Burnt Cheesecake, Gloria Jeans Oasis Square Ara Damansara

Monday 27 January 2020

Lepas dah lama tak lepak makan dekat Gloria Jeans, finally last week ada masa sikit masa lunch hour untuk keluar jalan-jalan lepas makan. Sebab panas terik sangat, saja singgah dekat sini lepak makan cheesecake. 

Kebetulan pulak ada menu baru, Burnt Cheesecake. Dari minggu lepas penuh dekat timeline Twitter isu burnt cheesecake tak jadi guna resipi Danish disebabkan ahkak bertuah tu guna air fryer. Dari malas nak makan terasa nak makan sebab dari siang membawak ke malam asyik nampak burnt cheesecake. 


So ni la burnt cheesecake Gloria Jeans Oasis Square Ara Damansara. Cantik kan? 


Katanya burnt cheesecake ni memang lembut dekat tengah so masa nak potong tu kena panaskan pisau dulu supaya cantik terpotong dan tak hancur.


Harga dia RM10 sepotong dan serve kosong tak macam cheesecake Boston, ada chocolate untuk balancekan rasa supaya tak muak. Even kosong pun dah nice dah rasa dia sebab crust dekat bahagian bawah tu crunchy. Just avoid makan bahagian atas sebab pahit hshshs nama pun burnt kan. Nanti boleh lepak makan lagi dekat sini. Nyummyyyyy!

Movie Review : Motichoor Chaknachoor

Sunday 26 January 2020


Director : Debamitra Biswal
Writer : Debamitra Biswal, Bhupendra Singh
Cast : Nawazuddin Siddiqui,Athiya Shetty,Vibha Chibber, Navni Parihar, Vivek Mishra, Abhishek Rawat, Karuna Pandey, Bhumika Dubev
Production Company : Viacom 18 Motion Pictures, Woodpecker Movies Private Limited
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures
Genre : Comedy/Drama
Running Time : minutes
Release Date : 15 November 2019
Trailer :


Dari trailer pun dah excited nak layan movie ni sebab kelainan jalan cerita bila mana pairing yang ada huge age gap. Nak pula bila lakonan Athiya jauh beza dengan movie pertama dan kedua which are Hero & Mubarakaan bila Athiya dapat screentime yang agak terhad dengan watak yang agak pasif.


Bertempat di Bhopal, Anita aka Annie Awasthi (Athiya Shetty), gadis muda yang nak berkahwin dengan lelaki yang bekerja di luar negara supaya dia dapat show off depan kawan-kawan dia yang dia boleh jejak kaki ke luar negara dan kahwin tanpa bayar hantaran.


Lepas tolak 10 lamaran, Annie mula risau dia akan ikut jejak langkah makcik dia (Karuna Pandey) yang membujang sehingga ke tua. Makcik dia bagi cadangan supaya kahwin je dengan abang Hema (Bhumika Dubev), Pushpinder (Nawazuddin Siddiqui) yang balik dari Dubai untuk bercuti bersama keluarga.

Pushpinder bekerja sebagai akauntan di sana dan merupakan kebanggaan Indu (Vibha Chibber) tapi sayangnya belum ada lamaran yang menjadi walaupun dah menginjak ke usia 36 tahun. Dia pulang dengan harapan dapat berkahwin dengan mana-mana gadis yang sudi jadi isteri.


Indu berjaya jumpa lamaran dari keluarga kaya walaupun bakal menantu agak gemuk nak dipadankan dengan anaknya yang kurus melidi. Tapi dia tak pandang semua tu asalkan dia dapat ambil duit hantaran Pushpinder untuk bagi kepada Hema dan bayar yuran pengajian Hakim (Abhishek Rawat).


Tapi tak lama kemudian Indu batalkan pertunangan Pushpinder dan Laali bila hadiah tunang yang dihantar oleh keluarga belah perempuan rendah kualiti dan buruk. Ditambah pula bila keluarga belah perempuan nak bayar hantaran rendah.


Khabar buruk bagi Indu tapi khabar baik bagi Annie bila dia ada peluang untuk goda Pushpinder supaya berkahwin dengan dia dan bawa dia berpindah ke Dubai. Sudahnya Annie come up dengan plan untuk kahwin dengan Pushpinder kahwin di court sebab Puspinder tak berani lawan kata-kata mak dia.


Terkejut dua belah keluarga bila Annie dengan Pushpinder balik dengan  kalungan bunga. Hancur impian Indu nak kaut untung dari duit hantaran tambah pula dia tahu Annie nak kahwin dengan anak dia sebab nak hidup di Dubai.


Sudahnya dua belah keluarga setuju untuk buat majlis kahwin sebelum saudara mara mengata. Kebahagiaan Annie tak lama bila dapat tahu yang rupanya Pushpinder dah dibuang kerja di Dubai dan balik ke India untuk cari kerja baru. Puas Annie dan Indu pujuk Pushpinder balik ke Dubai sudahnya Annie ditampar akibat geram dan stress.


Even dalam trailer jalan cerita movie ni nampak menarik tapi sayangnya full movie tak seperti yang diharapkan bila rahsia Pushpinder terdedah. Hujung cerita pun ditamatkan dengan komedi yang ditarik panjang supaya nampak meriah.

Since movie ni berlatarkan suasana penduduk luar bandar so isu sexism, body shame dan perkahwinan bukan masalah utama. Even Annie kena tampar dengan Pushpinder disebabkan salah Indu, ayah Annie buat keputusan untuk tak masuk campur hal anak dia sebab tanggungjawab dia dah habis bila dia hantar Annie ke rumah Pushpinder.


Walaupun Pushpinder minta maaf sebab tindakan dia tapi dia tak ada rasa bersalah pun dengan tindakan menampar isteri. Dialog pun agak bermasalah bila nenek Pushpinder datang pujuk Annie supaya balik ke rumah takut nanti orang dah tawar hati nak maafkan silap Annie yang malukan keluarga bila lari dari rumah.


Watak Annie nampak bermasalah bila keluarga dia fokus dengan perkahwinan sampai Annie tak ada ruang untuk capai impian dia pergi ke luar negara atas merit dia sendiri. Even makcik dia tak membantu untuk Annie berusaha malah sarankan Annie ambil jalan mudah dengan kahwin dengan Pushpinder.


Kalau ikutkan movie ni sepatutnya ada version yang lebih menarik tapi bila team production bergaduh sesama sendiri dan merosakkan karya, yang sakitnya penonton lah sebab tak dapat tengok version bagus dengan scene yang lebih menarik ataupun klimaks dan ending yang menghiburkan.

Visual looks great tapi music album agak average hasil buah tangan dari pelbagai komposer di bawah label Zee Music Company.  Choti Choti Gal is my favorite so far. Nyanyian Arjuna Harjai dan Yasser Desai.

All in all even plot agak tidak memuaskan tapi lakonan Athiya antara faktor utama movie ni dalam awaited list. Her performance looks outstanding walaupun nampak mismatch dengan Nawazuddin bila fizikal dia lebih besar. Tapi sesuai lah dengan tema movie ni bila watak hero tak kisah siapa pun heroin dia.

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10

The Roof, One City Mall, Subang


Lepas pergi Bizmilla Wedding Hall, alang-alang dah datang sini haruslah menyinggah ke The Roof Skypark One City ni. Tempat ni famous sebab glass floor di rooftop. Kalau view dari dalam mall, akan nampak la bahagian atas ni. 



Masa kitorang pergi ni agak ramai jugak lah sebab weekend tambah pulak dekat bangunan sebelah ada 4 majlis kahwin. Lepas pergi majlis kahwin, datang singgah sini. Ada juga yang datang untuk photoshoot. 



 One of spot dekat The Roof ni



 Dekat sebelah tepi bangunan, dihadang dengan glass where you guys boleh nampak kawasan USJ 21 dengan USJ 23, Subang. Nothing much pun pemandangan dari atas ni sebab dekat kawasan ni tak ada apa-apa pemandangan yang cantik ataupun menarik. Just residential area je. 





Masa kitorang sampai dekat sini, cuaca agak mendung as you guys can see in my pictures pun terserlah betapa gelapnya awan tu tapi yang bestnya dapat angin free. Panas pun tak terasa sangat walaupun baju songket. 


Dah puas meronda bahagian tepi, sebelum balik try la berjalan dekat bahagian lantai kaca ni. Kalau yang jenis gayat macam adik memang tak berani lah lama-lama. Kawan kata belah siang tak nampak sangat bahagian bawah tapi kalau belah malam memang nampak jelas sebab ada lampu. 


Dekat bahagian atas ni tak banyak kedai yang buka kecuali pub yang dah start nak berniaga. Banyak kedai dah tutup even dekat dalam mall pun tak banyak kedai. Kalau bukan disebabkan Bizmilla Wedding Hall tu mungkin lagi suram agaknya.