu tu masa scene Meera nak serang Sarbit. Baru rasa puas dan excited. One of my fav song of all time. 

Disebabkan movie NH10 ni, nama Anushka bukan lagi sebagai heroin dengan muka cantik tapi berbakat besar juga. Movie thriller ni tinggalkan impak yang mendalam and one of the best thriller in Bollywood. Tahun 2018, movie Telugu buat remake dari NH10. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Drama Review | Sweet Home (2020)

Directors: Lee Eung-bok, Jang Young-woo & Park So-hyun
Writers: Heung So-Ri, Kim Hyung-Min, Park So-Ri
Cast:  Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young, Lee Do-Hyun, Go Min-si, Kim Nam-hee, Park Kyu-young, Kim Sang-ho
Production Companies: Studio Dragon, Studio N
Distributor: Netflix
Genre : Horror / Mystery / Thriller
Running Episodes: 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 18 December, 2020
Trailer:

Selepas kematian semua ahli keluarga, Cha Hyun-su (Song Kang) berpindah ke Green Mansion Apartment tapi kejadian aneh bermula selepas jiran sebelah datang minta bantuan kemudiannya bertukar menjadi raksasa. Tak semua bertukar menjadi raksasa yang sama, kerana perubahan tersebut mengikut keinginan, obsesi, trauma semasa hidup sebagai manusia. Ada juga berubah menjadi raksasa labah-labah dan jel. 


Tak didedahkan punca dan bagaimana virus raksasa tu masuk ke dalam sistem manusia tapi yang pastinya setiap yang berjangkit akan mengalami simptom yang sama – hidung berdarah dengan banyak, perilaku berubah menjadi agresif dan akan mula berhalusinasi. 

Dalam keraguan dengan tindakan Kerajaan yang mengurung mereka di dalam bangunan masing-masing, kehendak untuk keluar dari bangunan tersebut juga seperti menempah maut bila kawasan tersebut dipenuhi dengan raksasa. 

Lee Eun-hyuk (Lee Do-hyun) cuba bertenang dan ambil alih menjaga semua yang terselamat termasuklah adik dia sendiri, Lee Eun-yoo (Go Min-si). Drama ni bergerak dengan berlatarbelakangkan dua bahagian. Bahagian pertama di bahagian ground floor yang dikawal oleh Eun-hyuk dan Seo Yi-kyeong (Lee Si-young), bekas ahli bomba dan juga special force. 

Manakala di bahagian atas pula ada watak-watak yang tak kurang hebatnya seperti Hyun-su, Pyeon Sang-wook (Lee Jin-wook), Yoon Ji-soo (Park Kyu-young), Jung Jae-heon (Kim Nam-hee) dan Han Du-sik (Kim Sang-ho). 

Masing-masing ada kelebihan dan strong factor untuk survive dalam serangan raksasa ni sementara menunggu bantuan dari Kerajaan sampai. Sedangkan yang lain cuma bergantung harap kepada watak-watak utama ataupun memburukkan keadaan dengan jadi bodoh. 

Penulis keluar dari template tipikal bila manusia kena gigit akan bertukar menjadi zombie atau berjangkit dengan virus. Idea yang fresh tapi bila raksasa takkan mati jadi hmmm macam mana nak survive ni?

‘When someone is sure about keeping a promise when it’s hardly possible, there’s a good chance that’s a lie.’

Diadaptasikan dari webcomic berjudul Sweet Home karya Kim Carnby dan Hwang Young-chan, barisan pengarah - Lee Eung-bok, Jang Young-woo & Park So-hyun berjaya menghidupkan dunia yang dipenuhi dengan raksasa. 

Penggunaan visual effects, transition yang menarik, grading tone sesuai dengan mood cerita antara kekuatan drama Sweet Home di bawah terbitan Netflix. Sinematografi yang berlandskapkan perang dipaparkan dengan cemerlang. Backround music dari Gaemi menambahkan elemen saspen dan misteri tentang kejadian aneh di Korea Selatan ni.

 

Lepas naskhah cinta tiga segi, Love Alarm (2019), Song Kang berlakon pula dalam action thriller drama Sweet Home sebagai main lead. Walaupun watak lebih kurang sama, sejenis yang pendiam dan banyak ekspresikan melalui pandangan mata dalam kebanyakan scene tapi watak Hyun-su mempunyai depth dan impaknya yang tersendiri. 

Sedih bila penduduk apartment tu gunakan dia sebagai senjata tapi lagi sedih bila Du-sik peluk dan tenangkan dia dalam episod 10. Scene dia dengan Eun-yoo pun comel and both of them berlakon dalam Love Alarm jugak cuma bukan as couple. 

Watak Lee Si-young padu jugak dalam drama ni bila dia antara yang kuat bertarung dengan monsters, deal dengan military dengan keadaan dia macam tu. Masa dia pakai winter coat nampak macam innocent je tapi bila dia pakai sportswear perghhh body mantap gila. Energy sama level je dengan Lee Jin-wook. Puas sangat bila tengok scene dia bunuh semua manusia yang lebih mengerikan daripada monster. 

Hakikatnya naskhah Sweet Home ni lebih menonjolkan sisi gelap manusia bila dalam keadaan genting sama ada akan menjadi berguna kepada orang sekeliling ataupun jadi sampah. Setakat musim pertama, belum diceritakan lagi ada mana-mana manusia yang berubah jadi raksasa akan bertukar kembali jadi manusia sebab dalam mana-mana agama pun akan ada ruang untuk manusia bertaubat.  Yang diberitahu penulis cuma teknik untuk melambatkan proses bertukar jadi raksasa bila manusia kena kawal diri dan bertenang. 

‘We live as human, die also as human.’

Tak pasti bila Season 2 akan keluar sebab Netflix ni sejenis jugak kalau buat drama suka biar fans tunggu lama macam Love Alarm dengan Vagabond. Untuk drama dengan heavy vfx macam Sweet Home ni tak tahu lah bila pulak nak munculnya. Mungkin 5 tahun lagi….

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10