Gegar Vaganza Musim 4 2017

Monday 6 November 2017

Setahun penantian berakhir lepas pengumuman pada tarikh 29 Oktober rancangan program Gegar Vaganza Musim Ke4 akan ditayangkan secara langsung di Astro. Lepas berakhirnya GV3, 12 peserta telah dipilih iaitu 

Peserta lelaki
1. Aqasha
2. Lan Kristal
3. Hazami
4. Tia Jinbara
5. Ferhad (Singapura)
6. Firman Siagian (Indonesia)

Peserta wanita
1. Liza Hanim
2. Aishah
3. Elyana
4. Syura
5. Haida
6. Raja Azura


Gegar Vaganza 4 (2017)

Yang excitednya tahun ni ramai yang power join program ni antaranya Liza Hanim, Aishah, Hazami, Jinbara, Firman & Lan Kristal. Serious tak tahu nak pilih siapa. But I guess I'm rooting for Kak Liza Hanim. 

Happy sangat bila Hazami perform lagu Mungkir Bahagia & Liza Hanim pilih lagu Siapa Sangka Siapa Menduga because both of them are my fav. Lepas tengok performance Aqasha, I goes like wow! Tak sangka suara Aqasha serak basah dan secara tiba2 nak jadi fans Aqasha. 

Anyway, here goes the song list. 

Peserta lelaki 
1. Aqasha - Embun
2. Lan Kristal - Seragam Hitam
3. Hazami - Mungkir Bahagia
4. Tia Jinbara - Farhana
5. Ferhad (Singapura) - Kasih Berubah
6. Firman Siagian (Indonesia) - Kehilangan

Peserta wanita
1. Liza Hanim - Siapa Sangka Siapa Menduga
2. Aishah - Janji Manismu
3. Elyana - Tak Tercapai Akalmu
4. Syura - Nazam Berkasih
5. Haida - Zapin Usik Mengusik
6. Raja Azura - Hati Terkunci

Macam tahun lepas jugak, tahun ni tak dapat tengok live so mengharapkan ehsan DFM2U dengan Kepala Bergetar upload video full. Tak suka tengok Live+ GV sebab tak best. Tahun lepas dah trauma dengan Zakaria Anjang. I loathe him & that vulgar character. Yang belum tengok, Klik SINI

Lirik Esok Masih Ada - Hannah Delisha

Sebelum ni tak pernah tahu pun yang Hannah Delisha ni penyanyi & rupanya Delisha tu nama kumpulan Hannah masa dekat Singapore dulu. Tahu pun sebab baca dekat newspaper yang ramai kecam Hannah mengada nak jadi penyanyi padahal suara tak sedap mana. 

Bila ramai yang kecam, nak tahu jugak teruk sangat ke suara Hannah menyanyi sebab sebelum ni pernah je dengar dia menyanyi live dekat rancangan Astro duet bersama Hael Husaini nyanyi lagu Jampi. Okay je. 

Dah dengar lagu Esok Masih Ada lagi lah jatuh cinta dengan Hannah Delisha ni sebab suara dia macam suara Gita Gutawa. Nak pulak lagu ni hasil karya Hyper Act lirik pulak oleh Frozen. Great combination I must say. 


Lagu : Esok Masih Ada
Artis : Hannah Delisha
Komposer : Akir Hyper Act 
Lirik : Frozen

Sempurna
Apakah maknanya
Mungkin sekadar
Rasa yang dijanji seketika

Cintaku
Benar untuk dia
Namun apakah sudahnya pun semalam

Hadirnya rindu ini
Akhirnya ku mengerti
Bayang kenangan kita berdua

Di ruang ini cintaku bertemu
Mengertilah kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada

Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada

Percaya
Terukir takdirnya
Bukannya dusta
Cintaku untukmu selamanya

Hadirnya rindu ini
Akhirnya ku mengerti
Bayang kenangan kita berdua
Di ruang ini cintaku bertemu

Mengertilah kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada

Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada

Dalam hilangku cari
Setiaku berjanji
Jiwa kita bersama
Kasihku dikau segala

Mengertilah
Kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada

Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada

Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada

The Chronicles Sushi King Beef Special

Saturday 4 November 2017

Image result for the chronicles of beef sushi king

This is actually my first time menapak ke Sushi King sebab sebelum ni tak pernah pun makan sushi tapi lepas makan dekat Seoul Garden rasa sedap pulak. Upon suggestion from my friends, ajak lah adik pergi makan sana. Nak pulak tengah ada Bonanza RM3 padahal bukan ahli lambat lagi huhu misinformation teruk nau.

Lepas dah makan baru tau nikmat makan sushi ni. Sedap nokharommm tapi nak makan selalu memang tak lah sebab muak. Nasi pulak tu bahan utama dia. 


Masa nak order gigih tau panggil waiter padahal kalau nak order, tekan je dekat tab ni haaa. First time khennn. Tapi dekat franchise Star Avenue ni tak banyak sangat choice. Sedih jugak lah dalam menu bersepah tapi sebenarnya berapa ciput je. 


Jatuh cinta betul dengan telur ikan ni. Nampak je terus ngap masuk mulut. Sama lah dengan baby octopus ni. Ada set macamni je sushi punya takde :(


Selama ni terliur betul tengok sushi salmon cenggini rupanya bila dah makan baru tahu dia punya hambar tu kemain jauh betul perginya. Dah cicah dengan kicap tu pun still hambar. Walaupun antara top choice but definitely not my choice. Sorry sashimi

Related image

Sushi Ebi Fry ni pun hambar jugak actually sebab all this while I thought ebi ni crispy tapi dia macam lembut sikit. Bila makan dengan nasi tu satu pun dah cukup dah. Muak betul rasa dia.

Related image

Untuk set Beef Chronicles ni, saja try ambil Yakiniku Foilyaki Set dengan Spicy Gyu Nabe Udon. Tak pernah lagi makan Udon rasa dia chewy sikit & I don't like chewy stuff. Lebih kurang sama lah macam mi samyang tu. Chewy tebal hambar. Nasib lah kuah dia sedap. 


Yakiniku Foilyaki Set
Set Yakiniku Foilyaki ni tak sedap. Daging dia pun sikit je dalam foil wrap tu. Dia hidangkan dengan nasi putih, telur steam rasanya dengan sup apa entah. Yang penting telur dia bau telur tembelang tu. Rasa hanyir kemain. Sama lah macam sup dia. Loya tekak.

Spicy Gyu Nabe Udon



3 ni antara sushi yang paling hambar I guess & of course lah inari yang paling hambar. Rasa macam makan nasi dengan tauhu goreng je huhu. Scallop pun sama. Macam makan nugget dengan nasi je. Ai is sad. 



Settle 12 pinggan sushi semalam. And oh 2 pinggan cheesecake sebab cheesecake dia sedapnya ya tuhannn. Melt dalam mulut tu yummy sangat. Tapi nak makan banyak confirm muak nanti.



Since lupa nak bawak air sendiri, terpaksa lah order beverages dekat Sushi King. Nasib lah jenis minum lepas habis makan, dapat gelas kecik cenggini memang rasa nak nangis je bila minum. Total up semua semalam RM106. Rasanya tunggu tahun depan pulak kot baru makan balik kat Sushi King & definitely nak makan dekat tempat yang ramai orang sikit baru lah meriah rambang mata nak makan yang mana. 

Saringan Kesihatan Mental

Thursday 2 November 2017

Baru je siang tadi update bagi advice & tips nak control rasa murung sebab ada yang bertanya dekat entri ni. Ingatkan selama ni dah makin berkurang dah rupanya macam tak berganjak je haha no wonder lah lately berat sangat rasa. 



Ni hasil result masa jawab saringan sakit mental tadi. Terkejut jugak actually tengok result sebab serious ingat dah okay banyak dah. Maybe sebab sekarang tengah banyak masalah kot sebab tu dapat result macam ni. 

Kalau cenggini gayanya nanti dapat duit kutu kena pergi holiday ni tapi masalahnya audit pulak hujung bulan nanti. Perasan jugak sekarang ni rasa nak tidur je walaupun bukan timing untuk tidur. Maybe dah kena start buat yoga ataupun outdoor activity lebih sikit bagi stress tu hilang. Dapat turun pergi tahap sederhana pun dah okay dah. 

For those yang nak check kesihatan mental korang di tahap mana, boleh klik SINI. Nanti dah habis jawab, result akan dihantar di email korang.

Rasa Sampah, Rasa Wasted, Here Some Advice

Lately suka masuk Askfm sebab sejak dah upgrade ni makin ramai yang hantar shoutout dekat askbox. Perasan jugak lah ada yang minta tips itu ini tapi tertarik dengan soalan macamni sebab pernah ada dekat fasa ni dulu. Sekarang pun ada jugak tapi tak seteruk dulu.






Perasaan sedih, wasted, depressed tu sentiasa akan ada, nak pulak bila kita serba kekurangan. Tak ada manusia perfect pun dekat dunia ni tapi untuk hidup happy macam orang lain, kebahagiaan tu kena datang dari kita sendiri lah. Here some tips for you guys 

1. Sasaran RENDAH

Bila kita sedih, murung, rasa putus asa dengan kehidupan, normally 70-90% badan kita dah stop functioning. Even our mind shut down sebab tu rasa nak tidur je. Rasa lesu, rasa letih. So what I'm doing to avoid this, I buat To-Do-List tapi dalam pecahan yang banyak dan spesifik. Memang at first rasa stress sebab banyak tapi makin banyak items dah crossed out, memang rasa happy sangat. Bila dah habis cross semua, mula semangat untuk perkara yang lagi besar. 

Related image

2. Motivate diri sendiri

Dalam sehari boleh kira berapa kali je kita bagi kata semangat dekat diri sendiri. Yang banyaknya maki diri sendiri ada lah. 'Eh bodohnya aku ni' 'Eii benda senang macamni pun aku tak boleh nak buat'. Cuba tukar rasa nak marah tu dengan kata-kata membina. Bukan untuk orang lain je tau kita kena bagi kata-kata semangat, dekat diri sendiri patutnya lebih lagi. Bila dah sayang diri sendiri baru boleh sebarkan kebahagiaan dekat orang lain. 

3. Bina sistem sokongan

Macam mana nak bina? Dengan bergaul dengan orang tersayang. Kalau ada masalah, jangan simpan tapi cari kawan yang memang bersikap positif ataupun ahli keluarga yang selalu ada untuk kita. Jangan tengah ada masalah pergi jumpa member perangai suka melahar, memang boleh menangis murung makin teruk lah cerita dia. 


4. Sibukkan diri

Like I said earlier, kita kena ada sistem sokongan tapi jangan terlampau attached dengan sistem sokongan sampai tak mampu nak bergerak sendiri. Selalunya jadi bila kita attached sangat dengan something or somebody, bila hilang memang boleh jatuh terus. Sibukkan diri dengan aktiviti indoor ataupun outdoor. Kalau dah rasa ada dalam zon yang sama, keluar dari zon tu & bina zon kehidupan yang baru. Belajar atau cuba sesuatu yang baru. Tak apa kalau kita jatuh tapi yang penting kita sentiasa kuat untuk bangun balik. 


I guess 4 tips ni je for now sebab amalkan yang ni je sekarang untuk elakkan rasa murung sebab bila murung, mudah sangat rasa letih, bad mood & menangis. Habis semua kerja tak boleh buat. So I hope these tips membantu you guys. Take a great care everyone! :)