Movie Review : Phir Milenge
Thursday 11 July 2019
Director : Revathi
Writer : Atul Sabharwal
Cast : Shilpa Shetty, Abhishek Bachchan, Kamalinee Mukherjee, Salman Khan, Revathi
Production Company : Percept Picture Company
Distributor : Percept Picture Company
Genre : Romance/Drama
Running Time : 125 minutes
Release Date : 27 August 2004
Trailer :
Dah lama cari movie ni sebab tersenarai dalam kategori
Underrated Bollywood Movies Ever. Ada juga yang kata antara performance terbaik
Salman Khan. Boleh kata movie ni antara yang wajib tengok untuk peminat
Bollywood movies.
Tamanna/Tammy (Shilpa Shetty) bekerja sebagai Head Creative
di sebuah syarikat marketing, TJ Company. Tammy ni memang dah lama bekerja
dengan Subu sampai lah company ni menang Best Company Award disebabkan bakat
Tammy. Impian Tammy untuk career dia, nak muka dia terpampang dalam majalah
Business Today.
Satu hari dia dapat panggilan dari Niharkita ajak dia join
majlis birthday lecturer dekat Art College. Asalnya Tammy taknak pergi tapi
bila dia tahu crush dia, Rohit (Salman Khan) datang dari US lepas 10 tahun, dia
terus apply cuti walaupun ada business deal penting dengan BSA.
2 hari dekat sana, reunion dengan kawan kolej, berjumpa dan
bercinta dengan Rohit memang weekend yang paling bahagia untuk Tammy. Dia balik
siapkan presentation then dapat call adik dia accident. Since adik dia, Tanya (Kamalinee Mukherjee) hilang banyak darah, Tammy
offer diri untuk derma darah sebab blood group diorang sama.
2 hari kemudian, Dr. Raisingh (Revathi) call minta datang ke hospital sebab
ada hal penting dia nak bagitahu. Tammy minta
colleague dia, Prashant untuk ganti untuk meeting BSA and dia rush ke hospital.
Turns out doktor bagitahu dia ada HIV positif.
Bila Subu dapat tahu hal ni, Tammy diberhentikan kerja
serta-merta atas alasan kecuaian dan incompetency. Tammy tahu dia dibuang
disebabkan HIV so dia cari lawyer untuk bantu dia lawan kes ni. That’s when she
met Tarun Anand (Abhishek Bachchan).
Movie Phir Milenge ni dibuat khas untuk beri kesedaran
tentang HIV dan mitos negative tentang pesakit HIV macam physical touch dengan pesakit
HIV, beza HIV dan AIDS, tempoh masa pesakit HIV bertahan dan banyak lagi.
Cuma
satu benda je tak clear lagi bila director tak bagitahu macam mana Rohit dapat
HIV even ada hint tapi belum tentu tentang Rohit dan kalau betul tu hint dia,
kenapa Tammy masih sayang Rohit?
There’s nothing much this movie can offer since the dialogue
quite cliché dan lakonan masing-masing pun biasa je. Keunikan movie ni sebab
berani sentuh isu taboo di kalangan masyarakat setempat. Visual quite average
and soundtrack pun tak berapa meninggalkan kesan kepada jalan cerita ataupun ada
entertainment vibe.
Was it underrated movie? Yes. Was it Salman’s best
performance? No. Movie ni memang sepenuhnya milik Shilpa Shetty. Dari lakonan dia, body language bila dia express kesakitan dan sedih bila dia dapat tahu dia ada HIV.
Boleh je nak layan untuk tambah ilmu perundangan sebab second
half banyak ketengahkan discussion antara Tammy dan lawyer dia untuk tackle kes
ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10