Buka Puasa Di Holiday Villa, Subang

Friday 13 September 2019

Image result for holiday villa subang

Dah lama nak update pasal event berbuka puasa dia Holiday Villa Subang ni tapi selalu dahulukan entri lain. Hari ni kita pulunnnnnn sampai siap. 

Dapat jemputan dari team Najib Assadok untuk berbuka puasa bersama dengan geng blogger dan media yang lain lepas siap cover press conference event. First time jejak kaki ke sini, tak sangka dekat Subang ada hotel cantik dengan senibina klasik macam ni. Staff service pun bagus dekat hotel ni, even rating dari kebanyakan customer agak tinggi lah. 


Majlis berbuka buat dekat bahagian bawah di dining hall dia. Dekat sini banyak statue cantik macam ni. Quite amazed with the statue and decoration lah tapi sebab dah lapar malas nak bergambar. Yang penting waktu tu haruslah makan. 



Area dining hall dia ni boleh makan belah dalam selesa dengan air cond dan layan band ataupun boleh lepak ambil angin dekat luar secara santai. Since our seats already reserved so kena duduk belah dalam lah walaupun dekat luar nampak lagi best. 

Not sure buffet berbuka puasa dekat sini harga berapa tapi berbaloi lah sebab makanan dia sedap sangat, dengan deserts pelbagai jenis. Boleh rambang tekak kalau nak pilih. Nak ambil semua pun sakit jugak kalau kapasiti tong perut terhad je. 






Aneka salad untuk vegetarian, ada juga asam jeruk disediakan. Makan nasi kalau tak ada sambal pencicah memang tak syok, so dekat sini ada pelbagai pilihan untuk pelanggan yang datang berbuka. 







Suka dengan kari ketam dia sebab kuah pekat terpikat, rasa ketam pun juicy je masuk dengan rasa kari tu. 


Tak cukup dengan makanan dekat belah dalam, Holiday Villa sediakan booth dekat bahagian luar dengan pelbagai jenis menu dari serata negeri. 








Tak banyak sangat desserts mampu ambil sebab perut dah penuh itupun share berdua dengan Kak Fiza dari akhbar Sinar Harian. First time jumpa dekat event tu tapi sembang macam dah biasa jumpa. 


 Actually banyak lagi makanan kami melantak tapi macam cakap awal tadi lah, bab bergambar malas sangat sebab makanan lagi penting masa tu. Hopefully lepas ni ada rezeki lagi nak berbuka dekat sini & ada rezeki lagi nak jumpa dengan Kak Fiza.

Lays Classic


Saja nak meriahkan bilangan entri dengan update pasal Lays chips ni. Since Ranbir Kapoor jadi duta potato chips ni rasa macam teringin jugak nak rasa. 

Masa beli ni main grab je tak belek harga sebab masa tu ingatkan around 3 atau 4 hengget je sekali bila cashier scan, harga dia 11 hengget uols! 

Image result for lays ranbir kapoor

Nasib mak tak marah sebab gedik makan jajan sampai berbelas ringgit. Mood mak malam tu okay sebab I balik kampung so dia layankan je. I didn't bring my purse sebab pergi kedai belakang rumah je. 

Lepas ni memang tak la nak beli sebab mahal satu hal, rasa dia tawar satu hal or maybe sebab dia classic flavor kot. Tapi lepas ni beli Pringles atau Mr. Potatao je lah. Tak payah gedik Lays bagai. 

Sebab tak habis makan so I bagi kucing mak je makan dah dia nampak berselera sangat. Habis satu plastik dia makan hshshshs


Snickers Oats


Tak pernah lagi try Snickers Oats ni sebab oat isn't my fav but this time try makan since dapat free. Kot kalau sedap boleh la beli lagi. 


Dalam dia tak la banyak sangat oats tapi memang dah tak suka makan oats sebab dia suka melekat dekat tekak so yang ni pun a big no no lah. Bahaya makan ni kalau tak minum air banyak sebab boleh tersedak. So I prefer to stick with snickers original je lah. 

Engagement Day Fazreen


Awal bulan September dah pergi meraikan chapter bahagia member sendiri dekat Kampung Melayu Subang. Asalnya majlis start pukul 3 tapi sebab dah berjalan sakan dekat Putrajaya, kaki pun dah lenguh sana sini. 

Majlis dah habis baru sampai tapi cun lah datang hujung sebab dapat la tuan punya majlis melayan. Bab makanan tak risau pun sebab rewang so banyak sangat lebihan lauk. Dah pesan bawak tupperware dah untuk bekalan hari esok. 


Nampak tak mata rabak sebab baru bangun tidur petang tu lepas penat sangat berjalan. Sakit kepala lagi sebab berjemur bawah panas dari pagi sampai ke petang. 


Masa datang ni belah lelaki dah nak balik dah pun so kita bergambar dengan Fazreen je lah buat cukup syarat datang majlis. Pelamin dia cantik sangat tapi kalau nak bergambar kena set brightness paling terang sekali sebab gelap. 


Dia cakap dia tak puas hati dengan makeup hari tu tapi cantik je makeup natural look dia plus dia memang dah cantik dah pun. Nak pulak pakai baju kurung warna soft blue macam tu lagi naik seri bahagia tu. 

Tak sabar nak tunggu majlis kahwin nanti tapi sedih pun ye jugak sebab kawan dah nak mula hidup baru ni. Nanti dah kurang geng melepak haha congrats babe!

Movie Review : Game Over

Director : Ashwin Saravanan
Writer : Ashwin Saravanan, Kaavya Ramkumar (Tamil dialogues), Venkat Kacharla (Telugu dialogues)
Cast : Taapsee Pannu, Vinodhini Vaidyanathan, Anish Kuruvilla, Sanchana Natarajan, Ramya Subramanian, Parvathi T.
Production Company : Y NOT Studios, Reliance Entertainment
Distributor : YNOTX (Tamil), Telugu – TBD
Genre : Psichology/Thriller
Running Time : 103 minutes
Release Date : 14 June 2019
Trailer :


Not much hype for this movie sampai la trailer keluar and I’m quite amazed. Satu sebab genre thriller, lagi satu sebab Tapsee yang berlakon sebab dia antara yang berbakat dalam Btown. Tak ada masalah lah kalau dia conquer seorang screentime movie ni. Congrats for GO team sebab berjaya raih collection sebanyak Rs76 crore dengan bajet Rs5 crore je. 


Mengisahkan tentang Swapna (Tapsee Pannu) yang struggle dengan trauma dirogol dan dirakam pada malam Tahun Baru. Sejak dari kejadian tu dia takut dengan gelap dan tinggal bersama penjaga dia, Kalamma (Vinodhini Vaidyanathan) dan juga guard, Anwar Bhai (Subramanian). 

Doctor (Anish Kuruvilla) sahkan dia kena ‘anniversary reaction’ sebab perkataan New Year akan triggered anxiety dan panic attack sebab mental Swapna taknak lalui trauma dan ketakutan yang sama lagi. Penyakit ni akan datang serang setahun sekali pada tarikh peristiwa gelap tu berlaku. 


Swapna jarang keluar dari rumah lepas kejadian tu even bekerja dari rumah sebagai pencipta video games. Dengan keluarga pun dia jarang contact sebab parents dia salahkan dia masa kejadian tu berlaku.

Strange thing happened bila tattoo dia cacah di tangan makin sakit tanpa sebab. At first dia ingatkan kena gigit serangga tapi rasa sakit tu makin kerap so dia pergi ke Immortal Tattoo tanya hal ni sebelum dia pergi jumpa doktor.


Varsha (Ramya Subramanian), pencacah tatu bagitahu yang hari kejadian tu pihak dia tersilap masukkan dakwat tattoo dengan abu si mati. Sepatutnya kalau negative effect dari dakwat tattoo, customer dah dapat kesan lepas cacah tattoo tapi kes Swapna ni bila nak genap setahun baru sakit.


Setiap kali dia cuba buang, setiap kali tu la makin sakit. Swapna sakit hati sebab sejak dia cacah tattoo tu, hidup dia makin malang. Varsha offer untuk buang tattoo tapi dia bawa sekali ibu Amrutha (Sanchana Natarajan), pemilik abu dalam dakwat tattoo Swapna.


Amrutha dah 3 kali buat operation untuk buang sel kanser dalam badan dia. Setiap kali dia berjaya, dia akan cacah tattoo sebagai tanda untuk ingat hari penting dalam hidup dia. Sayangnya Amrutha kena bunuh jam 2 pagi dengan psycho serial killer. Kepala dipenggal, badan pula dibakar hidup-hidup. Abu tu je satu-satunya peninggalan mendiang.


Ibu Amrutha cakap dia tak tahu kalau Swapna akan menang ataupun tak ujian ni tapi dia tahu Amrutha nak Swapna berjuang habis-habisan. Lepas Swapna jumpa ibu Amrutha dia batalkan niat untuk buang tattoo tu tapi malangnya jam 11 malam, psycho serial killer yang bunuh Amrutha datang buru Swapna.


Tak tahu apa motif sebenar psycho serial killer ni pilih untuk bunuh Amrutha dengan Swapna sebab director tak reveal pun motif dan identiti sebenar pembunuh ni. Yang director cuma tunjuk macam mana Swapna fight untuk selamatkan diri walaupun dia takut hidup dalam gelap.


Bila dah habis movie pun director still simpan misteri pembunuh tu so I just assume yang pembunuh tu membunuh secara rambang tapi macam tak puas lah sebab dari awal movie director dah tunjuk connection antara Amrutha dengan Swapna. Tambah bila psycho serial killer ni datang, rasa curious nak tahu.


Jalan cerita dia dah cantik bila first half director tunjuk life Swapna sebagai mangsa rogol yang trauma dan hidup dalam dunia dia sendiri dengan bantuan Kalamma. Tapsee portray ketakutan dan trauma tu dengan cantik sampai rasa sakit hati bila Kalamma dengan doctor kata dia sengaja taknak fight walhal dia dah ada improvement dah.


Movie ni tak ada lagu langsung tapi agak singkat lah running time dia walhal director boleh kembangkan lagi jalan cerita ni. Lagi cantik kalau movie ni laju sikit dan tambah thriller scenes ataupun mangsa serial killer yang lain. 

But good job lah team Game Over sebab berjaya buat movie ni jadi seram habis. Bukan Swapna je cuak bila pembunuh tu datang, meremang seriau tengok bila dia muncul depan mata. Bab terkejut tak payah cakap lah sampai menjerit masa tengok certain scenes. Kalamma pun pandai hidupkan suasana merinding tu.


For a thriller genre, this one is a must watch walaupun you guys tak mampu nak hadam apa motif pembunuh tu but heyyyy nama pun psycho so membunuh secara rambang tu dah memang kerja diorang. Anyway if you guys tak faham second half, try apply konsep deja-vu. 

“We all have two lives, the second begins when we realize we only have one”

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10