Book Review : SAKA

Saturday 13 April 2019


Penulis : Azwar Kamarulzaman
Penerbit : Lejen Press
Helaian : 312 mukasurat/ 26 bab
Genre : Teenlit/Drama/Falsafah
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama, April 2014
Cetakan Kedua, Mei 2014
Cetakan Ketiga, Ogos 2014
Cetakan Keempat, Mac 2015
Harga : RM20.00
Sinopsis :


Dah settle baca novel BABI - Bermain Di Sebalik Api terus sambung baca SAKA sebab taknak lupa kisah sebelum macam mana. Kalau tangguh memang tak best nak baca sebab ada part yang lupa. Masih lagi kekalkan character yang sama cuma tambah watak sampingan penting macam isteri kepada Ustaz Syahmi yang banyak bantu Leman mendalami ilmu agama. 

Cuma kali ni, watak Rokkyu, Asfam dan Azmi dikembangkan lagi sebab Leman mula ambil alih kelab malam Paul lepas kejadian ngeri yang berlaku di rumah dia. Rokkyu dengan Asfam ni pembantu peribadi Paul lepas Paul berjaya ambil alih kelab malam tu dan jadi mama yang baru. Paul lagi kejam dari mama yang lama. Tak ikut cakap dia, kena potong jari, liwat ataupun bunuh. Dia malas nak berlembut macam mama lama. 

Tapi pemerintahan Paul tak lama pun bila dia ditukarkan menjadi babi lepas dia tidur dengan ayah sebenar Leman lepas sekian lama. Dalam novel ni finally Leman tahu dia benih siapa cuma dalam SAKA ni memang tak dikembangkan sangat pun kisah pasal ayah Leman. Daripada flashback, baik cerita pasal pertemuan ayah Leman dengan Paul. 

Memang banyak skip dalam novel ni walaupun lagi tebal dari BABI sebab banyak sangat flashback so kalau baru lepas baca BABI, benda tu still fresh lagi. Tak ada tambahan apa pun, so boleh cepat habis baca. 

Selain diuji dengan ujian beribubapakan babi, Leman kena hasut pula dengan saka belaan Paul. Selain Ustaz Syahmi yang membimbing dia, ada juga jelmaan jin yang bantu Leman supaya sentiasa ingat pada Tuhan tapi tak lah sekuat hasutan saka belaan mak dia. 

Untuk tukar mak bapak dia kepada manusia biasa, Leman kena cukur semua bulu yang ada pada babi-babi tu, potong lidah diorang, cabut segala kuku kaki yang ada, bagi diorang makan najis diorang sendiri lepastu rendam dalam air panas yang menggelegak selama 100 hari. Leman tak sanggup nak buat mak bapak dia macamtu. Setiap hari dia fikir macam mana nak buat sebab dia tak sanggup nak biar mak bapak dia hidup sebagai babi tapi tak pulak dia sanggup nak rebus mak bapak dia dalam kawah air panas. 

Lepas serangan saka untuk hisap darah manusia supaya jadi kuat, Leman serahkan tugas tu kepada Ustaz Syahmi sebab dia tak mampu nak tengok mak bapak dia sakit walaupun bapak dia tak pernah kisah kewujudan dia. Mak dia pulak selalu pukul dan marah dia masa jaga dia. 

Tak macam BABI, novel SAKA ni lebih kepada fiksyen dan seram. Baca novel ni tengah malam memang mengundang meremang bulu roma je bila ada bab yang melibatkan saka. Nasib baik saka ni menyerupai kawan Leman, so tak lah takut sangat. Lagi satu fiksyen bila parents Leman bertukar kepada babi. Kisah ni diambil dari kisah pada zaman Nabi Musa bilamana dia jumpa anak soleh yang taat jaga ibu bapa dia walaupun ditukar menjadi babi. 

Bila baca part hujung rasa geram jugak sebab polis senang betul jatuh hukuman walhal tak jalankan siasatan langsung cuma hukum based on statement je. Tak adil gila tapi baguslah ending macam tu sebab dunia ni bukannya indah mana pun. 

Sama macam BABI, SAKA totally not recommended for underage. 

1. Author +0.7, 2. Accuracy +0.4, 3. Writing Style +0.4, 4.Plot +0.4, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10
Related image

Penulis : Azwar Kamarulzaman
Penerbit : Lejen Press
Helaian : 298 mukasurat/ 29 bab
Genre : Teenlit/Drama/Falsafah
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama, April 2013
Cetakan Kedua, Januari 2014
Cetakan Ketiga, April 2014
Cetakan Keempat, Ogos 2014
Cetakan Kelima, Mac 2015
Harga : RM20.00
Sinopsis : 



Novel bestseller terbitan Lejen Press karya Azwar Kamarulzaman ni mengisahkan tentang Leman yang diejek sebagai anak haram disebabkan status anak pelacur di pekan Sungai Petani. Leman atau nama penuhnya Sulaiman berhenti dari sekolah sebab tak tahan dimaki dan diejek oleh semua orang.

Mak dia, Pauziah a.k.a. Paul sakit hati dengan keputusan Leman bila dia penat cari duit dengan melacur siang malam untuk bela Leman dan dua lagi orang anak dia, Joe dan Aida. Joe dengan Aida anak-anak hasil perkahwinan dengan suami lama tapi Leman lahir sebab melacur. Entah siapa ayah dia. Paul nak buang lepas beranakkan Leman tapi ada suara yang larang. Leman akan jadi penyelamat Paul katanya. Paul tak faham tapi dia bela je lah, bukan susah pun.


Ada je dia cari pasal dengan Leman, kadang dimaki, kadang dipukul berbeza layanan dia dengan Joe dan Aida. Tapi yang elok perangainya, Leman lah. Joe ketagih dengan dadah, Aida pulak entah apa dia buat dengan hidup dia.

Leman selalu lepak dekat Flat Pulai Hijau dengan Azmi dan Shah kawan-kawan dia yang banyak tolong dia menimba ilmu di sekolah agama dan subjek lain. Azmi, si tomboy yang syok dengan Leman tapi Leman anggap sebagai adik je. Mana boleh anak haram macam dia bercinta dengan manusia lain. Shah pula jealous dengan Leman sebab dia suka dengan Azmi tapi dia lepak jugak sekali sebab dia nak tengok Azmi senyum.

Yang bestnya baca novel indie macam ni, kita memang akan dapat baca the real side of life. Dalam buku ni of course bertemakan kehidupan pelacur dan kemiskinan di bandar walaupun Sungai Petani je tapi terasa juga kesempitan hidup sampai pilih jalan yang salah untuk tanggung keluarga.

Dalam ramai yang mencaci, ada juga yang sayang. Rasa tenang and happy bila baca pasal friendship Leman-Azmi-Shah. Even Shah yang kaya pun ada juga masalah hidup dia, tersepit dengan kehendak keluarga walaupun muda lagi. Masing-masing ada ujian dia sendiri.

Buku ni agak mual jugak lah nak baca for certain chapter especially bila ada part Joe dengan Aida. Ekstrem betul dua beradik ni, tak tercapai dek akal but shit happens tho. Paul pun sama dengan hidup dia yang suka puja syaitan untuk hidup mewah. So tak sesuai la nak baca untuk yang bawah umur ataupun tak boleh terima kehidupan macamni.

Gaya tulisan dia agak skema walaupun indie, bila baca tu memang menguap jugak. Lama jugak lah ambil masa nak habiskan walaupun plot dia menarik dan fresh.

1. Author +0.7, 2. Accuracy +0.6, 3. Writing Style +0.4, 4.Plot +0.7, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10

Malaysia Thailand Halal Food Festival 2019, Star Avenue, Subang Bestari

Sunday 7 April 2019


Start dari Jumaat lepas sampai Ahad minggu depan ada MATHAF dekat Star Avenue macam tahun lepas. Tak banyak sangat pun makanan Thai dekat sini, tak macam dekat Laman Kayangan Citarasa 2 Sempadan. [Hah, sempat wei promote untuk korang booking buffet Ramadhan nanti]


Ada jugak makanan Malaysia dekat sini tapi tak banyak sangat macam Char Kuey Teow, Bihun Sup Utagha, sengkuang calit dan jeruk buah. Ikutkan nak makan yang rare je dekat sini tapi bila dah lapar pastu nampak makanan sana sini, kau rasa?









Eggstick





Beli skewer kebab daging ni tapi syahdu betul bila makan sebab daging liat kemain. Tak berbaloi dengan harga RM6 sebab daging pun tawar, tak masuk dengan gravy. 


Nasi Goreng Udang ni paling menyesal sekali beli sebab nasi dia agak sticky lepastu kosong. Udang pun dapat dua je. Ate baik masak sendiri je yeop! 


Pekat kemain kuah dia so terjebak nak makan maggi tomyam udang dia. Berbaloi RM7 sebab udang dia fresh, bahan lain pun banyak. Kenyang makan semangkuk. 




Mi Ketam Chiang Mai ni RM8 tapi bekas besar, ketam pun banyak isi cuma belemoih sikit la nak makan. Nak pulak masa tengah makan kena kacau dengan DJ dekat situ. Tak sudah sudah tanya sedap ke tak, nak makan beria pun segan jadinya.


Somtam dia sedap tapi bila sampai dekat bawah tu dah tak boleh nak makan dah sebab terendam dalam cuka banyak sangat. Selalu makan somtam yang kering tapi yang ni sakit pulak tekak makan cuka. 


Miangkham ni pengaruh dari blogger sebab ramai yang update entry kata makanan ni sedap walaupun at first macam takut nak makan sebab bahan dia raw kemain tapi wow jatuh cinta!



Sebab syok tengok ramai yang beli aiskrim kelapa ni, kitorang pun join sekali walaupun dah tahu rasa dia tak power mana pun. Aiskrim 2 scoop campur pulut biru, nata de coco, kacang dengan isi kelapa. Bila makan creamy sangat tambah pulak bila dah cair. Boleh la layan panas panas ni.


Hah yang ni pun kes terjebak jugak ni, aiskrim nitro ni padahal aiskrim biasa je campur corn stick. Terbang melayang RM13 semata nak makan aiskrim berasap sakan ni haaa. 




Nampak cup macam tinggi kan? Hakikatnya.....


Before balik dah tapau siap siap Churros ni sebab sedap and crunchy even dah sejuk pun best lagi nak makan. Berbaloi beli sebab satu set Churros RM6 boleh kenyang makan. Macam nak beli hari-hari lepastu nangis kenapa berat naik lagi :') 



I have fun makan dekat sini sebab sedap walaupun mahal, will come again for sure cuma menyampah dengan DJ dan selection lagu dia. Plus the decoration pun tak banyak sangat tonjolkan seni Thailand, nasib ada lagu-lagu Thailand. Semangat pulak nak pergi Hatyai semata nak makan makanan Thai ni. Dekat sana lagi murah, lagi banyak, lagi kawww.

Update : 13 Mac 2020

Rasanya MATHAF dah jadi event tetap dekat Star Avenue ni tapi kali ni lagi banyak, lagi panjang. Sekarang dah ada roti pisang ni. Selalu tengok orang update je kalau pergi Thailand, sekarang dah ada dah dekat sini. Since first time nak try so order banana nutella campur banana cheese.




Love banana cheese more sebab sedap. Makan panas-panas memang melt dalam mulut tapi boleh melecur lidah sebab isi pisang panas. Berbaloi lah beli RM8 sepinggan. 

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan


Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Mufid Shuhaimi
Pelakon : Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Che Ta, PU Azman, Isyariana Che Azmi, Harris Annuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Maria Farida. Jasmin Hamid, Jalaludin Hassan, Norlia Ghani
Genre : Cinta/ Drama
Jumlah Episod : 18 Episod
Tarikh Tayangan :  1 Oktober 2018 – 28 Januari 2019
Syarikat Produksi : Zeel Production
Penyiaran : Astro Oasis (Slot Raihana)
Main OST : Kisah Ku Inginkan - Tokti ft Judika

Orang lain dah habis angau dengan Remy Ishak-Mira Filzah, kita baru nak tersengih. Sebenarnya dulu dah layan lepastu penat tunggu tiap minggu, apa benda seminggu satu episod, jenuh nak tunggu aih sudahnya biar running habis dulu baru kita layan tapi lepastu lupa. Haritu tengah kecoh Remy-Mira dating baru sambung tengok balik.

First time tengok drama dekat Astro Oasis, no wonder la kurang sikit menyengat macam arahan Michael Ang sebab Michael macam santai je jalan cerita, tak melodrama sangat macam arahan Rashid Sibir ni. But still enjoy nak layan lah mungkin sebab cerita asal dari novel tajuk yang sama karya  Umie Nadzimah memang dah menarik kot. I tak baca novel ye so I tak nak buat comparison which one is better.

Naira (Mira Filzah) yang terkenal dengan sifat garang dan bermuka masam mencuka di kalangan anak buah dia di Resort Keriang Hill. Resort yang ditinggalkan oleh arwah ayah dia (Jalaluddin Hassan) lepas meninggal disebabkan sakit jantung. Abang sulung dia, Mirza (Talha Harith) pulak buang masa dengan hisap dadah dengan kawan baik dia. Tak cukup habiskan duit family, dia buat hutang dengan Ah Long sampai family kena kacau supaya langsaikan hutang.

Masa lari nak selamatkan diri dari Ah Long, Naira tersalah masuk kereta Raid (Remy Ishak) so dari situ diorang kenal sampai lah Raid berjaya tawan hati Naira kemudian berkahwin. Hutang Ah Long dah settle sebab Raid tolong bayar, Raid pujuk Umi (Kartina Aziz) untuk harta Mirza berubat di pusat serenti, selamatkan adik bongsu Naira, Zeenat (Isyariana Che Azmi) dari diculik dan banyak lagi. 


Bagi Naira, Raid Lelaki Kiriman Tuhan untuk dia tapi datang pula Datin Maria (Jasmin Hamid) dengan Puan Sri Anita (Maria Farida) ceritakan tentang kisah silam Raid sebagai anak ikan diorang berdua dan datin-datin yang lain. Tambah pulak dengan cerita buruk yang keluar dari mulut Mirza buat Naira menyesal kahwin dengan Raid.


Pembantu Naira, Cik Man (PU Azman) selalu nasihatkan Naira hal kehidupan, kerja dan agama. Awalnya Naira boleh terima Raid tapi sebab mulut Kak Bed (Che Ta) yang suka menghasut dan buat cerita di resort tu buat Naira hilang pertimbangan. Farriz (Harris Anuar) dengan Maryam (Uyaina Arshad) tolong jadi penasihat untuk masalah-masalah Naira dengan Raid.


Jalan cerita LKT ni sweet lah nak pula bila gandingan Remy dengan Mira menjadi, chemistry tu agak strong sampai sengih je tengok scene diorang dua except scene Naira merajuk lama kemain tu lah. Scene merajuk tak nak bincang yang buat drama ni panjang. Penat jugak tengok padahal banyak lagi scene lain yang director boleh panjangkan dan olah dengan baik macam kisah silam Farris-Raid-Mirza ataupun bagi info mendalam sikit pasal dadah ni sebab kes dadah makin meningkat sekarang.

Ada jugak lah scene yang merepek macam scene Naira lari dekat lorong belakang masa kena kejar dengan Ah Long. Dah tahu kena kejar, pergi la dekat tempat awam tak la kena kacau teruk sangat. Raid pun satu hal, laptop ada dokumen P&C tapi selamber je tak kunci pintu bilik pastu acah terkejut Kak Bed boleh selongkar dan sebarkan.


Paling suka scene Che Ta dalam drama ni sebab watak dia kelakar walaupun mulut jahat nak pulak dengan heels 5 inci dia, anting-anting rambu ramba dia pastu dok catwalk Miss Malaysia dia. Nak pulak bila ada slot tambahan untuk dia dengan PU Azman berdakwah ringkas, memang syok nak layan. Menjadi betul diorang dua berlakon. PU Azman pun nampak tak kekok berlakon even first time. Santai je dia sambil berlakon sambil berdakwah. Keep it up!


This is my first time layan drama Uyaina and she’s great in her scene, nampak natural. Same goes to Isyariana. Suka tengok scene dia dengan Mira, nampak sesuai jadi adik beradik sebab memasing jenis lembut je bila bercakap. Harris Anuar kena belajar dengan Alif Syukri macam mana nak jadi lelaki lembut annoying sebab ada scenes yang dia nampak tak menjadi but still he’s cute.


Soundtrack album pun best – Kisah Ku Inginkan (Tokti feat Judika), Kata Hatiku (Rendy Faliq) dan Jika Aku Untukmu (Intan Sarafina). Lagu last tu kalau scene sedih boleh menangis nak pulak episod hujung-hujung drama ni.

Shooting location LKT ni area Keriang Hill, Kedah dengan Perlis – scene Naira dengan Raid pergi honeymoon. Memang cantik la tempat-tempat dekat area ni. Famous la Keriang Hill Resort lepas ni sebab masuk dalam drama top. Dah la tempat pun cantik, deco pun class. 





Kalau layan drama Mira Filzah memang cuci mata tengok wardrobe dia sebab cantik-cantik dan ala muslimah. Kali ni lagi best sebab ada Uyaina dengan Isyariana sekali. Antara penaja pakaian of course lah Ariani sebab Mira duta khen, Cindai, Uniqlo, Audra Bella dan banyak lagi [Juling mata tengok credit scene]


All in all drama ni memang layan tengok Mira dengan Remy, lagi satu mesej kekeluargaan yang jarang kita nak nampak bila pengarah tonjolkan yang parents pun banyak buat silap dalam mendidik anak-anak especially ayah Raid dan Umi kepada Mirza-Naira-Zeenat.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.6/10