Starbucks Choco Nut Paradise

Monday 27 July 2020

Dah kecoh dekat Twitter bila Starbucks keluarkan menu baru Choco-choco Nutty Frappucino sebab ramai yang claim rasa sebiji macam Ferrero Rocher. Betul ke?


Alang-alang dah ada yang nak belanja, mesti lah nak Choco-choco Nutty Frappucino saiz Grande! Apa ada dekat dalam flavor baru ni? Gabungan dark chocolate dengan hazelnut, mocha whipping cream and sprinkles of almond on the top. Bila minum tu rasa macam chocolate dengan kacang la tapi tak lah rasa macam Ferrero Rocher pun. 



Since I memang gila coklat dengan kacang so flavor ni memang heaven lah. Tak perlu sama macam Ferrero Rocher pun dah syok dah. Ada yang kata kalau nak betul kaw rasa Ferrero Rocher minta Java Chip Frappe, double pumps Mocha Syrup dengan Hazelnut Syrup. Tambah pula Whipped Cream and Chocolate Drizzle. 

Menu ni seasonal je tau, khas untuk summer so kalau habis summer, bye bye lah flavor ni. Dari haritu tergoda dengan Berry Hibiscus. Mungkin esok cun kalau nak pergi beli hshshshs

Movie Review : Intruder

Sunday 26 July 2020


Director : Son Won-pyeong
Writer : Son Won-pyeong
Cast : Song Ji-hyo, Kim Mu-yeol, Park Min-ha
Production Company : B.A. Entertainment
Distributor : Ace Maker Movie
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 102 minutes
Release Date : 4 June, 2020
Trailer :


Arkitek Kang Seo-Jin (Kim Moo-Yul) dalam keadaan kemurungan selepas kematian isteri dia dan meninggalkan Ye-Na (Park Min-ha), anak permepuan mereka berdua berstatus anak yatim. Seo-Jin masih mencari siapa yang melanggar isteria dia tapi sayangnya walaupun menjadi saksi kejadian, memori dia terganggu dan tak ingat details kejadian tersebut. 


Tak lama kemudian, dia dapat panggilan dari Seoul Emmanuel Orphanage bagitahu yang adik perempuan dia, Yoo-jin (Song Ji-hyo) muncul kembali selepas hilang 25 tahun. Hidup dengan keluarga angkat dan selepas kematian mereka berdua, Yoo-jin terjumpa surat dan dokumen lama yang mengatakan dia anak angkat. Masa tu baru dia tahu tentang keluarga yang sebenar.


Seo-jin ambil langkah berjaga-jaga dengan minta untuk buat ujian DNA. Selepas 3 hari, keputusan ujian dihantar ke rumah dan 99.9% hasil ujian sepadan. Parents Seo-Jin insist untuk bawa Yoo-jin menetap di rumah. Sampaikan ibu dia anggap kematian isteri dia diganti dengan Yoo-jin. Tersentak dengan kata-kata tu dan ragu-ragu dengan kehadiran orang asing, Seo-jin minta orang gaji dia perhatikan Yoo-jin. 


Malangnya, orang gaji yang mula dapat tahu sisi buruk Yoo-jin dan boleh mengancam keluarga, dia pula hilang dan lari dengan teman lelaki secara tiba-tiba. Seo-jin tahu ada ssesuatu yang aneh dengan Yoo-jin dan cuba mencari jawapan dengan ujian hipnosis supaya ingatan dia kembali dalam dua kejadian – 25 tahun lepas dan hari kejadian langgar lari isteri dia. Tapi doktor pskiatri dia, Sang-Goo (Lee Hae-oon) rasa ujian ni tak akan membantu tapi nasihatkan dia untuk ambil ubat supaya tak keliru antara halusinasi dan nyata. 


Novelis bergenre thriller, Son Won-pyeong debut sebagai pengarah dan penulis movie Intruder dan cuba mewujudkan misteri dengan konsep kekeluargaan sebab dari pandangan dia, bila keluarga yang berkelakuan aneh dia akan wujudkan impak yang lebih seram dan mengerikan. First half movie mungkin curious, intense dan menarik tapi masuk second half, jalan cerita dah mula nampak terburu-buru untuk habis sedangkan banyak scene yang boleh dikembangkan. Slow pace Intruder perlahan sangat. Mungkin untuk build up horror and suspense tapi buang masa sebab predictable. Stay untuk tahu apa motif Yoo-jin kacau keluarga Seo-Jin je. 


Plot twist Intruder bagus lah jugak sebab golongan macam tu memang wujud dan director sepatutnya fokus dekat golongan ni dan dedahkan lebih lagi macam mana mereka plan untuk masuk dalam kehidupan mangsa. Sayang bila director buat sesuatu yang cliché, lemahkan watak utama dengan ganggu keadaan mental. Lebih menarik kalau kita boleh eh bersama dengan watak utama tapi tak ada moment tu. Sepenuhnya director letak rasa ragu-ragu untuk jadi punca utama Seo-jin gali balik apa kisah silam Yoo-jin. 


Lakonan Song Ji-hyo dan Kim Mu-yeol pun bagus cuma sayang bila watak tak dikembangkan dengan baik dan tak ada hard-hitting dialogue. Ji-hyo banyak kali cuba wujudkan vibe ngeri dengan bahasa tubuh dia but nahhh! Pelakon sampingan pun tak ada banyak screentime untuk berkembang tapi kalau ada scene diorang pun semuanya menurut kata Yoo-jin dan orang-orang suruhan dia je. Nothing much they can do. 


Tak faham scene detektif jumpa Yoo-jin untuk ambil statement orang gaji dia hilang tapi director tak fokus dekat percanggahan statement Yoo-jin bagitahu keluarga dengan detektif. Kenapa tunjuk percanggahan tu kalau tak ada apa-apa perubahan pada jalan cerita? Even Seo-jin tak argue benda tu sebab detektif dedahkan log panggilan orang gaji dia. Tak pelik pun kalau orang gaji dia last call dia sebab dia masih bekerja pada hari dia hilang. 


Visual and music score just okayish. Nothing much to talk about. All in all, Intruder tak mampu wujudkan genre thriller dan seram hanya bersandarkan plot ahli keluarga yang lama hilang kembali. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10

Minggu lepas pergi kedai pets nak beli pasir kucing tapi ternampak kedai barangan antik sebelah tu terus masuk dalam sebab suka sangat barangan vintage. Kedai Vintageholic Collectible Shop ni dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sampai 7 malam kecuali Ahad. 


Kedai dia tak lah besar sangat tapi owner guna semua ruang yang ada dalam kedai dia even dekat siling untuk pamerkan barangan vintage ni. Memang banyak sangat  koleksi!



Asalnya tertarik dengan rak untuk tanaman berpasu dekat bahagian luar tu. Macam cun letak dekat rumah tapi harga dia RM200 so macam okayyyy, duit tak ada hahaha. Masa tu decide masuk lah dalam kejap sebab nak tengok koleksi diorang mana tahu ada yang berkenan. 


Dekat dalam ni selain furniture lama, ada hiasan dinding, koleksi pinggan mangkuk, tiffin, potret, jam dinding, kipas, radio, luggage, pintu, pasu dan banyak lagi lah barang.

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: plant



Hey look at this poster! Movie Dhongee tahun 1979, zaman ni mak Ranbir Kapoor, Neetu Singh tengah berlakon lagi. Zaman ayah Kareena Kapoor, Randhir Kapoor jadi hero movie haha


Ni lagi satu poster, movie Manzil lakonan Nutan dengan Dev Anand tahun 1960. Movie zaman TV hitam putih haha classic!
 



No photo description available.

Dekat Vintageholic Collectible Shop ni boleh tolak barang jugak dekat sini tapi tak tahu lah berapa harga dia akan ambil. Mungkin dia akan nilai dulu ikut tempoh antik dia. 


Masa menyinggah ni owner tengah busy touch up almari lama. Dah cantik nanti boleh la jual balik. Harga for sure naik sebab jenis kayu bukan material murah macam sekarang. Mostly almari dekat Shopee tu murah sebab kayu plywood. Tak tahan lama dan tak boleh letak barangan berat pun. 


Kalau berkenan dan nak menyinggah sini boleh je Whatsapp 0166000858 - Jamie ataupun usha Facebook account diorang Vintageholic Collectible Shop. Ataupun Waze No 9-G Jalan Musytari AM, U5/AM,Seksyen U5, Shah Alam, Malaysia.