MV Abang Nak Tegur 3.0 Paling Hebat Di Abad Ini

Thursday 4 January 2018

By time I writing this entri/rant about the MV, its already reaching 60,000 dislikes tapi kali ni Lepsyukri dengan Abang Sajat boleh lega sikit kot sebab 22,000 likes. But before I rant nah video kalau tak tengok lagi.




LIRIK LAGU ABANG NAK TEGUR

(abang nak tegur...)
Abang nak tegur insan bercinta
Dunia bukan selalu indah
Ada masanya laut gelora
Tak nak hanyut bijaklah berlayar

Abang nak tegur bila dilema
Jangan bertengkar lapik bahasa
Adat bercinta haruslah uda
Pergi pujuk hati si dara

Cepat.. Cepat..
Jangan lambat lambat

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta

(abang nak tegur...)
(abang nak tegur...)

Abang nak tegur pada si uda
Jagalah diri jangan curi curi
Bermain hati dengan yang lain
Jika kantoi salahkan sendiri

Pada si dara kena berjanji
Jaga emosi dan jangan curi curi
Untuk menguji kesabaran baby
Kalau gaduh rujuklah kembali

Cepat.. Cepat..
Jangan lambat lambat

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta

Abang kita hensem
Mari jalan jalan
Ayang kita ohsem
Berdua duaan
Abang kita hensem
Mari jalan jalan
Ayang kita ohsem
Berdua duaan

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru... Syok!!

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta
(abang nak tegur...)
(eloknya abang ni... Sukaaa..)

First of all, makin lama dengar lagu ni boleh tahan lah best sebab beat catchy macam lagu Ayam Mee tu but still goosebump dengar part Sajat nyanyi. Memang dia kena nyanyi macam tu ke sebab semua part dia acah menggoda gittew but its creepy. Actually kecewa jugak dengar suara dia macamtu sebab ada video karaoke dia nyanyi sedap je. Tapi lepas dengar dia nyanyi ni mungkin dalam video tu suara orang lain. 

Before I rant any further, lets talk about the best part in this MV first. Sajat actually fit perfectly the character of Spanish dancer, dia punya lentik, her sexy face memang the bomb cuma kenapa Sajat tak menari sekali dengan Spanish dancers yang lain? MV paling hebat abad ni tapi macam cincai je sebab leading cast tak in character pun. Plus part pakai stokin tu kenapa bukan Sajat yang berlakon dalam scene tu? Pretty sure Sajat suka tayang kaki dia yang melepak tu. 

Screentime Sajat sikit sangat dalam ni. As a leading character sepatutnya dia kena ada sama banyak dengan Aliff. Tak faham kenapa Yusry & Lisa decide nak buat Sajat berpeluk dengan lelaki lain sedangkan Sajat ada aura & persona dia sendiri. I mean standing alone pun boleh buat visual tu cantik sebab dia manusia cantik at least onscreen so kenapa nak lindung dengan watak lain and makes her looks like a street hooker? Its apalling how the team treat Sajat in this MV. They made her looks like nothing. Dulu pernah tengok video Sajat menari Nimbooda and she dance just like Aishwarya dance so I know Sajat can do better than this. 

Color grading memang cun, bab cinematography KRU Studios memang top notch lah I don't have any complaint on that tapi dari dulu sampai sekarang bab VFX memang hancur. Part fighting bull tu memang nampak lah guna VFX, tapi part Datin Shahida muncul tu ya tuhannnn nampak sangat kena tempek last minute. Kalau ye pun part tu gaduh dengan Sajat boleh je ganti Sajat tu dengan Lisa Surihani. Dah lah outfit Datin cincai je padahal outfit yang lain dah cantik meletops dah. Kayu satu hal.


Aliff Syukri looks dapper in this MV tapi tu lah bila tengok dia main gitar macam tu terus rasa murung. Kalau ye pun tak pandai jangan tunjuk sangat please? Lagi bagus kalau dia usung je gitar tu daripada acah main tapi sebenarnya tak pandai langsung. That's why I said leading character tak in character langsung. Pemalas. Lagi satu hal, kenapa Aliff Syukri beria marah Sajat tak pandai menari sedangkan dia menari pun buruk? Main gitar pun tak betul ada hati nak marah Sajat. Marah beria pulak tu. Lantaklah marketing strategy ke apa tapi tetap dia nampak teruk bila dia buat macamtu dekat Sajat sebab dia pun tak bagus mana. 


Lagu ni boleh pergi jauh tapi MV dia aduhhhhh sakit mata tengok. Based on my rant, I bagi dislike tapi bukannya diorang kisah pun sebab yang utamanya viewers tu cecah berapa ramai. Sekarang dah 433,986 viewers dah. Tak lama lagi cecah 500,000 lah tu. MV ni paling hebad di abad ni ke? Jawapannya haruslah tak. Cincai asal siap je. Tak tahu lah habis berjuta dekat mana. But as long the team are happy with their money then all good I guess. 

Btw, Sajat nampak macam Che Ta masa part ni. Power betul MUA Sajat. 


I wonder if KRU Studios ever think of PETA sebab animal cruelty untuk scene Aliff tampar lembu & scene fighing bull but I guess not kot sebab tak pernah dengar lagi PETA bantah apa-apa dekat Malaysia ni. Kalau dekat India sana, even VFX pun dah dapat legal notice hewhewhew.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline 0, 5. Casting +0.5, 6. Genre 0, 7. Themes +0.4, 8. Editing 0.4, 9. Social Message 0, 10. Personal  0 = 3.3/10

Basic Requirement Untuk Formal Report

Masa zaman study dulu hantar assignment ataupun report memang perkara wajib untuk setiap subjek and even sekarang dah kerja pun sama jugak, tiap bulan mesti hantar report, hantar surat kepada pihak atasan. 

Dulu kalau hantar report, lecturer tengok sekali imbas pun dah tahu report tu layak masuk tong sampah ataupun tak. Lecturer tengok je tak justify terus campak masuk tong sampah sebab bila baca karangan dengan font lain dan alignment lari memang boleh buat mood lari. Some lecturer bagi extra marks kalau pandai jaga hati dia. Macam mana nak jaga hati dia, ikut je basic requirement ni. Kalau dia tanda dengan hati yang panas pun at least dia tak campak dalam tong sampah. 

Dalam entri ni untuk basic sahaja tau, yang advance kena ikut lecturer masing-masing lah :)

1. Font

Mana-mana formal report ataupun letter memang akan guna font Times New Roman saiz 12 ataupun font Arial saiz 11. Apart than that, masuk tong sampah. Penggunaan font TNR ni memang penggunaan rasmi untuk semua media cetak sebenarnya, bukan terhad kepada urusan rasmi tapi cetakan akhbar, majalah dan buku. Penggunaan font TNR menampakkan kekemasan, kerja keras penulis konsisten dan dalam sesebuah penulisan. 

2. Justify Alignment

Apa tu justify? Ratakan kiri dan kanan perenggan tulisan. Kenapa kena justify? Supaya tulisan nampak kemas, teratur dan profesional. Banyak beza bila kita justify aligment dengan biarkan alignment hujung kiri, tengah ataupun hujung kanan. Tak susah pun nak justify, cuma highlight semua perkataan dan klik justify.

 Image result for justify words alignment
Yang bestnya bila justify ni, page yang sikit jadi banyak nak pulak kalau tengah kering idea untuk assignment. Hihu this trick works every single time. 

3. Margin

Margin ni saiz kelebaran tulisan atas kertas yang digunakan tu. Margin untuk top, bottom and right mesti 2.5cm. Untuk left 3.5cm ataupun 4cm, lebar sikit sebab nak bagi ruang untuk binding report nanti. Part ni kena hati-hati sebab lain microsoft office, lain setting dia. Sebelum print check dulu setting betul ataupun tak margin setting report tu. 

4. Spacing

Spacing report kebiasaannya saiz 1.5 tapi untuk thesis report guna saiz 2 based on my experience lah. But normally guna saiz 1.5 ataupun 2. Nampak remeh hal ni tapi banyak beza bila tiada spacing, spacing saiz 1, saiz 1.15, saiz 1.5 ataupun saiz 2. Ni pun lagi satu trick nak tambah page report hihu. 

Image result for word spacing 1.5

5. Page Break

Biasanya bila dah habis taip dekat page tu tapi panjang lagi nak masuk new page kita akan tekan enter sampai bawah lepastu bila adjust sikit dekat page sebelum, page yang bawah akan lari. Buang masa dekat edit report je kan? Here's the tips, dah habis taip dan nak pergi ke page baru, klik Insert kemudian Page Break. 

6. Save File/Document

Dah siap taip, dah siap edit report, tekan save file. Mohon taip nama dokumen guna nama rasmi sebab bila hantar guna email, bila orang download document tu keluar nama yang awak save cincai asal boleh. Kalau document tu official mohon save dengan nama rasmi biar nampak profesional tu. 

7. Convert PDF

Sebelum hantar kepada pihak berkenaan, report ataupun related documents tu convert kepada PDF supaya format tu kekal macam dalam laptop masa menaip. Bila pergi print dekat kedai pun memang tak lari ikut default setting kedai. Nanti dah print baru perasan format lari, gelabah satu hal, bazir duit satu hal. Plus, kelebihan guna PDF ni, document yang kita taip tu terpelihara. Orang tak boleh ubah dah penulisan kita.

Related image

So this is my 7 tips for you guys to apply in formal report writing. Yang ini basic sahaja tau, kalau advanced and specific details tu tanya lah dengan lecturer masing-masing. Cuma yang basic ni semua orang patut tahu dari zaman sekolah sampai zaman kerjaya. Semoga bermanfaat :)

Happy Birthday Chashma!

Monday 1 January 2018

Never have I ever thought I will wear an eyeglass. Sebab muka tak cantik bila pakai so I will avoid anything yang boleh buat mata rabun tapi tu lah as I grew older, makin banyak kerja yang libatkan screen. Dari silau biasa bertambah makin teruk nak pulak bila kena hadap screen sehabis fokus yang boleh bila buat kerja. Bila drive memang sengsara jugak lah sebab silau matahari, memang kena ada shade tapi bila malam mana boleh pakai shade so I hate driving at night. Banyak kali jugak lah hampir terbabas sebab silau punya pasal. 

So last year I've decided why not pakai before it getting worst kan? Lepas habis shopping barang dapur dekat Star Avenue nampak 'Back To School' promotion. Lepas pilih frame, ada lens checkup. Sebelum ni check boleh je nampak huruf yang paling kecil sekali tapi masa check tu, sampai berair mata nak tengok punya pasal. 

After 3 days, pergi collect and start pakai cermin mata, rasa macam wow terangnya dunia. 



Serious terang, jelas & nyata. Sebelum ni nak kena kecilkan mata untuk fokus. Tak tahu pulak bila buat macamtu makin bertambah sakit kepala. Kadang tu punya lah silau sampai menangis sebab pedih & sakit. But now tak payah nak menangis dah. Kalau tahu, dari zaman belajar lagi pakai sebab selalu sangat sakit kepala. Nak belajar pun rimas sebab silau. 

Since dah pakai spec ni, merasa lah benda-benda yang orang annoyed dengan spec. Memang nak kena jaga betul, kalau jatuh tu memang dah risau takut crack but lucky for me sebab pilih full frame. Even jatuh banyak kali pun boleh chill sikit. Paling menyampah kalau mata gatal dah tak boleh on the spot tenyeh sebab ada penghadang. Nak kena bukak soec dulu baru boleh keluarkan habuk atau bulu mata. Annoyed jugak sebab bulu mata selalu jatuh masuk dalam mata ataupun tercucuk mata. 


Part makan tu haihhh kalau makan benda panas confirm spec ada wap T.T

Kalau keluar dari office confirm buta sekejap kalau tak buka spec sebab dekat dalam office sejuk gila tapi bila keluar cuca panas kemain so spec tu penuh dengan wap sampai tak nampak langsung. Kadang tu menggelabah sendiri ingatkan dah buta pftttt. 

But above all, I am so grateful dah tak payah seksa hadap segala silau lepas pakai spec. Sakit kepala, sakit bahu & pedih mata pun dah hilang banyak lepas pakai spec. Cuma kadang-kadang rimas pakai & hidung pun lenguh tapi ramai pulak ingat saja beli spec sebab style letak spec atas kepala pffttt I've spent hundred ringgits for style? So not me!


Anyway, happy birthday my dear spectacle, please stay with me together we survive another year creating memories! Fightinggggg