Appointment Ke-2 RCT Di Klinik Gigi Bangsar

Sunday 2 December 2018

The cause : Tampal Gigi Berlubang
First time : Checkup Di Klinik Gigi Bangsar
First Appointment : Rawatan Akar di Klinik Gigi Bangsar

Since dah ramai yang follow cerita rawatan akar ni I give you list up there supaya senang nak baca dari awal sampai habis appointment nanti. So this time around, it's my second appointment lepas bersusah payah sampai X-Ray masa jumpa Dr. Alvena bulan lepas. 

Oh good news lepas first appointment, doktor dah pesan supaya jaga gigi elok-elok jangan sampai dia naik nanah balik. And Listerine is my best friend since then andddd nanah tak naik dah dalam masa sebulan tu. Yeayyy sebab usaha menjaga gigi berjaya walaupun doktor macam dah redho masa tu sebab lubang tu besar sangat. 

So second appointment doktor cuma buka balik tampalan dan bersihkan lagi sekali sebab dia nak make sure bakteria dekat dalam dah betul-betul mati lepas letak ubat. This time around memang sekejap je dalam setengah jam je sebab nak tukar tampalan dan letak ubat je. 

Kalau sebelum ni tersiksa dengan rasa pahit ubat tu tapi kali ni dah okay sebab bengkak dah hilang so tampalan tu just perfect dekat gigi. 


So my next appointment is going to be on 20th December jam 2 petang macam biasa. Can't wait!

Movie Review | Sui Dhaaga

Saturday 1 December 2018

Image result for sui dhaaga

Director : Sharat Katariya
Writer : Sharat Katariya
Cast : Varun Dhawan, Anushka Sharma, Raghubir Yadav, Yamini Das, Sawan Tank, Sidharth Bhardwaj, Ashish Verma
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Social Drama
Running Time : 122 minutes
Release Date : 28 September 2018
Trailer :


Movie yang bertemakan seni tangan dalam kempen ‘Made In India’ untuk mengangkat industri tekstil di India ni mengangkat seni jahitan dalam kisah cinta desa antara Mauji (Varun Dhawan) dan Mamta (Anushka Sharma) yang berkahwin mengikut kehendak keluarga.

Mauji cuma pekerja biasa di kedai mesin jahit tapi dianggap kuli batak oleh bos dia. Setiap hari kena berlakon jadi anjing supaya bos dia terhibur dengan lakonan Mauji. Masa wedding ceremony anak bos dia pun Mauji kena berlakon jadi anjing depan semua orang sampai jatuh air muka family dia.

Image result for sui dhaaga

Mamta pujuk Mauji berhenti dari kerja di kedai tu sebab Mamta nak Mauji bekerja sendiri sebagai tukang jahit disebabkan bakat terpendam Mauji. Sayangnya bakat tu cuma disimpan di rumah je sebab datuk Mauji jatuh miskin bila jadi tukang jahit sampaikan ayah Mauji bekerja di usia muda untuk tampung keluarga. Bukan keluarga Mauji je tapi kebanyakan keluarga dekat kampung tu senasib dengan diorang.

Image result for sui dhaaga

Lepas berhenti kerja baru Mauji dapat kenal siapa Mamta sebenarnya, baru dia dapat luangkan masa dengan isteri sendiri. Bukan senang nak bekerja sendiri, banyak yang Mamta-Mauji kena lalui sebelum berjaya keluarkan label diorang sendiri. Tapi dalam kesusahan tu diorang berdua makin kuat dan makin sayang each other. Bukan Mamta je yang happy dengan development kisah cinta dia tapi audience pun boleh happy.

Jalan cerita Sui Dhaaga ni biasa je tapi disebabkan kekuatan lakonan Varun Dhawan dan Anushka Sharma dan pelakon sampingan yang buat movie ni jadi cantik. Lepas movie Badlapur dan October, talent Varun terserlah lagi dalam movie Sui Dhaaga. Sama juga dengan Anushka selepas movie NH10, Bombay Velvet dan Pari finally dia mampu buktikan diri dia sebagai pelakon versatil walaupun dia tak yakin untuk berlakon watak Mamta. But she proves her worth in Sui Dhaaga.

Image result for sui dhaaga

Kalau pernah tengok movie Dum Laga Ke Haisha dan jatuh cinta, for sure movie Sui Dhaaga ni pun akan bagi perasaan yang sama sebab hasil karya director yang sama. Berbeza dengan Dum Laga Ke Haisha, Sharat Katariya gunakan setiap masa yang ada dengan baik since lagu dalam movie ni pun cuma jadi musik latar je dan bukan scene romantic macam movie Bollywood yang lain.

Kalau belum layan movie Sui Dhaaga and perlukan movie yang quite inspirational try layan movie ni sebab antara mesej dia ialah percaya dengan bakat sendiri. Bila dah terbeban dengan tanggungjawab kita selalu pilih jalan yang praktikal untuk sara hidup tapi bila ada manusia yang yakin dengan bakat kita, for sure kita akan bersemangat untuk capai impian dan minat yang ada. Bak kata Lady Gaga, it’s only take one person to believe in you.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10

Blog Performance November 2018

Happy December, the last month of 2018! Sebulan je lagi 2018 nak habis, tak sabar nak masuk tahun baru. Entah pakej apa menanti tahun baru nanti. Yang pastinya dah banyak contest/segmen/giveaway untuk tahun 2019 sekarang ni. Tak sempat nak join semua, sebab masa dekat blog dah kurang but I'll do my best untuk support semua :)

For my performance in November tak lah memberansangkan sangat but still okay.

1) PV


Kalau bulan Oktober traffic tak lah jatuh sangat, setiap hari angka nak mencecah 2k tapi bulan ni 1k cukup makan je. Even PV sebulan pun tak cecah 40k dah. Target bulan lepas nak all time PV cecah 350k sudahnya tinggal harapan je sebab baru cecah 312k je. So kita anjak je lah target tu ke bulan ni. Mana tahu boleh cecah. 


2) Bilangan Entri


Rasanya sumpahan Tragedi Oktober tak hilang lagi makanya bulan lepas pun sama je, tak ada perubahan pun. Harap bulan ni boleh buang lah kepala 2 tu. 

3) Post 

Best jugak tengok entri lama naik balik, best jugak tengok entri review makanan naik jugak sebab jarang entri makanan naik tinggi. 


All time stats untuk Popular Post ni sama je dengan bulan Oktober, masih lagi entri yang sama cuma bilangan je berbeza. Untuk 3 post teratas lah, yang di bawah tu sama je dengan yang sebelum ni. 

4) Keywords


Since lirik lagu senang betul nak naik, maka keywords pun dah bersepah dengan lirik lagu je. Bulan sebelum ni nampak jugak keywords lain tapi kali ni memang semua lirik je yang menyumbang. iRedho

5) Ranking Alexa

Selama ni kepala 1 je, sekarang ni dah jatuh jadi 2. But hey, domestic rank dah naik kot sebab audience pun dari negara sendiri je. Bulan lepas kononnya nak hijaukan balik tapi gagal juga. 

Disember ni Iolls pasrah je sebab target all time stats 500k tapi tak rasa mampu capai. Mungkin tahun depan lah kot kita pulun dekat blog ni. Ciao!