Movie Review : Bala

Wednesday 13 November 2019


Director : Amar Kaushik
Writer : Niren Bhatt; Karan Malhotra
Cast : Ayushmann Khurrana, Bhumi Pednekar, Yami Gautam
Production Company : Maddock Films, Jio Studios
Distributor : AA Films
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 133 minutes
Release Date : 7 November 2019
Trailer :


Bertemakan self-love, Bala mengisahkan tentang kehidupan  Balmukund "Bala" Shukla (Ayushmann Khurrana) yang botak di usia muda. Disebabkan hal ni, dia ditinggalkan awek sejak zaman sekolah dia, Shruti dan hilang keyakinan untuk bekerja bila dia dalam team marketing dan perlu berjumpa dengan ramai prospek untuk jual produk kecantikan.

Dah pelbagai cara Bala buat untuk kembalikan rambut di bahagian tengah tapi semuanya gagal sampai ayah dia hadiahkan rambut palsu yang ditempah khas di dari Delhi. Awalnya Bala tak sanggup nak pakai rambut palsu tapi dia tak ada pilihan lain sebab dia nak sangat berjumpa dengan Pari (Yami Gautam), TikTok famous dan juga model baru company dia. 

Dari Kanpur ke Lucknow, Bala happy sebab penampilan dia bertambah segak dengan bantuan rambut palsu. Lagi bahagia hidup dia bila Pari pun jatuh cinta dengan Bala and decide untuk berkahwin. 2 bulan Bala di Lucknow dihabiskan dengan shooting dan upload video TikTok bersama Pari.


Bila habis outstation di Lucknow, Bala balik ke Kanpur dan berkongsi tips rambut lebat dengan kawan-kawan di kawasan kejiranan dia. Dia bangga hidup dia bila dia digilai ramai macam zaman remaja dulu dah kembali tapi rasa gembira tu sekejap je bila Pari datang dari Lucknow dan bagitau kawan dia kahwin dengan lelaki botak. Pari taknak jadi macam kawan dia. Dia nak suami dia handsome macam Bala.


Bala jadi takut bila Pari tahu hal sebenar yang rambut dia sebenarnya palsu. Dia nak confess beberapa hari sebelum kahwin tapi kawan-kawan dia halang. Bala confess through text message tapi masa majlis kahwin baru dia tahu dia tersalah hantar. 

Latika (Bhumi Padnekar) esoknya datang ke rumah marah-marah bila dapat tahu yang Bala create IG account dan cerahkan kulit dia supaya dia dapat banyak pinangan. Disebabkan marah, Latika terlepas cakap pasal rambut palsu Bala depan Pari. Pari yang tak mampu nak terima hakikat tu lari dari rumah dan minta cerai.


First half movie Bala memang penuh dengan scene komedi terutamanya bila Bala cari jalan untuk lebatkan balik rambut dia. Second half dah mula berat sikit bila Bala ditinggalkan Pari disebabkan rupa dia dan macam mana Bala tersedar yang dia dulu adalah society yang suka mengejek fizikal orang lain. Takdir ada cara tersendiri untuk suntik kesedaran tu dalam diri Bala.


Walaupun second half lagi intense dari first half tapi tetap ada scene komedi dari watak utama dan beberapa watak yang lain. Watak Bhumi sebagai Latika agak mengecewakan sebab boleh je production team ambil pelakon yang betul-betul berkulit gelap instead of gelapkan muka Bhumi. Bipasha Basu dengan Konkona Sen Sharma ada dan still aktif dalam industry. 

Muak tengok Ayushmann-Bhumi pun ye jugak sebab movie ni movie ketiga mereka berlakon bersama. Cuma kali ni chemistry tu makin berkurang mungkin sebab tak selesa off screen.


Paling suka tengok scene Bala-Pari sebab video TikTok diorang comel. Lagi best bila semua video TikTok diorang dari lagu-lagu hits Bollywood zaman 80-an dan 90-an. Yami Gautam menyerlah sangat dengan watak Pari. Power line dia bila dia kata dalam bilik air Bala ada cermin yang ditutup di bahagian atas. Kalau Bala sendiri tak boleh terima kekurangan dia, macam mana Bala expect Pari untuk tengok kepala botak dia?’


Music score  gubahan Sachin–Jigar terbaik untuk movie Bala. Tak banyak lagu dalam movie since lagu-lagu dari video TikTok dah banyak tapi single tracks untuk movie Bala pun menarik. Suka lagu Pyaar Toh Tha tapi sayang lah Ayushmann tak nyanyi sendiri lagu ni. I’m not a fan of Jubin so Ayushmann can do better with this song.


Visual, storyline, dialog dan lakonan semua watak baik yang utama mahupun supporting semuanya cukup rencah untuk sampaikan mesej self love kepada masyarakat untuk berhenti ubah diri sendiri supaya diterima masyarakat. Well done team Bala!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.8/10

Drama Review : Class of Lies


Director : Sung Yong-Il 
Writer : Jang Hong-Cheol
Cast : Yoon Gyun-Sang, Geum Sae-rok, Choi Yu-hwa
Genre : Thriller/Mystery
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : July 17 - September 5, 2019
Production Company : JS Pictures
Distributor : OCN
Trailer:



Banyak jugak nampak recommendation untuk layan drama genre thriller ni dekat socmed. Weekend lepas marathon drama Korea yang mengisahkan tentang pembunuhan seorang pelajar perempuan,  Jeong Soo-ah (Jung Daeun) di apartmen mewah dia. 

Malang bagi kekasih dia,Kim Han-soo (Jang Dong-joo) jadi kambing hitam dalam pembunuhan tu bila dia dipaksa untuk mengaku sebagai pembunuh demi untuk selamatkan Soo-ah yang cedera teruk selepas ditikam. 


Peguam Gi Moo-hyeok (Yoon Kyun-sang) ditugaskan oleh bos dia untuk menjadi peguambela untuk Han-soo tapi dia terjumpa perkara yang tak sepatutnya dan reveal di mahkamah sampai menyebabkan keadaan jadi lebih teruk. Akibatnya dia dibuang kerja bila bos dia, Lee Do-Jin (Yu Seong-Ju) buat report dia terima rasuah dan seleweng duit syarikat. 

Sementara menunggu keputusan untuk perbicaraan tentang masalah disiplin, Moo-hyeok menyamar sebagai guru ganti, Gi Kang-jae untuk mencari sendiri rahsia pembunuhan pelajar sekolah di Chunmyung High School sebab dia tahu ada something yang fishy tentang pentadbiran sekolah tu. 


Bukan calang-clang pelajar yang bersekolah di situ sebab kebanyakannya datang dari keluara berada dan lebih mengejutkan lagi anak bos dia, Lee Ki-Hoon (Choi Kyu-Jin) pun antara top students di situ. Yoo Beom-Jin (Jun) sebagai ketua pelajar di sekolah tu dapat hidu motif sebenar Moo-hyeok dan arahkan yang lain untuk berjaga-jaga supaya rahsia tak pecah keluar. 


Jalan cerita COL di episod-episod awal nampak cantik especially scene buli yang memang top social problem di sekolah tapi bila sampai dekat tengah, dah mula longgar dan beberapa scenes nampak merepek. Menyampah sebenarnya dengan kehebatan telinga watak dalam drama ni sebab power betul boleh dengar conversation orang lain walaupun jauh kemain. 

Tak suka bila director buat watak Moo-hyeok, Ha So-Hyun (Keum Sae-Rok) - guru kaunseling dan Prosecutor Cha Hyun-Jung (Choi Yu-Hwa) bergaduh nak tonjolkan siapa hebat padahal masing-masing tengah mencari misteri yang agak besar. Kalau bergaduh tapi cantikkan jalan cerita okay lah tapi dalam drama ni mencacatkan and certain scenes jadi draggy and wasted. 


Sakit hati jugak tengok kelemahan watak So-hyun macam dia baru masuk dekat sekolah tu sebab tak aware dengan masalah pelajar dekat situ sedangkan agak ketara. Banyak benda yang dia tak tahu sampai mengacau kerja Moo-hyeok. 


Dekat hujung paling kecewa lah sebab lemah habis, rushing dan watak utama dimatikan macam tu je dan tinggalkan tanda tanya yang agak besar. Sedih la sebab awal cerita nampak strong tapi end up macam malas nak cara dah. Sepatutnya buat 10 episod je sebab drama ni agak slow pace dan draggy. 


Lakonan semua watak bagus especially Kim Myung-Ji sebagai Na Ye-Ri walaupun baru first time berlakon drama. I think easy for her to pull off the character sebab relate dengan dia - student yang nak debut sebagai idol. Since drama ni banyak watak sebab bertemakan pelajar sekolah, ada certain character yang tak dapat screentime macam watak Prosecutor Cha tiba-tiba ada, tiba-tiba hilang padahal watak dia boleh tahan penting jugak lah. 


Since production company drama ni OCN so you guys boleh enjoy dengan visual yang cantik cuma annoying dengan music score dia sebab scene tu tak suspense mana pun tapi music over kemain sampai lari mood nak tengok. 


For me, drama ni average je lah, so so je la nak layan. Not really recommend sebab jalan cerita dia yang tak kemas dan somehow merepek. Watak utama menyamar dengan pakai spec je, kau rasa?

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6.5/10

Movie Review : Friendzone

Tuesday 12 November 2019


Director : Chayanop Boonprakob
Writer : Pattaranad Bhiboonsawade, Chayanop Boonprakob
Cast : Pimchanok Leuwisetpaiboon, Naphat Siangsomboon, Jason Young
Production Company : Jorkwang Films
Genre : Comedy / Romance
Running Time : 118 minutes
Release Date : 2 August 2019
Trailer :


Watching this movie I tak letak high expectation for comedy part sebab mostly Thai comedy mostly draggy and some scenes ada lawak try hard but this one is hilarious. 

Palm (Naphat Siangsomboon) dah kena friend zone dengan  Gink (Pimchanok Luevisadpaibul) selama 10 tahun sebab friendship diorang start dari zaman sekolah. Actually Palm yang pilih jalan untuk kena friend zone sebab Gink dah tanya dia sayang yang macam mana tapi Palm pilih untuk sayang sebagai kawan.

  
Gink dah warning sebelum Palm jawab yang dia cuma akan tanya sekali je and since Palm dah bagi jawapan macam tu, Gink respect pilihan Palm dan pilih untuk bercinta dengan Luis sampai habis sekolah. Even Palm jealous tapi dia tetap jadi kawan yang terbaik untuk Gink.


Lepas beberapa tahun, Gink bercinta pula dengan Ted (Jason Young) dan ignore Palm yang setia menunggu dia. Even Palm in relationship dengan beberapa perempuan lain tapi tetap tak sama perasaan dia terhadap Gink. Tak kisah lah dia dalam situasi apa pun, dia tetap utamakan Gink.


Gink serious dengan Ted and decide untuk kahwin tapi Gink perasan yang Ted ada perempuan lain sebab perangai Ted agak mencurigakan. Palm try nasihat Gink untuk tak overthinking and be positive tapi kantoi dekat Hong Kong yang Ted keluar dengan perempuan lain.


Kalau first half movie Friendzone penuh dengan scene kelakar dan friendship Gink-Palm, second half more to both of them embracing their feelings with each other. Ada emotional scene sampai rasa in split sebab betul apa yang Gink kata diorang bertahan lama sebab jadi kawan. Kalau diorang bercinta boleh ke kekal lama sampai macam tu tapi in another part nak tengok Palm bahagia bercinta dengan Gink.


For me rom-com movie regardless any country yang produced mesti ada breathtaking visual and strong factor movie ni pun sebab shooting location yang cantik-cantik. Dalam movie ni ada shoot dekat KL and Namewee pun ada buat cameo.



Chemistry antara Siangsomboon dengan Luevisadpaibul, jalan cerita yang relatable dengan life, dialog dan skrip yang strong dengan music score bagus antara sebab movie ni wajib tonton. 2 jam rasa terhibur sangat dengan movie ni. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Ole-Ole Dari Bandung

Hari ni pantry meriah sikit sebab ada ole-ole dari Bandung since one of the lawyers pergi bercuti dekat sana. Tak la banyak tapi happy jugak dapat makanan sedap dari negara luar.

Its my first time eating all of these. Share dekat sini sebab nanti kalau ada yang nak pergi Bandung belikan sikit untuk I lol


These pack is totally worth it except yang cheese cake dekat tengah tu sebab cheese dia terlampau pelik rasa dia. For cheese lover okay la kot bila makan. Brownies dia dua-dua flavor sedap.



Makan satu je cheese ni sebab tekak tak boleh pergi. Tapi brownies memang habis licin sebab sedap. Lembut pulak tu. Melt dalam mulut bila makan. Nyummm!


Bolu susu cokelat ni sedap sangatttt! Quite suprised sebab packaging dia tak macam kek dekat sini pack dalam plastik bagai. Bolu susu ni dia letak dalam kotak lepastu alas dengan kertas nipis je. What a green packaging. 


Kek coklat dia lembut sangat, bila makan dengan grated cheese rasa tu bergabung tapi muak kalau banyak sangat grated cheese. 


Banyak dia letak grated cheese ni. Not sure kalau boleh pilih taknak grated cheese sebab kalau kosong lagi okay kot. Super love this one. Nasib baik pantry jauh, kalau tak muka ni je yang menyinggah makan bolu susu ni.


Last one, kerepek pisang. Kerepek pisang dia tak macam kerepek sini. Rasa macam makan pisang goreng tapi tak oily. Rasa just nice and manis pun tak terasa sangat.


Even nipis je tapi rasa pisang dia kuat. Happy la bila makan sebab manis pisang ni memang sedap.


Sedih jugak semua makanan ni susah nak jumpa dekat sini. Kenapa la tak ada yang bawak balik jual dekat sini. Nak pergi Bandung entah bila entahhhhh

First Time Experience Bela Winter

Sunday 10 November 2019

Last week masa beli groceries dekat NSK ternampak winter aktif sangat dekat kedai pet. She's full of drama and hyperactive so decided nak bela seekor sebab comel sangat. 

 

Staff petshop tu pun cakap sekejap je dah jinak and sangat senang nak jaga. Dah beli sekor rasa kesian pulak kalau tak ada kawan so kitorang beli sepasang. Yang jantan pun lebh kurang je hyper dia. 

Since staff pet shop tu letak winter dalam box je, so kitorang pun malas nak beli cage and decide letak dalam A4 box and that was a foolish mistake by us. Sebab diorang tebuk lubang sampai rabak kotak tu. 

Nasib baik dah beli cage dekat Shopee tapi yang betina tu dah terlepas dah. Rasanya dah jauh dah dia lari. Entah hidup entah tidak. Yang jantan tu nasib baik lah sempat jumpa sebab dia pusing-pusing dalam rumah je. 



Semalam kitorang habiskan masa lama jugak lah pasang cage tu sebab cincai je potongan dia. Nasib baik menjadi jugak sangkar dia. Tapi tak lama pun winter jantan tu stay dalam sangkar sebab balik dari tengok wayang tadi, dah melayang dah bumbung rumah tu ditendangnya. 

Image

Winter jantan tu pun dah lari entah ke mana. Punya lah terseksa hidup dengan kitorang sampai lari dari rumah when all we did was feeding them and give them a house to stay. Harap hidup menderita lah dekat luar tu. Itupun kalau hidup lagi lah. 


Menyesal beli winter sebab habiskan RM50 untuk diorang. Entah lah nak bela lagi ataupun tak sebab bedding dengan makanan banyak lagi. Tak best pun bela sebab tak boleh diajak main atau peluk macam kucing.