Movie Review : Pati Patni Aur Woh

Monday 3 February 2020


Director : Mudassar Aziz
Writer : Mudassar Aziz
Cast : Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar, Ananya Panday, Aparshakti Khurana
Production Company : T-Series, B.R. Studios
Distributor : AA Films
Genre : Romantic/Comedy
Running Time : 136 minutes
Release Date : 6 December 2019
Trailer :


Abhinav Tyagi aka Chintu Tyagi (Kartik Aryan) bekerja di pejabat kerajaan dalam jabatan peruntukan tanah di mana dia akan entertain client sampai jumpa tanah yang sesuai dengan kehendak klien. Boleh kata masa dia akan banyak terluang di luar pejabat.


Disebabkan cara kerja dia, Chintu mula ambil kesempatan untuk berseronok dengan Tapasya Singh (Ananya Panday) yang datang dari Delhi untuk cari tanah supaya dapat buka butik di Kanpur. Chintu tahu Tapasya tak akan jatuh cinta dengan dia sebab hot babe macam Tapasya tak pandang lelaki biasa yang nerd. 

Tapi bila Tapasya dapat tahu Chintu dah pun berkahwin, dia mula jauhkan diri sebab tak selesa bergaul rapat dengan suami orang. Chintu yang dah mula bahagia dengan perhatian yang dia dapat, mula reka cerita yang isteri dia, Vedika (Bhumi Pednekar) ada affair di belakang dia sejak 2.5 tahun lepas dengan Rakesh Yadav.


Awalnya Chintu bahagia dengan penipuan dia tapi makin lama makin kacau bila Tapasya mula syok dengan dia. Lagi serabut bila kawan baik dia dari kecil, Fahim Rizvi (Aparshakti) kadang membantu kadang tambah masalah sampai buat Vedika syak ada something jadi.


Tak lama pun untuk Vedika tahu kisah curang Chintu bila dia sendiri yang nampak Chintu dengan Tapasya have fun dekat mall waktu lunch hour. Sudahnya Vedika ambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggalkan nota dekat parents yang dia nak hidup dengan ex dia, Doga (Sunny Singh).


Movie PPAP ni remake dari movie tahun 1978 dengan tajuk yang sama so mungkin ada yang dah pernah tengok jalan cerita asal but as for me memang tak pernah layan lagi movie. Thus I tak tahu ada scene dan jalan cerita yang diubah untuk ikut kesesuaian plot masa.


Sebab watak Vedika agak liberal dan moden bila dia refuse untuk hidangkan air pada guest bila keluarga Chintu datang melamar. Even dah kahwin pun dia bekerja dan tak sediakan proper lunch untuk suami dia sampai Chintu upset bila lunchbox kawan sekerja dia lagi bagus dari dia even Fahim yang bujang pun happy dengan lunchbox dia. 

Monolog Chintu tentang kehidupan alam perkahwinan dia pun sembang pasal modernism dan sexist bila dia dilemma stuck dalam perkahwinan dan sikap judgemental society terhadap lelaki yang dah berkahwin.


Masalah dengan movie remake ni bila director dan team production suka kekalkan original content padahal boleh je ubah supaya sesuai dengan plot masa dan karakter watak. Vedika nampak liberal dan independent tapi dia pilih untuk stay dengan suami dia walaupun tahu yang Chintu curang walhal Doga tak pernah ada isu dengan lifestyle Vedika selama 9 tahun bercinta dan pilih untuk kahwin dengan Chintu.


Both direction and script adalah hasil karya dari Mudassar Aziz so the idea untuk remake movie lama dengan sentuhan moden ni adalah sepenuhnya dari idea dia. Sayangnya dia tak mampu nak olah dengan baik bila some of scenes nampak lemah. Lagi facepalm bila Mudassar keluar statement yang dia sentiasa angkat wanita dalam karya dia but in this movie, seems like he's not. Dia tak bagi ruang untuk Vedika dan Chintu keluar dari kepompong ending yang cliche.


Awal movie dia tunjuk Chintu sebagai mangsa yang terjerat dengan perkahwinan tapi dekat hujung movie dia kata hasil senyuman Chintu adalah disebabkan isteri yang jaga. Agak questionable jugak lah dengan ayat Vedika tu sebab dia abaikan suami dia and Tapasya yang spend time dengan Chintu sampai buat Chintu rasa dihargai. 3 tahun kahwin dengan Vedika pun Chintu tak happy, tiap malam keluar lepak dengan Fahim buat sesi luahan perasaan padahal dekat office pun dah melepak sekali.


Movie PPAP ni menghiburkan sebab lakonan Kartik dan Aparshakti, sama macam movie Luka Chuppi dulu. Both have great screen persona and make a great pairing. Cuma tak faham kenapa director perlu buat watak Fahim sebagai Muslim untuk dia deliver joke terrorist? Just cut it off? Visual and music score at their best in rom-com genre. Untuk tontonan santai, this one is a sure shot.


1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 7.6/10

Blog Performance Januari 2020

Sunday 2 February 2020

Orang kata selalunya bulan Januari ni lambat sangat nak bergerak tapi bila masuk Februari, dah mula tambah speed tup tup dah habis first quarter. Selalunya lah. 

Bulan Januari ni agak positif setakat ni sebab PV cantik je walaupun tak cecah target idaman. 

1. PV


Kalau sebelum ni graf flat lepastu jatuh merudum lepastu naik tapi kali ni berbeza sebab cantik je naik. Kalau jatuh pun tak lah curam sangat. Sekarang ni dah spend masa untuk blogwalking dalam 10 blog setiap hari. Nampak lah perbezaan yang ketara tu sampai Januari boleh lepas target al time stats - 660k. Untuk Februari, mungkin boleh cecah sampai 690k pulak? 

2. Posts


Bulan lepas sedih sebab Montlhy Popular Post paling rendah cecah 10 tapi kali ni dah naik balik walaupun post yang sama tak berubah-ubah sangat pun. Bulan Januari, post pasal nCov lah jadi perhatian sebab hot global topic. 

3. Keywords


Keywords bulan Januari agak aneh-aneh sebab panjang satu hal, mungkin relate dengan entri yang pernah ada atau mungkin tidak. Apa pun, harapnya berjumpa lah dengan apa yang dicari. 

4. Audience


I dah mula hilang penyumbang audience yang agak besar jugak lah kepada blog ni which is India. Rasanya entri Bollywood banyak je bulan Januari ni or ermmm maybe not? Yang request entri untuk Bollywood pun tak start buat lagi. Ada yang terperam lama dalam draft. Dah boleh dah kot siapkan. 

5. Bilangan Entri


Untuk azam tahun 2020, I dah berjaya pecahkan rekod malang bulan Januari bila entri mencecah 45 posts. Ni semua gara-gara azam nak dapatkan jumlah entri sebanyak 2k. Too early to celebrate but it's a good start kan? Harapnya tak jadi macam tahi ayam la, awal-awal je panas kemain. 

Wedding Ziqa Di Sungai Pelek, Sepang

Saturday 1 February 2020


Dari tahun lepas lagi dah dapat invitation from one of my close friend dekat UiTM Segamat dulu. Dari sem 1 kitorang dah rapat tapi bila dah grad, dah kerja memang tak dapat nak jumpa walaupun dekat je memasing. Just contact dekat Whatsapp je. 

our past conversation during final exam.....she's just being weird.....


Awalnya plan nak pergi belah lelaki sebab dekat je di TTDI tapi tarikh tu sama tarikh dengan majlis kahwin ex-staff tempat kerja lama. Ngam pulak timing my other close friend, Pajana nak join sebab minggu tu dia free. Sembang dia kalau gerak sekali boleh gilir-gilir drive. [Sembang je wei, lepas pekena nasi minyak dia boleh kroh kroh dekat belakang]

Dah lama tak balut hadiah but managed to wrap it nicely :)

Gerak dari Subang and pickup Pajana tak la awal sangat walaupun sembang kencang buat plan jam 8 dah nak gerak. Well cannot blame myself entirely for that fault sebab semalam kerja, siapa je larat nak bangun awal pada hari Sabtu pagi yang indah? 

Dah set Waze, dah ready shade, so we heading to our destination to Sg. Pelek, Sepang. Perjalanan dalam 2 jam jugak lah sebab jam and lucky for us, perjalanan melebihi 90km so boleh buat jamak. Boleh spend masa lama sikit dekat majlis. 

Nak sampai ke sana agak jauh, siap sesat lagi salah masuk kampung orang. Finally jumpa jugak. Tak tunggu lama lah untuk makan sebab tak breakfast so perut pun dah berbunyi hebat. Nampak pulak nasi minyak sedap dengan set lauk sedap. Tak cukup dengan main dish, ada pulak kuih-muih dekat bahagian belakang.




Popia dia sedap, menyesal tak tapau hari tu. Tak tahu pun boleh tapau. Kuih seri muka dia sedap, cara berlauk pun sedap ya ampun semua lahhhh. Ni semua saudara mara Ziqa yang rewang tolong masak. Kalau tengok stok dekat belakang memang baaaaaaanyak lagi diorang sediakan untuk guests. 


Dah siap makan, boleh la bergambar dengan pengantin. Kinda lucky jugak lah sebab tak payah beratur panjang tunggu turn. Boleh relaks sembang dengan dia. Dah habis sembang dengan pengantin, sambung pulak sembang dengan kawan-kawan yang lain. Tak ramai yang datang but enough to have a small and fun conversation. 



On the way balik, singgah dulu dekat Sarah Corner beli buah naga sebab dekat area ni memang banyak sangat ladang buah naga. But sadly diorang jual harga sama je dengan yang dekat Subang, rasa pun biasa je, tak manis sangat cuma tahan seminggu tak rosak tak macam beli dekat pasar malam. 


Yang paling best air buah naga dia lah sebab pekat kemain, puas hati minum sebab terasa isi buah tu. Kalau dekat Subang kordial semata je lah. Kalau dia blend pun sikit je. Yang ni memang kaw-kaw. Berbaloi beli.

Anyway, congrats to Ziqa & Ashraf, semoga berbahagia sampai ke Jannah haaa gittewwww.