Hai guys, sorry lambat update untuk segmen bloglist 'Pencarian Bloglist 2018 Blog FarhannaJafri' minggu lepas.
Terima kasih kepada yang sudi join segmen ni & terima kasih untuk yang bagi komen & cadangan kepada blog ni. Seperti yang dijanjikan, semua yang menyertai akan dimasukkan ke dalam bloglist. You guys boleh check dekat bahagian sidebar blog ni. Kalau tak ada, bagitahu ye :)
& special appreciation to Miss Banu Story & Cik Yan since bagi komen tentang movie review. Insya-allah akan ditambah usaha buat movie review. Movie Hindustan tahun ni tak berapa memberansangkan. Kita tunggu tahun ni macam mana pergi dia :)
Komen dari Miss Banu Story
Komen dari Cik Yan
Komen dari Miss Mulan
Kepada Miss Banu, Cik Yan dengan Miss Mulan nanti hantar details ye dekat email farhannajafri@gmail.com, nak bagi hadiah. Sama jugak dengan Fatin, nak nyanyi tapi suara macam itik so kalau bagi hadiah aci dak? :P
Terima kasih sekali lagi untuk yang join, kepada yang baru jadi followers dekat blog ni, selamat datang. Akan datang, ada rezeki lebih, kita bagi hadiah dekat yang rajin komen pulak okay? :)
Newton mengisahkan tentang Nutan Kumar atau Newton yang baru sahaja menjadi pegawai kerajaan & of course dia memang berdedikasi, amanah & jujur dalam pekerjaan dia sebab dia nak ubah negara dengan hapuskan rasuah dan dedikasi melakukan tugas sebagai pegawai kerajaan. Newton secara sukarela daftarkan diri jadi pegawai pilihanraya di kawasan Chhattisgarh di mana kawasan yang dipenuhi dengan pengganas militan. Tak ramai yang berani ke Chhattisgarh. Pilihanraya yang lepas 19 orang mati di kawasan tu. Berpegang dengan prinsip Newton yang jujur, mampu atau tidak dia berdepan dengan sistem pilihanraya di Chhattisgarh & keluar dari kawasan tu dengan selamat?
Fun fact, Newton is one of the finest movie ever made in 2017 and tell you guys, Newton ialah antara movie yang dihantar ke Oscar untuk kategori Filem Terbaik Dari Negara Luar tapi sayangnya movie ni gagal terpilih. Another thing, movie Newton dibikin oleh pengarah yang sama untuk movie Masaan. Movie Masaan ni pun dihantar ke Oscar jugak tahun 2015.
Sebagai Newton yang jujur dan tegas dengan pendirian dia, Rajkumar Rao has once again proved his acting talent. With his innocent looks and top-notch performance, this movie got a solid energy to offer. Supporting cast pun semua bagus, semua delivers great screenplay. Bila tengok movie ni, tak timbul soal nak berpihak pada siapa sebab dalam keadaan yang situasi sebegitu, setiap karakter berpegang pada prinsip kehidupan masing-masing dan semua prinsip tu lahir dari keadaan yang memaksa dari pihak atas. Yang ada dalam movie ni semua karakter kelas bawahan.
Newton dengan prinsip hidup untuk jujur dalam tugas dia. Selagi ada yang boleh mengundi, dia cuba sedaya upaya untuk pastikan semua penduduk kampung mengundi. Itu tugas dia dan dia laksanakan tugas dia. Meanwhile, yang menghalang tugas dia, Komander Aatma Singh. KAS perlu pastikan keselamatan semua pegawai pilihanraya dan juga anak-anak buah dia selamat. Knowing the fact orang kampung takkan pergi mengundi pun sebab dunia luar tak pernah kisah dengan kehidupan mereka, dia cuba untuk singkatkan masa mengundi. Untuk jaga sekumpulan manusia bukan senang. Tambah pula pengganas Maoist ikut suka dia je muncul bila masa & show no mercy at all. Dia nampak, dia tembak je walaupun pengganas Maoist cuma muncul dalam satu scene je tapi cara director gambarkan pengganas Maoist tu dah cukup untuk penonton rasa berdebar dari awal sampai habis. Always berjaga-jaga takut Maoist datang. I really rooting for Maoist to show up for scond time tho because the exaggeration KAS tells Newton.
In many scene you guys can watch the argument between Newton & KAS telling what's right and what's wrong. Tapi tak mampu nak berpihak pada siapa pun sebab dua-dua pun betul. Walaupun director cuba untuk tonjolkan KAS sebagai watak jahat dalam movie ni tapi by emotion we know he's bounded by fear. Dia pun ada family yang tunggu dia di luar sana & dia tahu betapa kejamnya Maoist. I love the part when KAS said 'its army rules'. Dalam geramnya dengan KAS, geram jugak dengan Newton sampai tahap you allowed them beat Newton.
Cinematoghraphy movie ni memang cantik walaupun tunjuk scene dalam hutan je but some part just crafted so well. Kawasan Chattigarh memang cantik kalau bukan sebab pengganas maybe dah jadi tourism places dekat India dah.
Genre movie Newton ni comedy tapi tak terasa nak gelak sebab comedy dia memang lawak tapi rasa macam gelakkan diri sendiri je. Its a black comedy, it hurt us when we laugh because there lies the bitter truth of our life. Since PRU nak dekat ni, bila tengok Newton rasa lemau pulak nak pergi mengundi since the similarities Newton shows on Election Day and what's happen next is just the same. Dalam movie Newton bukan bagi jawapan tapi hundreds of thoughts to ponder and question arise.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10
Scrolling my Twitter like I always did and saw someone post videos 'Surat Cinta Untuk Starla' and it have 15 parts but I just click the button play anyway. Before this dah nampak ramai yang post pasal Surat Cinta Untuk Starla ni tapi blur tak tahu apa benda. So its a romantic short movie from Indonesia. It is so nice, the vibe, the chemistry between Hema & Starla, the story in just one night, the soundtrack omg! And of course the letter itself, penuh dengan kata cinta. Tak sabar nak tengok full movie nanti!
For those yang belum tengok short movie Surat Cinta Untuk Starla,
Puisi SCUS
Teruntuk kamu, hidup dan matiku,
Aku tak tahu lagi...
Harus dengan kata apa aku menuliskannya...
Harus dengan kalimat apa aku mengungkapkannya...
Kerna untuk keberkian kalinya...
Kau buat aku kembali percaya akan kata cinta...
Dan benar bahwa cinta masih berkuasa di atas segalanya..
Ketika hati yang mudah rapuh ini diuji oleh duniawi
Pelakon : Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri, Naza Manas dan Azizah Mahzan
Durasi tayangan : 117 minit
Genre : Sendu Sebabak
Trailer :
Masa tengok trailer Pinjamkan Hatiku ni memang amazed sangat dengan scenery for the whole trailer. And even tengok movie pun dari awal sampai habis memang top-notch shooting location yang Osman Ali pilih untuk movie Pinjamkan Hatiku. But that's it? Itu je filem ni mampu bagi kepada penonton? Hanya berpaksikan cinematoghraphy yang lawa tapi skrip & jalan cerita hancur? Taknak sembang sinopsis sebab dalam trailer director dah tunjuk.
Ask Ayda Jebat how much Eye Mo dia titik dekat mata dia. Forced emotion! Setiap kali keluar babak emosi, dia mesti pejamkan mata rapat nokharom supaya air mata keluar. Tak ada pun yang menitik sendiri. Baru satu titik keluar tiba-tiba dah keluar air hidung. Bahu kemain berhinjut supaya lontaran suara dia masa sedih tu keluar. Movie ni tak ada audition ke? Terus cast Ayda Jebat sebab dia ramai followers dekat socmed? Rasanya sebelum ni dia berlakon okay je tapi dalam movie ni nampak sangat dia paksa. Accurate term = try hard.
Ada lagi satu scene Ayda Jebat yang cringe sangat tapi tak payah lah sembang kang jadi spoiler. tapi nak cakap jugak TAK SAKIT KE DARAH DAH BERSEPAH KELUAR TAPI BOLEH TAHAN SEBAB NAK JAGA SUAMI? TAK SAKIT KE NAK BERANAK DAH? BANTAL TU JANGAN NAMPAK SANGAT BOLEH TAK SUMBAT DALAM BAJU?! DAH 2018 PAKAI BANTAL PETAK LAGI KE UNTUK SCENE MENGANDUNG?GIGIH TUNJUK PERUT MASA TERAN TAPI PERUT KEMPIS????
Masa ending scene tu entah lah Laila ni memang karakter yang sendu teruk agaknya. Punya lah bersepah lelaki tu sembang dengan dia tapi sikit pun dia tak cam tu siapa. Bila angkat muka baru nak terkejut terpana terkesima dengan aturan kehidupan oh my god sis nak tarik rambut. Kata kenal Naufal dari zaman sekolah tapi ya tuhannnn kita sembang benda lain jom.
Tak tahu lah jauh mana lagi eksperimen Osman Ali untuk dia rasa filem genre melankolik dia tak menjadi? Scene Laila pengsan dalam pelukan Naufal, masa tu lah hujan lebat nak turun, masa tu lah lagu habis sendu keluar, masa tu lah handphone Naufal entah mana dia letak, masa tu lah jugak Naufal tak jumpa satu pun manusia dekat kawasan tu, masa tu lah jugak, Naufal yang kendong Laila entah berapa km minta bantuan tapi sebiji kereta pun taknak berhenti tolong. Pffttt
Tapi sembang pasal Naufal, we all know how good Shaheizy Sam is. Kagum lah dengan dedikasi dia untuk lakonkan watak pesakit kanser stage 4. Cuma tu lah, seriously seorang aktivis? Celah mana? Kerja dia hari-hari lepak dekat air terjun mengorat Laila. T.T
Speaking of mengorat, DAH TAHU NAK MATI KENAPA HULURKAN KASIH SAYANG?! SIS EMO BETUL BAB NI!! SIAP INTRODUCE DEKAT KELUARGA ANGKAT DIA YANG LAILA TU BAKAL ISTERI DIA!!!
Watak lain semua okay je sebab tak ditonjolkan sangat pun tapi Farid Kamil sebagai Dr. Hasnan, doktor peribadi Laila adalah watak yang sangat kesian dalam movie ni. Movie ni terlampau fokus nak buat watak sendu sampai habis semua karakter jadi sendu. Sekali je lah Dr Hasnan ni tinggikan suara sebab Laila label dia sebagai orang ketiga and that part segar sikit mata tapi kejap je lah lepastu sendu balik.
The reason why I cakap kesian Dr Hasnan ni sebab dia kena label sebagai orang yang porak-perandakan kisah cinta Laila & Naufal padahal dia mangsa kot. Dia masuk merisik tanpa pengetahuan Laila tapi parents Laila setuju sebab Laila dengan Dr Hasnan selalu keluar tengok wayang & makan sama-sama. Kalau parents dengan Dr Hasnan boleh assume benda tu dating, maknanya Laila la yang bagi harapan kan? Sampai Dr Hasnan berani masuk merisik, nampak tak level bagi harapan dia? Lepastu acah mangsa?! Bila dia tanya kenapa parents dia setuju, mak dia bagi alasan Dr Hasnan banyak berjasa kepada keluarga terutamanya Laila. Masa tu boleh je kalau dia tolak risikan Dr. Hasnan. MERISIK JE KOT! Laila boleh je emotional blackmail parents dia BUT NO! THEY WANT A SUPER MELANCHOLIC MOVIE! 4 hari Laila tak makan ubat sebagai tanda protes taknak kahwin but no one knows except Tipah, kawan baik dia. Ya tuhannnnnn, WHY?
Lepas kahwin dengan Dr Hasnan, dah bahagia setahun honeymoon entah tiba-tiba kena rasuk hantu agaknya buat novel berkisar kehidupan dia dengan Naufal tapi letak Dr Hasnan sebagai perosak kebahagiaan. First of all, kenapa kahwin? Second, kau dah bahagia kot kenapa rosakkan? Marriage bukan untuk setahun but last for a lifetime? Kau yang buta lepastu nak salahkan Dr Hasnan. Apa benda ni? And people accept this crap? Bila Dr Hasnan ceraikan dia boleh pulak kata dah tak ada jodoh dengan muka sendu dekat Tipah. Belum tengok muka dia bila dia kata manusia kejam untuk Dr. Hasnan tapi setitik air mata je keluar
Bab dialog memang rasa nak hantuk kepala. Entah siapa lah production team lantik. Super crap and it is hard to even digest it. Scene Laila nampak ikan menggelupur dekat batu and she was screaming sebab maybe first time lah kot nampak ikan & Naufal approaching her kemudian alihkan ikan masuk dalam sungai and Laila berganda excited bila nampak ikan tu mampu berenang.
'Eh ikan tu hidup lah! Dia berenang!'
Dia tak belajar sains ke? Ikan memang perlukan air untuk hidup.
And Naufal be like :
'Ikan ini akan terus hidup selagi ada yang masih sayang pada dia'
Movie ni boleh je kalau Laila dengan Naufal tu berterus terang pasal sakit diorang tapi masing-masing taknak kalah berlumba siapa mati dulu. Mungkin tu petanda cinta teragung since tu lah cinta terakhir boleh bawak sampai alam barzakh sana. Penonton pulak kalau bab mati ni kemain sendu tu yang boleh cecah RM4 juta tu. Belum lagi tengok video diorang menangis sampai bengkak mata. Oh god, why?
Regardless crappy dialogue, lyric for Pinjamkan Hatiku OST is great. Cuma Ayda Jebat jangan menyanyi lagu balada lah. Nyanyi je lagu Pencuri Hatiku tu. Better. Oh since mentioning audio, most of the time try nak faham apa yang pelakon sampaikan sebab tak dengar sangat. Dah la memasing tak bukak mulut sangat nak pulak si Sam. Dengan music background tu ya tuhannn lain kali buat filem musikal lah sebab bila nyanyi cantik je buka mulut memasing.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline 0, 5. Casting 0.7, 6. Genre 0, 7. Themes 0, 8. Editing 0.4, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 3/10
p/s : Wondering why I watch this movie? Its a request since ramai sangat yang menangis.
Dah berhabuk teruk rasanya labels resipi ni sebab masak pun malas. Kalau masak pun resipi tu je lah ulang-ulang sampai bosan. Tapi kali ni saja buat laksa sebab ikan kembung murah je, 8 hengget sekilo. Besar pulak tu. Kalau besar ni senang nak asingkan tulang nanti.
Buat laksa utagha ni paling senang sangat dalam dunia ni cuma part asingkan tulang tu rasa renyah sikit. Tapi kalau dah suka makan, takde maknanya kesusahan itu. Untuk kuah laksa, I've noticed ada orang letak stok udang, ada yang letak belacan untuk sedapkan kuah. Untuk pekatkan atau tambah isi kuah ada yang tambah tisu. Ehhhhh?
Untuk resipi ni tak ada yang beza pun dengan resipi biasa korang jumpa. Cuma untuk tambah isi kuah tu since ramai yang mengomel ikan kembung dah mahal so laksa tak boleh nak buat. But my mom ajar kalau nak tambah kepekatan kuah tu masukkan sengkuang. Tak kacau pun rasa kuah laksa tu. I boleh masak satu periuk besar tu cukup untuk 10 orang makan since my first time try masak laksa was back in my uni days dekat Segamat.
Resipi ni tak guna udang ataupun belacan tau sebab my family allergic with these 2 ingredients. Kang naik jerawat pulak muka campur gatal-gatal lagi.
Okay untuk bahan-bahan laksa utagha ni :
Bahan A
- Ikan kembung 1 kg
- Asam keping 4 keping
- Garam 1 sudu
- Air 3 liter
Bahan B
- Bawang besar 3 biji
- Cili kering 30 biji [dipotong & direbus]
- Sengkuang 1 biji
Bahan C
- Bunga kantan 3 kuntum
- Daun kesum 1 ikat
- Garam [ikut tekak masing-masing]
- Minyak masak 3 sudu
Bahan D
- Laksa
- Lada Hitam
Bahan E
- Telur [direbus]
- Timun
- Salad
- Limau Kasturi
- Cili padi [dipotong halus]
Cara-cara:
1. Rebus Bahan A
2. Sementara tunggu Bahan A, prepare Bahan B kemudian blend.
3. Dah siap rebus Bahan A, asingkan isi dengan tulang ikan kemudian blend isi ikan dengan air rebusan ikan tu tadi.
4. Kemudian blend tulang ikan dengan baki air rebusan yang ada tadi. Dah siap blend, tapis untuk asingkan tulang yang tak hancur.
5. Panaskan periuk, masukkan minyak dan Bahan B. Masak sampai kering minyak.
6. Masukkan Bahan B kemudian gaul sampai sebati. Kalau rasa air kurang, tambah la sikit. Lepastu masukkan Bahan C. Sementara tunggu kuah laksa masak, rebus Bahan D. The reason why masukkan lada hitam sekali sebab laksa ni sejuk. Kalau yang jenis urat tak tahan tu mula la kembung perut. Kalau masukkan lada hitam ni, makan 3 kali tambah pun boleh relaks je lagi.
7. Dah siap, hidangkan and makan dengan Bahan E!
Senang je kan? Sekejap je dah siap boleh makan satu family. Yang tak pandai masak pun boleh campak je bahan ni semua lepastu siap. Tak payah pergi kedai sebab dekat kedai memang kedekut bab kuah. Buat sendiri makan satu periuk pun takpe. Selamat mencuba!