Sofuto Sundae Family Mart

Saturday 30 November 2019

Dah lama baru nak up pasal ni. Baru nak ada masa nak tempek sini. Since my office dekat dengan Family Mart, rajin la colleagues layan produk baru. Ternampak pulak haritu ada yang makan, tergedik jugak la nak rasa macam mana. 


Kalau sebelum ni makan aiskrim dia cepat cair, kalini datang pulak dalam bentuk cup untuk flavor Matcha dengan Belgian Dark Chocolate ni. Specialnya sundae ni sebab ada boba dan boba dekat Family Mart ni pulak tak kenyal macam boba dekat tempat lain.


Lemahnya aiskrim FM ni bila dia cepat cair nak pulak bila dicampur dengan boba lagi cepat lah dia mencair sebab boba ni panas. Kalau nak makan memang kena dekat dalam FM je sebab sejuk. Kalau dah keluar memang melebur lah cerita dia. Boba dia sedap, lembut dan manis.

Little Mermaid Basketball, Star Avenue

Last week singgah ke Star Avenue nak pickup parcel dekat Pos Laju hasil shopping 11.11 haritu but since pejabat pos buka jam 10 pada hari Sabtu biasa, kitorang jalan-jalan dulu sekejap dekat situ. 

Star Avenue dah tambah section Little Mermaid dekat Level 2. Ngam la tempat tu sebab kalau bosan tunggu kawan shopping dekat Mr. DIY, boleh la lepas geram main game dekat sini. 


Kitorang tak pernah main basketball game selama ni so saja la nak try power tak power kitorang shoot.


Nak main satu game kena bayar 2 token. Nasib baik token sini murah je. 1 token = RM2. Patutnya habiskan token dekat sini je daripada masuk fun fair Belanda tu. 


First round haruslah nervous nak pulak masa dia sekejap je dia bagi. Memang kelaut lah kitorang shoot. Asal boleh je bila shoot takde fikir skills ke apa. 


Sudahnya dapat 13 kali je masuk itupun bahagi 2 lah sebab main 2 orang haha

Sebab tak puas hati dengan score awal, kitorang topup lagi token lepastu main lagi sekali. Benda ni bahaya kot kalau tak ada self control pffttt


Second time shoot ni berseni la sikit tangan tu lepastu shoot laju gila sebab nak kejar masa walaupun banyak ke laut.


Habis 42 saat tu dapat la 37 point untuk kali kedua bersusah payah shoot. Tak tahu la siapa yang power sangat sampai boleh shoot 250 kali tu. Lepas ni kalau bosan dekat Star Avenue, dah tahu dah mana nak pergi hahaha thanks for existing
Disebabkan tak pernah lagi sambut Hari Kemerdekaan dekat Putrajaya, tahun ni decide untuk pergi sebab nak join kemeriahan dengan YDPA baru dan kerajaan baru. 


Dekat Nasional FM dah dengar penganjur pesan supaya datang awal around 7am sebab ramai yang akan join so lepas solat Subuh kitorang dah gerak since Subang-Putrajaya agak jauh dalam sejam lebih perjalanan. 

Arrived at Putrajaya memang tepat jam 7 as expected lah tapi masa tu pun dah sesak. Since buat dekat Dataran Putrajaya Precint 2, nak park kereta tak ada masalah pun sebab pihak penganjur dah sediakan kawasan yang agak luas lah. Polis trafik pun sangat membantu pagi tu so everything involving traffic went well. 



Dah settle park kereta, berjalan ke dataran nak cari spot cantik nak layan perarakan nanti. Baca dekat news penganjur sediakan 10,000 seats untuk pengunjung tapi hampa bila seats tu dekat hujung dan tak banyak macam diorang kata pun. 


Lagi syahdu bila ada satu je skrin untuk pengunjung tengok apa yang jadi dekat pentas. Mana muat nak bersesak dengan orang ramai. Ingat menteri je ke nak tengok performance? Rakyat nak tengok apa? 




Tak tahu la yang datang sampai dapat tempat depan sekali ni datang pukul berapa sebab muka memasing pun dah lemau menunggu. Nampak lengang masa ni sementara menunggu ketibaan semua menteri. I spot DSWA that morning. 

Pagi tu dah ramai yang start berniaga dengan makanan dan minuman so tak susah pun nak cari benda nak makan. Antara penat nak tunggu dengan tak je. Ramai juga yang jual sticker muka, bendera, topi, mafla, t-shirt, vevezuela, bubbles and so on. Coway tak pernahnya tak ada. 



Penat jugak lah berjalan ke depan, ke belakang, panjat sana sini, menyelit sehabis boleh untuk tengok bahagian pentas sebab dekat situ ada banyak juga persembahan cantik dari budak-budak sekolah. Ada yang sampai panjat kerusi, meja, tembok dengan pondok dekat situ untuk tengok. But if anything bad happens, that's okay I guess since they have prepared with medical tent and team to help. Pffttt 





Ni view dekat bahagian pentas untuk manusia kenamaan. Seat tinggi dekat sini cuma untuk yang buat persembahan sahaja. Mungkin penganjur masukkan sekali jumlah seat 10,000 tu dengan yang ini. Masa tu ingat nak stay dekat area sini dengan harapan dapat tengok tapi langsung tak nampak apa. 


Lama jugak melangut tak tahu nak buat apa sebab tak nampak apa langsung dekat bahagian pentas. Belek Twitter penuh la tweet Permaisuri enjoy tengok performance. Lagi rasa bitter sebab kitorang berpanas dekat bawah tak nampak apa langsung. 


Bila dah start perarakan baru rasa happy sikit itupun struggle cari spot sebab pendek kan, mana la nak nampak sangat. Mulut kena rajin jerit la pakcik yang datang letak anak kat kepala supaya jangan halang. 

Perarakan start dengan kontinjen bendera Malaysia lepastu badan-badan unit beruniform kemudian badan-badan swasta. Suka tengok bila kontinjen tu ada yang baling tombak. Beria bersorak bila dia baling tombak tu tinggi ke atas. 



Dah habis perarakan berkawad, sambung dengan perarakan kereta berhias. Tahun ni special sebab SPRM join sekali dan jadi perasmi untuk kereta berhias. Sesuai dengan tema 'Malaysia Bersih' dengan misi hapuskan rasuah especially penjarakan Najib sekeluarga hshshshs



Bijak jugak lah kontinjen SPRM sebab letak pegawai handsome atas kereta. Lepas habis SPRM, disambung dengan skuad BOMBA. Masa ni ramai yang bersorak sebab ramai sangat abam sado tunjuk muscle dekat atas kereta. I'm not a fan of Syafiq Farhain so jangan tanya dia ada ke tak. 




Masa turn perarakan TUDM, ada persembahan jet dekat ruang udara. Ni je la yang sempat snap sebab laju. Best sangat masa ni sebab formation dia cantik. Dulu masa kerja dekat TUDM Subang hari-hari dengar diorang practice tapi nampaknya tidak padahal dekat je haha nak kena datang yang jauh baru nampak. 



Sakit leher juling mata jugak nak tengok yang mana satu sebab perarakan kereta berhias berjalan serentak dengan persembahan udara ni. Nasib la perarakan kereta berhias ni berjalan lambat so boleh take turn haha





Lepas tengok movie PASKAL awal tahun ni rasa semangat benor nampak skuad PASKAL dekat Dataran Putrajaya. They've sacrificed so much to our country. 


Masa perarakan kontinjen ATM, ada satu kereta kebal ni buat hal tapi tak tau lah kereta kebal meragam ataupun gimik je tapi cuak jugak lah sebab penembak dia tu menghala ke arah kitorang. Tak dapat nak ambik gambar sebab penuh dengan asap. Habis je kontinjen ATM, habis lah event ni. 


Bila dah habis tu diorang buka barricade untuk masuk ke bahagian tengah. Masa ni dapat la bergambar dengan mana-mana maskot yang join perarakan tadi. Ada yang bergambar dengan belon gergasi Ejen Ali, Yaya Boboiboy, Didi dan yang lain. 




Tak ingat habis pukul berapa tapi awal jugak lah dalam jam 11 macam tu so tak la panas terik sangat. Cuaca just nice la haritu cuma kecewa dengan tempat duduk dan skrin tu la. Nak datang awal untuk rebut tempat memang tak mampu la wei. Bukannya dekat Putrajaya ni. Dalam setahun ada la sekali dua je pergi sebab jauh. Tol dekat Puchong pun boleh tahan jugak. 

Hopefully tahun akan datang penganjur prioritize lah keselesaan pengunjung. Tak tahu lah tahun nak datang lagi ke tak. Tengok lah mood masa tu macam mana. 

Mulberry Time!

Thursday 28 November 2019

Dah lama tak makan mulberry sebab pokok dekat rumah dah taknak hidup sejak matahari tak kena dekat bahagian beranda. Lagipun tengah musim hujan memang tak menjadi sangat sebab asyik kena bena. 

Balik Sabak Bernam happy sikit sebab pokok mak tanam naik besar. Buah pun tak pernah putus stock. Kutip harini, esok ada yang keluar lagi. 


Mak kata dia dah tak larat nak makan dah buah ni sebab tu banyak biar dekat pokok je. 


Bersepah! Itupun dah kutip semalamnya. Yang dah hitam senang je la nak petik sebab dah masak, dah rapuh. Yang tengah merah tu susah sikit. 


Tak tahu la ada yang makan ke tak yang merah sebab masam but I just loved it sebab crunchy. Kalau masam sangat, sulam la dengan yang dah masak tu. Masam masam manis nyum! Mulberry ni bagus untuk indigestion, lepas makan sebalang dah boleh membuang hshshs

Planner 2020 Giveaway by Messarah

Planner 2020 Giveaway by Messarah

Dah hujung tahun ni memang dah jadi acara wajib untuk tulis azam tahun depan. Tak sempat lagi nak review azam tahun ni tercapai ataupun tak. Tapi nak list dulu la mana tahu ada yang mampu dicapai tahun ni, khas untuk blog :

AZAM 2020 :

1. Perbanyakkan entri Bollywood dalam blog sebab dah lama sangat tak update. 
2. Minimum entry 40 post setiap bulan 
3. Banyakkan outdoor activity untuk Jejak Pana label
4. Blogwalking 20 blog setiap hari
5. Buat segmen atau giveaway since tahun ni tak ada langsung rasanya. 

Ucapan Untuk Messarah : 

Happy birthday in advance, may your world filled with happiness even adakala stress dan kemurungan datang bertimpa but try to fight it with your special and beloved ones okay. Stay healthy physically and mentally. Be a bright and beautiful flower in your own garden.