Drama Review : Find Yourself

Sunday 3 May 2020


Director : Ding Xinguang
Writer : Shui Qianmo, Wang Xiongcheng
Cast :  Victoria Song, Song Weilong, Zhang Yujian, Wang Yaoqing, Zhou Qiqi, Cai Yatong
Genre : Romantic / Comedy
Running Episodes : 41 episodes
Release Date : 26 January 2020
Production Company : Huace Media
Distributor : Netflix
Trailer : 


Bertemakan percintaan ‘Jiedi Lian’ yang bermaksud percintaan di antara wanita berusia dan lelaki muda, Fanxing (Victoria Song) bekerja sebagai Director Executive di Amazing Design jatuh cinta dengan intern Yuan Song (Song Weilong). Percintaan mereka berdua terpaksa dirahsiakan dari public sebab Fanxing stress dengan pandangan orang. Lagi pula bila ada pasangan jiedi lian di kawasan perumahan dia terpaksa berpisah sebab mak lelaki tu tak suka dan ugut nak bunuh diri. 

Song Weilong and Victoria Song in "Find Yourself" is Giving ...

Fanxing makin kusut bila Ye Luming (Wang Yaoqing), CEO company berusia 37 tahun, kaya dan segak jatuh cinta dengan dia malah pandai ambil hati keluarga dia. Yuan Song insecure bila Fanxing banyak kali ketepikan dia dalam banyak perkara. Sudah lah terpaksa sembunyikan status, Luming pula selalu dianggap boyfriend Fanxing oleh rakan sekerja dan jiran setempat. 


Kalau dah namanya drama, masalah bukan pada watak-watak utama tapi juga watak sampingan seperti kawan-kawan baik Fanxing. Song Xue (Zhou Qiqi) syak suami Xiao Yu (Cai Yatong) curang dengan perempuan muda di dance studio. Shen Fanfan cuma berpura baik sebagai suami untuk buang rasa bersalah dia kutuk isteri dan curang.


Dalam masa yang sama, Song Xue pula nak putuskan hubungan dengan boyfriend dia, Dongyang sebab dia dah mengandung. Sebab dah 10 tahun bercinta, dia masak benar dengan perangai Dongyang yang tak suka budak kecil. Sebelum sakit ditinggalkan Dongyang, baik dia minta putus dan jaga sendiri anak dia sebab dia yang pilih untuk simpan baby tu.


Asalnya nak tengok drama ni sebab Song Weilong handsome tapi tak sangka pulak jalan cerita dia best dan kelakar. Marathon 1 hari layan 41 episodes dengan speed 2.0x sebab drama memang pace dia slow sikit. Lagipun banyak scene draggy especially scene Luming membebel dengan kawan dia, Steven. Kalau lepak sembang macam mana nak sailang Fanxing je.


Walaupun Fanxing dah berusia 32 tahun tapi ni pengalaman pertama dia bercinta so banyak benda yang dia tak tahu. Karakter dia pula naïf so senang sangat lah kena tipu dengan Luming. Ada benda yang dia boleh elak tapi dia tetap nak mengharapkan Luming macam scene suruh Luming menyamar jadi pakwe dia dekat majlis reunion. Dia kata kawan dia tak perlu tahu personal matters dia tapi kenapa nak ajak Luming? Dah la tak bagitahu dekat Yuan Song. Macam mana lah Yuan Song tak insecure.


Tambah pula bila kembar Fanxing, Canyang (Zhang Yujian) buat andaian based on cerita Yuan Song. Tapi Canyang tak salah pun sebab dia buat teori pun dari cerita sebelah pihak. Bahaya kalau tak communicate and discuss dalam relationship tak kisahlah relationship apa sekalipun. Normal ataupun jiedi lian, tetap sama.

Browie points bila tengok drama ni banyak mesej boleh dapat baik dari sudut friendship, family ataupun percintaan. Plot twist drama ni pun best jugak bila tahu status Yuan Song. Sebab muka dia handsome dan pakai barang branded, ramai yang syak dia anak ikan sebab dia ada cakap dia buat part-time tapi tak ada yang tahu pun dia kerja apa.


Suka tengok wardrobe Victoria dalam drama ni. Cantik-cantik even pakai sport attire pun nampak cool and trendy. Cuma accessories dia je la tak berapa suka sebab dia jarang tukar anting-anting atau accessories lain. Pandai la director cari pelakon sebab Victoria jenis petite, dengan hairstyle dan makeup natural dia tak nampak berumur pun. Nampak sepadan je dengan Song Weilong.

Overall drama ni best walaupun tak puas tengok scene Fanxing dengan Yuan Song. Season 2 pun tak ada haihhhh 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Movie Review : Mrs Serial Killer

Saturday 2 May 2020


Director : Sirish Kunder
Writer : Sirish Kunder
Cast : Jacqueline Fernandez, Manoj Bajpayee, Mohit Raina, Darshan Jariwala, Zayn Marie Khan
Production Company : Three's Company Productions Pvt.Ltd
Distributor : Netflix
Genre : Thriller / Mystery
Running Time : 106 minutes
Release Date : 1 May 2020
Trailer :


Sona (Jacqueline Fernandez) cuba selamatkan suami dia, Dr. Mrityunjoy Mukherjee (Joy, Manoj Bajpayee), doktor gynecologist yang ditangkap kerana membunuh 6 orang gadis remaja yang mengandung luar nikah selepas hilang diculik. 



Kesemua mayat ni dijumpai di bangunan lama kepunyaan Dr. Joy lepas disiasat oleh  Inspektor Imran Shahid (Mohit Raina). Sona tahu Insp Imran sengaja nak perangkap suami dia sebab malam sebelum semua mayat dijumpai tu, Imran ada datang dalam keadaan mabuk dan ambil punting rokok dan sikat rambut Dr. Joy untuk dapatkan DNA. 


Semua lawyers berpakat untuk tak ambil kes Dr. Joy. Orang kampung mula pulaukan Dr. Joy dan Sona. Sebelum Dr. Joy dibelasah dalam penjara dengan banduan lain, dia sempat bagitahu Sona supaya minta bantuan dengan Mr. Rastogi (Darshan Jariwala), lawyer yang pernah dia tolong dulu.


Mr. Rastogi tak dapat buat rayuan untuk ikat jamin Dr. Joy bila ada bukti kukuh so dia advise Sona untuk wujudkan jenayah yang sama untuk buat orang kampung dan mahkamah percaya yang mereka tersalah tangkap orang. Sona culik Anushka Tiwari (Zayn Marie Khan) lepas dapat senarai nama dari klinik dan create pembunuhan yang sama dengan kes pembunuhan bersiri melibatkan suami dia. 


Masa tengok poster dengan rating iMDB masa tu, memang excited lah sebab Jacqueline sebagai lead dalam movie thriller. iMDB pun 8.5/10, release under Netflix pulak tu. Tapi bila tengok rasa syahdu betul kena tipu. 

Image

First half memang menyeksakan bila director focus sangat dengan Jacqueline Fernandez sedangkan dia tak pandai berlakon. Director tak kisah langsung dengan perasaan penonton bila dia biar Jacqueline menjerit, menangis dengan suara nyaring dia. Stress jugak lah tengok scene Sona bergelut dengan Anushka. Anushka tendang kemain eh melayang jauh. Dari thriller dia dah jadi masala. Scene dekat taman bunga tu memang laughable lah. Scene Anushka jadi spiderwoman pun sama. 


Masuk second half jalan cerita nampak hidup sikit lah sebab Manoj Bajpayee dapat tonjolkan watak dia yang sebenar pada audience. Patutnya director kembangkan lebih dekat watak Dr. Joy daripada watak Sona. Kesian tengok Mohit Raina nampak lemah betul sebagai inspector polis. Dah la isteri kena sailang, kena hentak sampai koma 2 tahun, kena belasah dengan orang kampung lepastu bila nak jadi penyelamat, Dr. Joy hentam dia dulu. 


Ada 3 orang datang nak selamatkan Anushka tapi director decide untuk buat semua watak ni jadi lemah dan bodoh. Sorang bimbo, sorang terkunci dalam almari, sorang lagi malang benar nasibnya. Movie ni tak jadi thriller tapi jadi kelakar. 


Tak faham kenapa Sona dengan bodohnya sanggup buat macam Mr. Rastogi suruh. Mungkin dia sayang dengan suami dia tapi suami dia pembunuh kot. Tak ada scene dia serang Insp. Imran pun untuk kuatkan teori yang Imran sabotaj suami dia. Mr. Rastogi pun buat kelakar eh datang court via video call je. Filmy sangat. Kalau hakim annoyed sebab tak inform court awal-awal, memang kes dia kena tutup macam tu je. 


Tapi tak semua benda teruk lah dalam movie ni selain lakonan Manoj Bajpayee sebab visual editing dia cantik dengan grading tone untuk hidupkan tema thriller dan mystery tu, transition flashback dan cinematography cantik. Music score dia build up the thriller tapi jalan cerita movie tu dah hancur, letak music score bagus pun dia tetap sampah. 


Tak faham kenapa Manoj setuju untuk buat movie ni. Mungkin dalam skrip nampak cantik tapi lepas kena edit dia jadi sampah. Movie ni tak payah masuk competition dah sebab cukup kriteria untuk jadi movie paling teruk tahun 2020. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.1/10

Blog Performance April 2020

Hujung bulan ni agak roller coaster ride for some people kan? Kita tengok lah macam mana bulan Mei nanti. Makin teruk ataupun ekonomi melonjak naik macam dicanangkan tu.

Anyway for my report card of course lah melonjak naik sebab PKP tapi bila masuk bulan puasa dah mula jatuh balik since niche blog pun entertainment. Mana maunya entertainment ada chemistry masa bulan puasa ye dak?

1. PV

Kalau bulan Mac target monthly nak cecah PV 20k tapi bulan lepas cecah 50k sebulan. Ni gara-gara PKP. Sebab tengok PV rancak je bila PKP kena extend, diam-diam naikkan target PV cecah 770k and yes, dapat walaupun sipi-sipi je stats tu nak cecah.

Untuk bulan Mei hopefully boleh cecah 800k. Tak nak target banyak sebab bulan puasa so tak ramai tengok movie sangat. PV daily pun dah mula jatuh dari 2k jadi seribu lebih je. Nak update resipi pun tak rajin sangat.

2. Post


Bulan April meningkat sikit la PV untuk popular post. Kalau bulan lepas paling tinggi 1260, bulan ni dah cecah 2k itupun sebab Movie Review. Bulan April entry pasal movie memang melonjak naik. Yang lama-lama pun naik macam movie Langsuir, Pihu, The Hantus, Mubarakaan, Andhadhun dll.

3. Keywords


I thought dah lambat nak buat movie review The Flu tapi okay je haha sebab ramai lagi yang mencari. Lagu raya Floor 88 dengan Baby shima pun dah start cari. Ngam sangat lagu tu dengan situasi raya tahun ni - Tak Dapat Raya. 

4. Audience


I lost reader from India walaupun movie Hindustan banyak naik haha tapi tak tahu kenapa Hong Kong melonjak naik sampai 23k walhal bulan Mac baru 4k je. Kalau bulan Mac tak berapa ramai yang guna mobile, sekarang nampak makin ramai reader guna mobile lepas dah tukar some settings. Around 40% compared to March, dalam 10% macam tu je. 

5. Bilangan Entri


Bila I kata I nak menaik je bilangan entri tu, well bulan ni dapat naik sampai 61. Ni banyak sebab segmen dan giveaway je ni. Bulan Mei kena cecah 60 entri jugak lah. Hopefully dapat sampai target sebab dah mula kerja Isnin ni. Weekend la kot nak pulun update blog. 

Selamat berpuasa semua.