Senarai Pemenang Cash Giveaway by FarhanaJafri

Tuesday 10 April 2018

Finally a month period is up and the giveaway officially ends! Terima kasih ye kepada semua yang join. Maaf lambat sikit update siapa pemenang untuk GA ni.

Macam yang dijanjikan sebelum ni, 10 orang pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai dan Top Commentator juga akan dipilih berdasarkan jumlah semua komen yang diletakkan di blog ni. 

Okay, senarai pemenang Cash Giveaway ni :

1. No. 31 : Miss Mulan


2. No. 51 : Iza Fiza


3. No. 14 : Ziana Eunos


4. No. 8 : Hani Fadhlina


5. No. 6 : Atiah


6. No. 35 : Nurul Najihah


7. No. 4 : Shikin Razali


8. No. 26 : Maisarah Ibrahim


9. No. 54 : Yun Sing

10. No. 43 : Nurulatika Yunus


Untuk hadiah Top Commentator pula, tahniah kepada kak Shahida Dzulkafli


Untuk semua pemenang, sila hantarkan nama dan nombor akaun bank masing-masing ye dekat farhannajafri@gmail.com.

Untuk yang tidak bernasib baik, jangan sedih sebab nanti ada giveaway lagi. Mungkin raya nanti sebab ada rezeki lebih. Terima kasih sekali lagi ye semua. Have a nice day ahead! :)

Ole-ole Dodol dari Goa, India

Monday 9 April 2018


Last month Uncle Singh, one of our subcon belikan dodol dari Goa, India sebab dia nak suruh try rasa dodol di India dengan dodol di Malaysia. But I’m not a fan of dodol. Kalau makan dodol pun makan satu potong kecil je walaupun tok wan buat dodol untuk musim raya. Dodol tok wan je lah yang paling banyak pernah makan sebab tak manis sangat. Just nice dekat tekak.

Kalau dodol Malaysia kosong dan kering, dodol dekat India ni ada tambahan kacang gajus and berbeza dengan dodol Malaysia, dodol dia agak lembap. Sekali pandang macam chocolate moist cake pun ye jugak.



Kalau nak sembang pasal rasa, menang lagi dekat dodol kita sebabnya dodol India ni tersangatlah manis bila makan. Bila nak telan pulak dia ada rasa pahit sikit sebab kandungan gula Melaka dia tinggi sangat. Siapa yang ada kencing manis mungkin boleh potong kaki terus lepas tu. No doubt.

Selain dari hadiah dodol ni, dia ada tanya juga, dodol ni makanan sejarah siapa sebab dekat Malaysia ada, di India pun ada. Bosan macam ni saja search soalan ni dan jawapannyaaaaaaa, makanan nusantara yang dibawa ke India  sebab nama Dodol tu sendiri berasal dari Bahasa Melayu kemudian dibawa ke negara Asia Tenggara yang lain semasa merantau. Masuk ke negara lain, dodol diolah ikut tekak locals.

Macam dekat India dia tabur kacang ataupun kayu manis, dekat Indonesia dia letak pelbagai perisa macam durian, epal, kelapa, nangka. Di Jakarta famous dengan Dodol Susu. Di China pulak dodol diorang kaya dengan gula kelapa.

Ni dah rasa dodol India, mana tahu nanti ada rezeki rasa dodol dari negara lain pulak. Korang pernah jumpa dodol negara lain?

Tap & Pump Di Caltex

Sunday 8 April 2018


Since dah berzaman tak menjejakkan kaki ke Caltex sebab Caltex area rumah tutup untuk kerja-kerja construction jalan, masa otw balik kampong singgah sekejap untuk topup tangki minyak yang dah nak habis. Ternampak pulak iklan Tap & Pump ni. Disebabkan takde cash saja lah try method ni sebab senang je kot.

1) Masukkan kad ahli - Journey Caltex

2)  Tekan Card Payment dekat skrin petrol pump tu.

3) Scan kad debit dekat simbol gelombang.


4) Isi minyak ikut suka nak banyak mana


5) Tekan ‘Print Receipt’

Tunggu resit keluar anddddd doneeee!

Happy sebab senang je nak guna tak payah beratur lama dekat dalam sebab kadang buang masa dengan beratur je. Nak pulak kalau orang depan dah sampai kaunter baru nak keluarkan kad lepastu dia nak tambah barang lah apa lah. So we go cashless and save our time by this payment method!

Kalau yang tak pernah guna debit card dekat petrol pump and its your first time wondering how, lemme tell you okay. Tapi yang ni steps untuk Petron petrol station je, kalau petrol pump brand lain, I’m not quite sure.

1) Tekan Preset

2) Masukkan amaun harga yang diingini. Contoh 20 liter minyak = RM44 so masukkan 44.00.

3) Masukkan nombor pin kad debit.

4) Masukkan kad ahli Petron Miles supaya boleh collect points

5) Isi minyak

6) Ambil resit

Andddd done!

Mudah je kannnn?! Tapi duit korang akan floating dalam masa seminggu sebanyak RM200. Kalau rasa tak dipulangkan jugak dalam masa seminggu cepat2 call bank. 

Boleh bagitahu tutorial untuk Caltex dengan Petron je lah sebab both are my fav petrol stations. Petron sebab collet points sampai 3000 boleh redeem RM45 minyak percuma. Caltex pulak sebagai backup je kalau tak jumpa Petron plus banyak discount dengan brand lain kalau sign up sebagai ahli. Siapa guna Petron dengan Caltex jugak, kita geng okay? ;)

Smoky Grilled Beef McDonald

Saturday 7 April 2018

Meriah dekat Twitter gara-gara McDonald keluarkan menu baru, Smoky Grilled Beef dengan Hot N Crispy Chicken burgers.

Image result for smoky beef grilled mcdonald

Satu set ala carte berharga RM12.90 meanwhile set combo, RM14.95. Apa yang kecoh sangat dengan menu ni sebab menu ni keluar lepas KFC keluarkan burger Cheezilla. Tapi kelebihan burger set Everyday Indulgence ni, saiz burger ni lebih besar dari burger yang biasa ada dekat McD and yupp it's true, memang besar. Sengkak perut kalau makan sorang nak pulak kalau kapasiti tangki kecil ni. 


Tapi kalau bab rasa, nak kata pedas sangat tu tak pun. Biasa je. Nak kata sedap sangat pun tak jugak sebab patty dia rasa kembung angin. Susah nak cakap tapi tak umpph lah. Tak ada yang special pun walaupun ada Chippotle sauce. Rasanya padu lagi Quarter Pounder tapi dah tak wujud dah haihhh rindu!

Lepasni nak try Hot N Crispy Chicken burger pulak. Mana tahu kena dengan tekak kan kan kan? K, gerak lu pape roger.

Appreciation Token - Sis LZ & CikTeh

Thursday 5 April 2018

Bulan lepas dapat dua parcel hadiah dari Sis LZ sebab join giveaway dia dan lagi satu dari CikTeh sebab menang #KontesJumaat di Twitter. 

Hadiah dari sis LZ ada bookmark magnet dengan motivational quote. Memang sangat memerlukan sebab penanda Al-Quran kena yang nipis macam bookmark sis LZ bagi ni sebabnya semut dah pandai bersarang dalam helaian yang ditanda. T.T


Hadiah dari CikTeh pula sebuah buku hadis dengan sehelai kain pelikat original dari Bandung. Tak buka lagi buku hadis tu tapi boleh tahan tebal jugak buku dia. Buku bermanfaat sarat dengan ilmu bila dibaca melimpah ruah la kan pahala yang memberi. Kain pelikat pun memang lembut sangat & sedap dipakai. 


Bulan ni tak tahu bertuah ke tak nak menang hadiah giveaway sebab bulan lepas banyak giveaway dengan segmen kan? Harapnya mengena la satu :P

Blog Performance March 2018

Lewat sikit sembang pasal performance blog untuk bulan ni. Ini pun teringat sebab tengok dekat entry Azah suruh check ranking Alexa. Terkejut jugak lah tengok ranking sebab tak sangka boleh dapat rank tinggi macam tu. Tak lah tinggi mana tapi untuk manusia pemalas agak fuhhh jugak lah. Terus rasa semangat nak update hari-hari. (sembangggggg)

1. Ranking Alexa 


2. Stats blog

Tak banyak pun berubah, target cecah 50k tapi sikit lagi nak sampai. Monthly pun tak cecah 500. Ni la padahnya bila jarang blogwalking. Kadang tu tak sempat sebab dah penat belah siang, malam mula la lemau. 



3. Traffic sources

Masih lagi FB jadi sumber utama so kena rajin bersosial di FB. Since dah nak masuk musim pilihanraya, ramai la yang mencari yang berkenaan dengan PRU. Movie Padmaavat pun tiap-tiap bulan ada yang mencari tapi bulan lepas ada carian baru - Mehrunissa. Selalunya orang search pasal Padmaavati je. 


4. Popular post

Sebab ada giveaway sebab tu tak teruk sangat bulan ni walaupun jarang blogwalking & update sebab ada je yang datang menyinggah. Maaf ye, bulan lepas busy dekat site. Tak sempat nak berjalan-jalan. 


5. Audience

Bulan lepas extreme sikit sebab kena bom dengan Israel sampai 4k datang melawat dalam masa satu hari. Tapi ada negara baru masuk, Belarus. This is my first time knowing such country exist. Say whatttttt

6. Jumlah entry

Bulan ni dengan Feb tak jauh beza pun sebab minggu ke3 dengan ke4 memang jarang sangat update. Kadang 2 hari baru ada 1 entry. Yang buat banyak sebab join giveaway dengan segmen. Harap bulan ni boleh cecah 60. 


Terima kasih banyak kepada yang selalu datang menyinggah & drop comments ataupun baca dalam diam. Appreciate it much. Yang belum join giveaway, ada masa lagi tu sebelum Sabtu ni. Sorry tak sempat lagi nak singgah semua blog peserta. Baru terjah 5 blog. Busy sikit bulan ni. Harap bersabar ye. :)

Movie Review : Ready Player One

Wednesday 4 April 2018


Image result for ready player one

Director : Steven Spielberg
Cast : Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn, Lena Waithe, Simon Pegg & Mark Rylance.
Genre : Fiction/Adventure/Thriller
Running Time : 140 minutes
Trailer :


Upon great positive reviews on this one, I’ve decided to watch today since MBO got Happy Wednesday – RM 9.50 per ticket. Yupp they just increase that RM0.50. Guess soon will be RM10. Tsskkk

Okay back on the track. This movie as you guys read up there, one of the finest creation from Steven Spielberg and its woaaaa! Why?

The story itself!

Kalau sejenis gamer, memang akan layan lah movie ni sebab feels bila menang mission lepastu kutip coin bersepah & you can buy anything you dream all this time. Ready Player One mengisahkan tentang Wade Watt (Tye Sheridan) yang hidup di zaman 2045 di mana OASIS menguasai hampir semua orang di dunia untuk play games di alam maya. OASIS ialah dunia game dan untuk masuk ke dalam OASIS kena login akaun dan main menggunakan VR. Kaya sikit boleh la pakai sut or any device related.

Image result for ready player one

OASIS dicipta oleh James Halliday (Mark Rylance) dan Ogden Morrow (Simon Pegg) sehingga meletup di pasaran dan digilai ramai. Since then, mereka berdua jadi kaya raya tapi Og pilih untuk berpisah dan bawa haluan sendiri. Tahun 2044, James meninggal tapi sebelum tu dia tinggalkan wasiat siapa yang mampu dapat 3 kunci dekat semua permainan yang terpilih, akan mewarisi segala harta & menjadi pemilik baru kepada syarikat dia.  Untuk dapatkan kunci, ramai yang bergerak secara berkumpulan sebab susah nak crack codes dan menang game yang ada terutamanya Nolan Sorrento yang menubuhkan company dan mencipta Innovative Online Industries (IOI) untuk mewarisi OASIS. But not for Wade, Aech (Lena Waithe), Art3mis (Olivia Cooke), Daito (Win Morisaki ) dan Sho (Philip Zhao) yang bergerak solo.

And yes of course, Wade atau nama avatar dia, Parzival dapat crack code yang pertama dalam perlumbaan kereta melalui hint dalam video rakaman yang berada di Halliday Journal, its kind of library lah dekat OASIS. Lepas dari tu dia jadi famous sebab dah lama dah tak ada siapa pun yang mampu dapat kunci pertama. Disebabkan Wade/Parzival dah dapat kunci, of course IOI takkan duduk diam sebab genius & labour force dekat company dia tak mampu nak achieve macam Parzival. Dari situ bermula la attack in virtual and real world.

Image result for ready player one

Yes, dalam movie ni ada real world jugak and yes, Wade ni manusia loser terperangkap dalam kemiskinan di Ohio. And most of them senasib dengan Wade. Tapi bila sembang pasal real world, ada banyak soalan yang timbul dalam movie ni. Nak pulak bila tengok ending sebab keputusan diambil untuk tutup OASIS setiap Selasa & Khamis supaya manusia tak jadi gila dan stuck dengan virtual world tapi macam mana dengan manusia yang bergantung sepenuhnya dengan OASIS since OASIS control economy negara/dunia? 

Ada scene yang tunjuk real world macam mana, most of them pakai VR tapi entah macam mana diorang control supaya tak terdedah dengan bahaya especially kids? Bersepah main dekat tepi jalan and risiko untuk dilanggar kereta memang tersangatlah besar. Belum sembang pasal team Samantha yang acah rebel tapi dedahkan diri di public dan dengan senangnya IOI boleh track them down. If they seems genius in virtual, but in real life they're like a bunch of weak losers. And that's sad because they're the best among the worst and they just conquer the world. But what's worse than Trump became a POTUS aite? Oh yes, Kardashian. Pfftt

Related image

But no matter how ugly real world in Ready Player One, you can never resist the charm of OASIS. Kudos to the team for making it terrific! I bet tengok 3D memang gempak. You guys can feel the excitement, suspense and misery watching this. Kalau you guys jenis yang crack codes punya orang most likely you will enjoy guessing setiap hint yang diorang dapat.

I'm not sure nanti akan ada sequel ataupun tak sebab ni movie ketiga Steven yang paling susah dibikin sepanjang karier dia tapi novel Ready Player One yang dikarang oleh Ernest Cline akan wujud yang kedua. Please Steven make it happen since money keep pouring in you guys account! 
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 7.9/10

Book Review : Gantung 2


Penulis : Nadia Khan
Penerbit : Buku Fixi
Genre : Fiksyen
Helaian : 284 mukasurat, 36 bab 1 epilog
Rating : 5/5
Sinopsis :

Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk.

“What does this mean?” Tanya Gibbs.
“Tak tahu. Mungkin… apa yang aku pernah buat kat sekolah?”
“Seriously, Ray…takkau kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?”
“Melainkan kau ada buat benda lain yang ktorang tak tahu,” sampuk KJ

Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT – dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal….

Review :
Buku Gantung 2 ni sequel kepada Gantung 1 yang mengisahkan tentang kehidupan Khalil pada tahun 2021 hingga 2023. Tahun pemerintahan Kanye West (harap ni cuma dalam buku je lah. Tak sanggup nak imagine in real life).

Sebelum baca yang kedua ni memang wajib baca yang pertama sebab nanti confirm tak faham apa yang jadi sebab ada banyak flashback. Aturan susur masa dalam Gantung 2 ni pun berterabur so kalau dah lama baca Gantung 1 pastu baru nak sambung Gantung 2 ada kemungkinan akan terlupa apa yang penulis tengah sembang.

Dan wujud juga watak-watak baru baik dalam flashback mahupun sekarang. Membantu atau merapu? Yes, sangat membantu dalam kehidupan Khalil dan kenapa Khalil pilih untuk hidup macam dia hidup sekarang. Memang emosi jugak baca Gantung 2 ni sebab terbawa-bawa dengan perasaan emosi Khalil. Terutamanya masa dia jumpa Rehan dan kisah Khalil dengan Natalia di Prague.

Kalau dalam Gantung 1 boleh agak dah apa misteri yang Nadia Khan simpan, tapi yang ni memang tak boleh nak agak. Banyak kali jugak salah teka nak pulak masa Khalil kena culik. Memang intense gila baca sebab nak tahu siapa dalang dan apa motif sebenarnya.

Walaupun happy ending tapi tetap sedih sampai menangis teruk sebab cerita Khalil dah habis, cerita The Musketeers dah habis. Nampak je macam happy ending tapi jiwa tersiksa jugak. Tak boleh move on lagi. Faham tak perasaan nak tau ending tapi dalam masa yang sama taknak cerita tu habis. Sakit tau takkk.


Lola Mango, TTDI Jaya

Tuesday 3 April 2018

Bila officemate canang ada makanan best dekat area office, haruslah excited nak makan sekali. Ngam pulak timing cantik boleh lepak dekat Lola Mango di TTDI Jaya berhadapan dengan Nasi Kak Wok JJ & Anis Coffee.


Apart from smoothies, ada jugak yoghurt dengan campuran buah lain macam Kiwi, Strawberry, Laici.  Pinky Mango pula campuran untuk semua buah. Disebabkan haritu kenyang, so pilih small cup je, RM3 tapi small cup pun ya ampun banyaknya. Nak habiskan pun boleh kenyang sebab pekat siap ada buah potong in large cut pulak tu. Mangga yang dia guna ni Royal Mango tau, manis manis sedap baq hang. Tengah taip pun terliur balik. 



Memang puas hati sangat labur RM3 dekat Lola Mango ni. Pinky Mango pun sedap cuma tak dapat lah potongan buah mangga tu. Kalau nak, kena tambah lagi RM3. Anyway, thanks for existing in here. Lepas ni nak repeat lagi! Nak try Mango Layer Smoothie ataupun repeat je yang ni sampai lebam.  ❤🌸

Pesta Buku SACC

Sunday 1 April 2018


Lepas Isyak semalam terus menapak ke SACC sebab ada pesta buku dekat sana. Malas nak pergi sebab gaji tak masuk lagi tapi dah adik beria sangat kita layankan aje. Lagipun nak usha buku Gantung 2 sebab yang order online dah habis stok. Nak tunggu ada stok balik entah zaman bila boleh dapat sebab buku tu tengah laku keras sekarang sebab Gantung The Series.


Yang tak bestnya dekat SACC ni haruslah parking space dia limited sangat. Yang berbayar pun mahal kemain sampai RM5. Tengah miskin ni RM5 pun rasa nak terajang tau. Sudahnya park secara haram sebab bersepah yang buat. (This is bad, I know)

Lepas dah jumpa tempat nak park, masuk je dalam SACC kena approach dengan organizer sebab kalau download apps Syok dekat IOS ataupun Playstore, kita boleh dapat diskaun 20% untuk publisher yang register under diorang tapi tak buat pun sebab battery low sangat plus line tak kuat mana pun. Belum sembang memory yang nazak lagi.

Selesai 3x tawaf, tetap tak jumpa booth Buku Fixi sudahnya menapak dekat booth ROMAN sebab nak beli novel ‘Misteri Kem Motivasi’ sebab tu sequel kepada Budak Hostel Otaknya Sewel. Since promosi 3 buku RM50, ambik lah sekali ‘Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia’. Lagi satu buku memang lama jugak menyembang dengan seller tu nak ambik yang mana. Seller suggest ‘Pengembaraan Laki-Laki Scorpio’ tapi hati macam berkenan dengan buku ‘Di Kala Bulan Bermain Biola’ sebab unik tapi harga lain. Sudahnya ambil 4 buku terus. Tamak kan? Tskkk.


Disebabkan kitorang memborong, diorang nak ajak selfie tapi since menyembang pun ada sesi membawang, cepat-cepat tolak offer. Rupanya belakang ROMAN, booth FIXI, jumpa pulak buku Gantung 2. Terus grab lagi 2 buku sebab promo 3 buku RM50. Campur dengan lagi 2 buku Hasrul Rizwan, Tuhan & Murtad dengan Pakar karya Nadia Khan. Dapat voucher RM10 tapi boleh guna dekat kedai Buku Fixi je. Valid sampai Jun. Kalau tak tahu nak beli apa nanti sedekah je dekat orang.



Ada jugak booth Dubook tapi tak ada yang best nak borong. Otw nak balik tu nampak pulak novel idaman adik dekat booth Karangkraf. Borong lagi satu beg. Datang melenggang, balik berbondong. Memang happy lah pergi sebab semua novel yang dicari ada dekat sana. Cuma satu je lah tak dapat, komik terbaru karya Bawang sebab dah habis stok. Kecewa betul. Katanya nak restock hari ni tapi malas dah nak menapak sebab susah nak cari parking space. Hari ni Sabtu mesti ramai yang pergi compared to yesterday.


Dah nak balik baru nampak rujukan dan peta kedudukan untuk semua booth yang ada dekat pesta buku SACC. Supposedly letak lah dekat pintu masuk baru la nampak. Ini pun kebetulan nampak saja tawaf satu round lagi sebelum balik.


You guys kalau nak datang memborong nanti datang la menapak ke SACC ni dari 29 Mac haritu sampai 8 April nanti. Buka jam 10 pagi sampai 9 malam untuk Isnin-Khamis, jam 10 pagi sampai 11 malam untuk Jumaat-Ahad.