Lepas lagu Jutaan Purnama sebagai lagu comeback Datin Alyah, 3 hari lepas pada 18 April 2019 satu lyric video lagu Meluruh keluar secara official di Youtube. Lagu genre balada ni dikarang liriknya oleh Datin Alyah sendiri based on kisah hidup dia sendiri kemudian dibantu oleh Slen.
Sama seperti single Jutaan Purnama, lagu Meluruh diterbitkan di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Ikutkan hati Datin alyah dia dah nak give up sebab 5 lagu dia tak dapat sambutan sebab sebelum ni dia tak pandai promote lagu. Tapi bila Warner Music datang offer contract, Datin Alyah setuju pastu belajar macam mana nak promote lagu supaya reach pendengar.
Lagu Meluruh gubahan Helen Yap ni dah dapat 40k views dan 2k likes di Youtube. Yang belum dengar boleh klik dekat sini :
Miss Baek mengisahkan tentang Baek Sang-ah (Han Ji-min)yang hidup sebatang kara. Mak dia jadi alcoholic dan abusive lepas ditinggalkan oleh ayah dia. Disebabkan taknak Baek mati dipukul, mak dia hantar ke rumah anak yatim. Berpuluh tahun lepas tu, mak dia mati berulat dalam rumah, itupun lepas sebulan baru supervisor datang jenguk. Baek taknak tahu pasal kematian mak dia walaupun Detektif Jang-Sub (Lee Hee-joon) dah pujuk.
Disebabkan trauma dengan kehidupan dia sebagai mangsa dera dan pernah dipenjarakan lepas cederakan lelaki VIP yang cuba merogol dia, Baek taknak berkahwin atau ada anak walaupun Detektif Jang-Sub sayang dan setia dengan dia lepas kes gangguan seksual tu.
Di kawasan perumahan Baek ada budak perempuan berumur 11 tahun, Kim Ji-Eun (Kim Shi-A) yang selalu didera dengan kekasih ayah dia. Susah Baek nak buat aduan pada polis sebab status dia sebagai banduan. Awek ayah budak tu, Joo Mi-Kyung (Kwon So-Hyun) aktivis NGO yang ramah dengan penduduk kawasan tu. Pernah je Ji-Eun pergi balai polis tapi sudahnya polis hantar balik rumah tanpa failkan kes.
Baek taknak masuk campur tapi dia faham perasaan Ji-Eun sebab dia dah pernah rasa. Kes dera kanak-kanak di kawasan tu makin meningkat bila mayat kanak-kanak dijumpai ditanam penuh dengan kesan pukul. Walaupun Detektif Jang-sub bengang dengan statistik kes dan mayat yang dia jumpa, dia tetap tegah Baek untuk selamatkan Ji-Eun. Maybe dia cuba selamatkan Baek sebab parents Ji-Eun boleh dakwa Baek culik Ji-Eun.
Sakit hati dengan undang-undang Korea yang ni sebab kecederaan fizikal Ji-Eun ketara sangat tapi polis boleh tutup mata je. Jari Ji-Eun dah hancur kena pukul dengan Joo Mi, badan dia penuh dengan kesan sebat.
Movie yang bertemakan kes penderaan kanak-kanak ni menang Top 11 Films di 38th Korean Association of Film Critics Awards. Jalan cerita movie Miss Baek memang bukan untuk yang tak mampu nak tengok sisi gelap kehidupan di Korea. Some scenes are quite brutal especially scene Ji-Eun kena pukul ataupun cubaan membunuh dari ayah dia sendiri. Oh yeah, not to mention jangan tengok masa makan.
Tbh tak kenal sangat Han Ji-min ni tapi dari movie list yang dia pernah berlakon, belum ada lagi watak intense macam Miss Baek and she did justice to this role sampai menang 8 anugerah Best Actress di pelbagai award events antaranya 38th Korean Association of Film Critics Awards, 3rd London East Asia Film Festival dan 39th Blue Dragon Film Awards.
Lakonan dia menggambarkan trauma sebagai mangsa dera, cara dia clueless bila jumpa Ji-Eun and the way dia cuba untuk jadi yang terbaik pada Ji-Eun are delightful to watch in this movie. Ending movie ni mungkin tak seperti yang diharapkan tapi tu yang terbaik dari garapan pengarah Lee Ji-won sebab berpaksikan realiti kehidupan Baek dan kisah sebenar kes ni.
Movie ni tak sesuai nak tengok satu family nak pulak kalau ada underage sebab bahasa dan sesetengah scenes yang agak kejam dan sadis.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Cast : Yoo In-na, Lee Dong-wook, Lee Sang-woo, Son
Sung-yoon, Oh Jung-se, Shim Hyung-tak, Park Kyung-hye, Park Ji-hwan, Jang
So-yeon
Genre : Rom-com
Running Episodes : 16
episodes
Release Date : February
6 – March 28, 2019
Production Company : Mega
Monster, Zium Content
Distributor : tvN
Pasangan kedua dalam drama
famous, Goblin – Grim Reaper & Sunny cast dalam drama rom-com, Touch Your
Heart yang mengisahkan actress Oh Yoon-seo (Yoo In-Na) yang dikecam lepas terlibat dengan
skandal dadah hilang popularity dalam dunia lakonan. Untuk buat comeback, dia
setuju untuk train di firma guaman Always Law Firm dan jadi setiausaha kepada
peguam hati batu, Kwon Jung Rok (Lee Dongwook).
Sepanjang intern dekat sana, Oh
Yoon-seo tolong Jung-rok selesaikan kes
sebab Jung-rok agak tegas dan tak guna emosi untuk pujuk klien untuk buka
cerita. Dalam masa 3 bulan tu Jung-rok mula kenal sisi sebenar Yoon-seo and
vice versa so bermula la episod cinta diorang berdua. Drama ni diadaptasikan dari novel online bertajuk Reach of Sincerity karya Jäger.
At first masa kawan Twitter
recommend drama ni memang tak lah nak tengok sebab genre rom-com. Tapi lepas
tahu Dong-wook dengan In-Na yang berlakon terus play episod 1. Dari 1 tahu tahu
dah habis dah drama ni. Rasa tak puas nak tengok sebab sweet sangat scene
Jung-rok dengan Yoon-seo ni. Dalam drama Goblin tak puas tengok diorang nak
pulak ending sedih tapi dalam drama ni awwww dah lah comel, happy ending pulak
tu.
Tak tahu kenapa sebelum ni Yoo
In-Na ni tak famous sebab dia cantik kot, dalam drama ni dia jadi actress
pulak, memang terpukau jugak lah tengok kecantikan dia. Nak pulak bila dia buat
muka comel ataupun wink. Siapa je tak jatuh cinta tengok dia.
Scene Kim Se-won (Lee Sang-woo)
dengan Yoo Yeo-reum (Son Sung-yoon) pun sweet jugak sebab diorang berdua ni
couple yang matang dalam cerita ni sebab dah bercinta 7 tahun dah. Teringat
pulak couple Dae-Young & Myeong-Joo dalam Descendant of The Sun, kena putus
sebab family tak suka tapi sebab sayang, diorang decide untuk stay and fight. Scene
paling sweet bila Se-won belikan ubat sebab dia tahu Yeo-reum ni jenis cepat
stress sampai effect digestive system. 7 tahun bercinta sampai dah kenal
perangai partner even dah breakup.
Apart from leading cast,
supporting cast yang lain pun hidupkan suasana kelakar dalam drama ni
especially staff dekat Always Law Firm. CEO Yeon Joon-kyu (Oh Jung-se) paling
best kalau dekat Malaysia ni ramai boss macam dia. Gahhh I miss my previous
boss, working environment happy and feel warm je bila dia ada. Appraisal and
motivation pun tinggi.
Drama ni banyak shoot dekat
office Always law firm, court dengan rumah Yoon-seo so visual dia tak la menarik mana cuma cara
diorang tonjolkan Yoon-seo dalam drama ni memang daebak! Nak match dengan
slogan Korea’s goddess, universe goddess punya pasal, memang menjadi lah. Worth
the effort and thumbs up to the team.
Music album drama TYH ni comel
belaka lah, nak pulak suara Chen yang memang comel sesuai dengan genre drama
yang rom-com ni. Soundtrack paling best dalam drama ni, lagu Be Your Star nyanyian LENA.
Overall chemistry Dongwook dan In-Na and genre drama ni buat Touch Your Heart best nak layan, sesuai untuk tontonan family and count every moment you guys have with your partner!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10
Cast : Ranveer Singh, Sara Ali Khan, Sonu Sood, Ashutosh
Rana, Siddhartha Jadhav, Vaidehi Parshurami
Production Company : Reliance Entertainment, Dharma
Productions, Rohit Shetty Picturez
Distributor : Reliance Entertainment
Genre : Action / Comedy
Running Time : 159 minutes
Release Date : 27 December 2018 (United Arab Emirates)
28 December 2018 (India)
Trailer :
SIMMBA [singa] spin-off movie kepada franchise Singham dan
beberapa scenes inspired dari movie hit Telugu, Temper tahun 2015. Movie ni
antara kejayaan besar untuk Ranveer Singh bila berjaya collect Rs400 crore di
box office domestic & worldwide dengan budget Rs80 crore je.
Movie arahan Rohit Shetty mengisahkan tentang pegawai polis Sangram
"Simmba" Bhalerao (Ranveer Singh) yang membesar di Shivgadh, kawasan
yang sama Bajirao Singham (Ajay Devgn) membesar tapi disebabkan kesusahan
Simmba, dia join polis untuk hidup mewah dengan hasil duit rasuah. Berbeza
dengan Singham yang mati-matian menentang rasuah.
Dari Shivgadh, dia dipindahkan ke Marimar dan berjumpa
dengan Shagun Sathe (Sara Ali Khan) yang bekalkan makanan tengahari dekat
penduduk kawasan tu. Bertugas di tempat baru akan jumpa penjahat baru dengan
jenayah yang baru. Di Miramar, kes seludup dadah guna budak sekolah berleluasa
dan dikawal oleh Durva Yashwant Ranade (Sonu Sood).
Aakruti Dave (Vaidehi Parshurami), guru sukarelawan yang
mengajar budak-budak di kawasan tu dalam kelas malam, dah syak yang anak-anak
murid dia terlibat dengan kes dadah ni tapi dia tak jumpa bukti. Bila dia dapat
trace dekat mana kilang dadah Durva, dia record guna phone tapi dia kena rogol
dengan beradik Durva sampai terkoyak usus then mati.
Simmba yang rapat dengan Aakruti nak tuntut bela atas
kematian adik angkat dia tapi Durva dah hapuskan semua bukti yang ada. Simmba
kena gantung tugas sebab cari pasal dengan Durva sudahnya dia minta tolong
dengan Singham selesaikan kes ni.
I’ve never watched Temper so tak tahu yang mana lagi best
tapi tengok Simmba pun dah cukup enjoy dengan karakter Ranveer sebagai Simmba.
Memang kena lah karakter dia dengan masala movies arahan Rohit Shetty cuma
sayang Rohit tak prepare something yang boleh jadi trademark untuk Ranveer.
Just spin-off dan remake and soon akan team up dengan Akshay Kumar untuk
Sooryavanshi. Bila Ajay masuk, Ranveer dah tenggelam, imagine dengan Akshay
nanti.
Lakonan debutante Sara sebagai Shagun pun tak membantu
banyak mana pun dalam movie ni except dalam soundtracks, lebih kepada flower
pot macam heroin-heroin movie Rohit Shetty yang lain. No wonder lah dia boleh
berlakon Simmba dan Kedarnath dalam waktu yang sama. Senang sangat role dia but
still dia tak boleh nak lawan Bebo dalam franchise Singham.
First half memang menarik dan kelakar tapi bila masuk second
half, momentum dah mula jatuh bila Simmba tak mampu nak lawan Durva. Nama tajuk
movie dah gah tapi villain picisan macam Durva pun tak boleh kalahkan. Even
cara Simmba nak tuntut kematian Aakriti pun agak hambar. Simmba nak ketengahkan
sexual assault tapi tenggelamkan watak-watak perempuan dalam movie ni.
The visual treats and cinematography memang top notch nak
pula dengan soundtrack album yang best walaupun chemistry Ranveer-Sara tak
menjadi sangat onscreen but yeahh boleh lah nak layan. Just don’t pair these
two in other movies especially romantic genre. My fav song so far, Aankh Maarey
even remake song tapi remake lagi best dari yang original. Sorry Arshad Warsi.
Movie Simmba kalau nak layan jangan guna logik akal sebab
tersimpul terus fuse otak nanti, but it is totally fun to watch for some comedy
and entertainment.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 7.5/10
Dah settle baca novel BABI - Bermain Di Sebalik Api terus sambung baca SAKA sebab taknak lupa kisah sebelum macam mana. Kalau tangguh memang tak best nak baca sebab ada part yang lupa. Masih lagi kekalkan character yang sama cuma tambah watak sampingan penting macam isteri kepada Ustaz Syahmi yang banyak bantu Leman mendalami ilmu agama.
Cuma kali ni, watak Rokkyu, Asfam dan Azmi dikembangkan lagi sebab Leman mula ambil alih kelab malam Paul lepas kejadian ngeri yang berlaku di rumah dia. Rokkyu dengan Asfam ni pembantu peribadi Paul lepas Paul berjaya ambil alih kelab malam tu dan jadi mama yang baru. Paul lagi kejam dari mama yang lama. Tak ikut cakap dia, kena potong jari, liwat ataupun bunuh. Dia malas nak berlembut macam mama lama.
Tapi pemerintahan Paul tak lama pun bila dia ditukarkan menjadi babi lepas dia tidur dengan ayah sebenar Leman lepas sekian lama. Dalam novel ni finally Leman tahu dia benih siapa cuma dalam SAKA ni memang tak dikembangkan sangat pun kisah pasal ayah Leman. Daripada flashback, baik cerita pasal pertemuan ayah Leman dengan Paul.
Memang banyak skip dalam novel ni walaupun lagi tebal dari BABI sebab banyak sangat flashback so kalau baru lepas baca BABI, benda tu still fresh lagi. Tak ada tambahan apa pun, so boleh cepat habis baca.
Selain diuji dengan ujian beribubapakan babi, Leman kena hasut pula dengan saka belaan Paul. Selain Ustaz Syahmi yang membimbing dia, ada juga jelmaan jin yang bantu Leman supaya sentiasa ingat pada Tuhan tapi tak lah sekuat hasutan saka belaan mak dia.
Untuk tukar mak bapak dia kepada manusia biasa, Leman kena cukur semua bulu yang ada pada babi-babi tu, potong lidah diorang, cabut segala kuku kaki yang ada, bagi diorang makan najis diorang sendiri lepastu rendam dalam air panas yang menggelegak selama 100 hari. Leman tak sanggup nak buat mak bapak dia macamtu. Setiap hari dia fikir macam mana nak buat sebab dia tak sanggup nak biar mak bapak dia hidup sebagai babi tapi tak pulak dia sanggup nak rebus mak bapak dia dalam kawah air panas.
Lepas serangan saka untuk hisap darah manusia supaya jadi kuat, Leman serahkan tugas tu kepada Ustaz Syahmi sebab dia tak mampu nak tengok mak bapak dia sakit walaupun bapak dia tak pernah kisah kewujudan dia. Mak dia pulak selalu pukul dan marah dia masa jaga dia.
Tak macam BABI, novel SAKA ni lebih kepada fiksyen dan seram. Baca novel ni tengah malam memang mengundang meremang bulu roma je bila ada bab yang melibatkan saka. Nasib baik saka ni menyerupai kawan Leman, so tak lah takut sangat. Lagi satu fiksyen bila parents Leman bertukar kepada babi. Kisah ni diambil dari kisah pada zaman Nabi Musa bilamana dia jumpa anak soleh yang taat jaga ibu bapa dia walaupun ditukar menjadi babi.
Bila baca part hujung rasa geram jugak sebab polis senang betul jatuh hukuman walhal tak jalankan siasatan langsung cuma hukum based on statement je. Tak adil gila tapi baguslah ending macam tu sebab dunia ni bukannya indah mana pun.
Sama macam BABI, SAKA totally not recommended for underage.
1. Author +0.7, 2. Accuracy +0.4, 3. Writing Style +0.4, 4.Plot +0.4, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10
Novel bestseller terbitan Lejen
Press karya Azwar Kamarulzaman ni mengisahkan tentang Leman yang diejek sebagai
anak haram disebabkan status anak pelacur di pekan Sungai Petani. Leman atau
nama penuhnya Sulaiman berhenti dari sekolah sebab tak tahan dimaki dan diejek
oleh semua orang.
Mak dia, Pauziah a.k.a. Paul sakit
hati dengan keputusan Leman bila dia penat cari duit dengan melacur siang malam
untuk bela Leman dan dua lagi orang anak dia, Joe dan Aida. Joe dengan Aida
anak-anak hasil perkahwinan dengan suami lama tapi Leman lahir sebab melacur.
Entah siapa ayah dia. Paul nak buang lepas beranakkan Leman tapi ada suara yang
larang. Leman akan jadi penyelamat Paul katanya. Paul tak faham tapi dia bela
je lah, bukan susah pun.
Ada je dia cari pasal dengan
Leman, kadang dimaki, kadang dipukul berbeza layanan dia dengan Joe dan Aida. Tapi
yang elok perangainya, Leman lah. Joe ketagih dengan dadah, Aida pulak entah
apa dia buat dengan hidup dia.
Leman selalu lepak dekat Flat
Pulai Hijau dengan Azmi dan Shah kawan-kawan dia yang banyak tolong dia menimba
ilmu di sekolah agama dan subjek lain. Azmi, si tomboy yang syok dengan Leman
tapi Leman anggap sebagai adik je. Mana boleh anak haram macam dia bercinta
dengan manusia lain. Shah pula jealous dengan Leman sebab dia suka dengan Azmi
tapi dia lepak jugak sekali sebab dia nak tengok Azmi senyum.
Yang bestnya baca novel indie
macam ni, kita memang akan dapat baca the real side of life. Dalam buku ni of
course bertemakan kehidupan pelacur dan kemiskinan di bandar walaupun Sungai
Petani je tapi terasa juga kesempitan hidup sampai pilih jalan yang salah untuk
tanggung keluarga.
Dalam ramai yang mencaci, ada
juga yang sayang. Rasa tenang and happy bila baca pasal friendship
Leman-Azmi-Shah. Even Shah yang kaya pun ada juga masalah hidup dia, tersepit
dengan kehendak keluarga walaupun muda lagi. Masing-masing ada ujian dia
sendiri.
Buku ni agak mual jugak lah nak
baca for certain chapter especially bila ada part Joe dengan Aida. Ekstrem
betul dua beradik ni, tak tercapai dek akal but shit happens tho. Paul pun sama
dengan hidup dia yang suka puja syaitan untuk hidup mewah. So tak sesuai la nak
baca untuk yang bawah umur ataupun tak boleh terima kehidupan macamni.
Gaya tulisan dia agak skema walaupun
indie, bila baca tu memang menguap jugak. Lama jugak lah ambil masa nak
habiskan walaupun plot dia menarik dan fresh.
1. Author +0.7, 2. Accuracy +0.6, 3. Writing Style +0.4, 4.Plot
+0.7, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social
Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10
Start dari Jumaat lepas sampai Ahad minggu depan ada MATHAF dekat Star Avenue macam tahun lepas. Tak banyak sangat pun makanan Thai dekat sini, tak macam dekat Laman Kayangan Citarasa 2 Sempadan. [Hah, sempat wei promote untuk korang booking buffet Ramadhan nanti]
Ada jugak makanan Malaysia dekat sini tapi tak banyak sangat macam Char Kuey Teow, Bihun Sup Utagha, sengkuang calit dan jeruk buah. Ikutkan nak makan yang rare je dekat sini tapi bila dah lapar pastu nampak makanan sana sini, kau rasa?
Eggstick
Beli skewer kebab daging ni tapi syahdu betul bila makan sebab daging liat kemain. Tak berbaloi dengan harga RM6 sebab daging pun tawar, tak masuk dengan gravy.
Nasi Goreng Udang ni paling menyesal sekali beli sebab nasi dia agak sticky lepastu kosong. Udang pun dapat dua je. Ate baik masak sendiri je yeop!
Pekat kemain kuah dia so terjebak nak makan maggi tomyam udang dia. Berbaloi RM7 sebab udang dia fresh, bahan lain pun banyak. Kenyang makan semangkuk.
Mi Ketam Chiang Mai ni RM8 tapi bekas besar, ketam pun banyak isi cuma belemoih sikit la nak makan. Nak pulak masa tengah makan kena kacau dengan DJ dekat situ. Tak sudah sudah tanya sedap ke tak, nak makan beria pun segan jadinya.
Somtam dia sedap tapi bila sampai dekat bawah tu dah tak boleh nak makan dah sebab terendam dalam cuka banyak sangat. Selalu makan somtam yang kering tapi yang ni sakit pulak tekak makan cuka.
Miangkham ni pengaruh dari blogger sebab ramai yang update entry kata makanan ni sedap walaupun at first macam takut nak makan sebab bahan dia raw kemain tapi wow jatuh cinta!
Sebab syok tengok ramai yang beli aiskrim kelapa ni, kitorang pun join sekali walaupun dah tahu rasa dia tak power mana pun. Aiskrim 2 scoop campur pulut biru, nata de coco, kacang dengan isi kelapa. Bila makan creamy sangat tambah pulak bila dah cair. Boleh la layan panas panas ni.
Hah yang ni pun kes terjebak jugak ni, aiskrim nitro ni padahal aiskrim biasa je campur corn stick. Terbang melayang RM13 semata nak makan aiskrim berasap sakan ni haaa.
Nampak cup macam tinggi kan? Hakikatnya.....
Before balik dah tapau siap siap Churros ni sebab sedap and crunchy even dah sejuk pun best lagi nak makan. Berbaloi beli sebab satu set Churros RM6 boleh kenyang makan. Macam nak beli hari-hari lepastu nangis kenapa berat naik lagi :')
I have fun makan dekat sini sebab sedap walaupun mahal, will come again for sure cuma menyampah dengan DJ dan selection lagu dia. Plus the decoration pun tak banyak sangat tonjolkan seni Thailand, nasib ada lagu-lagu Thailand. Semangat pulak nak pergi Hatyai semata nak makan makanan Thai ni. Dekat sana lagi murah, lagi banyak, lagi kawww.
Update : 13 Mac 2020
Rasanya MATHAF dah jadi event tetap dekat Star Avenue ni tapi kali ni lagi banyak, lagi panjang. Sekarang dah ada roti pisang ni. Selalu tengok orang update je kalau pergi Thailand, sekarang dah ada dah dekat sini. Since first time nak try so order banana nutella campur banana cheese.
Love banana cheese more sebab sedap. Makan panas-panas memang melt dalam mulut tapi boleh melecur lidah sebab isi pisang panas. Berbaloi lah beli RM8 sepinggan.