Sushant Singh Rajput's Death Case : #TheBhatts

Friday 10 July 2020

Minggu lepas nampak keywords search keluar word 'Mahesh Bhatt dikecam'. Tak lain tak bukan haruslah sebab kes kematian Sushant Singh Rajput sebab beberapa jam lepas Sushant ditemui meninggal di rumah dia pada 14 Jun 2020, Mukesh Bhatt dan Mahesh Bhatt keluarkan statement yang Sushant depressed sama seperti Parveen Babi. 

Indications that we ignored that tell us how depressed Sushant was ...

Mungkin ada yang belum baca artikel karangan fiksyen Subhash K Jha hasil interview dengan #TheBhatts. Kenapa fiksyen tu I'll explain later.




 i. 'Sushant had come to meet Bhatt Saab for a possible role in Sadak 2'

Betul, Sushant dah jumpa Mahesh Bhatt untuk movie Sadak 2 around August 2018 lepas movie Kedarnath dan busy dengan Kizzie Aur Manni atau Dil Bechara. Sushant dah setuju untuk berlakon dalam Sadak 2 dan akan announce tentang Sadak 2. Tapi masuk bulan September 2018, tiba-tiba watak lead actor bertukar kepada Aditya Roy Kapur. 


Dari artikel ni dah boleh nampak yang Aditya Roy Kapur merayu dekat Mahesh untuk join the cast. Boleh kata movie ni Alia yang control sebab dia yang pujuk ayah dia, Mahesh Bhatt untuk jadi director movie balik. 

ii. "He had seen it in Parveen Babi and he knew there was nothing that would be done except medication"

Lies, lies and lies. Mahesh Bhatt yang rosakkan Parveen Babi bila dia eksploit Parveen sampai depressed. Bila Parveen pergi jauh ke Switzerland, apparently she's getting better tanpa perlukan ubat anti-depressant pun. Balik ke India terus jadi teruk sampai skizo then meninggal dunia seorang diri. 

Kalau betul #TheBhatts nampak Sushant dah start sakit, kenapa tak advise Rhea untuk stay dan rawat Sushant? Kenapa tak keluar langsung artikel Sushant perlukan rehat sebab mental state dia tengah tak okay? The only news Sushant sakit bila dia kena denggi dan Rhea dengan abang dia jaga dekat rumah.


iii. "During the last one year, he had cut himself completely from all outside contact. Rhea was with him until she could take it no longer."

Last one year equal to 2019. Tapi Rhea stay dengan Sushant sampai 10 Jun 2020. Masa covid-19 lockdown, Rhea tinggal serumah dengan Sushant dan Sidharth Patani. Plus, why not kan since Sushant dengan Rhea sign contract bersama sebagai penyewa di Mont Blanc. 


But yes Sushant delete semua post dekat IG lepas movie Sonchiriya. Tapi dia start post balik macam biasa dengan posting science dan religious stuff. Kata Sushant benda tu biasa bagi dia sebab dia tak suka stay dengan pattern yang sama.  

Sushant Singh Rajput deleted all Instagram posts after release of ...

It was not the first time, Sushant had earlier also deleted all his social media posts. Once he was asked about the reason behind it and he told BT, "It’s not philosophy. I was always a science student and was never into anything that had nothing to do with certainty. Science is all about certainty, about laws and it doesn’t deal with a subjective point of view. I was wired like that. Once I started reading different kinds of books, which were also to do with science, it changed the way I thought. There’s this forum The Edge, where John Brockmon calls the best guys from different disciplines — Astrophysics, Quantum Physics, Behavioural Economics, Cognitive Science — and they discuss their experiences." 

He added, "If you read the books on that, then you realise that scientists are now saying that everything is just approximations, not certainties. So, whatever I write is not philosophy, it’s science because science tells you that there is nothing right, nothing wrong. It’s just your opinion, my opinion. Or it’s your way of looking at things or my way of looking at things."

iv. "That’s when  Rhea was too frightened to stay with  Sushant any longer"




Rhea aktif sangat upload gambar dengan video dekat IG sepanjang kuarantin covid-19. Semua gambar dengan video diambil dengan bantuan Siddharth Patani. Even ada video dari paparazzi Sushant dengan Rhea pergi workout dekat gym pada hari terakhir sebelum kuarantin bermula di India. 

v. "Rhea quit the relationship"


Depan polis cakap lain?

vi. “She had no choice. Bhatt Saab told her there was nothing she could do. If she stayed on she would lose her sanity too.




Mungkin betul apa yang Mahesh Bhatt cakap, kalau Rhea stay lama dengan Sushant, Rhea yang jadi gila. Rumah Sushant berhantu tapi boleh beria party sampai lewat malam :')

Cukup kot 6 point kenapa artikel #TheBhatts ni fiksyen dan direka untuk selamatkan Rhea dari jadi mangsa kecaman fans ataupun non fans Sushant Singh Rajput. Sebab interview #TheBhatts, ramai yang percaya Sushant skizo sampai dengar suara nak bunuh dia. 

Senang untuk polis tutup kes sebagai kes bunuh diri tapi tak semudah yang #TheBhatts sangka bila kes kematian Sushant disiasat di bawah 4 dakwaan dalam Indian Penal Code: 

i. Section 306 (Abetment of suicide);
ii. Section 109 (Punishment of abetment if the act abetted is committed in consequence, and where no express provision is made for its punishment);
iii. Section 504 (Intentional insult with intent to provoke breach of the peace); and,
iv. Section 506 (Punishment for criminal intimidation)

Disebabkan ramai yang troll #TheBhatts sebab naratif depression ni, Shaheen Bhatt update status do's and don'ts for mental depressed patients, isteri Mahesh Bhatt - Soni Razdan berdebat tentang depression. Even staff Mahesh Bhatt sokong Rhea dan naratif Sushant depressed. None of them really care for Sushant. They just want to save Rhea. 

Later I'll update tentang Rhea Charaborthy pulak. Till then, om shanti Sushant. 

Melawat Kebun Mini Ibu

Thursday 9 July 2020

Masa balik kampung bulan lepas my mom ajak pergi ke kebun kawan dia. Kitorang panggil ibu je dekat kawasan taman perumahan ni. Kawasan taman ni ada tempat yang masih lagi berhutan itupun tak tahu lah sampai bila sebab sekarang ni developer jadi gila nak bina rumah banyak-banyak dekat kawasan Sabak ni. Pantang nampak kawasan berhutan, habis ditebangnya nak buat rumah padahal tak ramai pun yang beli. 

So back to kebun tadi. Actually tanam secara tumpang je dekat belakang rumah orang tapi makin lama tanaman makin membesar so ibu decide untuk alih ke seberang. My mom tanya kalau nak kangkung ke apa kutip je dekat kebun ibu. 









Ingatkan sikit je kangkung yang ada rupanya banyak sangat. Besar pulak tu. Memang puas hati la makan. Nak ambik banyak lagi tapi takut bila sampai Subang jadi tak tahan lama. 


Dekat kebun Ibu ni ada pokok bendi yang besar sangat, pokok pisang, pokok ubi kayu, serai, pandan dengan kunyit. Ibu kata lepas ni dia nak tanam daun kesum dekat sini sebab tanah lembab senang dia nak hidup. 


Pernah jumpa orang mengada dalam kebun? Kat bawah ni....


Tak banyak lagi yang ibu tanam sebab baru je lagi tebas bagi lapang sikit kawasan ni lepastu buat batas. Lagipun dekat sini ada babi hutan so kena hati-hati sikit lah bila datang. Hopefully nanti bila ada ubi kayu boleh la buat makan-makan cicah dengan nyoq. dah lama tak makan. Lepas ni balik Sabak boleh bawak balik container sekali isi kangkung dengan serai buat stok dekat Subang. 

Kalau boleh lapangkan lagi nak suruh Ibu tanam pokok bunga roselle sebab dekat Sabak kan panas so senang la dia nak hidup. Best kan duduk kampung, segala macam boleh tanam. Kalau duduk apartment ni, tanam tomato pun tak besar mana pun dia boleh hidup. Tahu-tahu dah kena bena. Tahu-tahu dah mati. Hmmmmm
Bila bangun pagi kulit muka mesti rasa berminyak tambah pula kalau muka yang jenis combination atau oily macam I. Tahu tak kenapa kulit muka kita berminyak selepas bangun tidur? 

Bila di penghujung waktu siang, kulit muka kita akan mula kehilangan banyak air di dalam kulit. Makin bertambah kesannya bila masuk waktu malam. Disebabkan perubahan ni lah skin barrier kita akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menghalang kulit kita hilang lebih banyak air dan menjaga muka kita. Sebab tu muka berminyak sangat bila kita bangun tidur. Tapi bila minyak di kulit muka berlebihan, muncul masalah baru iaitu jerawat. 


Untuk elakkan muka berminyak dan berjerawat, kita kena tingkatkan kelembapan kulit muka.  Cara yang paling bagus dan berkesan untuk mengurangkan kulit berminyak ialah dengan mencari produk yang sesuai. Aloe AC Clean Bubble Cleanser  dan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature lah jawapannya.



Pencuci Muka Buih Dari Korea, Aloe AC Clean Bubble Cleanser keluaran Hansaegee Nature menggunakan 10 jenis bahan semulajadi untuk memberi kelembapan pada wajah dan merawat acne juga mengurangkan spot mark. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan penggunaan aloe vera boleh membantu dalam melembapkan kulit muka untuk merawat kulit muka yang berjerawat dan juga kulit muka berminyak. 


Nak pakai cleanser ni pun mudah je 

1. Basahkan muka dan tangan terlebih dahulu. Pam 2 kali pada tangan yang basah.
2. Urut muka dengan perlahan dengan gerakan bulat. Buih akan semakin banyak pada kulit yang basah.
3. Kemudian, bilas seperti biasa.


Yang bestnya bila guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, bukan je berbau wangi sebab ekstrak bunga-bunga dan tea tree, tekstur pencuci ni pun lain dari pencuci biasa kita jumpa sebab tekstur dalam bentuk buih. Ni pertama kali pakai cleanser buih macam ni. At first risau juga tak rasa macam cleanser tapi bila dah guna okay je. 

Untuk kulit muka berminyak, kita digalakkan pakai cleanser dengan tekstur yang berasaskan buih sebab tu Aloe AC Clean Bubble Cleanser pilihan terbaik bila dapat menyingkirkan minyak tapi tak mengeringkan muka. Bila cuci muka tu cepat je meresap dalam kulit so dia mencuci lebih dalam dan berkesan untuk menjaga skin barrier.  Tak perlu gosok muka tapi cukup dengan guna hujung jari dan buat circular motion supaya kulit muka tak menghasilkan lebih banyak minyak. 

Tak risau bila pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab alcohol-free, paraben-free dan sulfate-free. Penggunaan alcohol dalam pencuci muka akan mengeringkan kulit muka dan menghasilkan lebih banyak minyak di kulit muka. Satu botol ni ada 150ml, dijual dengan harga RM60 sebotol. 



Sebelum ni dah pernah up entry tentang produk ni. Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan dapat merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sunburn, kulit yang sensitif dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.

Tekstur krim yang tebal tapi sangat lembut dan ringan. Bila sapu di muka tak melekit langsung macam moisturizer yang lain dan cepat meresap. Bahan utama moisturizer Hansaegee adalah Niacinamide yang berfungsi untuk mengunci kelembapan di kulit muka. Masa terbaik untuk apply Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni selepas mencuci muka sebab masa tu liang pori kita terbuka jadi pelembap boleh meresap jauh ke dalam kulit. 

Rasa sejuk dan selesa lepas dah buat urutan muka dan tap tap tap selama 10 saat supaya krim meresap masuk ke kulit dengan sempurna. Suka dengan bau cream ni sebab wangi tapi tak terlampau strong. Just nice je bau dia.


Bila siang dan malam guna dua produk ni, boleh nampak perubahan pada kulit muka. Penggunaan waktu siang sebagai perlindungan dari sinaran yang membahayakan kulit dan juga partikel bebas. Malam pula untuk baiki sel kulit yang rosak. Duduk rumah pun kena guna sebenarnya sebab kita terdedah dengan udara luar dan sinaran laptop. 

1. Apply pada dahi, hidung, pipi dan dagu
2. Ratakan pada seluruh muka dengan kedua-dua belah tangan.
3. Buat urutan di muka berbentuk bulatan sampai krim bertukar menjadi titisan air.
4. Tap tap tap dengan jari selama 10 saat


Bila cuci muka dan guna pelembap dengan tekstur lembut seperti dua produk Hansaegee ni akan stabilkan kadar pengeluaran minyak semulajadi di kulit muka. Bila guna produk yang tinggi bahan pelembap, bahan yang ada dalam produk yang menarik air keluar ke kulit dan bukannya menyesakkan dengan lebih minyak. Lepas guna dua produk ni, kulit muka rasa segar dan selesa sebab minyak di muka berkurang, kulit muka pun lembap dan halus.  


Hansaegee Nature ni dah lama bertapak dalam bidang kecantikan di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Produk kecantikan yang dibuat dari Korea ni hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat dan menjaga kecantikan kulit muka. Boleh tengok di pautan link di bawah sekiranya berminat : 

Brand : Hansaegee Nature
Pembeli online : Hansaegee Nature 
Instagram : @hansaegeenature
Twitter : @hansaegee
Facebook page: Hansaegee Nature