Movie Review : Pihu

Friday 18 January 2019



Director : Vinod Kapri
Writer : Vinod Kapri
Cast : Myra Vishwakarma, Prerna Sharma
Production Company : RSVP Movies, Roy Kapur Films
Distributor : Kirshnam Media, Bhagirathi Films
Genre : Thriller/Drama
Running Time : 90 minutes
Release Date :  16 November 2018
Trailer :


Lepas tengok trailer movie Pihu ni rasa tak sabar nak tengok the whole movie sebab jalan cerita yang menarik, loosely based on a true story & dah menang Grand Prize Best International Film dan People’s Choice Best Film di 14th Trans-Saharan International Film Festival. Dah nama pun pilihan ramai mesti lah best kan?


Perjalanan movie ni ke film festival pun tak habis lagi tau sebab movie ni akan ditayangkan di Vancouver, Palmsprings, Iran, Morocco dan Jerman. Sekarang ni pun Pihu team tengah discuss dengan pihak Guiness World Book of Record untuk tersenarai dalam rekod pelakon termuda.

Earlier I said loosely based on a true story, pengarah Vinod Kapri terbaca satu berita dalam newspaper pasal budak berumur 3-4 tahun terperangkap dalam rumah apartmen selama 2-3 hari bila mak dia meninggal dalam rumah.


Sama juga dengan movie Pihu ni sendiri, bila Puja bunuh diri disebabkan stress dengan perkahwinan bersama Gaurav. Tengok dari keadaan mayat Puja, badan dia memang penuh dengan lebam dan luka. So domestic abuse is involved sampai dia ambil keputusan untuk bunuh diri lepas dia tinggalkan nota di cermin meja solek.


Disebabkan malam sebelum kejadian tu ada birthday celebration Pihu, so rumah tu agak berselerak dengan belon, minuman keras dan props. Lagi bahaya bila Gaurav rushing ke airport sampai lupa nak tutup iron. Banyak kali jugak dia call Puja tapi Pihu yang jawab call so anak dia tak faham pun apa dia cakap. Pihu cuma bagitahu mama dia tidur je sampai lah handphone Puja habis bateri.

Dalam trailer boleh tengok Pihu masuk dalam peti ais, panaskan roti sampai hangit, buka api dapur gas, kaca bersepah dekat lantai, iron berasap teruk dan paling ngeri sekali dia panjat penghadang dekat balkoni rumah. To be honest scene tu paling takut sekali nak tengok. Tak senang duduk bila Pihu main panjat dekat situ. Restless habis!


Disebabkan nak nampak real, Myra yang berlakon sebagai Pihu ni memang dibiarkan je dalam rumah tu dengan 3 kamera diletakkan di lokasi yang berbeza so most likely apa yang penonton nampak, itu la yang terjadi selama 2 hari diorang shoot movie ni. Even jalan cerita pun diubah mengikut karakter sebenar Myra sebab dia baru 2 tahun so most likely memang dia takkan ikut pun arahan director.


Kalau tahun lepas layan movie Trapped bila watak utama terperangkap dalam rumah tanpa ada survival kit tapi berbeza situasi dengan Pihu penuh dengan kelengkapan tapi tak mampu nak selamatkan diri because she barely knew anything.

Nak buka pintu rumah pun dia tak sampai even nak charge phone pun tak pandai. Yang dia tahu cuma nangis kejutkan mama dia. Bila tengok tu jadi mental breakdown jugak sebab you have to put yourself at the age of 2. You basically tak tahu pun apa benda yang bahaya untuk yourself.


Geram jugak tengok movie ni sebab kebiasaan jiran rumah di bandar ni memang tak ambik port sangat tapi tak faham mana hilang watak jiran yang menyembang dengan Pihu, watak jiran lelaki yang marah sebab air mengalir keluar dari rumah Gaurav.

Dekat second half kebanyakan watak ni hilang tapi bila keadaan rumah makin teruk baru ada yang datang itupun memekak je dekat luar. Agak tak logik lah sedangkan dari siang watak-watak ni wujud dan perasan something fishy is happening inside that house.


But anyway despite the flaw dalam jalan cerita movie ni, rasa suspense dengan curious nak tahu apa jadi tu memang tak hilang dari awal sampai habis sebab jalan cerita dia unpredictable. Even dalam trailer tu tunjuk macam dah banyak tapi ada lagi benda-benda yang Pihu buat bila dia berseorangan dalam rumah tu. Lepas tengok movie ni memang bagi kesedaran betapa pentingnya rumah yang child-friendly dan early awareness also exposure for emergency cases kepada kanak-kanak. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

Drama Review : The Bridge (2018)

Monday 14 January 2019

The Bridge - Feature Image

Pengarah : TJ Lee
Penulis Skrip : TJ Lee
Pelakon : Bront Palarae, Rebecca Lim, Gavin Yap, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Erwin Dawson, Charles Roberts, Keagan Kang, Chacko Vadaketh, Dia Farhana
Genre : Thriller/Mystery/Crime
Jumlah Episod : 10 Episod
Tarikh Tayangan :26 November 2018, Isnin & Selasa - 10 malam
Syarikat Produksi : OTT & Media Prima Television Network (MPTN)
Penyiaran : Viu & NTV7
Trailer :

First time tahu pasal drama ni bila ternampak video dekat MLStudios bagi review based on the first episode. Sebelum ni ada juga ternampak tapi tak banyak info sangat pasal drama ni. Tak pasti promo events drama ni setakat mana sebab tak ramai pun yang layan padahal jalan cerita dia agak unik. Drama The Bridge ni diadaptasi oleh drama Scandinavian yang dah pun dibikin semula oleh Rusia, UK & US dan semuanya menggunakan tajuk yang sama.

Pegawai Megat (Bront Palarae), wakil ICD (International Crime Division) Malaysia diarahkan untuk siasat satu kes kematian di Jambatan Tuas bila ada seorang mayat perempuan terlantar di tengah jalanraya selepas blackout. Bila Megat sampai, pegawai ICD Singapura, Serena Teo (Rebecca Lim) dah start buat kerja. Senang untuk Megat sebab dia boleh balik rumah awal layan anak bini. Walaupun bahagian bawah badan di sempadan Malaysia, bahagian atas di Singapura, baik bagi je semua dekat Singapura.


Tapi belum sempat nak start enjin, mayat perempuan tu rupanya terbelah dua. Lagi tambah kerja dua pegawai ni bila bahagian bawah dengan bahagian atas sebenarnya dua badan yang berbeza. Bahagian atas kepunyaan Monica Lee, peguam kepada si kaya Clarence Richmond (Keagan Kang) yang terlibat dalam jual beli tanah secara illegal dan Red Harvest. Bahagian bawah pula mayat bibik Indonesia yang datang tanpa permit sah tapi hilang selama 6 bulan. Kedua-duanya dibunuh oleh Truth Terrorist.

So dari situ bermula lah perjalanan kerjasama dua negara untuk mencari siapa sebenarnya Truth Terrorist dan dalam masa yang sama pembunuh ni bantu traffic website AsiaNow milik Daniel (Gavin Yap) naik berganda bila dia siarkan segala info, live streaming pembunuhan dekat website AsiaNow.


Jalan cerita jenayah ni agak tak senang duduk lah bila akhir episod dia timbulkan rasa tak sabar nak tengok next episode. Sudahnya 10 episod habis dalam masa satu hari je. Tapi geram jugak lah dengan team ICD ni bila slow buat kerja sebab tak dapat nak crack code Truth Terrorist bagi especially scene Kebenaran yang ke3 bila tajuk Kebenaran tu ‘Dirty Money Washed Clean’ tapi tak gigih langsung diorang korek pasal financial company Anil Raj (Chacko Vadaketh). I mean, the title already pretty obvious kot. Oh come onnnn!

Ada jugak scene seiras drama Black Mirror bila netizen kena undi siapa yang patut kena bunuh. Sama macam episod lebah pembunuh yang akan attack orang yang masuk dalam carta kebencian. (I just made up the name lol). Truth Terrorist tu bukan nak tunjuk kekejaman dunia tapi kekejaman yang ada dalam diri netizen. Raksasa tanpa sedar. 


I personally loved the message dalam drama ni bila ketidakadilan dalam kehidupan dua jurang diketengahkan tapi mesej tu slowly hilang berubah menjadi personal revenge especially masuk part Operasi Gold Dust dengan Red Harvest. Masa tu momentum dah mula flat and dah start jadi draggy especially scene Erin (Cheryl Samad) dengan Adam (Tony Eusoff) berjumpa. 

Visual drama ni cantik, rasa macam layan drama karya negara luar fuhh so glad Singapore join sekali. Bak kata Serena, Malaysia can keep all delicious foods because Singapore got great efficiency on things. Damn girlllll! But hey, Malaysia ada jugak tempat cantik kot dalam drama ni especially Pulau Kukup. Pandai cari ruang nak promote pulau kontroversi sensasi ni. Lepas tengok drama ni baru teringat Johor kaya dengan kelapa sawit or else I akan ingat The Royals dengan Legoland je. Dan Ahmad Maslan yang busy dengan pokok kelapa (dibaca nenas).


Tak perlu pun nak sembang pasal lakonan Bront atau Rebecca sebab memasing dah memang terkenal dengan talent. Dari awal drama sampai habis memang syok tengok character Serena berubah dari someone yang ikut logic akal, facts and figure punya orang kepada emosional hanya disebabkan friendship dia dengan Megat. Stunt dalam drama ni memang dilakonkan sendiri oleh Bront & Rebecca especially scene dekat gudang kelapa sawit masa lawan dengan TT dengan fighting scene masa Serena jumpa Weng memang cantik. 

I tak kata drama ni terbaik sebab jalan cerita dia still ada draggy, mehh and apakah moment tapi director memang pandai simpan siapa pembunuh sebenar sampai ke hujung. Nak kata plot twist tu tak sangat tapi memang susah nak teka lah senang cerita. Drama ni agak raw and gore tapi tak teruk sangat lah, still tahap minima untuk ditonton. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.5/10

Blog Performance Disember 2018

Sunday 6 January 2019

Happy New Year guysss! Tahun baru, azam baru tapi tahun ni tak rangka apa-apa azam pun. Nak kata recycle yang lepas pun susah jugak sebab half dari azam tahun lepas dah berjaya dah. Lagi half dah lupa apa benda, azam pun dah hilang. Tahun ni mungkin chill & relaks tengok je lah apa jadi.

Speaking of my blog performance, bulan Disember takde banyak mana pun perubahan dengan yang sebelum ni. Lagi teruk lagi ada lah. Tak sempat pun nak belek hari-hari sejak kerja baru ni. Nak pulak tahun baru ni dah tukar department HR, lagi banyak benda nak buat. Makin bertambah busy lah cerita dia. Sebab tu malas nak buat azam sebab tak ada masa. Harapan tinggal harapan je nanti.

1) PV


Sama je macam sebelum ni tak cecah pun target nak naikkan 40k sebulan balik or goal tahun lepas nak cecah 50k sebulan. Sekali je dapat lepastu merudum je kerjanya. Anyway, bahagia jugak lah pernah capai tahap tu. Tahun ni sebab tak nak expect tinggi sangat maka kita chill je tengok statistik tahun ni.

Bulan lepas cakap nak cecah 350k stats and yupp dah cecah. Tahun ni nak target cecah half million so kita try okay?


2) Post 


Tak pernah jatuh lirik lagu One Avenue Band ni, but anyway dua post bulan ni berjaya dapat stats tinggi bulan Disember nak pulak ada movie review Bollywood so yeayyyy!


Untuk popular post, dah nak cecah 15k. Tahun ni boleh tengok lah review cecah 10k tapi untuk yang bahagian atas je lah. Yang bawah tu entah bila nak menginjak naik keluar dari kepopmpong seribu tu entah. 

So far yang ni je lah best tengok sebab yang lain tak ada perubahan pun. Tak buka pun Alexa sebab taknak murung. Dah tahu dah ke mana hala tuju dia so tak perlu tambah garam di luka ye dak? 

Anyway tahun 2018 boleh tengok turun naik jadi blogger. Yang tak best bila datang mood malas nak blogwalking ataupun update entry. Lagi syahdu bila tak ada masa nak update sebab busy dengan kerja hakiki. But still usaha berbaloi bila tengok ada yang buat sumber rujukan dari blog ni. Of course lah lagi best bila ada sumber ka-ching dari sini jugak. Its totally worth it. 

Harapan untuk 2019 haruslah nak usahakan lebih lagi dengan blog ni but one can only hope sebab I tak jumpa masa yang sesuai nak fokus sangat tanpa gagal. Ni nampak macam alasan untuk si gagalis but I'll try my best. Happy New Year people, semoga 2019 create new memories dalam hidup kita. Baik atau buruk sesuatu kenangan tu tetap bawa makna kan? Have a blessed year and take care :)