Misteri Lagu Sally Sendiri Terbongkar

Friday 3 August 2018

Related image

My young age memang famous dengan band Indonesia, celik mata sebelum pergi sekolah layan dulu lagu Peterpan, Nidji, Letto, Dewa 19 dan seangkatannya dengan roommate. Balik sekolah pun sama juga. Waktu prep, habis prep, sebelum tidur, masa lepak. Duduk asrama bukannya banyak hiburan sangat pun tambah pula zaman tu internet pun tengah slow lagi.

Sembang pasal lagu, ada lagu Peterpan dari album Hari Yang Cerah tajuk Sally Sendiri memang simple sangat lirik dia, cuma 3 rangkap yang diulang sampai 3 minit lebih. Sebelum sembang jauh, layan dulu lirik dan lagu dia okay.




Biar Sally mencariku
Biarkan dia terbang jauh
Dalam hatinya hanya satu
Jauh hatinya hanya ku

Katakan ku takkan datang
Pastikan ku takkan kembali
Lalu biarkan dia menangis
Lalu biarkan dia pergi

Sally kau selalu sendiri
Sampai kapanpun sendiri
Hingga kau lelah menanti
Hingga kau lelah menangis



Dalam MV nampak Sally tu mencari Ariel ke sana kemari dia berlari cari Ariel tapi Ariel taknak berjumpa dengan dia dah. Bila baca lirik pun tak tahu apa lah dosa si Sally ni sampai Ariel decide untuk taknak jumpa dia dah dengan harapan Sally move on sendiri bila dah penat menangis dan tunggu.

Murung jugak kalau jadi si Sally ni, besar sangat ke dosa dia dengan Ariel sebab dalam MV tak ada pun tunjuk Sally curang dengan lelaki lain. Lirik pun tak bagitahu apa salah Sally sampai Ariel buat macam tu tapi Ariel tahu dalam hati Sally cuma ada dia seorang je. Jadi apa salah Sally sampai kena hidup sendiri?

Finally after years, I broke the code.

Memang patut Ariel tinggalkan Sally dan berharap Sally move on sendiri.

Memang patut Ariel dan Sally tak boleh bersama walaupun Sally cinta mati dengan Ariel.

Rupanya……..

















Sally tu ialah Abang Salleh. Yang Upin Ipin tu uolls.








Kecewa ditinggalkan Ariel lari balik ke Malaysia ubah penampilan dan habiskan masa dengan karier dia hihu.


Wasn't my story and all credit to her blog wkwkwkwkwk

Blog Performance July 2018

Wednesday 1 August 2018

Tak sangka dah habis dah pun bulan Julai walaupun rasa terseksa sikit bila penat dengan kerja sampai lemau rasa nak blog but still curi masa hadap juga supaya cecah target. Tak sangka juga blog jadi sumber kebahagiaan untuk bulan Julai ni bila mampu capai target.

1) PV


All time PV dah cecah 100k bila daily PV maintain 1k setiap hari untuk bulan Julai ni. Walaupun tak rajin blogwalking sebab tak ada banyak masa tapi banyak juga entri yang menyumbang nak pula entri The Hantus dan beberapa drama review. Syok tengok live stats berapa pembaca yang ada di blog. Kalau dulu sorang je which means myself only tapi sekarang ada mencecah 10 orang pada satu masa. Sebelum ni tengok dekat blog orang lain, sekarang dah merasa sendiri dah.

Happy juga tengok monthly PV bila cecah 30k sedangkan target nak maintain 20k je. Bulan Ogos nak try pergi 40k pulak. 

2) Post


Like I've said earlier, Movie Review : The Hantus penyumbang utama PV mencanak bulan ni sampai masuk dalam Popular Post terus pecah rekod meroket sampai 2k terus. Bulan Julai meriah juga Popular Post bila ada 5 entri yang cecah 1k PV, jauh beza dengan performance bulan Jun cuma ada satu je entri cecah 1k


3) Keywords


Walaupun The Hantus mendominasi tapi keywords masih lagi meriah dengan lirik lagu Sumandak Sabah dan beberapa drama Melayu yang ditayangkan sekarang ni. Tengah tunggu drama Jangan Benci Cintaku habis tayang je sebab dah ramai yang request nak review. Happy jugak tercapai impian sebab bulan lepas nak tengok keywords yang relate dengan tanaman, tup tup bulan Julai dah ada. 

4) Bilangan Entri


Bulan Julai sama je macam Jun, itupun sebab banyak segmen dan giveaway. Ogos ni nak naikkan balik sampai cecah 60 lebih. Banyak entri lagi banyak lah yang datang kan? Tapi penyakit malas tu rajin juga menjengah sekarang ni. Bahan ada je tapi malas ya tuhannnn. Target nak update 3 entri pun kelaut Antartika dah. 

5) Ranking Alexa


Tak mampu nak maintain belas ribu bila dia buat perangai naik balik cecah puluh ribu padahal statistik blog tunjuk peningkatan kemain kebabom. Perati kecik besar kecik besar je Alexa ni. 

6) Audience


Kalau bulan Jun cecah 11k, bulan Julai naik sampai 21k untuk Malaysia sahaja mungkin sebab penangan drama dan movie Melayu. Singapore pun jauh melompat dari ranking ke-6 naik tangga keempat, dari 300 cecah hampir seribu. 

Tak tau nak target apa dah untuk bulan Ogos ni sebab dah start kerja baru takut tak mampu nak jaga performance blog je. Nak improve cara penulisan target sekarang ni dan juga penulisan review sebab yang membaca dah makin ramai. Kalau dulu for fun sekarang nak olah bagi cantik lah sikit karang orang bosan pula baca bahasa ala kadar je ye dok? 

Terima kasih yang membaca, yang rajin bertandang, yang balas kunjungan dengan ikhlas, esok lusa kita terjah awak semua punya pulak ye. Yang mana tak berkesempatan tu, ampun ye. 

Movie Review : Badang

Image result for badang

Pengarah : Abdul Razak Mohaideen
Penulis Skrip : Azlan Syah, Azhari Mohd Zain
Pelakon :  Dato’ Aliff Syukri, Fasha Sandha, Azhari Mohd Zain, Fauzi Nawawi, Aminah Raphor, Nadia Brian, Esma Daniel, Douglas Lim dan Jesse Lim
Genre : Komedi/Aksi/Fantasi
Durasi Tayangan : 105 minit
Tarikh Tayangan : 15 Februari 2018
Syarikat Produksi : Fita Studios
Pengedar : Empire Film Solution
Trailer :


Entah kenapa nak tengok walaupun banyak negative reviews, yang gigih tengok semata nak kutuk pun ramai. Mungkin sebab ada satu review yang kata Aliff Syukri boleh bawa watak antagonis tapi lepas layan sendiri dan tengok kemampuan dia, tak lah sebagus mana yang dia canangkan pun. Tengok poster pun dah geleng kepala apa lagi keseluruhan movie.

Tak faham macam mana movie ni diwujudkan untuk hiburan kanak-kanak sedangkan ada unsur keganasan melampau oleh Abang Thai (Fauzi Nawawi) dan geng Naga, scene mabuk berjemaah, scene Tisha (Fasha Sandha) hampir dirogol, scene tragis Mak Siah (Aminah Raphor) dilanggar kereta secara sengaja oleh geng Naga. Disebabkan semua scene ni, movie Badang diklasifikasikan untuk penonton berumur 13 tahun ke atas walhal kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah. Pffttt


Badang era baru tak sama seperti mitos klasik zaman purbakala bilamana Badang kuat kerana muntah jin tapi kuat kerana mempunyai magis yang diambil dari buluh. Ibaratnya mencuri magis Anak Buluh Betung tapi menggunakan populariti Badang. 25 tahun lalu atau 300 purnama sebelumnya, Mak Siah dan suaminya pergi mengutip buluh di hutan kemudian membawa pulang buluh sakti yang mempunyai bayi ajaib.

Perempuan misteri yang cantik (Nadia Brian) muncul melarang supaya mereka berdua menyimpan rahsia bayi ni sehingga 300 purnama. Cukup 300 purnama, bayi ajaib ni akan menyelamatkan dunia menggunakan kuasa sakti dari asal-usulnya, buluh. Jadi kekuatan Badang akan wujud bila dia menyentuh buluh tapi kelemahan Badang ialah air. Sebagai manusia lembik dan lembut di kolej, Badang memang sepenuhnya bergantung kepada kuasa buluh.


Dengan kuasa yang ada, Badang berjaya tawan hati Tisha di kolej dan menceritakan tentang kisah hidupnya. Tisha yang jatuh hati pada Badang mencipta kostum hijau yang diselaputi buluh dalam masa agak singkat dengan entah apa kebolehan yang ada. Tahu-tahu je dah siap. Sejak dari hari tu, Badang memang aktif sebagai adiwira dan mula mengabaikan Tisha.

Terdesak dengan ugutan Abang Thai, Tisha membawa Badang ke markas geng Naga dan Badang dibelasah sehingga lunyai lepas disimbah dengan air secara berjemaah. Kawan baik Badang, Sarep (Azhari Zain) datang membantu kemudian mendapat misi baru untuk tumpaskan Abang Thai dalam operasi seludup jongkong emas bernilai RM100 juta.


First half not bad lah boleh lagi nak gelak tengok jalan cerita merapu dan beberapa VFX yang cantik contoh macam scene perempuan misteri muncul dan halimunan Badang tapi masuk second half terseksanya nak tunggu ending. Kenapa entah movie ni wujud. Kalau ye pun untuk eksperimen, buat lah jalan cerita elok sikit. Tahun 1992 (2017-25) wujud lagi ke manusia tinggal dalam hutan tak berpenghuni hidup dengan hasil buluh? Menangis Tun Mahathir kalau layan movie ni.

Lakonan Aliff Syukri memang sedih tambah pula bila dia terlebih beremosi untuk beberapa scene. Chemistry dia dengan Fasha Sandha pun tak wujud walaupun lakonan Fasha dah berapa kali cuba selamatkan lakonan Aliff Syukri tapi tetap gagal. Even worst lakonan Fasha pun nampak lemah, entah kenapa dia nak berlakon watak picisan macam ni. Kalau tahap watak Badang adalah usaha terbaik Aliff Syukri dalam bidang lakonan, ada eloknya dia berhenti je lah dekat sini. Kesian orang lain tersiksa.


Sembang pasal VFX tadi, kalau first half cantik, masuk je second half memang hancur teruk. Hangat-hangat tahi ayam saja kerjanya. Murung bila tengok scene Badang bawa Tisha mengembara satu dunia untuk cipta momen romantic tapi murung bagi audience sebab Tisha sorang je yang terpesona dengan kecantikan palsu ciptaan Badang.

Tak faham kenapa Badang perlu lemah teruk dengan air sedangkan buluh yang kita tahu terkenal dengan kegunaannya yang pelbagai. Lagi berkualiti pokok buluh tu bila tumbuh di kawasan yang agak basah jadi kenapa adiwira Badang hilang punca bila bertindakbalas dengan air? Adiwira lain mempunyai kuasa mirip dengan sumber kuasanya tapi Badang asal tangkap muat je.


Filem Badang bukan sahaja memperlihatkan kelemahan Aliff Syukri sebagai pelakon dan beberapa pelakon lain yang hilang aura walaupun bagus berlakon sebelum ni, tapi kelemahan syarikat produksi Badang bilamana FITA Studios datang dari Fakulti Animasi, Televisyen dan Filem, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sedih bila tengok generasi baru tak mampu bawa banyak perubahan untuk industri perfileman.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.2, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.1, 5. Casting +0.2, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.1, 9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought 0 = 2.3/10