Movie Review : Why Cheat India

Tuesday 14 May 2019


Director : Soumik Sen
Writer : Soumik Sen
Cast : Emraan Hashmi, Shreya Dhanwanthary, Snighadeep Chatterjee, Manuj Sharma, Nawal Shukla
Production Company : T-Series Films, Ellipsis Entertainment, Emraan Hashmi Films Production
Distributor : Panorama Studios, T-Series
Genre : Crime/Drama
Running Time : 121 minutes
Release Date : 18 January 2019
Trailer :



Ada yang kata jalan cerita Why Cheat India sama dengan movie Bad Genius lepas tengok trailer tapi bila tengok full movie tak sama pun cuma tema plot tu je sama. Pelajar cerdik pandai gantikan pelajar lain untuk ambil exam.

Di India entrance exam untuk kos engineering antara yang paling susah sekali dan paling ramai yang nak masuk bukan sebab minat nak jadi engineer pun tapi sebab desakan ibu bapa. Of course you guys dah familiar dengan pressure hidup student engineering dalam movie 3 Idiots.


Movie Why Cheat India berlatarbelakangkan kehidupan di daerah Kota, India pada tahun 1998 bila Sattu (Snighadeep Chatterjee) dihantar ke coaching centre untuk study sebelum entrance exam oleh ayah dia, Yogesh Dubey (Nawal Shukla) . 5 jam tidur, 6 jam dalam kelas, 12 jam study sendiri dan 1 jam untuk benda lain. Memang patut pun Sattu boleh score masa exam sampai dapat 287 dari 360 markah.

Disebabkan tak ramai pun di Kota yang mampu lulus dengan markah tinggi macam tu, Sattu diraikan satu kampung sampai Rocky (Emraan Hashmi) dapat tahu kebijaksanaan Sattu. Rocky offer Sattu untuk bekerja dengan dia dekat coaching centre gantikan student lain dalam exam. Sattu cuma perlu pergi exam je. Hal lain semua Rocky dan pembantu dia, Bablu (Manuj Sharma) akan uruskan.


Yogesh Dubey yang bangga dengan pencapaian Sattu, makin bertambah bangga bila Sattu mampu cari kerja part-time dan bantu kewangan keluarga. Hutang semua dah settle bayar, Sattu pulak makin rajin hadiahkan keluarga dia barang mewah, saving untuk kakak dia, Nupur Dubey (Shreya Dhanwanthary) kahwin pun dah ada.

Dalam diam Nupur suka dengan Rocky sebab Rocky banyak tolong keluarga dia, Rocky pun simpan perasaan yang sama tapi sayangnya dia dah kahwin. Bablu cuba halang Rocky dari tambah masalah. Lagi satu hal bila kerja diorang ni tak mungkin Nupur boleh faham walaupun Sattu join.


Sattu dapat masuk kolej dan dijaga oleh senior yang juga bekerja di bawah Rocky tapi sayangnya disebabkan stress dengan study dan kerja part-time, Sattu ambil dadah. Yogesh minta tolong Rocky untuk selamatkan Sattu. Rocky dah serabut bila dapat tahu sebab ada beberapa klien dah bayar untuk upcoming exam. Polis pun dah mula syak kegiatan Rocky bila ada cutomer Rocky yang buat aduan.

Lakonan Emraan sebagai Rocky yang licik memang menjadi sampai audience rasa yakin dengan perbuatan dia tu sebenarnya untuk bantu padahal dia cuma fikir duit je. ‘Greed is God’ katanya. Watak dia agak shady tapi tak mampu dilabel sebagai watak jahat. Movie Why Cheat India ni nampak hidup disebabkan lakonan Emraan, kalau tak dah lama tertidur sebab momentum agak flat.


Sayangnya director tak mampu nak olah jalan cerita dengan baik. Terlampau banyak yang jadi dalam satu movie, if only director cuma fokus kisah Rocky dan Sattu mungkin movie ni nampak cantik sebab dua character ni pun dah cukup kuat. Mungkin director nak bagi screentime dan highlight character Nupur since this is her debut movie tapi cubaan tu gagal sebab watak Nupur tak mampu beri impak apa-apa pun except di hujung cerita.

Movie Emraan tak sah kalau tak dipenuhi dengan soundtrack yang best so WCI pun ada beberapa soundtrack best especially Dil Mein Ho Tum nyanyian Armaan Malik.


Movie ni not bad lah sebenarnya sebab lakonan semua pelakon bagus baik yang utama mahupun supporting especially Yogesh sebagai ayah tipikal Asia, dialog pun banyak yang best dan kelakar nak pula bila ada scene Rocky dengan Bablu. Recommended from me.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Lirik Lagu Tak Dapat Raya - Floor 88 ft Baby Shima

Monday 13 May 2019

Lagu raya dah start keluar dah, sama macam tahun lepas lagu raya dari Floor 88 memang menarik dan best! Tahun ni sambungan dari kisah raya tahun lepas bila Faliq tertinggal kereta nak balik ke kampung. 


Sambungannya mereka berenam tak tahu beraya di mana. Baby Shima pula sebagai sepupu perempuan yang join geng beraya di kampung tahun ni. MV tahun ni panjang sikit dari sebelumnya berdurasi 7.39 minit tapi tak terasa pun panjang video tu sebab kelakar layan perangai masing-masing. 

Ayie kata Floor88 sengaja keluarkan lagu raya awal sebab nak tune lagu ni melekat dekat kepala sampai raya nanti. Memang betul pun apa Ayie kata sebab lirik dan music dia best. Dari tak ada mood jadi tak sabar pulak nak balik kampung. Lagu Tak Dapat Raya ni berkonsepkan penceritaan, ada lirik kelakar macam 

'Sirap dia tawar amat
Kuih makmur, semperit, tart
Tunggu duit tak dapat-dapat'

'Kau tak ingat
Apa kau dah buat
Getah sekerap dia engkau rembat'


Baju Melayu keluaran Sleek pun cantik kemain, sinematografi MV pun top notch especially scene dekat persisiran pantai. Pandai gila MVM Production & RUSA cari tempat nak shooting lagu. Yangbelum tengok, klik video dekat bawah ni : 


LIRIK LAGU TAK DAPAT RAYA
Lagu : Zai Hamzah
Lirik : Achoi Floor 88
Penyanyi : Floor 88 & Baby Shima
Label : MVM Production & RUSA Music

Mari semua kita
Raya rumah di sana
(Hi ya hi ya yeah)


Aku dengar dia orang kaya
Rumah besar kereta mewah
Tunggu dulu Akram bagi tahu
Rumah itu raya tahun dulu


Sirap dia tawar amat
Kuih makmur, semperit, tart
Tunggu duit tak dapat-dapat


Apa kata kita
Raya rumah di sebelah
(Hi ya hi ya yeah)


Aku dengar anak dia lawa
Putih gebu bibirnya merah
Tunggu dulu Achoi bagi tahu
Rumah itu rumah Haji Abu


Kau tak ingat
Apa kau dah buat
Getah sekerap dia engkau rembat


Jadi kita nak beraya di mana
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja


Hari raya…orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya


Jom raya rumah nenek aku
Ada rendang ketupat bahulu 
Mana tahu dapat di hulur
Sepuluh atau lima puluh
Tunggu dulu Ayie bagi tahu
Nenek sendiri engkau pun tak tahu
Dia tak ada di rumah


Macam mana engkau tahu
Oi sepupu… itu pun nenek aku
(Alamak,iye ke?)


Aku dah tak ada idea kita nak beraya dimana
Jom raya rumah awek ku
Dia pun tak ada hala tuju
Apa kata kita raya
Rumah awek dia
Kita cuci mata


Jemputlah naik sayang ku
Bawa sekali teman mu
(Hi ya hi ya yeah)


Juadah sudah sedia
Semua di atas meja
Tunggu dulu kami mahu tahu
Siapa yang masak banyak begitu


Kalau kamu tahu
Ku cabut di kepala ku
(HANTU)


Jadi kita nak beraya di mana
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja


Hari raya…orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya
(HANTU)

10 Jenis Tanaman Untuk Beginner

Menanam memang best bila kita dapat manfaat hasil penanaman tu. Kalau tak dapat hasil buah atau sayur pun, kita masih lagi dapat extra oksigen di kawasan pokok yang kita letak. Tanam pokok ni boleh juga jadi terapi bila kita busy dengan kehidupan seharian. Tapi boleh murung juga bila tanaman tak menjadi nak pula kalau 'tangan panas'.


Dalam entri ni nak share 10 jenis tanaman yang mudah sangat nak dibiakkan sebab tak perlu penjagaan khusus sebab kawan-kawan selalu minta share. Ni antara tanaman yang jenis campak je benih, memang confirm hidup elok dan keluarkan hasil. Cuma berbeza sikit lah hasilnya bila tanam di rumah apartmen ni sebab cahaya matahari tak kena sangat. 

Penggunaan pasu tak kisah jenis apa pun, tanah pula beli dekat kedai RM2 ataupun MR.DIY sebab tanah kompos dan organik. Campur juga dengan sabut kelapa, boleh beli dekat kedai RM2. Baja, boleh beli dekat MR. DIY, baja tahi ayam ataupun pasar tani - Baja A&B. Kadang tu ambil juga tahi kambing buat baja. 

1. Aloevera

Paling senang nak jaga sebab letak je dekat kawasan yang panas, siram pun seminggu sekali. Kadang tu biar hujan yang siram. Aloevera ni tak boleh hidup di kawasan lembab atau tempat redup. Tak lama pun nak tunggu aloevera keluar anak pokok nak pula kalau kawasan tu memang panas. Kadang tu tak sedar pun dah ada anak. Bila ada anak, boleh pindah ke pasu lain. 


For me, aloevera ni guna untuk minum supaya boleh sejukkan badan. Adik pula guna untuk mask muka dan lebatkan rambut. Kalau sunburn, apply je dekat muka. Esoknya kulit dah elok balik. Tak perlu bergegas ke Watson pun nak beli aloe gel. Jimat dan senang!


Boleh baca dekat sini untuk resipi air roselle aloevera ni. 

2. Cili

Sama macam pokok aloevera, pokok cili pun tak perlu siram setiap hari sebab perlukan tempat panas dan tanah yang sederhana kering. Jangan kering sangat nanti mati tak cukup zat. Tak perlu beli benih dekat kedai pun ataupun beli pokok dekat nursery sebab boleh je ambil biji cili lepastu tabur dalam pasu. Nanti naik la anak pokok dan membesar. 


Sebelum keluar buah, pokok cili akan keluarkan bunga putih ni tapi menangis la korang kalau angin kencang sebab bunga ni sangat senang untuk tercabut. Kadang tu terbertuh sikit ja pun, dah gugur ke tanah. Lagi satu hal renyah sikit cili ni bila musim hujan atau separa hujan sebab bena akan datang menyerang. Masa ni memang togel la pokok cili hampa. 


Kena rajin buang daun yang kena bena kalau tak, habis dengan cili sekali kena bena. Buah cili pun jadi terbantut. Orang kata pokok cili ni ikut tuan yang tanam. Kalau jenis perongoih tu memang cili dia pedas bingit la. Orang la kataaaaa....


Tanam cili ni kena rajin gembur tanah dia jugak supaya akar dia dapat nutrien lain. Tapi nak gembur tu jangan ganas sangat sampai kena akar pokok. Gembur manja je gitteww

3. Bendi

One of my fav plant sebab I suka makan bendi. Yang syoknya nak tanam dia pun senang. Cumanya bila tanam dekat beranda rumah, saiz dia tak la besar macam dekat kedai tapi boleh la nak makan cara orang bujang. Cara nak tanam pun mudah sangat, ambil biji campak ja dalam pasu, esok lusa naik la tu. 



Selalunya bila naik pokok dan berbuah, memang akan biarkan satu batang kering sebab nak biakkan dekat pasu lain. Dari 1 pokok membawa ke 5 ke 6 pokok. Sebelum pokok bendi berbuah, dia akan keluarkan bunga putih creamy cuma yang ni tak mudah jatuh. Sebelum pergi kerja atau balik kerja memang suka tengok bunga dia. Hilang stress. 

4. Kunyit

Bila beli kunyit hidup memang akan ada episod bertunas dah so tinggal transfer masuk ke pasu je. Tak lama nanti naik la pokok dia merimbun dalam pasu. Pokok kunyit ni masa awal pembiakan je perlukan air yang banyak, bila dah besar tak perlu sangat pun dan boleh letak di kawasan yang panas ataupun separa redup. Just nice untuk dia membesar.


Bila daun dia dah banyak, selalunya akan buat alas untuk tungku, boleh guna bila kena senggugut masa period ataupun perut kembung since daun kunyit boleh hilangkan angin. Agak dalam sebulan dua tu rajin-rajin la check dalam tanah sebab ada kunyit yang boleh ambil untuk buat masak lemak cili api.

5. Halia

Sejenis dengan kunyit, bila beli je mesti muncul episod keluar tunas so potong je lah bahagian hujung bertunas tu masuk dalam pasu. Gali lubang untuk tanam ubi halia dalam sikit dalam 3 inci so pasu memang kena jenis yang tinggi sikit. Seminggu dua nanti keluar la anak pokok. 


Dah nak masuk setahun nanti, korek la pasu tu ambil halia yang dah bercambah guna untuk masak nanti. Tinggalkan separuh untuk dia membiak lagi. 

6. Mulberi

Pokok mulberry ni senang je nak tanam bila dia boleh membiak melalui keratan batang. Tak perlu balut ke apa, cuma potong batang dari induk lepastu cucuk dekat tanah. Esok lusa naik la daun baru. Dah la membiak paling senang, buah pun senang je nak keluar. Kena rajin cantas dahan supaya cepat membiak. 


Buah mulberry ni masam kemain tapi sedap. Daun dia boleh buat ulam tapi ambil yang pucuk lah. Kalau yang dah besar tu menangis nak makan. 

7. Bayam

Pokok bayam sangat senang membiak so kalau beli benih cukup satu plastik kecil je ataupun tanam dari batang bayam je. Nanti bila bayam dah membesar, dia akan keluarkan benih yang berhijrah ke pasu lain dengan angin. Kalau tanam bayam, berapa bulan lagi tengok la pasu lain pun ada muka dia. 


Kalau perasan dalam gambar ni ada pokok lain kan? Ni pasu pokok rosemary sebenarnya tapi entah bila bayam datang menempel. Tengok je dah besar dengan jayanya. Bayam ni kena letak dekat tempat panas baru daun dia merah cantik. Tanam bayam kena pastikan tanah lembab so kena rajin siram air. Kalau malas, campur tanah dengan sabut kelapa. 

8. Cekur

Dari kecil membawa ke besar pokok cekur ni memang wajib ada nenek, mak dengan makcik tanam dekat rumah. Tak tahu lah kalau you guys kenal ataupun tak pokok ni. Orang Jawa kenal sangat la dengan ulam ni sebab masuk dalam masakan pecel.


Dekat rumah tanam dua jenis cekur, satu yang biasa satu lagi cekur hitam. Cekur hitam keluarkan bunga warna ungu, yang cekur biasa warna putih. Pokok cekur ni boleh letak dekat tempat separa redup ataupun redup. Tak ada masalah pun tapi kalau ada siput tu kena cepat buang. Nanti rosak ubi. 2 bulan je dah membiak banyak cekur ni. Sekali sekala gembur tanah kalau cekur taknak naik sangat lepastu tembak baja. 

9. Daun Bawang

Yang ni kalau tak ajar pun tahu boleh campak terus je masuk dalam pasu bila dah bertunas. Bukan lama pun nak naik pokok. Biar je dalam pasu tu nanti pandai la dia keluar daun dengan bunga

Credit : Google
Daun dah membesar nanti kerat pastu campak dalam sup ayam tak pun telur dadar ataupun nasi goreng. Dah la sedap crunchy, wangi pulak tu menu masakan korang.

10. Tomato

Yang ni paling kena bagi penjagaan rapi sekali bila tanam. Silap cara boleh rosak pokok tak pun mati. So far menjadi je tanam dekat balkoni rumah ni, dah banyak kali makan hasil tanam sendiri. Tips untuk tanam pun dah buat dekat entri ni.


Saiz tak besar mana lah sebab tanam dalam pasu kecil, cahaya matahari pun tak berapa sangat tapi puas hati lah makan masam-masam manis. Masak spaghetti carbonara je petik tomato dekat pasu. 

Dulu tak la banyak mana tanaman tapi sekarang dah tambah pokok kucai, rosemary, betik yang entah tahun bila nak keluar buah tapi harapan tu masih tinggi, bayam brazil, pokok kailan. 


Ada juga tanaman lain yang cuba tapi tak menjadi macam strawberry, kangkung, salad but still cuba lagi sampai menjadi. I guess that's all for this time. Happy gardening!

Movie Review : Manto


Director : Nandita Das
Writer : Nandita Das
Cast : Nawazuddin Siddiqui, Tahir Raj Bhasin, Rasika Dugal, Rajshri Deshpande
Production Company : HP Studios, Filmstoc, Viacom 18 Motion Pictures, Nandita Das Iniatitve
Genre : Biopic/Drama
Running Time : 116 minutes
Release Date : 13 May 2018 (Cannes), 21 September 2018 (India)
Trailer :


Keindahan seni seorang penulis pada kehebatan penulisannya tapi apa terjadi bila penulisan dia melanggar batas adab dan akhlak masyarakat setempat? Penulisannya dibicarakan di mahkamah, sama seperti apa yang diketengahkan dalam movie Manto bila cerpen dia bertajuk Thanda Ghost (Cold Meat) pada tahun 1948.

Manto diadaptasikan dari kisah benar kehidupan seorang penulis hebat era 40-an yang menetap di Mumbai, Saadat Hasan Manto (Nawazuddin Siddiqui) bersama tunjang kekuatan hidup dia, isterinya Safia dan dua orang anak. Penulisan cerita pendek Manto digunakan dalam drama, majalah dan disiarkan di radio dan kebanyakannya bertemakan realiti kehidupan sebenar.


Ada yang kata penulisan dia agak mengerikan, ada pula kata penulisan dia lebih bersimpati kepada nasib perempuan tapi Manto kata dia tak berpihak pada mana-mana. Dia cuma gunakan bakat dia untuk menulis cerita sebagai cermin untuk masyarakat melihat sendiri kehidupan ni.

Berbeza dengan penulis yang lain, Manto suka menulis di atas kertas menggunakan pensel. Katanya menaip di mesin taip ganggu fokus dia, pen pula dia cuma simpan dalam almari. Tapi tak bermaksud tulisan pensel dia boleh dipadam sesuka hati. Takkan ada yang mampu sebenarnya untuk edit cerita Manto sebab keindahan penulisan tu hanya Manto mampu gubah.


Even Manto seorang Muslim tapi dia bahagia tinggal di India dan diterima di kalangan penulis serta pembaca lain. Sayangnya kebahagiaan tu tak kekal lama bila berlaku perpisahan antara India dan Pakistan pada tahun 1947 dan memaksa dia untuk tinggalkan India dan berpindah ke Pakistan. Sayangnya penulisan dia tak sebebas dulu bila karya dia dianggap mengancam akhlak manusia.

Akibat pertahankan penulisan dia di mahkamah, duit dia makin susut, kesihatan Manto pun tak bagus disebabkan arak. Safia mula menjauhkan diri walhal dia penyokong tegar Manto sejak dulu lagi. Sejak keluarga dia pergi, Manto mula berhalusinasi dan dimasukkan ke Lahore Mental Hopital.


Kehebatan lakonan Nawazudin Siddiqui tak mampu dinafikan lagi bila dia berjaya menghidupkan kembali Manto walaupun berbeza dari segi fizikal tapi personaliti dan karakter sangat seiras. Nandita Das pula menceritakan kisah Manto secara kreatif bila dia sulam kisah kehidupan Manto dan penderitaan dia sebagai penulis, dalam masa yang sama diselitkan imaginasi Manto.

Sebanyak 5 karya hebat Manto ditayangkan dalam movie ni especially Cold Meat tapi yang paling menarik sampai sekarang ialah Tek Thoba Singh yang mengisahkan tentang lelaki Sikh yang mati di ruang antara 2 sempadan. Cerita tu melambangkan kehidupan Manto bilamana dia tak terikat di India mahupun Pakistan. Cerita TTS ni ada diadaptasikan kepada movie tahun 2017, lakonan Pankaj Kapur. 


Yang bestnya dalam movie ni bila Nandita Das tak cuba untuk ‘bersihkan’ imej Manto macam biopic movie yang lain tapi bercerita mengenai Manto dari pandangan mata isteri, kawan, publisher, peminat dan pembaca. Kita akan nampak sisi sebenar Manto dan macam mana perwatakan dia bersama dengan manusia sekeliling. Kita akan nampak punca utama kejatuhan Manto and that was the finest and sincere touch from a movie.



Penceritaan Manto agak slow, visual yang agak malap dan soundtrack biasa so movie ni agak sesuai dengan audience yang minat dengan seni ataupun biopic. I watch this with 1.3x speed so not really recommend for those yang mencari entertainment movie.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Bosch Automotive Aftermarket Lancar Kempen 'Drive for Life'

Saturday 11 May 2019

Bosch Automotive Aftermarket lancar kempen 'Drive for Life' bagi menyokong kereta lebih selamat dan jalan raya lebih selamat

Penyelenggaraan kereta berkala dan penggunaan alat ganti kereta berkualiti adalah penting untuk mengurangkan kerosakan.

  • Lebih 50 peratus daripada pemandu Malaysia mempunyai pengetahuan yang rendah dalam aspek penyelenggaraan asas kereta

  • Tabiat penjagaan dan penyelenggaraan kereta yang proaktif mampu meningkat jangka hayat dan prestasi kereta

  • Bekerjasama dengan Petron dibawah sokongan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mengenai kereta serta keselamatan jalan raya dengan matlamat untuk mengurangkan kemalangan jalan raya


Dari kiri ke kanan

Mr. Simon Song, Managing Director of Bosch Malaysia 
Yang Berhormat Tuan Anthony Loke, Minister of Transport, Malaysia
Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Deputy Minister of Women, Family and Community Development
Mr. Marcio Coelho, Director of Sales and Marketing Services of Bosch Automotive Aftermarket for Asia Pacific Southeast   


Petaling Jaya, 4 May 2019 – Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), sebuah pembekal utam bertaraf global dalam teknologi dan perkhidmatan automotif memperkenalkan kempen 'Drive for Life'. Ini merupkan satu kempen keselamatan kereta dan jalan raya. Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan secara berkala serta penggunaan alat ganti kereta yang berkualiti. Pelancaran kempen ini dirasmikan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan dan YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Menerusi kajian yang telah dilakukan pada tahun 2018, lebih 50 peratus daripada pemandu Malaysia kurang pengetahuan dalam penyelenggaraan asas kereta dan kesannya kepada keselamatan penumpang, kereta dan jalan raya. Melalui kempen 'Drive for Life', Bosch membawa kepakaran automotifnya untuk melengkapkan pemandu dengan pengetahuan penyelenggaraan asas kenderaan apabila pemandu menghadapi masalah kereta, "kata Marcio Coelho, Pengarah Jualan dan Perkhidmatan Pemasaran Bosch Automotive Aftermarket untuk Asia Pasifik Tenggara. "Di Bosch, kami berusaha ke arah matlamat jalan raya bebas kemalangan dan kempen ini melengkapi matlamat Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya".

'Drive for Life' adalah kempen selama tiga tahun yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa - Mendidik, Melibatkan dan Memperkasa. Antara aktiviti termasuk siri bengkel mendidik pemandu tentang penyelenggaraan asas kereta, mempertingkatkan kurikulum memandu dengan tips praktikal untuk pemandu kali pertama menerusi kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan, dan memperkasa mekanik generasi akan datang. Kempen ini juga akan melibatkan #BoschEmpowersWomen sebagai inisiatif untuk melahirkan idea bahawa penyelenggaraan kereta bukan hanya dikuasai oleh lelaki tetapi perlu dititkberatkan oleh semua orang.

Hasil kaji selidik yang sama, 70 peratus kerosakan kereta adalah disebabkan oleh kerosakan bateri. Bahkan kurang daripada 50 peratus daripada pemandu dan hanya satu peratus wanita mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah kereta mereka semasa berlaku kerosakan.

"Penyelenggaraan kereta mungkin kelihatan sedikit menakutkan namun dengan melakukan perkara-perkara mudah seperti mengikut jadual servis kereta dan ambil perhatian terhadap bunyi dan bau yang luar biasa ketika memandu, pemilik kereta boleh meningkatkan kebolehpercayaan, jangka hayat, dan prestasi kereta. Lebih penting lagi, penjagaan dan penyelenggaraan kereta proaktif menggunakan alat ganti kereta yang berkualiti dapat mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya," tambah Coelho.

Mr. Marcio Coelho, Director of Sales and Marketing Services of Bosch Automotive Aftermarket for Asia Pacific Southeast  

Bekerjasama dengan Petron, kempen ini akan diperkasakan dengan menyediakan pemandu perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma sebelum perjalanan 'balik kampung' mereka pada hujung minggu ketiga (25-26 Mei) dan hujung minggu keempat (18-19 Mei) bulan Mei di stesen Petron terpilih di Lembah Klang. Pemeriksaan itu akan melibatkan 25 poin pemeriksaan terhadap keadaan bateri, minyak enjin dan tahap cecair, dan bunga tayar dan ketebalan pad brek.

Ketua Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia, Encik Zaimi Harun berkata, "Keselamatan adalah keutamaan Petron. Kami mahu membantu memastikan kenderaan di jalan raya adalah selamat untuk perjalanan jarak jauh, oleh itu dengan hanya pemeriksaan mudah boleh membantu mencegah kemalangan dan menyelamatkan nyawa. Kami sedang berusaha menawarkan pemeriksaan kenderaan di lebih banyak stesen dan juga bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi yang berkongsi nilai yang sama. Ini membuktikan janji kami untuk menggalakkan keselamatan jalan raya.

“Pada tahun 2017, 533,875 kemalangan jalan raya yang mengundang kepada 6,740 kemalangan jiwa dilaporkan. Keselamatan jalan raya merupakan salah satu agenda utama kerajaan dan mengurangkan kemalangan jalan raya juga adalah satu matlamat utama kita. Kami amat gembira melihat usaha Bosch Automotive Aftermarket dan Petron untuk menggalakkan keselamatan kereta dan jalan raya serta akan menyokong inisiatif mereka ini sepenuh hati", tambah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan.

Dari kiri ke kanan

Mr. Simon Song, Managing Director of Bosch Malaysia 
Yang Berhormat Tuan Anthony Loke, Minister of Transport, Malaysia
Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Deputy Minister of Women, Family and Community Development
Mr. Marcio Coelho, Director of Sales and Marketing Services of Bosch Automotive Aftermarket for Asia Pacific Southeast  

Turut hadir pada majlis itu ialah Encik Simon Song, Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Encik Pang Yoon Kong, Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket Malaysia dan En Zaimi Harun, Ketua Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen ini, layari Facebook Bosch Autoparts Malaysia (https://www.facebook.com/BoschAA.MY/).

Book Review : Gelap

Friday 10 May 2019



Penulis : Ariff Adly
Penerbit : FIXI
Helaian : 263 mukasurat/ 30 bab
Genre : Misteri / Thriller
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Ogos 2014
Cetakan Kedua – September 2014
Cetakan Ketiga – November 2014
Cetakan Keempat – Januari 2015
Cetakan Kelima – Mac 2015
Harga : RM 19.90
Sinopsis :


Review :
Minggu ni memang minggu thriller agaknya, dari movie membawa ke novel semuanya genre thriller misteri. Tapi memang berbaloi sebab dah lama tak crack code bila layan karya orang ni. Sambil baca sambil berteka-teki siapa pembunuh dalam novel Gelap ni.

Dari sinopsis pun dah boleh nampak novel ni ada permainan dalam pembunuhan bersiri dia cuma tak tahu siapa pembunuh sebenar. Kisah 6 sekawan – Adi, Anip, Ed, Eva, Syeqa dan Atirah dari satu sekolah menengah yang sama bercuti di dalam hutan untuk berseronok luangkan masa dan berehat dari kerja masing-masing.

Rules private party ni, semua handphone simpan dalam satu peti besi supaya tak ada yang antisocial dan betul-betul luangkan masa dekat dalam hutan tu. Kod peti besi tu pula cuma Adi seorang sahaja yang tahu. 1km dari rumah rehat mereka semua, ada air terjun yang sangat cantik. Bila semua dah sampai, Adi dan Maya bawa mereka semua pergi ke kawasan air terjun dengan berjalan kaki.


Aktiviti malam pula bila semua berehat dalam jakuzi, Adi dengan Maya pergi ke kawasan air terjun tapi Adi diserang oleh stranger. Kaki Adi ditikam dengan kaca, tangan Maya pula kena toreh panjang. Sementara Adi bergelut dengan penyerang, Maya pulang minta bantuan tapi sayangnya bila Anip dengan Ed sampai, Adi dah mati lemas. Cara pembunuhan yang agak kejam sebab Adi diikat di pokok dalam keadaan terbalik. Kepala pula diikat dengan tuala basah, air tadahan hujan pula tak berhenti turun.

Keadaan di rumah pula makin huru-hara bila Eva nampak hantu budak perempuan berbaju sekolah tergantung di pokok. Bekalan elektrik pula putus jadi agak sukar untuk mereka bergerak. Bila Anip dengan Ed balik dengan mayat Adi, Anip mengamuk minta peti besi untuk minta bantuan tapi lagi buntu bila semua handphone dah rosak dipecahkan. 

Dalam peti besi tu ada nota ‘Teman Aku Dalam Mati..Aku Masih Menanti’. Masing-masing dah mula takut, sudahnya Anip buat keputusan untuk keluar dari hutan tu pagi esok. Esok yang dinanti berubah jadi malam bila mereka terjaga dari tidur jam 9.30 malam.

Lagi panik bila Atirah pula hilang. Anip tetap putuskan untuk keluar dari situ tapi hampa bila kereta mereka dirosakkan sama seperti handphone. Tayar pancit, pintu kereta remuk, wayar bateri putus. Apa lagi jalan supaya dapat keluar dari situ? Anip cuba minta bantuan sementara yang lain tunggu dalam rumah dan cari Atirah. Tapi tak jauh dari situ, Anip pula dibunuh lepas mengetahui siapa dalang sebenar. Eva cuba untuk tolong Anip tapi dia dah terlambat, tak ada apa dia mampu buat kecuali tengok kekasih gelap dia diseksa sebelum mati.

Seorang demi seorang hilang kemudian diseksa sehingga mati disebabkan pembunuh ada dendam besar. 9 tahun dia tunggu untuk balas dendam, disebabkan perbuatan 6 sekawan ni. Maya dan Dawi pula berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

Masa Adi meninggal tu pun dah tahu siapa yang bunuh dia cuma nak kepastian je dari hint pembunuhan yang lain. Even dah tahu dekat pertengahan cerita bila penulis reveal siapa still lagi semangat nak baca sebab nak tahu apa dendam yang disimpan tu. Apa yang 6 sekawan ni dah buat sampai mereka semua mati disiksa dengan cara yang kejam sangat.



Kalau yang lemah semangat memang tak boleh baca novel ni sebab ngeri betul cara dia seksa dan bunuh semua yang ada. Memang tak ada rasa kesian dah dalam diri. Tapi dekat hujung cerita ada plot twist yang agak sukar nak kita tafsirkan sebagai polis moral. Tapi setiap cerita ada keajaiban dia yang tersendiri antara kita mampu terima sebagai manusia ataupun tak.

Since buku ni under publisher FIXI memang laju je khatam dalam masa 5 jam dah habis sebab jalan cerita best dan bahasa yang santai. Cuma stop kejap sebab ngilu bila imagine cara dia membunuh tu. Sama macam dalam watak novel ni yang maki bila kena seksa, sama jugak lah yang baca rasa nak maki berbakul.



Garapan cerita yang menarik dari Ariff Adly, so lepas ni boleh baca karya dia yang lain. Recommended!

1. Author +1, 2.Plot +0.8, 3. Genre +1,4. Editing +1, 5. Social Message +0.7  = 4.5/5

Book Review : Aku Lelakimu

Thursday 9 May 2019



Penulis : Sara Aisha
Penerbit : Karya Seni
Helaian : 743 mukasurat/ 48 bab
Genre : Misteri / Thriller / Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – September 2017
Harga : RM 29.00

SINOPSIS


REVIEW
Sebelum ni pernah terbaca review dekat blog Tiara pasal novel Aku Lelakimu ni. This is my first time baca karya penulisan Sara Aisha. A lil bit about Sara, she was graduated from Uni Malaya in Bioteknologi. Ada Sarjana Pengurusan Perniagaan dari UTM. Selain jadi penulis, dia ada buat business jugak.

Okay back to the track, novel Aku Lelakimu mengisahkan tentang Tihani Rose, seorang wartawan jenayah yang busy dengan kes The White Killer. Modus operandi TWK menculik kemudian patahkan leher mangsa dan korek biji mata untuk disimpan sebagai koleksi. Semua mangsa dia akan dipotong rambut pendek dan dipakaikan gaun putih. TWK akan buang mayat mangsa di kawasan yang sama dia jumpa.

Tihani Rose antara peminat tegar penulisan Alexander Aryan, penulis novel yang menetap di New York bersama ibu dan sepupu dia, Benjamin yang juga merangkap pembantu peribadi dia. Kerosakan otak di bahagian bilateral amygdala di mana individu tak akan merasa takut langsung terhadap bahaya yang dihadapi. Disebabkan keadaan ni Alex cuba menyelami dunia psikopat, sociopath dan pembunuh bersiri untuk dia faham keadaan diri sendiri. Sebelum menjadi penulis, Alex bekerja sebagai polis di NYPD tapi dia berhenti disebabkan partner dia hampir mati semasa bertugas.


Alex kembali ke Malaysia untuk book tour dia dan di MPH Nu Sentral adalah detik pertemuan pertama antara dia dan Tihani Rose. Tanpa pengetahuan Tihani, Alex juga terlibat dalam kes TWK bila khidmat dia diperlukan untuk bantu Inspektor Edric selesaikan kes. Makin dirungkai misteri ni, makin saling berkait antara TWK, Tihani dan Alex. Kisah lampau Tihani punca kenapa TWK mengganas, Alex pula rupanya dah 12 tahun melindungi Tihani tanpa Tihani sedar.

Nak tahu misteri apa, siapa TWK dan kenapa Alex jaga Tihani dari jauh, tu kena baca dalam novel tulisan Sara Aisha ni.

Novel ni agak tebal sampai 700 mukasurat so it tooks me around 1 month untuk habiskan. Bila masuk bab yang best tu best lah nak baca especially bila TWK mengganas. Bila masuk bab yang meleweh macam Tihani salahkan diri, Alex salahkan diri, Tihani dengan Alex jatuh cinta tapi tak mengaku tu haaa mula lah tertidur nyenyak sampai esok pagi.


Walaupun draggy tapi banyak input boleh dapat lepas baca novel ni macam karakter dan personaliti psikopat dan pembunuh bersiri. Kajian ni Sara Aisha ambil dari kes-kes yang famous di negara luar especially di New York. Karakter Tihani sebagai wartawan jenayah pula hasil temu ramah dengan Encik Syahril A. Kadir tapi tak banyak input special yang boleh ambil pun but still the character feels alive because it was perfectly described.

'Having zero empathy makes you a psycopath, having too much empathy makes you a victim'

'Everyone comes with a baggage. And that baggage comes with two options. Pertama, untuk kita tukar beban tu jadi pendukung. Memaksa kita untuk jadi lebih kuat dan akhirnya beban itu jadi hikmah. Kedua, untuk terus gantung beban itu di bahu. Terus-terusan memasing setiap pergerakan kita, sampaikan kita tak boleh bergerak. Tak boleh move on. Dan akhirnya kita jadi orang kalah yang menyalahkan takdir.'

'Love is a happiness. But love that cannot be spoken is a punishment'

Tahun lepas masa pergi PBAKL di PWTC ada jumpa Shahrul Ridzwan. Dia tanya nak dia berlakon drama adaptasi novel mana so ada budak suggest Aku Lelakimu. Since I dah lupa jalan cerita lepas baca dekat blog Tiara, I diam je lah bila Shahrul tanya jalan cerita dia macam mana. 


Tapi kalau buat drama ambik le pelakon lain. Zul Ariffin lah paling sesuai setakat ni. Dengan senyum senget dia tu awwww kbai.

1. Author +0.8, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +0.7, 4.Plot +0.8, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought  +0.7 = 8.9/10

Movie Review : Badla


Director : Sujoy Ghosh
Writer : Sujoy Ghosh
Cast : Amitabh Bachchan, Taapsee Pannu, Amrita Singh, Tanveer Ghani, Tony Luke, Manav Kaul
Production Company : Red Chillies Entertainment, Azure Entertainment
Distributor : AA Films, Zee Studios
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 118 minutes
Release Date : 8 March 2019
Trailer :


Terbaca banyak positive review untuk movie ni so bila dah keluar kena la tengok movie kedua gandingan Big B dengan Tapsee Pannu lepas PINK. Masih mengekalkan genre yang sama thriller drama cuma kali ni lagi intense compared to PINK.

Naina Sethi (Tapsee Pannu) diikat jamin oleh peguam peribadi dia, Jimmy Punjabi (Manav Kaul) lepas ditangkap polis atas tuduhan membunuh teman lelaki dia, Arjun Kapoor (Tony Luke). Jimmy berusaha cari peguam hebat untuk Naina disebabkan Naina diperangkap pada hari kejadian. Maka bermula lah pertemuan Naina dengan Mr. Badal Gupta (Amitabh Bachchan).


Naina Sethi merupakan businesswoman terkenal dan mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan dia dengan Sunil. 3 bulan sebelum kejadian Naina menipu pergi ke Paris walhal bercuti dengan Arjun di Scotland. Naina rasa bersalah dengan relationship dia dan Arjun walaupun both of them dah berkahwin. Dia tak mampu nak menipu suami dia dan curi-curi berjumpa Arjun.

Tengah galak berbincang pasal nak putuskan hubungan, Naina tak sengaja terlanggar kereta dari arah bertentangan disebabkan rusa melintas secara mengejut. Arjun bagitahu Naina supaya ikut je apa dia kata dan jangan telefon polis laporkan accident tu sebab tak nak affair diorang kantoi. Naina gelabah tapi dia ikut je apa Arjun bagitahu.


Lepas check keadaan pemandu turns out dia tak sedarkan diri and both of them assume yang pemandu tu dah mati terhantuk masa mengelak kereta Naina. Arjun minta Naina hapuskan semua bukti so diorang pindahkan pemandu ke bonet dan tolak kereta masuk dalam paya.

Setahun kemudian Arjun dengan Naina terima blackmail bagitahu nak dedahkan perbuatan jahat diorang berdua ataupun bayar 10 ribu pounds cash. Naina setuju sebab taknak benda ni berlarutan tambah pula dia nak close deal dengan company di Jepun untuk expand business dia di Asia.


Malangnya bila Naina dengan Arjun pergi sana, ada orang lain dalam bilik hotel tu. Naina kena pukul di kepala sampai pengsan, Arjun pula kena pukul di kepala dengan pasu sampai mati. Sudahnya Naina ditangkap atas tuduhan membunuh. Naina syak Rani Kaur (Amrita Singh) dengan Nimbi (Tanveer Ghani), orang tua pemandu yang mati tu nak balas dendam.

Panjang lebar Naina cerita kepada Badal Gupta tapi dia tetap tak boleh yakinkan yang dia tak menipu. Badal pula tak boleh nak bekerja dengan Naina sebab ada benda yang Naina sengaja simpan sebab alibi yang polis jumpa tak sama dengan cerita Naina.


Movie Badla ni adaptasi dari movie Spanish, Contratiempo or The Invisible Thief tahun 2017 cuma bezanya watak utama tu lelaki tapi yang Hindustan punya perempuan. Jalan cerita lebih kurang sama je. Pengarah Sujoy Ghosh memang dah terkenal dengan movie yang ada plot twist lepas dia buat franchise Kahaani.

Jadi tak hairan lah kalau Badla simpan banyak plot twist which some predictable while some are not. Tapi twist yang hujung tu dah boleh agak sangat dah sebab ada mention di awal cerita and its quite cliché. But still best untuk audience nak tahu apa sebenarnya kebenaran pembunuhan ni.


Under production yang sama dengan movie Ittefaq, Red Chillies Entertainment terbitkan satu lagi movie genre mystery thriller. Ittefaq ada 3 versi cerita dan ada plot twist yang agak menarik dekat hujung movie. Bila tengok movie Badla, teringat movie Ittefaq. Sakit jugak kepala nak crack mystery movie ni. Performance yang bagus dari Big B, Tapsee dan Amrita Singh. 

‘You’re too busy looking for 6 while the 9 was always right in front of you’

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10