Berhenti Makan Lemang Periuk Kera!

Tuesday 28 May 2019

Sebelum ni selalu nampak ada sesetengah dari kita yang masak lemang menggunakan periuk kera dan Pana sendiri dah pernah makan lemang periuk kera di open house. Mungkin sedap bagi sesetengah orang dan budaya setempat. 


Tapi tahu tak yang sebenarnya periuk kera atau 'pokok tandas haiwan' ni dah tergolong dalam spesies tumbuhan yang terancam. Lagi pedih bila periuk kera di negeri Pahang dah hampir pupus disebabkan aktiviti memburu secara berleluasa untuk dijadikan makanan pada hari raya atau hari-hari biasa especially majlis kahwin. 

Kalau beberapa tahun sebelum ni, orang Pahang yang memburu tapi tahun ni bertambah pula bila Kumpulan Pencari Periuk Kera masuk ke hutan untuk mencari spesies periuk kera untuk raya kali ni. Dianggarkan sebanyak 140,000 periuk kera diburu untuk penuhi demand dari beberapa negeri. 


Spesies periuk kera ni antara spesies yang sukar membiak jadi bila ada yang 'menuai' secara besar-besaran tapi tak menyemai kembali benih periuk kera dengan kadar yang sama buatkan periuk kera berada dalam status terancam terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Ada peniaga yang menjual lemang periuk kera menanam sendiri periuk kera which is good tapi berapa ramai yang fikir keuntungan semata dan akibat dari perbuatan ni generasi akan datang hanya mampu tengok gambar periuk kera je? 


Langkah kita untuk pilih tidak makan lemang periuk kera mungkin nampak kecil tapi besar impaknya kepada alam sekitar dan hutan rimba kita. Selamat menyambut Hari Lebaran. 

Lirik Lagu Tiada Dirimu - Shila Amzah

Monday 27 May 2019

Dah lama tak dengar single balada dari Shila Amzah sebab lagu balada memang buat orang sendu sebabak. Lepas dah lama berehat untuk beri ruang kehidupan perkahwinan dia, awal bulan Mei Shila buat comeback dengan single Tiada Dirimu. 


Single ni dah jadi OST dah pun untuk drama Cari Aku Di Syurga lakonan Janna Nick, Aeril Zafril dan Mimi Lana di TV3. Buah tangan gabungan Farouk sebagai komposer lagu & Amylea pengarang lirik menghasilkan lagu dengan melodi yang melankolik. 

Lirik dari Amylea memang senang difahami dan antara faktor lagu ni senang melekat dekat hati. Vokal Shila Amzah menyanyikan lagu ni pun cantik je bila dia pandai control pernafasan dia. Paling suka bila masuk part 'Tak ingin ku ulangi' part hujung sekali sebab boleh rasa dia memang dah buang habis kisah cinta yang gagal ni. 

Dengar banyak kali lagu ni pun tak jelak sebab memang best. Hopefully lagu ni boleh masuk dalam AJL. Kudos to everyone whom involved in making this song. Oh ya, producer lagu ni ahli group Nastia so you guys dah boleh faham kenapa lagu ni berhantu. Yang belum dengar, boleh klik video dekat bawah :


LIRIK LAGU TIADA DIRIMU

Lagu : Farouk Roman 
Lirik : Amylea
Penyanyi : Shila Amzah
Syarikat Label : Seventeen Eleven Music
OST : Cari Aku Di Syurga


Ku Coba mengerti
Siapa Diriku
Di Dalam hidupmu

Apa Maunya lagi
Jika Kau tak mampu
Mengingin Cintaku

Biar Berat ku menghadapi
Tidakkan Ku ulangi
Meminta Hatimu

Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu

Diam Tanpa bicara
Harus Bagaimana ingin ku lewati

Biar Berat ku menghadapi
Tidakkan Ku ulangi
Meminta Hatimu

Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu

Biar Berat ku menghadapi
Tidakkan Ku ulangi
Meminta Hatimu

Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu

Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Tanpa Dirimu

Tak Ingin ku ulangi
Apa Yang terjadi
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu

Walau Diriku
Tanpa Dirimu
Tahun ketiga Deepika Padukone mewakili sponsor besar dan jenama terkenal, L'oreal di Festival Filem Cannes. Tahun pertama yang agak dull dan tahun kedua pula wardrobe Deepika semakin improve dan berjaya curi tumpuan banyak pihak. 


Personally for me, tak banyak pun outfit Deepika yang berjaya curi tumpuan bila gaya tahun ni hampir sama dengan tahun lepas. Well let's see which one yang cantik di mata you guys pulak. Mana tahu boleh recreate looks dari wardrobe Deepika.

1. Red Carpet Film Screening - 'Rocketman


Gaun putih dihiasi ribbon bersaiz besar di bahagian pinggang dan dada dari Peter Dundas couture jadi pihan Deepika untuk berjalan di karpet merah tayangan perdana filem Rocketman di Cannes tahun ni. Digayakan bersama aksesori sepasang anting-anting berlian berbentuk bulat dan rantai tangan berlian dari Lorraine Schwartz.


Menaikkan seri wajah Deepika dengan gaya glam ni ialah winged eyeliner with high volume di bahagian bawah kelopak mata dan high ponytail untuk tonjol lebih yakin dan cantik di hadapan ramai. Not a fan of this outfit but makeup look and hairstyle is a total love!

2. Event


Hari kedua agak busy untuk Deepika bila jadual agak padat dengan aktiviti luar. Gaya pertama agak sama dengan pilihan tahun lepas bila dia memilih pant-suit bercorak jalur biru berselang putih dari koleksi Louwe dipadankan bersama kasut tumit tinggi bertutup berwarna oren cerah dari Stuart Weitzman. 

I personally love the subtle look of her makeup with some highlight on the eyes. Gaya rambut lurus memang sesuai sangat dengan bentuk muka Deepika tambah pula dengan earrings juntaian panjang dari Misho Designs. 

3. Event


Tak semestinya pergi Cannes kena pakai heels dan flat kan? Kali ni Deepika tampil berbeza bila dia mengenakan tulle dress berwarna hitam dan bahagian atas berwana hijau neon bercorak kulit ular yang dipadankan bersama sneakers hitam juga sunglass neon hijau. Deepika gayakan koleksi Off White ni dengan gaya rambut lurus yang dibiarkan lepas bebas.

Tak berapa suka sangat dengan gaya ni sebab Deepika nampak agak tenggelam dalam tulle maxi dress ni. Lebih cantik bila dress ni lebih pendek atau kurang mengembang sangat.

4. Event


Gaya musim panas yang diinspirasikan dari gaya Bohemian, kemeja lace jarang dipadankan bersama bra lace dari koleksi Philosophy di Lorenzo Serafini dan juga seluar bercorak jalur halus berwarna putih. 

Nude makeup dan ponytail rendah melengkapkan gaya elegan dan chic Deepika. Aksesori dari Alighieri Jewellery dan heels bertutup berwarna krim pekat sebagai pelengkap gaya. What a summer look!

5. Event


Tak lengkap lah summer look kalau tak ada maxi floral dress. Tahun ni Deepika menggayakan maxi floral dress berwarna kuning dan coklat putih berlatarkan putih kelam dan juga dihiasi sepasang reben besar di bahagian bahu dari koleksi Erdem. 

Digayakan bersama wedges hitam, gaya rambut sanggul yang disimpul tinggi dan sepasang anting-anting berbentuk bunga dari Lorraine Schwartz. Gaya solekan yang masih sama untuk kesemua gaya pada hari ni. Subtle and simple. 

6. Karpet Merah Tayangan Perdana Filem Dolor Y Gloria (Pain and Glory) 


Style yang sama dengan tahun lepas di karpet merah Cannes bila Deepika memilih gaun kain kasa berwarna hijau pucuk pisang dihiasi corak ropol di bahagian bahu dan bertingkat dari bahagian badan hingga kain berjela. Rekaan Giambattista Valli ni ditambah bowtie dan tali pinggan satin berwarna krim bersaiz kecil di bahagian atas dada.


Padanan yang cantik bila Deepika memilih strap heels berwarna krim dari koleksi Stuart Weitzman, aksesori dari Lorraine Schwartz jewelry dan headdress berbentuk mawar di bahagian tengah rekaan Emily London. Gaya solek berona lembut dari L'oreal dan gaya rambut yang disanggul rendah di bahagian belakang menaikkan seri Deepika. 

7. Airport Looks Dari Cannes


Tampil dengan gaya ringkas dari Cannes, Deepika pulang ke India dengan menggayakan kot labuh denim rekaan Alexander Wang dengan t-shirt hitam Balmain yang dipadankan bersama seluar latex potongan skinny berwarna hitam. Pelengkap gaya bila disesuaikan bersama but hitam dan shade hitam. What a stylish entry!

Tak pasti tahun depan akan ada kemunculan Deepika di Cannes ataupun tidak disebabkan masalah kewangan L'oreal. Kalau ada, I just hope Deepika cari koleksi summer looks yang sesuai dengan bentuk badan dia and play it chic and fun!