Movie Review : Bring Me Home

Saturday 3 October 2020


Director : Kim Seung-woo
Writer : Kim Seung-woo
Cast : Lee Young-ae, Yoo Jae-myung, Park Hae-joon, Seo Hyun-Woo, Lee Si-Woo, Kim Jong-Soo, Lee Hang-Na, Jin Yoo-Young, Jung Joon-Won, Kim Tae-Yul
Production Company : 26 Company
Distributor : Warner Bros. Korea, Zazie Films (Japan)
Genre : Thriller / Mystery / Drama
Running Time : 108 minutes
Release Date : November 27, 2019 (South Korea), September 5, 2019 (Toronto International Film Festival)
Trailer :


6 tahun lepas, anak lelaki tunggal kepada pasangan Jung-yeon (Lee Young-ae) dan Myung-gook (Park Hae-joon) telah hilang di taman permainan. Selain daripada usaha sendiri dengan lekat poster di merata tempat, mereka juga bergantung harap pada NGO yang dikelolai oleh Seung-hyun (Lee Won-keun) bila dia juga pernah hilang dari keluarga kandung tapi bernasib baik menjadi anak angkat dan dijaga dengan baik sehingga besar.


Selepas kematian Myung-gook, Jung-yeon mula patah semangat dan nak bunuh diri tapi lepas dia dapat tip off daripada Inspektor Kim (Seo Hyun-Woo ) supaya dia pergi ke kampung nelayan untuk mencari anak dia. Katanya anak dia membesar dengan nama Min-su (Lee Si-Woo). Tapi Inspektor Kim nak identity dia dikekalkan sebagai anonymous sebab ketua dia, Sarjan Hong Kyeong-Jang (Yoo Jae-Myung) tak nak kampung nelayan milik dia terjejas. Tambah pula pekerja dia kebanyakannya bekas penjenayah. 


Kehidupan Min-su agak menyedihkan bila dia selalu diliwat dan dipaksa bekerja tanpa diambil peduli kebajikannya. Cukup mereka bagi makan dan tempat tinggal dalam kontena buruk sebagai tempat berteduh. Dia sakit pun diorang tak kisah langsung. Dia rajin macam mana pun dia tetap kena dera. Macam mana masing-masing tergamak nak buat macam tu dekat budak atau manusia pun tak boleh nak hadam. Kejam!


Bertemakan kes kehilangan kanak-kanak, debutante director-writer Kim Seung-woo paparkan dengan jelas bagaimana kehidupan ibu bapa yang kehilangan anak mereka. Prank calls, false information, patah semangat dan sindiran tak pandai jaga anak. Gabungan terbaik bila dua situasi kehilangan anak dan jenayah terhadap kanak-kanak diadun untuk menambah impak dalam drama. Well except for the pace. Too slow.


Kreatif jugak la bila Kim Seung-woo bermain dengan cuaca bila Jung-yeon serang Sarjan Hwang dan krooni dia masa ribut monsoon dengan hasil kerja dari lensa Lee Mo-Gae. Nampak betapa galau hati dia masa tu. Damage is done but she will find justice. But kinda questionable bila dia tiba-tiba jadi superhuman. Geram juga bila dia tahu rahsia dari mulut Ji-ho (Kim Tae-Yul) walhal dia dah boleh agak dari awal lagi. Buat relaks sudah la sebab dia ada misi kemudiannya. Tak pasti pula kanak-kanak di kampung nelayan ni diculik ataupun land up at wrong place.

Lakonan Lee Young-ae not bad lah lepas menghilangkan diri lepas 15 tahun dari dunia lakonan filem. Dia pilih movie ni pun sebab dia sendiri dah jadi ibu kepada dua orang anak kembar dia. So mudah la untuk dia mainkan watak si ibu. Tapi untuk dia sandang sepenuhnya movie ni dari awal mungkin agak berat untuk dia especially second half. Lagi bagus kalau screentime Park Hae-joon ditambah dengan intense moment antara suami isteri ataupun paparkan perasaan dari perspektif ayah.


Menyampah dengan watak Ahn Kyung-Ja (Lee Hang-Na) sebab triggered tak tentu pasal. It ruins the mystery though. Cerita ni mungkin boleh habis dalam masa 15 minit je dengan template short film sebab Jung-yeon nak tengok kuku kaki je instead of running until 108 minutes. Plus, kroni Sarjan tu boleh hidup senang dengan duit ganjaran yang dia bagi daripada nak bersusah payah jaga kawasan perikanan tu dan harapkan pengunjung datang sedangkan musim monsoon dah mula menjengah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10

Pengarah :  Rahim Zali
Penulis Skrip :  Rehal Nuharis
Pelakon :  Shalma Eliana, Ismail Izzani, Zarul Umbrella, Wafariena Roslan, Akmal Ahmad, Fiza Halim, Ameerul Asyraf, Ziana Zain, Ku Frida
Genre :  Misteri / Drama
Durasi Tayangan :  95 minit
Tarikh Tayangan : 26 September 2020
Syarikat Produksi :  Dear Creative Media
Pengedar :  Astro Citra dan Citra HD.


Telefilem yang diadaptasikan dari novel Ganggu karya penulisan Ayumi Syafiqah yang pernah diterbitkan pada tahun 2017. Kalau ikutkan genre novel dia psiko thriller tapi dalam telefilem ni macam tak kena pulak sebab tak wujud pun thriller tu. Lebih kepada menggelabah. 

Tak pasti kalau ni lakonan pertama Shalma Eliana tapi yang pastinya Ismail Izzani dan dia tak mampu nak carry movie yang intense macam ni. Screentime Ziana Zain, Zarul dengan Fiza sebagai ibu bapa terlampau sekejap walhal watak mereka bertiga ada rahsia besar. Patutnya drama boleh wujud dekat situ tapi cuma digantikan dengan cerita nenek (Ku Frida). 


Mungkin dalam novel penceritaan lebih cantik tapi bila dibikin menjadi telefilem, plot nampak berterabur. Ada tiga pembunuhan pada malam birthday Kayla tapi family mangsa kejadian seolah diamkan diri tak tuntut bela. Polis pun tak buat siasatan forensik atau scene soal siasat dengan saksi kalau Kayla dengan Amanda (Wafariena Roslan) claim ada orang lain malam tu yang datang nak bunuh mereka. 

Ada yang buat video bunuh diri untuk viral tapi dekat mana Ema post tak siapa tahu pun. Let’s say dia post dekat Facebook then tak ada siapa yang kecoh ke? Dalam video terang-terang ada orang lain then kenapa video tu tak jadi bukti kewujudan Z? Alibi Kayla pun strong enough sebab dia ada dekat luar dengan kawan-kawan lain. Lagi kelakar bila ada dialog dari adik tiri dia – ‘Kakak pembunuh ke?’ untuk hidupkan drama. 


It’s just depressing to watch a big house without any security. Even lepas tragedi pembunuhan dekat rumah tu pun parents Kayla tak nak install CCTV. Pembunuhan kawan baik Kayla lepas kejadian tu pun diam macam tu je. Nak kata duduk dekat kampung pun tak jugak. Antara salah satu kelemahan telefilem ni bila kita tak didedahkan sangat dengan tempat dan masa. 

Visual dari lensa Che Mie pun agak lemah lah especially scene Kayla keluar dari hospital sakit jiwa 2 tahun kemudiannya dan balik ke rumah keluarga dia. Patutnya director ambil close up shot ataupun shot dekat area bahagian pinggang ke atas je sebab full shot sampai nampak lantai berkilat kemain dah rosakkan latar masa 2 tahun kemudian tu. Rumah nampak kemas padahal tak ada siapa yang jaga pun. Pool pun cantik je takde daun langsung dalam tu. Mungkin Uncle Husin yang jaga. 

Kalau first half dah banyak lompong, second half pun sama je. Ingatkan lepas 2 tahun, Kayla akan keluar dan siasat siapa Z yang dah huru-harakan hidup dia tapi dia kena kacau pula dengan Luth (Akmal Ahmad), orang upahan ibu kandung dia. Ada plot twist dekat hujung tapi tak memberi impak pun. 

Gangguan Psiko Stalker Live Telefilem Melayu Online - Kepala Bergetar

Kalau pembikinan telemovie ni untuk naikkan balik novel Ganggu, rasanya telefilem ni gagal. Baik dari lakonan, arahan, visual dan paling utama sekali, skrip. Misteri Z mungkin terjawab tapi macam mana dia selamat dari tembakan Kayla, tak pasti. Siapa yang bersyarah dekat dia tentang pistol pun tak pasti. Tiba-tiba muncul, tiba-tiba jugak hilang. Kenapa Z nak Kayla hidup bahagia pun tak pasti. Apa definisi bahagia dari kamus hidup Z pun tak pasti. Raised too much questions in just a story of 95 minutes. Got to say, wasted. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 2.9/10

Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

Friday 2 October 2020

pening kepala
Klik gambar untuk baca lebih banyak info kesihatan
Tahukah anda, sakit kepala merupakan penyakit yang dominan dalam kalangan wanita? Untuk pengetahuan anda, pening kepala boleh diakibatkan oleh masalah hormon tidak seimbang. Menurut statistik, wanita mengalami sakit kepala 3 kali lebih kerap jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Selain itu, hampir 70% pesakit migrain adalah wanita.

Antara punca utama yang menyebabkan wanita kerap sakit kepala adalah disebabkan hormon yang tidak seimbang dalam badan. Tetapi, apa kaitan hormon dengan pening kepala? Anda hendak tahu lebih lanjut? Jom ikuti artikel yang kami sediakan di bawah!

Hormon tidak seimbang punca pening kepala?

pening kepala

Seperti yang ramai sedia maklum, pening kepala selalunya berpunca daripada umur dan juga sejarah keluarga. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa perubahan hormon dalam badan wanita, terutamanya hormon estrogen dan progesteron mempunyai kesannya yang tersendiri terhadap kesihatan!

Jika anda sering diserang migrain ketika datang bulan, mungkin perubahan hormon inilah punca yang menyebabkan anda sering sakit kepala! Pening kepala boleh berlaku apabila ada perubahan dalam tahap estrogen dalam badan.

Ketika datang bulan, wanita akan mengalami ketidakseimbangan hormon estrogen. Sakit kepala yang wanita alami semasa datang bulan ini turut dikenali sebagai menstrual migraine. Menurut Dr Anne MacGregor daripada National Migraine Centre UK, hampir separuh wanita yang mengalami pening kepala percaya sakit yang mereka alami itu berkait rapat dengan tempoh haid yang mereka alami.

Sakit kepala yang disebabkan oleh period selalunya akan bermula pada 2 hari sebelum datang bulan hinggalah 3 hari selepasnya. Pada waktu ini, tahap estrogen dalam badan mula berkurang. Serangan migrain pada waktu ini juga selalunya lebih teruk daripada biasa. Selain itu, sakit kepala ini juga mungkin akan berulang pada keesokan harinya.

Bukan perubahan hormon sahaja yang boleh menyebabkan sakit kepala!

Datang bulan atau period bukan satu-satunya punca sakit kepala dalam kalangan wanita. Ada juga punca lain yang mungkin menyebabkan migrain yang dialami jadi semakin teruk.

Sebagai contoh, wanita yang mengambil pil kontraseptif akan mengalami migrain yang lebih kerap apabila kadar hormon estrogen dalam badan mereka mula menurun. Keadaan ini selalunya berlaku ketika mereka berada dalam minggu ‘pill-free’.

Selain itu, wanita yang sedang menghampiri menopaus juga akan mengalami sakit kepala yang kerap. Sakit kepala ini selalunya berlaku akibat gangguan hormon dalam badan. Wanita yang mengandung juga boleh mengalami pening kepala pada minggu awal kehamilan. Namun, pening kepala ini selalunya akan beransur pulih setelah kandungan mencapai usia 3 bulan.

Sakit kepala ini sebab hormon tidak seimbang atau kerana tekanan?



Tetapi, takkanlah semua sakit kepala yang dialami adalah berpunca daripada masalah hormon?

Sakit kepala juga boleh berlaku jika anda rasa stres atau tertekan. Tapi, bagaimana hendak bezakannya? Sebagai permulaan, anda boleh mencatat tarikh anda diserang sakit kepala di dalam kalendar, dalam diari ataupun menggunakan aplikasi di dalam telefon bimbit.

Pastikan anda mempunyai data yang cukup sekurang-kurangnya selama 3 kali haid. Jika pening kepala selalu berlaku ketika anda hampir-hampir datang haid, maka tidak salah lagi, sakit tersebut pasti berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Namun, jika sakit yang anda rasa bertumpu pada bahagian dahi dan sisi kepala anda, sakit ini mungkin berpunca daripada tekanan.

Selain itu, sakit kepala disebabkan oleh migrain atau tekanan selalunya mempunyai tanda-tanda berikut:

  •  Sakit kepala berlarutan selama 4 – 72 jam.
  •  Nampak bintik-bintik atau garisan ketika pening kepala.
  •  Sakit kepala jadi makin teruk jika pesakit lebih aktif.
  •  Sensitif terhadap cahaya, bunyi atau bau.
  •  Rasa loya atau muntah-muntah.

Sakit kepala yang disebabkan oleh tekanan turut diikuti dengan rasa sakit pada bahagian leher dan juga bahu.

Bagaimana hendak hilangkan sakit kepala?

Jika anda kerap diserang sakit kepala, ada beberapa pilihan rawatan yang doktor boleh cadangkan bergantung kepada keseriusan sakit kepala yang pesakit alami.

Doktor mungkin akan mencadangkan kepada pesakit untuk melakukan perubahan dari segi gaya hidup untuk merawat sakit kepala yang mereka alami. Jika ia tidak berkesan, doktor akan memberi preskripsi ubat-ubatan mengikut kesesuaian.

Sakit kepala yang disebabkan oleh stress boleh diubati dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen yang boleh didapati di farmasi berdekatan. Wanita yang mengalami sakit kepala akibat hormon juga boleh ambil ubat yang sama. Namun, mereka yang kerap mengalami sakit kepala mungkin perlukan rawatan lain.

Antara ubat-ubatan yang boleh diberi kepada pesakit termasuklah:

  1.   Beta blockers
  2.   Anticonvulsants
  3.   Calcium channel blockers
  4.   Antidepressants
Doktor akan menyarankan pesakit untuk mengambil ubat-ubatan di atas mengikut keperluan masing-masing. Pesakit mungkin perlu makan ubat setiap hari ataupun ketika diserang sakit kepala.

Cara mencegah sakit kepala akibat hormon tidak seimbang

hormon tidak seimbang

Jika anda kerap mengalami sakit kepala ketika datang bulan, anda boleh cuba ambil pil perancang kehamilan ataupun pelekat estrogen (estrogen patch) untuk mengurangkan sakit kepala yang anda alami.

Walau bagaimanapun, cara ini mungkin tidak berkesan untuk semua orang. Ada juga yang akan mengalami sakit kepala yang lebih teruk setelah mengambil pil perancang kehamilan.

Anda juga boleh gunakan pek ais untuk melegakan sakit kepala anda. Selain itu, rehat yang mencukupi dan mandi air panas juga antara langkah yang terbukti berkesan untuk merawat sakit kepala.

Walau bagaimanapun, jika anda menghidap sakit kepala yang berpanjangan dan tidak sembuh-sembuh, pastikan anda berjumpa dengan doktor dalam masa yang terdekat!

Sakit kepala boleh mengurangkan kualiti hidup seseorang dengan drastik. Oleh itu, jangan abaikan rasa sakit yang anda alami dan cuba ikhtiarkan sesuatu untuk meredakan sakit yang dihadapi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Giveaway by ejulz & raydah

Blog Performance September 2020

Thursday 1 October 2020

PKP ke tak? PKP ke tak? PKP ke tak..... 

Lepas dah mengharung 2 bulan PKP yang pertama tu dah tak sanggup nak PKP dah. Mental lah terperuk dekat rumah tapi seram jugak kalau semua tempat dah mula ada kes covid-19. Nak pergi mana-mana pun dah tak berani sebab KL dengan Selangor dah mula naik. 

Btw, for my progress in September, I think my blog doing good for now....

1. PV



Better than previous month bila setiap hari cecah 1k je. Walaupun 1,0001 tapi tetap 1k and yeayyy my PV melebihi target asal sebab I nak cecah 920k but did better - 930k. so untuk Oktober nak PV cecah 955k. Mungkin boleh dapat sebab I perasan makin banyak contest and segmen. Plus dah ramai datang sini untuk tahu pasal kes Sushant Singh Rajput. 

2. Posts


Tak tahu lah kenapa Movie Review : The Disaster Artist naik pulak bulan ni. Kalau scroll komen dekat situ ramai yang promote streaming platform je. I seriously don't even know whyyyy T.T

Semalam perasan movie review Raid masuk popular post and since I update pasal movie Bride and Prejudice, tak pernah la keluar dari popular post weekly tu. Lagi semangat lah I nak update review movie lama hahaha

3. Keywords



Keyword untuk bulan September nampak la keluar dari bubble lama. Dah makin banyak keywords baru especially movie yeayyy! 


Like I said earlier, dah ada yang datang sini nak tahu pasal kes SSR. Major progress will be update soon...

4. Audience


Dah lama perasan audience dari Hong Kong tapi tak boleh nak figure kenapa sebab entry HK Gift tu tak naik pun. Indonesia audience naik bulan ni yeayyy!

5. Bilangan Entri



Bulan ni I tak capai target and I pun tak tahu kenapa malas sikit nak update bulan ni padahal banyak je content pending. Maybe boleh kejar balik this month. Try 70 posts I guess. Anyway, thanks for new followers and readers. Happy October and stay safe from covid-19 :)