Duit Istimewa RM60 & RM600 dari BNM

Friday 15 December 2017

Bersempena ulang tahun Malaysia yang ke-60, Bank Negara Malaysia (BNM)  mengeluarkan wang wang kertas khas bernilai RM60 dan RM600 bertemakan 'Raja Payung Kedaulatan Negara' sebagai tanda penghormatan kepada institusi Raja-Raja Melayu sejak tanggal 31 Ogos 1957 sehingga kini. Perjanjian yang bertarikh 5 Ogos 1957 telah mengisytiharkan Yang Di-pertuan Agung adalah ketua tertinggi persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani oleh semua pihak raja-raja Melayu pada waktu itu. 


Wang istimewa keluaran BNM ni berukuran 370mm x 220mm, antara yang terbesar di dunia dan mempunyai ciri keselamatan yang lebih tinggi berbanding wang ringgit biasa yang digunakan sekarang ni. 


Wang kertas RM 60 dan RM600 ni dibuka tempahannya pada Hari Jumaat, 5 Januari 2018 nanti dan cetakannya hanya terhad kepada 6,000 keping untuk not RM600 dan 60,000 keping sahaja untuk not RM60. 

Harga bagi setiap wang kertas istimewa

BNM juga mengeluarkan 4 jenis wang syiling emas berharga RM300, perak berharga RM150, tembaga berharga RM 15 dan juga emas Nordic berharga RM1 yang akan dijual di lelongan awam nanti. Wang kertas dan syiling keluaran istimewa BNM ni akan ditayangkan kepada umum di Muzium Bank Negara pada 21 Disember 2017 nanti dan juga akan ditayangkan di Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu pada tarikh yang sama. 

#ThrowbackThursday : Muka Rosak Sebab Local Product

Thursday 14 December 2017

Muka flawless ni memang impian semua gegadis tapi muka bila dah rosak sebab local product memang buat menangis. Around tahun 2015 rasanya masa tu housemate memang ramai sangat pakai skincare set N****N. Dah bagi hint pandai lah teka sendiri kang kena saman pulak. Dah lah muka buruk, miskin pulak tu memang cari pasal kalau kena saman. T.T

Sebelum ni pakai banyak jugak pakai drugstore product tapi banyak yang tak ada effect pun. Macam sama je tak ada perubahan pun. Dah fedup dengan drugstore product, try pakai sabun beras pun sama jugak. Tak jalan jugak. Lepastu pakai sabun madu pun sama lah. Tak ada beza pun. 

Tahun 2013
Masuk zaman study dekat UiTM mula lah naik jerawat tu. Bila tengok muka housemate kemain flawless berseri je, dari sorang yang pakai membawak ke dua lepastu tiga lepastu mula la rasa nak join sekaki.Awal tu beli sabun je dulu. Masa pakai okay je, dua tiga hari dah nampak jerawat kurang. Lepastu beli satu set, toner krim siang dengan krim malam. Seminggu je pakai dah nampak kurang banyak. Masa tu selfie memang berbakul baq hanggg. Instagram pun kemain haa update selfie bersepah. Nak makan selfie, nak solat selfie, bersiap selfie, pergi kelas selfie, dalam kelas selfie wei asal boleh merata alam pi bantai selfie. Muka tengah segak khennn. Dia punya happy tu sampai nak update dekat blog promote produk tu. Tapi tak sempat hahaha.


Masuk sebulan dua cun, tiga bulan cun lagi, lepastu dah start dah naik jerawat. Dahi pun dah start menggelupas. Awal tu ingatkan sebab stress dengan final so buat bodoh je lah. Pakai je macam biasa. Actually dari awal beli sabun lagi dah pedih dah pakai tapi sebab orang kata nak buang segala kimia drugstore product dalam kulit muka memang seksa sikit. Masa tu punya lah benak memang tabah je tahan pedih. 
Dah start bersepah jerawat.
Bila dah start naik jerawat bernanah, beli serum dia sebab diorang kata kesan dia lagi bagus dari night cream. Pakai la serum dia yang wangi tu. Sama jugak, pedih jugak. Bila dah tak tahan terus stop pakai. Sebab bila kena panas, muka memang pedih sangat. Tak sure lah merah menyala ke tak muka masa tu tapi yang penting memang pedih sampai nak berjalan pun kena lindung muka dengan buku ataupun fail. Pedih!

Masa tu tengah final, keluar rumah pun jarang kecuali pergi makan ataupun pergi exam. Muka breakout pun tak ambil pusing sangat sebab dalam kepala penuh dengan final je. Bila dah habis final, otw balik kampung singgah kejap dekat R&R nak solat. Lepas habis solat, bersiap pakai tudung terkejut tengok muka sendiri. Penuh dengan jerawat, segala jerawat ada. Jerawat pasir, jerawat batu, jerawat bernanah penuh dekat muka sampai dalam hidung pun ada wei amboi sangat. Nak menangis tengok muka sendiri macam tu tapi fikir ni semua sebab stress dengan final. Ni dah habis final surut lah nanti tu. 

TAPI TAK PUNNNNN!

2 bulan dekat rumah stop guna produk tu dah. Jerawat dah berkurang tapi still banyak lagi jerawat. Sedih betul tengok muka sendiri. Berkurung je dalam rumah sebab muka buruk. Murung jadinya. 

Lama jugak nak elokkan balik muka. Sampai sekarang pun belum okay lagi. Sekarang ni guna skincare Nutox je, dah setahun pakai okay lah tak pedih, jerawat pun tak mencanak macam dulu. Kalau nak period ataupun stress je baru naik. 

Sekarang ni amalkan cuci muka dengan makeup remover, spray dengan thermal spring water sebab office ada air-cond & pakai sunblock. Kalau jerawat naik banyak sangat, guna Vaseline sebagai masker ataupun scrub beras kunyit. 3 hari sekali exfoliate dengan St Ives. Nak compare dulu dengan sekarang, okay lah syukur sebab tak teruk sangat. Nak jumpa dengan orang pun tak segan sangat. 


Sekarang tinggal nak buang lemak dengan double chin je so kita masukkan dalam Azam 2018 nanti! 

PROGRAM AFFILIATE BAITULJANNAH

Wednesday 13 December 2017

Blogwalking tadi main klik mana suka lepastu terjumpa pasal Affiliate Baituljannah. Selama ni bila orang sebut Baituljannah haruslah terfikir pasal jodoh sebab famous kot Baituljannah ni siap ada group FB lagi. Tahun ni datang pulak program Affiliate Baituljannah which you guys can join for FREE! Nak daftar pun mudah sangat cuma isi nama, alamt email, jantina & kata laluan. What are you guys waiting for?

DAFTAR SEBAGAI AFFILIATE BAITULJANNAH

Program Affiliate BAITULJANNAHM BAITULJANNAH, apa itu baituljannah

Keistimewaan Program Affiliate BAITULJANNAH


☛ 1. Pendaftaran percuma.
☛ 2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
☛ 3. Anda hanya perlu mengajak rakan-rakan anda mendaftar di Baituljannah.com sama ada untuk mencari jodoh atau untuk menjadi ejen affiliate seperti anda.
☛ 5. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsapp dan Telegram. Kemudian, bersedia untuk menerima komisen.
☛ 6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana BAITULJANNAH beroperasi.

Program Affiliate BAITULJANNAHM BAITULJANNAH, apa itu baituljannah

Yang bestnya bila join Program Affiliate BaitulJannah ni, 15 orang ejen berdaftar yang kumpul ramai affiliate boleh menang 15 ganjaran istimewa macam dekat dalam gambar ni. Excited? Daftar lah sekarang! Tak sampai 5 minit pun nak daftar :D

Program Affiliate BAITULJANNAHM BAITULJANNAH, apa itu baituljannah



Untuk terma dan syarat penyertaan :

1. Pihak Baituljannah menyediakan sebanyak 15 hadiah ganjaran istimewa untuk 15 orang ejen affiliate pertama yang mencapai rekrut sebanyak 5,500 orang pendaftaran calon cari jodoh yang telah lulus profail dan disahkan nombor telefon.

2. Sebaik sahaja seseorang ejen affiliate itu mencapai 5,500 orang pendaftaran tersebut, dia berhak untuk memilih salah satu daripada pilihan hadiah ganjaran yang disediakan.

3. Pengiraan pendaftaran yang diambil kira hanya pendaftaran bermula pada 15 November 2017 sahaja. Pendaftaran sebelum 15 November 2017 tidak diambil kira.

4. Pengiraan pendaftaran yang diambil kira hanya pendaftaran yang direkrut oleh anda dengan menggunakan URL ID anda sendiri. Pendaftaran melalui ejen-ejen affiliate rujukan anda tidak akan diambil kira.

5. Hadiah ganjaran yang disediakan adalah terhad. Oleh itu, ejen affiliate yang terlebih dahulu mencapai sasaran mempunyai keistimewaan untuk memilih salah satu daripada mana-mana hadiah ganjaran yang masih belum ditebus ketika itu.

6. Tawaran hadiah ganjaran ini hanya sah sehingga 15 Februari 2018 sahaja.

7. Pihak Baituljannah berhak untuk menggugurkan keahlian mana-mana ejen affiliate sekiranya seseorang ejen affiliate itu didapati melanggar sebarang syarat-syarat yang ditetapkan atau menggunakan sebarang teknik yang mempunyai unsur-unsur penipuan seperti menggunakan bot untuk mendapatkan jumlah pendaftaran yang tinggi.

Wedding Aima & Ninie

Sekarang dah masuk musim orang kahwin ni rasa nak throwback wedding ceremony dua kawan sekolah BTS dulu. Since balik dari Sabah, masuk zaman kampus membawak ke zaman kerja, belum pernah lagi jumpa kawan sekelas. Kawan dari sekolah rendah pun baru sorang dua yang jumpa itupun kebetulan satu kampus dekat UiTM Segamat.

26 September 2017 wedding reception for one of my besties dekat Semenyih. Kahwin dengan polis haruslah jalan bawah pedang tapi sebab sampai lambat memang tak sempat nak tengok lah cerita dia. Dah sampai lambat satu hal, makanan pun dah nak habis. Beria makan laju-laju sebab nak kek red velvet tapi budak-budak dah habiskan. Yang geramnya tu bila ambik sendiri memang beria lah ambik banyak sudahnya makan ada lah dalam dua tiga suap. Why kids whyyyy T.T

Untuk sedapkan hati Ayat yang tengah lara kek red velvet dah habis, I said

'Tak sedap lah tu sebab tu diorang tinggal je'

Masa tu plan lepas makan, ambil gambar then balik lah sebab rimas jugak nak lepak dekat majlis kahwin ni. Bising. Nak gosip pun tak best tapi nak tunggu turn ambik gambar tu ya tuhannnn sempat lah habis dua kitab kitorang bergossip. Serious memang lama gila. I guess dalam 2 jam tunggu situ. But that's okay lah because we're waiting for other friends as well to arrive.

Ngam semua dah sampai baru dapat turn nak bergambar itupun kena cepat sebab ramai lagi kat belakang tengah beratur. Gambar cantik ke tak main hentam je asalkan ada.

Solemnization



Sama lah masa wedding Ninie dengan Eijat Sabtu lepas dekat Shah Alam. Nak bergambar dengan pengantin lama kemain tunggu. Dari pukul 8 sampai pukul 10 melepak sambil tunggu kawan-kawan yang lain sampai. But I'm glad at these two occasion, I can gathered with some of my old memories, laughing, selfies, gossiping. Tapi tu lah jumpa kejap je lah. Nak jumpa balik entah bila entah. Beria plan nak lepak sekali lah sudahnya krik krik je.




Bersyukur jugak ada rezeki dapat pergi dua majlis ni sebab dapat jumpa kawan lama yang susah sangat nak jumpa - Ainatul & Anis. Satu group whatsapp tapi nak jumpa busy kalah YB. Harap lepasni dapat jumpa the rest of them. Senior pun tak pernah jumpa lagi. Ni baru kawan kelas sendiri, kawan kelas-kelas lain belum jumpa lagi. And the list goes onnnnnn.......

Movie Review | Bisik Pada Langit (2017)

Tuesday 12 December 2017


Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis: Sofia J. Rhyland
Pelakon : Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Erwin Dawson, Fadilah Mansor
Syarikat Penerbitan: Astro Shaw, Filmscape, Nusantara Seni Karya
Pengedar: Astro Shaw
Genre : Drama
Tarikh Tayangan: 21 September 2017
Durasi Tayangan: 95 minit
Trailer :


Agak lambat jugak tengok movie melodrama paling syahdu tahun ni - you guys put that label for this movie while for me movie ni banyak loophole dia but its still good to watch since movie Melayu tak banyak pun yang berkualiti. Mungkin kita tengok movie ni dari sudut berbeza well setiap orang ada sudut perspektif dia tersendiri and mesej yang kita dapat might be different from others. 

Kecewa jugak bila riuh bercakap pasal movie ni boleh habis tisu sekotak lap air mata, kalau tengok dekat poster tu haa kemain hashtag tapi dari awal sampai habis tak jumpa scene yang boleh buat menangis cuma kesian sangat tengok Iqram dengan Zaidi. Anak-anak yang terabai oleh seorang ayah. WHY? I'm glad Hajar passed away sebab baru ayah dia nampak yang Zaidi & Iqram pun anak-anak dia.


Hajar is such a selfish character based on the story. Dia tahu ayah tak mampu tapi nak belajar oversea, dia tahu abang dia terpaksa berhenti belajar tanggung family tapi dia still nak pergi Australia walhal abang dia dah kata dekat Malaysia pun banyak lagi universiti bagus. Betul kata pakcik dia, ukur baju di badan sendiri, atap bocor pun tak terganti ada hati nak hantar anak ke oversea. Dalam rumah tu ada 4 tanggungan Ramli tapi kehendak Hajar jugak dia turutkan. 

Paling menyampah sekali, ayah dia pergi Johor Bahru pun tak pernah tapi Hajar happy ride satu Aussie? Tak sure Hajar ni dapat full scholarship ataupun ayah dia kena tanggung because nobody mentioned it anyway. Kalau dapat full scholarship kenapa Hajar tak balik cuti sem? Kalau ayah yang tanggung mana dapat duit beli superbike? Kalau superbike sewa, maybe tu punca tayar pecah sebab low quality. Maintenance superbike pun boleh tahan jugak kan? 

Throughout the movie memang suka sangat dengan watak Iqram nak pulak bila dia ingatkan abang dia berapa banyak dah abang dia berkorban untuk keluarga dengan gaji kecil macam tu. Bila Iqram ingatkan ayah dia betapa tinggi ayah dia angkat darjat Hajar dalam keluarga. Nampak dekat situ betapa gagalnya Ramli sebagai seorang bapa. Betapa ortodoksnya pemikiran Ramli bila Iqram dapat English terbaik tapi dia hancurkan harapan Iqram. Sudahnya jadi mekanik. Kalau Iqram dapat layanan macam Hajar, for sure dah boleh pergi jauh.


Ramli balik-balik sebut dia bukan saja-saja garang dengan Hajar tapi sebab nak menjaga tapi takde satu pun scene dalam movie tunjuk dia garang dengan Hajar except scene argue pasal motor. Tapi belum sampai tahap garang pun. Dia garang dengan Iqram je. Tapi tu bukan garang, tu pilih kasih. Tu kejam. Sorry I really hate Ramli for treating Zaidi & Iqram like they're nothing. Menyampah jugak tengok dia asyik marah dengan Wan tu sedangkan Wan yang tolong dari awal sampai jenazah sampai. Ramli ni ada pengalaman trauma dengan lelaki ke macam mana? Dashat sangat trust issues dia.

Dialogue dia ada some part yang terjongket kening jugak macam 'Hajar selalu doakan ayah dengan mak, dari fajar, dhuha sampailah maghrib' I was like errr where's Isyak btw? 

Dalam video Hajar ada tunjuk laut dekat Aussie cantik tapi air keruh padahal dekat Tanjung Piai air cantik kemain. Jatuh cinta jugak dengan cinematoghraphy movie ni, memang top-notch campur pulak dengan lagu Lygophobia karya Akim & Laq memang kena sangat sebagai soundtrack.


Part Beto kata Hajar accident sebab tayar pecah & bukan sebab laju padahal dia memang speed sampai Wan tu tertinggal jauh dekat belakang. Plus apa motif ride superbike kalau nak bawak sempoi? Baik naik basikal enjoy the view. Tapi VFX dia tak kemas sangat masa shot superbike Hajar pecah tu. But that's okay lah tak penting sangat pun.


Dekat ending scene tu Ramli ada kata kedatangan Hajar tu mengajar dia erti bersyukur tapi I rasa perginya Hajar tu buat dia bersyukur sebab dia dah nampak Zaidi & Iqram tu pun anak berguna? Sampai sekarang tak nampak kenapa movie ni Bisik Pada Langit. Lagi cantik kalau tajuk Hajar since movie ni tentang dia. 

Btw jauh beno Ramli bawak Hajar memancing sampai ke Tanjung Piai sana. Lawak jugak bila phone 3310 Nokia legend tu ada ringtone iphone siap boleh loudspeaker amboi. And oh, Beto sakit mata ke masa berlakon sebab scene dia balik dari jual kebun ayah dia tu mata dia berdarah?


Anyway, this is my rating for the movie 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline 0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing 0, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6/10

For me, movie Bisik Pada Langit ni kalau buat cerekarama dah okay kot. Jauh dia pergi sampai ke layar perak padahal cerita dia biasa je. Ni ramai yang cakap Pinjamkan Hatiku ni best. Entah ye entah tidak diorang ni.