Drama Review : Cinta Itu Fairytale Episod 2

Monday 1 June 2020


Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
Pelakon : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Genre : Romantik / Komedi
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Syarikat Produksi : Imaginal Pictures
Penyiaran : iflix


SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE


Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.

REVIEW EPISOD 2 – BUKAN HAL AKU:

Lepas Zach (Harris Baba) buat hal dalam Episod Dwihati, Nina Suraya (Eyka Farhana) dah stress bila netizen bash video clip pendek yang portrayed Nina sebagai watak jahat dalam relationship cinta dia dengan Zach. Ada netizen yang kata Nina ambil kesempatan kikis duit Zach lepastu buang macam tu je. Padahal ramai yang nak try mengorat Zach. 


Tapi disebabkan kontroversi negatif ni, kerja review dah mula terganggu. Kecewa Nina bila dia dah shoot half video untuk review spa tiba-tiba kena ubah pulak reviewer kepada Mia (Nelissa Nizam) sebab taknak sales drop bila ambil Nina untuk promote bisness dia. Adly (Atiq Azman) sudahnya advise Nina supaya buat skrip je sebab taknak client lari. Takkan lah nak buang semua job semata sebab kontroversi Nina dan Zach? 


Nina pun faham dia tak boleh campur adukkan hal personal dengan professional so dia tak kisah pun asalkan client dia puas hati dan periuk nasi dia tak lebur. Tapi tak sangka Adly buat perangai sakitkan hati Nina sampai dia jadi makin stress. Nampak sangat Adly nak jadi famous macam Nina jugak tapi silap lah sebab dia tak ada bakat dan tak semua orang boleh buat apa yang Nina buat. Orang ingat kerja reviewer ni senang tapi hakikatnya skrip kena cantik tambah kalau melibatkan video kena pandai susun ayat dan tak kekok depan kamera. 


Puan Sofia (Amy Mastura) cuba tenangkan Nina supaya anak dara dia tak mudah termakan dengan kata-kata netizen tapi dek kerana Najmi (Wafiy Ann) yang memang suka gaduh manja dengan kakak dia, memang makin bertambah muncung lah Nina jadinya. Nampak annoying dekat mata Nina tapi scene siblings banter ni lah yang buat I berdekah tengok scene dalam rumah. 

Nice bila director dan penulis skrip balancekan scene intense dengan scene komedi so tak la kita stress sangat. Biar Nina je yang stress dengan Zach. Walaupun dialog cuma conversion biasa dalam kehidupan seharian tapi bagus lah sebab nampak real dan connect dengan audience. 


Suka tengok visual drama ni sebab cantik, nampak modern and stylish bila transition especially shot dekat Kuala Lumpur tu cantik sangat. Smooth je. Dalam episod 2 ni dah mula nampak ada scene yang tegang antara watak Nina dengan Adly tapi sepatutnya Mia jadi la penenang bukannya jadi lalang.  


Tak sabar nak tengok episod ketiga pulak sebab Nina mungkin akan jumpa kawan baik dia, Niesa (Afifah Nasir) nak tenangkan fikiran dia. Boleh tengok drama Cinta Itu Fairytale di Iflix secara percuma okay. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review : Cinta Itu Fairytale


Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
Pelakon : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Genre : Romantik / Komedi
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Syarikat Produksi : Imaginal Pictures
Penyiaran : iflix


SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE


Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.

REVIEW EPISOD 1 - DWIHATI: 

Drama Cinta Itu Fairytale bermula dengan pengenalan secara ringkas hidup Nina Suraya (Eyka Farhana) sebagai Instafamous dan selalu dapat jemputan dari restoran atau brands untuk buat review. Nina ada team sendiri untuk buat review supaya client mereka puas hati dengan hasil kerja. Adly (Atiq Azman) yang in charge bahagian footage dan Mia (Nelissa Nizam) untuk assist Nina dalam mencari contact potential client. 


Ibu Nina, Puan Sofia (Amy Mastura) selalu tegur Nina supaya cari kerja yang stabil tambah pula bila Nina ada degree. Sayang kalau dibiarkan macam tu je. Tapi bagi Nina buat review pun kerja juga sebab mendatangkan duit. Kalau ikutkan apa yang Puan Sofia dan Nina argue, masing-masing ada point sebenarnya. 

My lecturer once said apa sahaja kerja yang mendatangkan duit dianggap sebagai kerja sebenar dan kerja sebagai social media influencer ni tak la stabil sangat macam Puan Sofia risaukan sebab job macam ni tak menentu. Ada client masuk, ada la job. Kalau tak ada, memang melangut jadinya. 


Mungkin sebab tu Adly senang naik angin tengok gaya Nina yang tak serious dengan review ni sebab Nina face of their team, kalau Nina tak pulun, Mia dengan Adly tak ada job jugak. As blogger of course I boleh relate dengan life Nina. 

Nina ada boyfriend, Zach (Harris Baba) tapi macam nak tak nak je layan Nina. Boleh kata dia gunakan Nina sebagai jaminan untuk dia stay famous sebab Zach kerja dalam bidang media jugak. Plot twist dekat hujung episod 1 drama ni best masa Zach ajak Nina dinner untuk bagitahu some good news. Tapi lain pula yang jadi. Cliffhanger episod 1 pun mengundang jugak tau.


Suka tengok visual drama ni sebab cantik, nampak modern and stylish bila transition especially shot dekat Kuala Lumpur tu cantik sangat. Smooth je. Pace pun tak slow sangat macam drama biasa. Scene kelakar dari watak Najmi (Wafiy Ann), adik bongsu Nina menghidupkan suasana tambah pula bila scene tu ada Amy Mastura. 


Suka tengok wardrobe Eyka Farhana dalam drama ni. Even pajama tidur dia pun cantik cuma macam mehh bila dia tidur pakai makeup jugak. Suka tengok bila Eyka makeup nipis je sebab muka dia nampak fresh dan muda. 

Overall episod 1 agak menarik but too early to judge kan so kita kena sambung tengok episod 2 pulak dekat iflix. Drama arahan Tam Suhaimi ni ditayangkan secara percuma tau dekat iflix! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Blog Performance May 2020

Rasa sekejap je dah masuk bulan Jun 2020. Dah nak habis first half tahun 2020. Since I tak buat azam untuk tahun 2020, so I pun tak tahu nak belek progress apa. But one thing for sure, I nak capai target 1 juta PV untuk blog ni. Tengok gaya, bulan Ogos dah boleh cecah dah tu. Yeay!

1. PV


Dah habis PKP, dah masuk bulan puasa, for sure lah I dah expect penurunan drastik untuk PV tapi hujung bulan ni dia start naik balik sebab movie Siccin. Fuhhh terkejut masa tengok ada 200 lebih pembaca at one time. Ingatkan Israel datang rupanya tak, emua audience dari Malaysia. Ada movie Siccin keluar dekat TV kot tak silap. I takde TV so tak tahu apa yang jadi. 

Due to that, PV harian naik sampai 3k so boleh la nampak bulanan pun cecah 30k. Fuhhhh legaaa dah cecah target untuk bulan Mei sebab April lepas I dah aim 800k. For June I guess nak cecah 850k lah kot. 

2. Post 


Macam I cakap kat atas tu, sebab Siccin penyumbang PV so entry paling banyak dibaca haruslah Siccin franchise. Baaghi pun tengah naik jugak bulan ni. TV2 taknak tayang Baaghi 1 dengan 2 ke hehe. 3 Jun ni TV2 nak tayang Bajirao Mastani and sekarang pun tengah viral dekat Twitter pasal movie ni. Rasanya kena buat review untuk movie ni, mana tahu Padmavaat pun naik sekali.


All time Popular Post dah cecah 20k and tak banyak pun berubah. Entri yang sama jugak dekat dalam carta tu.

3. Keywords


Perasan masa minggu lepas telemovie review banyak jugak masuk Popular Post Weekly. Mungkin ada ulang tayang dekat Astro kot. Drama Bombie & Bonnie pun keluar sekali siap ada drop comment drama tu tak best hshshs


Ni keywords harian lah memang penuh dengan siccin sajooooo

4. Audience


See....audience I ramai dari Malaysia bulan lepas. Jauh tinggalkan negara lain which is good lah sebab I memang target dalam negara je. Tapi tak capai target lagi lah nak jadi hub utama movie Hindustan hshshs

5. Bilangan Entri

Bulan ni sebab dah busy dengan kerja kan, balik rumah memang tak daya lah nak update blog sangat tambahnya puasa dan raya pulak. Berhempas pulas jugak lah nak buat yang terbaik supaya tak tersasar teruk dari yang sepatutnya. Dapat capai 51 je bulan ni, kira okay lah kan. Bulan depan hopefully boleh cecah 60 balik haha

Bulan ni quite great for my blog sebab I dapat collaboration dengan Ayam Brand and iflix. Yeay for that and thanks jugak kepada yang drop by ke blog ni. Have a nice day ahead!