Movie Review : Three Billboards Outside Ebbing Missouri

Saturday 17 February 2018

Image result for three billboards outside ebbing missouri review

Director : Martin McDonagh
Cast : Frances McDormand, Woody Harrelson, Sam Rockwell, Abbie Cornish, Peter Dinklage, Clarke Peters, John Hawkes
Genre : Drama/Crime
Running Time : 110 minutes
Trailer : 


Movie TBOEM antara movie yang hangat diperkatakan tahun 2017 sebab content yang bagus & already menang 4 anugerah di Golden Globes so its kind of jinx kalau tak tengok. And yupp its such a great decision to watch this simple yet brilliant piece. 

Mengisahkan tentang Mildred Hayes (Frances McDormand) yang kehilangan anak perempuannya selepas dirogol dan dibakar namun selepas 7 bulan berlalu masih lagi tiada tangkapan dibuat. Lebih parah lagi bila ketua polis Bill Willoughby (Woody Harrelson) yang handle kes Angela mempunyai masa yang singkat untuk hidup kerana kanser pankreas. Jalan menuju ke rumah Midred mempunyai 3 buah billboard di tepi jalan so she come up with the idea untuk letak soalan kepada Bill Willoughby tentang kes Angela yang masih belum jumpa sebarang bukti.

Related image

Sebelum wujudnya iklan Mildred di billboard tu ramai yang dah lupa ataupun jarang guna jalan tersebut tapi sejak kes Mildred, ramai yang marah dengan tindakan Mildred sebab Bill cuma ada masa beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup ditambah pula dengan kehadiran local TV news sehingga tersebar meluas di media masa dan cetak. Meanwhile, Dixon (Sam Rockwell) cuba untuk mematahkan semangat Mildred dengan pelbagai cara untuk menurunkan iklan tersebut termasuklah menolak pengusaha syarikat pengiklanan dari tingkap syarikat kerana enggan membuang ikalan tersebut.

Jalan cerita movie ni memang simple je but full with emotion. Walaupun dah boleh agak hala tuju movie ni macam mana bila Mildred decide untuk letak iklan mempertikaikan betapa lemahnya pihak polis dalam menangani kes Angela tapi ada banyak plot twist dalam karakter di pekan tu sendiri. Kalau pada awal movie nampak karakter ni tak menyokong tindakan Mildred tapi bila masuk second half sedikit demi sedikit beberapa karakter tu berubah. You'll never expect the ending and some plot to turns out that way or this way. You'll never know which character will bloom as a beautiful one and which will sink in their hatred. The great thing happened in this movie you guys susah nak tentukan siapa salah siapa baik siapa betul siapa jahat sebab karakter masing-masing terikat dengan tugas. Masing-masing bertindak ikut perspektif masing-masing. It just great. You do you without being helpless and asking for God's help.

Related image

Walaupun dalam movie ni dialog agak kasar tapi memang kena dengan situasi & kawasan tu. It just perfectly written. Same goes to cinematography team for this movie. Visual untuk kawasan pekan tu memang simple tapi sharp. Dari scene horror kepada intense and full with emotion. Kudos! Walaupun karakter Mildred ni digambarkan sebagai wanita yang tabah walaupun diasak dengan pelbagai cara untuk lunturkan semangat dia tapi you guys boleh jugak nampak sisi lemah sebagai seorang ibu tu. Sama jugak dengan Officer Bill. They're just humans.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Bacaan Pendinding Ubatkan Gangguan Sihir Atau Makhluk Halus

Friday 16 February 2018


Sejak kebelakangan ni nampak ramai yang post cerita kena buatan orang dekat socmed. Teringat dulu pun selalu sangat pergi sana sini merata tempat jejak sebab nak berubat. Dekat kawasan rumah pun memang regular customer pergi berubat tapi sekarang dah jarang lah pergi sebab duit pun bukannya banyak sangat. Sekali pergi dah habis beratus sebab kena satu family. Memang la dia kata bagi ikut ikhlas hati tapi duit minyak tol semua bukannya murah jugak kan?

Nak sembang pasal kenapa kena tu banyak, sebab berebut tanah lah, sebab tolak cinta orang, sebab ada kawan yang baru menuntut nak test ilmu dia, sebab dengki, alasan cliché semua. Benda bukan kena sekali dua, dah banyak kali. Dari zaman belajar lagi dah kena. Kadang tu sebab hantu dekat hostel pun punca jugak. Nak pulak jenis lemah semangat memang senang je lah hantu ikut.

Disebabkan duit pun tak banyak, nak cari masa nak pergi berubat satu hal lagi, so pakcik ajar buat pendinding sendiri. Nak harapkan orang lain sepenuhnya pun tak boleh jugak, kena ada usaha dari diri sendiri jugak kalau nak sihat.

Simptom ada benda ni senang je, kalau rasa takut sangat tu ada benda la tu. Ada beza kalau takut biasa dengan rasa takut benda tu ikut. Sakit bahu dengan belakang. Mengantuk yakmat walhal dah cukup tempoh masa tidur. Lesu & penat walaupun dah rehat.

Kalau ada rasa macam ni, dah check doctor pun result takde benda, try la amalkan bacaan ni. Selalunya buat lepas solat & sediakan satu botol air mineral. Nak buat ni pun ada pantang larang dia. Kena betul-betul focus/khusyuk. Fikiran jangan melayang pergi tempat lain ataupun buat benda lain macam main phone. Dulu masa baca ni memang rasa takut sangat, so eloknya berteman sebab bila buat berdua ni rasa semangat nak habiskan. Ada je yang buat tak mampu nak habiskan. Tiba-tiba lupa surah apa nak baca padahal surah Al-Ikhlas je. Kadang tu mengantuk yakmattttt sampai rasa nak tidur time tu jugak. Sebabtu digalakkan berteman.

Antara bacaan pendinding :

1)


 *3 Qul

2) Bismillah 20


3) Bismillah 9

 

4) Bismillah 6


5) Bismillah 5


Tapi cara ni untuk yang ringan-ringan je tau. Kalau dah teruk melarat tu pergi berubat dengan yang pakar lah. Hope this helps. Adios!

Hadiah Mamapipie Dah Sampai!

Semalam masa tengah pack barang nak balik kampung, adik balik dari office & bagi parcel. Bila tengok nama Mamapipie terus melebar senyum terus bukak tengok isi dalam.

TADAAAAA!!!


Haritu tak pilih pun buku yang mana nak. Cakap bagi je yang mana-mana tak kisah pun so Mamapipie bagi tajuk ni. Even adik pun tengah cari buku ni so save duit hihi yeayyy terima kasih! 

Anyway, semalam Alhamdulillah dengan jayanya dari bantuan NetKL terutamanya Encik Hafizuddin, Iolls dah berjaya tukar dari blogspot ke domain sendiri. Dari farhannajafri.blogspot.com dah jadi farhanajafri.com dah. Anther yeayyyy!


Another progress, untuk azam 2018 nak PV sebulan cecah 5k, bila belek tadi dah nak cecah dah angka tu. Sekarang tengah 4,900 so sikit je lagi nak cecah uolls. PV harian pun target 300 almost nak cecah jugak since hari-hari dapat 297 ke atas. Harap end of month boleh capai dua benda ni. Ranking first Popular Post pun dah cecah 300, dah masuk set kepala angka baru yeayyy!

Not to mention, target untuk masuk dalam bloglist blogger lain seramai 20 orang blogger & sekarang ni nama blog ni dah ada dalam 14 bloglist dah. Lagi 6 blog je lagi. Cepat, siapa nak anjurkan segmen lagi ni, I'm waiting ;)

Kalau bulan Februari ni dah capai target untuk blog, I nak pergi celebrate makan cheesecake lepastu buat Giveaway untuk korang semua sebab tanpa korang tak bergerak lah blog ni kan? Terima kasih semua :D

Movie Review : Sang Sekretaris

Thursday 15 February 2018

Image result for sang sekretaris

Pengarah : Nayato Fio Nuala
Pelakon : Angel Karamoy, Nikita Mirzani, dan Rico Verald.
Genre : Drama
Durasi tayangan : 80 minit
Trailer :


Masa tengah cari movie dekat Ganool nampak la movie Sang Sekretaris ni. Sebenarnya nampak muka hero handsome teruk tengok rating pulak 7.6 fuhh tinggi apa lagi terus download. Sinopsis dia biasa je, Reno (Rico Verald) seorang CEO yang dah berkahwin dengan Clara (Angel Karamoy) tapi bertemu dengan Tiara (Nikita Mirzani), setiausaha baru yang cantik dan menggoda. Akibat terlampau mabuk, Reno terlanjur dengan Tiara dan Tiara mengugut untuk menyebarkan video seks mereka kepada Clara. Setelah disiasat oleh Reno rupanya Tiara adalah perempuan dari masa silam dia datang kembali untuk membalas dendam.

Image result for sang sekretaris

Actually storyline movie ni simple je & boleh jadi short film but nope director decided nak buat drama panjang berjela dan tragis. Serangan dari Tiara ni dekat 15 minit pertama dah start dah, tak payah tunggu lama pun. Boleh je Reno ni pergi bagitahu dekat polis dibawah kes merogol/pencabulan/serangan seksual dari Tiara terhadap dia sebab dia tak sedar dan hubungan seks berlaku tanpa kerelaan dia. Cukup dekat situ je dia dah boleh buang Tiara & memandangkan dia CEO thus dia adalah imej syarikat so dia boleh saman malu dekat Tiara for sure perempuan tu tak boleh bayar sebab dia miskin. Tapi tu lah Reno ni muka je handsome. Jangan kata Reno, kawan-kawan dia pun sama level je dengan Reno ni. Hari-hari bincang tapi sorang pun tak boleh come up dengan solution ni.

Disebabkan desakan & ugutan Tiara, Reno menceroboh masuk ke rumah Tiara & turns out Tiara ni perempuan yang datang dari masa lepas dia somewhere around zaman study lah kot. Satu kampus rasanya. Malam tu dekat parti Reno mabuk teruk masuk tandas then Tiara dengan gediknya masuk tandas lelaki & goda Reno. Again, bukan salah Reno tapi Tiara yang hulur badan. Balas dendam tu sebab even dah bagi badan pun Reno tetap taknak dekat dia. Walaupun dah tahu kebenaran, Reno tetap tak ambil apa-apa tindakan pun cuma pindah rumah & tukar no telefon isteri dia. Tapi sakit hati tau dia pergi buang hp gedabak tu dalam toilet. Ya tuhannn nanti sangkut lah kantoi lah kau yang buang aduh massss.

Even dah pindah rumah pun Tiara tetap ganggu Reno tapi lagi teruk sebab Clara dah jadi bff dengan Tiara siap jemput tidur dekat rumah. Haruslah Tiara nak. Lagi senang dia nak goda Reno. Malam tu dia panggil Reno pergi bilik dia. Nak tak nak kena pergi lah sebab Reno taknak Tiara bagi video seks diorang dekat Clara. Kalau video seks tu Reno bagi dekat polis pun dah boleh settle kes sebab terang2 Reno kena rogol. Dalam video tu Reno dah tak sedar langsung, Tiara je yang aktif tapi tu lah director nak jugak buat cerita tragis.

Image result for sang sekretaris

Reno ni masa mabuk je lah dia hilang pedoman, masa terkunci dalam bilik Tiara tu sampai ke pagi dia tak tidur ataupun pegang Tiara walaupun Tiara dah serupa sundal dalam bilik tu. Nak dijadikan cerita Clara nampak Reno kena peluk dengan Tiara. Clara lari lepastu bunuh diri. The moment rasa nak hempuk kepala bila Reno jumpa Clara dalam bilik air dengan darah banyak gila dia balut dengan bandage je lepastu baringkan dekat katil. WEI DARAH DAH KELUAR BANYAK BAWAK PERGI HOSPITAL LAH!!!

Tu belum korang tengok part Reno selimutkan Clara dengan jaket tapi selimut gedabak dia buat alas kepala and bantal dia biar je dekat katil tu. Ya tuhannnn mas Reno kok begok amat sihhh.


Dalam movie ni ingatkan Tiara je bijak rupanya dia pun sama level bangang sebab video seks tu je dia ada untuk dapatkan Reno tapi dia tak buat copy banyak pun. Ada satu je. Itu la copy, itu la master copy. Bergelut lah diorang nak dapatkan video tu. The end.

Sebal amat tengok movie ni sebab rating tinggi wei. Nasib Reno ni handsome ala-ala Fahri tapi sado sebabtu gigih tengok sampai habis walaupun dia punya background music kalau orang tak tahu tengah tengok movie apa mesti syak tengok movie horror suster ngensot tahu? Audio je gempak padahal takde benda pun. Nak masuk dalam rumah je pun dia punya background music tu dah macam nak pergi jejak sundel bolong dekat kubur.

Dah lah banyak scene yang rasa nak hempuk kepala nak pulak part Clara gelak sampai dengar satu villa tu gara-gara kes Tiara ucap terima kasih dekat lif sebab temukan dia dengan jodoh dia. Wei, tak lawak pun Clara. Nampak sangat pesen mudah terhibur kau ni. Belum korang tengok makeup Clara dengan Tiara sepesen je. Rasanya MUA dia pandai satu style je sebab tu sama je gaya solek dua pelakon ni. Tak pun bayar murah je. Haihhhh

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 5.7

Book Review : Budak Hostel Otaknya Sewel

Wednesday 14 February 2018

Image result for Budak Hostel Otaknya Sewel

Penulis : Hasrul Rizwan
Penerbit : Dubook Press
Genre : Komedi
Helaian : 29 bab, 284 m/s
Sinopsis : 

Akhil, Mat Piah, Cupin & Widad 4 sekawan di Sekolah Agama Haji Barokbah yang merancang untuk masuk ke dalam hostel perempuan dek kerana cabaran Borhan untuk mengambil bra Zakiah Merican bagi membuktikan kejantanan masing-masing. Tidak mahu kalah dengan Borhan yang berjaya mendapatkan bra Mona Ranggi, mereka membuat plan untuk masuk hostel perempuan pada malam Qiamullail melalui siling bilik Zubir Gayboi dengan bantuan Imam Ahmad Maslang & telefon bimbit ehsan Badrul Muhayat. 

This novel truly funny and santai bersahaja je penulisan dia nak pulak bila sembang hal budak asrama memang banyak sangat benda boleh relate. Walaupun cerita dia pasal pelajar asrama lelaki tapi lebih kurang je dengan keadaan masa sekolah dulu. Bila baca memang mengekek ketawa nak pulak bila ada scene Mat Piah.

Walaupun santai tapi dari awal lagi banyak betul plot twist dia. Dari plan cantik jadi huru-hara, dari hati kental jadi hati berbunga-bunga & macam-macam lagi lah yang jadi sampai ke hujung cerita pun ada lagi elemen twist & saspen. Although banyak watak dalam novel BHOS ni tapi disebabkan penulis guna direct character which means dari nama dah tahu perangainya so tak lah serabut bila baca nak ingat watak ini siapa dan apa karakternya macam Zubir Gayboi, Mona Ranggi, Fatimah Bisu dan lain-lain.

Kehadiran Mat Gorn dalam novel ni memang tak banyak tapi part dia memang betul bagi impak nak pulak bila dia bagi ayat cinta yang padu macam dia bagi dekat Akhil masa rabak bila tahu Zakiah Merican cintakan orang lain :

'Cinta ni wangi sepertimana sabun. Ibaratkan seketul sabun ini adalah cinta. Setiap hari engkau mandi dan bersihkan badan guna sabun. Sabun ni memberikan keselesaan pada engkau. Memberikan rasa selesa, tenang dan yakin bahawa segala kekotoran dah hilang. Cinta juga macam tu. Bila datangnya cinta engkau berasa lapang dan melihat semuanya menjadi indah belaka. Engkau merasakan diri engkau hebat dari biasa. Lebih waras dan yakin. Lebih wangi kan?'

Memang patut la watak Mat Gorn ni jadi penulis sebab bahasa dia memang padu dan puitis and novel ni pun dikarang oleh Mat Gorn sendiri. Lepas ni nak try baca karya penulisan dia yang lain pulak macam Murtad dan Tuhan sebab dua novel ni sequel kepada BHOS.

Image result for Budak Hostel Otaknya Sewel

Tapi novel ni banyak bahasa kasar so tak sesuai nak bagi mak ataupun adik baca. Kang tak memasal kena bebel baca buku macam ni sebab tu koleksi buku macam ni tak banyak sangat. Anyway, novel ni memang best macam dikicau di Twitter sana. :)