Lunch Di Seoul Garden 1Utama

Saturday 28 September 2019

Image

Bulan lepas dah pergi ke Seoul Garden tapi ditutup sebab new makeover sampai 18 Ogos. Since curious nak tengok apa yang baru dekat Seoul Garden, ajak kawan-kawan tempat kerja lama dengan family diorang join sekali lunch dekat sini. 

Pembaharuan dekat Seoul Garden ni bila dia ada Premium Set, cuma kena tambah lagi RM10 untuk merasa set ni. You guys akan dapat tag oren supaya penjaga kaunter boleh ensure you guys memang purchase set ni. 

Kalau dulu ada dua jenis sup je, sekarang dah ada 4 pilihan - Tomyam, Milky Seafood, Tomyam Kimchi and each table boleh dapat 2 sup. 

Yang bestnya sup dengan grill berbeza, each tempat masak ada button sendiri so you tak payah pening bila memasak nak rush sebab takut sup kering or bahan hangus dekat grill. 



So for that day kitorang pilih sup Milky Seafood dengan Tomyam Kimchi. I prefer Milky Seafood sebab sedap. Sup dia walaupun milky tapi tak muak cuma warna je putih melepak. Tapi Tomyam Kimchi is a no no sebab masin dan rasa cuka dari kimchi tu. 



Pilihan bahan mentah masih lagi sama macam dulu cuma susunan je lah berbeza. Lunch tak ada kambing dan ketam, kena tunggu dinner baru keluar. Makanan ready made disediakan tapi dah tak ada kimbap dengan sushi dah which is sad lah since its my fav. 






Sebelum ni tak ada isi ikan dory tapi lepas makeover dah ada, super love sebab isi ikan ni lembut. Makan dengan sup milky seafood memang nyummmmm! 



Kalau makan dekat Seoul Garden ni memang hentam ambik seafood dengan kambing je. Memang tak lah nak pandang ayam. Yang tu hari-hari boleh makan masa lunch. Seafood dengan kambing dah la mahal, bukan selalu pun boleh makan. 

Untuk yang premium set tu, kaunter dia kecil je dan rasanya tak setiap waktu dia ada semua bahan. So kalau pergi time peak hour macam weekend dan public holiday kena tunggu lama la kalau nak makan semua bahan. Not sure dekat outlet lain but this one macam ni. 

   Image result for seoul garden


 

Sebelum ni pernah makan ikan salmon tapi kembang tekak tapi disebabkan premium set Seoul Garden ni sedap yakmattttt! Banyak kali repeat order ikan salmon dengan beef new zealand. Memang wangi dan sedap! 

Since makan ramai-ramai, meja book besar sikit lah. Ni pun entah berapa kali staff SG datang kutip pinggan mangkuk semua pastu tukar grill baru. Sup pun 2 kali tambah. Service staff SG even peak hour memang terbaik, that's why suka makan dekat Seoul Garden dari dulu lagi. 


Kalau ternampak daging ayam tu that's not mine okay lagipun diorang tersalah ambik sebab ada tag yang dah lari pergi mana so diorang tersalah ambil sebab ingatkan tu daging.





For me bagus la SG buat makeover especially steamboat and grill system tu memang terbaik la sangat memudahkan customer. 

Movie Review : Kabir Singh


Director : Sandeep Reddy Vanga
Writer : Sandeep ReddyVanga
Cast : Shahid Kapoor, Soham Majumdar, Kiara Advani, Arjan Bajwa, Kamini Kaushal, Siya Mahajan, Nikita Dutta, Anurag Arora
Production Company : Cine1 Studios, T-Series
Distributor : AA Films
Genre : Romance
Running Time : 160 minutes
Release Date : 21 June 2019
Trailer :


Movie ni sejak release lagi dah terima kecaman dah sebab character Kabir Singh dilabel sebagai misogynist, baran, alcoholic, drug junkie dan movie ni bahaya sebab akan ramai yang akan terikut dan seolah-olah glorify watak Kabir Singh. Macam Shahid cakap ni semua penceritaan kisah individu bukan untuk dipuja atau jadi ikutan.


Kabir Rajhdeer Singh (Shahid Kapoor) top student di medical college Delhi dan top student ke-27 di India tapi ada masalah dengan anger management. Lepas dia bergaduh dan belasah pasukan lawan disebabkan striker curi-curi serang Kabir, dekan bagitahu depan pelajar lain yang Kabir ni useless walaupun bijak sebab tak pandai control baran dia. 

‘I’m not a rebel without a cause. sir’ – Kabir Singh


Disebabkan jawapan Kabir, dekan nak dia hantar surat minta maaf atas kelakuan biadap dan digantung sebulan dari kolej. Kabir taknak hantar surat minta maaf sebab bukan dia yang mulakan pergaduhan tu so dia ambil keputusan untuk berhenti dari kolej. 

Tapi dia tarik balik keputusan dia untuk berhenti sebab dia jatuh cinta pandang pertama dengan Preeti Sikka (Kiara Advani), freshie baru daftar untuk semester pertama. Dia mula bagi amaran kepada student lelaki supaya jangan kacau Preeti dan amaran kepada pelajar perempuan supaya jangan buli Preeti. Sebut nama Kabir Singh memang tak ada yang berani cari pasal.


Everything was so beautiful sampai lah masing-masing grad. Masalah jadi bila Kabir datang ke rumah Preeti untuk bawa Preeti ke majlis kahwin abang dia, Karan. Sementara tunggu ayah Preeti balik, Preeti dengan Kabir berbual di tingkat atas tapi kantoi dengan ayah Preeti masa tengah bercium.


Harpal Sikka (Anurag Arora) halau Kabir keluar dari rumah even Kabir datang minta maaf sebab kelakuan dia semalam pun Harpal taknak terima cinta Kabir-Preeti. Preeti pula dikahwinkan dengan pilihan keluarga. Disebabkan tak mampu terima perkahwinan Preeti dan Kabir dihalau keluar dari rumah, Kabir fokus dengan kerjaya dia sebagai surgeon atas bantuan dan nasihat kawan baik dia, Shiva (Soham Majumdar). Habis kerja dia akan habiskan hari dia dengan minum arak dan hisap weed. Dia tak mampu nak move on sebab dia sayang sangat dengan Preeti.


Jalan cerita movie Kabir Singh ni tentang kisah cinta Kabir-Preeti cuma director ambil dari perspektif Kabir Singh bukannya dari dua belah pihak sebab screentime Preeti tak banyak even perasaan dia tak ditonjolkan sangat. Banyak yang opposed kisah cinta ni ditayangkan terutamanya feminist sebab misogynist tapi kalau tengok karakter Preeti, dia memang deserve hidup dengan Kabir yang dominan since dia agak lepu. Thank God dia ada muka yang cantik so Kabir boleh jatuh cinta dengan cara dia bernafas sampai tak berkelip dia pandang.


Lakonan Shahid sebagai Kabir memang mantap, sama macam lakonan dia dalam Rangoon, Udta Punjab dan Haider. Movie ni 2 jam 40 minit, 2 jam menangis sebab feel connected dengan watak Kabir. Masa tengok behind the scene video even director menangis tengok performance Shahid sebagai Kabir. You give everything you have for your loved one. Tanpa cinta Preeti, Kabir just hidup semata hidup je lah. Dia dah ada semua yang dia nak tapi dia tak ada cinta. 

‘If anything happens to her, I’ll be the most fucking affected person’ - Kabir Singh

'It's not the goodbye that hurts, its the flashback'


Ada review yang kata Kabir Singh sama macam Devdas yang loser but nope, Devdas cuma minum arak siang malam tanpa any contribution to society. Memang Kabir jadi alcoholic tapi dia jaga bab kerja. Boleh tengok dalam scene dia buat surgery, tak pernah ada dalam masalah. Rules dalam surgical room, dia jaga. Bab pesakit dia jaga. Memang dia baran dan marah nurse dia tapi bila diorang buat silap. Ada je scene Rani (Siya Mahajan) mintak advice Kabir pasal patient mengada dan borak kosong lepas surgery.


Macam Kabir bagitahu audience, dia bukan jenis baran tak kena tempat. Dia marah bersebab, dia tahu apa dia nak dalam life. Dia marah bila orang tak dengar penjelasan dia. You guys akan nampak sisi Kabir yang cantik bila dia explain kenapa dia marah dengan ayah Preeti masa sembang dengan nenek dia (Kamini Kaushal). Scene dia sembang dengan Karan (Arjan Bajwa) dan scene Kabir sembang dengan Shiva. He respect them a lot sebab manusia ni semua faham dia. Even dengan Jia Sharma (Nikita Dutta) pun dia okay je layan dengan baik.


He caught my attention bila dia biarkan Preeti belajar subjek Upper Thorax dalam kelas bila dia tahu Preeti tak selesa belajar dengan dia. He did again bila dia tak sengaja marah patient yang lebih tua. Biasanya patient berusia ni tak makan ubat atau tak dengar cakap doktor tapi lepas marah, dia datang melutut minta maaf. Dari riak wajah dia, kita boleh nampak dia betul-betul tak sengaja.


Scene dia datang minta maaf dekat ayah Preeti is a brave act sebenarnya. Dia rasa terhina bila Harpal samakan dia dengan lelaki sampah yang lain sebab dia tak macam tu. Dia top student, dia bakal jadi surgeon, future dia dah well figured, dia mampu jaga Preeti, dia setia dan dia bukan jenis suka buang masa.


Memang betul dia cakap buruk pasal parents Preeti tapi apa yang dia cakap tu betul. Arranged marriage tak sama dengan marriage atas dasar cinta so parents Preeti takkan faham position Kabir-Preeti. Cuma tone dia kasar dan orang salah anggap sebagai menghina.

Another scene bila dia terangkan dekat Shiva tentang PMS, apa patut lelaki buat bila partner datang PMS. 'You don't told her to just deal with it because she supposedly know it better because its her fate crap as a woman'. Even Kabir dengan Shiva sama-sama medical student tapi berbeza action diorang. Suka scene dia takkan menipu walaupun consequences buruk, dia terima balasan untuk silap dia.


Since movie ni remake dari movie Tamil, Arjun Reddy tapi karya director yang sama, tak banyak perbezaan Kabir Singh dengan Arjun Reddy cuma bab visual lebih cantik lah sebab budget pembikinan movie ni lebih besar.


Soundtrack movie ni terbaik! I must say this is the album of the year sebab semua lagu ada dalam movie sesuai dengan jalan cerita. Disebabkan soundtrack, emotion tu makin bertambah. You will feel their love, you will feel Kabir’s pain and heartbreak. Nak pulak bila ada suara Arijit Singh fuhhh


‘Forgetting the one who got away is not easy. That’s exactly what he is going through. We can do a lot of things for him but we cannot share his pain. Suffering is really personal, let him suffer’ – Dadi

All in all movie ni memang terbaik untuk genre romance, dari segi jalan cerita, dari segi penceritaan, visual, music score semua cantik tapi tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab ada 18sx scene dan bab mencarut tu berbakul dari awal movie. Dan tak semua mampu terima kisah cinta dominan-submissive macam ni. But for me it’s an emotional journey and a beautiful love story.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Gilang Gemilang Ulangtahun Ke-2 Matxi Corp

Thursday 26 September 2019

Minggu lepas dapat jemputan dari pihak Matxi Corp untuk hadir ke majlis sambutan ulangtahun kedua di Plenary Hall, KLCC. Sebelum ni memang tak pernah dengar tentang Matxi Corp, bila Google pun tak banyak sangat info tentang Matxi Corp ni. 


Bila dah datang majlis syarikat ni baru dapat tahu tentang perjalanan syarikat yang berasal dari Vietnam ni. Seramai 2,000 pengedar produk Matxi dari 30 buah negara hadir dengan cerita kejayaan masing-masing. Tak perlu pandang jauh pun sebenarnya, dari penampilan fizikal dan suasana majlis pun dah boleh nampak kehebatan produk Matxi ni. 


Selain meraikan ulangtahun Matxi Corp, syarikat di bawah kelolaan hebat Cik Le Thi Hong Nhung ni juga meraikan kejayaan 20,000 pengedar dari agen di merata negara dan juga kejayaan Matxi Corp yang dahulunya Matxi S.G, bertapak secara rasmi di Malaysia. 


Matxi Corp yang bermula sebagai anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd dahulunya khusus dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan hala tuju latihan dan alat sokongan yang profesional dan teratur. 

Pencapaian Matxi yang berbekalkan slogan #YouDeserveABetterLife disebabkan nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan untuk kepentingan pelanggan ni berjaya tembus ke pasaran Malaysia selepas berjaya di Vietnam dan akan terus kembangkan sayap ke negara Korea dan Amerika Syarikat. 





Ucapan Perwakilan Kepimpinan dimulakan dengan Pengarah Matxi, Cik Nhung, Encik Kenny, Pengarah Matxi Malaysia, Cik Jenny, Pengarah Matxi Amerika Syarikat dan juga Encik Luck Kim, Pengarah Matxi Korea selepas hadirin dihiburkan dengan persembahan neon yang hebat dari Juara America's Got Talent dan juga penari yang mempersembahkan culture Malaysia. 





Bersempena dengan kejayaan menembusi pasaran Malaysia, Matxi diwakili oleh Encik Matthew James Morris menerangkan tentang produk baru yang terdiri daripada produk kosmetik, produk kesihatan dan juga produk kecantikan yang berasaskan ramuan traditional seperti ginseng dan tongkat ali yang terkenal di Malaysia dan Korea. 




Unit R&D Matxi Corp akan menubuhkan pusat penyelidikan untuk tingkatkan mutu kualiti produk seiring dengan harga mampu milik dengan kajian yang berterusan untuk para pengguna produk Matxi. 

Matxi Corp dah pun tandatangan kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan Malaysia untuk memindahkan teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan dan aliran operasi mengikut piawaian yang paling ketat. 


Cik Nhung merupakan anak kepada seorang guru biasa yang berpendapatan rendah dan terpaksa meminjam duit untuk labur dalam tanaman getah yang rancak mengikut musim tertentu. Dari kecil Cik Nhung dah fikir macam mana untuk keluarkan keluarga dia dari belenggu kemiskinan dan hutang yang membebankan. 


Dia sambung pengajian ke tahap tinggi dalam bidang bisnes dan buat kerja sambilan menjual teddy bear kemudian bekerja di restoran dan ambil keputusan untuk buka restoran. Dari satu restoran kecil Eat Matximum kepada dua restoran BBQ kemudian belajar pula cara untuk import barangan ke Vietnam. Disebabkan bisnes dia berkembang maju, dia berjaya bergelar bisnes taikun di Vietnam.

Masa melawat kakak dia di Malaysia, dia dapat tahu tentang market Malaysia yang aktif dengan produk kuruskan badan dengan ramuan herba dan kecantikan. Berbekalkan modal yang besar, Cik Nhung ceburi bidang kecantikan dan peroleh beberapa anugerah prestij menobatkan Matxi sebagai salah satu syarikat yang berjaya di Vietnam. 


Disebabkan kejayaan diri dan membuka peluang kepada ribuan pengedar dan agen di Vietnam ini lah, Cik Nhung yakin program #YouDeserveABetterLife bertanggungjawab sepenuhnya terhadap komuniti Vietnam dengan menderma 10% keuntungan syarikat Matxi untuk meringankan beban kesulitan ribuan isi rumah yang memerlukan. Cik Nhung juga menubuhkan Rumah Ah Nhien hasil program Yayasan Amal Matxi untuk bekalkan perlindungan sosial kepada warga emas dan juga kanak-kanak di Vietnam. 


Penghargaan diberikan kepada pengedar yang berjaya menjual produk Matxi mengikut level target sales membanggakan yang dicapai oleh masing-masing dalam membantu Matxi berkembang megah di Vietnam. 


Sebelum balik sempat bergambar dengan produk-produk baru dari Matxi Corp yang diperkenalkan oleh Encik Matthew James dalam majlis tadi. Tertarik dengan packaging product Matxi sebab nampak ekslusif dan cantik. Dalam satu box tu ada 14 botol kecil untuk daily consumption para pengguna.


Nampak je bersaiz kecil tapi isi cecair di dalam sangat pekat, memang berbaloi untuk pengguna. Untuk lelaki disediakan tongkat ali, untuk perempuan pula minuman kolagen sesuai untuk kecantikan dalaman dan luaran. 



Semoga produk Matxi semakin berjaya dan capai objektif serta sales target supaya dapat menjadi syarikat terkuat di rantau ni dan wujudkan lebih banyak program amal baik di Vietnam mahupun di Malaysia seperti syarikat gergasi yang bertapak di Malaysia. Terima kasih Matxi untuk majlis yang gilang-gemilang dan layanan yang diberikan sehingga habis majlis. 

Keterangan lanjut boleh layari:-

www.facebook.com/MatxiMalaysia
www.instagram.com/matxicorp