CNY 2019

Wednesday 6 February 2019


Tahun Baru Cina 2019 agak kontroversial sikit tahun ni kan sebab zodiak haiwan tahun ni ialah khinzir/babi. Tapi tak jadi isu pun benda tu sebab tak ada kaitan pun dengan kita. Yang ada kaitan bila CNY tahun ni macam biasa mesti pergi beraya di rumah Uncle & Aunty Ma dekat Sabak. 


Yang bestnya diorang ni memang akan guna katering sedap punya, paling best mesti lah kari kambing. Kalau lambat datang memang licin. Tahun ni hampir terbabas sebab kenyang breakfast so nak lajak pergi lambhat sikit dalam pukul 12. Rupanya pukul 12 dah licin daaa walaupun majlis habis jam 2. Habis je makan, dapat angpau sebab tak kahwin lagi maaaa. 

Aunty Ma ni memang rajin buat open house setiap kali CNY, memang tak pernah gagal walhal dia baru je balik dari KL malam Isnin terus prepare untuk open house. Lagi kesian bila dia dah book katering awal sudahnya cancel last minute. Rezeki dia dapat jumpa jugak katering even last minute. Jam 2 pun tak tidur lagi arrange untuk tetamu open house dia.


Dah kenyang makan, dah puas sembang, kitorang bergambar lah apa lagi. Dah balik tu memang macam ular sawa lah memasing sebab dah puas makan. You guys punya cuti CNY macam mana? Ada yang pergi holiday kettew? Anyway for my Chinese friends, Xin Nian Kuai Le! May this year bring joy and prosperous to you. Much love :)

Movie Review | Escape Room (2019)

Sunday 3 February 2019


Director : Adam Robitel
Writer : Bragi F. Schut
Cast : Taylor Russell, Logan Miller, Jay Ellis, Tyler Labine, Deborah Ann Woll, Nik Dodani
Production Company : Columbia Pictures, Original FilmSony
Distributor : Pictures Releasing
Genre : Psychological / Horror
Running Time : 99 minutes
Release Date :  January 4, 2019 (United States)
Trailer :


Since 2014 ada lebih 2000 Escape Rooms di US, dekat Malaysia baru ada 10 dan yang paling tinggi rating ialah Escape Rooms dekat Times Square. Idk the craze or trends of this game cuma tahu cara nak main kena solve puzzles and riddles, some strength plus with brains and some luck to escape tapi dalam movie ni dia agak creepy sebab escape rooms ni memang makan orang. You solve or you die.

TER mengisahkan tentang 6 orang asing yang berbeza life background dijemput untuk join game Escape Room di tengah bandaraya US. Hadiah agak lumayan bila ditawarkan USD 10,000 bila berjaya keluar dari 5 bilik dengan cabaran yang berbeza. Macam movie Jepun – As The God’s Will kena solve riddles untuk survive.


Bila Zoey (Taylor Russell), Ben (Logan Miller), Jason (Jay Ellis), Mike (Tyler Labine), Amanda (Deborah Ann Woll), Danny Khan (Nik Dodani) dapat kotak hitam dan kad dari The Minos sebagai jemputan ke Escape Room. Bila dah dapat solve kotak hitam, diorang semua dijemput ke bangunan The Minos untuk start game.

Tak sangka masa diorang buat sesi kenal di lobi bangunan tu, game dah pun start. Bila dah penat menunggu, Ben cuba untuk keluar dari lobi untuk pergi merokok tapi tak dapat sebab pemegang pintu dah patah. Turns out, lubang di pintu tu rupanya temperature control. Zoey dapat klu untuk set temperature setinggi 451á´¼c. Bila dia ubah temperature, bilik tu pun berubah jadi microwave. Masing-masing dah menggelupur sebab panas so diorang dah start cari apa-apa klu untuk keluar dari bilik tu.


Well thanks to Zoey, diorang berjaya pergi ke bilik lain tanpa rentung terbakar. Kalau bilik sebelumnya panas, bilik kedua pulak sejuk yang amat sangat dan suhu semakin rendah. Diorang kena cari jalan keluar sebelum otak jadi keliru dan mati disebabkan hyperthermia.

At first masing-masing macam ragu-ragu Escape Rooms ni akan libatkan kematian sebab belum ada lagi yang berani buat macam tu. Bak kata Danny, kalau sampai ada yang mati siapa nak bayar saman dan hadap authorities bagai tapi bila Danny jatuh dalam tasik bila ais merekah dan mati lemas, diorang dah mula cuak dan nak berhenti main. Tapi tak ada siapa pun boleh keluar dari situ melainkan diorang mati masa main.

Escape Room': Six People, One High-Concept Horror Movie, No Exit ...

Tak macam franchise movie The Saw, dalam movie ni tak ada scene yang melibatkan kematian ngeri ataupun task ngeri tapi diorang tetap akan mati jugak lah celah mana pun. Yang datang join Escape Room ni for sure lah ada masalah kewangan sebab masing-masing nak ganjaran sebanyak $10,000. Plot twist movie arahan Adam Robitel ni agak predictable bila libatkan audience psiko dan investors. 

Get out and see 'Escape Room' | Kingman Daily Miner | Kingman, AZ

Memang banyak kali jugak menjerit dalam panggung sebab wujud elemen suspen bila nak cari klu untuk selamatkan diri tu. Makin lama cabaran makin susah dan makin ramai juga peserta yang mati. Cuma tak faham survival method Zoey bila terperangkap dalam bilik yang penuh dengan gas beracun. But who cares anyway, dia mati ke selamat tetap sama jugak. Kenapa cakap macam tu? Sebab jawapan ada dekat ending movie ni hahaha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10

Blog Performance January 2019

Report card bulanan datang lagi macam biasa tapi kali ni keputusan agak luar biasa perginya.

1. PV



Macam biasalah, kalau meningkat PV tu nama dia ajaib, PV harian dah makin jatuh and quite depressing to watch actually. Bulan ni memang kena struggle naikkan PV balik walaupun busy teruk. Dari beribu dah cecah kepada ratus, bukan senang nak naikkan dulu sampai cecah beribu so bila jatuh memang rasa kena kerja kuat balik.


Bulan Februari nak letak target yang spesifik sikit lah biar rasa semangat sikit nak update blog. Target nak cecah 500k walaupun ada 28 hari je. Well 25 hari lagi to be exact!

2. Post


Walaupun hambar tapi bulan ni banyak jugak post lama muncul balik. Betul la cakap KC, bila kita publish entry, kita takkan nampak views naik masa tu tapi akan naik in future. Tanpa sedar, entry tu jadi reference untuk orang lain. 


Bulan Januari ada perubahan sikit bila post gigi berlubang masuk balik dalam Popular Post lepas sekian lama terkeluar disebabkan Wet World Waterpark Shah Alam. Bila tengok keywords pun carian kedua tertinggi. Anyway, jangan tanya siapa yang tenggelam dekat tasik Eco Ardence, I tak tahuuuuu


Tak tahu kenapa Kamarool Haji Yusof muncul dekat sini, must be my movie review ada mention nama dia tapi tak ingat yang mana. Tapi bila tengok keywords ni, bila korang buat movie review hah letak lah nama supporting actor sekali ye. Membantu jugak tengok gaya ni and of course please give credit to them as well sebab mostly movie review I baca banyak sembang pasal leading actor je, susah nak jumpa yang bagi credit for the whole team yang jayakan movie tu. Its their effort and har work as well untuk warnakan hari audience. Kan?

3. Bilangan Entri 


PALING SIKIT DALAM SEJARAH!! Baru permulaan tahun dah macam ni perginya. Sebab tu awal tadi kata nak usaha jugak update sebab teruk sangat ni. Dari target 2 entry sehari jadi 5 entry je sebulan. Actually banyak je movie review dalam waiting list tapi masa tu tak jumpa lagi. Suka bertangguh pun ye jugak. Bak kata my boss, tak pandai nak plan masa. Ni la padahnya bila masa yang ada dicurahkan kepada gosip dekat office je. 

Okay before I leave, nak ambil kesempatan ni untuk ucap terima kasih kepada Kak Shikin sebab review blog ni & those yang komen dekat post tu sebab ramai yang mention pasal movie review Hindustan kan, so objective dah tercapai secara rasminya. Cuma nak make it big tu belum mencecah lagi tapi pelan-pelan je lah kita kayuh hihi.

Have a nice February people! Lets fight for our dreams :)