Lirik Lagu Roadblock Hatiku - Baby Shima ft Floor 88

Tuesday 25 September 2018

COMELNYA!
Lirik Lagu Baby Shima & Floor 88 - Roadblock Hatiku

That's my first reaction bila layan MV Roadblock Hatiku dari Floor 88 feat Baby Shima. Ada unsur dangdut sebab kehadiran Baby Shima but still catchy dan tak lari dari genre pop rock Floor 88. MV pun comel sangat dengan visual and props yang kreatif.

Kalau sebelum ni kisah cinta Ayie, vokalis dengan drummer, Akram dalam MV Zalikha & Aqilah tapi kali ni Eric Fuzi pulak yang dapat awek. Mungkin lepas ni Achoi ataupun Amierul pulak sebab Faliqh dah berjaya tackle awek dalam MV lagu raya diorang. 

Bukan setakat lagu yang catchy dan MV yang kelakar je tapi lirik single terbaru ciptaan Achoi juga berunsur komedi seperti E kali 5. Tapi lirik 'Ku tak kisah kau nak samanku berjuta' tu macam tak kena dengan Ayie yang gigih lari dari polis sebab tertinggal dompet haha

Chemistry vocal Ayie & Baby Shima pun antara yang menarik perhatian selain kecantikan sinematografi berlatarbelakangkan area Bandar Agacia di Kampar, Perak Darul Ridzuan. Okay lepasni dah boleh masuk dalam list jalan-jalan :D

Image result for bandar agacia

Baru dilancarkan jam 5 petang semalam, lagu Roadblock Hatiku mendapat 233 ribu tontonan dengan 14k likes di Youtube. Yang belum layan, klik dekat bawah okay :)


Artis : Baby Shima & Floor 88
Tajuk Lagu : Roadblock Hatiku
Lirik : Achoi Floor 88, Romeo Manja & Room None
Komposer : Achoi Floor 88
Album : Roadblock Hatiku - Single
Label : MVM Music

Lirik Lagu Roadblock Hatiku

(kau telah roadblock hatiku sayang)
(kau telah roadblock hatiku sayang)
(hey)

cerita ini bermula
ketika aku keluar
berjalan di kota raya
melihat sini sana
dengan e kali lima

hingga ku sedar dompetku di lain celana
nasibku menjadi parah
pabila ada polis di depan mata

hatiku rasa bergetar
bagaikan petir menyambar
saat engkau menghampiri
kaku kaki terkunci
bagai di sumpah jampi

hingga perlahan-lahan ku mendekatinya
dia memandangku
terasa panahan percikan api cinta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku kaya-ya-yak kan saman cinta
ku tak kisah kau nak samanku berjuta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

(Baca lagi: Lirik Lagu Baby Shima - Sirna)

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku tak kisah kau nak samanku berjuta
(yak-yak-yak-yay)

Bukit Merah Laketown Resort

Monday 24 September 2018


First of all kalau tak baca lagi kenapa I boleh sampai sini, boleh baca dekat SINI!

Lepas dah penuhkan perut dengan makanan semalam yang banyak sangat dekat post ni, kitorang konvoi ke destinasi utama, BUKIT MERAH LAKETOWN!


Walaupun tiap tahun balik kampung dekat Batu Kurau tu tapi kaki ni tak pernah jejak pun dekat Bukit Merah tapi tak tahu lah kalau parents dah pernah bawa masa kecik kan. I can’t recall anything so far. Pak Tam Mak Tam kerja dekat area ni so diorang lah bagitahu dekat sini cantik tapi tak ramai yang datang, mungkin sebab banyak lagi tempat best dekat Perak ni ataupun kurang promosi dari social media influencer. Kalau setakat nak masuk jalan-jalan tengok permandangan, free je guys.

Permandangan dari tingkat atas Suria Apartment



Kisahnya Bukit Merah ni mendapat nama Bukit Merah bila peneroka asal mencangkul tanah bukit tu untuk diteroka dan terjumpa tanah merah so dia namakan tempat yang dia teroka ni dengan Bukit Merah. I pijak jugak tanah tapi warna dia warna tanah coklat oren macam tu maybe luck wasn’t on my side hihu.

Bukit Merah agak famous di Malaysia bukan sebab themepark dia je tapi sebab tasik buatan manusia yang besar seluas 40km disebabkan pembinaan Empangan Bukit Merah dan yang bestnya satu-satunya tempat di mana landasan keretapinya merentasi Tasik Bukit Merah. Tasik dia cantik tau I dah naik bot layan feeling dengan angin bertiup tinggal nak letak selendang acah movie Hindustan je. Dekat tasik ni lah tempat membiaknya ikan Kelisa bergred tinggi, antara ikan terbaik di dunia but apart from that, ada juga ikan Tioman, ikan Patin, Lampam, Kaloi dan banyak lagi.

Related image

Dekat Bukit Merah ni walaupun macam tempat jin bertendang tapi line internet laju, telco semua cun takde masalah pun sebab dekat dengan pencawang okay. I buat insta live buat pertama kalinya berjaya padahal dekat KL bukan main gigih tau retry tapi tetap tak dapat. Kalau dapat pun sendu but here its not a problem at all!

Dekat Bukit Merah ni banyak bangunan kediaman even ada dua college tau dekat sini, tapi sekolah kena keluar sikit dari sini itupun tak jauh sangat dalam 10 minit je dah sampai. Nak ke Bandar Taiping pun tak jauh lah, setengah jam je dah boleh sampai cuma malam agak gelap sebab kawasan ladang kelapa sawit tapi boleh je guna highway for safer route. Nak kata sunyi tu tak lah jugak sebab meriah dengan kaki pancing mencuba nasib di sepanjang tebing. 





Sembang pasal bangunan kediaman, ada Tropicana Apartment, Suria Apartment, Palmview Apartment, Laketown Apartment, Lakefront Villa, Waterfront Villa, Villa Kampung Air dan banglo dua tingkat which is banglo orang kaya. Kenapa orang kaya? Sebab banglo dia macam dekat Hollywood sana siap ada bot untuk aktiviti air since kawasan banglo semua terletak di hadapan Tasik Bukit Merah.




Ada jugak lot tanah kosong kalau siapa yang berangan nak bina rumah dekat area sini. Harga tanah lelong boleh dapat dengan harga RM57k je uolls. I mampu mimpi je lah sebab I ada 57 sen je dalam poket. T.T




Ikut sejarah Bukit Merah ni dulu memang ramai yang beli hartanah dekat sini because its gonna be a great property in market tapi disebabkan banyak sangat saingan dalam sektor perlancongan, hartanah dekat sini yang diubahsuai menjadi resort terpaksa dijual menjadi rumah kediaman. Ada juga yang beli dan gunakan sebagai homestay terutamanya untuk Palmview Resort dan Suria Apartment sebab design ala studio apartment. Sekarang kan trend beli studio apartment so you guys boleh jimat sebab hartanah yang dilelong dijual dengan harga RM10k je!



Kalau beli hartanah lelong dekat sini, dah tak payah risau pasal perabot sebab semua dah cukup lengkap. Maintenance pun JMB cover so kebersihan sangat terjaga. Cumanya swimming pool, gym, sauna dan kelebihan facilities lain terpaksa ditutup buat sementara waktu sebab kontraktor tak cukup duit. But but but mengikut kata sepakat dan persetujuan ramai, developer akan start buka tender untuk meriahkan balik kawasan ni. Yang tak cantik akan jadi cantik, yang tertinggal akan dirindui haahh gittew. 








Another brownie points kalau beli rumah dekat area sini you guys bahagia tengok kecantikan Tasik Bukit Merah nak pula kalau permandangan waktu pagi dan senja. Memang cantik tambah dengan angin dan kicauan burung dekat Bukit Merah haihhhh bahagia! Just imagine selak langsir nampak sunset dan tasik cantik ni. Stress je dengan kerja, pergi jalan-jalan tengok burung merak dekat Ecopark sebab untuk yang tinggal dkat Bukit Merah ni boleh dapat diskaun or even free of charge je.

Kalau tak nak masuk Ecopark pun, jalan-jalan dekat Villa Kampung Air pun dah bahagia tau sebab permandangan dia cantik dan tenang je.

Image result for villa kampung air bukit merah

Image result for villa kampung air bukit merah

Kalau agak stress geram dengan orang here you can go to archery for free! Yupp, I've got my first experience with a great coach yang sangat peramah dan baik hati bersabar ajar semua tips dalam masa beberapa minit je. Kalau lama dekat situ, I guess I can be Katniss 2.0 panah hati Peta gitteww


Ada banyak lagi aktiviti dekat Bukit Merah Laketown ni macam Waterpark Bukit Merah, Ecopark, Pulau Orang Utan, berkayak, spa fish tapi nanti kita cerita dekat next entry since its gonna be a long post and great info to be shared with. 

But if you guys interested with auctioned property in here and nak lebih banyak lagi info, boleh call any numbers in pictures below. 




Ataupun boleh ke laman web Arena Auctioneers, Facebook Arena Lelongan Hartanah untuk dapat lebih banyak info mengenai Bukit Merah Laketown atau property lelong yang lain. But hey, boleh je nak walk in dekat company Arena Auctioneers sebab dah set up cantik untuk yang nak penerangan tentang rumah lelong atau yang berkaitan dengannya.

Self-Reward Starbucks Coffee

Jarang nak minum Starbucks ni sebab tak reti order satu hal, malas nak habiskan duit satu hal tapi ramai pulak yang hype fav drinks so screenshot lepastu tunjuk je dekat barista. Like I did yesterday using this tweet


Since barista recommend ice blended, so I agreed with his suggestion lepastu tambah lagi 1 shot caramel macchiato sebab nak bagi strong sikit rasa dia. And the result is tadaaaaa


Not bad lah untuk tekak sendiri, rasa pahit campur manis memang sedut sampai licin lah. Kalau tak sedap pun kau sedut je lah sampai habis sebab RM21.50 terkorban. Lepasni memang tak nak dah repeat order sebab Choc Mocha RM5 tepi jalan lagi sedap for me hihu.

Happy Birthday To Me! Thanks Alya Cake House!

Saturday 22 September 2018

September tahun ni agak meriah walaupun banyak kali stress dengan kerja but my birthday quite awww nak compare dengan tahun lepas. Tahun ni walaupun cinta hati tidur awal malam 2 September tu tapi Subuh tu dapat birthday wish dah. Walaupun ucapan dia sama je tiap tahun tapi tahun ni dia bagi hadiah sekali angkut dari Bandung so yeayyy! Thanks baby ❤❤❤


My mom also baked a chocolate cake for my birthday tapi tak boleh nak celebrate sekali lah sebab busy dengan kerja. Even weekend pun I stay dekat office siapkan kerja yang tak pernah surut. One of the reason why I can't sleep at night sampai sakit kepala. Panadol dah jadi kawan dah :(

Okay back to the main topic! 

Sebelum ni ada post pasal Company Trip Ke Bukit Merah but we have to stay dekat Homestay area Kamunting sebab resort dekat Bukit Merah dah penuh. Disebabkan malam tu tak ada aktiviti so kitorang letak aktiviti BBQ. Since dah ada BBQ, buat sekali sambutan majlis harijadi tadaaa



Meriah kan makanan atas meja tu, itupun terlupa keluarkan makanan dalam peti ais sudahnya buat breakfast untuk esok paginya. 

Macam pelik kan birthday party ni tak ada manusia cuma props dan makanan je? Pastu gambar pun macam have fun sensorang je. Sebab this wasn't even my party tapi si comel Raisha! Yupp, I tumpang je anak orang punya untuk jimat bajet and being cheapskate in any possible way I can hihu. 



Untuk birthday party Raisha, mama dia call Alya Cake House di Taiping untuk tempahan kek harijadi Raisha tapi terlebih dua cake sebab murah dan meriah. Kebetulan rezeki Raisha Alya Cake House ni ada buat promosi satu kek boleh pilih mana-mana design untuk harga RM35 je. At first I thought maybe kek tu kecil je macam standard size dekat kedai kek tapi wow kenyang makan berbelas orang.

No automatic alt text available.


Sebab kek tu comel sangat, sebelum celebrate pun dah comot sana sini sebab Raisha tak sabar nak makan. Deco comel, isi dalam kemain sedap. Memang tak boleh berhenti makan tapi kena berhenti jugak sebab tangki dah penuh. Kek dia tak manis sampai kembang tekak dan tak muak. 

Same goes to kek Cheese Pandan Leleh dia. At first macam malas nak makan sebab takut kembang tekak tapi lepas first bite gigih berebut sebab sedap. Kenapa jauh sangat Taiping dengan KL entah nasib lah kampung dekat Batu Kurau je uolls. Balik kampung mentekedaghah kek sampai penuh tangki lah cerita dia. Walaupun kek ni tahan berhari tapi makan fresh dari oven lagi sedap kot. 


 Not to forget Kek Red Velvet dia yang merah cantik, I'm quite a fan of Red Velvet and this got my approval for being one of delicious cake. Dah 3 kek Alya Cake House kitorang makan dan semua pun sedap di tekak, kenyang di perut. Kalau dekat, rasanya tiap bulan repeat order sebab delivery charge dia pun murah je RM5. Kenapa tiap bulan? Menangis nak diet nanti wei kalau tiap minggu T.T



Bukan setakat kek je yang ada tapi ada brownies, cupcakes, cheesekut, cookies, cheese tart dan banyak lagi untuk pelbagai jenis majlis. Ni bukan review berbayar tau sebab kitorang beli dan berpuas hati. Bukan kitorang je bahagia tapi you guys boleh tengok rating FB Alya Cake House ni meriah dengan bintang. 

You guys boleh check jenis tempahan dekat social account Alya Cake House di Blog Alya Cake House, FB ataupun Insta. Orang Taiping lagi senang boleh whatsapp ja teruih di nombor ni : 



Anyway thanks mama Raisha yang baik hati bagi tumpang birthday anak dia walaupun makan tak ingat dunia kalah mak dia. Terima kasih jugak kepada Alya Cake House sebab beri secebis kebahagiaan dunia dengan hasil tangan awak. ❤ 🌸
Image result for to the all boys i loved before

Director : Susan Johnson
Writer : Sofia Alvarez
Cast : Lana Condor, Noah Centineo, Janel Parrish, Anna Cathcart, Andrew Bachelor, Trezzo Mahoro, Madeleine Arthur, Emilija Baranac, Israel Broussard, John Corbett
Production Company : Overbrook Entertainment, Awesomeness Films
Distributor : Netflix
Genre : Teen Romance
Running Time : 99 minutes
Release Date : August 17, 2018 (United States)
Trailer : 


Twitter dilanda demam Peter Kavinsky baik luar negara mahupun dalam negara. Sana sini mention pasal movie ni so I join the Peter Kavinsky wave. Katanya sweet habis, biasa lah genre teen romance sejenis movie yang sweet angau sengih sampai ke telinga but for me this movie biasa je sama macam Kissing Booth.

TATBILB mengisahkan tentang kehidupan Lara Jean (Lana Condor) yang agak loser untuk high school kids. Dia hidup dalam dunia dia je, spend time dengan family, lepak dengan kawan baik dia dekat sekolah, layan movie or TV series malam Sabtu sebab tak ada life. Dia suka baca novel sambil berangan hidup bahagia dengan crush lepastu tulis surat then simpan dalam box. Disebabkan sedih sangat dengan kehidupan Lara ni, adik dia Kitty (Anna Cathcart) ambil surat yang Lara tulis kemudian pos kepada 5 orang crush Lara dari kecil sampai sekarang.

Related image

Since then life Lara berubah bila semua yang dapat surat tu jumpa dia especially Josh Sanderson dengan Peter Kavinsky. Dari cara Josh, Lara tak bertepuk sebelah tangan tapi Lara taknak bercinta dengan Josh sebab Josh ex-boyfriend kakak dia, Margot (Janel Parrish). So Lara buat agreement dengan Peter yang baru je putus dengan Genevieve (Emilija Baranac) dan tengah cari jalan untuk buat Gen jealous.

As cliché as this movie can be, dari agreement bertukar kepada cinta walaupun Lara macam tak pasti dengan cinta Peter since Gen suka datang kacau hubungan diorang berdua. Idk which part yang orang dok angau sangat dengan Peter sebab apa yang Peter buat untuk ambil hati Lara tu cuma perkara biasa je. Mungkin diorang angau sebab bad boy macam Peter boleh berubah jadi baik kepada perempuan tak ada life macam Lara. This movie gives hope to them I guess.

Image result for to the all boys i loved before

There’s nothing much to offer pun since a cliché love story, a not so hot leading cast and just a pass by music plus dialogue pun biasa je. So for me this movie quite mehhhhh. Daripada layan Peter, lagi angau tengok Josh sebab sweet sangat dengan Margot tapi apa malang entah dapat awek yang tak reti nak appreciate pakwe bagus macam tu. Sanggup beli flight ticket untuk jumpa awek berjatu jauhnya tapi kena dump macam tu je for no reason.

Banyak juga loopholes dalam movie ni macam relationship Lara dengan Christine yang putus macamtu je lepas diorang semua pergi ke ski camp and Lara seems not to be bothered with that at all. I mean duhhh satu-satunya kawan kau lepas friendship dengan Josh rosak kot. Mungkin tak cukup masa untuk explain since novel adaptation since my junior cakap novel lagi best dari movie. 

Related image

Movie ni akan ada 2 sequel kalau ikut novel karya Jenny Han tapi rasanya malas dah kot nak tengok sebab tak ada apa yang menarik pun. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought +0 = 5.1/10