Movie Review : Baaghi 2
Thursday 24 May 2018
Director : Ahmed Khan
Cast : Tiger Shroff, Disha Patani, Darshan Kumar, Deepak Dobriyal, Prateik
Babbar, Randeep Hooda, Manoj Bajpayee
Production Company : Nadiadwala
Grandson Entertainment Pvt Ltd
Genre : Action/Mystery
Running Time : 144 minutes
Release Date : 30 March 2018
Trailer :
Sequel Baaghi tahun 2016 muncul
kembali dengan pelakon yang sama, Tiger Shroff tapi heroin berbeza, Disha
Patani dan juga kisah yang berbeza. Maknanya dalam franchise Baaghi ni setiap
movie berbeza macam franchise Raaz dan Hate Story. Bukan tu je, pengarah pun
berbeza juga di mana kali ni di bawah arahan Ahmed Khan.
Movie Baaghi 2 diolah semula dari
movie Telugu tahun 2016, Kshanam yang mengisahkan tentang Neha (Disha Patani)
yang kehilangan anak perempuannya, Rhea akibat diculik oleh 2 orang lelaki
upahan di hadapan taska.
Selepas 2 bulan tiada jawapan dari pihak polis, taska dan usaha pencariannya, Neha minta bantuan bekas kekasih hati zaman kolejnya, Ronny (Tiger Shroff) ataupun dikenali sebagai Captain Ranveer Pratap Singh yang sekarang ni berkhidmat di sempadan sebagai pegawai askar.

Sama macam Neha, Ronny pun buntu
dengan pencarian Rhea. Lagi bertambah pelik bila manusia sekeliling Neha terutamanya
suaminya, Shekhar (Darshan Kumar) beritahu perkara yang sama, Neha tak pernah
ada anak langsung. Even worst, Rhea sebenarnya anak orang lain yang hilang
beberapa bulan sebelum tapi tak pernah diiklankan di mana-mana bimbang nyawa anaknya terancam.
Satu hari Usman Langda (Deepak Dobriyal),
pemilik kereta sewa Ronny beritahu yang dia ternampak kelibat Rhea di tempat
lepak adik Shekhar, Sunny (Prateik Babbar). Dari situ Ronny gali balik semua
bukti yang terlibat dan mencari siapa dalang penculikan Rhea dengan bantuan ACP
Loha Singh (Randeep Hooda).
Jalan cerita Baaghi 2 lebih
kepada misteri dan ada beberapa plot twist di second half movie tapi menyampah
bila action stunt nampak tak real macam Baaghi 1. Tendang sikit dah melayang
sampai terbelah meja, angin dan tali tak payah cakap lah berapa banyak
contribution dalam movie ni. Sayang bila franchise ni ialah brand kepada
martial art skills Tiger Shroff tapi dicacatkan dengan action stunt yang
berlebihan seperti genre masala.
My expectation for Baaghi 2 is
quite high because I love real action stunt but this one is a big disappointment.
We already have enough masala genre movies. Lagi sedih bila heroin langsung tak
ada action stunt dalam movie ni. She is just a helpless and traumatic sick
mother. Boleh kata dalam movie ni watak Disha cuma watak pasu bunga, penyeri
sesebuah movie je. Just jadi cantik sepanjang masa tanpa perlu berusaha sangat
pun untuk tunjukkan bakat lakonan. Sama
jugak lah macam watak Randeep Hooda dan Manoj Bajpayee yang disia-siakan dalam
movie ni.
Walaupun ada beberapa plot twist
di second half tapi tak cukup meyakinkan sangat tambah pula bila banyak part
mengarut terutama di hujung cerita Ronny berubah jadi Rambo dalam hutan di
pulau untuk selamatkan Rhea. Seorang diri. Tambah mengarut bila dialog merapu.
Part Usman Langda jumpa Rony pertama kali di bengkel kereta dan dia boleh agak yang Ronny dah lalui banyak perkara dalam hidup dia padahal Ronny tak ada cerita apa pun dengan dia. Tu belum lagi dia bersedih dengan kematian Neha padahal dia tak kenal pun Neha. Not to mention watak Randeep Hooda sebagai ACP yang suka buli pekerja bawahan dia sampai menangis. Don’t ask why he cried, he just did. T.T

Kalau Baaghi 1 ada album
soundtrack yang best, berbeza dengan Baaghi 2 ada 6 lagu dan satu daripadanya
adalah remake dari lagu famous Madhuri Dixit, Ek Do Teen dari movie Tezaab
tahun 1988 tapi gagal mendapat tempat di hati pendengar. Cuma lagu O Saathi sahaja
yang masuk dalam carta nyanyian Atif Aslam.
Baaghi 2 is such a huge
disappointment in story, background music, action stunt and even acting talent but
hey, there’s already have Baaghi 3 on the line. So yupp all the best.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought =0 = 4.7/10
Movie Review : Baaghi
Wednesday 23 May 2018
Director : Sabbir Khan
Cast : Tiger Shroff, Shraddha Kapoor, Sudheer Babu, Paras Arora, Shaurya
Bhardwaj, Sourav Chakraborty, Sunil Grover
Production Company : Nadiadwala
Grandson Entertainment Pvt Ltd
Genre : Action/Romance/Comedy
Running Time : 2 hours 18 minutes
Release Date : 29 April 2016
Trailer :
Baaghi mengisahkan tentang Ronny
(Tiger Shroff) yang jatuh cinta dengan Sia (Shraddha Kapoor) pada pandangan
pertama dan berusaha untuk berkawan dengan Sia menggunakan pelbagai cara dalam
masa yang sama training dengan Guruswamy di Kerala atas arahan ayahnya untuk
bentuk Ronny jadi seorang yang pandai gunakan baran dia ke arah yang positif.
Lepas beberapa kali berjumpa,
Ronny dan Sia bercinta tapi tanpa pengetahuan diorang berdua ayah Sia, Khurana
menerima tawaran Raghav (Sudheer Babu) untuk mengahwinkan anaknya dengan bayaran Rs50,000
crore. Khurana arahkan Raghav untuk bunuh Ronny walaupun Khurana dengan Ronny
berkawan baik. Balik rumah Khurana buat cerita katanya Ronny yang belasah
hingga sebabkan Sia bencikan Ronny tapi tak pula dia pilih Raghav untuk jadi
suami.
Sudahnya Raghav culik Sia dan
letak dia di bangunan penuh dengan anak buah supaya Sia tak lari ataupun Ronny
kacau plan dia untuk berkahwin dengan Sia. Tapi tak kisah macam mana ketat pun
kawalan Raghav dan anak-anak buahnya, Ronny tetap dapat masuk dan selamatkan
Sia.
Kalau diikutkan movie Baaghi ni
lebih kurang sama dengan debut movie Tiger, Heropanti under production company
yang sama, Nadiadwala cuma lebih banyak action yang diketengahkan which is
great sebab itu brand Tiger. Even action stunt dari Shraddha Kapoor pun tak
mengecewakan selain dari dancing and singing skills dia dalam lagu Sab Tera.
Cuma first half movie agak bosan
sikit sebab chemistry Tiger-Shraddha tak lah secantik chemistry Tiger-Kriti dalam
Heropanti. Well I can only use Heropanti as reference sebab ni movie kedua
Tiger dalam industry dan under production and direction yang sama. Kalau tengok
dalam trailer pun diorang compare dengan Heropanti.
Apart from beautiful songs dalam
Baaghi, cinematoghraphy pun cantik jugak bila team Baaghi tonjolkan keindahan
kawasan Kerala, India and you guys can watch Nehru Trophy Boat Race ataupun
dikenali dengan Vallam Kali dalam movie ni since Raghav champion dalam boat
race. Another beautiful shooting place dalam Baaghi ialah Poda Island, Thailand
khas untuk lagu Sab Tera. Cuma scene Ronny dengan Sia berjumpa dekat menara api
dengan part Raghav lompat keluar dari tingkat atas nampak CGI lemah sikit.
Lakonan Shraddha macam biasa
nampak plain je macam lakonan dia yang lain cuma terselamat dengan lakonan
Tiger dan Sudheer Babu, pelakon Tamil yang debut di Bollywood dalam movie ni
sebagai seorang psiko.
Baaghi tak mampu deliver jalan
cerita yang menarik pun tapi kalau nak tengok sebab action, then this movie is
worth your attention.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought =0.4 = 7.1/10
Dah bosan dah asyik makan telur dadar, omelet dengan telur
mata so hari ni nak try resipi baru jumpa which is telur kukus. Tak pernah lagi
rasa sebelum ni tapi bahan dan cara penyediaan pun tak susah mana. Ambil masa
selama 20 minit tapi dalam masa yang sama boleh masak menu lain sebab tak payah
nak kacau ke apa. Biar je dekat dalam periuk kukus tu.
Bahan-bahan
- Telur 5 biji
- Susu segar 2 cawan
- Sosej 3 batang dipotong dadu
- Bawang merah 1 biji dihiris nipis
- Cili padi ikut suka dipotong kecil
- Daun sup
- Bahan perasa : Gula, Garam, Lada sulah, Paprika, Serbuk Lada
Hitam
Cara penyediaan
1) Masukkan semua bahan ke dalam bekas loyang. Gaulkan
sehingga sebati dan buka api tinggi. Tunggu sehingga masak.
2) Bila telur dah mengeras, tutup api dan hidang. Senang je
kan? Ni resipi kalau malas nak masak bila balik kerja kena hadap traffic jam
setengah jam walaupun jarak rumah tak sampai 5 minit pun uolls.
Telur kukus ni cantik kalau tebal sikit tapi yang ni sebab
bekas loyang besar so saiz dia agak nipis. But that’s okay lah yang penting
sedap.
Selamat mencuba!
Movie Review : Suatukala
Tuesday 22 May 2018
Pengarah : Edison Cheam (Malin Kundang), Shamyl Othman (Merah Putih), Nik Amir Mustapha (Badang)
Pelakon : Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykal Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Syumaila, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi dan Firdaus Ghufran.
Producer : Astro
Genre : Komedi/Keluarga
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan: 90 minit/30 minit setiap cerita pendek
Trailer :
Suatukala mengisahkan tentang negara fiksyen Inderaloka di Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melayu. Di negara Inderaloka terdapat dua kaum, satu kaum Indera yang mempunyai kebolehan magis sakti dan pandai merawat manakal kaum Loka pula manusia biasa yang dikurniakan kebijaksanaan. Tapi disebabkan perangai buruk kaum Loka menyebabkan Indera dipulaukan, dipukul, dibunuh dan lari keluar dan tinggal di dalam hutan.
Satu hari Raja menitahkan untuk semua pengawal diraja menangkap saki-baki kaum Indera yang ada di negara tersebut masuk ke dalam istana maka ramai lah rakyat Loka yang mencari peluang untuk mengkhabarkan pada pengawal Istana untuk mendapat ganjaran menangkap kaum Indera.
Dalam movie Suatukala ni terdapat 3 cerita dari pelbagai daerah, cerita Malin Kundang (Wafiy Johan) di daerah Seloka, Merah & Puteh di daerah Bungah dan Badang di daerah Lau Nakoda. Setiap cerita merupakan perjalanan Pendek (Kamal Adli) dan Panjang (Amir Rajalawak mencari rakyat Indera.
Cerita paling best, cerita Merah Puteh sebab cerita tak jauh lari dengan mitos asal tapi yang ni versi bahagia, tak ada penderaan kepada Merah (Sweet Qismina) ataupun Puteh (Syumaila). Dalam cerita ni Merah mempunyai kuasa sakti sebab berketurunan Indera. Bila Merah menyanyi semua bunga ros Mak Kuntum (Sharifah Shahirah) berkembang mekar, bila Merah bersedih semua bunga layu kemudian mati. Lagu yang Merah nyanyi tu lagu Hindustan movie Kaho Naa Pyar Hai kalu tak silap lah tapi bukan title track.
Disebabkan tema movie Suatukala ni pada zaman Ketuanan Melayu so kostum diorang pun ikut pakaian zaman dulu kala. Tapi pakaian ibu Malin, Kesuma (Dynas Mokhtar) ada la bertukar dua tiga helai padahal kemain lipat baju berbeza sebakul. Bukan ibu Malin je, Malin dengan geng Segitiga pun sama. Tapi tak suka bila ada diselitkan teknologi dalam cerita Badang macam smartphone cuma ditutup dengan kain je. Kalau digambarkan suasana sebenar masyarakat zaman dahulu mungkin lagi menarik. Sama jugak dengan Malin Kundang ada fidget spinner.
Ada scene yang kelakar tapi ada yang meleret macam geng Segitiga dan scene Pendek dan Panjang bergaduh angkat Malin Kundang. Bab visual memang cantik cuma CGI tu ada nampak kekurangan sikit especially part Malin terkena sumpahan, Merah bercakap dengan Kaloi Indera dan scene bunga ros berkembang. Not sure masa Kaloi dimasak jedi menu makan tengahari tu sebenarnya ikan kaloi ataupun ikan siakap tapi nampak macam ikan siakap.
Cerita tentang Badang paling bosan sampai tertidur dibuatnya sebab lari dari tema satu hal, cerita dia hambar satu hal, lari dari mitos satu hal lagi. Tapi berjaya jugak la habiskan cuma ending tergantung lah. Sampai ke sudah tak tahu apa niat raja tangkap rakyat Indera, mungkin nanti ada sambungan kot movie Suatukala ni. Well I hope please do sebab tak tahu apa jadi dengan Malin Kundang bila diorang tinggal dia dalam hutan & tak tahu dari mana Badang dapat kuasa.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)