KFC Dunk & Dip & Crunchy Shrimp Subang Bestari

Saturday 18 August 2018

Menu baru KFC, set Dunk & Dip sama je macam set Snack Plate cuma ditambah dengan Smokey Zesty Dip, Crackling Rice Pop, Crispy Tenders dan air ditukar kepada Ice Lemon Tea. Harga untuk satu set ni RM13.90 untuk satu ketul ayam dan 2 jejari Crispy Tenders. RM16.90 untuk 2 ketul ayam dan 3 jejari Crispy Tenders. 

Expectation :

Image result for kfc dunk & dip

Reality :


Ayam sama je tak ada yang berbeza pun, sama lah jugak dengan Crispy Tenders crunchy and wowsome in my mouth. Yang berbezanya ada sos so cara kena dunk and dip before masuk mulut. Cicah dalam sos BBQ masam lepastu celup pulak dekat Pop Rice. 


I honestly tak suka dengan idea baru KFC ni. Sos BBQ masam rasa masin sangat macam sos tiram, sekali pandang pun dah tahu tu sos tiram Maggi. Mungkin staff dia tersalah beli gamaknya. Pop Rice pula bila makan dia pop dalam mulut tu berbahang lah tekak serupa tertelan lava cili. Bau dia pun agak strong, I guess its paprika. Sekali celup cicah je lepastu dah taknak dah. Makan je dengan sos biasa. 

Nasib ada penyelamat kemurungan, Crunchy Shrimp walaupun tak besar mana tapi isi udang yang banyak makan dengan kepingan nachos rangup cicah pulak dengan cheese memang jauh pergi dia. 



At first ingatkan isi udang sikit tapi tepung banyak but naaahhh, tepung sikit isi udang yang banyak. So worth it! 

Drama Review : The Duel

Friday 17 August 2018

Related image

Director : Lee Jong-jae (Ep. 1-16)
Choi Young-soo (Ep. 3-16)
Writer : Kim Yoon-joo
Cast :  Jung Jae-young, Kim Jung-eun, Yang Se-jong, Seo Eun-soo
Genre : Sci-fi/Thriller/Suspense/Crime
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : June 3 – July 23, 2017
Production Company : Chorokbaem Media
Distributor : OCN
Teaser/Trailer : 


Since rating drama Korea ni antara yang tertinggi tahun lepas, adik paksa tengok tapi sebenarnya dia nak bagitau hero tu crush terbaru dia. Mehhhhh

Jang Deuk-cheon (Jung Jae-young), seorang ketua detektif polis mencari penculik sebenar anak perempuannya, Jang Soo-yeon  (Lee Na-yoon) yang menghidap leukemia. Penculikan berlaku bila anaknya dipindahkan ke Hospital Sanyeoung untuk pemindahan stem cell yakni teknologi medik terbaru hasil kajian hospital ni.

Image result for the duel korean

Sebelum penculik berjaya melarikan Soo-yeon, Deuk-cheon sempat tengok muka penculik tapi akhirnya keliru bila Lee Sung-joon mempunyai kembar iaitu Lee Sung-hoon. Keduanya muncul di tempat yang sama tapi siapa dalang sebenar? Bertambah tertekan bila Sung-joon mengalami amnesia sementara.

Walaupun Sung-joon mempunyai kembar tapi hanya Deuk-cheon yang tahu kewujudan Sung-hoon malah DNA yang ada di tempat kejadian menunjukkan DNA Sung-joon. Dua manusia, satu DNA. Turns out they’re not twins but clones. Sung-joon dan Sung-hoon merupakan klon pertama yang dihasilkan dari Dr. Lee Yong-seob tapi telah mati dibunuh dan organnya dikeluarkan kemudian dijual.
 
Image result for the duel korean

Sung-hoon mempunyai motif untuk memburu semua organ Lee Yong-seob kerana organ klon membesar dua kali lebih cepat dari organ manusia biasa, antara kelemahan seorang klon yang diketengahkan dalam drama ni. Its great to watch a sci-fi drama ditambah dengan jenayah yang semakin meningkat di Asia, organ trafficking.

Cuma yang tak bestnya bila ada some part yang buat terjongket kening. I’m not really that good in science but ermmm kalau DNA Sung-joon dan Sung-hoon sama, kenapa DNA Sung-joon dan Sung-hoon tak sama dengan Lee Yong-seob sedangkan darah dan organ sama? Lagi satu hal dalam drama ni you guys macam susah nak percaya dengan stok tenaga karakter terutamanya Deuk-cheon bila dia tidur dua tiga jam dan tak makan tapi dia punya berlari berlawan sana sini serupa minum Red Bull 1 karton.

Image result for the duel korean

And the way they highlighted Sung-hoon character agak over lah bila satu gudang tu penuh dengan polis yang cekap dan rank agak tinggi tapi dengan jayanya Sung-hoon boleh terlepas. Prosecutor Choi dalam drama ni nampak sneaky and evil tapi nak bezakan Sung-hoon dengan Sung-joon pun tak mampu walaupun dah jumpa beberapa kali dalam tempat yang sama. Its obvious kot muka Sung-hoon flawless bak model tapi Sung-joon dengan muka sememeh siap ada luka lagi. Duhhhh!

Ada juga beberapa scene yang I geram sangat dalam drama ni since any emergencies happened, suka betul diorang park jauh dari tempat yang dituju. Macam scene Sung-joon sakit dada sesak nafas, boleh pulak Deuk-cheon park kereta jauh dari farmasi. Dah la tenaga dia sikit by logic lepastu dia lari dah makan masa. By time dia sampai, sesak nafas Sung-joon dah lega dah pun. Sama jugak bila Sung-joon pengsan, Mi-Rae (Seo Eun-soo) park kereta agak jauh and they have to carry Sung-joon yupp no stretchers needed. I feel sorry for Sung-joon in this drama. Ha’ah benda ni nampak kecil je tapi tetap boleh dipertikaikan.

Walaupun all negative rants above, I still enjoy layan drama ni sebab full of surprises. Ada je hint dekat hujung episod yang buat curiosity melonjak untuk next episode. Satu hari habiskan 8 episod so I just took 2 days untuk habiskan drama ni.  Sangat bahagia layan CGI drama ni sebab perfect tanpa cela. Lakonan barisan pelakon pun mantap terutamanya Yang Se-jong yang bawa dua watak dengan personality berbeza walaupun pelakon baru. I’m not sure I’m a fan but yeah I love his talent.


Emotion pun main peranan jugak dalam drama ni nak pula scene Soo-yeon  dengan Deuk-cheon sebagai anak dan bapa yang tinggal berdua harungi perjalanan hidup. Pengorbanan ayah ni sesuatu yang syahdu untuk ditonton, paling sedih bila skuad Deuk-cheon jumpa mayat kanak-kanak di hutan and some wild guesses popped up, is it Soo-yeon? Scene Sung-hoon dengan Dr. Han Yoo-ra (Uhm Soo-jung) pun sedih jugak bila diorang reunite balik.

Walaupun ada karakter Soo-yeon yang ceria dalam drama ni tapi tak semestinya drama ni child-friendly sebab banyak scene yang ganas dengan action stunt yang menarik, banyak juga scene yang gory and raw sebab modus operandi pembunuhan Sung-hoon agak kejam. Tembak kepala tu dah jadi perkara biasa dah untuk dia. Hopefully lepas ni drama Korea penuh dengan organ trafficking or sci-fi instead of cinta merapu sebab drama Korea ni banyak input. Sambil layan, sambil belajar benda baru.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10

Cabaran 25 Hari Blogging : Obsession


Bab obses ni nak sembang pasal Bollywood, dah sembang dah sebelum ni so kita sembang pasal obsession terbaru pulak. Dia obses tahap baru nak membiak dan mungkin akan berkekalan.

Obsession terhadap gardening and planting!

I guess this obsession dapat dari my mom sebab dia suka sangat menanam tak kira la pokok herba ke, pokok buah atau pokok bunga or just pokok hiasan. Dia pula mewarisi dari nenek. Balik kampung memang penuh segala jenis pokok cuma banyak yang dah kena buang sebab dah jarang ada dekat rumah. Kadang ke Melaka, kadang di Loqstaq, kadang balik pondok dia.

At first memang tak suka sebab nampak renyah kemain, kalau masa belajar KH dekat sekolah dulu siap nak kena ada pelbagai jenis tanah, nak kena tapis bagai tapi bila tanam sendiri main campak je benih dekat tanah, esok lusa naik lah. Tapi tak semua menjadi jugak hihu.


Kenapa cakap obses sebab kalau stress, sakit hati ataupun tengah kecewa hah spend masa dengan tanaman sendiri, tak dapat lama kejap pun jadi lah bagi hati tenang balik. Bila bangun pagi memang kena pergi tengok pokok dulu. Sehari tak tengok rasa tak syok. Lagi tambah happy kalau nampak pokok berbunga ataupun berbuah. Pernah je menyembang dengan pokok sendiri tak pun bagi kata semangat supaya dia hidup elok. Siapa pernah buat, angkat tangan!

Kalau balik Sabak Bernam memang trade in pokok dengan mak sama lah kalau balik kampung bodek sikit mak sedara nak bawak balik pokok hiasan ataupun benih pokok bunga dia. Balik belah Batu Kurau dapat pokok bunga, balik belah Baling dapat la makan buah tak pun minum air tebu sebab tok wan ada ladang tebu.


Sekarang tengah nak cari pokok bunga letak dekat dalam rumah atau pokok hiasan letak dekat dalam rumah supaya dapat extra oksigen gittew. Dapat rumah tingkat atas ni kena behave sikit tanam pokok sebab ruang tak banyak. Nak deco pun tak jumpa lagi masa yang senggang, banyak habiskan masa dekat office je sebab kes tengah banyak sekarang.

Adult life ni penat betul, tenaga dengan masa tak banyak tapi kerja menimbun. Baru bujang belum kahwin lagi ni, entah celah mana nak survive entah. Fuhhh hard to imagine. Ciao!