Walls UniCornetto Ice-Cream

Thursday 25 April 2019

Sejak dah viral video adik Amira yang bahagia jumpa aiskrim UniCornetto, kita pun rasa tergedik nak cuba. Dah la packaging dia dreamy habis! Its my lucky day lah bila colleague belanja aiskrim ni sebab tolong dia.

Dekat area Subang Bestari memang susah nak jumpa walaupun bersepah kedai runcit dekat sini. Jenuh jugak lah dia mencari pusing satu SB, finally lepas seminggu jumpa lah apa yang diidamkan sangat tu.


Bola crispies berwarna-warni comel sangat jadi sayang nak makan. Yang merah tu jem strawberry tapi rasa dia macam jem blackforest. Kalau you guys suka makan aiskrim Cornetto Blackforest so this one is absolutely love!


Tapi jem tu agak overloaded sebab lepas habis makan rasa macam sirap ubat batuk. But still sedap lol


Kon dia berbeza dengan aiskrim biasa sebab berwarna merah hati. Memang colourful aiskrim ni so berbaloi lah bayar RM3.20 sebatang. Rasa bahagia lepas makan tu memang priceless baq hanggg. Lepas makan ni kena pergi tandas cuci mulut sebab semua pewarna melekat dekat bibir dengan lidah. 

Movie Review : Guava Island


Director : Hiro Murai
Writer : Donald Glover, Stephen Glover, Ibra Ake, Jamal Olori, Fam Udeorji
Cast : Donald Glover, Rihanna, Nonso Anozie, Letitia Wright
Production Company : New Regency Productions
Distributor : Amazon Studios, Regency Enterprises
Genre : Musical / Drama
Running Time : 56 minutes
Release Date : April 11, 2019 (Coachella) & April 13, 2019 (United States)

Minggu lepas ada nampak video clip lagu Summertime dekat Twitter. Video clip dia comel nak pulak ada Rihanna, tak la minat dengan Rihanna cuma excited dengan lagu tu. Rupanya lagu tu datang dari movie Guava Island ni. Terus tengok sebab lagu tu comel.

Guava Island ni nama je guava tapi tak ada pokok guava pun sebab keistimewaan dekat pulau yang terpencil di tengah lautan ni ada ulat sutera biru. Sayangnya orang yang jumpa ulat sutera tu dibunuh dan business pakaian dipelopori oleh Red. Dia kerah semua penduduk dekat Guava Island ni bekerja dengan dia.


Red ni agak kejam la sebab dia akan bayar gaji rendah je dan tak ada siapa pun pernah keluar dari pulau tu. Tak ada yang kaya selain Red. Turun-temurun kisah ni diceritakan sebagai bed time stories dan cerita ni sampai ke generasi Kofi (Rihanna), tapi dia tak percaya dekat luar dari Guava Island ni tak ada kehidupan yang lagi bagus. So impian dia nak keluar dari situ.

Jiran dia, Deni Maroon (Donald Glover) pandai main gitar dan nyanyi. Dari first time dia dengar lagu Deni nyanyi sampai lah both of them jatuh cinta. Sayangnya impian Deni nak stay dekat Guava Island dan ubah nasib penduduk dekat situ. Dia nak cipta lagu untuk bangkitkan semangat penduduk Guava Island.


Deni invite semua ke festival muzik pada malam Sabtu tapi jadi masalah kepada Mr. Red (Nonso Anozie) sebab bila semua berjimba dekat festival tu, sah esoknya tak ada yang datang kerja. Business dia boleh rugi sebab satu hari tak ada production. Orang upahan Mr. Red culik Deni untuk ugut suruh batalkan festival tu. Tapi Deni tetap teruskan jugak walaupun dia takut. Apa jadi dengan Deni lepastu kena tengok sendiri la dalam short movie ni. 


Jalan cerita movie ni simple je, lebih kurang bed time story untuk tidur. The momentum changed dekat hujung movie sebab ada plot twist. Tengok dalam movie ni memang betul lah Rihanna ni manusia yang busy sebab sekejap je screentime dia but still a strong character dan menyerlah onscreen nak pulak bila dia emote with her facial expressions and body gestures je. Kalau movie ni dipanjangkan sikit cerita dia mungkin best sebab rush sangat nak habiskan cerita. 

Since movie ni untuk ditayangkan di Coachella, director guna wardrobe yang bercirikan konsep Coachella. Suka tengok outfit biru Rihanna dekat hujung movie tu. Tone warna yang director guna pun nampak cantik dan subtle. Lagu-lagu dalam movie ni semuanya comel dan best! Suara jenis soft berlenggok tapi kecewa la sebab Rihanna tak nyanyi langsung pun.


Apart from storyline and songs, message dalam movie ni memang mendalam. Nak buat sesuatu yang besar, kita kena korbankan sesuatu yang besar jugak. Happy ending tapi dalam interpretation Guava Island.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9.5/10

Movie Review : Baazaar

Wednesday 24 April 2019


Director : Gauravv K. Chawla
Writer : Nikkhil Advani, Parveez Sheikh, Aseem Arora
Cast : Saif Ali Khan, Radhika Apte, Chitrangada Singh, Denzil Smith, Rohan Mehra
Production Company :   Emmay Entertainment, Kyta Production, B4U Motion Pictures, Viacom18 Motion Pictures
Distributor : Anand Pandit Motion Pictures, Panorama Studios, Viacom18 Motion Pictures
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 137 minutes
Release Date : 26 October 2018
Trailer :



Antara salah satu movie yang paling ditunggu sekali untuk tahun 2018 sebab trailer dia gempak. Plus I suka genre thriller pasal business macamni.

Baazaar mengisahkan tentang Rizwan Ahmed (Rohan Mehra) yang nak hidup senang dan kaya-raya macam idola pujaan dia, Shakun Khotari (Saif Ali Khan). Shakun dari kecil seludup berlian di stesen keretapi dan berkerja di bawah Parekh Niwas. Bila remaja, Shakun try tackle Mandira, anak Parekh (Chitrangada Singh) supaya dia dapat jadi menantu jutawan berlian. Luck in his plate, he married Mandira and conquer the business.


Lepas bergaduh dengan ayah dia tentang kerjaya, Rizwan keluar dari rumah dan pergi mencari kerja di Mumbai. Rizwan apply di company terbesar yang jalankan bisnes saham di India. Dari situ dia kenal dengan Priya Rai (Radhika Apte) dan bantu Rizwan untuk berjumpa dengan Shakun.

Dengan segala ilmu dan teori yang dia ada, Rizwan berjaya jadi orang kanan Shakun and stroke business deal with him. Business deal dengan Shakun kena pegang 2 prinsip :

1. Jangan hanguskan duit Shakun.
2. Ingat rules pertama.


Agak intense lah untuk Rizwan yang amatur nak biakkan duit Shakun but he managed to do it. Bila Shakun offer project Skycom – syarikat telco dekat Rizwan, dia minta 15% saham dalam company tu dan ajak adik ipar dia join sekali. Sayangnya Shakun ni tak suka pun kerja dengan orang, dia lagi suka pulun sorang je harta dia.

Of course dia khianat Rizwan walaupun Mandira dah larang. Of course hidup Rizwan kucar-kacir bila company Skycom tak masuk pun dalam list kerajaan. End up Rizwan buat keputusan untuk bongkar jenayah Shakun dengan bantuan Stock Exchange Board of India (SEBI).


Jalan cerita Baazaar agak fresh di India sebab tak banyak pun movie berkisarkan fraud in stock trading tapi garapan dia still ada cacat cela nak pula bila cerita ni dilakonkan oleh debutante Rohan Mehra. Instead of nak kesian dengan Rohan sebagai Rizwan, rasa syok tengok trick Shakun untuk survive dekat atas. Walaupun watak Priya cuma supporting cast tapi Radhika pandai gunakan screentime dia untuk menyerlah.

Kekuatan movie ni selain dari Saif Ali Khan adalah dialog-dialog yang nampak agak savage dan real.

“People say money isn’t god, but I say it isn’t less than god”


Not much for cinematoghraphy since main shooting place dekat dalam stockroom je. Music album pun hambar except lagu Chod Diya nyanyian Arijit Singh. Thank God! Kena betul lagu ni dengan scene Rizwan dapat tahu dia kena tipu dengan Shakun. Boleh bayang betapa remuk hati dia masa tu and start to lose hope sebab semua dah hilang sekelip mata je.


Movie ni mungkin boleh pergi jauh kalau ending dia di pihak Shakun because we need that kind of drama.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 7.3/10