Movie Review : Thor Ragnarok

Monday 6 November 2017

I'm not a fan of superheroes movies but I go watch this because orang belanja. Hihu

Image result for thor ragnarok

Director : Taika Waititi
Cast : Chris Hemsworth, Cate Blanchett, Tom Hiddleston, Tessa Thompson
Genre : Fantasy/Science Fiction, Action
IMDB Rating : 8.2/10
Trailer : 


Judging from the trailer, it looks great with action and fiction so I'm expecting more for that but it turns out to be one of super hilarious comedy movie? Am I missing anything here? Rasanya 2 movie Thor and some of Thor's cameo in Avengers franchise tampilkan Thor yang aggressive, powerful, strong but in this one he looks like a loser. 

His attempt to looks funny and cute is a total failure. Dari awal lagi dah buat lawak bodoh masa dia menyembang dengan Surtur tentang Ragnarok & Asgard akan hancur. & then here comes the Skurge lagi sorang loser out of nowhere ya tuhannn karakter dia lemahnya why exist acah nak prove himself nak pancung kepala orang pun muka nak nangis cari mak. Motif Hela ambil dia jadi orang kanan?

The only thing yang okay dalam movie ni cuma LOKI. Tapi Loki, seriously kalah dengan Doctor Strange? You're God of Destruction for God's sake are you even thousand years old? Really?

Image result for thor ragnarok

Not only Thor nampak loser without his hammer, even Valkyrie the greatest warrior in Asgard also affected. Mungkin saja nak bagi karakter tu nampak lemah sebab bertarung dengan the greatest HELA. Tapi Hela taklah savage mana pun. Takat rebonding rambut lepastu keraskan balik supaya dapat shape tanduk cenggitu je lah dia. Goddess of Death lewlz sleeping is better than watching this movie. I dont know lah in terms of action this movie fails terribly. Yang mana suka recycle jokes and stupid jokes maybe terhibur lah kot dengan movie ni. 

Related image

I hate science subject so Idk the difference between kekuatan renjatan elektrik dari taser tag dengan kekuatan renjatan elektrik panahan petir kepada tubuh manusia because Thor cannot handle when being electrified with taser tag. He fainted. The God of Thunder fainted. 

And this Korg oh my god why exist?

To spend 2 hours watching this movie is absurd. Better baca komik guys. This movie ain't worth it. 

Eh but I already fall in love with the soundtrack, Immigrant Song - Led Zeppelin! It fits perfectly with every scenes in this movie. They got me at aaaahhhhhhhhh! Kbai.

1. Team Production 0, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline 0, 5. Casting +1, 6. Genre 0, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 5.5/10

Bayar Saman MPSJ Secara Online

Bulan Oktober ni agak malang lah jugak bagi poket sebab ada je masalah datang tapi yang ni sendiri cari pasal. Ingatkan sekejap je urusan dengan Maybank tapi pegawai dia buat silap pulak sampai lupa park dekat depan bank. Masa tu nak parking dekat Giant tapi Giant tak buka lagi. Parking lain semua dah penuh. Masa tu fikir urusan kejap je ni, sudahnya sangkut dari pagi sampai tengahari. Hambek! 

*Jangan pergi Maybank Kinrara sebab bad service from their staff. Not only me but ada jugak yang terkena dengan kecuaian diorang. Bad service satu hal, there's also no apology from them*

Nak menapak ke MPSJ tu memang malas so I will always find alternative untuk bayar online. Senang, klik2 je dah siap. Tak payah tension hadap trafik bagai. 


Nak bayar saman MPSJ ni mudah je kalau online tapi tolong pastikan internet laju kalau tak, mereput lah kau tunggu page dia loading zahabedah berat betul. 

Step first sekali haruslah pergi dekat laman web MPSJ lepastu klik bahagian kompaun. Tak perlu register bagai sebab korang masuk sebagai pelawat. 


Lepas dah klik bahagian kompaun, akan keluar window baru and then masukkan no plat kereta ataupun no kompaun ataupun no IC then klik Cari


Dah tekan cari, nanti keluar lah kesalahan trafik korang tu. Kalau bayar awal, MPSJ charge RM20 je. Ni jadi RM30 sebab busy sangat minggu lepas sampai lupa nak bayar padahal Jumaat lepas dah isi dah details kad debit tapi buat separuh jalan je bila boss cari. T.T


Untuk yang dah bayar, dia akan keluar macam ni lah. Dah selesai dah. Tapi yang belum bayar, ada button klik untuk buat bayaran di kotak TARAF tu. Klik je dekat situ lepastu klik dekat BAYARAN ONLINE. 


Isi semua details yang diperlukan tu lepastu tick dekat box Saya setuju dengan T&C lepastu tekan lah Visa/Mastercard tu haaa. Kalau kau Amex tekan Amex lah. Earlier I said make sure internet kena laju kan? Sebab taknak nanti masa tengah process payment, disconnected pulak. Dah satu hal kau kena call En Khairil Anuar dengan pihak bank sekali. 

Dah settle bahagian ni, tunggu TAC/OTP masuk untuk pengesahan & then tekan submit. And its DONE! Nanti akan dapat mesej dari pihak MPSJ bahawasanya bayaran kompaun dah selesai. Dah settle hutang hihu. 

Ice Bucket Aeon Shah Alam

Image result for ice bucket shah alam

Dah lama dah menapak dekat sini tapi baru harini nak update sebab nak kosongkan gallery hihu. 

Sebelum ni banyak kali lah nampak orang buat thread dekat Twitter cakap sini tempat wajib pergi tapi kecewa betul bila pergi bayar duit harga tak berbaloi langsung. Malas nak ambil bucket sebab takut tak habis because the size is quite large. Kalau grouping berbaloi lah kot. 

I must say this one is overrated place to go for. Ice cream tak sedap, ice blended pun hambar. Better pergi dekat warung sana ataupun beli ice-cream dalam tupperware je. 

Ice Chocolate
This is the worst combination I must say. Bila makan ni tak boleh nak chill langsung. Ice cream on top, cereal dekat bawah. Bila lambat makan ice-cream haruslah basah dekat bawah habis lemau segala biscuits & cereals. For God's sake, WHYYYY?!!

Dragon Fruit Ice Blended

Belum pernah lagi minum ice blended hambar cenggini. Tawar and even ais pun tak hancur. Spoil teruk. Nasib lah tak besar sangat so tak lah terseksa sangat. 

Lepasni memang tak lah nak repeat lagi dekat sini. Baik buat sendiri je dekat rumah guys. Service dia biasa je lah sebab kedai tak besar mana so diorang boleh lah focus on their work and serving customer. Decoration, cleanliness pun okay je. Cuma harga lah dengan product tu tak berbaloi langsung. Kbai.

Gegar Vaganza Musim 4 2017

Setahun penantian berakhir lepas pengumuman pada tarikh 29 Oktober rancangan program Gegar Vaganza Musim Ke4 akan ditayangkan secara langsung di Astro. Lepas berakhirnya GV3, 12 peserta telah dipilih iaitu 

Peserta lelaki
1. Aqasha
2. Lan Kristal
3. Hazami
4. Tia Jinbara
5. Ferhad (Singapura)
6. Firman Siagian (Indonesia)

Peserta wanita
1. Liza Hanim
2. Aishah
3. Elyana
4. Syura
5. Haida
6. Raja Azura


Gegar Vaganza 4 (2017)

Yang excitednya tahun ni ramai yang power join program ni antaranya Liza Hanim, Aishah, Hazami, Jinbara, Firman & Lan Kristal. Serious tak tahu nak pilih siapa. But I guess I'm rooting for Kak Liza Hanim. 

Happy sangat bila Hazami perform lagu Mungkir Bahagia & Liza Hanim pilih lagu Siapa Sangka Siapa Menduga because both of them are my fav. Lepas tengok performance Aqasha, I goes like wow! Tak sangka suara Aqasha serak basah dan secara tiba2 nak jadi fans Aqasha. 

Anyway, here goes the song list. 

Peserta lelaki 
1. Aqasha - Embun
2. Lan Kristal - Seragam Hitam
3. Hazami - Mungkir Bahagia
4. Tia Jinbara - Farhana
5. Ferhad (Singapura) - Kasih Berubah
6. Firman Siagian (Indonesia) - Kehilangan

Peserta wanita
1. Liza Hanim - Siapa Sangka Siapa Menduga
2. Aishah - Janji Manismu
3. Elyana - Tak Tercapai Akalmu
4. Syura - Nazam Berkasih
5. Haida - Zapin Usik Mengusik
6. Raja Azura - Hati Terkunci

Macam tahun lepas jugak, tahun ni tak dapat tengok live so mengharapkan ehsan DFM2U dengan Kepala Bergetar upload video full. Tak suka tengok Live+ GV sebab tak best. Tahun lepas dah trauma dengan Zakaria Anjang. I loathe him & that vulgar character. Yang belum tengok, Klik SINI

Lirik Esok Masih Ada - Hannah Delisha

Sebelum ni tak pernah tahu pun yang Hannah Delisha ni penyanyi & rupanya Delisha tu nama kumpulan Hannah masa dekat Singapore dulu. Tahu pun sebab baca dekat newspaper yang ramai kecam Hannah mengada nak jadi penyanyi padahal suara tak sedap mana. 

Bila ramai yang kecam, nak tahu jugak teruk sangat ke suara Hannah menyanyi sebab sebelum ni pernah je dengar dia menyanyi live dekat rancangan Astro duet bersama Hael Husaini nyanyi lagu Jampi. Okay je. 

Dah dengar lagu Esok Masih Ada lagi lah jatuh cinta dengan Hannah Delisha ni sebab suara dia macam suara Gita Gutawa. Nak pulak lagu ni hasil karya Hyper Act lirik pulak oleh Frozen. Great combination I must say. 


Lagu : Esok Masih Ada
Artis : Hannah Delisha
Komposer : Akir Hyper Act 
Lirik : Frozen

Sempurna
Apakah maknanya
Mungkin sekadar
Rasa yang dijanji seketika

Cintaku
Benar untuk dia
Namun apakah sudahnya pun semalam

Hadirnya rindu ini
Akhirnya ku mengerti
Bayang kenangan kita berdua

Di ruang ini cintaku bertemu
Mengertilah kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada

Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada

Percaya
Terukir takdirnya
Bukannya dusta
Cintaku untukmu selamanya

Hadirnya rindu ini
Akhirnya ku mengerti
Bayang kenangan kita berdua
Di ruang ini cintaku bertemu

Mengertilah kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada

Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada

Dalam hilangku cari
Setiaku berjanji
Jiwa kita bersama
Kasihku dikau segala

Mengertilah
Kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada

Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada

Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada

The Chronicles Sushi King Beef Special

Saturday 4 November 2017

Image result for the chronicles of beef sushi king

This is actually my first time menapak ke Sushi King sebab sebelum ni tak pernah pun makan sushi tapi lepas makan dekat Seoul Garden rasa sedap pulak. Upon suggestion from my friends, ajak lah adik pergi makan sana. Nak pulak tengah ada Bonanza RM3 padahal bukan ahli lambat lagi huhu misinformation teruk nau.

Lepas dah makan baru tau nikmat makan sushi ni. Sedap nokharommm tapi nak makan selalu memang tak lah sebab muak. Nasi pulak tu bahan utama dia. 


Masa nak order gigih tau panggil waiter padahal kalau nak order, tekan je dekat tab ni haaa. First time khennn. Tapi dekat franchise Star Avenue ni tak banyak sangat choice. Sedih jugak lah dalam menu bersepah tapi sebenarnya berapa ciput je. 


Jatuh cinta betul dengan telur ikan ni. Nampak je terus ngap masuk mulut. Sama lah dengan baby octopus ni. Ada set macamni je sushi punya takde :(


Selama ni terliur betul tengok sushi salmon cenggini rupanya bila dah makan baru tahu dia punya hambar tu kemain jauh betul perginya. Dah cicah dengan kicap tu pun still hambar. Walaupun antara top choice but definitely not my choice. Sorry sashimi

Related image

Sushi Ebi Fry ni pun hambar jugak actually sebab all this while I thought ebi ni crispy tapi dia macam lembut sikit. Bila makan dengan nasi tu satu pun dah cukup dah. Muak betul rasa dia.

Related image

Untuk set Beef Chronicles ni, saja try ambil Yakiniku Foilyaki Set dengan Spicy Gyu Nabe Udon. Tak pernah lagi makan Udon rasa dia chewy sikit & I don't like chewy stuff. Lebih kurang sama lah macam mi samyang tu. Chewy tebal hambar. Nasib lah kuah dia sedap. 


Yakiniku Foilyaki Set
Set Yakiniku Foilyaki ni tak sedap. Daging dia pun sikit je dalam foil wrap tu. Dia hidangkan dengan nasi putih, telur steam rasanya dengan sup apa entah. Yang penting telur dia bau telur tembelang tu. Rasa hanyir kemain. Sama lah macam sup dia. Loya tekak.

Spicy Gyu Nabe Udon



3 ni antara sushi yang paling hambar I guess & of course lah inari yang paling hambar. Rasa macam makan nasi dengan tauhu goreng je huhu. Scallop pun sama. Macam makan nugget dengan nasi je. Ai is sad. 



Settle 12 pinggan sushi semalam. And oh 2 pinggan cheesecake sebab cheesecake dia sedapnya ya tuhannn. Melt dalam mulut tu yummy sangat. Tapi nak makan banyak confirm muak nanti.



Since lupa nak bawak air sendiri, terpaksa lah order beverages dekat Sushi King. Nasib lah jenis minum lepas habis makan, dapat gelas kecik cenggini memang rasa nak nangis je bila minum. Total up semua semalam RM106. Rasanya tunggu tahun depan pulak kot baru makan balik kat Sushi King & definitely nak makan dekat tempat yang ramai orang sikit baru lah meriah rambang mata nak makan yang mana. 

Saringan Kesihatan Mental

Thursday 2 November 2017

Baru je siang tadi update bagi advice & tips nak control rasa murung sebab ada yang bertanya dekat entri ni. Ingatkan selama ni dah makin berkurang dah rupanya macam tak berganjak je haha no wonder lah lately berat sangat rasa. 



Ni hasil result masa jawab saringan sakit mental tadi. Terkejut jugak actually tengok result sebab serious ingat dah okay banyak dah. Maybe sebab sekarang tengah banyak masalah kot sebab tu dapat result macam ni. 

Kalau cenggini gayanya nanti dapat duit kutu kena pergi holiday ni tapi masalahnya audit pulak hujung bulan nanti. Perasan jugak sekarang ni rasa nak tidur je walaupun bukan timing untuk tidur. Maybe dah kena start buat yoga ataupun outdoor activity lebih sikit bagi stress tu hilang. Dapat turun pergi tahap sederhana pun dah okay dah. 

For those yang nak check kesihatan mental korang di tahap mana, boleh klik SINI. Nanti dah habis jawab, result akan dihantar di email korang.

Rasa Sampah, Rasa Wasted, Here Some Advice

Lately suka masuk Askfm sebab sejak dah upgrade ni makin ramai yang hantar shoutout dekat askbox. Perasan jugak lah ada yang minta tips itu ini tapi tertarik dengan soalan macamni sebab pernah ada dekat fasa ni dulu. Sekarang pun ada jugak tapi tak seteruk dulu.






Perasaan sedih, wasted, depressed tu sentiasa akan ada, nak pulak bila kita serba kekurangan. Tak ada manusia perfect pun dekat dunia ni tapi untuk hidup happy macam orang lain, kebahagiaan tu kena datang dari kita sendiri lah. Here some tips for you guys 

1. Sasaran RENDAH

Bila kita sedih, murung, rasa putus asa dengan kehidupan, normally 70-90% badan kita dah stop functioning. Even our mind shut down sebab tu rasa nak tidur je. Rasa lesu, rasa letih. So what I'm doing to avoid this, I buat To-Do-List tapi dalam pecahan yang banyak dan spesifik. Memang at first rasa stress sebab banyak tapi makin banyak items dah crossed out, memang rasa happy sangat. Bila dah habis cross semua, mula semangat untuk perkara yang lagi besar. 

Related image

2. Motivate diri sendiri

Dalam sehari boleh kira berapa kali je kita bagi kata semangat dekat diri sendiri. Yang banyaknya maki diri sendiri ada lah. 'Eh bodohnya aku ni' 'Eii benda senang macamni pun aku tak boleh nak buat'. Cuba tukar rasa nak marah tu dengan kata-kata membina. Bukan untuk orang lain je tau kita kena bagi kata-kata semangat, dekat diri sendiri patutnya lebih lagi. Bila dah sayang diri sendiri baru boleh sebarkan kebahagiaan dekat orang lain. 

3. Bina sistem sokongan

Macam mana nak bina? Dengan bergaul dengan orang tersayang. Kalau ada masalah, jangan simpan tapi cari kawan yang memang bersikap positif ataupun ahli keluarga yang selalu ada untuk kita. Jangan tengah ada masalah pergi jumpa member perangai suka melahar, memang boleh menangis murung makin teruk lah cerita dia. 


4. Sibukkan diri

Like I said earlier, kita kena ada sistem sokongan tapi jangan terlampau attached dengan sistem sokongan sampai tak mampu nak bergerak sendiri. Selalunya jadi bila kita attached sangat dengan something or somebody, bila hilang memang boleh jatuh terus. Sibukkan diri dengan aktiviti indoor ataupun outdoor. Kalau dah rasa ada dalam zon yang sama, keluar dari zon tu & bina zon kehidupan yang baru. Belajar atau cuba sesuatu yang baru. Tak apa kalau kita jatuh tapi yang penting kita sentiasa kuat untuk bangun balik. 


I guess 4 tips ni je for now sebab amalkan yang ni je sekarang untuk elakkan rasa murung sebab bila murung, mudah sangat rasa letih, bad mood & menangis. Habis semua kerja tak boleh buat. So I hope these tips membantu you guys. Take a great care everyone! :)

Penjualan Data Peribadi

Tuesday 31 October 2017

Lately dalam seminggu berapa kali dapat call dari ejen insurans, scammers, salesmans dari dalam ataupun luar negara. Kadang bukannya seminggu, dalam sehari boleh dapat banyak call sampai rasa nak tukar terus nombor telefon. Tu belum masuk lagi mesej. How is this happened?

Baru-baru ni Lowyat.net dedahkan data rakyat Malaysia dijual secara meluas & pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia tengah berusaha mencari individu & organisasi yang terlibat dalam hal ni. Mungkin orang rasa benda ni simple je. Alahhh tak payah lah angkat kalau number tak kenal call. Install apps sekian sekian untuk tahu siapa yang call. 

Tapi sampai bila kita nak diganggu oleh golongan ni? Little did you know, data seseorang iaitu nama, umur, nombor telefon, alamat rumah boleh dibeli bermula dari harga RM0.20 hingga RM0.50 seorang. Suprisingly yang menjual data kita ni bukan orang yang jauh dengan kita pun tapi yang ada sekeliling kita antaranya syarikat telco di Malaysia, Jobstreet, pusat perubatan dll. Semua data ni dikumpul dari tahun 2012 hingga tahun 2015. Yang mana tak pernah tukar number phone dalam area tahun tu, kemungkinan besar data dia dah pun dijual & besar kemungkinan dah masuk darkweb dah pun.

Data yang dijual dari syarikat Telco

Data yang dijual dari pusat perubatan

Maybe ada yang nampak benda ni remeh, setakat nama, umur, no IC, alamat rumah tapi sebab benda remeh ni lah boleh wujud identiti kedua. Mana kita nak tahu ada orang guna identiti kita untuk jalankan illegal business. Tahu2 je polis dah datang ketuk rumah. Tu belum masuk kes duit boleh hilang dari akaun bank walhal tak buat sebarang transaksi. 

Tahun 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi telah digubal untuk melindungi data kita yang diperolehi dari semua individu atau organisasi yang memproses data peribadi kita dari digunakan oleh pihak lain untuk tujuan komersial. Antara contoh data peribadi yang dimaksudkan ialah :
  1. Nama dan alamat
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor pasport
  4. Maklumat kesihatan
  5. Alamat e-mel
  6. Gambar
  7. lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
  8. Maklumat dalam fail peribadi
Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ni, subjek mempunyai 6 hak dalam melindungi data peribadi, antaranya ialah :
  1. Hak untuk diberitahu samada data mereka diproses oleh sesebuah organisasi
  2. Hak untuk mengakses data peribadi
  3. Hak untuk membetulkan data peribadi
  4. Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi
  5. Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress)
  6. Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung

You guys boleh baca tentang akta ni dengan lebih lanjut di SINI. Well, lets hope for the best sementara KKM & PDRM menyiasat kes ni & for those yang dah rimas kena kacau dengan semua nombor yang tak dikenali mungkin boleh call Telco provider korang & bagitahu masalah ni before anything bad happened. :)

Movie Review : Toilet Ek Prem Katha

Monday 30 October 2017

Just like every year, Akshay will come up with a social movie for his fans and country and this time around its Toilet : Ek Prem Katha. Mengisahkan tentang Jaya (Bhumi Padnekar) yang berkahwin dengan Keshav (Akshay Kumar) tapi lari keluar dari rumah lepas dia tahu dekat rumah Keshav tak ada tandas. It supposed to be funny but it is not & this movie is based on a true story of Anita Narre di India sana. 

Image result for toilet movie

Director : 
Cast : 
IMDB Rating : 7/10
Trailer :



First half movie ni agak draggy and I can't find the chemistry between Akshay-Bhumi. Yes, both of them are talented but their onscreen chemistry is nowhere to be found. First half cerita tentang kisah percintaan diorang & macam mana Jaya nak survive tanpa ada tandas di rumah Keshav lepas berkahwin. Setiap pagi sebelum Subuh semua perempuan dekat kampung tu akan keluar ramai-ramai pergi berak dekat semak so masa tu lah diorang akan bergosip sambil berak. 

Idk how they survived for years living like that. Jadi isu bila ada team Bollywood datang buat shooting kacau diorang nak berak sebab malu lah bila orang nampak sedangkan dah tahun 2017 kot. Kenapa tak ada tandas dalam rumah diorang di kampung tu? Sebab melangggar adat & budaya pemahaman diorang di mana dalam rumah tak boleh ada tandas sebab dianggap mengganggu kesucian rumah tu. Rumah tempat kita beribadat tapi tandas tempat kita membuang benda kotor dalam badan. 

Bab romantik kisah percintaan Jaya-Keshav memang on point sebab Akshay memang handal jadi romeo ni tapi movie ni jadi huru-hara bila first half dia dah drag then masuk second half dia nak angkut satu negara masuk sekali dalam masa yang singkat. I feel the excitement of this movie dekat second half bila Keshav start jumpa menteri untuk selesaikan masalah tandas dia lepas bini dia dah lari tinggalkan dia. Siapa je yang tahan duduk dalam rumah yang takde tandas. Kalau nak terkencing terberak semua kena tunggu pagi esok. 


I really love it when director point out bukan salah kerajaan yang tak ambil kisah tapi salah diri sendiri yang taknak berubah bila Keshav beria salahkan kerajaan taknak bina tandas di kampung dia. Sama lah macam dekat negara kita, dah ada kemudahan dari kerajaan tapi rakyat yang rosakkan & susahkan orang lain yang betul-betul memerlukan. & even Keshav dah bina tandas untuk Jaya pun, ayah dia rosakkan sebab melanggar adat & budaya. Tu belum masuk part kecaman yang Keshav terima dari kaum perempuan sendiri sebab berkahwin dengan perempuan berpelajaran tinggi sampai melanggar adat. What a great highlight. Bukan senang nak ubah mentaliti orang. 

Image result for toilet movie

Scene lawak dalam movie ni terhibur nak pulak bila masuk scene Naru tapi ada some part yang terlampau try hard. Terlampau bergantung dengan Sunny Leone untuk buat lawak pun tak boleh jugak sebab mengah bila tengok. Soundtrack movie ni hambar tak macam movie Akshay yang lain tapi lagu Hans Mat Pagli deserves to be in the playlist. 

I wish diorang tunjuk how chaotic public servants bila tandas dekat pejabat kena kunci sebab part tu kira strong part jugak lah yang menggerakkan movie ni. Dari 11 bulan permohonan jadi seminggu je memang kena ada something powerful lah. Like I said earlier, second half memang huru-hara. Tak hairan pun lah macam mana movie ni boleh dapat kutipan tinggi sebab fans Akshay Kumar yang naikkan kutipan while for me, movie ni gagal in terms of entertaining & educating. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10